Sambungan catatan Misi Somalia 1....
Salam 5: Salam sejahtera Jafni,
Salam 5: Salam sejahtera Jafni,
Catatan 5 perjalanan 4 Nov 2011
“Maka ada pun manusia apabila Tuhan
mengujinya lalu memuliakannya dan memberikan kesenangan, maka dia berkata, Tuhanku telah memuliakanku. Namun
apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, Tuhanku telah menghinaku. Sekali-kali
tidak bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim dan kamu tidak saling mengajak
memberi makan orang miskin.”
ALFAJR:15-18
Saya
teringatkan tuan pagi ini ketika berihat di hadapan hotel sambil menunggu
kereta Brother Ahmad saya berbual dengan David dan Hial pengawal keselamatan hotel
kami. Dia tertarik dengan pen yang tergantung di TAG saya. Dengan senang hati
saya menghadiahkan pen tersebut kepada beliau, beliau sangat gembira. Saya
menerangkan pen tersebut adalah hadiah dari Majlis keselamatan Negara Negeri
Johor ketika kami bersidang.
Hial
menceritakan bahawa beliau amat beminat
denggan bola sepak. Saya dapat maklumat dari Hial tentang kedaaan keselamatan
di Nairobi. Beliau menyatakan bahawa Kenya bergantung penuh dengan pertanian
dan pelancongan. Mereka mesti menjadikan Nairobi bandar selamat kerana jika
berlaku keadaaan yang tidak menyenangkan, ekonomi Kenya akan terjejas. Hari ini
wang shilling Kenya naik lagi berbanding dolar US. Pasukan kami kerugian lebih USD
2K kerana pertukaran wang asing. Itulah nasib pengembara yang bergantung
denggan matawang USD.
SMS
tuan mengenai percubaan ke TURKI akan saya usahakan dengan IHH bila saya
berjumpa mereka. Rancanggan kami hari ini akan berkunjung ke Ambasi Malaysia di
Nairobi. Berpusing juga mencari jalan kena pejabat tersebut baru saja berpindah
dari berhampiran kedutaan US di Red Hill Road ke bangunan baru berhampiran World Food Faudation. Saya disambut oleh
pegawai ambassi Haji Zahari Kami bangga bila melihat jata Negara terpampang di
pintu masuk. Cuma papan tanda Nairobi belum siap dan akan dipasang sehari dua
lagi. Lebih membanggakan saya apabila saya membawa lambang IMALAYSIA di baju
saya ke Nairobi. Kami Berbanga jadi Rakyat Malaysia.
Kami
berbual dalam pelbagai topik dan Haji zahari sangat mesra menjamu kami dengan kopi dan
biskut. Turut sama dalam perbincangan adalah Brother Ahmad dan Sheik Yaakub.
Kami menyerahkan urusan pembeliaan kambing dan UNTA dengan disaksikan oleh Hj
Zahari secara Rasmi. Satu salinan dokumen ditinggalkan di pejabat ambassi.
Banyak
juga maklumat yang kami perolehi terutama keselamatan di Nairobi dan Kawasan
Garisha dan Dadaap. Beliau menasihatkan saya agar tidak keluar dari Nairobi kerana
2 insiden di Sempadan baru-baru ini. Walaupun tentera Kenya telah masuk
kesempadan Somalia tetapi serangan balas dari ALSABAB tidak di ketahui dan
boleh berlaku dimana-mana termasuk di Nairobi. Elakkan dari tempat ramai orang
terutama pelancung asing. Ia menukar persepsi saya. Biasanya elakkan tempat
sunyi. Beliau juga mencadangkan kami singgah di Safari Nameru yang terkenal kerana
lebih banyak binatang dan ada burung.
Untuk
panduan tuan itulah tugas utama dalam perjalanan seperti ini, dapatkan maklumat
keselamatan dari semua orang dan sentiasa berdoa akan keselamatan kita. Hj
Zahari menjemput kami semua untuk menyambut perayaan hari raya aidil adha bersama
keluarga mereka. Beliau juga menyatakan ada satu lagi tim akan sampai dalam
sehari dua lagi ke Nairobi. Tim yang belia maksudkan adalah rombongan yayasan
Amal Malaysia.
Selepas
ke Embassi kami menghantar Sheik Yaakub ke Hotel dan bertolak ke Garisha bagi
memantau keselamatan di sana. Kami ambil peluang solat dan makan tengahari.
Saya sangat senang makan nasi dengan rendang ayam yang sangat lembut dan enak.
Tengahari ini saya makan sampai 2 pinggan. Sesuatu yang saya jarang
lakukan.
Sementara menunggu kenderaan saya dapat
bertemu lagi denggan seorang kawan yang sedang berbual denggan Yusma. Dia
menyatakan dia adalah tuan punya bangunan tersebut dan mengusahakan taxi.
Beliau memberikan kad nama beliau. Saya tersenyum melihat jawatan beliau. Dr Baha
sedang berbincang dengan wakil SADO yang
menguasai Central Somalia.
Dihotel ini kami jumpa ramai deligasi kerajaan Somalia. Ada yang akan menjadi
duta Somalia di Kula Lumpur bulan hadapan. Dr Baha pandai membuat lawak. Bila
melihat perangai penghuni hotel ini.
Kami
bertolak ke Nairobi National Park (NNP). Kami disambut oleh pahlawan dan tarian
Masai. Cuma untuk bergambar kenang kenangan. Kami bayar USD40 tetapi Brother
Ahmad Cuma bayar 300 shiling untuk masuk NNP kerana beliau orang tempatan
dengan kenderaan sendiri. Memasuki NNP Yusma duduk dihadapan untuk mendapat sudut
fotonya. Haji Ahmad Othman bayak menentukan jalan. Saya di belakang dengan Haji
Ibrahim membuat sedikit catatan dan kadang kadang terlelap. Kerana saya telah
terlebih makan.
Haiwan
pertama yang kami lihat adalah Rusa yang terpisah dari kawanannya. (Kata Haji
ahmad Othman Rusa tu tertinggal Handphone
dan tidak dapat mencari kawannya) berputar juga kami dari Kawasan hutan ke padang savanna seluas lebih
40km perjalanan. Mengikut kata Brother Ahmad mzongu (White people) akan datang sehari suntuk dengan membawa pek makanan
menjelajah safari ini. Saya rasa teruja kerana berpeluang berada di kawasan
savanna dengan safari di hadapan kami. Kerana musim hujan bayak papan tanda
menasihatkan pelawat agar tidak memasuki kawasan offroad. Tapi kerana tiada binatang hendak di lihat Brother Ahmad
tetap memasuki kawasan yang di larang. Dr Baha mengatakan ini adalah orentasi
sebelum kami melalui jalan yang lebih sukar.
Akhirnya kami menemui lebih banyak rusa yang
pelbagai bentuk. Kami teruja bertemu badak sumbu yang sangat besar, zirafah,
burung unta, kuda belang, ayam mutiara. Kami turun untuk lebih hamper dan Yusma
sempat ambil gambar cahaya matahari disavana. Kami tersesat ke Kem Renjer dan
bertanyakan jalan pulang Hj Ahmad dan Brother Ahmad terpaksa melihat peta. Hj
Ibrahim ambil peluang ke bilik air. Saya berpeluang melihat burung kecil yang
sangat cantik macam tempua dan jinak. Saya cuba ambil gambar tetapi tak jelas
dengan kamera saya. Burung tempua disini tidak rajin seperti tempua di tempat
kita mereka buat sarang pakai daun dan tidak cantik sangat.
Kami
tersesat kali kedua kerana kehilangan jalan. Yusma dan Hj Amad agak selalu
keliru saya menasihatkan mereka dalam perjalanan dihutan jangan bercangah
pendapat. Kita mungkin keliru dan tersesat. Hanya ada satu ketua dalam pengembaraan.
Itu Falsafah saya jika berburu di hutan. Ikut saja. Kalau sesat itu biasa.
Setiap distinasi disini memakan jarak 7/8 km. Kami berpatah balik dua kali,
kedua-dua jalan itu sebenarnya adalah jalan yang betul. Kali kedua di jalan
28a. Kami hilang jalan 29. Berpusing kebelekang dan menuju sekali lagi kawasan
renjer yang berpagar eletrik. Saya telah membuat kesilapan kerana keluar dari
kenderaan. Rupanya kawasan berpokok itu adalah kawasan samba. Singa Afrika.
Saya dimaklumkan oleh Brother Ahmad tiada samba disitu. Setelah mendapat
maklumat kami meneruskan perjlanan hanya jarak 10 meter dari simpang 3 tempat
kami buat pusingan tadi 3 ekor singa sedang relaks 2 di kiri saya dan 1 di
kanan. Kami sempat mengambil gambar mereka. Kalau kami tidak tersesat tadi kami
tidak berpeluang berjumpa singa dan Kerbau air yang sangat besar. Akhirnya kami
menemui Sebuah trak yang dipandu oleh seorang Benggali yang meminta kami
mengikut beliau ke Entrance Gate.
Kami
selamat keluar dan menempuh kesesakan jalan raya Nairobi sekali lagi. Brother
Ahmad mencari jalan pintas melalui kawasan setinggan Nairobi dan menasihatkan
kami agar tidak membuka cermin kereta kerana tidak selamat. Dimana-mana kami
menempuh lumpur Nairobi dan IKS penduduk hingga ketepi jalan.
Saya
tertarik melihat peti besi yang digunakan oleh pelajar asrama menyimpan pakaian
mereka. Mereka kena beli sendiri peti besi berkunci macam tong roti jika tingal
di asrama bagi menyimpan pakaian. Kami sampai ke Hotel waktu magrib. Dr Baha
tertingal telefon dalam Prado dan saya teringgal buku catatan saya. Jadi bila
Sheikh Yaakub tiada dan tiada seorang pun dari kami menyimpan nombor Brother Ahmad.
Nombor Pin Simcard saya ada dalam buku catatan saya kerana sepanjang hari saya
menggunakan roaming untuk mendapat
maklumat mengenai besan saya yang sedang menjalani pembedahan kaki di HUKM
(Semasa artikel ini diedit beliau telahpun meninggal dunia tujuh hari sebelum
kelahiran cucu pertama kami: Alfatihah).
Saya
menulis catatan ini untuk tuan mencari dan mempelajari beberapa panduan dan
orentasi jika tuan ingin menyertai misi antarabangsa dimasa hadapan. Terutama
jika memasuki Zon perang seperti yang kami lakukan sekarang.
KASIM
NOAH
Nairobi
National Park
3hb Nov
2011
============================
Salam 6: Salam Sejahtera Haji Shahrudin,
Jumaat 4hb. Nov 2011
Perjalanan dari Nairobi ke Gerisha.
Perjalanan
hari ini amat panjang ceritanya. Haji Ahmad Othman telah mula komplen pasal
tulisan saya panjang. Terima kasih tuan kerana memahami misi kami di sini. Semakin
lama kami berada bersama Orang Somalia semakin kami memahami pergolakan dan cara
hidup mereka. Samaada di Kawasan Hotel Kami di Eastleigh, Di central Somalia,
Di Mogadishu atau di Dadaap.
Hotel
Grand Thausand ini di kunjungi oleh berbagai jenis manusia. Dan bila mereka
tahu kami adalah orang yang membantu rakyat Somalia pelbagai orang
memperkenalkan diri, mengucapkan tahniah dan menawarkan pertolongan. Pengawal
keselamatan juga tidak memeriksa kami kerana katanya kami orang Humanitarian Mission.
Selain
Cheif Minister Central Somalia yang
bersama kami dari hari pertama dan pengikutnya. Kami juga di kunjungi oleh wakil SADO dengan
perancangan sterategik 5 tahun mereka. Sado adalah badan Social life & Agricultural development organization yang
berpusat di central Somalia, Nairobi dan Ethiophia. Saya juga di tawarkan
pertolongan oleh seorang MP dari Foreign
Afffairs Select Comettee Republic Somalia (Badan Pemerentah sekarang) Mr
Hassan Haji Ibrahim . Beliau meminta saya menghubungi beliau jika saya datang
lagi dan kami bertukar email. Beliau menjanjikan full security support jika saya hendak ke Somalia.
Beliau
menyampaikan terimakasih kepada tim kami yang membantu rakyat mereka yang dalam
kesusahan walaupun dalam keadaan keselamatan yang amat tegang sekarang. Saya
menyatakan dunia dan kerajaan kita masih tidak dapat menerima keadaan
keselamatan samada di Somalia, Di Dadaap atau Garisha sendiri.
Saya
juga sempat berjumpa dengan Muhamad I Hilwe pegawai United Nation yang berpejabat
di Burundi. Bila mengetahui kami dari Malaysia beliau ingin saya menyampaikan
rasa kekesalan rakyat Berundi atas kematian jurufoto kita Noramfizul di
Mogadishu. Lihatlah bagaimana sikap pegawai mereka terhadap sesuatu peristiwa
dan cara diplomatik mereka tanpa mengira saya siapa.
Satu
perkara yang saya suka kongsi dengan tuan dalam menyertai misi kemanusiaan
adalah mengatasi masa dan melepasi rintangan.
Misalnya jika berlaku bencana alam pasukan yang pertama sampai di lokasi
adalah mereka yang benar-benar dapat memberikan pertolongan. Tidak boleh tunggu
jika kita hendak megatasi masa. Jika sudah lewat misi akan jadi lawatan sambil
belajar sahaja. Contoh yang paling baik ketika banjir pertama Segamat 2006.
Pasukan bantuan menaiki JCB hanya untuk mengedarkan makanan nasi ayam kepada
penghuni taman yang tidak dapat keluar. Sdangkan banyak NGO lain sedang
bermesyuarat atau panic tidak tentu arah. Dalam hal begini kita bukan mencari
Halatuju tetapi had laju.
Air
naik sebelah petang dan malamnya pusat penempatan saya mendapat bantuan 2 lori
roti dari pasukan Sukarela dari Yong Peng. Dan 2 hari kemudian kami menerima 2
lori lagi bantuan makanan dan pakaina dari YBMB Perlis ketika itu.(TK Dato’
budi yang baik tetap di Kenang)
Tindakan
begini sangat hebat sangat menyenyuh perasaan. Maklumat tersebar cepat dan
tindakbalas juga cepat. Dalam kes Somalia ini Pasukan Haluan dan PASKA
Pendidikan Johor juga hanya membuka
jalan yang imposible, cepat dan
tersusun.
Kami
berusaha mencari alternatif dan mengatasi halangan. Kami berhenti makan di
Restoran Zam-zam makan nasi dengan daging kambing. Selepas makan tengahari dan
bersolat. Kami meneruskan perjalanan ke Garisha. Tiba tiba Prado kami di gesel
oleh lori tentera. Brother Ahmad cuba menyelesaikan dengan Sarjan tentera Kenya
yang terlibat. Risau juga kami. Lama jugalah mereka berbincang, saya dan Haji Ahmad
cuba untuk mengikat lampu belakang dan skirting
body yang hendak tertanggal. Ada rahmatnya kemalangan kecil ini dan saya
percaya tuhan sahaja yang mengetahui.
Perjalanan
hari ini kami melalui jalan lurus merentasi kawasan savana yang luas. Saujana
mata memandang. Kami dapat melihat mudhouse
yang banyak disepanjang perjalanan ada yang berbentuk empat segi dan ada yang
berbentuk bulat dipanggil HAKKAL. Kami juga dapat melihat pokok-pokok besar
yang boleh di buat rumah dipanggil pokok Baobab.
Saya
juga dapat melihat berbagai jenis sarang burung tempua. Ada yang berbulu-bulu,
ada yang bertali panjang. Ada juga yang bertingkat-tingkat, kira rumah flat lah
tu.
Kami
juga tereserempak dengan burung undan yang besar, bangau dan Rusa kecil
dipanggil DIKDIK macam napoh berlari melintas jalan. Terliur juga saya kalaulah
dapat tembak dan panggang buat hidangan raya qurban alangkah sedapnya. Kata Brother
Ahmad orang Somalia tidak makan binatang liar. Boleh percaya ke. Dan berburu binatang liar adalah kesalahan besar
di kenya. Kata Dr baharudin Dikdik ini
makan tikus semasa musim kemarau. Entahlah.
Banyak
juga lembu, unta dan kambing yang diternak oleh penduduk disepanjang perjalanan
ini.Kami sampai di Garisha dan menginap di hotel Nomad. Bilik saya siap dengan
kelambu sekali. Ada ekon. Selepas solat kami keluar makan di restoran hotel kami
pesan 3 nasi dan daging kambing. 2 cepati dan ikan di bungkus untuk dibawa naik
ke atas. Ini adalah makanan malam kita yang pertama sepas 3 malam berada di
Kenya. Biasanya kami makan biskut dan tidor. Kami makan malam kerana ada yang
bercadang untuk berpuasa hari esok. Esok adalah 10hb.
Terimakasih
tuan kerana sudi memmberi sokongan kepada pasukan PASKA kami yang kecil ini.
Walaupun misi kecil tetapi halangan yang kami lihat menjadikan misi ini terlalu
sukar dan berisiko tinggi. Atas KerdaaNyalah kami sampai kemari dan kepadaNya
kami berlindung.
KASIM NOAH
Nomad Hotel GARISHA
Jumaat 4hb Nov 2011.
==========================================
Salam 7: Salam sejahtera YB Datuk Ayub
Terima
kasih YB Datuk kerana beri sokongan moral kepada tim kami di Kem Pelarian Somalia.
YB Datuk adalah sahabat yang selalu memberikan tenaga teruja kepada saya. Maaf
kerana tidak sempat untuk berbual panjang sebelum misi ini.
Sekarang
saya berada di Nomad Hotel Garisha Kenya bagi menguruskan kambing-kambing kurban aidil adha kepada pelarian Somalia di
Kem UNHCR Dadaap. Mereka sangat memerlukan makanan. Tetapi halangan keselamatan
menjadikan misi ini sukar. Hari ini kami masih menunggu masa yang sesuai untuk bergerak.
Saya tidak berpuasa hari ini Dr Baha dan Hj Ibrahim berpuasa sunat 10 hb. Saya
tidak berani kerana perjalanan masih belum pasti.
Banyak
yang saya pelajari dalam membuat misi kemanusiaan ini.Memilih kata-kata kawan
Kenya saya bernama James. Dia selalu berkata bawa rakyat Kenya tidak suka
berbunuh kerana sekali berbunuh ia tidak akan berhenti dan permusuhan tidak
akan tamat. Saya hairan YB Datuk orang
yang sedang berperang selalu saja mengingatkan tentang keselamatan dan jangan
bergaduh, sedangkan kita di Malaysia yang
aman suka sangat bertengkar dan
bermusuhan buat provokasi biar bergaduh, pelikkan. Dalam politik lagi hebatkan Datuk. Kita banyak
menimbulkan kekecohan untuk menujukkan kita hebat. Kita tidak hormat ketua,
Kerana kita rasa kita lebih baik dari ketua yang ada. Semua orang buat kita
kutuk. Kita hina orang kerana kita hendak orang lain pandang kita lebih hebat.
Tapi kehebatan bukan begitu. Tapi politiklah katakan.
Kalau di Malaysia semua orang kenal sarang
tempua yang sama tetapi disini sarang tempua pun berbeza-beza. Walaupun tidak
berapa cantik seperti sarang tempua di Malaysia sebenarnya mereka sangat kreatif. Agaknya begitulah pemikiran orang
Somalia. Mereka tidak ada persamaan.
Berbanding
semalam hari ini saya jumpa lebih ramai NGO dari Turki, Switzerland dan Eropah.
Mereka semua datang untuk membantu pelarian Somalia. Kerana disini lebih
selamat berbanding dengan Mogadishu. Jika saya membawa 170 ekor kambing. Haluan
Malaysia membawa 1500 ekor kambing dan 50 ekor unta. Jika JPN melakukan qurban
di 3 lokasi, Acheh, Kampuchea dan Dadaap, Haluan Malaysia berqurban di 8 negara
tetapi Turki melakukan qurban di 18 Negara YB Datuk Fikirlah sendiri. Ke
Somalia sahaja mereka berkorban lebih 2000 ekor kambing, 1000 di Daadap dan
1000 di Mogadishu dan lebih 20 orang sukarelawan terlibat. Ada perempuan dan
ada pemuda berusia 18 tahun. Mereka lebih tersusun dan berani sedangkan kita
masih banyak beralasan.
Apa
yang lebih penting dalam misi adalah kepercayaan dan amanah. Setiap wang
penyumbang disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Kambing disini banyak dan murah
walaupun harga binatang kurban dekat hari raya ini agak tinggi tetapi kami boleh
melaksanakan dengan penjimatan yang maksima. Pada awalnya kami tidak bercadang
membawa banyak kurban kerana masalah pengurusan dan tim yang dibentuk agak
tergesa-gesa. Tetapi kita telah melepasi sasaran yang ditetapkan. Dalam masa 2
hari semua 100 ekor kambing telah ditempah kami terlajak hingga 170 disaat
akhir perjalanan. Alhamdulillah kita merancang tuhan yang menentukan
segala-galanya. Kami telah mengatasi
fasa pertama berada di Nairobi. Dan sekarang berada di Garisha. Dalam fasa ke dua.
Kami masih mencari maklumat bagi menentukan keselamatan perjalanan seterusnya.
Terima kasih YB Datuk jumpa lagi di warung pisang goreng Bandar Putra.
KASIM NOAH
NOMAD HOTEL GARISHA KENYA
Jumaat 4hb. Nov 2011
=================================
Salam 8: Salam sejahtera Pn Hajah Saleha,
Pagi Sabtu: 5hb Nov 2010
Kain songket tenun Melayu
Dipakai oleh gadis seberang
Cantik molek tingkah dan laku
Budi yang baik dipandang
orang
Kami
bersarapan jam 6.00 pagi. Kami bertiga sahaja yang makan Hj Ibrahim dan Dr Baha
Berpuasa. Kami masih menilai pergerakan hari ini hari ini jadi kami makan
secukupnya. Saya ambil 2 biji telor dan roti. Kami melihat ada sukarelawan dari
Kenya. Hampir selesai makan kami lihat 7 orang sukarelawan Malaysia dari
Yayasan Amal Malaysia. Selepas memperkenalkan diri Hj Jamaludin Ibrahim Naib
pengerusi yayasan amal duduk di Meja kami bertiga. Di Meja sebelah ada Hj
Hussin Ismail Presiden Yayasan Amal dan sorang dipanggil Professor. Mereka
membawa seorang perempuan.
Saya
teringatkan Puan Hajah ketika ini kerana memikirkan tidak ramai sukarelawati yang
boleh mengikut pasukan PASKA kita sepertimana puan bertungkus lumus bersama
Hajah Rohana dan Hajah Normah di
Pariaman, begitu juga dengan tim banjir kedah. Mungkin belum dicuba. Yayasan
Amal membawa 84 ekor lembu untuk dikorbankan. Mereka menggunakan khidmat
sukarelawan dari Nairobi, Dell katanya. Haji Jamaludin seronok bercerita
tentang penyembelihan kurban. Selesai makan mereka bertolak dengan 2 buah hilux
menuju ke DADAAP. Kami teruja. Tapi masih belum membuat keputusan.
Saya
naik kebilik buat catatan. Semasa saya naik kebilik tadi terdengar Hj Ahmad
Othman begitu teruja hendak ke Dadaap. Saya menasihatkan beliau agar bersabar.
Kita kena Free and Easy. Lihat
situasi dulu. Dari awal saya lihat beliau dan Yusma begitu teruja, tetapi saya
dan Dr Baharudin lebih mengutamakan keselamatan dan menilai situasi. Pemimpin
muda harus sedia menilai situasi sekitar. Bersabar dan bertindak berdasarkan
maklumat. Kurangkan memberi komen terutama didalam situasi begini. Ikut arahan
ketua. Pendapat tidak diperlukan jika tidak diminta. Prasyarat begini penting
dalam misi antarabangsa dan dalam keadaan kritikal seperti ini.
Kami
bergerak ke Sekolah Ali Irfan di Garisha. Bergambar dengan anak-anak . Haluan
Malaysia menawarkan 2 tempat dengan biasiswa penuh selama 3 tahun kepada
pelajar Ali irfan institut untuk belajar di Malaysia. Kami bercadang untuk
membelikan 10 set kerusi belajar bagi satu kelas dan papan loh. Tim kami
bersetuju.
Kami
kemudiannya ke kedai ICT Untuk membuat download
maklumat haluan, Beli Top-up
Telefon dan Ke supermarket beli makanan. Haluan Malaysia membuat bayaran terus
ke IHH Turki sebanyak 1067 ekor kambing.
Selepas
berehat kami meneruskan perjalanan ke Dadaap. Jalan 100 km Offroad. Macam jalan ke Punan. Saya duduk di belakang terlambung beberapa
kali. Sekali lambungan yang kuat menyebabkan kepala Hj Ahmad Othman berdarah.
Sekali kami tersesat sekali juga kenderaaan kami hampir terbalik. Pemandu kami
Ibrahim terlalu handal dari pemandu rally Malaysia. Jalan Offroad dia pandu 100-120 KMJ. Sebenarnya itu adalah cara bergerak
dalam keadaan yang tidak selamat. Elakkan berhenti atau memperlahankan
kenderaaan.



Jalan
yang baru di bina tidak boleh digunakan kerana baru di bubuh batu dan kenderaan
akan bergegegar jika melaluinya. Jalan yang paling baik adalah laluan dibahu
jalan.
Dua
kali kami ditahan oleh oleh polis sempadan. Kali kedua agak lama. Sheik Yaakub
dan Brother Ibrahim turun dan berbincang dengan ketua mereka. Mereka
menceritakan Bahawa hari khamis ada pelancung eropah kena kidnap di taman
safari. Hari ketika kami berada di NNP. Semalam hari Jumaat ada Tembakan di
Hegadera (Leboy nama tempatnya) mereka bertanya kepada kami kenapa hendak kesana
kerana tidak selamat. Mereka menawarkan pengawal keselamatan ke DADAAP dengan
bayaran USD50 seorang pengawal sehari.
Selepas
selesai dengan ketua mereka. Kami meneruskan perjalanan dan terus masuk ke Base Camp IHH Turki di pekan DADAAP.
Kami
berkenalan dengan Abdullah seorang turki dan Ahamad Faisal seorang Kenya Somali
yang membantu tim IHH. Kami solat dan makan mee segera dengan kacang Turki itu
makan tengahari kami di DADAAP.
Haji Ahmad mandi Pakai Tuala.
Dari
Faizal kami dapat maklumat kejadian bom di Hegadera semalam dan pagi tadi tembakan
di Leboy sempadan Somalia. Tembakan itu ditujukan kepada kumpulan Islamik relief. Keadaan di sini sangat
tegang tapi tempat kami berehat ini aman dan di kawal dengan pengawal keselamatan.
Dihadapan kami seberang jalan adalah base
camp UNHCR.
Kami
ditempatkan dibilik satu dengan 4 katil dan 4 kelambu. Malam ini Haji Ibrahim
terpaksa tidor di bilik sebelah dengan Sukarelawan Turki. Kem ini diberi nama
Kem Insani Yardim Vakrfi yang dikendalikan oleh IHH Turki. Ada dapor diuruskan
oleh Aminah. Ada meja makan dan bersolat di tengah padang. Air dicatu dengan
membenarkan mandi sehari sekali dengan 1 baldi air sahaja.
Kami
bertemu dengan BROTHER SHARK sukarelawan dan ketua operasi lapangan tim Turki,
Saya mendapat maklumat tidak ada lagi pelarian baru yang masuk kerana sekatan
yang amat ketat disempadan. Brother Mahmud dari Badan Zakat Turki menyatakan bahawa
beberapa orang sukarelawan Turki akan datang membantu untuk melakukan ibadah kurban
di DADAAP esok selepas solat hari raya. Base Camp ini di sewa oleh IHH Turki
dari orang tempatan. Mereka telah pun membina satu base camp di di Dagerhaley
yang merupakan sebuah kompleks masjid Istambul, Hospital dan asrama sukarelawan.
Mereka sedang membina satu lagi Base Camp di IFO3 merupakan sebuah kompleks
hospital.
Mereka
juga telah mendapatkan sebidang tanah di Pekan dadaap berhampiran dengan
Lapangan terbang untuk orang tempatan yang merupakan komleks hospital, masjid
dan asrama sukarelawan. Mereka bercadang untuk menjadikan base Camp ini tempat
pertemuan semua suakarelawan muslim dipanggil UNITED MUSLIM (UM). Pembinaan
Kompleks inilah mereka pohon bantuan dari Malaysia. Sebenarnya mereka telah
jauh kehadapan berbanding dengan sukarelawan kita. Haluan Malaysia merupakan
rakan karib kepada IHH dan banyak membantu. Saya melihat kesungguhan disini.
Kalau dibandingkan dengan kami. Teramat kecil rasanya.
Cara orang Malaysia mengelak dari dihurung lalat
Shark
menyatakan masalah keselamatan ini selalu disukarkan oleh pelbagai puak setiap
hari. Banyak masalah dibangkitkan oleh anggota keselamatan KENYA, UNHCR,
Pelarian Baru dan pelarian lama yang telah mengaku mereka orang tempatan dan ingin menguasai kem keseluruhannya. Mereka
menjadikan misi kemanusiaan semakin sukar dan membiarkan pelarian dalam
keadaaan lebih susah. Tiada program khusus selepas 20 tahun kem DADAAP dibuka.
Pelarian pelarian ini telah menubuhkan NGO di Panggil ROAD INTERNATIONAL.
Mungkin
semangat puan dan pelajar sekolah Puan menjadikan kekuatan kami di DADAAP ini.
Terima kasih kerana mengambil berat pada PASKA PENDIDIKAN JOHOR.
KASIM
NOAH
Sabtu
tengahari 5hb. Nov 2011
TURKI
IHH BASE CAMP Dadaap
Catatan bersambung siri Misi Somalia 3.......
Catatan bersambung siri Misi Somalia 3.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan