(INNER PEACE : Apreciating
the Creator (The Human Being)
Apreciating other people (The social being) and Apreciating the Creation (the
Cosmic being)
Ketenangan diri
adalah satu proses bagaimana kita membina dan membentuk diri untuk berada bersama
masyarakat dan berinteraksi dengan alam semesta. Ketenangan diri memberikan
makna kepada perlakuan yang akan memberi manafaat kepada kehidupan yang aman dalam
hidup sebagai hamba kepada Pencipta dan menghargai ciptanNya.
Mendapatkan
ketenangan diri dibahagikan kepada 3
konsep asas iaitu Bagaimana membina diri sendiri sebagai seorang insan (the human being) yang menekankan keyakinan system kepercayaan kepada
pencipta. Bagaimana membina keperluan
hidup bermasyarakat (the social being)
yang menekankan kepentingan berinteraksi dalam sistem sosial dan memahami orang
lain.Bagaimana membina interaksi dengan alam (the cosmic being) yang menekankan kepada penghayatan kepada
kejadian alam semesta.
Ketenangan diri dihuraikan dalam beberapa langkah asas untuk
membentuk budaya keamanan sejagat (the
culture of peace) bagi meneruskan kelansungan kehidupan makluk didunia sebagai
kaedah persediaan memperolehi kebahagian di akhirat.
BAB
1:
DIRI
INSAN yang menghargai pencipta:
The Human being (Apreciating
the Creator)
Diri insan yang menghargai
pencipta dapat dibentuk dengan sistem kepercayaan (kesaksian, amal ibadah, niat
hati, minda dan nafsu) ia di laksanakan dengan mengawal air dalam tubuh (mandi,
minum dan berwuduk) serta keperluan tenaga fikir dengan mencari ilmu (menguasai
dan meneroka ilmu)
1.1.Sistem
kepercayaan (the believe system)
Sistem kepercayaan adalah
apa yang terlintas atau mendorong kita melakukan sesuatu dalam hidup kita
seharian. Ia juga kepada penentu kumpulan mana kita berada, dan kemana pula
arah tuju kita kemudian hari. Sistem kepercayaan menentukan garis yang jelas
dalam minda kita dan menimbulkan ketenangan diri dalam melakukan sesuatu.
Kecelaruan akan timbul bila kita ragu kepada sesuatu perbuatan. Dan syaitan yang
menawarkan nafsu akan sentiasa membisikkan keraguan didalam hati dan
menggalakkan kita agar terburu-buru bertindak dalam sesuatu perkara. Sistem
kepercayaan dibentuk apabila kita meletakkan minda dalam kesaksian yang
sepenuhnya, melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan melakukan dengan niat
dan tujuan yang baik, bersemangat dalam fikiran serta menjauhkan diri dari
godaan nafsu.
1.1.1. Shahadah
jiwa insan
Kepercayaan
kepada tuhan, akan membezakan manusia dalam sesuatu kelompok dengan jelas.
Berada didalam kelompok bermakna kita akur kepada perundangan, aturan dan adap
kelompok. Dengan jelas hati kita akan membezakan kita dengan kelompok yang
lain. Pengakuan kita menjadikan kehidupan mendapat nikmat atas ibadah yang
besar. Menyatakan kepercayaan dengan jelas menjadikan minda kita lebih terbuka
kepada suatu bentuk penyerahan total kepada Pencipta. Ini di sebut sebagai
menghambakan diri kepada pencipta.
ULASAN:
Bagaimana
penyaksian hati dapat meletakkan diri dalam ketenangan yang hakiki dengan
berlindung kepada pencipta dan penyerahan kepada ketentuanNya. Penyerajhan diri
itu sendiri sebagai satu nikmat kepada jiwa yang tidak dapat di gambarkan.
Kepatuhan
kepada amalan kelompok tanpa syarat. Memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada
kepercayaan menjadikan kehidupan kita sebagai ikutan dan petunjuk kepada orang
lain adalah bukti keimanan dan kepatuhan kita. Orang akan jatuh cinta kepada
kelompok kita hanya kepada cara gaya kehidupan kita tanpa perlu kita
mempengaruhi mereka dengan pidato yang berapi. “Tidak akan berlaku sesuatu
keatasku melainkan dengan kehendakMu.” Berserah secara total tanpa perlu ada
perantara memberikan ketenangan yang hakiki kepada roh dan jiwa kita. Ia juga
merupakan satu nikmat.
KISAH:
Bagaimana
diceritakan Ibrahim Adham adalah merupakan pewaris kerajaan yang kaya raya
memilih untuk menjadi sufi dan menyerahkan kehidupannya secara total. Apabila
pembesar istana memujuk beliau untuk kembali keistana kerana disana terdapat
kemewahan dan kebesaran serta harta yang banyak. Beliau dengan tersenyum
berkata ”Apakah harta kekayaan dunia yang ada disana lebih banyak dari kurniaan
tuhan kepadaku. Engkau lihatlah emas yang diturunkan yang menjadi milikku
berbanding apa yang ada di istana kita.” Sambil menunjuk kepada sebuah bukit
yang telah bertukar menjadi emas permata pada pandangan mereka dengan izin
tuhan.
1.1.2. Ibadah dan ketenangan diri (meletakkan diri ke aras paling rendah dan
redha ketentuanNya).
Ibadah
merupakan pembuktian bahawa kita berada
dalam sesuatu kelompok tertentu. Tujuan Ibadah adalah untuk meletakkan hati, minda
dan kehidupan kita kepada aras kehambaan kepada tuhan, akur akan kekuasaan dan
ketentuanNya, redha akan balasanNya serta menghilangkan keinginan diri yang
dipanggil nafsu.
ULASAN:
Bagaimana
ibadah itu dapat membaiki akhlak dan memberi makna kepada hati, lisan dan
perbuatan dalam kehidupan seharian.
Bersujud boleh menjadikan
banyak darah turun ke kepala kita dan membawa oksigen yang lebih ke otak.
Amalan bersujud sambil melafaskan kata-kata mengangungkan kebesaran tuhan dan
mengakui kelemahan dan kedaifan diri berulang kali akan memberikan ketenangan
kepada roh, jiwa dan minda kita.
Duduk berzikir juga
merupakan satu kaedah untuk mendapatkan ketenangan. Duduk berzikir yang baik
dapat menyelaraskan iktikad hati, deyutan jantung, pernafasan dan aliran darah.
Ia dapat menguatkan tenaga dalaman dan menyihatkan roh dan membetulkan aliran
magnetic tubuh adalah sebahagian latihan untuk ketenganagan dalaman.
1.1.3. Niat
dan ketenangan diri (memberi makna
kepada setiap perbuatan)
Niat
bererti memberikan makna kepada sesuatu perbuatan. Melakukan sesuatu perbuatan
tanpa niat akan menjadikan kehidupan kita itu kosong dan tidak bernilai atau mendapat
apa-apa ganjaran. Bermula dari mandi, makan, bekerja dan mencari rezeki,
beribadah, membersihkan diri, berpakaian hinggalah kita masuk tidur hendaklah disertakan
dengan niat yang jelas dan mengikut aturanNya. Niat itu mengubah perbuatan dari
perlakuan kepada diri untuk keperluan ibadah dan mendapat rahmat.
ULASAN:
Bagaimana
tujuan yang dinyatakan dengan jelas menyelaras antara hati dan perbuatan.
Tindakan membina garis pemisah dialam emosi dan kesediaan mental, Beroleh
kepuasan dan balasan rahmat.
Niat
berubah menjadi doa dan harapan kepada perbuatan yang akan kita lakukan. Amalan
membaca doa kepada makanan kita agar diberkati dan menjadi ubat kepada diri
kita adalah merupakan contoh yang baik sebagai amalan kehidupan yang aman.
KISAH:
Ketika
Hassan Basri dan kawannya berkunjung ke rumah Adawiah, Kebetulan wktu itu
adalah masa makan dan dirumah adawiah hanya terdapat 2 buku roti yang tidak
cukup untuk dirinya dan tetamunya. Adawiah mengambil Roti itu dari hadapan
tetamunya dan keluar memberikan kepada fakir diluar rumahnya. Hassan bertanya “ Adawiyah, manakah yang
lebih engkau sukai mengembirakan tetamu atau mengembirakan fakir?” Adawiyah
tidak menjawab, selang beberapa waktu datang sesaorang dari masjid membawa dulang
berisi 20 buku roti kerumah Adawiah. Adawiyah berkata kepada Hassan,”Aku
melihat tuan berdua dalam keadaan letih dan 2 buku roti itu tidak cukup
mengembirakan tuan dan saya sendiri. Saya lebih suka berniaga dengan Tuhanku
yang menjanjikan 10 kali kebaikan atas perbuatanku. Dan aku bertawakkal.
Sesungguhnya aku telah mengembirakan seorang fakir, 2 orang tetamu dan diriku
sendiri kerana aku telah melakukan sesuatu yang disukai oleh Tuhanku.”
1.1.4. Kesihatan
minda diri insan.
Pembezaan
dalam diri dengan garis hati didalam fikiran.
(Differenciate your life
with the imaginary thin line in your brain)
Kesihatan
minda memberi pengaruh yang besar kepada caragaya hidup sesaorang, minda yang
sihat sentiasa mempunyai pendapat yang jelas mengenai sesuatu batas perbuatan,
percakapan dan niat melakukan sesuatu. Kesihatan minda dapat dikesan dari hasil
perbuatan kita seharian. Kesihatan minda menjadikan sesaorang itu jelas akan
tujuan hidupnya. Kesihatan minda akan dilihat dari perlakuan dan tutur kata
sesaorang dalam kehidupannya. Minda yang sihat melahirkan kehidupan yang sihat,
pertuturan yang sihat dan perlakuan yang sihat. Minda yang sihat tidak akan
menerima perlakuan yang kotor atau perbuatan yang kotor atau tindakan yang
tidak betul. Demikian minda yang sihat dapat membina garisan nipis yang
membezakan baik dan buruk, kotor dan bersih, betul dan salah. Ini akan
memberikan ketenangan diri dalaman sesaorang walaupun persekitarannya tidak
dapat menerima pendapatnya, diri insan yang sihat tetap menolaknya dan
membezakannya.
ULASAN:
“Berkata
benarlah walaupun pahit.” Bagaimana kita boleh berkata benar dalam keadaan yang
sopan. Biarlah kepahitan itu berada dalam diri kita jangan sampai orang lain
merasa pahit dengan kata-kata kita.
“Tolaklah
kemungkaran itu dengan tangan kamu, kalau tak upaya dengan lidah kamu dan kalau
tidak upaya dengan hati kamu dan itu adalah sekecil-kecil iman.”
Menolak
sesuatu itu bererti kita mengetahui bahawa ada garisan betul dan salah kita
perlu sentiasa berada di suatu pihak walaupun kita berasa itu adalah perbuatan
yang lemah atau berada bersama orang yang sedikit. Jiwa akan menjadi gelisah
sekiranya hati menolak kemungkaran itu dan memohon yang Esa menentukan
hukumannya.
1.1.5.
Nafsu
yang selalu mengganggu insan.
Kaum
Syaitan menawarkan kepada makluk satu dulang yang penuh dengan perkara
keseronokan dunia dan memeuhi kehendak nafsu. Setiap kali kita berpaling kepada
dulang itu itu kita akan tertarik kepada keinginan memeuaskan selera nafsu yang
tidak ada hadnya. Samaada keseronokan memiliki harta, keseronokan bersama
kecantikan wanita, keseronokongan memiliki kuasa dan dan pangkat.
Sedangkan
dipihak yang lain kurniaan kepada harta tanggungjawab dan perempauan adalah
merupakan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan nilai. Tanggungjawab
beerti ada tugas untuk diurus dan nilai pula adalah tuntutan untuk menentukan
keseronokan duniawi itu ada abaik buruknya, bersih kotornya dan halal haramnya.
Kegagalan
mengibangi antara tuntutan nafsu dan tanggungjawab serta nilai ini akan
menjadikan diri kita tidak tenang dan membawa kehancuran buhkan sahaja kepada
diri kita malah kepada masyarakat keseluruhannya.
ULASAN:
Bagaimana
jika berzina itu sendiri sudah dikira buruk dan haram, merogol itu satu
keburukan yang lebih besar tetapi hari ini kita mendengar terlalu banyak
kejadian merogol beramai ramai dan bergilir filir pula. Dimana letaknya nilai
dihati mereka, bolehkan mereka mempunyai ketenangan sepanjang hidup mereka.
1.2.Air
dan ketenangan diri
Tubuh kita terdiri dari 80%
air. Air juga adalah terapi kepada
kehidupan manusia yang mendamaikan. Air mempunyai tenaga penyembuhan yang
tinggi terutama kepada jiwa dan kesihatan tubuh. Syurga itu terdapat 2 sungai
yang mengalir.
1.2.1. Mandi
membersih diri dan ketenangan diri (membuang kotoran fizikal, dan cas negatif)
Mandi
merupakan kaedah rawatan tubuh yang asas. Pertama membuang dan membersihkan kekotoran
yang ada pada badan. Kedua membuang rasa tidak seronok dan cas negatif yang terlekat dalam tubuh kita. Aliran air
boleh membuang segala kotoran luar dan dalam jika kita melakukan dengan niat
dan ketertiban yang betul. Air mandian juga boleh dicampurkan dengan bauan dan
bahan yang tertentu bagi meransang dan mengaktifkan cas tubuh yang tertentu.
Campuran zafaran dipercayai baik untuk melembutkan hati.
ULASAN:
Bagaimana
penyucian itu berlaku dan beroleh kesegaran jiwa dan membuang kotoran dalaman.
Rawatan
kecantikan sejak berzaman melakukan ritual mandian bunga atau haruman selepas
kita menyucikan tubuh menjadikan tubuh kita teraruh dengan mandian untuk
mendapatkan tujuan tertentu. Mandian akhir dengan perahan limau atau daun Murungai
dipercayai mengubati penyakit tertentu. Mandian air garam dapat mengalirkan
tenaga negatif keluar dari dalam tubuh sesaorang. Ini membuktikan bahawa
peranan mandian sempurna telah diamalkan
sejak berkurun lama oleh berbagai bangsa dan memberikan kesan yang sangat
positif dalam penyembuhan.
Mandi
juga penting sebelum melakukan kerja kerja besar dalam kehidupan seharian
seperti mandi sunat Jumaat, mandi sunat hari Raya.Mandi sunat Ihram. Mandi itu
akan memberikan kita persediaan mental dan ketenangan dalam memulakan sesuatu
kerja besar. Aliran air akan memberikan
kekuatan jiwa.
Orang
Somalia percaya bahawa dengan memeandikan anak mereka dengan darah kambing
korban dan diselimut dengan belulang kambing akan menajdikan mereka seorang
penternak kambing yang Berjaya. Gambar ketika kami di kem Pelarian Somalia IFO
Nov 2011.
1.2.2. Wuduk
dan ketenangan diri (sentiasa bersih diri dan dalam beribadah)
Membersihkan
diri dengan aturan tertentu memberikan kesan yang sangat aktif kepada meransang
tubuh dan pemikiran. Mengambil Wuduk dengan niat dan cara yang tertib akan meletakkan
diri kita dalam keadaan beribadah dan mendapat barakah. Sentiasa menjaga tertib
dan pantang larangnya agar air wuduk itu tidak terbatal. Sepanjang kita beruduk
kita sentiasa mendapat keberkatan diatas perbuatan kita.
ULASAN:
Bagaimana
sesaorang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk itu beroleh keberkatan
dan perlindungan dalam kehidupannya. Kita tidak akan melakukan perkara yang
mungkar ketika beribadat malah memikirkan sesuatu yang mungkar itu sahaja sudah
tidak boleh dilakukan dalam keadaaan kita beribadah. Jika kita sentiasa berada
dalam keadaaan berwuduk dan menjaga ketertibannya sudah tentu kita sentiasa
menjaga perilaku kita. Begitu juga keadaannya ketika kita berada dalam keadaan
berpuasa atau dalam keadaan berihram.
1.2.3. Minum
air dan ketenangan diri (keperluan air tubuh dan kristal air bersih tubuh)
Minum
air adalah terapi yang telah diselidik secara saintifik boleh merawat berbagai
penyakit termasuk kanser. Amalan
mengambil 8 gelas sehari adalah aturan biasa. 4 gelas air diawal pagi amat baik
bagi rawatan penyakit. Darah kita terbina dari air minuman dan kristal air itu
kekal dalam darah selama 40 hari sebelum digantikan dengan darah
yang baharu. Sekiranya kita minum air hari ini ia kan kekal menjadi darah kita
selama 40 hari dan begitu juga air yang kita minum 40 hari lepas telah hilang
bersama darah kita pada hari ini. Kristal air yang berbagai akan memberikan
pengaruh kepada kehidupan kita. Tentunya berbeza antara air Kristal arak dan
air zam-zam seperti bumi dengan langit. Keduanya kristal air itu akan menjadi sebahagian
darah kita selama 40 hari. Air yang di sebutkan perkataan yang baik akan
merubah bentuk kristalnya kepada yang lebih baik dari Kristal air yang
disebutkan kepadanya perkara yang buruk.
ULASAN:
Bagaimana
kesan kekurangan air akan menimbulkan rasa resah, keletihan dan penyakit hati
dan hilangnya ketenangan diri.
Mengikut
Teerapi Air Jepun dengan minum 4 gelas air diawal pagi akan menyembuhkan
penyakit berikut: Darah tinggi 30 hari, Gastrik 10 hari, Kencing manis 30 hari,
Kanser 180 hari, TB 90 hari Antritis 3 hari mengikut aturan tertentu yang boleh
di dapati dari web site mereka. Bagi Terapi air India pula dnegan minum 6 gelas
air sehari akan menyembuhkan penyakit sembelit 1 dalam 1 hari, Keasidan tubuh 2
hari, Kencing manis 30 hari, Darah tinggi 4 minggu kanser 4 minggu dan TB 3
bulan.
Gambar
Internet mengenai Kristal air, Kiri sekali adalah Kristal air yang terkena
alunan muzik tertentu, Kristal air yang diberi rawatan cahaya, dan Kristal air
dari Three branch spring, di kawasan Kita Mikoma County daaerah Yamanashi di
Japan yang dikaji oleh Dr Masaru Emoto. Kajian ini menunjukkan kesan manusia
terhadap molikul air. Bangaimanakah rupa Kristal air yang masuk ketubuh kita?
Masaru
Emoto:
The
quality / purity of Zamzam water has, will not be find any where else in the
water on this earth.
He
used the technology named NANO, and researched a lot on Zamzam water. And found
out that if one drop of Zamzam water mix in 1000 drops of regular water,
regular water will get the same quality like Zamzam water.
He
also found that a mineral in one drop of Zamzam water has its own importance
that will not be find any other water on this earth.
He
also found in some tests that the quality or ingredients of Zamzam water can
not be changed, why, science does not know the reason.
Even
he re-cycled the Zamzam water, but no change it was still pure.
This
scientist also found out that, the Muslims say BISMILLAH before
eating/drinking. He says that after saying BISMILLAH on regular water, there
are some strange changes happened in the quality of regular water. That make it
best water.
He
also found out that if some one recites the Quran on regular water, it gets the
ability for the treatment of different diseases.
1.3.Kesihatan
fizikal tubuh dan ketenangan diri
Kesihatan fizikal tubuh
memberikan ketenangan diri. Menjaga kesihatan tubuh amatlah penting bukan
sahaja dari segi organonnya tetapi dari roh dan emosinya. Melakukan aktiviti
fizikal bukan sahaja boleh membuang racun dan bahan toksik yang ada dalam tubuh
tetapi juga melepaskan tenaga negatif dan perasaan buruk disamping menyerap
tenaga positif dan merasa menikmati kepuasan.
1.3.1. Makan
dan ketenangan diri
Menguruskan
makan kita hendaklah bermula dari memilih sumber makanan, cara penyediaan
makanan, menyusun hidangan, niat makan, memikirkan makanan, berkongsi makanan
dan mengunyah, memilih makanan yang didahulukan, campuran makanan dan menyelesaikan
makan. Semua langkah di atas akan memberikan pengaruh kepada apa yang masuk
kepada tubuh badan kita. Ada pantang larang makanan yang boleh mengakibatkan kemudaratan tubuh. Lebih-lebih lagi memakan
makanan yang tidak baik atau mencampurkan makanan yang menjadikan ia tidak baik
bukan sahaja kepada tubuh tetapi kepada emosi kita.
ULASAN:
Bagaimana
memakan makanan yang baik itu akan membawa kepada ketenangan fikiran dan
mendapat kebaikkan.
Dalam
masyarakat Jepun menyediakan sesuatu hidangan itu bukan sahaja bermula dari
kebersihan tempat penyediaan makanan (dilarang
berludah di singki dapor) dan cara mereneh makanan. Perasaan tukang masak
ketika menyediakan makanan hinggalah kepada arah menyusun makanan didalam
pinggan disesuaikan dengan arah mata angin (sayur kearah timur dan daging
kearah barat). Setelah disusun oleh chef makanan itu akan diletakkan atau
dihidangkan kepada pelanggan mengikut arah yang telah disusun itu (dilarang
bercakap yang huruk ketika mengahadap makanan dan berada di tempat makan). Ia
memberikan aura bukan sahaja dari pandangan, perasaan malah mendapat manafaat
yang besar kepada system tubuh.
KISAH:
Seorang
isteri yang sedang marahkan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan
perempuan lain mengkaris nasi dalam periok dengan perasaan bencikan suaminya.
Bayangkan bagaimana cara dia mengkaris nasi tersebut secara ganas sambil meleterkan
sesuatu perkataan buruk atau ditambah doa yang buruk kepada suaminya. Tentunya
suaminya tidak pulang makan nasi itu, dan dia juga dalam keadaan murung tidak
juga berselera makan pada pada hari itu. Siapakah yang akan makan makanan itu
jika tidak anak-anaknya yang ramai itu. Dapatkah ketenangan kepada anak-anak
ini jika dia selalu menerima makanan seumpama ini?
Hal
ini sering terjadi dalam kehidupan kita terutama bagi penyedia makanan di
restoran, asrama dan sebagainya. Mungkin sifat marah ini timbul kerana dimarahi
ketua, tidak mendapat gaji atau sebab sebab lain dan yang mendapat aura makanan
itu adalah anak kita. Makanan yang disediakan dengan baik akan memberikan aura
yang baik kepada orang yang memakannya. Begitulah besarnya peranan seorang ibu
yang perlu menyediakan makanan untuk keluarganya walaupun ia mudah untuk
membeli sahaja makanan dari restoran. Begitu besarnya peranan tukang masuk dan
keadaan dapurnya dalam ketenangan diri sesaorang.
1.3.2. Tidur
dan ketenangan diri (deep sleep)
Tidur
merupakan kaedah merehatkan tubuh. Perkara yang perlu diperlihatkan dalam tidur adalah bermula dari
masa tidur, kadudukkan tidur, tempat
tidur dan persekitaranya. Niat dan muhasabah sebelum tidur. Terdapat pantang
larang ketika tidur mengikut kaum tertentu. Tidur akan menyusun minda pada aras
sedar, separa sedar dan tidak sedar. Penyusunan minda ini akan memberikan
kecerdikan dan kesegaran tubuh apabila bangun dari tidur. Maklumat yang
diperolehi semasa jaga sepatunya disimpan dan disusun dengan baik semasa tidur.
Tidur yang dirahmati akan dijaga oleh malaikat.
Sebelum
tidur perlulah dibuat beberapa zikir untuk membaiki dan menyusun aliran nafas.
Tugas kita adalah meletakkan roh dalam keadaan aman dalam perjalanan atau
semasa kita tidur. Banyak amalan baik, pemikiran positif, membaca sesuatu jika
tersentak dari tidur. Semuanya perlu disusun dengan kemas dan menjadikan tiur
itu adalah permulaan kepada hari esok yang positif dan cergas.
ULASAN:
Bagaimana
tidur yang baik itu dapat memberikan ilmu dan ilham yang memberikan ketenangan
dalaman. Kedudukan tidur yang baik adalah tidur seperti mayat didalam kubur
mengikut arah kiblat.
KISAH:
Saya
tidur didalam satu bilik 4 orang di DMZ kawasan Zon Perang di Sempadan Korea
Utara-selatan. Sahid dari Pakistan, Fendra dari Indonesia dan Meira dari Sri Langka.
Tentunya kawasan itu tidak baik kerana sejarah peperangannya. Malam pertama
kerana kami daftar masuk lewat malam kami tidur selepas solat berjamaah. Malam
pertama tidur saya terganggu kerana sekumpulan roh yang dhaif meminta
pertolongan dari saya dan sekumpulan orang jahat sedang menyeksa mereka. Subuh
esoknya saya bercadang untuk azan subuh, tetapi bagi menghormati masyarakat
disitu saya naik keatas ke bukit dan membaca Yasin diatas puncak bukit DMZ itu.
Hal ini menjadi topik perbualan dalam kelas. Malam kedua Sahid pula diganggu
oleh roh yang memintanya membaca Quran. Saya terkejut kerana pagi kedua Sahid
pula mengikut saya bertilawah diatas bukit DMZ. Malam ketiga saya berbual
sebelum tidur bersama Sahid akan beberapa petua sebelum tidur ditempat yang
terdapat roh-roh yang tidak aman.
Kami
sama-sama membaca ayat-ayat lazim dan berdoa sebelum tidor bersama-sama malam
itu. Fendra balik sekitar jam 2 pagi. Saya terjaga kerana dia memasang lampu
sekejap sahaja, dalam hati saya merungut juga kerana beliau tidak menghormati
kami yang sedang tidur. Seperti biasa Pagi ketiga kumpulan tilawah telah
bertambah diikuti beberapa rakan dari Bangladesh dan Iran. Sahid dan saya
bercerita tetntang tidur yang sangat baik malam tadi kecuali diganggu oleh
Fendra yang memasang lampu.
Dalam
bilik kuliah Fendra dan rakan-rakan sebuk bercerita pasal lembaga biru
mengelilingi saya dan Sahid yang tidur malam itu. Bila Fendra memasuki bilik
lewat malam itu dia terpandang banyak lembaga biru mengelilingi saya dan sahid
yang sedang tidur. Jadi untuk lebih jelas beliau membuka lampu dan lembaga itu
hilang. Mereka sibuk bertanya saya dan Shahid. Kami tidak memeberikan
penjelasan dan hanya berkata bahawa saya tidur sangat lena. Malam berikutnya
semua orang ketakutan kerana sudah tiga malam antara kami telah terganggu.
Tetapi saya dan Sahid berpendapat kami sebenarnya dijaga oleh roh yang baik
kerana melakukan amalan yang baik sebelum tidur walaupun berada ditempat
seperti itu. Hinggalah kami pulang saya mendapat kerehatan yang sangat tinggi dan
keamanan diri sepanjang berada di DMZ. DMZ mengajar saya bersedekah kepada roh
mangsa perang walaupun kami tidak mengetahui agama apa yang mereka anuti.
1.3.3. Rehat
dan ketenangan diri
Berehat
bererti duduk dalam pada waktu yang tertentu, berehat dengan membaca, menonton,
berzikir, menulis, berfikir akan menyeronokkan jiwa untuk terus menikmati
keamanan hidup. Kecergasan dari rehat akan terbentuk apabila gerak nadi,
pernafasan dan aliran darah dapt bergerak dan teratur semula dalam satu
keseimbangan.
ULASAN:
Bagaimana
zikir dapat menyelaraskan nafas, denyutan nadi dan menghasilkan aura tubuh yang
tenang. Asma Alhusna adalah dendangan yang baik ketika berihat. Bagaimana
talbiah didendangkan sepanjang jalan orang mengerjakan haji dan umrah
memberikan keseronokan dan kepuasan dalam diri kita. Bagaimana jantung yang
berdenyut itu berzikir lup-a-dup.Apakah zikir jantung selari dengan zikir nafas
dan zikir hati.
1.3.4. Kerja
fizikal dan ketenangan diri (Phyzical
labor)
Sesorang
yang sihat akan melakukan 6 jam tumpuan fikiran (mental labor) dengan berfikir
dan dan melakukan kerja minda sementara 6 jam lagi akan digunakan untuk
melakukan kerja fizikal (fizikal labor) seperti berjalan, belari, memanjat,
bersukan dan sebagainya. Kadang-kadang kita juga melakukan kerja fizikal dalam
mencari pendapatan. Sentasalah melihat rutin harian kita agar terus melakukan
keseimbangan kepada tubuh.
ULASAN:
Bagaimana
senaman jika dijadikan amalan hidup individu memberikan gerakan jantung yang
cepat dan membaiki pernafasan serta membuang kumbahan melalui liang roma itu
mengeluarkan bahan kotoran dan sikap dan pemikiran yang tidak baik yang
tersimpan dalam tubuh dan memberi lebih ketenagan dalam diri kita. Bersenam 20
minit sehari adalah amalan yang baik. Mempercepatkan gerakan jantung dengan
aktiviti fizikal beberapa minit sehari akan memberikan ketenangan kepada hidup
hidup kita. Berjalan 1000 langkah sehari juga amalan yang baik.
1.3.5. Pakaian
dan ketenangan diri
Berpakaian
juga memepunyai peraturannya. Bermula dari memilih warna, potongan paian, jenis
fabrik yang digunakan,serta niat ketika menyarung pakaian itu. Kesesuaian
pakaian disesuatu majlis atau perjumpaan juga memberi pengaruh kepada
ketenangan dan keyakinan diri.
ULASAN:
Bagaimana
pakaian lengkap dan menutup aurat itu adalah dituntut dalam merendahkan diri
kita kepada pencipta, bukan bertujuan untuk bersombong diri. Pakaian ihram memberikan
makna yang besar kepada kesatuan ummat. Kaedah berpakaian ini di berikan
ketentuan bukan sahja kepada orang yang hidup malah bagaimana mengkafankan
mayat. Malah pakaian suhada memberikan kesaksian kepada pekerjaan yang
dilakukannya pada hari pembalasan.
Kenapakah
kita memakai ihram ketika mengerjakan haji dan dikafankan ketika mati.
Kepentingan pakaian itu membawa makna dan tujuan yang tertentu dan tentunya
memberikan kebaikan.
1.3.6. Bauan
dan ketenangan diri
Memakai
bauan juga memberikan pengaruh kepada emosi diri dan orang lain, tidak semua
bauan boleh menjadi keselesaaan kepada semua orang. Bauan yang terlalu kuat
akan mengganggu ketenangan orang lain.
ULASAN:
Bagaimana
bauan banyak kali disebut sebagai penghampiran kepada ketinggian martabat diri.
Pakailah bauan yang baik ketika hendak ke masjid atau majlis keramaian.
1.3.7. Berhajat
dan ketenangan diri
Berhajat
bermaksud membuang air kecil dan besar dan membersihkan kotoran dalaman.
Bermula dari memasuki tandas menanggalkan pakaian hinggalah arah duduk serta
kepuasan berhajat akan mementukan ketenangan diri sesaorang. Begitu juga dengan
kaedah mensucikan najis dan angota tubuh serta adab keluar tandas.
ULASAN:
Bagaimana
amalan berhajat yang baik dan tetap aturanya memberikan kesegaran dan
ketenangan pada diri sesaorang.
1.4.Mencari
ilmu dan ketenangan diri (sentiasa
mendapatkan ilmu baru dan mencabar minda)
Mencari ilmu adalah kaedah
melonjakkan fikiran keluar dari kepompong yang sedia ada. Bagaimana seorang
doctor fizik berubah kehidupannya hanya dengan membaca sebuah buku psikologi. Ilmu baru di sepadukan dengan ilmu sedia ada,
menjadikan minda aktif dan sihat. Mencari ilmu baru akan menimbulkan ketenangan
hidup hanya dengan memikirkan kejadian bintang dilangit atau bonggol dibelakang
unta.
ULASAN:
Mencari
ilmu tidak semertinya memasuki bilik kuliah, malah sesi percanda minda sambil
menikmati sarapan atau makanan boleh menjadikan kehidupan lebih bermakna.
Banyak masalah diselesaikan dipandang golf? Semasa saya menjadi pengetua saya
banyak berbual dan belajar dari pengawal keselamatan saya yang mempunyai
pengalaman lebih 10 tahun menjadi pemandu lori tanah merah ketika membuat
perancangan membina satu jalan di belakang sekolah. Beliau lebih arif dari saya
dan dapat membuat anggaran tanah yang diperlukan untuk jalan tersebut tanpa
membawa masuk tanah dari luar.
Kemenjadian
diri insan:
Memahami keperluan diri insan dengan
mengatur mengikut tertibnya dan adapnya membawa kepada penghargaan yang tinggi
nkepada pencipta yang telah menyediakan tubuh sebagai sebaik baik dan
sesempurna kejadian dan ianya merupakan rahmat yang tidak ternilai dan
mempunyai hikmah yang sangat besar. Menjaga tubuh agar sentiasa sihat dan
bertenaga merupakan asas kepada ketenangan hidup secara keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan