Pengalaman di Zon Perang DMZ Korea.
2
Sept 2012
September 2012 saya berpeluang berada di DMZ
(De Miletary zone) di sempadan Korea Utara dan Selatan yang sedang berperang.
Kerana perjalanan yang jauh dari bandaraya soul kami sampai agak lewat dan hari
sudah gelap. Saya tidak banyak mengesan kawasan sekitaran kerana keletihan.
Saya ditempatkan didalam dorm 4 orang sebilik tidur atas lantai papan
beralaskan tilam nipis. Selepas makan
malam dan bersolat isyak berjamaah dengan Sahid dari Pakistan dan Mahmud dari
Iran, saya terus tidur walau pun ada beberapa rakan yang bersembang sampai ke pagi
diruang tamu. Saya berkongsi dorm dengan
seorang pensyarah yang sebaya saya Dr. Sahid dari Pakistan bersebelahan saya
dan seorang pengetua sekolah islam yang muda Fendra dari Indonesia dan seorang
pensyarah muda Shifaan dari Sri Langka (yang terpaksa balik awal kerana
kematian ibunya).
Malam itu saya mengigau kata Dr.Sahid,
mungkin tempat baru yang tidak selesa. Saya bermimpi sepasukan askar sedang mengejar kumpulan orang kampong dalam
keadaan daif dan berlumuran darah cuba menaiki bukit tempat kami tidur. Saya
cuba menyelamatkan orang kampong itu kononnya dan memanggil mereka naik dan
berlindung bersama kami. Suara itulah yang didengar oleh Dr.Sahid.
3 september 2012
Saya bangun awal pagi itu seperti kebiasaan,
mengaji dan solat subuh. Saya mandi awal kerana bilik air mereka secara terbuka
dan tidak ada tuala. Jadi saya mengambil kesempatan untuk mandi sebelum orang
lain bangun untuk menjaga hormat diri. Selepas mandi dan solat subuh saya naik
keatas bukit yang terdapat tempat istirehat dikelilingi oleh pokok apple yang
sedang berbuah lebat. Pemandangan pagi yang cukup indah. Saya membaca surah
yasin dan tabarak. Walaupun saya baca perlahan seorang diri di puncak bukit itu
tetapi Mimi dari Iran dan Mira dari Tajikistan sibuk bertanya siapa yang
bertilawah atas bukit pagi itu. Menjelang naik matahari 2 orang sami budha
berjalan mengikut trek yang disediakan dari kampong sebelah ke rumah sembahyang
dibelakang saya membaca quran. Sepanjang jalan mereka mengetuk gendang dan
loceng sambil membaca mentera. Sedang saya terus bertilawah hingga selesai saya
mula mengesan adanya roh halus di kawasan itu atas beberapa pemerhatian.
- Saya
mengigau malam tadi.
- Ada
sami yang membacakan mantra dikawasan itu setiap pagi.
- Ada
struktur kayu dibawah bagi menghalang makhluk halus naik kekawasan kami
menginap.
Baru
saya faham bahawa kawasan itu dikira keras dan setiap pagi sami itu akan
mendoakan roh di kawasan itu agar menjadi damai. Selepas sarapan rakan-rakan
lain bercerita pengalaman tidor malam pertama di DMZ dan mereka baru perasan
yang saya sedang mengusahakan sesuatu. Saya juga mengambil kesempatan untuk
melihat kawasan yang digambarkan dalam mimpi saya semalam. Memang
betul ada jurang dan dibawahnya terdapat kampong petani. Lembah menaik itu
berhampiran pagar DMZ dihiasi dengan patung patung kayu yang tinggi. Ah
bertullah firasat saya malam tadi memang banyak kematian dan penderitaan
disini. Saya percaya penjaga tempat ini pun telah mengesan rohroh tersebut
tetapi dengan cara menghalang mereka dari naik keatas dengan tangkal tangkal
kayu itu.
Malam
kedua saya tidur agak lena selepas solat isyak. Saya bacakan fatihah kepada roh
tersebut agar tidak mengganggu saya lagi. Malangnya pada tengah malam Dr.Sahid
rakan sebelah tilam saya pula mengigau. Saya perasaaan dua kali dan kali kedua
dia terjaga sendiri saya tidak menunjukkan reaksi terganggu atas tindakannya.
Saya membacakan beberapa ayat lagi agar tidak diganggu. Awal pagi saya bangun
awal seperti semalam mandi, solat subuh dan naik kebukit kebun epal. Kali ini
Dr. Sahid mengikut saya. Selepas berjemaah subuh. Kami membaca beberapa surah
dan berasa sangat seronok menunggu terbit matahari. Ramai juga saya lihat rakan
rakan saya yang keluar berjogging dan mengambil gambar. Seperti semalam sami
budha dua orang itu tetap lalu dan membaca mentera dengan tabuh dan locengnya.
Inilah gambar tempat saya bertilawah dan sami budha yang sedang bermantra diatas bukit.
Malam
ketiga tinggal saya dan Dr Sahid dibilik. Rakan Sri Langka sudah pulang dan
Fendra setiap malam balik lewat saya tidak bertanya kemana beliau pergi.
Rakan-rakan lain juga banyak yang keluar ke kampong dibawah bukit mencari minum
malam dan bersosial. Selepas minum dan makan biskut bersama rakan rakan dilobi
sambil bercerita tentang negara masing-masing saya masuk bilik. Oleh kerana
kami berdua sahaja yang tinggal saya ambil kesempatan bersembang pasal malam
sebelumnya. Saya bertanya Sahid apakah yang berlaku malam tadi yang menjadikan
beliau mengigau. Secara rengkas Dr.Sahid menceritakan bahawa ada beberapa roh
yang datang padanya dan menyuruh dia mengaji alquran. Saya mentafsirkan bahawa
roh itu mengejudkan beliau untuk berdoa untuk mereka. Oh itulah sebabnya dia
mengikut saya pagi tadi. Dan dia juga berasa seronok kerana kami telah
melakukan yang baik untuk roh setempat. Saya mengajar dia adab sebelum tidur
yang baik dilakukan agar tidak diganggu oleh roh-roh yang jahat dan kami
sama-sama membaca beberapa ayat alquran dan berdoa. Saya juga mendoakan agar
roh roh yang mengganggu kami sejak dua malam itu akan lebih tenang. Kami pun
melelpkan mata.
Lewat
tengah malam lampu dorm dinyalakan Fendra tetapi sekejap sahaja. Dia tutup
semula. Saya terjaga dan merungut dalam hati kenapalah Fendra ini tidak respek
kami yang sedang tidur. Tapi bagi menjaga susila saya diamkan sahaja.
4 September 2012
Seperti biasa subuh
kami berjamaah, naik kebukit baca yasin dan bersantai. Rakan-rakan lain makin
ramai yang mengikut aktiviti kami pagi ini Mohamad dari Bangladesh pula ikut
serta membaca quran. Dan Mahmud dari Iran sekadar meneman sahaja. Saya sungguh
seronok dan minta Dr. Sahid membacakan doa yang baik pagi itu.
Saya
dan kawan-kawan agak pelik bila memasuki dewan makan pagi itu kerana ramai
orang yang mengerumuni Fendra. Seperti biasa saya tidak ambil kisah sangat
kerana saya, Sahid dan Mehmud adalah golongan tua. Sementara Fendra walaupun
dia Pengetua sekolah agama di Indonesia beliau masih dikira ustaz muda.
Kemudian kumpulan Fendra itu beralih kemeja kami dan bertanya kepada kami apa
yang berlaku di DMZ.
Rupa-rupanya malam
tadi ketika Fendra masuk kebilik beliau melihat beberapa lembaga bercahaya biru
sedang mengelilingi saya yang sedang tidur. Jadi untuk mengesahkannya beliau
membuka lampu dan lembaga itu hilang. Beliau cepat-cepat menutup semula lampu
dan terus tidur. Pengalaman menakutkan ini menjadi topik cerita hingga kedalam
kelas. Mulanya saya tidak suka campur dan menambah ketakutan rakan rakan tetapi
bila Dr. Sahid berkongsi maklumat saya diminta memberikan pandangan. Seperti
biasa saya mengatakan bahawa tempat ini adalah zon perang. Ada kematian dan
penyeksaan, ada roh yang tidak tenang. Dan tidak kira apa agama mereka meminta
pertolongan dari sesiapa sahaja. Mereka tidak bertujuan untuk manakutkan kita
sebenarnya mereka meminta bantuan dan pertolongan dari kita. Jadi bila saya dan
Sahid melakukan sesuatu saya tidak tahu adakah dia sampai atau tidak tapi
hasilnya malam itu mereka semua masih berkumpul menjaga saya yang tidur sangat
lena. Saya sangat yakin malam itu dan malam malam berikutnya mereka menjaga
saya. Hanya tuhan yang mengetahui. Saya seronok bila gambar candid saya menjadi
muka depan APCEIU Nest.
Orang Johor lah katakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan