Sambungan catatan Misi Somalia 2....
Salam 10: Salam sejahtera Puan Hajah Fauziah
Salam 9: Salam sejahtera Mr Tee
Catatan
perjalanan 4 Nov 2011
IFO3 IHH
BASE CAMP
Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan Dikandung Tanah
Budi yang baik di kenang juga
Saya
dapat panggilan tuan dari Bintulu sehari sebelum bertolak.Tuan tetap seperti biasa
dengan ramah dan mesra dan baik budi. Sukarnya mencari sahabat seperiti tuan, itu kenyataan. Dalam kesibukan tuan melakukan
tugas dan berulang alik dari Perth, Bintulu, Kula Lumpur dan Segamat tetapi tuan
masih boleh mengikuti perkembangan saya yang akan bertolak ke Kem pelarian
Somalia. Tuan adalah sahabat saya dalam apa jua keadaan dan dalam pelbagai situasi
tuan akan menasihatkan saya perkara perkara yang perlu diambil dan kadang-kadang
saya terlupa. Saya ada juga menyebut nama tuan pada Mr Lim dan Mr Kong semasa
kami bermain golf cuti Depavali di Pondeosa minggu lepas agaknya itu yang
menjadikan tuan teringgatkan saya.
Sudah
lama rasanya kita tidak sempat untuk minum Kopi dan roti bakar dekat pasar Segamat.
Sudah lama rasanya kita tidak menyambung cerita zaman kanak-kanak tuan di
tebing Sungai Kapis dan bersekolah di Sekolah Tinggi Segamat. Pengalaman yang
tuan ceritakan kepada saya banyak mengajar saya erti kehidupan masyarakat berbilang
kaum di Segamat. Mendapat pendidikan yang sama dan membangunkan diri dengan
rasa persaudaraan yang kuat. Kita terlepas masa mungkin Generasi Y tidak membesar
seperti mana kita membesar. Kerana mereka tidak berendam dalam sungai yang
sama. Mereka mandi dibawah pancuran air panas dirumah masing-masing.
Tuan
sentiasa mengingatkan saya agar dibugar semula sukan sekolah agar pelajar dapat
bermain bersama macam kita dahulu. Mr Tee, cikgu kita pun jarang yang masih berlari
atau berjogging di padang sekolah. Saya teringat
tuan setiap kali saya melihat seorang ibu mendokong anaknya kerana bagi saya tuan
adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang ibu tuan yang masih tinggal
di rumah pusaka berdekatan Balai Bomba Segamat. Saya yakin inilah antara faktor
yang menjadikan tuan berjaya dalam hidup. Nasihat tuanlah yang menyebabkan saya
balik sebagai Pengetua di Segamat sebulan selepas bonda saya kena serangan
angin ahmar. Dan saya meninggalkan Segamat sebulan juga selepas bonda saya meninggal
dunia untuk bertugas sebagai PPD Pasir Gudang.
Perancangan
Tuhan amat kemas kepada hambanya.
Saya
berasa amat kagum melihat kegigihan tuan. Dalam misi beramal ini saya akan menyampaikan
satu pek makanan atas nama tuan sebagai hadiah dari saya atas persahabatan kita.
Terima kasih tuan. Dalam hal bersedekah ini saya percaya tuan menyumbang lebih
banyak dari apa yang saya lakukan. Saya masih ingat lagi kata-kata Mr Pok GB
SJKC CheeTong . Ini amal Jariah kami dari GB SJKC Pasir Gudang. Bukan wang yang
bererti dalam misi ini tetapi rasa bersama itu yang penting. Malam sebelum saya
berangkat. Hajah Saleha Kahar yang dalam perjalanan ke Jakarta masih sempat singgah
kerumah saya Jam 10 malam, ketika saya dan Ustaz Khairozi mengira-ngira wang perjalanan
dan Plan B jika tidak cukup perbelanjaan. Hajah Saleha singgah hanya hendak nenyampaikan
20 keping 1USD yang titipkan oleh pelajar-pelajar SMK Mt Austin. Terima kasih pelajar-pelajar,
kami sangat menghargai sumbangan anda.
Ingatan
tuan kepada saya melebihi dari wang ringgit yang saya terima. Terima kasih Mr
Tee. Budi Tuan dalam ingatan saya. Semoga tuan dan ibu tuan mendapat kesihatan.
Ingatan
kuat pada tuan adalah kerana perbincangan bersama Dr Mohamad Hilole dari
central Somalia yang menjemput saya ke Central Somalia untuk melihat sendiri
bantuan NGO yang boleh diberikan kepada Badan Ahli Sunnah. Saya terharu bila
Haji Yahya sendiri akan menanggung perbelanjaan saya dari Nairobi ke Central
Somalia untuk melihat penderitaan rakyat dan membangunkan fasiliti pendidikan
dan perubatan disana. Beliau merujuk percakapan beliau dengan Tun Mahathir
mantan PM kita yang mengatakan bahawa Somalia boleh dibangunkan dalam masa 6
bulan jika keamanan dapat dipulihkan.
Saya
mendapat maklumat dengan aktifnya alkaeda di Mogadishu dan Alsabab yang
berperang dengan kerajaan Somalia dan kerajaan Kenya menjadikan gerakan Islam di
sempadan sentiasa dicemburui oleh pemerintah. Lebih lebih lagi barat memukul
gendang islamofobia dan pengganas muslim sebagai agenda besar selepas peristiwa
ground Zero Nairobi tahun 1998. Dunia
makin memandang serong kepada Islam. Terutama generasi Y mereka. Generasi kita
telah tidak dipandang lagi Mr Tee. Sedangkan saya percaya pendidikan Mr Tee dan
Dr Martin Punnayah di Segamat jauh dari realiti hari ini.
Saya
berharap dapat berjumpa dengan Mr Tee sekembalinya saya untuk belajar sesuatu
dan melakukan sesuatu dalam misi 2012. Dalam tempoh sebulan Dr Hilole akan
berada di kuala lumpur jika tuan tidak balik ke Perth. Mungkin kita boleh makan
nasi ayam direstoran Hainan Bukit bintang saya teringatkan kerabu mangga dan
sup kacang tanah yang sangat sedap.
Saya
terharu melihat bagaimana beberapa orang ibu Somalia yang sanggup memandikan anaknya dengan darah
kambing qurban dan si bapa menyelimutkan anaknya dengan kulit kambing hanya
untuk menjadikan anaknya seorang pengembala kambing dimasa hadapan mungkin
itulah kasih ibu kepada anak dan kasih tuan kepada ibu tuan mengatasi
segala-galanya.
KASIM NOAH
7hb Nov 2011
TURKI IHH Base Camp IFO3
========================
Sabtu 5hb Nov 2011 Petang:
Berbuai
adik berbuai,
Berbuai
pejamkan mata
Kalau
dapat kawan sesuai
Kawan
yang lama jangan di lupa.
Kami
bertolak ke Base Camp baru turki di
IFO3. Kami menaiki trak yang dipandu sendiri oleh Shark. Jalan kesana sangat
teruk, melalui jalan yang mula ditakungi air hujan. Ibrahim Kata Indian Ocean setiap kali kami merempuhi
lopak air yang dalamnya melepasi injin kereta kami. Inilah projek yang
diusahakan oleh Shark dengan hanya 5 orang sukarelawan Turki. Mereka bercadang
membina hospital dengan 3 bilik doktor, 20 katil pesakit, ruang solat dan stor
ubat. Saya sangat terharu dengan kegigihan mereka. Saya tidak boleh
membayangkan jika ada rakyat Malaysia yang dapat bekhidmat seperti Shark.
Benar-benar membanting tulang disini. Jalan disini berdebu, tiada papan tanda
dasn banyak simpang. Saya bertanya brother Ibrahim siapa yang buat jalan
disini. Brother Ibrahim menjawab para pemandu kenderaanlah yang membina jalan
disini bermaksud dimana ada laluan mereka redah sahaja. Dan orang lain akan
mengikut pula kemudiannya.
Kami
menurunkan satu lori kambing angggaran 200 ekor dan ada lagi yang akan datang.
Menyediakan tempat menggantung daging dan khemah untuk melakukan ibadah kurban.
Kambing disini beasar-besar ada yang sebesar rusa bintik. Ada juga yang agak
kurus kerana mereka berjalan selama 2/3 hari melalui padang savana dari kawasan
sekitar di Dadaap. Dari Dadap baru dibawa dengan lori Ke IFO3.
Oleh
kerana hari dan hendak hujan. Shark mengajak kami untuk mengangkat simen satu
lori yang baru tiba pagi tadi. Saya lihat kumpulan Turki ini bukan sahaja
melakukan semua kerja tetapi mereka juga dapat bantuan dari pelarian yang
dibayar. Tetapi seperti kata Shark masalah pekerja pelarian Somalia ini sangat
sukar kerana komunikasi dan mereka tidak ada kepakaran dan lambat, tidak
seperti mereka. Sabar aje la.
Saya
juga melihat Mohamad Faizal terbaring ditepi timbunan simen. Pengsan. Saya
tidak mengetahui. Kenapa. Rupanya beliau kepenatan dan kebetulan mereka
berpuasa hari tersebut. Kami balik bersama Ahmad faizal dalam kenderaaan yang
berasingan. Saya melalui pekan IFO2 yang sangat lecak dan memualkan. Puan
beginilah kehidupan pelarian. Lebih buruk dari kawasan setinggan. Faizal membeli
sedikit makanan dan cocacola untuk berbuka puasa. Esoknya Ahmad Faisal Tidak
bangun dan terpaksa dimasukkan drip air kerana kepanasan.
Semasa
menerima beberapa botol minuman dari penjual tersebut, oleh kerana saya duduk
di kerusi hadapan sebelah pemandu saya telah menyambut dengan menggunakan
tangan kiri. Tetapi penjual yang tua dan berjanggut itu menegur saya agar saya
menggunakan tanggan kanan dalam bahasa inggeris. Saya sangat kagum akan budi
baik mereka dan meminta maaf kepadanya. Beliau berlalu sambil tersenyum kepada
saya dengan mesra. Tergamakkah kita menegur anak murid kita???
Sampai
di Base camp kami mandi pakai Tuala,
Bukan mandi dengan tuala. Maksudnya basahkan tuala dan lap badan sahaja.Solat
magrib dan makan menu Turki. Dr Baha dan Hj Ibrahim belum sampai kerana balik
dengan kenderan Shark, saya tak pasti beliau berbuka di mana. Memang besar
Pengorbanan mereka. Menu kami adalah kentang goreng, Kacang panggang, Spegheti,
sardin sementara tomato bawang dan lada hidup sebagai sayur. Ok Jugalah bagi
mengalas perut. Kenyang juga. Hari sudah mula hujan saya masuk ke bilik yang
belum berlampu. Tim Turki semakin ramai di kem. Generator belum dihidupkan. Selamat hari Raya kak Ji jangan lupa
lemang .

AHAD 5hb. Nov
2011 PAGI RAYA
Pagi
hari raya kami bangun awal mandi satu baldi, makan biskut dan solat subuh.
Bertakbir. Kami sembahyang di Padang IFO2. Semua sukarewan Turki dan Malaysia
ada di sana. Saya nampak juga Pasukan Yayasan Amal Malaysia.Saya sudah mula demam.
Kerana cuaca disini sangat panas.
Selepas
solat kita ke Beberapa tempat diDagerhaley dan IFO balik ke Dadaap berkorban
lagi didua Masjid berdekatan. Menyembelih kambing dan mengaihkan kepada
penduduk.Petang nanti ke IFO lagi untuk bekorban unta pula.
Selamat hari raya aidil adha.
Terima kasih atas doa keselamatan Kak Hajjah kepada TIM PASKA Disini. Kami juga
doakan kejayaan UPSR Sekolah Puan yang lebih memberansangkan tahun ini. Hari ini kami bersolat sunat hari raya
di padang yang rumputnya tidak di potong. Tanah lapang dan bermimbarkan 2 truck
TURKI. Tapi saya berpeluang solat diatas tikar yang dibawa oleh penduduk
tempatan. Kami mendapat maklumat sebuah masjid telah dibina oleh Turki
dipanggil Mesjid Istambul. Kalau Puan banyak duit boleh juga puan menyumbang
sebuah masjid dan menaikkan bendera Malaysia di DADAAP. Atau Kita boleh Bina
DUKSI bangunan sekolah tempat belajar.
Selepas
solat hari raya dan balik makan rendang dan ketupat, serondeng dan lemang hari
raya di Base Camp. Kami cuma
bayangkan saja. Sebenarnya kami makan
biskut kering je. Terbayang juga Keh Raya Puasa yang kak Ji beri dulu, sedap
sangat.
Sepanjang
ibadah Qurban di beberapa tempat banyak peristiwa yang mengajar kami dan Sheik
Yaakub. Pertama harga kambing dan biri-biri berbeza. Kata Yusma Qurban
Biri-biri lagi baik saya tidak tahu. Begitu juga dengan harga lembu dan unta
yang berbeza. Tetapi kata Brother Ahmad Lembu lemah dan tidak tahan cuaca.
Seikkh
Yaakub bayar upah 20 shiling kepada tukang sembelih. Kami ambil gambar. Sempat
juga kami menunjukkan kemahiran menyembelih kambing masing-masing. Saya ada juga
sempat menyembelih 5/6 ekor di masjid Dadaap
kerana pisaunya lebih baik. Tempat lain saya kurang berminat kerana pisau yang
digunakan. hari ini kita berjaya menyembelih 470 ekor kambing dan 20 ekor unta.
Ada
juga pelarian ini yang tidak faham kerana mereka fikir kami hendak berikan
kambing hidup. Ada yang berebut menarik dan bawa balik terutama kambing yang
besar. Sheik Yakup dapat mengawal keadaaan dengan lebah lembut bahasanya.
Ramai
juga yang berhati-hati dan bertertib melakukan kurban. Mungkin perlu juga
adakan kursus sembelih kurban disini. Kami berpuas hati dapat melaksanakan
sendiri.
Badan
saya semakin panas. Dan hidung mula bersumbat tisu. Saya perlu berehat kerana
malam tadi saya tidak dapat melelapkan mata sepicing pun kerana terlalu panas. Lepas
makan tengahari kami makan beriani di Base
camp bersolat dan saya tidak ikut mereka ke IFO untuk korban UNTA saya
ambil keputusan untuk makan ubat berehat dan tidur.
Malam
ini kami duduk berbual dengan tim Turki dan Sheik Yaakub. Tahun Lepas tiada
seorang pun yang datang melakukan kurban di DADAAP. Tidak ada Turki atau
Malaysia. Tahun Ini Alhamdullillah. bumi dadap disimbah oleh darah kambing,
lembu dan unta qurban. Tapi saya kagum dengan susunan rapi yang dibuat oleh
Sheik Yaakub dan timnya.
Maklumat
keselamatan hari ini sebuah gereja diletupkan di Garisha 2 orang mati dan 3 cedera.
Di sebuah petrol kios bom yang ditinggalkan tidak sempat meletup. Keadaan disempadan tegang. Keadaan di kem
Pelarian lebih selamat terutama di kem baru. Satu perkara yang menjadi
persoalan saya kenapa Pihak UN terus berada di Dadap lebih 20 tahun. Dan tidak
dapat menyelesaikan masalah pelarian ini. Mereka yang sudah 20 tahun pula
mengaku mereka itu orang tempatan. Saya melihat UNHCR hanya lebih mengutamakan
kehidupan sosial masyarakat Islam yang susah dan menjadi pelarian. Tim turki lebih jelas dengan program mereka
dalam membantu kehidupan pelarian dan berdakwah di Dadaap.
Kasim Noah
Ahad 6hb. Nov 2011
TURKI IHH Base Camp DADAP
=======================================
Salam 11: Salam sejahtera Tuan Haji Ayub.
ISNIN 7hb Nov 2011 PAGI
“Dan
tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar itu? Iaitu melepaskan hamba
sahaya, atau memberi makan pada hari terjadi kelaparan, kepada anak yatim yang
ada hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir, kemudian dia termasuk
orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk
berkasih sayang, mereka adalah golongan kanan.” ALBALAD 12-18
Kami
bangun subuh awal kerana banyak kerja hari ini. Kami solat dan Tasbih.Tapi kerana
air panas belum dimasak. Hari hujan pertama di Kem. Alhamdullilah Barakah. Kerana
semalam kita buat banyak Qurban. Jam 6.00 pagi semua tim telah siap. Ibrahim
pemandu kami yang gila-gila itu masih tidak dapat dihubungi. Dia tidor di Hotel
DADAAP. Lebih teruk dari base Camp IHH
kami.
Kami
makan dulu biskut-biskut kering kata Hj Ahmad Othman bayangkan kueh sampret ,
meruku dan kueh bangkit. Saya masih menunggu Aminah tukang masak saya dibawah
khemah. Saya masih mencari bahan yang baik untuk ditulis . Hari ini hari
terakhir kami di DADAAP. Selesai urusan sumbangan ke Sekolah Ali IRFAN di
Garisha dengan Sheik Yaakub. Dan menyesaikan urusan bersama Shark dan IHH isyaallah
kami akan balik ke Garisha dan menginap di sana. Esok kami akan berlepas dari
Nairobi ke KLIA melaui Dubai menggunakan Emirates.
Pagi
ini kami makan sarapan Turki. Aminah bawa cepati Arab yang lembut. Makanan Turki
pagi itu dipanggil Malanan Plus Tomon kata Abdullah. Minyak campur bawang ,
lada dan tomato garam dan telur. Sedap juga.
Malam
tadi saya kebah demam lepas makan sebiji pil yang diberikan oleh Mr Ali Relawan
Turki yang baik hati dan peramah. Masa mula tidor saya rasa cukup panas dan
saya membuka baju dalam kelambu tetapi tengah malam saya rasa cukup sejuk dan
menggigil. Saya rasa agak sihat pagi ini dan menunggu sarapan untuk makan ubat
kedua saya.
Selepas
bersarapan kami pergi ke kem Turki. Kami singgah di Masjid Istambul melihat
kompleks Turki di Dagarhaley. Dan bergerak ke Base Kemp IFO3. Saya masih
teringatkan Hj Ibrahim yang terpaksa tidor di atas simen lantai bilik kami
kerana base camp ini telah penuh dengan
sukarelawan Turki. Saya berdoa agar tuhan memberikan balasan Kebaikan kepadanya.
Banyak
pelajaran yang saya hendak kongsikan dengan tuan. Masih ada lagi kapak cincang
daging yang kita sama-sama beli di Terengganu semasa kursus mentoring dulu. Isu pertama disini adalah
pisau dan alat melakukan kurban mereka, tidak banyak peralatan yang sesuai.
Saya teringatkan Hj Jamaludin dari yayasan Amal yang membawa beberapa bilah
pisau ke DADAAP. Kami belum berani. Mungkin tahun mendatang kita boleh lakukan.
Banyak
sukarelawan Turki yang tumpas kerana cuaca panas dan kepenatan. Mereka tidak
dapat rehat yang cukup seperti tim kita, sementara saya yang baru sembuh dari
demam perlu lebih berhati-hati. Kerana saya tidak begitu sihat saya lebih
banyak berdiam diri. Hj Ahmad dan Yusma dari tim kami saya harap dapat banyak
pelajaran dari perjalanan ini. Pengalaman di IFO ini anyak memberikan kami
pelajaran. Saya telah banyak berubah tuan. Mungkin kerana banyak orentasi
disini mengajar saya bersabar ketahap maksimum.
Saya
sangat teruja melihat tim Turki bukan sahaja sukarelawan dari Turki malah
oraganisasi mereka dari German juga hadir bersama.Mungkin kerana brother Ahmad
dan brother Shark sangat cekap menguruskan pasukan Turki. Kalaulah ada orang Malaysia
yang macam mereka ini alangkah baiknya.
Kami
balik makan tengahari ke Base Camp
selepas memotong dan mengagihkan daging kurban kepada 160 keluarga pelarian
baru di IFO3. Kami solat zuhur makan tengahari dan membuat lambaian terakhir
kepada Bendera Malaysia yang megah tergantung disebelah Bendera Turki. Kami
hadiahkan pakaian kotor kami kepada pekerja base Camp IHH, Haji Ahmad terus
tinggalkan kasutnya yang kotor kepada Faizal untuk dibasuh dan diagihkan kepada
jiran-jiran yang miskin.
Ditempat
penyembelihan di IFO3 tadi banyak kami
lihat kain rentang digantung mewakili badan NGO Turki. Saya Berbangga juga
kerana ada dua bendera Malaysia pada kain rentang Haluan Malaysia dan JPN
Johor. Siap lambang jabatan lagi. Mungkin tahun hadapan tuan boleh meletakkan
lambang MPSM di BASE CAMP Malaysia
pula. Saya tidak tahu pandangan orang lain terhadap kedegilan 5 orang rakyat
Malaysia yang berada di Dadaap ini. Saya berbangga menjadi seorang darinya.
Walaupun mungkin dalam usia yang bertambah kita kekurangan kelasakkan seperti
mana zaman kita muda. Tetapi saya boleh melakukan jika lebih berhati-hati dalam
menjaga kesihatan dalam melawan cuaca panas di Dadaap. Sumbangan kurban dan pek
makanan telah selamat diberikan begitu juga sumbangan kepada Al Irfan Institut.
Walaupun
tuan telah bersara dan menjadi pengerusi sekolah tahfiz di Gelang Cincin tapi
marilah ke Dadaap disini lebih memerlukan orang seperti tuan. Kita boleh
bersama Misi Turki hendak membina UM atau United Muslim di sebidang tanah berhampiran
dengan lapangan terbang Dadaap. Mereka ingin membina kompleks hospital dan Kompleks
masjid dan pendidikan bagi kegunaan orang tempatan dan membangunkan siar islam
di Dadaap.
Saya
amat berbangga kerana ada seorang turki
dalam usia yang sangat muda telah menyertai misi ini. Yang datang dari Jerman.
Dengan NGO UMUT. Saya juga dapat bersama dengan 2 orang sukarelawan yang turut
sama dengan misi berani mati MARVI McMARA ke Pelastine yang berperang dengan
Israel. Mr Abdullah dan Mr Ismail.
Perjalanan
kami balik ke Garisha hujan dibeberapa tempat. Kami dapat melihat Antelop,
Didik dan Babi Hutan yang sedang berkubang dilopak air. Kami berselisih juga
dengan konvoi UN dengan hampir 20 kenderaaan yang laju dengan polis pengiring
dihadapan dan belakang. Mereka takut diserang hendap. Saya menginap di Hotel
Digdig yang berada di tepi jalan Garisha. Saya tidak selesa di hotel ini berbanding
dengan hotel Nomad sebelumnya yang nampak lebih selamat. Tapi biliknya baik dan
layanan baik cuma kedudukan hotel di tepi jalan agak membimbangkan. Sehingga
hari ini saya tidak dapat muat naik tulisan ini. Saya tidak menjangkakan
kedaaan seperti ini. Biasanya saya akan mencatatkan semua peristiwa dalam buku
kecil saya dan balik baru saya susun dan jilidkan. Tetapi kerana misi ini
berlainan saya mengharapkan YUSMA boleh melakukan tetapi saya tidak pasti
adakah misi beliau berada di Dadaap tercapai atau tidak.
Saya
masih teringatkan cakap Haji Zawawi, “Tuan akan brubah apabila balik dari Dadaap”.
Saya percaya inilah perubahan saya, saya lebih menjadi pendengar, pendiam dan
pencatat. Suara-suara dari mulut saya telah diambil alih oleh Haji Ahmad
Othman. Mungkin kerana saya tidak begitu sihat atau tidak mahu membuat komen
dalam semua situasi. Biarkan dia berlalu.
Saya
lebih berminat mengikut sahaja Dr Baha dan belajar bersabar seperti sukarelawan
Turki yang lembut dan rela memberi sumbangan dan bantuan. Bukan sahaja mereka
baik membantu misi tetapi mereka juga membantu tim lain. Esok kami akan
bertolak terus ke airport Nairobi dan dijangka tiba di kLIA jam 2 petang. Saya
percaya banyak perkara telah kami selesaikan dan banyak juga perkara yang boleh
kita rancangkan bersama bagi misi ke DADAAP ini. Saya percaya banyak bantuan
yang ditagih dari kami untuk disampaikan kepada semua rakan di Malaysia. Kami
percaya tanpa nasihat dan bantuan
tuan misi ini tidak akan berjaya dan saya
berharap tuan akan menyertai PASKA walaupun telah bersara. Selamat bersara
tuan. Saya masih ada tuan sebagai rakan yang rapat. Maafkan saya kerana tidak
hadir pada hari terakhir tuan di SMK Sri Kenangan. Tapi budi baik Cikgu Mokhtar
tetap menyimpan satu beg cenderamata persaraan tuan untuk saya. Terima kasih
tuan haji. Set Golf Baru yang tuan dapat
bila hendak bertanding dengan set golf buruk saya.
KASIM
NOAH
Hotel
DIGDIG GERISHA NAIROBI
7hb.
Nov 2011.
==================================
SALAM 12 UNTUK USTAZ KAHIROZI
Nairobi Rabu 8hb.Nov 2011
Surat
terakhir yang saya tulis ini saya tujukan kepada tuan kerana mengambil berat
tentang kami sepanjang misi berjalan. Sikap positif tuan dalam melaksanakan
dakwah melepasi banyak sempadan. Walaupun tuan tidak bersama kami dalam misi
ini tetapi pengalaman bersama tuan di Merapi amat banyak mengingatkan saya
kepada tuan.
Satu
perkara yang kita perlu halusi adalah dimasa yang akan datang adalah
menyediakan tim PASKA yang kuat. Tuan mungkin boleh membantu saya untuk mencari
pemimpin pelapis yang lebih muda dan mempunyai kemahiran berbahasa diperingkat
antarabangsa.
Biasanya
misi yang kita buat perancangannya agak kemas dan tersusun. Walau pun jadual misi
boleh beruah. Tetapi misi Afrika dan Pelastin kita mesti berada dalam satu
level yang berkualiti terutama dalam bidang komunikasi antarabangsa dan
keselamatan.
Kita
telah ada tim Acheh, Tim Kampuchea dan
tim Merapi dan Tim Pelastin. Tim Darfur yang tidak jadi dan tim Somalia. Saya
masih lagi menmyusun beberpa tim lagi Ke Afrika dan Turki. Apa yang lebih
penting adalah kualiti kerja mengikut standard yang diterima.
Pasukan
rintis yang telah kita bina harus dikemaskan dengan pelbagai kemahiran. Saya
masih di Garisha dalam perjalanan ke Nairobi. Semalam bom meletup di sebuah
gereja 2 mati dan 3 cedera. Ini semua adalah
provokasi bagi member halangan dan gangguan kepada bantuan yang disalurkan oleh
NGO.
Pengalaman
serupa ini banyak membantu bukan sahaja dengan persekitaran tetapi dalam
pasukan sendiri. Oleh itu membina
pasukan adalah lebih penting lagi.
Perjalanan
dari Garisha ke Nairobi lebih kepada perjalanan balik. Kami tidak sempat membeli
belah kecuali membeli makanan. Duit 3000
shiling yang saya tukar di hari pertama masih ada 1500 lagi pada saya. 1000
telah bayar kos telefon. Haji Ahmad dan Yusma sempat membeli selipar kulit
dikedai berhampiran dengan hotel.
Kami
melepasi kawalan keselamatan yang ketat di beberapa tempat tetapi seperti
selalu Brother Ibrahim dengan Qutnya dapat mengawal keadaan. Sekali Haji Ahmad
di suruh keluar untuk pemeriksaan kerana alat pengesan mereka menemui sesuatu
pada Haji Ahmad. Pucat juga kami. Tapi kebanyakan nya polis mereka mesra dan
memberitahu kami bahawa mereka akan menghapuskan Alsabab Habis-habisan. Semasa
artikel ini di edit kerajaan Kenya baru sahaja menanda tangani perjanjian
kerjasama dengan Israel bagi menghapuskan ancaman Alsabab di Kenya.
Semalam
makan malam sudah lewat dan tidak ada makanan direstoran hotel jadi kami
terpaksa keluar dan makan di restoran luar dengan berjalan kaki. Kami pesan 2
Nasi putih dan daging UNTA. Untuk makan berlima. Saya bertanyakan tentang Bom
Dengan pelanggan seorang pelajar universiti. Dia kata dia tidak kisah kerna
tidak mengganggu kehidupan di Garisha. Saya bertanya lagi dengan pelayan yang
juga pelajar universiti dan beliau mengatakan tempat berlakukanya amat jauh dan
2km dari tempat kami 2 mati dan 4 cedera. Saya bertanya lagi dengan pelayan
hotel mereka juga memberikan maklumat yang selesa. Tidak usah risau Garisha selamat.
Kalau saya bertanya dengan 10 orang mungkin saya mendapat banyak jawapan
bergantung kepada kita untuk mengintrepitasi dalam kes keselamatan dan
memnggunakan formula yang betul. Satu lagi Bom yang di jumpai di Petrol Station
di Halier tapi tidak meletup, pada masa yang sama dengan AIC church jam 11 pagi
dimana 2 mati.
Disini
kami sangat berjimat dan semasa di base
camp kita dianggap tetamu oleh tim Turki. Dan sesetengah kos di tanggung
oleh Brothers Ahmad. Usaha murni Tim Turki untuk membentuk UM di DADAAP amat
memerlukan pertolongan tuan. Mungkin banyak misi boleh dilancarkan bagi
mengurus sumber dimasa yang akan datang.
Kita
punya ramai pemimpin tetapi mereka lebih ramai pemimpin yang boleh dipimpin.
Kita
ramai pengikut tetapi mereka lebih ramai pengikut yang yang boleh bersatu dan
terancang.
Kita
banyak bercakap. Mereka lebih banyak bekerja dari bercakap yang tidak perlu.
Cadangan
awal kami akan ke Grand Hotel Dulu tetapi kerana hujan dan jalan jem kami terus
ke Airport. Berpisah dengan Ibrahim pemandu kami dan saya memberikan tips
SH1000 mewakili pasukan. Kemudian Brother Ahmad ddari NKEI saya lihat Tim
haluan menyampaikan sedikit sumbangan kepada NKEI dan kami daftar masuk dan
berlepas ke Dubai. Masa sangat suntuk kami hanya ada beberapa minit sahaja
untuk melepasi kawalan keselamatan.
Haji
Ahmad sekali lagi terjatuh telefonnya dimesin keselamatan. Beliau menuntut
telefon itu semula dari pengawal keselamatan lapangan terbang. Pengawal itu
mematikan telefon beliau dan minta beliau hidupkan semula telefon tersebut.
Malangnya simkad telefon itu adalah SAFARIFON dan Hj Ahmad tidak mencatat pin
nombornya. Namun perkara itu telah diselesaikan dengan perbincangan dengan
ketua pengawal yang baik hati. Ini semua adalah asam garam perjalan.
BERITA
AKHBAR HARI INI:
The
Standard Kenya Bold Newspaper: 7 nov 2008
Kenya
fearsome arsenal in offensive – Front Page.
Kibaki
is commander in cheif of the Kenya defence force- KDF make his remarks during a
national Counsel Meeting at Harambee house office in Nairobi. The NSC meeting
cames agains the back ground of steeped up security operation in Garisha town
led by police and KDF. At Lease 200 people we detained for questioning
following an atack on the East African Petercostal Church by suspected Alshabab
symphatizer that left two people dead.
About
16 people From Mekueni and Teto will not sit for the exam ofter their former
head teacher fail to register them.
In
Mekueni county 11 people at the Hilamdoo Primary School will be sitting for
their KCPE exam after the school fail to register them The school will
presenting 14 candidates out of total 25 pupils.
Five
pupils of Kaihuri Primary school in Teto. Nyeni county will be lock out of the exam because their former head teacher
allegedly embezled their registration fees. The former head teacher
allegedly used their SH600 registration
Fees was demoted a few month ago and posted to teach in school 10 km away.
TANAH
LAPANG DAN GELAP INILAH YANG PATUT KITA CERAHKAN ......
KASIM
NOAH
Jomo
Kenyatta International Air Port, Nairobi
8hb Nov 2011.
TAMAT. Siri Catatan Misi Somalia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan