Khamis, 24 April 2014

KETENANGAN DIRI, Hukum mencari damai - BAB 3: ALAM: The Cosmic being (Apreciating the creation)

BAB 3:
ALAM: The Cosmic being (Apreciating the creation)
Kejadian alam yang luas ini adalah diatur dengan bijaksana oleh penciptanya. Manusia dilantik sebagi khalifah alam hendaklah menghargai, memahami ciptaan dan kejadian alam. Alam yang diatur pergerakan dengan aruhan magnetik yang besar (memahami garis masa, melakukan sesuatu pada garis masa, penentuan kiblat sebagai titik fokal, menyediakan persekitaran sebagai tempat yang baik, mengharagai kejadiaan alam (secara fizikalnya, Hygeniknya dan rohnya) serta mengurangkan kerosakan dan mengurus bahan buangan.

3.1.        Berada dalam gerakan magnetik alam dan ketenangan diri

Bumi ini berputar pada paksinya 180km/j dan bergerak 105km/j mengelilingi matahari. Fakta ini menjadikan bumi mempunyai ikatan dalam gerakan kosmik secara keseluruhannya. Oleh itu kita hendaklah berada dalam aruhan magnetik untuk berasa aman. Sekiranya kita tidak mengikut aturan alam maka ganguan kosmik akan mempengaruhi kehidupan kita.

3.1.1.    Mengurus Masa (memahami garis masa)
Mengurus masa adalah sangat penting kerana kita hendak berada dalam gerakan megnetik yang besar itu. Pengurusan masa hendaklah bermula dari membezakan waktu antaranya waktu fajar, dhuha, gelincir matahari, terbenamnya matahari, tengah malam dan sebagainya. Masa hendaklah diurus tepat seperti yang ditentukan kerana ia sangat berkaitan dengan gelombang kosmik.

Garis masa adalah antara perubahan pergerakan cakrawala dan memberikan kesan kepada kehidupan manusia. Antara Malam dan siang (fajar) antara pagi dan petang (Gelincir matahari) Antara malam dan siang (terbenam matahari), hilangnya warna cerah dilangit. Matahari segalah naik dan segalah turun dan detik 12 malam. Pada garis masa itulah kita diminta bersedia untuk menenangkan diri dan mengelakkan diri dari lupa akan kejadian alam. Kenapakah perlu dilaungkan azan sebaik sahaja berubah garis masa ini? Apakah yang hendak diberitahu?

3.1.1.1.        Solat awal waktu dan ketenangan diri
Mengerjakan sesuatu amalan ibadah hendaklah tepat pada waktunya kerana kita hendak menjajarkan diri kita dengan perbuatan orang lain diseluruh dunia. Permulaan waktu mengikut edaran matahari itu akan bergerak diserata pelusuk dunia. Sekiranya kita terlewat maka tidak mendapat kekuatan gelombang magnetik itu. Kekuatan itu hanya berlaku bila kita berada dalam arus gerakan kosmik tersebut. Begitu juga dengan majlis ilmu yang mempunyai aura yang sama.

ULASAN:
Bagaimana menjadi orang pertama berjaya melakukan sesuatu akan mendapat kepuasan yang tinggi.

3.1.1.2.        Masa tidak sesuai dan ketenangan diri  (peredaran cuaca memberikan kesan magnetik tubuh)
Ada juga masa tidak sesuai yang memberikan kesan kepada diri kita dan mempengaruhi kehidupan kita. Terutama yang melibatkan peredaran matahari, cuaca dan juga tekanan. Peredaran cuaca memberikan kesan dalaman kepada tubuh. Seperti hendak memulakan perjalanan elakkan ketika matahari terbenam atau diawal hujan yang lebat.

ULASAN:
Cuaca dan aruhan magnetik memberikan pengaruh kepada kepada keseimbangan tubuh sesaorang dan ketenangan diri.


3.2.        Kiblat dan ketenangan diri
Konsep titik fokal atau arah tenaga hendaklah diperhatikan dalam membina  kehidupan yang tenang. Arah kiblat kepada Muslim adalah kemuliaan. Jagalah ketika berhajat, tidur dan berihat. Semua penghuni kubur diletakkan dalam arah yang sama diseluruh dunia. Ia membentuk mandela yang besar dan teratur. Titik fokal juga ujud ketika kita berhimpun menuntut ilmu seperti berseminar dan perhimpunan akademik. Ia juga membentuk mandela dan kita yang tidak berkesempatan bersama adalah cukup untuk merasakan kita suka pada perkara tersebut dan memberikan aruhan positif kepada mandela itu.

ULASAN:
Bagaimana kita dapat merasakan dalam diri kita bahawa kita sentiasa berada dalam aruhan Mandela atau gerakan ummah yang besar dan beroleh keberkatan darinya.

3.3.        Kebersihan tempat  dan ketenangan diri (hygienic culture)
Berada di tempat yang elok adalah penting. Seperti tanah haram, masjid dan sebagainya. Dalam kehidupan seharian majlis ilmu, perpustakaan, bilik darjah, dewan makan adalah tempat yang baik yang mengeluarkan tenaga yang baik. Tidak boleh melakukan kerja dan perbuatan serta percakapan yang tidak baik ditempat yang baik. Menghormati tempat atau majlis juga memberikan keamanan kepada kita. Tubuh kita akan menyedut banyak tenaga baik dari tempat yang baik atau sebaliknya jika kita sentasa berada di tempat yang tidak baik. Banyak peraturan yang diamalkan ketika hendak ke tandas dan memasuki pasar adalah contohnya.

Tempat yang baik boleh bertukar menjadi tempat yang tidak baik jika tidak di selenggarakan dengan betul. Tempat yang tidak baik boleh dibaiki dengan aturan tertentu dan betul dan akan memberikan kebaikan kepada penghuninya. Pokok juga bertasbih kepada orang yang berteduh dibawahnya.

Kebersihan tempat dilihat bukan sahaja dari segi susunan perabot, warna, pewangi, malah kepada kebersihan dan hygenik memberikan tempat itu aura kepada penghuninya.

ULASAN:

Syaitan itu banyak di pasar dan di tandas. Bacalah doa ketika mengunjungi tempat yang sedemikian.

Kebolehan tubuh kita menyerap tenaga persekitaran adalah tindakan semulajadi dan diluar kawalan. Oleh yang demikian sentiasalah berada ditempat yang baik. Iktikaf mithalnya sentiasa mendapat keberkatan.

Budaya jepun melarang bercakap yang tidak baik jika kita berada berhampiran dengan pokok bosai. Adap melayu melarang bertengkar ketika menghadap makanan.


3.4.    Menghargai alam untuk masa hadapan dan ketenangan diri (apriciate nature)

Alam semesta ini telah semakin tua dan akan menuju kehancurannya. Selagi kita boleh berusaha untuk mempastikan alam ini terus kekal untuk generasi yang akan datang. Untuk menghargai alam kita hendaklah berfikir untuk sentiasa berada bersama alam. Aliran air, angin, hutan bakau dan sebagainya mempunyai peranan yang besar dan harus di kekalkan. Kerosakan mengakibatkan bencana kepada alam. Haiwan dan serangga juga memberikan kesan kepada kesetabilan alam.  Burung camar yang banyak tidak menghabiskan ikan dilaut sebaliknya memberikan baja untuk plankton terus hidup dan baik untuk tumbesaran ikan. Menghargai alam adalah bertujuan untuk kita berfikir akan kejadian bintang, gunung malah bonggol di belakang unta. Mereka yang berfikir akan menemui dan mengiktiraf pencipta yang Maha Berkuasa menentukan perjalanan sesuatu mengikut aturannya.

ULASAN:
Alam ini hendaklah sentiasa di jaga keseimbangannya kerana ia member kesan kepada kehidupan yang lain.


3.5.        Mengurangkan kerosakan pada alam dan ketenangan diri  (kawalan dan pengurusan  kumbahan -  waste management )

Manusia adalah spesis yang paling banyak menggunakan sumber semulajadi dan membuangkan hasil kumbahan yang banyak juga. Penggunaan plastik dan bahan tidak reput juga akan merosakkan sumber air dan kerosakan alam. Hanya dengan membuang sampah secara teratur akan dapat membantu kita membaiki sedikit kerosakan alam. Bagaimana kita di tuntut untuk menanam benih yang ada di tangan walaupun kita berada dalam tiupan sangkakala.

ULASAN:
Banyak aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan dalam menjaga alam sekitar bagi keperluan kehidupan yang lebih selesa kepada generasi yang akan datang. Memberikan tumpuan perhatian kepada kesan dan akibat perbuatan kita bukan sahaja kepada fizikal tetapi kepada semangat dan roh alam itu sendiri.

Sebuah bukit yang diratakan tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Kenapakah kita mesti merosakkan alam dan bumi kita. Kita seharusnya memulihara dan menjaganya untuk kehidupan yang lebih aman dimasa yang akan datang. Apa yang kita hilangkan hari ini tidak akan kembali untuk dinikmati oleh anak generasi kita di masa yang akan datang. Penebangan pokok yang berusia ratusan tahun. Kepupusan hidupan liar dan tumbuhan herba, kerosakan alam sekitar dan kehabisan sumber tidak akan kembali kepada generasi anak kita dimasa yang akan datang. Kita memberikan sumbangan.

Kemenjadian sebagai insan yang menghargai ciptaan:
Interaksi bersama alam semesta yang menjadikan kita khalifah menguasai dan menghargai alam semesta. Ciptaan yang amat luas dan besar nikmatnya untuk menjadi dalil kepada penciptaan yang amat hebat. Seagai kahlifah kita akan dipersoalakan nanti akan sumbangan kita untuk menjaga amanah alam  generasi anak cucu kita yang akan datang.


Disember 2012.

1 ulasan:

Razie berkata...

Ketengangan diri, ketengangan alam