Misi
RINTIS Peduli Merapi
Lapor:
KASIM Gambar: Khairozi/Maemirwan
Mencari
Maklumat:
Letusan
Merapi telah berlaku dua kali, kali pertama 26 Okt 2010 jam 10 pagi setinggi 3
Km mengorbankan pemegang kunci gunung Marhum Embah Marijan, bersama 100 mangsa
lain. Jarak lava panas yang dipanggil Proklastik bergerak sejauh 5 km.
Kali
kedua 29 Oktober 2010 memuntahkan lahar panas dan lahar dingin setinggi 8 km
pada jam 12 tengah malam. Meliputi kawasan 15km dan debu sehingga 30 km. Lahar
yang turun arah Changkringan melalui 4 sungai termasuk sungai Kaligendol
sementara debu dibawa ke selatan arah Magelang hingga ke Bobudur dan Prambanan.
Kami
cuba mendapatkan maklumat bagaimana hendak ke Merapi. Menghubungi rakan-rakan
di Riau dan Bengkalis bagaimana hendak menembusi kawasan darurat. Penerbangan
ke Jogjakarta ditutup lebih satu minggu.
Apabila kami mendapati penebangan masuk ke Kota Jogjakarta di buka
semula saya terus mencari maklumat. Beberapa kali menyemak internet dan
akhirnya saya terbaca 4 orang sukarelawan yang pulang dari Merapi mewakili
pasukan HALUAN Malaysia yang di ketuai oleh Dr Baharudin.
Saya
mencari sesawang HALUAN dan cuba menghubungi beberapa individu dalam organisasi
itu dan mendapatkan lebih maklumat. Akhirnya saya dapat bertemu dengan Dr
Baharudin di sebuah restoran di Setia Tropika Kempas, JB pada petang Jumaat 25
Nov 2010. Sambil menikmati kopi panas dan roti bakar Dr Baharudin menunjukkan
gambar-gambar beliau di Merapi dan pasukan HALUAN akan menghantar rombongan
kedua pada hari Isnin 28 November. Saya dan Ustaz Khairozi sudah mendapatkan
kebenaran daripada Tn Hj Markom Pengarah Pelajaran Johor dan juga telah
mengumumkan pemergian kami ke Merapi pada perhimpunan bulanan pagi Jumaat 25
November 2010.
Saya
amat berterima kasih dengan Dr Baharudin dari HALUAN MALAYSIA yang amat gigih
dalam berjuang sebagai sukarelawan antarabangsa dan menyemarakkan nama
Malaysia. Banyak tip yang beliau berikan bagi menggambarkan asas sukarelawan ke
Merapi. Termasuk cerita cerita mistik penduduk tempatan. Berkali-kali beliau
menegaskan bahawa keadaan di Merapi jauh berbeza dari Tsunami Acheh dan Gempa
Padang.
Saya
mengambil keputusan dengan Ustaz Khairozi untuk bertolak pada hari Ahad 28 Nov
2010 dari Batam dan menyusul tim HALUAN
yang bertolak dari LCCT di Jogjakarta pada hari Isnin.
Bertolak
ke Jogjakarta:
Setelah
bersusah payah mencari tim sukarelawan dalam masa yang singkat dan harga tiket
yang berubah-ubah saya mengambil keputusan untuk bergerak melalui Batam. Dengan
niat bertawakal kepada Allah SWT pada pagi Ahad jam 6.45 pagi saya bertolak ke Batam. Di Batam saya dijemput
oleh anggota Urusetia Walikota Batam yang menjemput kami dari Batam Centre
menuju Bandara Hang Nadim. Kami mendapatkan tiket penerbangan ke Jogjakarta
melalui di Jakarta.
Pada 1991 selepas Gunung Pinatubo meletup saya
adalah antara orang yang pertama masuk dari Subang ke lapangan terbang Manila.
Saya masih merasakan bau belerang dan lumpur debu yang bercampur air hujan
seluruh lapangan terbang. Saya juga merasakan bagaimana rasa menunggu dari hari
Ahad hingga hari Khamis baru dibenarkan terbang memasuki kotaraya Manila dari
Kuala Lumpur itu pun dengan menggunakan penerbangan Philliphines Airline. Kali
kedua saya pernah berada di Puncak Bromo tahun 1999. Pengalaman ini amat
berguna menyediakan set minda saya di Merapi nanti.
Dalam perjalanan ke Jogjakarta saya bertemu dengan
Bapak Profesor Dr Zaki Baridwan seorang anggota Badan Standar National
Pendidikan,yang masih mengajar di Universitas Gajah Mada (UGM). Kami berbincang
banyak perkara dari Merapi kemajuan pendidikan dan standard hingga kepada
makanan yang terbaik di Jogjakarta beliau mencadangkan saya singgah di warong
makan ayam Sohardi yang terkenal di Jogjakarta. Beliau sempat menunjukkan saya
kedai makan tersebut yang nampak dari Bandara. Beliau sangat mesra dan kami
berjanji akan bertemu lagi.
Antara pesan beliau jika hendak berjalan-jalan di
Indonesia, beliau menyarankan kita membeli tiket penerbangan yang sesuai tarikh
tertentu untuk lebih berjimat. Beliau memberikan contoh perjalanan hari itu
sahaja beliau terpaksa membayar Rp 600,000 untuk perjalanan sehala dari Jakarta
ke Jogja. Sedangkan pada minggu hadapan katanya beliau telah membeli tiket
penerbangan dua hala tidak sampai Rp 500,000. Saya juga bersetuju dengan beliau
dan mengalami keadaan yang sama bagi perjalanan ini. Ini adalah ingatan penting
kepada sukarelawan antarabangsa yang sering mengikuti perjalanan kami.
Perjalanan hendaklah ditempah lebih awal . Ramai yang tidak faham dan mengambil
masa terakhir perjalanan untuk menempah tiket. Oleh yang demikian berdasarkan
pengalaman ke Padang dan Kemboja. Kami sekretariat Sukarelawan telah menetapkan
pungutan hanya untuk kos logistik sedangkan kos tiket penerbangan adalah
ditanggung oleh peserta. Ini bertujuan untuk mengelakkan keadaan di mana orang
yang awal terpaksa menanggung kos orang yang lewat membuat tempahan. Pengalaman
ini mengajar saya lebih berjimat.
Sampai
ke lapangan terbang (Bandara = Bandar Udara) Jogjakarta saya disambut oleh Pak
Prayono dan Herry siap dengan uniform Relawan PKS. Pada mulanya saya gagal
mengesan beliau apabila keluar dari Bandara kerana kertas tulisannya dipegang
oleh 2 orang beruniform dan tertulis Khairudin
Malaysia bagi nama Ustaz Khairozi Malaysia (Ini adalah kegagalan International
komunikasi = INTERKOM yang pertama bagi perjalanan antarabangsa saya kali ini).
Kami tidak menjangkakan petugas beruniform menunggu kami takut juga untuk
menegur. Sebenarnya kegagalan komunikasi antarabangsa adalah lumrah. Saya
mundar mandir di luar bandara dan cuba menghubungi beberapa nombor telefon,
akhirnya kami bertemu dan beliau membawa kami ke Pos Relawan PKS di Catur Jaya
Sleman.
Selepas
makan malam yang enak yang dibawa oleh Pak Prayono ke sebuah restoran makan
ayam busket sementara Pak Prayono memesan comet. Kerana kelaparan kami memesan
2 set makanan dan 2 gelas jus mangga setiap seorang. Amat lazat, puas dan
menyenangkan. Rezeki pertama kami di Jogja mantap.
Kami
di bawa bertemu dengan ketua operasi Pak Safrizal Haifa yang baru di pilih
semula sebagai ketua bagi kawasan Sleman dalam pemilihan petang tadi. Saya
mengucapkan tahniah kepada beliau dan kami diberi pelbagai input berpandukan
peta lokasi dan gambar oleh jurufoto Maemirwan. Pengalaman Relawan PKS sangat
berguna kepada kami kerana mereka adalah orang yang berada di lokasi ketika
kejadian. Selepas taklimat yang panjang saya mendapat kekuatan dan faham akan
situasi di sana daripada segi keselamatan dan sebagainya.
Kami
membuat rancangan bertolak jam 5.30 pagi keesokannya kerana selepas jam 8.00
pagi keadaan cuaca sangat panas dan petangnya hujan. Kami dibawa menginap di
Hotel Insyiroh satu bilik yang agak sederhana dan selesa. Kami tidur dengan
nyenyak.
Bertolak
ke Merapi
Kami
bangun pagi dan chek out jam 5.30 selepas subuh. Kami melangkah dengan doa agar
keselamatan kami dan mendapat perlindungan dalam misi ini. Pak Marhain telah
datang tepat masanya dan membawa kami ke pos relawan untuk menunggu Pak
Singgit. Seorang relawan penduduk asal Chengkringan. Kami mengambil kesempatan
untuk minum pagi kerana sarapan di hotel belum disediakan. Tidak jauh dari pos
kami singgah disebuah warung kecil menjual bakso. Saya risau untuk makan bakso
pagi hari kerana minyak akan menjadikan perut saya tidak selesa. Saya lihat ada
ayam goreng dan nasi. Ustaz Khairozi memesan bakso, saya pesan ayam dan nasi
putih bersama teh.
Kami
dihidangkan 3 mangkuk bakso.
”Mana
ayam bu?”soal saya.
“Yah
sudah ada di dalam,”jawab penjual itu.
(INTERKOM
= Kegagalan komunikasi antarabangsa). Kuah baksonya cair dan tidak berminyak
ada sayur ayam dan nasi. Ini adalah bakso
paling enak saya rasa di Jogjakarta. Harga pun murah RP7,000 bagi 3
orang. Makanan siswa kata Marhaen. Ustaz berjanji akan makan lagi di warung bakso ini di
pagi-pagi yang berikut. Kena dengan selera kami dan enak.
MENYURUSURI LORONG
KEMUSNAHAN
Kami
kembali ke Pos Relawan Pak Singgit baru sampai dan memasuki kenderaan. Syarat
pertama dia mesti memandu kenderaan
sendiri. Kedua jangan pakai apa-apa tanda. Jadi orang biasa. Kami bertolak awal
pagi kerana ingin keluar dari Merapi sebelum 8.00 pagi kerana kawasan yang kami
akan masuki adalah kawasan darurat yang dikawal ketat oleh polis dan tentera.
Hanya penduduk tempatan yang di benarkan memasuki kawasan bencana. Mereka
melarang orang luar masuk ke kawasan bencana.
Melarikan
diri dari abu panas
Kawalan
sangat ketat dengan pos-pos pengawal. Tujuannya adalah untuk mengelakkan
kecerdaan kepada pengunjung dan kecurian. Kami dilarang untuk membawa beg galas
dan kamera. Hanya pada keadaan tertentu sahaja yang akan diberitahu nanti. Pak
Singgit adalah Relawan Changkringan yang sebelumnya adalah penternak burung
serindit.
“Burung
bapak semuanya mati ya?” tanya saya. “Cuma tinggal seekor. Itupun sempat dibawa
lari”. Kami tergelak.
Kami
melepasi pos-pos pengawal tanpa masalah kerana masih awal pagi. Hinggalah
kerumah adik Pak Singit di Cangkringan. Setiap pos pengawal kami membayar RP
10,000 infak dan di kampong ini RP 20,000 kerana meletak kenderaan. Kami
melihat dengan jelas perbezaan kawasan yang terkena lahar panas.
Menyelusuri
jalan kampong melintas beberapa rumah kami rasa redup dan nyaman. Kami terus ketapak laluan awan panas
sepanjang Sungai Kaligendol. Bangunan pertama yang kami jumpai adalah SDN
Gungan. Bangunan yang menempatkan hampir 200 pelajar itu rosak teruk. Debu
panas hingga ke siling. Saya tidak tahan kerana masih ada bau bangkai binatang
di kawasan sekitar. Saya menutup hidung untuk bertahan.
Kemusnahan
sekolah SDO1 Gungan daerah Changkrengan
Bau
belerang juga menyesakkan. Diceritakan ada yang masuk kekawasan ini pengsan
kerana terhidu bau belerang dan kedegilan kerana tidak memakai penutup hidung.
Subhanallah, saya melihat kebesaran tuhan yang meranapkan seluruh laluan sungai
Kaligendol sejauh 15km.
Anak-anak Tanpa memakai topeng
muka
Sungainya
hilang sama sekali bersama rumah penduduk dan pokok tanaman lebih 3 meter di dalam tanah.
Lorong Wedhus gembel kali
gendol
Kami
harus berhati-hati memijak kawasan ini kerana walaupun keras tetapi masih ada
asap yang keluar di celah rekahan ini menunjukkan ada bara api yang memakan
kayu dibahagian bawah. Diceritakan ada sukarelawan yang terjerlus kedalam bara
api dan tercerdera.
Kawasan panas dan berbahaya
Yang
menjadi persoalan saya adalah memikirkan bagaimana batu-batu besar bergolek
dari gunung sejauh 12 km. Dari maklumat yang saya perolehi kelajuan lahar panas
itu adalah 160km/jam dengan kepanasan melebihi 600 darjah celcius.
Batu Hanyut 12
KM
Kelajuan
ini boleh dilihat bagaimana pokok yang besar juga tumbang dan kawasan ditepi
laluan dapat dilihat bagaimana rumpun buluh diseret oleh larva panas.
Rempuhan lahar
pada perdu buluh lihatlah kekuatannya
Melihat kampung yang
tertimbus 7km dari merapi
Saya
juga melihat sungai dan rumah yang tertimbus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan