K12:Community
Service, Cambodia Team 10.
(15-18
Ogos 2014)
Kenduri
Kampong Sdok Min Chai, Speu Province, Kampuchea.
Kenduri Sdok Min Chai?? Kemana pulak Team 10 kali ini, Ikut aje lah., semua urusan
di atur oleh haji Zulkifli dari Perak. Kami bertolak awal pagi Jumaat 15hb. Ogos
2014. Rombongan kami seramai 9 orang. Riduan dengan anaknya Amar dan Daneal, Haji
Omar bersama isterinya Hajah Saniah. Haji Zulkifli, Azmi, saya dan Tuan Haji Rosland Hussin mantan Pengarah
Bahagian. Saya terpaksa mewakilkan sesi mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Di
Port Dickson malam tadi kepada Aidie. Kerana jadual saya telah ditetapkan lebih
awal.
Riduan dan
Haji Rosland menjemput saya di rumah jam 3.30 pagi dan kami bertolak ke KLIA2.
Daftar masuk dan solat subuh. Kami terus
ke Terminal P03 dan berlepas jam 630 pagi. Sampai di Phnom phen Saya
menghubungi sahabat saya Brother Chapratana dari MOE dia bersedia mengambil
saya bila saya perlukan. Seronok benar bila saya mempunyai kawan APCEIU serata
Asia Pasifik. Dan Kami sangat rapat. kami bersarapan dan daftar masuk di Hotel
Asia, USD17 sahaja kerana telah ditempah
awal oleh Azmi jika tidak saya terpaksa membayar USD63. Biliknya cantik dan ada
KFC dibahagian bawah hotel. Saya membuat semakan harga makanan lebih kurang
sama dengan di tempat kita. Ada 10 buah semuanya 9 di Phnom Pehn dan satu di
Seam Reap, semuanya halal. Saya pernah terserempak dengan petugas Ayam Mas warga
Malaysia yang mengusahakan 3 ladang ternakan ayam di Phnom Pehn dalam lawatan dahulu.
Kami
bertolak ke central market. Beli sedikit pakaian dan bertolak ke Masjid Jamek
Batu lapan. Selesai solat Jumaat kami makan tengahari. Kami ke kedai solar dan
Haji Zul dan Riduan sangat tertarik dengan teknologi ini kerana sangat praktikal
untuk masjid dan surau di Kemboja dan harganya sangat murah.Isteri Haji Omar
ambil kesempatan untuk mencuci rambut. Kemudian kami ke central market lagi untuk
membeli belah. Tetunya kali ini saya akan ke Gerai 9/10 jurujualnya Saripah tidak boleh kami lupakan.
Istimewa gerai ini adalah kerana harga sangat berpatutan yang ditawarkan tanpa
kita perlu tawar menawar. Saripah sebenarnya bukanlah nama dia tetapi diberi
oleh orang Malaysia. Dia adalah gadis Khmer bernama POH. Dalam sesi sebelum Jumaat
tadi Haji Zul telah lebih dahulu ke Gerai Saripah, siap bergambar lagi. Kali
ini Haji Omar pula ambil gambar saya dengan Saripah siap pakai tudung lagi.
Setelah
membeli sedikit buah tangan untuk isteri dan anak-anak, Kalau ke Kemboja saya
jarang membeli belah tapi kali ini saya teringatkan anak-anak ada memberikan
saya sedikit duit raya lepas jadi patut rasanya saya beli mereka sepasang
pakaian. Saya merayau sekitar central market masih tidak dapat membelikan buah
tangan untuk dua cucu comel saya. Haji Omar yang sangat teruja kali pertama ke
kemboja. Saya tunjukkan tempat peniaga menjual cengkerik, belalang, labah-labah
goreng. Kali ini saya jumpa anak katak goreng dan riang-riang goreng. Agak
istimewa bagi saya. Semasa ke masjid tadi penjual kura-kura goreng baru saja
menutup kedainya di bawah jambatan. Tidak sempat saya tujukkan pada Haji Rosland.
Hari
mula mendung dan kawan kawan yang lain telah balik ke hotel dengan tuktuk dan
berjalan kaki kerana jarak dengan hotel kami sangat dekat. Pulang ke hotel kami
berihat, saya mandi dan ambil rehat sebentar. Petang ini kami cadangkan kepada
rakan agar menaiki boat di sungai Mekong jam 5 petang kerana saya akan berjumpa
dengan Brother Ratana hingga malam. Chapratana agak sibuk dan Haji Zul sedang
tidur saya ambil kesempatan untuk ke Dentis yang berdekatan untuk rawatan hanya
USD10. Balik ke hotel saya sempat berkenalan dengan Mr Dickson Chea, berasal
dari Pulau Pinang yang telah 15 tahun berniaga di Kemboja di lobi. Sangat
mengujakan bila berjumpa orang tempatan. Tempat kami menginap ini tidak ramai
orang Malaysia. Berbanding dengan New York Hotel. Selesai solat magrib dan isyak
saya keluar balik dengan Haji Zul di jemput oleh Ratana. Seronok kami berbual
sambil menikmati makanan laut. ketam, udang,ikan dan terung bakar. Hanya
sesenduk sahaja nasi yang terluak bagi 3 orang yang makan. Sebenarnya kami
meratah makanan laut dan sayuran bakar sahaja. Kami menghubungi Piya di
Bangkok. Piya tidak dapat bersama kami kerana urusan UNESCO di tempat lain.
Kami
balik ke Hotel sekitar jam 1100 malam dan meronda melihat kehidupan malam di Phnom
Pehn. Sebenarnya kami hendak minum teh tarik kegemaran saya. Kalau tidak dapat
susu malam ini esok perut saya akan meragam. Banyak Restoran berdekatan menyajikan
makanan sejuk, sukar sangat hendak mencari minuman panas. Saya ada membeli 2
kotak white coffee semasa di airport tetapi saya berikan kedua-duanya pada Ratana
kerana saya ingin sampaikan satu kotak kepada Mr Chow, State secretary yang
selalu melayan kami di Phom Pehn. Kami balik ke hotel jam 12 malam.
Sabtu 16hb. Ogos:
Kami
bersiap keluar dan bersarapan. Destinasi kami hari ini adalah kampong spur 75
km dari Phnom Pehn menggunakan Jalan No.04 arah Ke Rong Preah Sihanouk . Perjalanan
mengikut Rout 04 sangat mengujakan. Kali ini kami bergerak kearah Laut. Kawasan
ini tidak ramai orang muslim. Jadi kami tidak makan sepanjang perjalanan. Kami
singgah di melihat pasar. Membeli sedikit roti dan biskut untuk anak-anak di
kampong. Singgah lagi digerai tepi jalan yang menjual produk rebung. Mereka sangat kreatif membuat jeruk rebung
berlada yang boleh dimakan terus. Ada juga rebung yang di hiris nipis dan di
keringkan. Untuk di masak. Tetapi yang amat menarik bagi ahli rombongan adalah
kayu berlian dan cendawan Ganoderma. Sangat murah. Riduan beli 2 kilo. Dan
berbahagi dengan Haji Omar. Saya membeli jeruk rebung hendak merasa produk
tempatan, saya pernah makan jeruk rebung dari Felda Pemanis Segamat tetapi
cukanya sangat keras. Disini mereka tidak gunakan cuka sebaliknya hanya lada dan
garam macam kimchi Korea. Boleh di makan
terus.
Dalam
perjalanan kali ini kami berasa sangat lapar. Kami makan mangga, buah bidara,
biskut dan roti perancis yang kami beli untuk mengalas perut. Seronok berjenaka
dalam kenderaan tidak perasaan masa berlalu. Kami daftar masuk disebuah rumah
tumpangan USD 15 semalam di Kiri Rom, Kawasan ini berdekatan dengan Kiri Rom
National Park pada asalnya Ustaz Zuhdi sudah membawa kami masuk ke kirirom
National Park tetapi bila perut kami sangat lapar dan perjalanan melalui kampong
terasa sangat jauh kami berpatah balik ke pekan Kirirom dan daftar masuk ke
Homestay Kirirom. Boleh tahan biliknya. Saya ambil kesempatan untuk mandi
sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kampong. Ini Gambar dulu masa saya
belajar buat atap lalang dengan menantu pak imam Pursat dan tengok kura-kura
goreng dan cengkerik goreng berlada bawah jambatan.
Kampung
ini bernama Sdok Min Chai, Zero Carbon Resetlement Project Kampong Speu
Province. Bahagian luar kampong adalah penempatan tersusun bekas askar. Saya
lihat perbezaan luas tapak rumah
bergantung kepada pangkat mereka. Rumah kotak tinggi sebuah cantik
tersusun. Dinding papan, atap zing dan bertiang kayu yang tinggi. Di belakang
penempatan inilah kerajaan kurniakan kepada penduduk miskin Khmer satu tapak
rumah 40 X 30 meter dan satu hektar kebun untuk bercucuk tanam. 76 pendududk
Khmer telah memasuki kawasan ini selama 3 tahun. Bakinya dipohon oleh persatuan
UTDA (yang saya penasihatnya) untuk penduduk Islam. Kerajaan telah berstuju
memberikan kunia kepada 40 penduduk pada bulan puasa yang lepas di uruskan oleh
ustaz Zuhdi. Saya di berikan satu tapak tapi saya berikan pada ustaz Zuhdi dan
iparnya. 2 hektar tapak masjid di berikan bersebelahan dengan tapak sekolah.
Kawasan
ini di bangunkan dengan kerjasama dari
NGO dari singapura yang membina sekolah dan sedikit frasarana. Mereka
adalah dari Hope Village Fund dan Hemesperes Foundation Singapore. Kebanyakan
rumah disini adalah pondok 4 segi dari lalang dan pangkin buluh. Istilah saya
atap, daun, dinding daun dan pintu juga dari daun tetapi sangat nyaman.
Penduduk mula membina pagar buluh, menanam jagung, membela lembu, dan ada yang
baru membajak tanah. Qualiti tanah disini lebih baik dari penempatan di Pursat.
Tidak banjir dan tanah lebih subur. Sebuah rumah lalang ini dianggarkan USD 150
untuk bahan dan upah. Surau kami masih berlantai plywood dan beratap lalang. Kami
sampai disambut oleh hujan panas saya kasihan dengan seorang kanak-kanak kurus
dan kesejukan semasa kami makan dia telah sampai tetapi tidak makan bersama
kami. Kerana dia budak Khmer yang datang membawa bahan untuk balai kami dengan
Kubota. Selesai makan saya menghidupkan api dapor kayu dan suruh dia berdiang.
Saya berikan sedikit makanan kepada dia. Kami mengambil air sembahyang menggunakan
air hujan yang turun dari atap surau. Selesai solat penduduk sudah mula datang
untuk bergotong royong. Lembu juga telah diikat. Kepala saya agak berat kerana
masuk angin. Saya ambil panadol soluble Riduan untuk menahan sakit.
Kami
mengagihkan biskut dan roti kepada anak-anak yang datang. Mereka sangat tertib
dan tidak berebut, Menyembah kami sebelum menerima makanan yang kami agihkan.
bercampur anak Khmer dan anak muslim. Saya sungguh terharu.
Kami
membantu penduduk kampong memasang khemah, menyembelih lembu dan menyediakan
makanan malam. Daging Bakar. Ikan Toman dan ikan keli yang kami beli tadi pun
kami bakar juga. Anak Riduan dan Hajjah Saniah yang jadi masterchef hari ini.
Saya teringatkan rempah mee bandung Muar dan rempah sup Adami yang banyak di
rumah saya lebihan kenduri hari raya yang lepas. Kenapakah saya tidak terfikir hendak
bawa semua tu. Ini semua kerana sepanjang 3 minggu saya sibuk dengan tugasan
pejabat. Berselera juga kami makan malam itu. Tapi saya tidak boleh makan
banyak kerana perut sudah masuk angin. Saya orang yang pertama berhenti
makan berbanding dengan waktu asar tadi. Saya masih memikirkan bahgaimana saya
hendak dapat teh tarik malam ini.
Selesai
makan dan berbual dengan penduduk kampong kami bertolak balik ke hotel dan
menginap. Kalau saya bawa pakaian tadi tentunya saya tidur di surau yang
nyaman ini. Saya boleh buat qiamulail dan sebagainya. Saya kehilangan peluang ini
kerana saya dalam keadaan tidak sihat. Jeket pun saya tertinggal di hotel.
Badan saya sudah mula seram sejuk. Petang itu amat mengembirakan ahli
rombongan kerana mengusik seorang anak gadis yang baru tiga hari tinggal di
rumah bapanya berdekatan surau. Maya namanya dan fasih berbahasa melayu kerana
baru pulang April lepas dari bekerja di kedai pakaian di Jalan Abdul Rahman
Muar. Ramailah yang mengusik. Maya semenjak pulang bekerja di kilang di Phnom Pehn
dengan pendapatan USD115 tidak cukup untuk makan dan tempat tinggal katanya.
Duduk dikampung dia tidak biasa. Bapanya tidak benarkan dia bekerja kilang dan minta
Maya menjaga neneknya di Phnom Pehn sambil membantu bapa saudaranya berniaga di
pasar. Inilah kehidupan generasi baru yang tidak selesa duduk dirumah kotak
lagi. Hendak masak tidak tahu hendak bertani tidak tahu. Jadi sepanjang petang Hajjah
Saniah isteri haji omar menasihatkan dia berbagai perkara untuk survival di
kawasan tersebut. Saya cadangkan beliau membantu ustaz Zuhdi menguruskan
persatuan. Sekurang kurangnya beliau boleh menguruskan pakej dan perjalanan
rombongan dari Malaysia.
Kami
berbincang tentang kemajuan persatuan. Saya mula datang untuk memulakan
penggajian ustaz fardhu ain bagi Ustaz Mahir di Krong Kampung Cham dan Ustaz
Samad Klang Sbaek Krong Kampong Chnang Kemudian 3 tahun lepas kita ke Roliang Krong
Pursat menjadi lima kampong.
Kg.
Krosah Tmay 345 ahli Ustaz Ahmad Abu Bakar, Kg Oh Smach 64 Ahli Imam Taib
Ismail. Kg Bray Bith 450 ahli Ustaz Wandim Mad. Kg Oh Rong 195 ahli Ustaz Abd
Rahman Bakar. Kg Phom Dual Oh Loy 55 ahli Ustaz Abd Latif. Kg Jrolong Kaisna 48
Ahli Ahmad Musa. Kg Jrolong Kaisna2 108 Ahli Imam Yusoh Musa. Kg Kg Suai Pakau
35 ahli Ustaz Adam Yusof. Kg Dual Pongro 250 ahli Ustaz Isa Ibrahim. Kg Kg
Trobiang khtum 239 ahli UStaz Adam Yakob. Kg Oh Sandan 227 Ahli Ustaz Abdullah
Hamid. Kg Roliang 140 Ahli Ustaz Hj Adam.
Kemudian
ke Pursat, Rolip Duot, Srai Sa, Swai Pakau, Hom Tual, Orong adalah yang paling ramai ahli 400 ahli orang
semuanya, Termo So, Chuk So, Oh Sedan, Pret Pih dan kali ini di Sdok Min Chai.
Bermula dari 114 ahli sekarang sudah menjangkau 2000 ahli. Bermula dari 3 orang
ustaz kita telah menggaji guru dan membayar elaun sukarelawan seramai 20 orang.
Saya terkenangkan Cikgu Saniah dari Pulau Pinang yang menanggung elaun salah
seorang guru ini selama setahun, Haji Misti dan Haji Tazali dari JB dan Haji
Zulkifli dari Muar. Jasa insan kerdil seperti inilah yang tidak terbalas oleh
kami hanya Tuhan sahaja yang membalas jasa baik Mereka. Saya hanya menggerakkan
kerana saya juga tidak punya kelebihan. Kami memasuki kawasan pendalaman
membantu saudara kaum muslim yang terhimpit oleh dakwah musuh dan kemiskinan
dengan apa yang kami ada.
AHAD 17hb ogos 2014
Esoknya
kami chek out lagi dan bergerak masuk ke kampong. Kami beli sarapan agak
banyak, telur, minyak, tepung, susu, ovaltine. Kopi gula. Saya juga memungut
berus gigi dari setiap bilik untuk di berikan kepada anak-anak disana. Dapatlah
dalam 10 batang. Berus gigi percuma hotel dan sabun mandi yang tidak di pakai.
Kami
singgah di pasar membeli terung, kapsikum. Menariknya dipasar ini walaupun
masyarakat rata-rata miskin dan berpendapatan rendah tetapi makanan di pasar
adalah angat segar berbanding dengan pasar di tempat kita. Di pasar kering
berasnya putih dan cantik serta baru, di pasar sayur, kangkung dan sayurnya
sangat baru dan bersih. begitu juga pasar basahnya ikan, sotong dan ketam
sangat bersih dan baru.
Kami
sampai lewat hampir pukul 1000 pagi kami belum bersarapan. Saya terus ambil
cawan buat ovaltine untuk stabilkan asid perut saya. Kalau tidak petang nanti
saya pasti rebah. Belum pun habis minuman rombongan Menteri sudah sampai. Saya
terpaksa melayan Dato Menteri dan rombongannya. Makanan kami adalah cekodok
bawang, Roti, Biskut, kopi panas, kemudian terung bakar dengan kapsikum, barulah
nasi, sup dan daging bakar.
Majlis
kami kali ini diraikan oleh Brigedier General LaLay, Dari Gendamerie Royal Comander
of Takeo Province. Penasihat YAB Sok An Timbalan
Perddana Menteri. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab sehingga 40 rakyat
muslim dapat kurniaan tanah lebihan dari penduduk Khmer. Beliu adalah pegawai
muslim tertinggi di Kampuchea yang menguruskan hal ehwal muslim. Beliau diiringi
oleh Timbalannya colonel Ith Chet, atau nama muslimnya Syed Abdul Majid. Ketua
polis balai kampong dan anggotanya. Beliau menjelaskan sejak tahun 1990 lagi
YAB PM Hun Seng adalah pemimpin yang
bertanggungjawab membangunkan penduduk muslim, Pihak kerajaan menasihatkan agar
penduduk muslim sentiasa berbaik baik dengan penduduk Khmer. Jam 1100 pagi
beliau meninggalkan kami meneruskan acara kenduri kampong kami.
Sebelum
bertolak Hj Omar menyempaikan derma kepada Imam masjid bagi pihak keluarganya, saya melihat linangan air mata dari Isterinya.
Biasanya saat begini saya tidak dapat menahan emosi. Saya kena cepat
meninggalkan majlis. Itulah rasa setiap kali kami menjalankan misi kemanusiaan.
Kami
bertolak meninggalkan Kmpung spur jam 12.00 balik ke Phnom Phen. Perjalanan
kali ini di temani oleh Maya dan kami semua tidak habis-habis mengusik dia.
Kami singgah di beberapa tempat. Pertama kami berhenti untuk membeli walkie
talkie. Habis semua kami borong kerana murah. Kedua kami singgah membeli sedikit
barang. Ketiga kami singgah di restoran Thai makan nasi petang. Saya kepeningan
sepanjang perjalanan. Riduan juga sama. Tapi bila saya dapat nasi goreng
berkongsi dengan Riduan dan segelas teh tarik, pening saya terus hilang jam 4
itu. Ini benar-benar-benar menggambarkan perut saya telah masuk angin.
Kami
daftar masuk ke hotel Royal Inn berdekatan dnegan Pejabat parti pembangkang
Kambodia. Saya kepenatan. Tapi masih berbincang dengan ustaz Zuhdi mengenai
perkembangan persatuan. Semasa ucapan majlis tadi imam Salleh ada menyuarakan
tentang bilik air bagi surau inilah kebiasaan penduduk disini yang perlukan
projek pembangunan. Kami katakan kami bukan NGO yang besar. Kami pun berharap
ehsan rakan-rakan dari Malaysia. Saya mengesyurkan kpada ustaz Zuhdi agar kita
buat roti setiap hari Jumaat untuk disedekahkan kepada penduduk tempatan atau
di jual. Mungkin kita boleh sponsor satu buntil tepung seminggu untuk makanan
penduduk. Saya akan cuba usahakan perancangan untuk itu. Mungkin di Pursat
juga.
Telefon
saya masih aktif saya menerima satu SMS dari ketua saya berkenaan tugas
pejabat. Saya buat semakan dengan pegawai. Laporan awal adalah kerana sikap
anak buah yang tidak bertanggungjawab. Tidak melakukan sesuatu mengikut peratuan.
Kadang-kadang kita lupa dalam organisasi kita ada ketua. Ada peraturan ada
susila. Walaupun kita boleh mencapai matlamat tapi kita menyusahkan ketua kita.
Ingatlah pepatah terakota Don’t let your
king involve in the battle. Kepala saya makin sakit. Dan saya rasa tidak
cukup selesa.
Selepas
solat magrib kami bertolak kerumah ustaz Zuhdi untuk makan malam. Anak Riduan
beli satay yang sedap juga rasanya. Sakit kepala saya hilang selepas makan nasi
dan teh tarik halia yang disediakan oleh isteri Ustaz Fadil. Riduan yang lepak
habis ambil kesempatan untuk berbekam. Kami membuat penutupan akaun perjalanan.
Perjalanan kali ini semua sekali RM800 setiap orang termasuk kenduri dan tambang,
saya rasa berbaloi sangat. Kami balik kehotel dan saya terus kemas pakaian dan
berehat. Rakan-rakan lain masih lagi meronda bandar dengan tuk tuk keerana ada
pasar malam dikawasan berdekatan. Mereka balik lewat pagi.
Isnin 18hb Ogos 2014
Saya
bangun awal daftar keluar dan minta telefon semua kawan-kawan yang belum bangun
tidur.Bersarapan secara rengkas dengan telor roti dan teh tarek kami bertolak
ke Air Port. Saya berkesempatan berbual dengan Nur Masyitta Atiqah pegawai
penyelidik PWTC.Beliau datang ke phnom Pehn dengan seorang lagi rakan
perempuannya bagi tujuan bercuti. Kami berbual tentang kerja sosial yang kami
lakukan dan beliau nampaknya menunjukkan minat. Mungkin dimasa yang akan datang
beliau ingin ikut sama. Penerbangan kali ini agak lewat dan kami sampai ke
KLIA2 jam 1130 pagi. Menaiki ERL sampai ke Putrajaya jam 1.15. Isteri saya dan
cucu comel saya sampai sebaik saya keluar dari terminal dan pulang kerumah. Walaupun
penat dan keletihan misi ini amat membanggakan saya. Terima kasih kepada semua
yang menyumbang atas misi kali ini. Tanpa kalian siapalah saya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan