CATATAN
PERJALAN KE LEMBAH SUHADA
GAZA STRIPE,
PALESTIN 2013
Kami di beri taklimat di pejabat Aqsa Syarif Kajang
pada 29 des 2012. Kebetulan petang itu Udin anak saudara saya bersanding
sebelah perempuan. Lepas menziarah abang, di Bandar Putra saya ke pejabat Aqsa
Syarif. Kami diberi taklimat serba sedikit mengenai Gaza dan diperkenalkan
dengan peserta misi ke 12 dan 13. Saya juga sempat menyaksikan penyerahan plak
sumbangan pelajar Malaysia di UK dan Ireland sebanyak 24 ribu paund. Sangat
banyak berbanding dengan sumbangan yang saya dapat. Saya juga dapat merasa
khurma Medjoule dari Gaza yang sangat sedap dan saya menyimpan bijinya untuk
ditanam di kebun saya nanti. Setakat ini saya telah berjaya menanam beberapa
jenis kurma termasuk kurma ajwa. Saya harap khurma Gaza ini dapat hidup walau pun
belum tentu berbuah.
Pagi 2 Januari 2013 saya mula bercuti, bangun awal dan
berkemas barang keperluan dan dapatkan beberapa keperluan lain yang masih
kurang. Saya telefon ketua misi Pak Utih untuk kepastian dan nasihat. Telefon
Ustaz Khairozi beliau menyatakan beliau terpaksa bertolak ke KLIA dengan
penerbangan Jam 6.40 petang, saya nasihatkan beliau naik teksi sahaja kerana
penerbangan kami jam 10.00 malam. Telefon beberapa sekolah untuk buat ujilari sidang
video jika boleh. Saya dapat berhubung untuk
persediaan dengan SMS muzafar shah Melaka(Mozac). Sekolah Jalan 4 Bangi sementara
SMAP Kajang dan Bandar Maharani macam belum bersedia.
Saya ke KLIA tepat jam 6 petang anak anak juga bersama
yang paling sibuk ialah 2 cucu kecil saya. Kami buat sidang media jam
2000. KPP saya Adenan dari bahagian
hadir sudah cukup membanggakan. Tidak nampak pula Pengerusi badan kebajikan. Sibuk
agaknya fikir saya.
Hari pertama Khamis 3 Januari 2013
Bertlolak jam 2200 malam tanpa Ustaz Khairozi kerana
kapal beliau tidak dapat berlepas kerana hujan lebat di Senai. Transit di Bangkok,
kami berkenalan dengan peserta misi dalam taklimat di lapangan terbang Bangkok.
Sampai di Kahirah jam 5 keesokan harinya waktu Mesir. Saya di sambut oleh
pelajar Mesir ramai juga. Kami terus bertolak ke Rafah dalam 3 buah van. Perjalanan
lebih 500km. Singgah di Tiba’ minum sikit kami dibelanja oleh Abu Hatim adik
kepada wakil Aqsa Syarif Mesir. Beliau sangat berdidikasi.
Pada mulanya saya bayar dengan USD 10. Tapi kerana
makanan kami sikit sangat duit saya dipulangkan. Sampai dipintu Rafah jam 2
petang betapa bangganya kami bila melihat bendera jalur gemilang pada bena Aqsa
Sheriff di pasang pada setiap 35 lori yang membawa pelabagai barangan seperti
makanan, ubat, pakaian musim sejuk dan bahan binaan yang akan memasuki Gaza.
Dalam taklimat kemudiannya mereka menyatakan ini adalah bekalan bahan binaan
yang kedua memasuki Gaza secara rasmi melalui pintu Rafah. Kami berbangga
bersama rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada Palestin melalui Aqsa
Syarif. Seperti mereka yang telah menyumbang kepada pertubuhan HALUAN untuk
misi Somalia tahun lepas. Mereka adalah dua pertubuhan yang telah saya buktikan
mempunyai keupayaan mengurus dengan baik dan komited kepada misi mereka.
Kami turus menunggu di pintu tanpa sebarang maklumat
yang pasti. Kami ambil kesempatan untuk solat Zuhur dan Asar, makan dan
berehat. Pintu Rafah akan ditutup jam lima petang. Kami menjadi semakin risau. Van
pertama telah bersedia di pintu. Van yang kedua dan ketiga masih jauh bersama
lori yang tidak dapat bergerak. Orang semakin reda di pintu besar. Para peniaga
telah membungkus jualan mereka untuk pulang. Kami diberitahu mungkin tidak dapat
masuk pada hari itu, jadi saya mengambil kesempatan untuk minum sekali lagi di
restoran berdekatan menemankan Sam rakan media saya yang belum berselera untuk
makan.
Baru dua suap dia menjamah makanan. Kawan kawan menjerit
mengatakan kami dibenarkan masuk. Saya melihat jam hanya tinggal 10 minit lagi
pintu Rafah ditutup. Masih banyak beg
yang hendak diturunkan dari 2 buah van pengangkutan kami. Kami bergegas. Dan
konvoy 35 lari telah bergerak masuk di pintu besar Rafah. Rakan media saya bergegas
mencapai kamera dan mengambil gambar pergerakan lori dalam rembang matahari.
Saya membantu mengangkat turun beg pakaian dari van
dan memunggah pula ke atas sebuah lori yang mengangkut simen. Akhirnya kami
berjalan melepasi pintu besar menuju chek
point. Kami melepasi pintu besar Gaza disambut oleh Azan Magrib. Saat yang
sunguh mengharukan kami masuk kekawasan kompleks. Sekali lagi kami di tahan
kerana urusan pasport. Sangat banyak kerenah mereka.
Kami letih menunggu hinggalah passport kami dipanggil
satu persatu dan kami memasuki Gaza dengan takbir peserta dan laungan Azan
Isyak. Kami disambut oleh Menteri yang bertanggungjawab kepada rombongan Ahmad
Al Quds mantan menteri kebajikan sosial Gaza. Kami diberi taklimat tentang
perkembangan di Gaza dan hubungan rakyat Palestin dan rakyat Malaysia yang
begitu rapat. Dipintu masuk dipamerkan
kereta Al Jabari yang hancur dibom Israel yang mencetuskan peperangan November
lepas, kami ditunjukkan bukti kekejaman Israel dalam bentuk gambar gambar, kereta
al jabari dan serpihan bom dan roket. Cukup menyayat hati. Kami sangat bangga
kerana diberitahu semua penduduk Gaza telah mengetahui kedatangan kami hari ini
dan mereka sangat mengenal bendera Malaysia. Ah hebatnya Negara kita di mata
penduduk Gaza alangkah baiknya kalau semua rakyat Malaysia menjaga nama baik
Negara ketika berada diluar negara. Itupun masih ramai orang tidak sedar.
Kami di bawa makan di restoran Matoug. Perjalanan kami
sangat terhad kerana malam ini adalah perayaan perjuangan fatah. Ramai orang di
sepanjang jalan di Gaza City. Bawa bendera, membunyikan hon, dan gendang sambil
pemuda bersorak sorai. Kereta yang di pandu dengan pintu terbuka dengan pemuda
memegang bendera adalah pemandangan yang biasa dalam perayaan serupa ini. Mereka
sangat terhibur. Tidak kira mereka Hamas atau Fatah. Mereka merayakan bersama
sambutan kemenangan menentang rejim Israel.
Kami daftar masuk di hotel Mathaf jam 11 malam.
Bayangkan rasa letih dan kesejukan yang amat sangat. Saya tidak tidur lena dan beberapa
kali terjaga malam itu kerana terlalu dingin. Saya tidor seorang kerana rakan
bilik saya Ustaz Khairozi masih belum sampai. Saya menyampaikan masej melalui
FB saya minta keluarga mendoakan agar barang-barang dan Ustaz Khairozi selamat
melepasi pintu Rafah.
Hotel ini dipunyai oleh seorang arkitek yang amat berminat
dalam artifek sejarah. Beliau memgumpul bahan yang mempunyai nilai sejarah dari
zaman rom hingga sekarang. Beliau mendapatkan bahan dari rumah lama yang
dirobohkan untuk pembangunan atau artifek yang dijumpai ketika pembangunaan
rumah dan lebuhraya. Bahan seperti pintu
lampu dan sebagainya digunakan sebbagai perhiasan hotel ini.
Gaza city. Jumaat 4 Jan 2013.
Saya bangun awal solat subuh berdoa dan mengaji
sedikit mendoakan keselamatan Ustaz Khirozi yang masih belum sampai dan barang
barang yang belum lepas. Saya cuba menghubungi keluarga dengan face book tetapi saya dapati masalah
talian agak teruk. Serlalu putus putus dan belum pun sempat menaip dua baris
ayat.
Jadi tulisan saya dalam fb saya sangat banyak kesilapan
ejaan untuk segera dihantar. Selepas sarapan kami diberikan sedikit tazkirah aleh
Prof Hata. Kami bergerak ketempat lawatan pertama kami di bumi Gaza ia itu
kilang roti kilang ini dibiayai oleh Aqsa Syarif. Saya terpegun melihat usaha
mereka membina kilang roti di Gaza City. Kami merasakan roti nan yang baru
keluar dari dapur sangat sedap. Tetapi saya tidak tahu kenapa saya menangis. Belum
pun sempat saya menghabiskan sekeping roti tersebut. Air mata saya tiba tiba
keluar.
Ketika ku jamah secubit roti kasihmu
anak mujahid Gaza,
airmataku tanpa boleh ku tahan.
Roti ini diuli
dengan air mata ibu
tiga puteranya syahid di Gabalia
terpanggang oleh panas darah mujahid.
Di bumi Palestin ini
doa apakah yang telah ku baca tadi
ketika ku telan rintih hatimu.
Hati suram melihat debu Gaza
dari sorak anak muda mengarak panji di jalan
melaung
simpati dunia yang lelah
dan ikhwanku yang parah.
Saya keluar dari kilang roti dan berjumpa seorang ibu
yang menceritakan kesukaran hidupnya. Dan saya menyumbang sedikit wang yang
dititipkan kawan kawan tanpa di ketahui oleh peserta rombongan dan ibu itu pun
saya tidak pasti sama ada dia sedar saya yang menyelitkan wang ketanganya. Dalam
kesibukan peserta rombongan menaiki bas untuk bergerak. Kemudiaan saya diberitahu
setelah di selidik bahawa pembuat roti itu siangnya adalah pekerja kilang dan malamya
adalah Mujahid palestin. Besarnya pengorbanan mereka pada bumi suhada ini.
Kami melalui jalan Md Yasin terus
ke Gabalia. Dalam perjalanan kami melihat runtuhan kompleks dan pejabat Hamas
di Gaza yang musnah seluruhnya di bom Israel. Atas dasar keselamatan mereka. Dan
ramai pejuang yang mati syahid. Kami terus ke kompleks anak yatim di Gabalia
yang disumbangkan oleh Turki dan Aqsa Syarif bernilai 1.2 USD. Kompleks ini
akan siap sebulan lagi dan akan menempatkan 600 orang anak yatim. Lengkap
dengan perpustakaan dan bilik komputer.
Saya sempat menyeberang jalan dan bertemu dengam
seorang petani yang benama Ahmad. Saya menghadiahkan biji mahkota dewa yang
saya bawa dari Malaysia dan sempat
menanam sebiji sebagai simbolik bahawa saya ingin membuang racun yang diberi
oleh oleh musuh kepada rakyat Gaza. Saya terfikir untuk membawa buah mahkota
dewa ini kepada petani Gaza setelah terbaca satu artikel yang ditulis oleh YB Mukriz Tun Mahathir bahawa kadar kematian
yang paling tinggi tanpa sebab didunia adalah di Gaza. Ini adalah kerana mereka
sentiasa terdedah dengan racun kimia dalam air minuman dan makanan mereka yang
dilakukan oleh musuh mereka. Buah mahkota dewa ini boleh membantu sedikit dalam
hal tersebut fikir saya. Dengan doa agar pokok itu berkembang biak di bumi
suhada saya bertawakal dan menanam sebiji dihujung dapur petani dihadapan
kompleks anak yatim Aqsa Syarif dan Turki itu.
Kami bersolat Jumaat. Sempat bermesra dengan jamaah
selepas solat. Mereka sangat bangga
kerana sebaik sahaja kami selesai solat ramai jamaah yang bergambar dan
memeluk kami. Saya sempat juga berselisih dengan seorang ibu yang dengan bangganya
menyatakan bahawa tiga anaknya telah syahid sebagai pejuang. Dalam hati saya berkata
sejuk perut ibu yang mengandung.
Kemudian kami ke kilang susu lembu. Yang dibiayai oleh
penduduk Malaysia. Lembunya sangat besar. Badanya sahaja lebih dua meter. Satu kantung
susunya sahaja boleh mengeluarkan hampir setengah baldi susu. Sekejap saja
perahan telah penuh setangki susu. Lembu arab banyak susu.
Masalah penternak disini seperti juga di Malaysia
iaitu harga makanan ternak yang mahal. 500 USD setan di beli dari Israel. Kami
dapat menyusukan seekor anak lembu yang baru dua jam lahir sempena lawatan kami.
Cantik dan besar. Sebanyak 30 pekerja. Mengikut Abd Rahim kerajaan Israel tidak
menggalakkan penduduk Gaza mendirikan kilang kerana akan mengancam ekonomi
mereka. Pernah seorang petani membuka kilang makanan ternak yang kecil sahaja
di belakang rumahnya dan kilang itu telah menjadi sasaran Israel dan musnah di
bom. Itulah rialiti kehidupan di bumi Gaza. Apa sahaja ancaman dan yang
berpotensi untuk menjadi ancaman akan dimusnahkan.
Kemudian kami ke ladang melihat tanaman kobis, buah-buahan
dan gandum di sempadan Israel. Kami turun dari bas dan berjalan kearah pagar sempadan Israel. Dulunya tahun
2008 itulah tempat bungker kereta kebal Israel membedil Gabaliah. Kami lihat
beberapa belon pemerhati Israel telah dinaikkan. Kami berhenti di satu bungker dan melihat
sekitar.
Setelah beberapa lama berada diatas bungker sebahagian
kami mula turun dan bergerak kearah pagar Israel. Mungkin ini merupakan provokasi
tentera seberang. Dua buah truk bergerak kearah pagar. Kami cepat cepat
meninggalkan bungker takut perkara buruk berlaku. Dan dua truk terntera Israel
itu serta merta berhenti. Kami balik ke bas dan terus ke kilang ikan talapia
merah air masin yang diusahakan oleh mereka juga dibiayai oleh rakyat Malaysia.
Kilang ini juga di bom oleh Israel pada november lepas. Serpihan bom masih baru
dan dapat kami rakamkan.
Kami makan malam hidangan istemewa iaitu sambal udang.
Kami cuma dapat bayangkan kalau ada petai sekali. Itulah yang membuatkan selera
saya terbuka sejak semalam. Malam itu kami berkumpul membuka kotak yang kami
bawa untuk diagihkan ke beberapa lokasi. Ustaz Khairozi sampai dalam kepenatan
dan kami semua bersyukur. Tetapi barang kami belum lepas lagi sempadan Gaza.
Sabtu 5 Januari 2013
Malam ini saya rasa panas sedikit mungkin banyak minum
mahkota dewa pagi semalam. Saya sempat bangun jam 4 pagi buat solat sunat sementara
menunggu subuh. Kami ke masjid berhampiran selepas solat kami berbual melayan
keramahan penduduk Gaza. Selepas solat dapat lihat beberapa orang bertadarus
dalam kumpulan. Mungkin mereka adalah kumpulan hafis. Imam masjid menjemput kami kerumahnya dan kami
berjanji untuk ziarah pada pagi esok kerana pagi ini kami telah berjanji
kerumah suhada Abu Salim bin Khalid.
Di hadapan rumah Abu Salim terpampang gambar Suhada
Abu Salim bin Khalid dan keterangan yang rumah ini ada seorang suhada. Sampai
ke rumah Abu Salim saya di sambut oleh ayahnya. Dan anak lelakinya yang
menunjukkan gambar gambar Syahid Abu Salim.
Abu Salim seorang pemuda yang baru sahaja mendirikan
rumah tangga. Berumur 27 tahun dan pengerusi mujahid dipanggil Alqasam yang
mendapat latihan oleh tentera di Iran. Beliau mempunyai gambar-gambar yang amat
menarik menunjukkan kehebatan Abu Salim sebagai AlQasam. Sebelum syahidnya Abu
salim sering berkata kepada bapanya
bahawa beliau berdoa agar dapat syahid pada malam lailatul kadar. Pada 25
ramadan 2011, beberapa minit sebelum berbuka. Keluarga beliau sedang menunggu
beliau pulang dari Gaza City. Ayahnya terdengar roket Israel dan bunyi letupan
yang kuat. Hampir menyuap makanan berbuka beliau tersentak dan terus menyatakan
bom itu adalah sasaran Abu Salim. Beberap minit kemudian beliau mendapat berita
Abu Salim yang sedang menunggang motor
untuk pulang berbuka bersama keluarga telah di bom oleh tentera Israel. Maka
gugurlah seorang suhada.
Selamat tinggal ayah
izinkan aku jadi suhada Lailatulkadar
tidak sempat aku
maklumkan
ada cucumu bakal bersolat di Al Aqsa.
Terima kasih ibu yang menjodohkan
baluku dengan adik kesayanganku
tidak sempat aku menjamah juadah 25 ramadhan
lantas murah darahku untuk bumi Palestin.
Titipkan salam buat mujahid
jika rindu datang padamu itu kasih
jika benci membakar hatimu itu nafsu
jika hiba menyusup dadamu pohonlah rahmat,
jaga pertiwimu jangan sampai terjajah
jaga hatimu jangan tersalah arah
jaga lidahmu jangan menegak salah,
aku bersama Aljabari menghampiri Al Aqsa
sebagai seorang mujahid merdeka.
Ayahnya menyatakan bahawa Abu Salim belum sempat
memberitahu bahawa isterinya telah mengandung anak pertama mereka. Kerana mengikut
tradisi berita baik perlu dinyatakan dalam masa yang sesuai. Kami sempat bertemu
anak Abu Salim yang di pangil sempena nama atoknya Khalid. Dan balu Abu Salim
kemudiannya dinikahkan dengan adik Abu Salim yang berumur 24 tahun. Begitulah
mereka memuliakan suhada bukan sahaja mereka sekeluarga berbangga dengan
kematiannya mereka juga berbangga dengan peninggalan Abu Salim. Diceritakan
anak kecil ini setiap kali ibunya menangis mngenangkan Abu Salim akan berkata. “Kenapa
ibu menangis. Bukankah ayah bersama Al Jabari. Jika Al Jabari masuk syurga
tentu ayah juga masuk syurga sebagai suhada.” Kami balik ke hotel dan bersiap
untuk keluar selepas sekali menikmati sarapan yang di sediakan oleh hotel. Saya
menikmati kopi 3 dalam satu saya.
Selepas bersarapan kami melihat kesan kesan runtuhan
akibat dibom oleh musuh. Rumah pertama yang dianggap sebagai tempat strategik
bungker dibom november tahun 2011 dihuni oleh satu keluarga enam orang. Rumah Kedua
ranap sepenuhnya november 2012 dihuni oleh satu keluarga Sembilan penghuni. Kedudukan
rumah sebuah ditengah kebun buah kawasan Al Shifali ini terkenal dengan
pengeluaran buah tut dan strawberi. Sekolah bernama Abu Sufian School juga diserang.
Sekolah antarabangsa Amerika juga tiga kali diserang dan dimusnahkan
sepenuhnya. Rumah ketiga dibom beberapa kali sehingga ranap.Tapi dua rumah
terakhir sedang dibina semula dengan cepatnya. Ini membingungkan tentera Israel
kerana sertiap kali dibom dengan cepat rumah itu dibangunkan semula. Mereka
begitu berbangga kerana rumah mereka dibom dan dibangunkan semula itu sebagai satu dari cara mereka untuk menunjukan
kekuatan tentera muslimin.
Perbelanjaan membina rumah adalah sumbangan dari
kerajaan dan sebahgian derma orang ramai termasuk dari semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum dan agama. Kami jaga dapat melihat stadium permainan,
pejabat Hamas, sekolah dan padang permainan yang dibom Israel. Dianggarkan 2
ribu rumah yang musnah sepenuhnya. 8 ribu rumah yang rosak sebahagian, 320
sekolah. Sebahagian sedang dibina dan sebahagian lagi tidak.
Dalam perang terakhir November 2012 mereka sangat berasa
ragu akan panjangnya peperangan tersebut tetapi mereka terus berperang selama
lapan hari, peperangan itu meletus kerana kesilapan tentera Israel sendiri
membunuh Aljabari perunding damai pihak Hamas yang keretanya di bom. Saya masih
ingat siaran tv3 menggambarkan bagaimana roket Israel menghentam kenderaan
AlJabari. Kematian Aljabari menimbulkan intifadah untuk menyerang balas Israel.
Secara strategic Israel Aljabari dibunuh sebagai provokasi Israel mengharapkan
kebangkitan Hamas dan tentera darat mereka telah bersedia untuk masuk seperti percaturan
november 2011. Malangnya percaturan ini adalah kesilapan, Hamas telah membalas
bedilan dengan menggunakan roket hingga ke Tel Aviv. Diluar jangkaan tentera Israel jadi mereka
menggunakan kekuatan tentera udara dan drons
untuk menghentam Gaza khususnya Gabaliah. Setelah lima hari mereka berperang PM
Israel telah meminta PM Mesir untuk berunding dengan Hamas untuk melakukan
gencatan senjata. Anggaran kematian di pihak Hamas adalah 1600 orang cedera dan
200 orang syahid dan tidak seorang pun tentera Hamas yang mati. Kebanyakannya
adalah kanak-kanak dan orang perempuan yang menjadi benteng kepada kedudukan
tentera Hamas.
Di pehak tentera Israel mereka kehilangan 20 nyawa, 2
buah kapal terbang dan dua orang menteri meletak jawatan atas tanggungjawab
kegagalan serangan itu. Gencatan senjata dibuat tanpa syarat. Dan diterima oleh
pihak Hamas. Mereka mendapat pantai yang dibuka dari 2 kilo meter kepada 6
kilometer. Zon tampan sempadan dibuka dari dua kilomerter kepada setengah kilometer
dari pagar sempadan. Selepas lima hari
berperang pihak Israel meyatakan beliau berasa kesal kerana membunuh Al Jabari
yang menyebabkan kekalahan teruk pihak Israel. Strategi 2011 tidak berkesan
pada 2012.
Kami balik ke hotel dan berihat. Kerana malam ini kami
akan berjamaah dengan beberapa keluarga Gaza yang ditimpa musibah untuk mendapat
cerita yang lebih lengkap malangnya kawasan hotel tempat penginapan kami sedang
dianjurkan parti meraikan ulang tahun penubuhan pertubihan Fatah. Kedudukan
sekuriti yang ketat. Keluar masuk hotel dikawal. Puak Fatah mengadakan parti
itu menggambarkan bahawa orang kerajaan fatah adalah terdiri dari pegawai
kerajaan yang malas dan korap serta suka berhibur. Penyanyi yang cantik
menginap di sebelah bilik kami. Sudah dua malam mereka mengadakan keramaian. Malam
sebelumnya agak kecil tetapi disertai oleh pemimpin tertinggi fatah. malam ini
adalah untuk pegawai kerajaan dan bilangan jauh lebih besar.
Secara strategiknya
keadaan ini sangat tidak baik hotel kami mungkin diserang fikir saya. Saya
mengambil kesempatan bersama Sam dan dua lagi rakan dari Mesir untuk membuat
liputan malam di Gabaliah. Kawasan
masjid Alkasam. Dimana tiga rumah di bom tentera Israel. Saya dibawa oleh Dr Ahmad
bekas pelajar Phd Universiti Sains
Malaysia pelajar kejuruteraan yang mengajar di Universiti Gaza. Kawasan ini dipanggil
kawasan Bellahiah berhadapan dengan masjid Alqalsam.
Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah yang ranap
sepenuhnya. Akibat serangan 18 november
2012, rumah enam tingkat ini di huni oleh Saeed Abu Fool dengan enam keluarga
23 penghuni. Israel melepaskan empat tembakan amaran dan mereka
keluar dari rumah, lima minit kemudian tiga bom besar meranapkan keseluruhan
rumah dan dua rumah lain berdekatan.
Rumah kedua diduduki oleh seorang guru sekolah rendah
Mustaffa Rayyan. Beliau mengajar bahasa
arab berusia 57 tahun dan telah 28 tahun bekhidmat sebagai guru bahasa
arab di sekolah Habsa Amardin Omar. Beliau terpaksa tinggal dibawah runtuhan
dengan membakar sepihan kayu perabot untuk memanaskan badan. Saya sempat
membawa selimut dan sedikit makanan dan duit yang disumbangkan rakan-rakan
untuk merengankan beban beliau dan menujukkan bahawa rakyat Malaysia juga
bersimpati kepada nasib beliau. Rumah beliau dihuni oleh tujuh keluarga 35
penghuni. Rumah beliau rosak teruk dan tidak boleh diduduki dan akan dirobohkan.
Beliau memeluk dan mencium saya beberapa kali sambil menangis. Saya sungguh
terharu. Episod ini dirakam Sam dan disiarkan beberapa kali dalam TV9 dan TV3
sekembalinya saya ketanah air.
Rumah ketiga dihuni oleh Rad Ismael Ujjaze. Rumah
beliau dihuni oleh sembilan keluarga dan 40 penghuni. Beliau adalah peniaga pakaian.
Masih ada pakaian yang berdebu selepas dibom Israel terus dijual.
Kami banyak mengabiskan masa bersama Mustaffa Riyyan
dan kami berasa akrab kerana beliau juga seorang guru seperti saya. Saya menyampaikan
salam semua guru Malaysia agar beliau terus semangat membangunkan anak-anak Gaza
yang memerlukan pendidikan awal. Beliau akan bersara tiga tahun lagi.
Menjadikan beliau berasa sangat sedih dan letih. Semua usaha beliau sepanjang perkhidmatan dimusnahkan oleh Israel
begitu sahaja, bagaimana masa depan keluarga ini jika tidak ditolong. Saya bercadang
untuk megadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah beliau dengan sekolah sekolah
kita dan berharap kita akan memanjangkan persaudaraan kita di diGaza.
kami berehat sebentar di rumah Dr Wesam Ahmed
Almadhoun (wsah79@gmail.com). Dan makan buah-buahan yang enak di hidangkan oleh
bapa beliau. Beliau tinggal dalam rumah dihuni enam keluarga 43
penghuni. Kami sempat bercerita tentang kezaliman Israel yang turut membunuh adik
beliau yang sedang masak dalam peperangan 2003. Ketika itu adik perempuan beliau
sedang masak di dapur berhampiran tinggkap rumahnya. Penembak tepat musuh telah
menembak tepat di kepala beliau dan beliau meninggal di hospital selepas dua
hari koma. Setiap keluarga yang saya temui berasa amat bangga kerana mempunyai
ahli keluarga yang terkorban dalam peperangan membebaskan negara mereka. Mereka
mengganggap semuanya adalah suhada.
Dr Ahmad mengikut kami pulang kerana beliau hendak bermumpa Ustaz Khairozi yang sebilik dengan
saya. Malangnya setelah lama menunggu Ustaz Khairozi tidak juga muncul air
panas yang saya minta untuk buat kopi Old Town dan Sam hendak masak mee segera
kerana kita belum makan malam tidak juga sampai. Beliau juga bertemu dengan
ramai peserta rombongan kami yang mengenali beliau dalam beberapa majlis. Air
panas tidak sampai juga. Inilah arab. Ya tidak bertitik. saya perlu minum susu
sebelum tidor takut perut saya meragam nanti. Ini semua adalah kemanjaan yang
di berikan oleh istëri saya yang tidak pernah lupa menyediakan teh tarik saya
dimeja komputer setiap malam. Harap harap sampailah air panas untuk saya buat kopi
3 dalam satu.
Air panas
sampai juga akhirnya lama selepas semuanya balik dan Sam sudah tidur.
Saya buat kopi dan satu jag lagi saya rendam mahkota dewa untuk bekalan
esok. Ustaz Khirozi balik lewat setelah
saya hampir terlelap.
Ahad 6 hb Januari 2013
Saya bangun subuh di masjid. Seperti yang dijanjikan
kami kerumah imam masjid. Adiknya seorang peguam kepada Aljabari. Kami memulakan
makan dengan doa. Kami dihidangkan dengan dua jenis makan. Roti cheese dengan
habatusauda dan roti rempah serta
manisan. Sambil berbual adiknya pernah sebulan berada di Malaysia november
lepas. Tinggal di hotel berhampiran masjid India Kuala Lumpur, Imam Ahmad juga mempunyai tetamu yang baru seminggu
datang dari Saudi bercuti.
Banyak topik yang ditimbulkan.
Antaranya beribu orang telah syahid di Gaza. Boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai
coretan seorang syahid. Sebab itulah bumi Gaza ini dipanggil bumi suhada.
Mereka sangat ramah kepada tetamu mereka. Sangat tertib. Antara pesan imam hendaklah
kita berusaha bersung sunguh dan meminta semua ahli keluarga mempelajari bahasa
arab.
Imam pagi tadi menceritakan satu hadis mengenai
perbualan siapakah yang paling baik imannya.
Maka sahabat berkata tentulah para nabi. Nabi menjawab bukan, kerana
nabi adalah orang yang hapir dengan tuhan tentunya iman mereka sangat kuat.
Sahabat berkata tentulah kami para sahabat.
Nabi menjawab bukan kerana mereka bersama para nabi dan mendengar
alquran dari mulut nabi tentulah mereka sangat kuat imannya. Mereka bertanya
lagi siapakah mereka itu? Nabi berkata. Mereka tidak melihat tuhan tetapi mereka beriman. Mereka tidak menemui nabi
tetapi mereka beriman. Mereka juga tidak tahu berbahasa arab tetapi mereka
beriman kepada alquran dan membacanya setiap hari. Mereka jauh dari bumi arab
tetapi mereka beriman. Mereka itulah umat yang tinggi tingkat keimanannya.
Dari petikan itu semasa bersarapan imam Ahmad sekali lagi
mengatakan kami ini seperti Saidina Bilal. Yang tidak tahu berbahasa arab kerana
beliau dari Afrika dan Saidina Abrahman seorang rom yang kuat imannya,
berbanggalah kamu hai orang Malaysia. Mereka juga menggunakan hadis ini untuk
menceritakan bagaimana kami di Malaysia lebih mulia dari suhada Gaza. Kerana
mereka memang dilahirkan di Gaza dan berjuang untuk Alaqsa dan akn terpilih
sebagai suhada satu hari nanti. Sedang kita jauh dan tidak pernah berada di
Palestin juga berjuang untuk membebaskan alAqsa. Itu sebab kami sentiasa di
muliakan oleh penduduk Gaza.
Selepas bersaran di hotel kami mengunjungi tadika dan
bermesra dengan anak anak palestin. Kami menyerahkan sebahagian sumbangan
rakyat Malaysia. Semua mereka mesra dengan kami dan bendera Malaysia.
Kami kemudiannya berkunjung kepejabat presiden dan dapat
bertemu dengan Dr Ismail Haniyeh. Selepas itu kami ke gudang pengumpulan
makanan. World food aids. Kami
bersyukur kerana sumbangan kami telah sampai dengan banyaknya memenuhi sebahagian
besar gudang. Antaranya beras, tepung, minyak jagung, kacang panggang dan
berbagai. Makanan ini akan diserah
kepada satu badan NGO tempatan yang akan menguruskan agihan kepada 34000
penduduk palestin yang miskin. Kami yakin makanan ini akan disempurnakan oleh
badan NGO yang menguruskannya.
Kami juga dapat melihat sumbangan yang diberikan oleh
Kanada, Qatar dan Turkey.
Kemudian kami pulang ke hotel kerana selepas solat
magrib kami akan pergi kerumah suhada Ismail Khalid sekali lagi kerana peserta
perempuan juga berminat sama Abu Salim telah menjanjikan makan malam untuk kami
semua.Saya mengambil kesempatan ini untuk menemani Ustaz Khairozi yang tidak
sihat dan mengemas kinikan catatan perjalan saya.
Isnin 7 Januari 2013
Kami di jadualkan bergerak dengan Abd Rahim jam 900
pagi. Pagi ini rebut sangat kuat. Malam tadi saya tidur lena dari petang. Ustaz
demam semalaman. Pagi itu saya mencadangkan beliau tidak turun kemasjid. Kerana
agin begitu kuat diluar. Saya mengambil keputusan untuk tidak solat dimasjid kerana
tidak mahu mendedahkan badan saya kepada cuaca. Perjalanan saya masih ada
beberapa hari dan skop saya masih belum menjadi.
Kami tidak dapat berhubung kerana internet putus. Jam
10 baru Abd Rahim datang dalam hujan yang lebat, beliau kelihatan tidak sihat, kami
masih menungu. Hampir jam 11 pagi bila rebut telah reda baru kami bergerak.
Dalam perjalanan saya dapat melihat ada 2 lori bomba dekat sebuah rumah yang
terbakar akibat lintar pintas kerana ribut dan hujan yang lebat. Begitulah
sukarnya hidup di Gaza bukan sahaja melawan Israel tetapi juga melawan cuaca
yang teruk. Bayangkan bagaimana anak kecil dan orang miskin yang menguni
semenanjung Gaza ini menghadapi nya. Allah sahaja yang dapat membantu.
Sekolah pertama adalah sekolah yang ditanggung pembaikannya
oleh dana pungutan KPM sebayak 45 ribu USD untuk naik taraf dan surau. Sekolah
ini memerlukan komputer sebagai keperluan segera. Pelajar sedang menduduki peperiksaan jadi kami tidak mahu mengganggu
sangat. Cuaca hujan dan kami perlu bgerak pantas dalam kesejukan.
Sekolah kedua adalah Madrasah Faizal Bin Fadh. Sekolah
menengah atas perempuan yang mengajar Arab dan Inggeris. 681 orang murid 37 orang
guru. Pengertuanya Ferial Muhamad Farah. Sekolah ini juga mempuyai sekolah Dirasat.
Iaitu sekolah bagi orang diwasa yang hendak mengambil periksaan. Seramai 190
pelajar yang masuk ke kelas dari jam 1130 hingga 230 petang. Mereka ada program
susulan hujung minggu. Kelas diwasa ini sangat penting sebagai peluang kedua kepada pelajar yang keciciran
dari arus perdana. Sekolah ini telah di taja oleh KPM sebanyak 32 ribu USD yang
di salurkan.Tetapi mereka masih memerlukan sebuah generator.
Sekolah ketiga adalah sekolah Alnakab Primary School dengan
624 orang pelajar dan 30 orang guru sesi
kedua juga mempunyai murid yang sama banyaknya. Pengetuanya Ahmad Mustafarik.
Sekolah keempat adalah sekolah Alraie sekolah rendah dengan
630 orang murid pagi 292 orang guru dan
570 orang lagi murid sesi petang dengan 22 orang guru juga. Sekolah ini ditengah
Gabaliah. Mereka perlukan komputer dan bantuan KPM kepada sekolah ini sebanyak 25
ribu USD. Pengetuanya Abdullah bin Riduan. Saya tertarik melihat guru berjamaah
dihadapan kelas dicelah laluan tangga pelajar. Sungguh hebat mereka.
Kami dibawa bertemu dengan pegawai pelajaran daerah
bernama Mathat Mahmud Kasim. Pejabat pelajaran daerah kawasan utara yang
meunyai unit peperiksaan naziran, pengurusan, akademik dan pembangunan.
Bertanggungjawab menjaga 76 sekolah,
41000 orang 41 bangunan sekolah 1800
orang guru, ada kelas tadika, 7 buah sekolah persendirian dan 40 sekolah antarabangsa.
Kami dibawa makan tengahari, restoran nasi ayam panggang
semalam. Makan ketika benar-benar lapar, Jam 3 petang. Hari masih hujan dan
angin masih kuat. Cadangan untuk melakukan skipe tidak dapat dilakukan walapun
semuanya sedang bersedia kerana hujan menyebabkan semua sistem kacau bilau.
Dalam perjalanan pulang saya sempat
singgah disupermarket untuk membeli sedikit kurma Palestin yang terrkenal,
medjule. Kurma yang pertama adalah produk Israel saya dapat khurma mdjoule yang
kedua produk tebing barat. Kami sampai ke hotel dalam keadaan kepenatan yang
amat sangat. Walau pun baru jam 5 saya ambil kesempatan untuk tidur dan saya
tidur sampai hari esoknya selepas solat Magrib dan Isyak berjamah dengan Ustaz
Kahirozi kerana keletihan melawan cuaca. Pada mulanya saya bercadang untuk
menyalin gambar gambar yang di ambil di bilik urusetia tetapi saya tidak dapat
hubungi mereka kerana mereka keluar makan dan bersolat agaknya. Saya cuba beberapa
kali menghubungi bilik 305 tetapi tidak ada yang mengangkat.
Selasa, 8 Jan 2013
Saya bangun dan terus bersiap untuk membuat liputan
kesekolah hari kedua selepas solat subuh. Kami janji pukul 645 dengan Abd
Rahim. Kami terus ke sekolah tanpa sempat minum pagi yang disediakan jam 0800. Sekolah yang kami lawati adalah sekolah
semalam yang dijanjikan sebuah kouter. Kami berpakat dan kumpul duit, saya dan
Khairozi telah memberikan duit kepada Abd Rahim semalam untuk membeli sebuah laptop
dan sebuah Gen set untuk sekolah perempuan. Laptop itu dihantar kerumah Abd
Rahim ketika beliau telah tidor malam lewat malam tadi. Kami serahkan lap top
dan buat sidang video. Hanya dua sekolah yang dapat dihubungi kami menemukan
guru besar guru dan pelajar dengan pelajar di Malaysia dengan menggunakan
skype.
Malangnya skipe tidak dapat dilakukan dengan ipad saya
dan Ustaz Khairozi gunakan skipe beliau lama juga kami usahakan akhirnya saya
dapat menghubungi sekolah pertama Cikgun Zainal dan muridnya telah sabar
menunggu dan dapat berinteraksi sekejap dengan mereka malangnya Hjh Norizan
baru sahaja beredar maka beliau terlepas sejarah ini. Kemudiaan sekolah Sains Muzafar di Melaka.
Cikgu Hasan Topit pengetua dan pelajar dan gurunya sedang menunggu dengan sabar
dan saya dapat lihat Hj Hasan pakai tali leher merah hari itu dan menjadi
sejarah yang membahagiakan penduduk Gaza. kami dapat berbual beberapa minit.
Malangnya kerana ribut bekalan eletrik kawasan sekolah terputus. Dan hubungan
kami juga terputus. Walau bagaimana pun kami berpuas hati dengan program ini
dan sekolah Usama bin Ziad, saya salah sebut Osama bin Ladin. 430 orang murid
dan 22 guru.Mata pelajaran sekolah ini adalah syariah dan human sains.
Kami tidak sempat untuk untuk menyaksikan penyerahan
gen set di sekolah yang satu lagi kerana duit yang kami bagi semalam sudah
tengah malam dan kedai di tutup. Kami percaya Abd Rahim sebagai wakil kami akan
menguruskan kemudian.
Kami pulang ke hotel. Kerana Abd Rahim akan membawa
rombongan ke satu lokasi lain di selatan Gaza. Dan Menteri Kebajikan Sosial Ahmad
H Elkurd (elkurd200@hotmail.com) akan membawa kami ke sebuah sekolah anak yatim
ditengah Gaza. Kami di fahamkan bahawa sekolah ini pada asalnya di khaskan
untuk anak yatim suhada seluruh Gaza getapi sekarang di buka kepada pelajar
lain untuk memberi peluang anak suhada ini berinteraksi. Sebahagian dana adalah
dari kilang roti yang di sumbangkan oleh dari Negara Islam. Kilang roti Barakah
ini mengeluarkan 50000 keping roti sehari untuk di beri makan kepasa anak yatim
dan keuntungan kilang juga di salurkan kepada sekolah anak yatim Dir Balah ini.
Sekolah ini di panggil sekolah lelaki Alsalah Benevolent school (alsalahscl@gmail.com) dan sekolah perempuannya di panggil Umi Khadijah. Sekolah
ini menempatkan 401 orang pelajar lelaki dan 395 orang pelajar perempuman satu
sidang. Dewan tayangannya adalah sumbangan aman Palestine dari Malaysia. Anak
yatim ini di berikan makan percuma dan dua helai pakaian sekolah. Mereka
diangkut dengan 18 buah bas dari seluruh Gaza. Memerlukan perbelanjaan lebih
kurang 1000 usd sebulan.
Pihak selolah memberikan taklimat kebetulan kami bertembung
dengan pelawat dari Tunisia. Saya sempat berintraksi dengan dan berkenalan dengan
berapa orang Tunisia dan menerima satu pin kolar dari Ben Meddeb abdullatif. Ketua
rombongan mereka Dr Mohamed Nejib Karoui (nejib.karoui@gmail.com) adalah pengerusi Atta’aaouen Charity
Association. Saya berbincang dengan pentadbir sekolah dan cikgu bahasa inggeris
bagaimana kami hendak membantu anak yatim di sini dengan perbelanjaan anggaran
50 USD seorang sebulan. Saya cadangkan mereka
utuk meberikan kepada saya senarai 10 lelaki dan 10 perempuan untuk permulaan
dijadikan anak angkat kepada sekolah sekolah di Malaysia. Cikgu Walaa Ibrahim dan
Aimat Shahid yang pernah buat masters di UUM akan membantu saya dalam projek ini.
Setelah didendangkan dengan sebuah nashid anak yatim
dan puisi Gaza oleh pelajar sekolah ini. Kami di berikan minum pagi yang
pertama hari ini kami makan roti dan daging yang sangat sedap. Jam 11 pagi baru saya dapat menjamah makanan
mengisi perut. Kami bergerak ke sekolah perempuan madrasah Saidatina Khadijah yang
di ketuai oleh pengetuamya Ummu Faizah Abu Samah. Kami di tunjukkkan bahan
pameran yang di buat oleh pelajar dan di jual kepada pelancong. Malangnya kami
tidak berminat kerana barangannya besar dan sukar dibawa dalam perjalanan. kami
juga melawat bilik komputer dan berharap dapat berkomunikasi kemudian. Sekolah
ini tiga aliran, iaitu Rendah, menengah rendah dan menengah atas.Dalam
perjalanan cuaca sejuk mula menikam tulang dan kami dimaklumkan bahawa musim
sejuk ini selama 3 bulan dan paling teruk adalah 50 hari selepas krismas. Antara
hari ke 40 dan 50.
Kami di bawa balik oleh menteri ke hotel dan
mengucapkan selamat tinggal dan jumpa lagi. Kemudian kami di bawa untuk makan
tengahari di rumah seorang ikwan. Abu Munaim Khalil Al Mudah brumur 40 tahun 7
orang anak beliau baru sahaja balik dari Malaysia mengajar tahfiz di Sekolah Muslih
di Bangi Selangor pada bulan Disember lepas. Bapanya adalah seorang pemegang
amanah JIM disana yang berurusan dengan kami. Beliau menceritakan progrram
tahfiz yang dimanafaatkan oleh pelajar Gaza semasa cuti sekolah musim panas. Pelajar
di syaratkan telah menghafaz sekurangkurangnya lima juzuk dan program tiga
bulan ini akan menjadikan mereka hafaz seluruh alquran yang paling lemah pun
tinggal tidak kurang dari sepuluh juzuk. Mereka mempunyi kepercayaan bahawa
pelajar tahfiz ini adalah peluru utama menyerang musuh islam, beliau merujuk
sejarah di zaman Rasul bahawa dalam menyusun barisan tentera. Rasul kita akan
memanggil siapakah yang menghafal surah Albaqarah maju kehadapan. Kemudian
surah surah lain dan begitulah seterusnya. Para hufaz itu di letakkan dibarisan
hadapan dalam menentang tentera musuh.
Saya tertarik demgan dengan pendapat beliau dan beliau
berharap di Malaysia juga akan berlaku
begitu. Kemudian kami sempat menziarah masjid Omari iaitu masjid tua yang di
bina oleh Saidina Omar dari bekas istana dipanggil Queen Helena Palace kerajaan
rom. Masjidnya besar. Kemudian kami melawat sebentar ke sebuah gereja lama.Yang masih ada peninggalan kerajaan
rom. Masjid itu bersebelahan dengan sekolah. Dan sekolah itu sekarang bukan di
khaskan kepada anak anak kristian sahaja malah anak anak muslim juga ada
belajar di situ. Dianggarkan hanya 1800 sahaja penduduk palestin yang masih
menganut kristian. Pengawalnya seorang mislim. Kami tidak di benarkan masuk dan
beliau beberapa kali meminta maaf. Dia hanya membukakan pintu untuk untuk
sebahgian kami mengambil gambar.
Menariknya dia yang tidak tahu berbahasa Inggeris saya
datangi dengan mengajukan satu soalan cepu emas. Dia tidak menjawab soalan itu
sebaliknya terus menarik tangan saya sehingga ketengah dataran padang sekolah itu.
Peserta rombongan kehairanan kenapa hanya saya seorang ditarik masuk kerana
kami tidak tau berkomunikasi antara satu dengan lain. Beberapa orang dari rombongan
kami masih teragak agak untuk masuk. Hanya saya seorang yang di jemput. Apakah
soalan saya. Itu rahsia. Malangnya saya tidak membawa kamera untuk mengambil
gambar apa yang dia tunjukkan kepada saya.
Kemudian kami ke pelabohan untuk mengambil bberapa gambar
tugu Marvi Mcmara. Kemudian kami ke kedai cenderamata. Perjalanan kami diteruskan
ke Univsity Gaza jumpa semula dengan Dr Ahmad . Kemudian kami balik ke hotel. Azan magrib sudah berkumandang dan ribut mula
melanda dengan kuatnya. Saya bimbang malam ini tidak ada internet jadi saya
kemaskini face book saya dengam cepat untuk maklumkan kepada anak saya sedikit
maklumat hari ini. Memang benar selepas beberapa saat hotel terputus bekalan
eletrik beberapa kali walaupun hotel ini mempunyai gen setnya sendiri. Angin
masih kuat di luar dari jam lima hingga lah tengah malam. Saya tidak turun ke
mesyuarat malam ini kerana hendak berihat. Hari ini saya sangat berpuashati
dengan misi saya. Walaupun ada masalah saya dapat atasi dengan pertolongan
Allah. Memberi sumbangan kepada Gaza amat besar maknanya walaupun hanya merujuk
kepada pada beberapa masalah yang kecil. Malang tidak ramai yang brsikap begitu
saya teringat kepada kata kata PM Gaza. Darah kami murah untuk Gaza. Cukuplah
sekadar simpati itu sudah besar bagi kami disini.
Rabu 9 Januari 2013.
Kami bersiap awal dan bersarapan. Saya menghadiahkan
kain dan pakaian saya untuk di berikan pada orang miskin melalui perantara
kami. Bila melihat perbuatan saya ramai juga peserta wanita yang membuka semula
beg dan memberikan lebihan makanan dan pakaian yang berat seperti jubbah untuk
di agihkan kepada Gaza. Ini adalah petua yang baik, bawa pakaian kemudian
hadiahkan kada mereka yang memerlukan. Ini biasa saya lakukan bila menyertai misi
kemanusiaan. Saya teringat Hj Ahmad Osman yang hanya pulang dengan selipar dan beg
kosong semasa meninggalkan Gharisha dalam misi Somalia tahun 2011.
Kami bertolak dengan bas yang dipandu oleh Abu Islam.
Dia berbangga kerana telah berbakti dengan Gaza walau pun sumbangan kami kepada
bumi suhada ini adalah kecil, tapi saya percaya bahawa ingatan rakyat Malaysia
untuk membebaskan Gaza adalah lebih besar dari segala galanya.
Sangat sayu untuk meninggalkan Gaza kerana kita tidak
tahu bila lagi kita akan sampai. ABD Rahim Alshebab tidak menghantar kami
kerana beliau sangat tidak sihat. Kami berhenti di house of wisdom melihat pameran. Ada kata kata yang baik. the plastenian institute for the study of
conflik resolution and governance. Kami mengambil kesempatan untuk
bergambar. Dan berbual dengan Dr Mahmud M Athirthani (mhirthani@gmail.com) pengerusi pusat. Kemudian kami terus ke pintu Gaza.
Alhamdullilah kami dapat melepasi dengan mudah saya berbangga kerana di
passport saya sekarang telah dicopkan keluar masuk Gaza. Berbanding demgan isu
pelajar Phd kita dari UK yang sangat takut kerana banyak soalan akan berlaku di
pintu masuk UK nanti. Dunia terlalu cemburu dengan Palestin dan hakikat islam.
Itulah nasib orang islam yang tidak bersatu.
Melepasi sempadan Gaza tidak banyak masalah tetapi
untuk masuk semula ke Mesir kita ada masalah yang besar. Terlalu banyak
kerenah. Akhir sekali kami melepasi saringan intelegen dan kami dapat masuk ke
Mesir di sambut oleh azan Asar.
Perjalanan 500 kilometer dalam hujan dan ribut yang
besar. Bermula jam 3 kami berhenti makan di Sinai. Kemudian meneruskan perjalan
dari Sinai ke Paraoh Egyptian hotel di Giza. Sepanjang persalanan saya
mengambil kesempatan untuk menyalin gambar gambar Gaza. Untuk dimasukkan dalam
artikel ini. Kami sampai di hotel jam 1100 malam dan ambil kesempatan untuk
berihat. Di Mesir agak kurang sejuk di bandingkan dengan Gaza. Mungkin kerana
banyak bnagunan dan agak jauh dari angin pantai. Saya tidur lena malam itu
kerana bilik ada pemanas.
Pagi khamis 10 Januari 2013
Saya bangun
agak lewat mandi dan solat subuh kerana telah diberitahu bahawa sarapan
jam 7 dan bertolak jam 8. Tapi waktu arab tahu sahajalah saya sentiasa awal.
Saya jangkakan paling cepat bas ini akan bertolak jam 9. Masalah masa adalah
kebiasaan bagi arab. Ada kita yang biasa
dengan arab juga akan terikut dengan masa mereka. Tetapi berbeza dengan
pengalaman saya dengan orang Korea dan Jepun yang sangat mementingkan masa
hingga kepada mengira minit.
Hari ini pun mereka sedang merangka beberapa perjalanan
dan pertemuan. Saya menasihatkan urusetia bahawa penerbangan antarabangsa adalah 4 jam dilapangan terbang. Jangan lewat
kerana banyak masalah di lapangan terbang nanti. Saya mendengarbanyak cerita
tentang program malam. Flight lami jam 11, ini bermakna kita tidak boleh lewat
dari jam 7 malam. Maksudnya perjalanan lebih awal. Saya berharap tidak banyak
masalah nanti yang penting saya hendak bungkus beg dan daftar masuk awal. Kami
telah berpisah dengan dua orang pelajar Mesir yang tinggal dan Ustaz khairozi
yang meneruskan perjalanan ke Jordan. Hanya
tiga orang sahaja yang masih mengikuti program hari ini. Saya berharap melihat
sesuatu yang sempurna tetapi perancangan ini banyak kekurangan.Mungkin kerana
yang mengurusnya adalah pelajar pelajar yang kurang pengalaman. Ia amat berbeza
dengan misi misi saya sebelum ini yang diuruskan oleh pegawai JPN yang berpengalaman
atau biasanya saya bergerak dalam kumpulan yang kecil untuk tinjauan. Sayang
saya tidak dapat menghantar maklumat sekarang kerana internet dihotel ini berbayar dan
terlalu perlahan. Banyak maklumat tidak tepat dalam perspektif yang berbeza.
Melihat perancangan perjalanan yang tidak begitu baik
saya tidak mengharapkan keterujaan yang lebih besar di Mesir. Kami menziarah
Pyramid dan Spink, makam Imam Shafie, makam pemimpin ikwan yang dibunuh pada
umur 45 tahun. Ibu pejabat ikwan muslimin. Dan makam Saidina Husin. Saya sempat
memebeli sedikit cenderamata untuk keluarga bersama Sam. Bertolak kelapangan
terbang. Seperti yang saya jangkakan. Kerenah lapangan terbang Mesir yang begitu menyakitkan. Beg saya di
suruh buka hanya kerana pegawai itu hendakkan beberapa rantai kunci yang saya
beli untuk cenderamata. Jadi ada yang tidak dapatlah. Hinggalah masalah
membungkus bagasi, dan daftar masuk. Kami terbang ke KLIA melalui Bangkok Di
Bangkok saya menguhungi Piyapa rakan APCEIU saya dan menyetakan saya dalam
perjalanan ke KL. Perjalanan yang baik dan saya bersyukur dalam umur yang
begini saya dapat melakukan khidmat kecil kepada Gaza, bumi suhada. Saya
selamat sampai di KLIA disambut oleh anak menantu dan cucu saya pada 11 Januari
2013.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan