DOA MANZIL
Bila saya RAGU saya ada (sedar), bila saya RAGU saya berfikir dan merujuk. Bila saya RAGU saya mencari kebenaran. Tulislah dan jelaskan dan
selebihnya terserah kepada Allah dalam mentakwil ayatnya.
Mayarakat nusantara
terlalu percaya pada kuasa ajaib dalam penyembuhan penyakit, kerana prinsip
pertama sikap tidak menjaga kesihatan. Prinsip
kedua sikap inginkan magik dalam penyembuhan (Sedang
mereka lupa bahawa sakit itu adalah akibat gangguan dalam keseimbangan tubuh).
Prinsip ketiga ahli agama
menyampaikan sesuatu yang samar mengenai ayat
penyembuhan dan tidak dihayati oleh ramai pesakit.(penyakit adalah
kurnia tuhan atas sesuatu sebab dan Dia juga yang menurunkan penawar dan
penyembuhan) 3 prinsip ini maka terbahagilah pesakit kepada beberapa kumpulan
pemikiran. Sebaiknya hendaklah secara gabungan ketigatiga prinsip di atas.
KISAH MUSA SAKIT GIGI:
Kisah nabi Musa as
sakit gigi dan mohon pada Tuhan penawar. Lalu Allah menyuruh musa menguyah
sejenis daun dan sakitnya sembuh. Kali kedua Musa as sakit dan beliau terus
mengunyah daun lagi daun tersebut tapi tidak sembuh lalu beliau mengadu lagi
dengan Tuhan. Allah mengatakan: kali pertama engkau yakin kepada aku dan kali
kedua engkau yakin pada daun itu.
Sesungguhnya Allahlah
yang menurunkan penyakit dan memberi kesembuhan, ada pendapat mengatakan tidak
ada ayat sebagai mentera dan mengeluarkan magik seperti ULTRAMAN. Kecuali atas
keyakinan pengamal dan izin Allah. Waima satu basmallah.
Berbalik kepada ayat
quran sebagai penawar dan ayat ayat manzil maka ujudlah beberapa lorongan
pemikiran yang menimbulkan KERAGUAN terhadap
pendapat yang diutarakan. Artikel ini cuba memberikan rujukan secara seimbang
akan pendapat yang diutarakan dalam banyak media bagi menghapuskan KERAGUAN yang dimaksudkan.
Asas keraguan adalah berdasarkan kepada:
1.
Kesahihan
hadis ayat manzil.
2.
Rujukan
ayat manzil yang digunakan dalam hujah.
3.
Bilangan
ayat manzil yang dikatakan berdasarkan hadis
Secara ringkas rujukan
terbahagi kepada dua:
1.
Kelompok
pendapat Shaikh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi menukil
daripada kitab al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan
dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmizi. Bertentangan dengan pendapat as Syu`aib al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas
Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana dha’ifnya salah seorang perawinya yang
bernama Abi Janab.
2.
Dalam
hadis Ubay bin Kaab ra terdapat 12 ayat,
setengah memetik hingga 17 malah hingga 33 ayat yang
dikatakan hadis, disanggah pendapat mengenai ayat lain itu, sebagai: “tidak lah kami temui akan hadis atau dalil
yang menyebut akan kelebihan dan fadhilatnya dalam perkara-perkara tertentu
apatah lagi jika dikatakan ianya sebagai ayat penyembuh”.
3.
Jadi
kelompok pengamal ayat manzil berpegang pada satu pendapat, itu tentunya
menjadi berbagai kelompok yang kononnya bersandarkan hadis, prinsip diatas
menjadi RAGU. Secara umum rujukan adalah
berdasarkan Mustadrak of Hākim (vol.4, p.413), “Syarah Hayah al-Sohabah” jld 4,
ms 84 dan buku Manzil Rasam Uthmani, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa (2010).
Walau bagaimana pun
secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana
firman Allah swt dalam surah al-Isra, ayat 82
Perbincangan ini
berdasarkan hujah berikut:
1.Tahun
2007, @soaljawab. Doa manzil mengandungi 12 ayat dan kajian tentang kedaifannya.
2. Tahun
2009, @soaljawabquranhadis. Doa manzil 17
ayat berdasarkan hadis. Dan penjelasan 7 ayat Quran
yang yang disokong hadis. Dan 7 ayat yang
tidak ditemukan hadis.
3.
Tahun
2013. @sebelahkepaknyamuk. Doa manzil 11
ayat berdasarkan buku manzil.
4.
Tahun
2010. @turntoislam. Doa 9 ayat berdasar
hadis.
5. Tahun
2019. @ilmgate. Manzil dipetik dari mustadrak,
2 Pendapat hadis manzil itu mahfuz saheh dan
dhaif munkar
6.
Tahun
2013 @muftisays. Pendapat hadis manzil
adalah himpunan ulama.
7. Tahun
2013. @abushahmin. Doa manzil 13 ayat dan
ditambah 5 yang dikatakan berdasar hadis bagi
melengkapkan. Dirujuk dari Manzil Rasam Uthmani, Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa (2010),
·
Pendapat yang
terkemudian kebanyakkan cut&paste dari teks sebelumnya dengan tujuan
menyokong atau menolak dan tidak jelas rujukan atau orang yang menulis.
HUJAH PERTAMA:
MEI 9, 2007 @https://soaljawab.wordpress.com/2007/05/09/apakah-itu-doa-manzil/
? Oleh Hafiz
Firdaus Abdullah
Apakah itu doa manzil????
Doa Manzil berasal dari
sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf di dalam kitabnya: “Syarah Hayah
al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir,
Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat
kepada Allah dengan berdoa). Shaikh Muhammad Yusuf menukil daripada kitab
al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Ahmad,
al-Hakim dan al-Tirmizi.
Berkata Syu`aib
al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah,
Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana
dha’ifnya salah perawinya yang bernama Abi Janab, nama sebenarnya Yahya bin Abi
Hayah al-Kalbi. Hadis ini dikeluarkan juga oleh al-Hakim, Abi Laila al-Anshari,
al-Thabarani, Abu Ya’la dan Ibn al-Sunni, semuanya melalui jalan Abi Janab.
Matan hadis adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Ubay
bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi
wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya
aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut?” Dia
berkata: “Sakit lamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang– HF)
Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.” Lalu baginda meletakkan dia di
antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:
[1] Al-Fatihah
[2] 4 ayat pertama
surah al-Baqarah.
[3] Ayat 163 & 164
surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi
(al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir
surah al-Baqarah.
[6] Ayat 18 surah `Ali
Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] Ayat 54 surah
al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[8] Ayat 116-118 surah
al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq ………).
[9] Ayat 3 surah
al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu ………..).
[10] 10 ayat pertama
surah al-Saffat.
[11] 3 ayat terakhir
surah al-Hasyr.
[12] 3 surah terakhir
al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).
Berkata Ubay bin Ka’ab:
Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa
masalah langsung.
PENDAPAT KEDUA
FEB 6, 2009 "Manzil"
Maulana Muhammad Zakaria Kha POSTED BY AIZUDDIN AT 8:33 PM @http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/02/manzil-maulana-muhammad-zakaria-kha.html
Di dalam risalah kecil
berjudul "Manzil" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria
Khandalawi terkandung beberapa ayat Al-Quran yang dikatakan telah diajar oleh
Rasulullah SAW kepada Sahabat ra. Ianya sebagai shifa dari beberapa jenis
penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir. Amalan ini dikatakan bersandarkan
Hadith sahih riwayat Ubai bin Kaab ra dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim
dan Tirmizi. Ayat-ayat Al-Quran yang dimaksudkan itu ialah:
1. Surah Al-Fatihah;
2. Surah Al-Baqarah ayat 1-5, (*4 ayat pertama)
3. Surah Al-Baqarah ayat 163, (*163 dan 164)
3. Surah Al-Baqarah ayat 255-257, (*255 sahaja)
4. Surah Al-Baqarah
ayat 284-286;
5.Surah Ali Imran ayat
18,
6. Surah Ali
Imran ayat 26-27; (*tiada)
7.Surah Al-A'raaf ayat 54-56; (*54 sahaja)
8.Surah Al-Isra Ayat 110-111, (*tiada)
9.Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; (*116-118)
10.Surah As-Shaffat ayat 1-11;(*10 ayat)
11.Surah Ar-Rahman ayat 33-40; (*tiada)
12.Surah Al-Hasyr ayat 21-24; (*3 akhir)
13.Surah Al-Jin ayat 1-4; (*3 sahaja)
14.Surah Al-Kafirun; (tiada)
15.Surah Al-Ikhlas;
16.Surah Al-Falaq dan
17.Surah An-Nas.
* huruf merah adalah perbezaan dan kurungan itu perbandingan dengan
pendapat pertama.
Persoalannya ialah:
Adakah benar Hadith yang dinyatakan itu sahih dan dengan itu seorang Muslim
dibenarkan mengamalkannya? al-jawhar Panel
Feqh
Secara ringkasnya,
memang terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang sesuatu fadhilat atau
kelebihan surah dan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran seperti:
1. Kelebihan Surah
Al-Fatihah: Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Ibn Hibban 772, Al-Hakim
1/558, Ibn Khuzaimah 500 dan Tirmizi 2875. Tirmizi mengatakan ianya Hasan Sahih
dan juga dinilai Sahih dalam Al-Targhib wa al-Tarhib no: 2150.
2. Keseluruhan surah Al-Baqarah dan Ali
‘Imran: Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Muslim 804.
3. Ayat 255 surah
al-Baqarah (ayat al-Kursi): Hadis
Ubai bin Ka’ab riwayat Muslim 810, Abu Daud 1460 dan Ahmad 5/142.
4. Penutup Surah Al-Baqarah
(ayat 285 dan 286): Hadis Ibn Abbas riwayat Muslim 806, An-Nasaie
2/138 dan Al-Hakim 1/558.
5.10 ayat terakhir surah Ali- ‘Imran
(190 – 200): Hadis Saidatina ‘Aisyah rha riwayat Ibn Hibban dalam
Sahihnya 619.
6. Surah Al-Ikhlas:
Hadis Muaz bin Jabal r.a riwayat Imam Ahmad 3/437 dan dinilai Sahih oleh Albani
dalam Sahih al-Jami’ As-Saghir no: 6472. Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam
Bukhari 5013, Imam Muslim 812 dan Tirmizi 2900.
7. Surah Al-Falaq dan
An-Nas: Hadis ‘Uqbah ra riwayat Muslim 813, Tirmizi 2902, An-Nasaie
2/158 dan Abu Daud 1462.Hadis Jabir ra rimayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 793
dan Al-Hakim 2/540.Disahkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi.
Adapun mengenai
ayat-ayat lain dalam surah-surah tertentu seperti:
1.
Surah
Al-A'raaf ayat 54-56;
2.
Surah
Al-Isra Ayat 110-111,
3.
Surah
Al-Mu'minun ayat 115-118;
4.
Surah
As-Shaffat ayat 1-11;
5.
Surah
Ar-Rahman ayat 33-40;
6.
Surah
Al-Hasyr ayat 21-24;
7.
Surah
Al-Jin ayat 1-4,
tidak lah
kami temui akan hadis atau dalil yang menyebut akan kelebihan dan fadhilatnya
dalam perkara-perkara tertentu apatah lagi jika dikatakan ianya sebagai ayat
penyembuh.
Walau bagaimana pun
secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana
firman Allah swt dalam surah al-Isra, ayat 82:
وَنُنَزِّلُ نَ الْقُرْآمِنِ
مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari
Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian.
Maka, secara
kesimpulannya, adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan dengan membaca dan
menghayati keseluruhan isi kandung Al-Quran itu…
PENDAPAT KETIGA:
MONDAY, 26
AUGUST 2013 Manzil, [Kanz Jil.1 m.212]
@ http://sebelahkepaknyamuk.blogspot.com/2013/08/manzil.html
Malam ni susah pulak
nak terlelap mata ni, mungkin tertido petang tadi... jam menunjukkan jam 11.50pm.
Malam ni aku nak berkongsi tentang ayat2 manzil. Mungkin ramai yang dah tahu
ayat manzil ini. Aku mula mengenali ayat manzil ni semasa di UTM (96-2000)
semasa mengikuti usaha dakwah. Ayat ni sebenarnya hampir sama dengan Al- mathurat.
Ayat manzil ni bukanlah rekaan atau himpunan yang di
buat oleh ulama tetapi adalah daripada hadith nabi. Hadith Sahih
mengenai amalan ini terdapat dalam kitab HAYATUS SAHABAT yang dikarang oleh As
Sheikhul Maulana Muhammad Yusuf RAH. (saudara kpd pengasas gerakan Dakwah).
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh imam Ahmad, Hakim dan Tarmidzi
Ubai bin Kaab r.a telah
meriwayatkan: " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W, seorang badwi telah
datang kepada baginda dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang
saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda s.a.w bertanya: “penyakit apa?”
Jawabnya: “Sejenis gila”. Rasulullah s.a.w menyuruh orang itu membawa
saudaranya. Kemudian Baginda s.a.w
membaca:
1.
Surah
Al- Fatihah,
2.
Empat
ayat pertama surah Al- Baqarah (2:1-4),
3.
Ayat
bermula dengan Waila hukum ilahu wahid (2.163), *163 dan 164
4.
Ayat
Kursi (2:255) dan dua ayat seterusnya (2:256-257),
*tiada 256-257
5.
Tiga
ayat terakhir surah Al-Baqarah (2:284-286),
6.
Ayat
Syahidallahu annahu (3:18),
7.
Ayat terakhir Surah Al- Mu’minun (23:118), *mukminun 116-118
8.
Ayat
dari surah Al-Jin: Waannahu ta’ala (72:3),
9.
Sepuluh
ayat pertama Surah as Syaffat (37:1-10),
10.
Tiga
ayat terakhir dari surah Al Hasyar (59:22-24),
11.
Surah
Al-Ikhlas (112:1-4), Surah Al Falaq (113:1-5) dan Surah An-Nas (114:1-6).
12. * tiada al A’araf 54
Huruf merah menunjukkan perbedaan dari pendapat
pertama dan tanda bintang (*) menjelaskan perbedaan dengan pertama.
Selepas itu orang yang
berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya telah
hilang.
PENDAPAT KEEMPAT:
ilyas_eh,
Jul 8, 2010 @http://turntoislam.com/community/threads/manzil-sunnah-or-bidah.70344/
1.
It
was narrated from Sulaymaan ibn Sard that two men were trading insults in the
presence of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon them), until the
face of one of them turned red. The Prophet (peace and blessings of Allaah be
upon him) said, “I know a word which, if he were to say it, what he is
suffering from would go away: ‘A’oodhu Billaahi min
al-Shaytaan il-rajeem (I seek refuge with Allaah from the accursed
Shaytaan).’” (Narrated by al-Bukhaari, 3108; Muslim, 2610)
2.
Reciting
al-Mi’wadhatayn (the last two Soorahs of the
Qur’aan, al-Falaq and al-Naas). It was narrated that Abu Sa’eed al-Khudri (may
Allaah be pleased with him) said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings
of Allaah be upon him) used to seek refuge with Allaah from the jinn and from
the evil eye until the Mi’wadhatayn were revealed, and when they were revealed
he started to recite them and not anything else.” (Narrated by al-Tirmidhi,
2058; he said it is hasan ghareeb. Also narrated by al-Nasaa’i, 5494; Ibn
Maajah, 3511. The hadeeth was classed as saheeh by al-Albaani (may Allaah have
mercy on him) in Saheeh al-Jaami’, 4905).
3.
Reciting
Aayat al-Kursiy It was narrated that Abu
Hurayrah said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon
him) put me in charge of guarding the zakaah of Ramadaan. Someone came to me
and started grabbing handfuls of the food. I took hold of him and said, ‘I will
take you to the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon
him).’ He said, ‘I will teach you some words by means of which Allaah will
benefit you.’ I said, ‘What are they?’ He said, ‘When you go to your bed,
recite this aayah (interpretation of the meaning): “Allaah! Laa ilaaha illa
Huwa (none has the right to be worshipped but He), Al-Hayyul-Qayyoom (the Ever
Living, the One Who sustains and protects all that exists.” [al-Baqarah 2:255]
– until he completed the aayah. Then Allaah will appoint a guard for you who
will stay with you and no shaytaan (devil) will come near you until morning.’
The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) asked me,
‘What did your prisoner do last night?’ I said, ‘O Messenger of Allaah, he
taught me something, and claimed that Allaah would benefit me by it.’ He said,
‘What was it?’ I said, ‘He taught me to recite Aayat al-Kursiy when I go to
bed, and said that no shaytaan would come near me until morning, and that
Allaah would appoint a guard for me who would stay with me.’ The Prophet (peace
and blessings of Allaah be upon him) said, ‘He told you the truth, although he
is an inveterate liar. That was the Shaytaan.” (Narrated by al-Bukhaari, 3101)
4.
Reciting
Soorat al-Baqarah, It was narrated from Abu
Hurayrah that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon
him) said: “Do not make your houses like graves, for the Shaytaan runs away
from a house in which Soorat al-Baqarah is recited.” (Narrated by Muslim, 780)
5.
The last verses of Soorat al-Baqarah. It was narrated that Abu Mas’ood
al-Ansaari said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be
upon him) said: ‘Whoever recites the last two verses of Soorat al-Baqarah at
night, that will suffice him.’” (Narrated by al-Bukhaari, 4723; Muslim, 807)
It was narrated from
al-Nu’maan ibn Basheer (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace
and blessings of Allaah be upon him) said: “Allaah inscribed a book two
thousand years before He created the heavens and the earth, from which the last
two aayahs of Soorat al-Baqarah were revealed. If they are recited for three
nights, no shaytaan (devil)will remain in the house). (Narrated by al-Tirmidhi,
2882. This hadeeth was classed as saheeh by
al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 1799).
6.
Reciting
“Laa ilaaha ill-Allaah wahdahu laa shareeka lah,
lahu’l-mulk wa lahu’l-hamd wa huwa ‘ala kulli shay’in qadeer (There is
no god except Allaah Alone with no partner or associate; His is the Sovereignty
and His is the praise, and He is Able to do all things)” one hundred times.
It was narrated from
Abu Hurayrah that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be
upon him) said: “Whoever says “Laa ilaaha ill-Allaah wahdahu laa shareeka lah,
lahu’l-mulk wa lahu’l-hamd wa huwa ‘ala kulli shay’in qadeer” one hundred times
in the day, will have a reward equivalent to that of freeing ten slaves, one
hundred hasanahs (good deeds) will be recorded for him, and one hundred
sayi’ahs (bad deeds) will be erased from his record, and it will be protection
for him from the Shaytaan for that day, until evening comes. No one could
achieve any better than him except the one who does more than he did.” (narrated
by al-Bukhaari, 31119; Muslim, 2691)
7.
Remembering Allaah often (dhikr) It was narrated from al-Haarith al-Ash’ari
that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Allaah
commanded Yahyaa ibn Zakariyah (peace be upon him) five things to follow and to
enjoin upon the Children of Israel… and he commanded them to remember Allaah,
and the likeness of that is a man who was being pursued by the enemy, until he
reached a strong fortress in which he found protection; similarly a man cannot
find protection from the Shaytaan except by remembering Allaah…” (Narrated by
al-Tirmidhi, 2863; he said it is hasan saheeh. The hadeeth was classed as
saheeh by al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 1724)
8.
The adhaan.
It was narrated that Suhayl ibn Abi Saalih said: “My father sent me to Bani
Haarithah, and there was with me a slave of ours, or a companion of ours.
Someone called out his name from a garden, and the one who was with me looked
into the garden and did not see anything. I mentioned that to my father, and he
said, ‘If I had known that this was going to happen to you, I would not have
sent you. But if you hear a voice then make the call for prayer, for I heard
Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) narrating that the Messenger of
Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “When the Shaytaan
hears the call to prayer, he runs away fast.” (Narrated by Muslim, 389). The
word translated here as “runs away fast” may also mean “farting.”
9.
Reciting Qur’aan offers protection against the Shaytaan, Allaah says
(interpretation of the meaning): “And when you (Muhammad) recite the Qur’aan, We
put between you and those who believe not in the Hereafter, an invisible veil
(or screen their hearts, so they hear or understand it not) [al-Israa’ 17:45]
And Allaah knows best.
PENDAPAT KELIMA:
Mawlana
Tameem Ahmadi, @https://www.ilmgate.org/what-is-the-origin-of-the-manzil/june
30, 2019
Answer
The Manzil is popular
in [the Indian Subcontinent] and read as a wazifa and hirz for protection.
The Kandhlawi family
would give a lot of importance to it and it was a custom of the family to teach
it to the women and children. It is helpful for protection from jinns, satanic
whisperings, black magic, and all types of calamities.
Hazrat [Shaykh
al-Hadith Mawlana Zakariyya al-Kandhlawi’s] son, Mawlana Talha حفظه الله,
mentioned in the short introduction to one copy of the Manzil – which I have – that the Manzil is
actually taken from a Hadith [of] Mustadrak. The Hadith is mentioned in
the Mustadrak of Hākim (vol.4, p.413):
Ubayy ibn Ka`b رضي الله
عنه said: I was with the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم when a bedouin
came and said: “O Prophet of Allah, I have a brother who has a problem.”
The Messenger of Allah صلى
الله عليه وسلم asked, “And what is his problem?”
The bedouin said, “He
has a slight mental derangement.”
The Messenger of Allah صلى
الله عليه وسلم told him to bring his brother to him. So the bedouin brought his
brother before the Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم, so he صلى الله عليه وسلم
read over him:
1.
Surat
al-Fatiha and
2. the last
four verses of Surat al-Baqarah. *RAGU pada 4 ayat awal
baqarah atau 3 ayat akhir
3.
Two
verses starting from: “wa ilāhukum ilāhun Wāhidun lā ilāha illa huw al-Rahmān
al-Rahīm” (2:163) *RAGU pada 163 & 164
tapi sebut 2.
4.
Ayat
al-Kursi (2:255)
5.
Verse
from Surat Āle Imrān: “shahidallahu annahu…” (3:18)
6.
Verse
from Surat al-A`rāf: “inna rabbakum Allah al-ladhi khalaqa al-samāwāt…” (7:54)
7.
Last
verse from Surat al-Mu’minūn: “fa ta`ālā Allahu al-malik al-haqq…” (23:116)
8.
Verse
from Surat al-Jinn: “wa annahu ta`ālā jaddu rabbina” (72:3)
9.
Ten
verses from the beginning of Surat al-Sāffāt (37: 1-10)
10.
Last
3 verses of Surat al-Hashr (59)
11.
Surat
Ikhlas and Mu`awwadhatayn.
12.
*Tiada 4 ayat awal Baqarah
*huruf merah adalah perbezaan dari pendapat pertama
And when the Messenger
of Allah صلى الله عليه وسلم read this upon him, he got up as if he never had a
problem to complain about. (Mustadrak of Hākim (vol.4, p.413)
Imam Hākim says:
“Shaykhān (Bukhari and Muslim) have accepted the narrators of this Hadith, except for Abu Jannab al-Kalbi. But the Hadith is
Mahfūz and Sahīh…”
Imam Dhahabi comments
saying: “Abu Jannab al-Kalbi: Dāruqutni has said he
is da`īf and the Hadith is munkar.” And Allah Knows Best
PENDAPAT KEENAM:
Mufti
Ebrahim Desai, FATWA DEPT. @https://www.muftisays.com/forums/86-qa-support--fiqh/8816-manzil--sunnah.html,
Friday, August 16, 2013
The Manzil is compiled
by a renowned Muhaddith, Shaykhul Hadith Mawlana Muhammad Zakariyyah (RA). Such
compilations of Du'aas, etc. have also been compiled by many Ulama in the past,
for example, Hizbul A'zam by Mullah Ali Qari (RA)
The purpose of such compilations
to make available to the general Muslims effective Du'aas and Dhikrs for their
daily lives. The Qur'aan and Ahaadith are replete with orders and
encouragements to make Du'aa and Dhikr. The compilation of the Manzil may be
used to fulfil this injunction. It is not necessary
to read the Manzil, therefore, it is incorrect
to state that the reading or reciting of the Manzil is Bid'at.
We wish to advise that
the Manzil has proven very effective in removing black magic and evils from
one's home. We, therefore, strongly encourage reading
the Manzil everyday.
and Allah Ta'ala Knows
Best
PENDAPAT KETUJUH:
Manzil
Sumber: Syeikhul Hadith Maulana Muhammad
Zakaria (2010), Manzil Rasam Uthmani, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
at August
16, 2013. @http://abusyahmin.blogspot.com/2013/08/manzil_16.html
Karya peninggalan ulama
yang ingin saya kongsi bersama pembaca pada kali ialah sebuah risalah kecil
yang berjudul “Manzil” (منزيل), iaitu sebuah risalah yang mengandungi himpunan ayat-ayat al-Quran yang pernah diajar oleh Rasulullah saw
kepada para sahabat r.’a sebagai penawar kepada beberapa jenis penyakit
rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari gangguan jin dan sihir.
Himpunan ayat-ayat
al-Quran, yang dikenali sebagai “Manzil” ini telah disusun oleh Syaikh
al-Hadith Mawlana Muhammad Zakariyya al-Kandahalawi () seorang tokoh utama bagi
gerakan dakwah yang terkenal dengan nama “Jamaah Tabligh” yang berasal dari
India.
Penyusunan “Manzil” ini
berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan
al-Tilmizi dari Ubai bin Ka’ab yang meriwayatkan;
“Sewaktu bersama
Rasulullah saw, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata; “Wahai
Rasulullah! saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit ”. “Penyakit apa?”,
Tanya Rasulullah saw. “Sejenis penyakit gila”, jawab orang tersebut. Rasulullah
saw menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca;
1.
Surah
al-Fatihah (al-Fatihah: 1-7),
2.
5
ayat pertama surah al-Baqarah (al-Baqarah: 1-5), *
hanya 4 ayat
3. Ayat yang bermula
dengan “Wa ilahukum ilahum wahid…. (al-Baqarah:
163), *ayat 163 dan 164.
4.
Ayat
Kursi dan 2 ayat seterusnya (al-Baqarah: 255-57),
*tiada 2 ayat seterusnya
5.
3
ayat terakhir surah al-Baqarah (al-Baqarah: 284-286),
6.
Ayat
“Syahidallah annahu…. (Alu ‘Imran: 18),
7.
Ayat
terakhir surah al-Mukminun (al-Mukminu: 115-118),
*tiada 115
8.
Ayat
dari surah al-Jin (al-Jin: 1-4), *hanya ayat
3
9.
10
ayat pertama surah al-Shaffat (al-Shaffat: 1-11), *RAGU 10 atau 11 ayat
10.
3
ayat terakhir surah al-Hasyr (al-Hasyr: 21-24),
11.
Surah
al-Ikhlas, surah al-Falaq, Surah al-Nas.
12.
* tiada al A’araf 54
*huruf merah berdasarkan pendapat pertama dan tanda bintang menjelaskan.
Selepas itu, orang yang
berpenyakit itu bangun dan pergi dari tempat tersebut, sedangkanpemyakit yang
dideritai itu telah hilang”.
Di samping ayat-ayat
yang disebutkan di dalam hadis di atas, saya dapati kandungan “Manzil” juga
terdapat tambahan ayat-ayat lain – yang berdasarkan
hadis-hadis lain – bagi menyempurnakan susunannya. Ayat-ayat lain ialah;
1.
Alu ‘Imran: 26-27,
2. Al-A’raf: 54-56,
3. al-Isra’: 110-111,
4. al-Rahman: 33-40,
5. al-Kafirun: 1-6.
Berikut saya lampirkan
petikan surat dari Maulana Muhammad Thalhah bin Syaikh al-Hadith Mawlana
Muhammad Zakariyya mengenai kelebihan mengamalkan “Manzil”.
“Ayat-ayat al-Quran
yang terdapat di bawah ini, terkenal di dalam keluarga kami sebagai “Manzil”.
Alim-ulama dalam keturunan kami telah member keutamaan kepada ayat-ayat
tersebut, sama ada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi
keluarga kami untuk melatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat “Manzil”.
Kelebihan
dan keberkesanan ayat-ayat al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasulullah saw
tentu sekali tidak dapat dipertikaikan, jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal.
Oleh sebab itu, kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal.
Rasulullah saw telah
mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau
ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim ulama untuk membaca
ayat-ayat tertentu bagi memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca “Manzil”
ini boleh memberikan perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah
dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau
kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab “al-Qawlul al-Jamil” dan
“Behisti Zewar”.
Al-Muhaddis Syah
Waliyullah telah menulis dalam kitabnya “Qawlul Jamil” bahawa; “30 ayat
tersebut akan menyelamatkan seseorang dari bahaya sihir. Di samping itu,
seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri,
binatang buas dan lain-lain”.
Mawlana Ashraf ‘Ali
Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisthi Zewar”; “Jika dikhuatiri seseorang
telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan
gantungkannya pada leher pesakit. Jika terdapat gangguan syaitan atau sihir di
dalam rumah, percikkan air (yang telah dibacakan ayat-ayat manzil) tersebut
kepada keempat-empat penjuru rumah”.
“…. Suatu perkara yang
sangat penting dalam mengamalkan aya-ayat Manzil ialah anda perlu membacanya
dengan penuh tawajjuh. Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan
terhadap Allah SWT, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak
lagi, bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimat-Nya mengandungi terlalu
banyak berkat”.
Risalah Manzil kini
banyak dicetak dan dijual oleh berbagai penerbitan di Malaysia
Semoga bermanfaat.
PENUTUP:
Samada salah petik atau
tambahan sesuka hati penulis, memberikan perbezaan dalam pendapat yang
diutarakan, artikel ini hanya menunjukkan contoh penulisan mengenai ayat
manzil. Sekiranya penulis tersalah rujuk atau tersalah edit penulis meminta
maaf kepada teks yang dipetik. Berhati hati membaca petikan dari web yang tidak
lengkap atau RAGU rujukan. Penulis berlindung
dengan Allah dari menyampaikan sesuatu dengan menyandarkan perkara yang tidak
benar terhadap Baginda Nabi saw. Wallahualam.