Rabu, 6 Ogos 2014

Makanan Asrama

Menyedia makan Asrama:

Saya mendapati satu sistem perlu diujudkan  mengesan pengurusan  penyediaan mananan yang cemerlang. Kita mempunyai beberapa orang personel dan perjawatan di setiap asrama dan di bayar untuk menguruskan bekalan makanan bermasak yang sempurna. Konsep asas pengurusan bekalan makanan yang sempurna adalah tanggungjawab memberi perkhidmatan makanan bermasak kepada pelajar miskin serta pelajar yang akan menjadi cemerlang.  Ia melibatkan rasa kepedulian yang tinggi bagi bagi semua yang terlibat.

Langkah 1: Menerima tempahan.

 Pengurangan bilangan murid hendaklah disimpan sebagai rekod yang boleh dipercayai. Memo rengkas dimana pengurusan sekolah mengarahkan pemotongan  bekalan makanan harian hendaklah disimpan di rekod dengan kemas contoh kalau 10 orang tidak makan pada satu-satu sesi kenapa dan siapa yang memberi arahan hendaklah di jawab.

Kenapa bilangan pelajar dikurangkan? Tunjukkan bukti arahan pengurusan.

Langkah 2: Membuat pesanan kepada pembekal.

Borang tempahan makanan selalunya disediakan dalam 3 salinan tetapi soalan berikut hendaklah di jawab,

Bila tarikh pesanan disampai kepada pembekal dan di terima oleh pembekal.

Langkah 3: Merujuk menu harian.

Menu harian telah disediakan dalam kontrak bekalan memasak hendaklah dipatuhi jika berlaku perubahan harian disebabkan oleh bekalan bahan mentah atau sebagainya. Soalan berikut perlu di jawab.

Siapakah yang membenarkan sebarang perubahan menu dan bilakan tarikh perubahan menu itu di luluskan.

Langkah 4: Semakan bahan mentah.

format satu digunakan bagi mepastikan bahan mentah dibekalkan mengikut keperluan. Soalan berikut hendaklah di jawab.

Apakah  jenis bahan mentah yang disemak
Berapakah keperluan bahan mentah sepatutnya diterima. Tunjukkan.
Berapakah bekalan bahan mentah sebenar yang diterima. Tunjukkan. Perbedaan timbangan dan invoice. 
Bilakah bahan mentah sampai ke lokasi. Catatkan atau dapatkan salinan invoice. 
Apakah kualiti bahan mentah? sekiranya tidak menepati apakah tindakan. Bilakah ia di lapor kepada pengurusan.

Langkah 5: Semakan Stock kering dan basah.

Pastikan tiada lebihan bahan mentah basah dalam simpanan.

Dimanakah catatan  kelebihan bahan mentah di buat.

Langkah 6: Kualiti masakan dan penyediaan.

Tunjukkan laporan penyelia, pelajar dan pengurusan sekolah. tentang qualiti makanan.
Adakah semakan atau tindakan diambil oleh pengurusan sekolah. Tunjukkan.

Langkah 7: Tuntutan

Bilakah tuntutan di kemukan oleh pembekal.
Berapa lama perlu pihak sekolah mengambil masa untuk membuat bayaran.
Adakah keperluan untuk bayaran 2 kali sebulan.

Perkara ini hanya akan berlaku jika:

1. Pejabat penyelia/penyelia pembekal beroperasi di lokasi.
2. Pejabat penyelia asrama berada di lokasi.
3. Pengiliran guru bertugas di dewan makan.
4. Penyeliaan pengurusan sekolah setiap hari.Tunjukkan.
5. Kepedulian yang tinggi oleh semua pihak yang terlibat.


"SETIAP HARI KITA PENAT MELAKUKAN KERJABUAT, APABILA CATATAN KITA TIDAK KEMAS ORANG LAIN MUDAH MENGATAKAN KITA TIDAK BUATKERJA" 


CHEKLIST:

1. Pengurangan bilangan murid direkodkan jika ada.
2. Tempahan makanan dibuat 48 jam sebelum sajian.
3. Rekod terima tempahan oleh pembekal dicatatkan.
4. Menu harian dipatuhi.
5. Perubahan menu diluluskan dan direkod sebelum sajian.
6. Semakan keperluan bahan di kira dan rekodkan.
7. semakan bekalan bahan mentah yang diterima direkodkan.
8. Perbezaan timbangan direkod dan dilaporkan.
9. Kualiti bahan mentah di nilai dan di rekodkan.
10.  Kualiti bahan yang tidak sesuai dilapor dan diambil tindakan oleh pengurusan.
11. Tarikh terimaan bahan hendaklah direkod bersama invoice.
12. Lebihan stok bahan basah direkodkan.
13. Catatan teguran kepada proses penyediaan makanan.
13. Semakan kepada cara menyaji hidangan makanan di rekod.
14. Penilaian kualiti mkanan oleh pelajar, penyelia dan pengurusan di rekod dan semak dan diamblil tindakan.
15. Tarikh tuntutan diambil tindakan dan di rekod.
16 Tarikh bayaran di rekodkan.
17. Lawatan mengejut pengurusan sekolah di rekodkan.
18. Laporan prestasi perkhidmatan dihantarsetiap akhir bulan ke bahagian.

Tiada ulasan: