CRYPTIC: Ia
merupakan satu karangan bagi group whatsapp Tengku Teh. Dialog ini antara seorang Atuk (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya👦 (Ahmad), dialog ini merungkai isu semasa
blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. CRYPTIC 1-33 dan CRYPTIC
34-43, CRYPTIC 44-50, CRYPTIC 51-79, CRYPTIC 80-110 telah
diangkat @ pancalusa.blogspot.com.
dan group baru CRYPTIC diwujudkan. Sesiapa yang berminat hubungi admin untuk
menjadi ahli group cryptic.
ALQRAN ITU ADA LEBIH 6000 AYAT, 10% BEERTI 600 AYAT, 3 BULAN REJAB SAABAN DAN RAMADAN CRYPTIC BERUSAHA UNTUK MENGHAFAL 600 AYAT DAN KHATAM HINGGA AKHIR RAMADHAN 3 KALI, SELAMAT MENCUBA.
CRYPTIC 154: Kenapa Sembahyang
CRYPTIC 154: Kenapa Sembahyang
27 Feb 19 11.09 pm, 23 jamadil akhir,
Seminggu lagi kita memasuki Rejab, Syaaban
dan Ramadhan, bulan yang baik untuk membuka Alquran: Mulakan dengan Zuhur untuk berkenalan dengan Baqarah.
Sunah meminta hanya 10 ayat, malah 2 doa terakhir itu pun amat besar
manafaatnya. Jadi ambil 4 tempat.
Asar
kita berkenalan dengan AliImran, Sunah minta kita 10 ayat terakhir, dan ayat
kedua adalah salah satu dari nama yang agung. Jadi 2 tempat.
Malam adalah bagi Dhukhan, Waqiah dan Almulk.
Dan Jangan ditinggal witir. Sunnah, tidak tidur sebelum membaca Waqiah dan
Almulk. Dan witir bagi 4 qul.
Esok malam Jumaat, berkenalan dengan Yasin
dan Kahfi, sunah hanya meminta satu ayat Salamun Yaasin dan 10 ayat pertama Kahfi.
Berkenalan bererti kita kenal, dia kenal,
kita hormat dia hormat, kita sayang dia kasih. Kita sapa dia datang menolong,
kita sukar dia memberi syafaat.
Soalan: 3
bulan yang baik ni berapa kali nak khatam??? Wallahualam. Sekadar mencabar
minda.
3 Mach 19, 11.14 pm
Tinggal beberapa hari lagi Encik Rejab akan
menjengah. Bagi yang belum biasa, carilah naskah Alquran dalam simpanan, buka
dan dapatkan harumnya. Sediakan tempat yang sesuai untuk kita membaca nanti.
Kita ada 90 hari menjelang Raya, kita ada 600
muka untuk di baca. Hanya 7/8 muka sehari, kalau semuka 4 minit lebih kurang
setengah 30 - 40 minit sehari.
Pernahkah kita rasa kosong waktu pagi jika
tidak membelek akhbar harian. Kerana kita set dalam minda pagi baca akhbar.
Minum nescafe, atau berjogging. Membuka smartfon. Begitu juga mental frame pada
AlQuran. Jadikan rasa kosong itu sebelum tidor sebelum membacanya.
Paksu akan cuba untuk bimbing rakan group untuk
menghafal ayat ayat penting Rejab ni. Tahun ini CRYPTIC nak fokus pada
menghafal ayat penting selama 3 bulan. Bagi yang telah tahu dan banyak
pengetahuan boleh bantu rakan lain dalam CRYPTIC.
Semoga Tuhan memberi kekuatan pada kita
semua. Selamat menyambut rejab.
4 Mac19: 1146 pm
Bagus ni, cam suara En Rejab dah dekat sangat
nak sampai, jadi sediakan dulu perkara berikut:
1. Sudut membaca, samada duduk ditempat
solat, atau atas kerusi khas, elok menghadap kiblat. Paksu sedia kursi
bertangan dan papan tempat Alquran. Macam kerusi kuliah kat U.
2. Sediakan hanya satu quran untuk hafalan
kerana bila kita membaca kita akan bayangkan muka yang dibaca. Atas ke bawah
ke, atau bersambung baris ke sebagainya akan tergambar huruf titik dan tanda.
Kalau ada handle note lagu boleh juga diletak tepi tempat solat untuk jeling
jeling.
Paksu biasa guna 3 quran, satu rujukan makna,
satu quran pen untuk lagu Ajami, satu quran yang bercerai senang dibawa untuk
hafalan.
4. Ingatan: Orang Nusantara lagu dulu baru
hafal. Orang Arab hafal dulu baru lagu. Jagi ambil jalan tengah lagu yang kita
guna untuk solat. Tukar lagu boleh tersesat atau lupa. Paksu kalau nak baca
dalam solat tu kena ambik key masa hafal. Jadi hati hati. Beza laju aje boleh
meraban. He he....
5 Mac 19 11.33pm
5. Tetapkan masa untuk Alquran, misalnya dari
magrib sampai isyak, setengah jam sebelum tidur atau pagi minggu setengah jam.
Untuk mental frame kena biasakan
sekurang kurangnya 40 hari baru lekat.
6. Lancarkan bacaan, betulkan tajuid sebelum
hafal. Juga kalau boleh lagu yang sesuai. Imam Mesyuari, Ajami, atau sesiapa
yang sesuai. Bacaan yang baik apabila kita rasa orang yang membacanya tawaduk.
7. Lancarkan bacaan sekurang kurangnya 25
kali. Sohabat biasa membaca satu malam hanya satu ayat. Diulang ulang dan
dibaca dalam solat.
8. Cuba baca dalam solat.
Ok. Dah sedia dari segi mental kita harap
dapat hafal 3 bulan ni sekitar 600 ayat. Ingat cinta 10%. Doa jangan putus.
Ya Alllah jadikan hati hati kami kantung kepada
qalamMu. Lancarkan lidah kami menyebut ayat Mu. Janganlah kau hilangkan ayat
ayat Mu dari kalbu kami sehingga kami melihat wajah Mu.
Baca juga taawuz sebelum Basmalllah.
5 Mac 19 10.17pm
9. Quran itu macam anak dara, kuat merajuk.
Kita akan lupa kalau tidak layan. Kita lupa kalau baca tergopoh gapah.
Bila baca dengan tartil. Dia suka dan senang
ingat. Satu lagi jika silap pada satu ayat tanpa sedar nanti ayat berikutnya
lupa, dia suruh kita ulang balik. Nanti sampai saat manisnya, sampai saat
bergetar jiwa. Saat bila imam imam besar pun menangis dan menjerit.
10. Kerana nak jadikan cinta 10% itu kita
akan lakukan banyak solat. eg: Baqarah itu ada 4 tempat 30 ayat terputus perlu
2 solat. Imran awal dan akhir 2 tempat 20 ayat perlu satu solat. Nanti kita
dapat manisnya solat dan kuat tenaga melakukannya.
Solat witir akan kita lakukan setiap malam
bagi menutup malam dengan sabbihis dan 4 qul.
Hmmm camana dah ready untuk encik Rejab.
7 Mac 9:51 PM
Alhamdulillah magrib tadi hujan lebat.
Barakah bagi yang berdoa.
Seperti yang dijanjikan, hari ini atau esok
kita mula ngaji, tujuanya untuk menghafal sikit sikit ayat quran, matlamatnya
kita akan ada lebih kurang 600 ayat bererti 10% dari ayat quran.
Hadis berkaitan quran tidak Paksu tunjukkan
tapi akan dimuat naik dalam CRYPTIC @ pancalusa.blogspot.com agar tex tidak panjang,
paksu tandakan dengan bintang nanti. Nombor ditepi untuk senang rujuk atau
pertanyaan.
CRYPTIC 101:
Kita mulakan dengan Juz Amma. Dari A'la
sampai Dhuha ada 131 ayat, dari Dhuha sampai annas 157 ayat
Jadi bagi yang pertama ini Paksu harap semua
dah hafal surah penting, considered done. He ...
CRYPTIC102: Iklas* 8 ayat, Falaq* 5 ayat Annas* 6 ayat. Bacalah
dalam solat witir setiap jangan ditinggalkan*
CRYPTIC103: Jika witir 3 rakaat
2 rakaat lagi dengan Sabbihis 19 ayat, kafirun 6 ayat *
CRYPTIC104. Addhuha 11 ayat
pada solat dhuha atau fajar.
CRYPTIC105. Alamnasrah* 8 ayat,
Wattini* pada solat malam.
CRYPTIC106. Alqadr* 7 ayat,
Zalzalah* 8 ayat Alhakumutakathur * 8 ayat.
Kesemua ayat ini berjumlah 88 ayat campur
taawuz dan basmallah adalah 100 sebagai modal.
CRYPTIC107, Bacalah selalu
dalam solat dengan susunan menurun sebagai tertib.
Selamat mencuba.
CRYPTIC108,
7 Mac 19. 10:11 PM
Mengenal AlQuran:
Quran mempunyai 77,437 kalimat dan 323,015
huruf mengikut Iman Zarkasi dari Imam Mahron. 340,740 Huruf menurut Ibnu Abi
Dawud Annajah dari Imam Addani Abu Amr Addani. 323,671 dari Ibnu Juraij dan
Said binJubair.
Bagi penghafal kata Imam Assakhowi dengan
membahagi 60 hizb dan 360 juz agar hafalan genap setahun.
Bagi yang popular Alquran dibahagi 30 juzu'
setiap juzuk 2 Hizb, dibahagi lagi kepada 1/4, 1/2, 3/4 hizb. Bilangan Rubuk 1/4
itu menjadi 240 satu Alquran dan Hizb menjadi 60.
Jadi kerana dulu kita ada 90 hari untuk
khatam jadi kekal kan momentum satu hizb
sehari. Hari ini 3 rejab patut kita selesaikan hizb 3, ni paksu bangun awal
pagi minggu nak satlekan le dah tertinggal sikit. Nanti hujung minggu nak mula
menghafal balik.
Semoga Allah melancarkan lidah kita semua
dalam menyebut Qalamnya, dan mengampunkan kita atas segala kesilapan bacaan
kita. Amin.
CRYPTIC 109:
Menyambung hafalan minggu sudah. Dua surah
yang dipanggil surah gilang gemilang ialah Baqarah 283 ayat dan Imran 200
ayat.* pelindung dipadang mahsyar*
CRYPTIC 110 kita mulakan dengan
Baqarah.* dari Aisyah ra
Baqarah terdapat 4 tempat yang penting*Ada
mengatakan 4132, ada mengatakan 523, tak kisahlah yang penting 10 ayat baqarah.
Tapi cryptic mahu 10% jadi 30 ayat di 4 tempat. Yang lain pun bagus tapi fokus
dulu yang 4 ini.
CRYPTIC111. Baqarah A. 4 ayat
awal. *
Permulaan surah ramai yang hafal sampai lima
ayat. Panjangkan sampai, 10, 16, 25, sikit sikit. Baca dulu dalan solat 1-5,
5-10, 11-16, 17-25, bila dah lancar jadikan 2, 1-16, 11-25 selesai satu solat.
CRYPTIC112. Baqarah B, 1
ayat*163
Satu dari 3 nama Tuhan yang terbaik. Semua
tahu, panjangkan pada 164. Ramai yang dah pergi mekah, kita baca 158 masa sae
jadi hafal dulu 158-164, 165-167, 168-173, 174-176. Bila dah lancar pecahkan
pada 2 158-167,168-176 boleh??
CRYPTIC113. Baqarah 3, 3 ayat
ayat qursi dan 2 selepasnya. *
Kita biasa dengan qursi, baca dulu setiap
pagi dan petang* sikit sikit sambung 255-257. 258-259, 260-262, Pecahkan jadi
2, 255-267
CRYPTIC114 Baqarah D, 2 ayat
akhir sudah cukup*, 285-286
Kita sudah biasa dengan 3 ayat, panjangkan dari
sebelumnya jadikan satu 283-286
CRYPTIC114. CRYPTIC membahagikan
kepada 7, 2 awal, 2 tengah, 2 dua qursi, 1 akhir, Jika kita mula zuhur boleh
habis sampai asar bila kelapangan. Paksu pun kadang kadang terlajak sampai
isya'. Tak ape sikit sikit ikut kemampuan,
Kita disuruh* 10 ayat, kita ada 51 ayat, kita mahu mula dengan 30 ayat, cari yang
mudah dulu baca dalam solat setiap hari. Bagi mengenal baqarah.
CRYPTIC115. Jika sibuk baca
pendek pendek, tapi awas tempat berhenti supaya habis maknanya, rujuk tafsir,
atau lupa.....he he....
19 Mac 19: 10:57 PM,
Mengenal hadis tentang alquran:
Banyak hadis mengenai Ayat Alquran, ada yang
berbagai kategori, mengikut Ulama Hadis ada 10 yang benar benar saheh. Yang
lainnya berbeda pendapat. Paksu tengah buat research
tentang ayat hadis manzil pendapat 2007, 2008, berbeza dengan tahun yang baru
berdasarkan kitab yang dirujuk.
10 hadis itu secara ringkas, maaf jika salah
rujuk:
1. HR Muslim 1/553 tentang syafaat bagi
pembaca Alquran. HR Ahmad dari watsilah mengenai Assab', Al Main, AlMatsany dan
AlMufashshal. Juga musnad saheh.
2. HR Ahmad dari Ummamah mengenai mengenai
Azzahrawain (baqarah dan imran) yang datang seperti burung atau dua kelompok
awan yang menaungi pembacanya.
3. Ayat kursi penghulu ayat.
4. Dua ayat akhir baqarah
5. Rumah yang dibaca Baqarah tidak dimasuki
syaitan. HR Ahmad, AtTharmidzi, Muslim dan Annasai dari suhail bin salh At
Tharmidzi mengatakan saheh.
6. Tabarak penyelamat azab kubur.
7. 10 ayat awal kahfi menyelamat fitnah
dajal.
8. Izzazulzilat setengah alquran, kafirun
seperempat, kulhyallahuahad sepertiga, HR Tarmidzi dari anas bin malik.
9. Qafirun seperempat Alquran.
10. Ikhlas HR Bukhari dan Muazatin (Alfalaq
dan Annas) pelindung yang baik. HR Muslim.
Kesemuanya 130 ayat.
19
Mac 10. 11:09 PM, *111, HR Abu Daud: Hassan. Dari asma' bte
yazid, Nama Allah paling agung ada pada 2 ayat ini Baqarah 163 dan Imran 2.
CRYPTIC* 116. HR
Bukhari dan Muslim: barangsiapa membaca 2 ayat akhir surah baqarah cukuplah
baginya.
CRYPTIC 117, 20 Mac 19: 10:06 PM,
Sambung dengan QS3 ALIIMRAN. Ikut sunah*
hanya 10 ayat akhir. AlGhazali kata 5 doa.*. Tapi *111 kata ayat 2 nama tuhan
paling agung Hadis Hassan Abudaud dari Asma' bte yazid. Jadi kita bahagikan 2,
awal dan akhir. Imran ada 200, 10% beerti 20 ayat.
Ada 4 tempat, ayat 2, ayat 8-9 doa*, ayat
16-19 doa*, mulakan 1-6, panjangkan hingga 9, sikit sikit sampai 14, teruskan
sampai 18, teruskan sampai 22, 2 muka 10% tu. Pecahkan 1-9, 10-18, 19-22.
CRYPTIC118 AliAmran Akhir:
Mula pada 5 doa, 191-194, tambah 190-195,
Habiskan 10 ayat hingga ayat 200.
Undur kebelakang sedikit 185-189 jumlah 15
ayat pecahkan pada 3,
CRYPTIC119 elok ayat 185 tu
dibaca waktu asar, untuk ingatkan kematian dan sakit mati itu bermula pada
asar. Tapi Paksu jarang sampai biasanya magrib.
CRYPTIC120 sekarang kita ada 37
ayat kita hendak 20 ayat aje, jadi Bagarah dan Imran kita ada 88 ayat.
Basmallah bagi 7 tempat Baqarah dan 5 tempat imran jadilah 100 ayat lagi, kalau
komplet semua dah ada 200 ayat wajib (???) hafal. Sanggup kau he he.....
CRYPTIC 121: 20
Mac 19: 10:09 PM,
Apabila kita ada task untuk habiskan satu satu ayat, kita akan rasa manisnya solat
dan perlu banyak solat termasuk sunat. Bila kita berjaya ikut jadual kita
seronok, bila kita nak cepat cepat sampai ke isyak tak sudah....hmmmm
CRYPTIC 122:
Addhukhan * surah yang membantu pembacanya
dari hiruk pikuk dipadang mahsyar.
CRYPTIC123: Adhukhan 59 ayat,
10% 6 ayat sahaja. Mula dengan 1-8, 9-16, 17-29, 30-42, 42-49, 50-59.
CRYPTIC124: pendekkan jadi 3,
1-16, 17-42, 43-59. Boleh baca ketika solat magrib.
CRYPTIC 125: AlWagiah 97 ayat,
10 ayat sahaja untuk 10%
CRYPTIC 126: mulakan 1-26,
27--40, 41-62, 63-74, 75-97
CRYPTIC 127:
pendekkan kepada 4, (* sunah pendek kepada 2) 1-26, 27-62, 63-74, 75-97.
CRYPTIC 128: baca dalam solat
isyak.
CRYPTIC 129: Almulk, * pelindung
azab kubur.
CRYPTIC 130: mula dari 1-5,
6-11, 12-15, 16-22, 23-30
CRPTIC 131: pendekkan kepada
1-15, 16-30.
CRYPTIC 132: dibaca ketika
isyak, * tidak tidur sebelum membaca waqiah dan almulk.
CRYPTIC 133: Addhukhan 59,
waqiah 97, Almulk 30 berjumlah 186, kita telah ada 400 ayat. Dikatakan tidak
akan terkena penyakit nyanyuk.
CRYPTIC 134.4 April 19: 28 rejab, 726 am
Menyambung hafalan kita pada surah alhadid 29
ayat, sunah
menggalakkan kita membaca surah Hamim, Sabbaha
dan sabbihis diwaktu malam.
CRYPTIC135: mulakan 1 -4, 5-9,
10-15, 16-29 pendekkan menjadi satu 1-9. Baca selepas waqiah.
CRYPTIC136: surah alhashir 24
ayat, sunah menggalakkan 3 ayat akhir.
CRYPTIC137: mulakan 21-24, undur
18-21, undur lagi 11-17, jadikan satu minima 18-24 (14 ayat)
CRYPTIC138: baca pagi dan
petang * insyaallah shahid. Ketika subuh dan asar selepas ayat qursi.
CRYPTIC139: Alghashiah 26 ayat
CRYPTIC140: mulakan dengan 1-7,
8-16, 17-26 pendekkan jadi satu.
CRYPTIC141: surah Al Insan, 31
ayat.
CRYPTIC142: mulakan 1-4, 5-10, 11-22,
23-31 pendekkan jadi satu. 31 ayat.
CRYPTIC143: Alfath, Nabi amat
gembira dengan turunnya ayat pertama*
CRYPTIC144: mylakan dengan 1-7,
8-10 jadikan satu.
CRYPTIC145: Alhadid 15,
Alhashir 14, ghashiah 26, Insan 31, Alfath 10 jadi 96 ayat.
CRYPTIC146: kita sudah
menjangkau 500 ayat.
CRYPTIC147: Surah yasin 96
ayat, dan surah kahfi 10 ayat* menjadikan ayat hafalan kita 600,
CRYPTIC148: jika kita tidak
hafal pun ayat ayat ini kita lancarkan agar jika ada orang yang membaca boleh
kita ikut.
CRYPTIC149: set 600 ayat ini
hanya 10 % dari ayat quran, jika dapat kita baca sehari semalam dicampur dengan
fatihah berulang ulang, akan menjadikan kita membaca 1000 ayat sehari semalam,
kenapa seribu, * ada hadith jika kamu tidak dapat nembaca 1000 ayat bacalah
atthakasur.
6 April 19: 7:07 am, Allahuakbar: 1 Saaban.
Tinggal 60 hari lagi kita berhari raya. Untuk
kita bergembira bersama keluarga.
Atok Jali dah katam ke? Kalau dah katam, ni
hadiah bunga ros. Tak kan birthday aje
antar. Jadikan kebiasaan dikalangan kita memberi tahniah bila tahu ada orang
khatam quran. Bukan berbangga dalam ibadah tetapi nak menjadi galakan kepada
yang lain.
Kita buat kenduri pergi haji dan umrah, buat
kenduri dapat cucu atau anak berjaya semuanya bukan tujuan berbangga dalam
ibadah.
Jadi apa salahnya kita kongsi kegembiraan dan
ucapan tahniah kepada orang yang khatam alquran. CRYPTIC akan khatam 4 minggu
lagi. Paksu akan set semula speed
CRYPTIC kita untuk ramadhan. Harap ada follower.
6 April 19:9.44 pm
Kita kagum dengan orang yang banyak beramal
atau bagus Alqurannya. Analoginya seperti kita yang memandu kereta kecil berasa
kagum dengan orang memandu truck malas lori berpuluh tayar. Tapi bila kita cuba
dan selalu memandunya kita rasa lebih selamat dan selesa memandu kereta besar.
Malah rasa takut pula nak bawa kancil.
Dalam kontak ibadah kita kata" malunya
aku pada Allah".
8 April 10: 3 saaban. 3 am
Cara mudah mengira sepertiga akhir malam,
Jika zuhur hari ini 13.13, Jam 03.13am adalah saatnya dimana bintang tidak
berkedip, pertukaran arah bayu, saat dimana setiap doa akan keluar seperti anak
panah yang terlepas dari busurnya. CUMA ia ada tempoh mengenai sasaran, hanya
Allah yang tahu.
"Ya Allah, engkau berilah kekuatan
kepada semua ahli group ini, bangun berdoa,
dan kabulkanlah doa mereka."
CRYPTIC 150: 9 April 19: 450 pm,
Peringatan viral bulan saaban.
Banyak orang inginkan pahala dengan foward macam macam viral mengenai agama.
Hati hati pada Hak Tuhan dan Hak Rasul.
Contoh beberapa hari lepas ada viral tentang
kisah Nabi Ibrahim as dan Malaikat Maut tentang sedekah 7 dirham akan
melewatkan kematian 70 tahun.
Keraguan bila menyalahi prinsip berikut:
1. Tidak ada nama pengarang, kalau kita
foward, kitalah mentertawakan diri sendiri.
2. Tidak ada sebarang rujukan/sanad mengenai
kisah/hadis tersebut.
3. Bersungguh minta di foward pada group yang
lain untuk ganjaran tertentu.
4. Ceritanya macam tak lojik. Kurang kemas
faktanya.
5. Ada Bahasa kasar/perli yang memaksa kita
mengedarkan sebanyak mungkin.
Prinsip ini asas bagi nak share maklumat.
HATI HATI.
Bila paksu rujuk balik, hal ini tercatat pada
DDHKNEWS, website dakwah dan informasi Dompet Dhuafa Hongkong yang berpusat
diJakarta, tapi ceritanya lebih mantap (sedekah separuh harta, dilewatkan ajal).
April 9, 2019. Ia dikisahkan tanpa rujukan dari ceramah Ustaz Yusuf Mansor
dalam kajian wisata hati.@ddhongkong.org,
Hal melewatkan kematian ini dibincangkan
secara terperinci tentang makna memanjangkan umur menurut pandangan ulama
salaf, oleh Ryan Arief Rahman pada Jan 17,2012. Artikel ini kira wajib baca. @annursolo.com
Ada juga ayat Alquran bagi ketetapan ajal sesaorang Qs: Al aa'raf 34.
Wallahualam.
10 April 19:3am 4 syaaban:
Tangisan orang yang mengenali Alquran: Imam
Ajami kedengaran begitu sayu membaca surah syad ayat 55-70, kisah azab orang
yang menentang nabi.
Bila membaca surah Azzumar pula, beberapa
kali terdengar tangisannya terutama bila sampai ayat azab Allah terutama ayat
71-75. Betapa beruntungnya hati orang orang yang diberi Allah lidah yang fasih,
ingatan yang kuat, dan hati yang memahami inti bacaan Alquran.
Ya Allah, kurniakan kami dan zuriat kami kecintaan
yang mendalam terhadap AlQuran.
Amin.
CRYPTIC 151, 11 April 19: 5 syaaban yang
tenang
1 Rejab, 10 syaaban dan 20 syaaban adalah
tarikh penting bagi CRYPTIC.
MULA 1 syaaban:
Kita bertatih membaca Alquran. Moga khatam
30, 60 atau 90 hari. Sehari 10 muka, seminggu 70 muka, 4 minit semuka, 40 minit
sehari untuk Alquran. Khatam dalam 8.5 minggu. 1 ramadhan. He he
Selepas sebulan kita tahu speed kita. Itu
plan A.
Kalau laju sikit seminggu 100 muka, selesai
dalam 6 minggu. Khatam sebelum 10 atau 20 syaaban, atau paling lewat akhir
syaaban.
MULA 10 syaaban:
Plan B, jika dah khatam, guna formula
seminggu 10 muka kita khatam 6 minggu, 28 ramadhan.
MULA 20 syaaban:
Plan C, jika khatam dan mula balik, dengan
speed 150 muka kita selesai 4 minggu. Khatam 19 ramadhan.
MULA 29 syaaban:
Plan D, seminggu 200 muka selesai 3 minggu,
Khatam 26 ramadhan.
Jadi ada 5 hari lagi untuk tetapkan bila nak
khatam dan mula balik. Paksu mungkin plan c. Kalau selalu terjaga malam, he
he.....Bila kita berkongsi dalam kumpulan ada motivasi sikit.
947 pm, 10 syaaban, yang barakah
Selepas beberapa minggu hujan berpusing
pusing akhirnya turun juga di Serakek petang ni. Allahuakbar:
Sahabat CRYPTIC, bagi yang membaca Alquran
plan A, teruskan. Paksu tinggal sekali tahajud aje, he he.
Plan B bermula malam ni, seminggu 100 muka.
Plan C bermula 20 hb. Seminggu 150 muka.
Plan D bermula akhir syaaban, seminggu 200
muka. Jadi bolehlah kita semua khatam ramadhan ni insya Allah.
Jangan lupa follow.
Camana dengan hafalan, hadis hadis belum
sempat nak upload @ pancalusa.Blogspot.com
Sabar sikit ye. Kerana ada yang tidak berapa
jelas kategorinya. Susah sekarang bloggers main coppy&paste aje.
Tapi ingat agama mengajar kita bersederhana,
bertertib, dan berhati tulus. Jangan terburu buru, jangan berharap harap,
jangan berlebih lebih.
Lakukan apa yang mudah bagi kamu, secara
istiqamah.Insya Allah,
17 April 19: 932 pm 12 syaaban.
QS 25: 28/29 Kecelakaan besarlah bagiku;
kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan (setan atau orang yang
menyesatkannya didunia) itu sebagai teman akrab (ku).
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari
AlQuran ketika AlQuran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak
mahu menolong manusia.
"Ya Allah jadikanlah hatihati kami, zuriat
kami, sohabat sohabat kami, kantung kepada QalamMu." Amin...
CRYPTIC 152: 20 April 19:10.15 pm 15 Syaaban:
Apa kata malam ni kita berqiamulail, berdoa,
bersujud dan membaca qalam hingga kulit kita bergetar.
Apa kata malam ini kita bangun ketika bintang
tidak berkedip, ketika bayu berubah arah, kita bersugi dan berwuduk dalam
keadaan kesejukan malam dan mata yang paling berat untuk dibuka.
Apa kata malam ini kita maafkan kesalahan
semua orang disekeliling kita.
Apa kata malam ini kita tidur 2 kali, kita
jaga dua kali, Mengikut Ibnu Umar, itulah peribadi Rasullullah.
Apa kata kata malam ini kita merenung
sebentar nasib kita dihujung usia nanti.
Apa kata kita kejutkan ahli keluarga kita
untuk beristifar, mungkin ini nisfu tetakhir bagi kita.
21
April 19:10:52 PM,
Sesungguhnya orang2 yg menyembunyikan apa yang
telah diturunkan Allah, iaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit
(murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) kedalam perutnya
melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari qiamat
dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. QS
2:174
21 April 19: 10:56 PM,
Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk Dan siksa dengan ampunan.
Maka alang berani mereka menentang api neraka! QS2:175
CRYPTIC 153: 23 April 19:18 syaaban,1057pm
Menghampiri ramadhan dalam keadaan tak sihat.
Harap semua sihat.
20hb. Bererti 50 hari sejak En Rejab datang
bila kita mula ngaji.
Kalau kita dah katam dan ulang balik katakan
kita dah sampai muka 150 bererti kita dudah baca 750 muka. Kira speed kita 750/50 ialah 15 muka sehari
hebat tu.
Kalau kita belum khatam baru sampai 500 muka
kira speed kita 500/50 = 10 muka sehari.
Akhir ramadhan harap harap bila kita kira.
kita maintain sekurang kurangnya 10
muka sehari. Itu merapu orang demam. He
he…..
Cryptic 154: 25 April 19:10.09 pm 20 syaaban,
Promosi pra Ramadhan.
Soalan untuk hati, ini kira promosi gak.
KENAPA KITA SEMBAHYANG???
1. Adakah kerana Niat?
Jika tidak kita iklaskan hati, kelaut lah
solat kita.
2. Adakah kerana lama berdirinya?
Jika tidak tak kan Sulaiman as wafat dalam
berdiri.
3. Adakah kerana rukuk yang lama?
Jika tidak takkan berguguran dosa, sehingga
aman rasa hatinya.
4. Adakah kerana sujud yang lama?
Jika tidak tak kan bergetar kulitnya dan
berguguran air matanya ketika memohon ampun pada tuhanya.
5. Adakah kerana doa ketika duduk?
Jika tidak tak kan kita diminta tunduk dan
mengharap.
6. Adakah kerana syahadah dan selawat?
Jika tidak tak kan terangkat beberapa rukun
islam hanya pada saat Illallah.
7. Jika bukan semua diatas, solat itu menyembah Tuan kita atau memberi persembahan kepada Tuan kita. Worshiping
or Performing ???
SUSAH JUGA NAK FIKIR YERGH....
Buat ajelah sekadar termampu dengan redha...
27 April 19: 1005 pm 22 syaaban, Esok cuti:
Bagi negeri yang bercuti Ahad. Bagi orang
pencen, dan bagi orang yang nak bercuti.
Jadi apakata kita mula belajar sikit bangun
sepertiga malam, ikut kiraan malam ni bermula jam 3.09 pagi. (jika nak tahu
kira rujuk garismasa @ pancalusa.Blogspot.com)
Berbalik pasal jadual bacaan alquran. Eloklah
kita menyukat speed bacaan kita.
Kalau ikut Imam Ajami dalam 3 minit semuka.
Kira kira kalau surah yang anggaran 100 - 120
ayat tu, lebih kurang 13-15 muka, boleh selesai dalam 40 minit. Boleh khatam
dalam 1800 minit ia itu kira kira 30 jam. Sehari sejam khatam 30 hari.
Kita ambil standard 4-5 minit semuka jadi
kita perlu 2,400 - 3,000 minit untuk khatam. Atau 40-50 jam. Jadi sehari kena
mengaji lebih kurang 80 -100 minit sehari untuk khatam sebulan. Boleh dibuat
dalam beberapa waktu, jika 3 kali baca, pagi petang malam anggaran 25 minit.
Jika 2 kali dalam 45 minit dapatlah habis surah pendek 100 muka sekali duduk.
Selamat mencuba malam ni, kita Qiamulail.
CRYPTIC 155: 28 April 19: 12/55 pm
Allahuakbar, Hati Hati menyambut Ramadhan:
Memang ada 3 doa oleh Jibril ketika Nabi saw
naik mimbar dan diaminkan oleh Baginda saw 3 kali. Tapi bukan hadis diatas.
Riwayat asal Hadis sahih dari Kaab bin Ujrah.
Riwayat Bazzar dari Majmus Zawad 10/1675-166,
Hakim 4/153 disahkannya dan dipersetujui oleh iman Adzahabi dari Kaab bin
Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no 644, Sahl Al
Adabul Mufrad no 500 dari Jabir bin Abdullah ,
Hadisnya panjang sila rujuk tentang doa
jibril bagi menyambut Ramadhan @nazrihashim.blogspot.com. August 2009, tulisan Abu Haziq, mohd
nazim bin hasyim bin yunus bin hassan al bindany. Beliau mengatakan hadis ini
PALSU dan tolong hentikan penyebarannya. Banyak juga pendapat kemudianya
mengatakan hadis ini PALSU.
Satu lagi hadis Panjang memberi kemaafan
riwayat alHakim dengan sanad sahih. Bila rujuk @http//m.facebook.com>post>Drrozaime bertajuk Sahihkah hadis riwayat AlHakim ada
percanggahan pendapat sehingga meletakkan dhaif Jiddan. Jadi, bila bercakap
tentang hadis apasalahnya kita rujuk dulu atau jika hendak bermaafan sebelum
Ramadhan tak payahlah pakai hadis bagai……Kedua dua hadis diatas difoward dari
orang tak bernama bererti yang forward tu memalukan diri sendiri. Kedua duanya
lama dulu dah ditegur beberapa kali masih juga ada orang mencari pahala
menyebarkannya. Samasama menjaga Hak Tuhan dan Hak Nabi.
Rujuk Kesahihan Hadis Viral Ramadhan @pancalusa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan