Katmandu, Nepal (6-10 October 2014)
Alone, At Top of The world,
Anapurna, Everest!!!! Sangat mengujakan. Saya mimpikan ke Butan, Tebet dan Katmandu tempat yang
sangat hampir dengan Everest. Damai
dan menyenangkan. Malas saya hendak cerita kenapa saya kena terbang seorang
pagi ini, Itulah saya, mulanya teruja tapi kemudian antiklimax. Semuanya diuruskan
oleh orang lain kerana saya sibuk. Empat ekor
kerbau, 3 ekor dan 3 bahagian dari Haji
Zulkifli dari Muar. Sekor Haji Muhamad
dari Kota Tinggi. Tiket diuruskan oleh Ana, menantu saya, Azhar uruskan
penghantaran duit. Maka terbanglah saya seorang ke Katmandu hari ini.
Pagi hari pertama
tasrik, berkemas lebih kurang isteri saya hantar ke ERL. Terima kasih sayang
dan selamat tinggal. Saya tiba di Lapangan Terbang KLIA jam 0700, 2 jam sebelum
berlepas. Daftar masuk terus ke Gate G4. Terlupa hendak bawa Salonpas saya naik
keretapi ke Terminal C, minum, rehat dan balik ke G4. Saya berjumpa ramai orang
Nepal yang hendak balik ke Katmandu dengan penerbangan 0805. Mereka pulang
untuk perayaan Darshain yang jatuh
hari ini sama dengan Aidul Adha di Nepal lewat 2 hari dari Arab Saudi. Darshain
adalah pesta menuai dimana mereka memotong kerbau dan kambing untuk disembahkan
pada tuhan mereka. Semua keluarga yang jauh akan balik dan merayakan Darshain.
Pesawat berlepas 0850
perjalanan 4 jam 15 minit. MH0170 macam MH 17 je???, Fobia saya. Saya sampai ke Tribuvan International Airport,
Katmandu di sambut Juju member K12 dari Nepal. Memang seronok ada keluarga
seluruh Asia Pasifik di bawah PEACE EDUCATION APCEIU/UNESCO. Terus ambil
makanan pertama saya Dal, Kentang, Bawang putih goreng, Sawi dan kobes sangat
sedap dan murah Cuma USD 1 untuk dua orang boleh tambah sebanyak yang mahu.
Makanan marhain kata Juju. Lepas makan dikaunter bayaran ada ketumbar untuk
dimakan tapi wangi dan tidak pedas. Saya cuba Telefon Piya tapi dia tidak
angkat tapi kemudian dia SMS. Juju sudah muatnaik
gambar saya di Pusuphathinath ramai kawan K12 yang like.
Kami melawat Pashupatinath,
kuil monyet hindu yang tertua di Nepal jadi warisan UNESCO. Sepanjang sungai
ada tapak-tapak yang dibena untuk pembakaran mayat. Hari ini ada dua sahaja. Satu
kaya dan satu miskin. Ada pelancong yang mengatakan dia melihat sampai 10
mayat. Saya Tanya Juju kalau tidak ada mayat macamana. “They burn the woods” Juju buat lawak. Ini adalah satu dari 7 tapak
Warisan Dunia Nepal. Tukar duit dan cari Eco hotel Azli yang sampai semalam
masih belum hubungi saya. Tiada sesiapa yang tahu. Akhirnya kami sampai juga di
Thamel bandar pelancungan Katmandu. Azli menunggu Saya daftar masuk dan dia
terus ke Nagarkot. Saya minum petang dan berjalan sepanjang jalan pelancungan
di Thamel. Ramai pelancong. Saya hendak mencari cenderamata tetapi tidak ada
yang menarik walau satu rantai kunci. Rehat di hotel.
Saya tidak menukar jam
saya kerana saya tidak mahu jet let. Saya masih kekalkan masa. Perbezaan waktu
adalah 2 jam 15 minit. Rombongan pemberita Malaysia sampai malam dan kami makan
malam jam 1230. Berbeza betul. Makan yang sangat sedap, Nan dengan kari ayam
dan kambing masak merah. Saya bercadang untuk makan lagi kalau kesempatan.Teh susu
ketumbar saya tidak boleh minum. Tidak biasa. Saya berkenalan dengan rakan dari
Ikim dan RTM, Din dari Metro dan Bunyamin dari RTM, Fido dari IKIM, Zuraida
dari utusan, mereka orang orang yang
baik dengan saya.Terus balik dan tidor.
Selasa 07 oct 2014
Satungal
Bangun pagi subuh, 0600hr
di Nepal jam 0400hr Kejutkan pengawal untuk air panas. Buat 3 dalam 1, dan
mengaji. Tunggu sarapan siap. Saya ambil roti dengan majerin minta Nehru buat 2
telur rebus, Saya minta setengah masak tapi yang sampai masak keras, tiada
kicap atau lada hitam. Sekeping pancake
madu dan nestum yang saya bawa. OK berat rasanya. Dua orang kawan baru sarapan
saya iaitu Mr Tomy dari England yang akan ke Kuala Lumpur, Tommybunton103@yahoo.co.uk dan Mdm
Kristie dari Australia yang akan berakit hari esok. Keduanya bersendirian di
Nepal. Saya heran, ramai yang bersendirian di Nepal. Saya naik ke tingkat atas
ada yoga percuma tetapi tidak diberi hampir kerana akan mengganggu medam
Kristie yang hendak beryoga.
Hari ini kita hendak
mulakan qurban. Janji pukul 0800hr Nepal jadi jam saya 1000hr. Saya berkenalan
dengan Kak Siti Norshidah
sitinorshidahh@yahoo.com sukarelawan Abim. Ada seorang sukarelawan antarabangsa
dari Indonesia kawan Azli yang sudah satu bulan diNepal. Perempuan muda dari
Surabaya, dan dua perempuan dari Pucung yang sudah 2 bulan mengembara dari Cina,
Tibet dan Katmandu. Kim dan Bijan.
Hari ini mereka
bermasalah bilik, saya mula tidak seronok, Azli pindah ke Hotel Deva. Saya diam
saja.
Bosan menunggu hingga 4
jam kami tak bergerak. Dua tiga kali wakil Nepali
Youth mengarahkan kami keluar hotel tapi tidak sampai-sampai juga bas kami.
Kerana lama menunggu sempatlah saya berkenalan dengan semua orang di Hotel Eco.
Raj pengurus hotel yang didikasi, Nehru perempuan cantik pelayan restoran, Maya
tukang sapu yang sangat cantik dan Apsara pengawal keselamatan yang peramah.
Saya mendapat cerita kesukaran hidup di Katmandu.
Kami melakukan qurban 8
ekor. Bergambar dan interview. Gambar
itulah yang keluar TV1 di Malaysia Berita Jam 12 malam, selasa yang sama. Tidak
tahu siapa yang tengok. Saya tidak masuk rumah sembelihan kerana terlalu kedap,
kotor dan hanyir saya takut tumbang kerana perut saya kosong, biarlah mereka
lakukan. Sempat juga bergambar dengan
tuan punya pusat sembelihan Ataunga.
Jam 5 kami ke dewan
orang ramai untuk majlis agihan. Kalimati Community hall, Mereka tidak benarkan
mengagihkan daging dimana-mana masjid di Katmandu. Ramai orang miskin yang
menunggu. Kesian saya. Saya berkenalan dengan Haji Muhamad Sanarwi, President
Madrasah Darul Quran Sultimor. (009779851162786) Rupanya macam Dr. Shakir Naik
jadi kami panggil gelaranya Shakir Naik. Beliau berasal dari Rautahat Timur
Nepal 20 minit penerbangan, dan mendapat pendidikan di India. Adiknya
menguruskan madrasah di Beningrat yang akan kami lawati esok. Kawasan ini di daerah Dusmat luar pekan Katmandu. Mereka edarkan coke saya minum dan terus pening.
Solat zuhur/asar dan
masih menunggu daging hampir jam 1800hr belum makan tengahari. Saya tidak
berminat lagi dengan program ini kerana takut tumbang, Biskut yang saya bawa
pun sudah habis. Wakil kedutaan 2 orang Haji Amin dari imegresen dan stafnya.
Tamat agihan jam 1930hr baru makan nasi, sedap juga tapi saya sudah tidak boleh
makan banyak kerana perut kosong sangat. Terus balik ke hotel mandi solat kena
tampal beberapa bahagian badan kerana kepala pening dan terus lepak. Ada supper jam 12.00 Tapi saya kata saya tidak
turun lagi. Hari yang sangat membosankan. Semuanya kerana satu perkataan. Poor Planning. Maklumat tidak Tepat, Ada
idea tapi tidak detail. Nasib baik banner
saya ada Bendera Malaysia. Kalau tidak tidak tahu orang mana. Kesiannya orang ramai yang menunggu dari awal hingga
malam. Kita ambil Gambar ramai pun dalam gelap. Memang sukar kalau ramai kepala
itu sebab saya suka bergerak sendirian atau dalam kumpulan kecil. Saya tidak
komen takut kecil hati. Azli pun tidak komen cuma ikut sajalah.
Saya teringat tiori
karipap yang saya ceritakan pada Kim. Seorang yang menjual 2 atau 3 dulang
karipap tidak akan terfikir bahawa seorang pembeli hanya dapat satu karipap
sebelum dia makan, dia akan tengok karipap itu, tepinya, kulitnya, intinya.
Siap goncang lagi. Bayangkan kalau orang miskin yang dapat satu karipap tu apa
rasanya. Jadi dalam Kualiti perkhidmatan yang kita berikan hendaklah sama bagi
setiap karipap. Tidak perlulah kita cakap karipap kita sedap ke, laris ke,
orang hanya beli satu dan itulah kualiti kita.
Rabu 8hb Oct 2014
Beningrat
Hari ini kami akan ke
Beningrat 4 jam perjalanan, berkumpul jam 8 pagi (6 pagi waktu kita). Seperti
biasa bangun kejutkan pengawal keselamatan ambil air panas, Saya orang pertama
di lobi. Kemudian pesera rombongan lain. Earlier
than punctual. Saya ambil kesempatan untuk duduk dengan Kim sepanjang
perjalanan ke Beningrat saya hendak mengambil pengalaman dua orang pengembara
ini. Nama Beliau Kim dan Bijan dari Puchong. Baru 3 hari masuk Katmandu.
Perjalanan beliau bermula 8 ogos dari KL ke Si Ann China ke Zhang Jie Ji tempat
pengambaran AVATAR, balik ke Beijing kemudian ke Tibet dengan keretapi dan
masuk ke Katmandu melalui Datong-Pengyau dekat sempadan Tibet. Naik Bus lapan
Jam ke Katmandu. Kalau bas awam hanya USD 1 tapi sesak. Destanasi beliau
seterusnya Pookara dan Turkey. Mereka akan mengembara selama 6 bulan. “Looking For meaning of life”. Kata kim
Rengkas. Saya sangat kagum dengan kegigihan 2 anak gadis pengembara ini. Saya
harap ramai lagi anak Malaysia yang sanggup meneroka dunia yang luas untuk
mencari erti kehidupan. Merasa kesusahan. Dan mencari kawan.
.
Sepanjang perjalanan ke
Beningrat Bas menyusuri pergunungan yang sangat cantik lereng yang curam dan
sungai yang deras. Singgah minum pagi jam 1200hr di Bayrani, Hamlet Restoran.
Tanaman padi huma kawasan ini sama dengan DMZ korea ada kacang dal di tanam di
atas batas. Pemandangan yang cantik. Makanan kira OK, Vegetarian, Roti, Dal dan
Kentang saya minum Nestum 3 dalam 1 untuk kawal asid perut saya harap tidak
seperti semalam
1130 pagi sampai di
kampong Gurkha Surinital Galcho Bandre, Gurkha Nepal. Melawat madrasah al Ulum
di Medium Tarai. Madrasah Islamiah Fathul Ullum bagi penduduk Islam Gurkha.
Mula dibuka 1998. Kami terpaksa melalui jambatan gantung 150 meter, mendaki
bukit ke penempatan Gurkha. Mereka tinggal di puncak bukit ada yang turun ke
pekan sebulan sekali. Mereka menanam sayuran dan ternakan di sekitar rumah
mereka. Ada yang mengambil masa 4-5 jam untuk sampai kerumah dari tepi jalan.
Inilah kali pertama saya rasa saya lebih tinggi dan besar dari Gurkha.
Dikampung saya ada juga Gurkha biasanya besar dan tinggi,
Acara pertama
menyembelih qurban, Kemudian persembahan pelajar, saya terlelap kerana
keletihan. Semasa majlis berjalan saya ambil kesempatan untuk membantu mereka
masak. Saya belajar masakan Gurkha. Sangat sedap walaupun sedang memasaknya.
Baryani kambing. Kurmak Lembu. Rasa tak sabar hendak makan. Nasinya dari beras
yang baik.
Solat zuhur dan saya
ambil kesempatan bersama pemberita RTM ke rumah Madinah dan adiknya, Rumahnya
sangat kecil disitulah ruang tamu tempat tidor dan tempat makan. Satu rumah 6-8
orang. Saya belikan air dan memberikan sedikit sedekah kepada keluarga ini saya
harap mereka gembira. Saya teringatkan lagu Indon Gobok Derita. Janganlah ada
mana-mana anak gadis Kita berangan nak kahawin di sini.
Balik ke majlis mereka
sedang makan Bariani Gam. Saya tidak jumpa makanan yang saya masak tadi rupanya
ada dua menu. Bagi kami mereka sdiakan bariani Gam Kambing. Bagi pelajar di
berikan nasi dan kari yang saya katakan sedap ketika saya masak tadi. Oleh
kerana saya makan sudah pukul 1600hr dan tidak boleh masuk lebih saya tidak
sempat menjamah lauk yang saya masak tadi.
Selapas makan saya
melayan budak budak madrasah makan dan bertolak balik jam 430 petang. Ada 3
gambar manarik satu anak kecil yang comel di kawasan rumah mereka. Dua seorang
gadis gurkha di atas jambatan dan ketiga, 3 rupa orang Nepal, India, Pakistan
dan Tibet. Saya ambil selepas jambatan. Perjalanan melalui aliran sungai yang
deras. Perjalanan memasuki Katmandu kena
jem teruk.
Sampai di kedutaan
Malaysia hari sudah malam dan bersolat. Malam itu pemangku Ambassador En Fauzhi
mengadakan jamuan Hari raya masak nasi minyak, ayam masak merah, Nasi Empit dan
soto. Tidak lupa teh tarik kegemaran saya semuanya disediakan oleh isteri
beliau. Rumah duta agak besar, Keretanya pun Besar, Beliau menjemput semua
penduduk Malaysia yang seramai 12 keluarga di Katmandu. Ada India dari Kluang
bernama Ganeshan, Ada Cina dari KL bernama Lim, Dan Ada Melayu Pegawai askar
yang berkursus dengan tentera Nepal selama setahun. pakai baju raya dan RTM ambil kesempatan
untuk skop hari raya di Katmandu
Balik ke Hotel pelayan
mengatakan ada orang menunggu saya. Saya ajak mereka untuk minum. Saya juga
hendak menunggu pemberita yang hendak interview
saya. Kak Siti juga baru sampai dan duduk bersama kami. Mereka memperkenalkan
diri sebagai Sheik Abullah Pengetua Madrasah di Katmandu dan Mohamad Omar guru
bahasa inggeris. Sheikh abdulllah Kawan Juju. Mereka meminta daging qurban dari
saya kerana tahun ini mereka tidak menerima walau pun satu kulit kambing.
Kesiannya. Sedang kami agihkan 90 ekor ada lagi yang tidak dapat. Inilah
masalah saya di Kambodia. Ramai orang berqurban tetapi masih ada yang
tertinggal. Juju terlambat untuk mengaturkan saya. Dia telah berusaha untuk
berbincang dengan masjid Jamek Katmandu tetapi orang hubungan tersebut tidak
memberikan perhatian. Hari-hari terakhir baru dia teringatkan kawan dia Sheik
Abdullah. Ok lah tiada rezeki. Saya bercadang untuk pergi ke madrasah beliau
hari esok sekembalinya saya dari Nagarkot. Saya naik ke hotel jam 1200 tanpa
makan malam. Lewat sangat.
Khamis 9 hb October
2014 Nagarkot dan Bakhtaphur
Saya bangun pagi macam
semalam kejutkan hotel untuk air panas. Ambil 3 dalam satu bersarapan dan
keluar. Sempat di interview oleh RTM
apa yang oleh saya katakan tentang perjalanan ini adalah 3 perkara. Satu
menarik kerana ada beberapa kumpulan ikut serta. Kedua perancangan perlu
dikemaskan jika membantu orang susah. Kita lihat memang ramai orang susah
serata dunia. Unesco pun tak boleh atasi. Tatapi kita kena letakkan keutamaan
kerana kita orang yang kecil. Ketiga sumbangan kecil rakyat Malaysia sangat
bermakna kepada mereka. Dan mereka menyambutnya dengan rasa kebanggaan dan rasa
shukur yang tidak terhingga, Malaysia Bagus.
Selepas puas di puncak
kami turun untuk melihat kota purba Bhaktapur juga warisan Dunia, kena bayar
USD 15 untuk masuk tetapi pemandu kami terlepas sempang dan kami hanya dapat
melihat dari jauh sahaja. Miskomunikasi. Kami pulang ke Thamel dan terus
mendaki puncak melihat satu lagi tapak warisan dunia chandi monyet Budha. Hanya
ada 2 chandi monyet satu Hindu di Puspatinath dan satu Budha di Swayambunath sini.
Agak bersih juga kerana ada bayaran masuk. Tapi saya tidak perasaan pelancong
kena bayar US1 untuk masuk sebab tidak dikawal. Kami naik kepuncak dan melihat
lembah Katmandu. Katmandu adalah kawah gunung berapi yang tinggi dari aras laut
dan dipenuhi air. Dewa ini telah membelah gunung untuk melepaskan air membolehkan
Katmandu diduduki, itu sebab mereka memuja dewa ini. Itulah kepercayaan mereka.
Terus ke Madrasah Sheik
Abdullah. Saya dijanjikan makan tengahari (Walaupun sudah pukul 4 petang). Pada
mulanya saya fikir dia sudah sedia tetapi rupanya mereka baru hendak masak.
Komunikasi lagi. Kami menunggu dalam 20 minit untuk makan bariani gam yang
dimasak oleh Isteri Sheik Abdullah. Lepas makan Juju, Kim, Bijan dan Pemandu
taksi pulang ke Thamel. Berpisah dengan Kim dan Bijan agak menyentuh hati saya
kerana mereka adalah anak-anak Malaysia yang baik dan terlalu bangga dengan
negaranya. Tidak ramai lagi anak muda
Malaysia bergitu, makin kita berada, semakin kita hilang jati diri tetapi tidak
mereka. Esok mereka akan ke Pookhara dengan Bas 8 Jam. Saya doakan mereka
selamat ke Turki dan terus meneroka Dunia. Saya berehat di Madrasah seorang
diri.
Saya memberi nasihat
kepada madrasah ini khususnya kepada Mohamad Omar bagaimana hendak
mengembangkan madarasah. Saya juga meeinta mereka membuat tahlil malam ini
kerana malam Jumaat untuk Ibubapa saya. Saya titipkan perbelanjaan kenduri anak
yatim malam ini. Itulah yang saya ada. Sedikit sumbangan bagi yang memerlukan. Selepas
solat magrib berjamaah Sheikh Abdullah menghantar saya ke Thamel dengan motorsikal
jaraknya dalam 6km tetapi jem teruk kerana orang dalam perjalanan pulang dari
kerja. Saya jumpa Azli yang akan ambil penerbangan pulang jam 1200 malam ini.
Tumpang mandi di bilik saya dan berangkat. Saya tidak makan malam lagi dan terus
tidur. Kalau ada sesiapa yang rezki lebih bolehlah infak kepada anak yatim dan
madrasah ini. Boleh terus berhubung dengan Sheikh Abdullah Al-Madratul Islamiah
Faizul Quran. Dhobighat,3 lalipur. Katmandu.(9841465679 , abushah25@yahoo.com ) mereka memerlukan walaupun
sedikit. Boleh sebut HAJI KASIM atau JUJU. Hanya USD 30 bagi menyara seoarang
pelajar tahfiz sebulan.
Jumaat 10hb Oktober
2014 Ronda-Ronda
Seperti biasa bangun
pagi dan kejutkan hotel untuk buka pintu tiada sarapan di Deva saya kena pergi
ke Eco Hotel bersarapan. Saya Jumpa Tommy lagi. Juju sampai awal dan kami
meronda Katmandu dengan motor. Sangat nyaman cantik dan berdebu. Terus ke
Lapangan terbang saya belanja Juju makan dan berikan sikit duit untuk dia beli
makanan bagi keluarganya. Walaupun Juju seorang Pengetua sekolah tapi dia
tidaklah senang macam Pengetua sekolah kita. Saya memahaminya. Saya daftar
masuk minta tempat duduk A. Masa pulangkan tiket, kaunter tidak beri balik
tiket saya. Saya berpatah balik dan minta tiket saya. Bila saya hendak semak
pintu berlepas barulah saya perasan tempat duduk saya 7D. Kurang asam. Saya
hendak duduk di sebelah kiri kerana hendak melihat Everest sekali lagi dalam
penerbangan. Saya terus ke Bilik merokok. Antara yang terbaik, bersih dan hanya
ada exos fan jadi tidak ada asap
rokok. Saya duduk lama untuk menulis catatan. Kalau di Airport kita, boleh
duduk setengah minit saja dalam smoking
room. Saya bertemu balik dengan Juju pada hari darshain dan berpisah pada
hari jumaat hari mereka merayakan Brotherhood di Nepal dimana rumah di hias
untuk kehadiran saudara mereka. Saya telah menjadi keluarga Juju. Terima kasih
Juju.
Saya masuk kapal Jam 210 terlelap sekejap.
Orang sebelah saya hendak pergi tandas saya terjaga. Peramugari asik suruh saya
kenakan tali keledar kali kedua saya sudah mula hangin. Kemudian datang lagi seorang peramugari melayu panggil saya
Mr Raj kerana tempah makanan Hindi. Lagi hangin saya. Tapi dia minta maaf 2
kali. Bila kapal bertolak saya dapat melihat everest yang cantik Jam 310,10
october, Nombor yang cantik, saya bangga. Saya terlelap lagi dan sekali lagi Mr
Raj sebelah saya mohon ke bilik air. Saya bahasakan dia kalau hendak naik kapal
jangan minta kerusi dalam, kalau kita ada masalah. Tidak mengganggu penumpang
lain. Saya terlelap sampai KL. Naik ERL
dan sampai rumah 830 malam. Saya tidak pasti perjalanan ini menyerokkan saya
atau antiklimax. Ada rasa tidak puashati dalam hati saya. Saya akan ke Nepal
lagi dengan perancangan yang lebih baik. Sampai mesti ke Nagarkot. Dan Satu
hari flight ke Pookharat. Tidor semalam. Atau terus ke base camp Anapurna yang sangat menarik saperti gambar yang
dikirimkan oleh Kam Jenny kawan baru saya dari Sarawak, thank you Jenny. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan