Rabu, 23 Julai 2014

BANTUAN PADANG JANUARI 2010

MISI MENGEDARKAN BANTUAN 
(DARI PELAJAR KEPADA PELAJAR)
LAPOR: KASIM/RAZAK


MISI BANTUAN KE 2: 15 - 19 Januari 2010.

Misi bantuan kedua merupakan misi sebenar dimana pasukan pertama 4 orang sukarelawan, bergerak pada 15 Januari 2010 , hari Jumaat dan pasukan Pengarah dan Timbalan Pengarah di aturkan meliputi 2 kawasan yang berbeza bagi mengagihkan bantuan kepada sasaran yang telah di kenalpasti.

Misi ini mengagihkan bantuan berupa bangku sekolah, peralatan tadika, komputer, pakaian seragam sekolah, karpet untuk madrasah. Anggaran barang yang dibawa sekitar bernilai RM100 ribu. Ia di tambah dengan sumbangan beg daripada Majlis Guru Besar Johor dan sumbangan kewangan.  Kita menjangkakan perbelanjaan yang digunakan bagi membantu sukarelawan ini sekitar RM 150,000. Perbelanjaan perjalanan dan makan ahli rombongan adalah daripada perbelanjaan sendiri. Disini saya dapat melihat kesungguhan Pengetua dan Guru Besar yang menjadi sukarelawan amat mengagumkan. Mereka bukan sahaja mengeluarkan peruntukan sendiri tetapi juga berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan usaha sukarelawan ini.

Mereka berpeluang sendiri melihat musibah walaupun telah 4 bulan berlaku tetapi kesan masih nyata dan dapat dirakamkan.

Hari  Pertama: 15 Januari 2010 (Jumaat)

6 orang sukarelawan Razak,Khairozi,Jamil, Bahar(?), Salleha dan Rohana tiba di Kota Padang pada jam 9.00 pagi dan terus ke Pariaman bagi memastikan kerusi, meja dan peralatan komputer yang telah ditempah siap dan dapat diagihkan keesokkan harinya. Selepas itu mereka menuju sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan bagi memastikan perabot telah sampai dan mereka terus melabel JPNJ pada perabot berkenaan. 

Hari Kedua : 16 Januari 2010 (Sabtu)

Rombongan yang diketuai Tn Hj Sufaat Tumin, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor bersama Tn. Hj Markom Bin Giran, Timbalan Pengarah dan ahli Majlis Guru Besar  dan penulis tiba di Lapangan Terbang Minangkabau jam 3.50 petang. Kami dibawa melihat kesan gempabumi di Kota Padang menghala ke Bukit Tinggi.  Berhenti sebentar menikmati air kelapa di Warung Bayu. Selepas itu kami berhenti minum petang di Restoran Ombak Biru. Kami terus menuju ke Hotel Hang Tuah di Bukit Tinggi pada jam 7.00 malam. Makan malam di Restoran Bayu. Pada malam itu kami bersiar-siar di jam gadang. Ada yang menaiki kereta kuda tetapi turun separuh jalan kerana kesian melihat kuda mendaki bukit.

Hari Ketiga : 17 Januari 2010(Ahad)

Hotel Hang Tuah – masalah air yang terputus-putus. 7.00 pagi bersarapan. Bila kami  keluar hotel terlihat pedagang jalanan menebar jualan pakaian dan telekung bersulam cuba menambat hati kami dengan harga yang boleh dirunding. Terdapat juga sekumpulan wanita sedang melakukan senam robik di jalanraya sebelah hotel.

Kami menaiki bas melihat kesan-kesan longsoran. Jalan-jalan yang retak dan tanah runtuh yang di bawahnya gaung amat mencemaskan.  Kami menuju ke Paya Kumboh melihat air terjun  dan Hararau untuk melihat batu-batu gunung yang menyimpan pelbagai cerita legenda dan mitos kaum Minang.

Bukit Tinggi dikelilingi Gunung Singkarak dan Merapi. Sepanjang perjalanan kami melihat kehidupan orang-orang di Bukit Tinggi yang terkenal dengan kuat pegangan Islam. Bukit Tinggi dikenali sebagai serambi Mekah di Timur tempat kelahiran tokoh besar Islam, Pak Hamka.

Dalam perjalanan kami nampak sekumpulan pelajar-pelajar sekolah berlatih silat. Kami dibawa ke beberapa gedung sulaman yang terkenal dan Pasar Bukit Tinggi yang terkenal sebagai pusat agihan barangan jualan bagi pekan-pekan di Padang. Peniaga-peniaga wanita Minang bukan main giat berdagang.
Di sebelah petang kami bersantai di Jam Gadang sambil berhibur dengan penyanyi jalanan. Selepas itu kami bergerak ke Kota Padang. Kami melalui Tasik Singkarak  yang mempunyai 37 lengkung. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam menjadi 6 jam kerana jalan dua hala telah menjadi sehala. Maka kenderaan bergilir-gilir menggunakan jalan. Walaupun tiada lampu isyarat atau orang yang mengawal pergerakan tetapi pemandu-pemandu disini sangat berhemah dan patuh kepada sistem bergilir secara automatis. 

Setiba di Padang kami terus makan malam di restoran.

Hari Keempat : 18 Januari 2010 (Isnin)

7.00 pagi rombongan dibawa melihat kesan gempa sekitar Kota Padang dan singgah di Pusat Bantuan UNESCO.

Selepas itu kami dibawa ke Universiti Andalas kami berpeluang mendengar ceramah kejadian gempa yang diberikan oleh Timbalan Reaktor yang juga merupakan seorang pakar seismologi. Maklumat ini amat berguna kepada kami bagi memahami dengan lebih lanjut akan fenomena alam ini. Kami di beritahu bahawa satu letupan yang kuat akan menyebabkan gerakan plat tektonik yang akan disusuli gegaran yang berikutnya tidak berhenti selama 25 tahun.

Beliau juga menjelaskan beberapa cerita tentang kematian akibat fenomena alam ini. Antara cerita yang menarik adalah seorang peniaga yang kebetulan telah lama berpindah ke Jakarta. Dan dia pulang ke Kota Padang hanya untuk menyelesaikan penjualan rumah kedainya di Padang. Ketika itulah gempa berlaku dan beliau terkorban apabila hotel yang beliau duduki itu musnah sama sekali.
Berbeza dengan beliau sendiri yang setiap hari berada di hotel itu kerana beliau mempunyai sebuah pasukan pancaragam/band di hotel berkenaan. Kebetulan ketika hotel itu dilanda gempa beliau tidak baru sahaja meninggalkan hotel berkenaan untuk pulang ke rumah.
Taklimat di Pejabat Walikota:

Taklimat yang diberikan oleh pihak wali kota Padang Pariaman pula menceritakan bagaimana bantuan yang dijanjikan oleh pihak antarabangsa sebanyak 72 badan tetapi yang sampai ke Pariaman dimana kami adalah merupakan pasukan yang ke 25. Ini amat membanggakan.

 Gambar Kenangan Rombongan Bersama Wali Kota Dan Dinas Pendidikan

Selepas bertukar-tukar cendermata kami terus bergerak ke Kampung Pariaman bagi mengagihkan sumbangan ke sekolah-sekolah yang dilanda gempa. Kami terus menuju ke Pasentren Nurul Yakin bagi menyerahkan secara rasmi bantuan kerusi, meja , computer dan 3 gulung permaidani kepada surau.

Selepas itu kami singgah makan tengah hari di rumah Ibu Rosnidar di Kampung Ampalu, Pariaman

Setelah menunaikan solat zohor kami berpecah kepada 2 kumpulan di mana kumpulan Tuan Pengarah Pelajaran Johor menyampaikan sumbangan ke sekolah-sekolah di Kacamatan Ampalu, Barongan dan Padang Sago. Kumpulan Timbalan Pengarah ke Tendiket dan terus ke Kampung Kepala Koto untuk melihat kesan gempa yang menimbuskan 3 buah kampung.

Kumpulan Tuan Pengarah tidak dapat naik ke kawasan pergunungan Kepala Koto kerana pemandu bas tidak tahu jalan ke tempat itu.

Pada jam 7.00 malam kami makan malam di rumah makan Secincin yang di taja oleh Wali Kota. Makan malam disertai oleh Dinas Pendidikan, isteri dan guru besar yang menerima sumbangan.

Kami tiba di hotel dalam keadaan yang amat letih tetapi puas kerana telah melaksanakan misi kemanusiaan yang amat bermakna bagi anak-anak sekolah yang ingin terus belajar walaupun masih trauma.

Hari Kelima ; 19 Januari 2010

Pengarah Pelajaran Johor bersama penulis dan 6 orang naik ke Kepala Koto menaiki van manakala yang lain melawat kesan runtuhan dan cara hidup orang di Kota Padang dan Teluk Bayur. Kelihatan anjing di perkarangan masjid, orang Islam membonceng anjing seperti biasa.

Jam 1.00 tengahari kami meninggalkan Kota Padang dan berlepas pulang.

Sukarelawan ini bukan sahaja melihat dan merasai bagaimana kesukaran pembelajaran dilakukan oleh guru-guru di kawasan bencana tetapi juga mensyukuri nikmat kehidupan di negara kita, Malaysia yang tercinta. Memberi sumbangan tetap dilakukan di mana sahaja mereka bertemu dengan anak-anak sekolah. Kegigihan guru-guru Padang meneruskan kelansungan pembelajaran walaupun di dalam bangunan retak, di dalam bilik darjah sementara berlantaikan tanah bahkan juga di padang sekolah dan  di bawah khemah yang tidak sempurna. Seperti yang dirakamkan oleh En Hasidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Pengalaman begini sebenarnya amat berharga kepada kami sukarelawan yang berpeluang pergi mengikuti rombongan ini. Amat besar ertinya kepada perkhidmatan dan kami menyeru guru-guru muda agar insaf akan kenikmatan diri mereka di tempat sendiri.

Penutup:

1.     Kami telah berjaya menyampaikan sumbangan dari PPD, MPSM, MGB dan sekolah terus kepada mangsa.
2.     Ahli Rombongan mendapat pengiktirafan dari Walikota Sumatra Barat, Dinas Pendidikan Sumatra Barat dan Jabatan Pendidikan Johor.
3.     Kami Bercadang untuk datang sekali lagi pada misi pengantarabangsaan bersama sekolah yang berkualiti di Sumatra Barat.

Senarai Nama Sukarelawan  JPN Johor  Misi Padang2

Yang Menyertai Misi Kemanusiaan Pasca Bencana Padang Pariaman Sumatra Barat Indonesia dari 16 hingga19 Januari  2010:

(4 Orang Bertolak Jumaat 15hb. Bakinya bertolak pada hari Sabtu 16 Jan 2010 dan 2 orang gagal menaiki pesawat kerana masalah Imigresen)
 nunggal, Children Centre School. 

1.            En A.Razak A.Karim                       : KU Unit Piawaian SJQ JPNJ
2.            Hjh Rohana Selamat                      : Guru Besar, SK Convent Muar
3.            Ust. Mohd Hairozi Mohamad    : Penolong Pengarah, SPI
4.            Hjh Salleha Binti Abd. Kahar       : Pengetua SMK Tmn Mt Austin,
5.            Tn Hj Sufaat Tumin                         : Pengarah Pelajaran Johor
6.            Hjh Hamidah Ibrahim                    : Puspanita JPN
7.            Tn Hj Markom Giran                      : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
8.            Pn Maimun Hasbullah                   : Timbalan Puspanita JPN
9.            Tn Hj Md Kasim Md Noah           : Ketua Sektor Jaminan Kualiti
10.          En Md Hasidin Zaini                        : KS Sektor Pengurusan Sekolah
11.          Tn Hj Kassim Mahadi                     : TKS Sektor Jaminan Kualiti
12.          Ust Mohd Hairozi Mohamad      : Sektor Pengajian Islam.
13.          Hj Ayub Jantan                                : Pengetua SMK Sri Kenangan
14.          Hj Masood Idris                                               : GB SK Parit Tengah, Muar
15.          Hj Abdul Jaabar Ahmad Shah     : SK Sg Durian Pontian
16.          Hj Nasuha Paiman                          : Pengetua SMK Kota Masai
17.          Hjh Fuziah Hassan                          : GB SK Bandar Baru Uda 2, JB
18.          En Ahmad Othman                        : GB SJKC New Kota, Kota Tinggi
19.          En Zulkifly Selamat                         : Sukarelawan sosek Malindo
20.          Hj Thazali Imam                               : Sukarelawan Sosek Malindo
21.          Hj Azim Mohd Dom                       : Sukarelawan Sosek Malindo
22.          Pn Zainab Kamarudin                    : Sukarelawan
23.          Raja Ahmad Naquib Raja Ali       : GB SK Pt Jawa, Muar
24.          En Zulkifly Ahmad                           : Sektor Jaminan Kualiti
25.          Hj Hassan Topit                                : Pengetua SM SBP Sains K Tinggi
26.          Hj Ayob Jantan                                                : Pengetua SMK Tinggi Segamat
27.          Pn Mariani Mohd Saad                 : Pengetua SMK Mutiara Rini, JB
28.          En Yusof Mydin                               : GB SK Parit Bunga, Muar
29.          Pn Normah Hashim                        : GB SK Gombang, Muar
30.          En Sapuan Salam                             : GB SK Felda Inas, Kulai
31.          En Nordin Miskam                          : GB SK Pengkalan Tereh, Kluang
32.          En Othman Majid                           : GB SK Pagoh, Segamat
33.          Pn Mazara Mansor                         : GB SK Taman Rinting 2
34.          Pn Maselah Mohd Tahir               : GB SK Seri Kenanga, Johor Bahru
35.          En Tasuki Simo                                 : GB SK Tmn Tun Aminah 2, JB
36.          En Sulaiman Arjam                         : GB SK Rengit, Bt Pahat
37.          Pn Asaha Kadir                                                : GB SK Tenaga Sepakat, Bt Pahat
38.          Hj Zainudin Mohd Ali                     : GB SK Pelangi Indah,
39.          Pn Rajamani a/p L.Kamachi        : GB SJKT Desa Cemerlang, PG
40.          Pn Hjh. Norihan Hj Ahmad          : GB SK Pendidikan Khas JB
41.          En Ibrahim Mohd Ali                      : GB SK Sri Saujana, Kota Tinggi
42.          Hj Anwal Mohd Juah                     : GB SK Lok Heng Selatan, KT
43.          En Shaharudin Shari                       : Pengetua SMK Seri Saujana, KT
44.          En Shafie Yusof                                               : SK Sg Durian Pontian
45.          En Mohd Fuad Hashim                 : Wartawan Bernama TV
46.          Pn Maznah Mohd Arshad           : Wartawan Utusan Malaysia

SENARAI PENERIMA BANTUAN:

1.            SD O2 Ampalu                  : Kerusi Meja dan Komputer  
2.            SD 14 Ampalu                   : Kerusi Meja dan Komputer
3.            SD 25 Ampalu                   : Kerusi Meja dan Komputer
4.            SD 09 Padang Sago         : Kerusi Meja dan Komputer
5.            SD 07 Padang Sago         : Kerusi dan computer
6.            SD 01 Barongan                : Pakaian dan Komputer
7.            SD 02 Barongan                : Pakaian dan Komputer
8.            SD 01 Partamuan             : Kerusi dan Meja
9.            SD 02 Pertamuan            : Kerusi dan Meja
10.          SD 08 Partamuan             : Kerusi dan meja
11.          SD 09 Pertamuan            : Kerusi dan Meja
12.          SD 11 Partamuan             : Kerusi dan Meja
13.          SD 12 Partamuan             : Kerusi dan Meja
14.          SD 13 Partamuan            : Kerusi dan Meja
15.          SD 14 Partamuan             : Kerusi dan Meja 
16.          SD 15 Partamuan             : Kerusi dan Meja
17.          SMP 03 Ampalu               : Kerusi Meja dan Komputer
18.          SMP Lubuk Tuan             : Pakaian dan Komputer
19.          Pesantren Nurul Yakin : Kerusi Meja Komputer dan Permaidani
20.          SMP 01 Padang Sago     : Kerusi Meja dan Komputer
21.          Madrasah Tsanawiah    : Komputer
22.          Masjid Penampungan Kota Padang Masjid Tandiket
23.          Permaidani Mesjid Padang Sago
24.          Sekolah Tadika Pembina,Aishah5, Kartika, TK Sejati, Baitul Ridha, Sakato, Aishah 1, Melati, Menunggal, Children Centre School.

Tiada ulasan: