Menziarah kampung
Saya memasuki kampung kedua yang
ranap sepenuhnya. Saya
melihat di kampung ini terkena laluan panas merempuh tanaman.
Perkampungan ini berada pada
jarak 12 km dari mulut Merapi dan sangat teruk terkena awan panas. Saya melihat
beberapa papan tanda melarang tempat ini dikunjungi. Antara perkataan yang
digunakan adalah sepeti berikut:
1. Maaf demi keamanan dan ketenteraman. X pemulung/pemburu
dilarang masuk kampung ini.
2. Duka kami bukan untuk tontonan.
Mengikut
cerita Singgit seorang pemuda berumur 18 tahun, malam itu beliau berkawal di kampung
kerana semua penduduk kampung telah dievakuasi dikawasan penempatan. Jam 11.45
beliau telah diarahkan untuk keluar dari kawasan bencana. Sebaik sahaja beliau
keluar seluruh perkampungan itu ranap. Cerita
pemuda ini sangat berkesan di hati saya.
Pengalaman
beliau ketika bencana 29 Oktober amat menyeramkan.Walaupun telah dievakuasi
tetapi beliau bersama beberapa rakan masih berkawal dikawasan kampong hingga
jam 9.45 malam. Jam 11.15 malam beliau mendengar bunyi yang amat menyeramkan
dari arah lurah sungai Kaligendol. Beliau melarikan diri dalam kegelapan malam.
Letusan berlaku selepas jam 12.15 malam. Mengalirkan lahar panas dan membawa
batu-batu besar ada yang sebesar rumah hingga melebihi 12 km.
Menziarah Kepoharjo.
Kami
memasuki sekolah kejuruan ternakan kami tercium bau bangkai yang amat kuat kami
terpaksa melalui kawasan itu lebih cepat. Banyak lembu yang terkorban kerana
haiwan tersebut terkurung di dalam bangunan atau diikat.
Kami
menuju kawasan panas. Saya mengunjungi kawasan masjid di mana ruang varandahnya
diselaputi debu setinggi satu meter. Saya masuk keruang solat hingga ke mimbar.
Separuh kaki saya tenggelam dalam debu kering yang tidak mampat kerana tidak
terkena hujan. Atap masjid ini terbakar saya tidak dapat bayangkan bagaimana
jika masjid ini hendak digunakan semula.
Lokasi
ketiga kami adalah sekitar 7 km. Sangat hampir dengan kampung Marhum Embah Marijan. Disini kami bertemu dan
dibawa oleh singit juga namanya seorang budak kampung yang terlibat sepenuhnya
dengan bencana 29 Oktober. Perkampungan
ini terbakar sepenuhnya. Tidak berapa banyak rempuhan lava panas tetapi
kerosakan teruk akibat terbakar. Saya
melihat jalan yang tertimbus dan batu yang dihanyutkan.
Semasa
keluar dari kampung ini kenderaan kami dihalang oleh barisan motor sukarelawan
yang mengawal kampung. Motor ini digunakan untuk membawa penduduk yang hendak
balik ke rumah mereka.
Tidak
banyak benda baru yang kami perolehi melainkan kawasan yang terbakar, laluan
lahar panas dan bau bangkai binatang ternakan.
Kami
meneruskan lagi perjalanan kami melepasi beberapa pos pengawal ke Kaliharjo.
Kami melihat penduduk sudah mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk
membersihkan rumah waktu siang dan malamnya balik ke kawasan penempatan mangsa.
Dipanggil Pusat pengungsian. Difahamkan mereka boleh kembali selepas 29 hb.
November 2010. Kami juga melalui kawasan padang Golf Merapi yang sebahagian
besarnya diselaputi debu.
Pusingan
keempat kami melihat sekitar kampung
Marhum Embah Marijan. Sukarelawan tidak berani masuk ke kawasan tersebut kerana
trauma dengan keadaan Merapi. Kami melihat penduduk mula balik membersihkan
rumah mereka. Sekolah yang tertimbus teruk adalah SMK NO1 Klidon daerah
Changkringan. Dan Kubur Marhum Mbah Marijan sendiri terkambus 2 meter pada
letusan 29 Oktober 2010.
Yang
menyebabkan kerosakan adalah :
1. Kepulan
lahar panas bersama batu seluas 500meter sepanjang sungai empat sungai termasuk
sungai Kaligendol .
2. Asap
panas dipanggil bulu kambing (Wedhos Gembel) sepantas 160km/jam dengan
kepanasan 600 darjah celcius setinggi 10 meter merebus apa sahaja. Sepanjang
perjalanan ia memasak apa sahaja termasuk manusia dan binatang.
3. Jika
rempuhan ini melalui bahan yang mudah terbakar ia akan menjadi api dan membakar
rumah dan harta benda. Kebanyakan rumah terbakar dari dalam. Besi dan kaca
menjadi cair. Tong gas masak meletup.
4. Laluan
panas ini menuruni lurah sungai di mana
menjadi tumpuan penempatan terutama sepanjang sungai Kaligendol. Kita dapat
melihat dengan jelas garis pemisah laluan ini diantara padang debu dan pokok
yang masih menghijau. Setengahnya hanya beberapa meter garis pemisah. Ini yang
diceritakan oleh Jurufoto relawan Pak Maemirwan. Malam kejadian pos relawan
dapat melihat sendiri gulungan awam tersebut.
Banyak
korban adalah mereka yang masih sayangkan harta benda dan ternakan mereka,
termasuk Marhum Mbah Marijan. Haiwan yang mati pula kerana mereka mengikat
haiwan tersebut atau mengurungnya dalam rumah. Ini menyebabkan haiwan tersebut
terperangkap . Bagi manusia mereka keluar rumah dan mencari perlindungan.
Masalah mereka adalah kerana tidak ada kawasan kubu shelter yang digunakan
untuk mengelak awan panas ini. Anggaran mangsa sebanyak 34000 orang yang dipindahkan
dan 400 yang terkorban termasuk anggota relawan PKS seramai 5 orang dan 3 orang
masih hilang.
Oleh
kerana Pak Singit pemandu kami masih belum bersarapan dan cuaca sangat panas.
Kami singgah di warung kecil di Cangkringan. Beberapa orang polis kami temui.
Sebuah warung kecil jadi tumpuan para petugas beruniform. Tiada banyak juadah
yang ada cuma nasi dan lauk sekadarnya sesuai di kawasan bencana.
Kemudian
saya bertanya jika ada ayam. Perniaga itu bertanya. “Ayam manis boleh”. Saya
kata boleh sahaja.
Sebenarnya
ayam manis yang masih panas itu sangat sedap. Ayam dikukus lembut dengan rempah
dan gula merah. Ini makan kedua yang amat sedap, jam 10 pagi kami makan
sepuasnya. Pengalaman menarik. Kami berharap hari pertama yang menarik ini akan
berterusan memenuhi selera kami yang kepenatan.
Perjalanan
ke Magelang
Kami
meneruskan perjalanan ke Pos relawan dengan penuh keinsafan. Setelah berehat di
pos relawan PKS dan Pak Singit mengambil rehat kerana malam sebelumnya beliau
tidak tidur hingga ke pagi. Kami berangkat terus ke Magelang.
Kami
meneruskan perjalanan ke Sangrahan, Mungkit dan Magelan. Kawasan ini adalah di selatan
mulut merapi oleh kerana tiupan angin pada malam 29hb Oktober ke arah Magelang.
Maka kawasan ini diselaputi hujan debu sejauh 30 km hingga ke kawasan Brobudur.
Kawasan penempatan hingga padang berhampiran Prambanan sejauh 25 km.
Kerosakan
tanaman sangat luas dikawasan ini. Oleh kerana debu yang tebal berkumpul di atas
pelepah sama ada kelapa, Salak atau jagung. Ia menjadi runduk dan patah kerana
tidak dapat menangung beban debu panas. Banyak pokok yang telah dicantas bagi
mengelokkan pertumbuhannya.
Kami
singgah di stadium Magoharjo yang menjadi tempat penempatan 20,000 penduduk
semasa lawatan kami masih terdapat sekitar 500 orang. Dimaklumkan mereka mula
dibenarkan pulang selepas 29 November iaitu 4 minggu selepas letusan besar.
Keadaan
disini agak menyesakkan, walau bagaimanapun ia tersusun dan terkawal kemas oleh
pemerentah. Ada kawasan pelajar, panggung hiburan, solat, medik, pengagihan
pakaian terpakai dan pos pos sukarelawan. Keadaan amat minima. Mereka tidur berlantaikan
simen dengan alas tikar nipis. Ada juga yang beralaskan lapisan kain tebal
tetapi sangat sedikit bilangannya. Tempat tidur adalah kawasan di bahagian
bawah stadium. Dan kerusi setadium digunakan untuk menjemur pakaian. Kebersihan
juga amat minima. Cukup untuk hidup. Ketika saya sampai makanan baru diagihkan
dan apa yang dilihat adalah nasi putih, telur dan kacang panjang rebus tanpa
kuah.
Ramai diantara mereka masih
truma dan tidak tahu hendak kemana. Pilihan yang ada adalah balik kerumah yang
musnah tanpa api dan air. Menumpang di rumah saudara mara atau tinggal di
stadium sehingga kawasan penempatan sementara di bina oleh pemerentah.
Mereka
juga boleh menginap di pusat penempatan mangsa yang disediakan oleh NGO. Dalam
keadaan inilah yang paling kritikal kerana sukarelawan antarabangsa berebut
untuk membantu mangsa untuk ditempatkan bersama mereka. Mangsa hanya perlu
memilih untuk mengikuti kumpulan yang menambat hati mereka dan kemudahan yang
lebih baik. Kumpulan yang dibantu oleh pemerentah disalurkan melalui ketua
kampong atau ketua masyarakat. Oleh kerana dananya kecil maka bantuan adalah
terhad dan seadanya. Pemerintah baru mengumumkan penduduk diberikan tanah 2
hektar di pulau atau di Kalimantan(Rancangan penempatan semula).
Ada
beberapa masalah yang perlukan perhatian kita di Malaysia. Antara kumpulan yang
membantu itu adalah kumpulan pendakwah. Banyak yang perlu di bantu untuk
menyelamatkan mangsa. Dimaklumkan kepada kami bahawa selepas gempa 2006 seramai
8000 muslim telah diambil oleh kumpulan pendakwah kerana terpengaruh atas budi
baik NGO luar Negara yang mempunyai dana yang besar. Masalah serupa 2010 kerana
kita akan melihat sendiri perubahan ini selepas 6 bulan nanti berapa ramai lagi
mengulangi permasalahan dakwah 2006.
Saya
berkesempatan berhubung dengan beberapa sukarelawan dari Jambi Bapak Bandian.
Sukarelawan HALUAN En Jailani dari Johor Bahru, Sukarelawan tim medic dari UEA. Koordinasi dan maklumat
agak kurang kerana keadaan yang mendesak adalah dana kehidupan sedangkan yang
banyak masuk atau dibenarkan oleh pemerentah adalah tim Medic. Masalah
pemerintah juga mengawal ketat kemasukan orang luar amat baik pada keselamatan
tetapi kurang dari segi bantuan.
Magrib
kedua di Jogjakarta kami berkunjung ke Masjid Jogokaryan sebuah masjid yang
sedang dinaik taraf. Masjid ini adalah masjid contoh yang didakwa terbaik di
peringkat antarabangsa. Solat magribnya sampai ke kaki lima.Ada bilik kuliah, bilik
mandi ruang rehat dan bertukar pakaian. Kami mengambil kesempatan untuk
membersih diri dan berehat di masjid ini amat selesa dan bersih. Yang hairan
kepada penulis adalah di masjid ini juga jamaah tidak berdoa selepas solat seperti
di Malaysia tetapi mereka tidak bergerak dari sejadah dan berdoa bersendirian.
Berbeza seperti di Malaysia tok imam kita akan mendoakan keselamatan setiap
kali selepas bersolat. Terutama jika ada musibah.
Selepas
solat kami mengunjungi rumah penulis buku terkenal dan salah seorang pemimpin
gerakan Sahabat AlAqsa. Salim Al Fillah penulis buku Jalan Cinta Para pejuang
yang sangat laris. Saya membeli beberapa buah buku dan ustaz khairozi membeli
sekotak buku untuk dibawa pulang. Kami berasa lapar kerana kami tidak makan dan
minum sejak jam 11 pagi. Perut saya sudah kosong.
Kemudian
Kami singgah makan di sebuah warung jam 9 malam. Restoran ini ruang makannya
catik dan kemas binaan keseluruhannya dari buluh termasuk kisi-kisi dan
palangnya juga dibuat dari buluh yang bulat. Tiangnya dari buluh cina yang
cantik. Saya tepegun dan menikmati seni bina rumah ini. Menu istimewa disitu
adalah Bebek goreng. Marhain pesan satu nampak sedap tetapi kerana perut saya
telah kosong saya tidak berani cuba. Ustaz makan ayam. Saya memesan bawal stim
dari menu Nampak macam bawal stim dengan irisan karot dan lada ditabur
diatasnya, sya juga memesan telur dadar. Kemudian pelayan itu datang mengatakan
telur telah habis. Saya dihidang ikan Paku Goreng disiram kicap cair. Tapi bila
perut sudah lapar rasa enak juga. (INTERCOM lagi).
Kami
bermalam di masjid agung Demak. Tidur sekejap. Kemudian terganggu jam 3.00 oleh
penjual yang bergendang sambil menyanyikan lagu jawa. Saya cukup terganggu atas
tindakan beliau. Saya mengambil wuduk dan terus masuk keruang solat yang masih
suram. Saya berolat dan berdoa. Keadaan sungguh tenang dan menyeronokkan.
Seronok kerana jam dinihari begini saya antara orang yang berdiri solat
ditengah masjid tua yang menjadi kebanggaan tanah jawa dan mercu tanda
pembangunan islam di nusantara. Sudah lama saya teringin mendapatkan detik
begini kali terakhir saya tidur di Masjid Demak adalah lebih 10 tahun dahulu
sebelum saya ke Mekah.
Solat
subuh saya berada tidak jauh dari imam, saya tersentuh dengan doa imam yang
sangat syahdu seperti menangis. Kami sempat berbual dengan imam subuh tersebut.
Seorang tua yang mesra. Saya merasa pelik kerana arah kiblat wali telah diubah
sekitar 15 darjah ke kanan. Imam tua itu menceritakan sedikit perubahan itu
berlaku baru dalam masa tidak sampai setahun. Beliau juga menunjukkan pintu yang
ada tulisan jawa dan ceramic yang kerajaan cina. Saya membeli beberapa buku
mengenai kerajaan Demak sebagai rujukan.
Beliau
mencadangkan kepada saya agar menziarah menara ALQuds kerana ia juga dibina oleh para wali. Dan muzium
menempatkan barang sejarah. Saya masuk ke muzium dan menziarah maqam Raden Fatah.
Sultan pertama Kerajaan Demak. Saya menceritakan kepada rakan-rakan bahwa
sultan kedua Demak adalah Pengeran Seberang Lor atau Adipati unus (1518-15210 beliau yang mengetuai
12,000 kapal menyerang balanda di Melaka pada 1513 untuk memusnahkan kerajaan
portugis dengan pertolongan orang Jambi, Johor dan Temasek. Akan tetapi ribut
yang besar menyebabkan kerosakan teruk dalam peperangan itu dan mereka berunur
kejambi. Dan selepas itu kerajaan demak yang menjadi ancaman portugis musnah
selepa Sultan ketiga Sultan Trengono (1521-1546) dan portugis menguasai
sepenuhnya nusantara pada 1927. Itu yang saya baca dari buku fakeh mengenai Pulau Besar Dari buku ini
juga menceritakan bahawa salah seorang wali songor pernah berguru diPulau Besar
Melaka yang pada masa itu mempunyai sebuah suluk yang terkenal dinusantara.
Sumpah
kalau roboh Kota Melaka papan di Jawa saya dirikan amat kuat pada masa itu
untuk mempertahankan daulah islamiah. Malangnya, Kerajaan demak juga diganggu oleh kerajaan
hindu pejajaran yang bersekongkol dengan musuh. Ahli sejarah menjadi hairan
bagaimana kerajaan Islam nusantara yang begitu kuat dan tolong menolong ketika
itu dapat dikalahkan oleh beberapa kapal Bengali putih dengan askar upahan dari
Goa. Fakta yang menarik untuk dikaji
anak sekolah.
Kami
bergerak ke Wariung bakso untuk memanaskan perut dipagi hari Ustaz masih
teringatkan bakso nasi yang dimakan pagi semalam. Ustaz minta lagi bakso nasi.
Saya bertanya dengan penjual itu. “Baksonya tidak ada minyak ya bu” saya
maksudkan seperti bakso semalam. “Ya-ya tidak pakai minyak”kata penjual itu.
Kami
dihidangkan 3 mangkuk bakso mi. Saya tengok penuh dengan minyak macam soto di
Malaysia.
Saya
bertanya balik “kenapa ada banyak minyak bu?”.
“Ya
itu minyak tumisannya” jawab mak chik penjual itu sambil tersenyum. Ustaz pula
bertanya “mana nasinya bu?”.
Peniaga
menjawab “itu nanti saya ambilkan” sambil menyenduk sepinggan nasi dari periuk
dan memberikan kepada ustaz. (INTERKOM USTAZ kami tertawa.)
Kami
minta gelas air panas kerana ustaz bawa Nescafe 3in One yang di beli ketika
kami singgah di jalanan semalam. Saya hanya meminta air panas setengah gelas
tetapi dua lagi rakan tadi memeberikan gelas kosong yang telah diisi serbok
kopi. Jadi bila di tuangkan air penuh gelas maka tidak ada rasa lagi. Saya
hanya gunakan air setengah gelas tetapi masih tawar dan menambah setengah lagi
ramuan kopi tadi baru ada rasa. Setengah lagi saya berikan kepada Ustaz.
Saya
tidak boleh makan minyak waktu pagi kerana perut saya akan meragam dan berasa
loya. Jadi saya ambil sedikit mi yang ada dalam bakso itu dan serahkan
selebihnya kepada ustaz. Nampaknya ustaz makan dengan berselera. Tapi yang
semalam juga tersangat sedap.
Kami
meneruskan perjalanan menziarahi menara Alquds bekas tangan wali. Mengerjakan
solat dan bertolak pulang. Kami sebenarnya belum mandi jadi kami singgah di
sebuah hotel jika boleh kami menumpang dengan bayaran “Day Use” seperti di
Malaysia.
Tetapi
pengurus hotel itu berkata “tidak boleh pak kita kena bayar sehari penuh”. Hotel
tersebut sebuah hotel kecil sahaja.
Saya
terlupa ingin bertanya berapa harga sebuah bilik. Kemudian saya mendapatkan
Ustaz diwarung kopi dan minum sedikit sambil mendapatkan beberapa maklumat.
Saya diberitahu oleh penjual itu dia sendiri mandi di Kiosk Petrol betul-betul di hadapan hotel itu. Katanya
bersih. Kami ke sana dan memang betul amat selesa. Dipanggil Kamar Mandi yang
bersih, jauh lebih bersih daripada tandas di kiosk petrol kita. Cuma ada tong
infak kamar mandi yang tidak dijaga. Masukkan beberapa rupiah sudah cukup. Ini
patut dijadikan sebagai contoh.
Kami
meneruskan perjalanan Ke Jogja menuju Boyolali dan kawasan pergunungan.
Perjalanan amat sukar kerana terlalu banyak simpang jalan kami beberapa kali
termasuk jalan yang salah. Saya tidak pasti sama ada kami salah jalan atau memang
banyak jalan ke Jogja. Marhaen bawa kami melalui jalan kecil yang katanya jalan
potong.
Kami
singgah makan tengahari di Kedai Makan Nasi Padang. Saya tanyakan Marhaen ini
padang ragut atau padang Golf. Padang ragut itu adalah tempat makanan siswa
yang lauknya seadanya. Sedangkan makan di Restoran Padang yang baik tentunya
enak seperti di Kota Padang sendiri.
Bersama pengukir majis
Masuk
ke kedai kami berasa amat lapar. Saya pesan jus jeruk. Kemudian melihat lauk di
atas rak. Saya tidak nampak makanan kegemaran saya, Ayam Bumbu.
Saya
bertanya dengan penjual itu. “Ayam Bumbu ada, bu?”.
Dia
menunjukkan ayam yang dimasak gulai tetapi berasingan dengan kuahnya sambil
berkata. “Ini ayam yang telah dimasak dengan bumbunya”.
Ah,
Pelik juga orang minang ini tidak tahu ayam bumbu. Saya pesan ikan goreng dan sambal hijau dengan
pucuk ubi. Dapatlah saya mengalas perut. (Interkom lagi) kata ustaz, mungkin
penjual itu sendiri tidak pernah ke Kota Padang. Kalau saya bertanya tentang
ayam pop yang sedap seperti di Bukit Tinggi, lagi tidak tahu agaknya, fikir
saya.
SISI INDAH MERAPI
Kami
meneruskan perjalanan melalui Boyolali dan melihat Merapi dan kemusnahannya.
Akan tetapi hujan mengganggu pemandangan. Kawasan di sini amat cantik dengan
sawah padi dan huma yang menghijau. Ada aliran air yang lebih tinggi daripada
jalan raya. Cantik sekali kawasan ini ala-ala Bali. Di sepanjang perjalanan
kami melihat banyak buah durian dan salak dijual. Dari semalam Marhaen berjanji
akan membawa kami makan salak bondo bakar. (Buah salak terbaik di Jawa tetapi
telah terkena abu panas dan terbakar). Saya teringin juga hendak merasanya.
Saya mengajak beliau berhenti di warung yang menjual durian beliau kata nanti
ada lagi dihadapan. Malangnya hingga sampai ke Kota Jogja kami tidak
berkesempatan makan durian Boyolali. (Itulah masalah komunikasi antarabangsa –
yang kami sebut Interkom).
Bila
lapar saya mengajak mereka berhenti lagi makan di sebuah warung makan. Nampak
banyak petugas uniform yang makan di warung itu. Oleh kerana hari petang kami cuma
makan mengalas perut. Ketika memasuki restoran itu saya terpegun kerana ruang
makan yang baru dibina diperbuat daripada kayu batang kelapa. Sempat berbual
dengan pengunjung disitu katanya batang kelapa yang digunakan agak muda kalau
yang tuanya berwarna hitam. Saya amat tertarik melihat kayu yang cantik itu.
Seluruh rumah itu dari tiang, tutup tiang dan gegulung adalah dari kayu batang
kelapa. Walaupun atapnya daripada genting.
Saya
bertanyakan makanan apa yang ada. Ustaz pesan soto. Saya kurang berminat dengan
mi. Saya pesan soto tanpa mi. Soto tahu katanya. Saya ingatkan soto dengan
tahu. Saya kata bolehlah cuba. Mana tahu sedap.
Sampai 3 mangkuk rupanya berbeza daripada soto yang saya makan pagi semalam
atau pagi tadi. Ia agak pedas tidak berminyak ada nasi dan taugeh. Saya tanya
ustaz mana tahunya. Ustaz jawab Interkom tuan. Habis apa yang penjual tu kata soto
tahu-soto tahu tadi. Marhaen kata Tahu bukan tauhu. Kami tergelak lagi tetapi
sedap jugalah soto itu kerana banyak sayuran dan ada sedikit tauchu. Masuk ke
kereta saya kekenyangan dan tertidur dalam perjalanan melalui Magelang yang
sangat sesak kerana jalan sedang diperbaiki , kenderaan banyak dan sempit.
Kami
sampai di Malioboro dan singgah sekejap untuk menukar wang dan bersiar-siar.
Tidak banyak yang saya dapat melainkan cerita kekurangan pengunjung yang ketara
sejak Merapi meletus. Orang ramai banyak di jambatan untuk melihat lahar sejuk
yang mengalir. Mengikut arus air hujan dari Merapi. Hujan setiap petang dan
agak lebat banyak membantu mencuci Kota Jogjakarta dari debu Merapi. Pohon mula
menghijau tetapi hati penduduk di Cengkeringan dan Magelang semakin hari
semakin kelabu dan berdebu.
Malam
terakhir di Sleman kami bertemu dengan Pak Rashidi yang banyak bercerita tentang
bantuan persekolahan. Kami memikirkan bantuan berikutnya bagaimana dan
caramana. Kami menyampaikan bantuan berupa Wang Tunai RM1500 dalam bentuk tunai
Rupiah yang ditukar dipengurup wang diMalioboro petangnya. Wang ini adalah
sumbangan dari rakan guru, Pekdis dan jemaah Surau Ustaz Khairozi di Malaysia.
Mereka amat berterima kasih walaupun sumbangan itu kecil tetapi rasa bersamaan
dengan mangsa merapi lebih mereka perlukan. Saya menyampaikan rasa terima kasih
saya kepada relawan PKS yang bertungkus lumus memberi sumbangan tenaga kepada
kami. Walaupun hari terakhir kami di Pos pengawal terpampang tulisan Kehabisan
Logistik. Ini bermakna 20-30 orang sukarelawan yang menetap di pos terpaksa
mencari makanan sendiri untuk hidup. Kebanyakan sukarelawan itu terdiri daripada
mahasiswa dan mangsa merapi. Itu yang menyedihkan hati kami. Kami memberi
sedikit wang kepada rakan-rakan sukarelawan mana yang termampu.
Kami
pulang ke JB melalui Jakarta dan Batam kemudian ke Stulang kami hampir
ditinggalkan kapal terbang kerana INTERKOM juga. Semasa menuruni pesawat kami
diarahkan melalui satu jalan berpusing. Batam Sumatra barat, Batam Sumatra
barat laung pegawai disitu. Kami berkejaran menaiki bas dan dibawa ke satu lagi
pintu. Kemudian kami bertanya dimana perlu menyemak transit. Mereka terus
mengatakan Batam Sumatra Barat disatu kaunter. Saya berbaris dikaunter dan
meminta ustaz untuk pastikan sekali lagi adakah saya berbaris ditempat yang
betul. Kemudian seorang pegawai lapangan terbang mengatakan memang disitu tempatnya.
Ada 10 orang dihadapan saya apabila sampai ketempat giliran saya pegawai yang
membuat semakan itu mengatakan ditempat lain.
Saya
berlari terus dengan rasa kurang selesa. Dan akhirnya saya sampai ke sebuah
kaunter yang sesak selepas bertanya beberapa kali untuk mengelakkan tersesat.
Malangnya tidak ada barisan dan semuanya berebut bagi beberapa penerbangan.
Saya melihat jam dan sudah 20 minit dari waktu masuk. Saya risau ditinggal
kapalterbang. Selepas bersusah payah menjerit. Seorang pegawai lelaki mengambil
tiket saya dan membuat transfer. Kami berlari masuk ke pintu dan petugas pintu
membawa kami terus kedalam kapal terbang. Satu perkhidmatan yang baik. Masuk ke
kapal terbang kerusi saya 18A telah ada orang. Saya minta Paramugari membantu.
Tiket penumpang itu juga 18A. Paramugari itu mencadangkan saya berpindah ke
kerusi 16F saya kata boleh sahaja asal jangan duduk bertindih dengan penumpang
lain. Paramugari itu tersenyum. Terasa lega dan kapal terus bertolak rupanya
kami yang terakhir masuk dan mereka sebenarnya sedang mencari kami berdua.
Nasib baik di Jakarta kalau di KL saya terpaksa tidur lagi di Jakarta.
Penutup:
1. Kami
berjaya memasuki kawasan dharurat dengan selamat dengan bantuan Relawan dan
orang tempatan.
2. Kami
dapat merasakan perlunya ada bantuan atau tindakan susulan bagi misi Merapi
ini.
3. Tumpuan
kali ini agak tersebar luas dan fokus boleh diberikan kepada 3 kampung di
kawasan Changkringan.Turi dan Pakem sepanjang sungai Kaligendol.
4. Terdapat
17 orang anak yatim yang memerlukan saraan hidup boleh diberikan keutamaan.
5. Bantuan
boleh diberikan setelah shelter school
telah beroperasi dikawasan bencana. Pemerintah Indonesia telah mencadangkan
sekolah Shelter ini menjelang sesi Januari 2010.
6. Masa
yang terbaik adalah untuk misi yang seterusnya adalah penghujung Januari dan
pendaftaran sukaelawan tidak lewat dari 25 Desember 2010.
7. Perjalanan
sukarelawan boleh disekalikan dengan lawatan pengantarabangsaan sekolah dan
lawatan ke Demak dan kudus.
8. Perbelanjaan
lojistik anggaran RM 500 tidak termasuk tiket dan tax.
9. Perjalanan
paling mudah melalui Batam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan