Sabtu, 26 April 2014

KETENANGAN DIRI, Hukum mencari damai - BAB 1: DIRI INSAN yang menghargai pencipta

 (INNER PEACE : Apreciating the Creator (The Human Being) Apreciating other people (The social being) and Apreciating the Creation (the Cosmic being)
Ketenangan diri adalah satu proses bagaimana kita membina dan membentuk diri untuk berada bersama masyarakat dan berinteraksi dengan alam semesta. Ketenangan diri memberikan makna kepada perlakuan yang akan memberi manafaat kepada kehidupan yang aman dalam hidup sebagai hamba kepada Pencipta dan menghargai ciptanNya.
Mendapatkan ketenangan diri dibahagikan kepada 3 konsep asas iaitu Bagaimana membina diri sendiri sebagai seorang insan (the human being) yang  menekankan keyakinan system kepercayaan kepada pencipta. Bagaimana membina  keperluan hidup bermasyarakat (the social being) yang menekankan kepentingan berinteraksi dalam sistem sosial dan memahami orang lain.Bagaimana membina interaksi dengan alam (the cosmic being) yang menekankan kepada penghayatan kepada kejadian alam semesta.
Ketenangan diri  dihuraikan dalam beberapa langkah asas untuk membentuk budaya keamanan sejagat (the culture of peace) bagi meneruskan kelansungan kehidupan makluk didunia sebagai kaedah persediaan memperolehi kebahagian di akhirat.


BAB 1:
DIRI INSAN yang menghargai pencipta:
The Human being (Apreciating the Creator)

Diri insan yang menghargai pencipta dapat dibentuk dengan sistem kepercayaan (kesaksian, amal ibadah, niat hati, minda dan nafsu) ia di laksanakan dengan mengawal air dalam tubuh (mandi, minum dan berwuduk) serta keperluan tenaga fikir dengan mencari ilmu (menguasai dan meneroka ilmu)


1.1.Sistem kepercayaan (the believe system)

Sistem kepercayaan adalah apa yang terlintas atau mendorong kita melakukan sesuatu dalam hidup kita seharian. Ia juga kepada penentu kumpulan mana kita berada, dan kemana pula arah tuju kita kemudian hari. Sistem kepercayaan menentukan garis yang jelas dalam minda kita dan menimbulkan ketenangan diri dalam melakukan sesuatu. Kecelaruan akan timbul bila kita ragu kepada sesuatu perbuatan. Dan syaitan yang menawarkan nafsu akan sentiasa membisikkan keraguan didalam hati dan menggalakkan kita agar terburu-buru bertindak dalam sesuatu perkara. Sistem kepercayaan dibentuk apabila kita meletakkan minda dalam kesaksian yang sepenuhnya, melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan melakukan dengan niat dan tujuan yang baik, bersemangat dalam fikiran serta menjauhkan diri dari godaan nafsu.

1.1.1.    Shahadah jiwa insan
Kepercayaan kepada tuhan, akan membezakan manusia dalam sesuatu kelompok dengan jelas. Berada didalam kelompok bermakna kita akur kepada perundangan, aturan dan adap kelompok. Dengan jelas hati kita akan membezakan kita dengan kelompok yang lain. Pengakuan kita menjadikan kehidupan mendapat nikmat atas ibadah yang besar. Menyatakan kepercayaan dengan jelas menjadikan minda kita lebih terbuka kepada suatu bentuk penyerahan total kepada Pencipta. Ini di sebut sebagai menghambakan diri kepada pencipta.

ULASAN:
Bagaimana penyaksian hati dapat meletakkan diri dalam ketenangan yang hakiki dengan berlindung kepada pencipta dan penyerahan kepada ketentuanNya. Penyerajhan diri itu sendiri sebagai satu nikmat kepada jiwa yang tidak dapat di gambarkan.

Kepatuhan kepada amalan kelompok tanpa syarat. Memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada kepercayaan menjadikan kehidupan kita sebagai ikutan dan petunjuk kepada orang lain adalah bukti keimanan dan kepatuhan kita. Orang akan jatuh cinta kepada kelompok kita hanya kepada cara gaya kehidupan kita tanpa perlu kita mempengaruhi mereka dengan pidato yang berapi. “Tidak akan berlaku sesuatu keatasku melainkan dengan kehendakMu.” Berserah secara total tanpa perlu ada perantara memberikan ketenangan yang hakiki kepada roh dan jiwa kita. Ia juga merupakan satu nikmat.

KISAH:
Bagaimana diceritakan Ibrahim Adham adalah merupakan pewaris kerajaan yang kaya raya memilih untuk menjadi sufi dan menyerahkan kehidupannya secara total. Apabila pembesar istana memujuk beliau untuk kembali keistana kerana disana terdapat kemewahan dan kebesaran serta harta yang banyak. Beliau dengan tersenyum berkata ”Apakah harta kekayaan dunia yang ada disana lebih banyak dari kurniaan tuhan kepadaku. Engkau lihatlah emas yang diturunkan yang menjadi milikku berbanding apa yang ada di istana kita.” Sambil menunjuk kepada sebuah bukit yang telah bertukar menjadi emas permata pada pandangan mereka dengan izin tuhan.

1.1.2.    Ibadah  dan ketenangan diri  (meletakkan diri ke aras paling rendah dan redha ketentuanNya).
Ibadah  merupakan pembuktian bahawa kita berada dalam sesuatu kelompok tertentu. Tujuan Ibadah adalah untuk meletakkan hati, minda dan kehidupan kita kepada aras kehambaan kepada tuhan, akur akan kekuasaan dan ketentuanNya, redha akan balasanNya serta menghilangkan keinginan diri yang dipanggil nafsu.
ULASAN:
Bagaimana ibadah itu dapat membaiki akhlak dan memberi makna kepada hati, lisan dan perbuatan dalam kehidupan seharian.

Bersujud boleh menjadikan banyak darah turun ke kepala kita dan membawa oksigen yang lebih ke otak. Amalan bersujud sambil melafaskan kata-kata mengangungkan kebesaran tuhan dan mengakui kelemahan dan kedaifan diri berulang kali akan memberikan ketenangan kepada roh, jiwa dan minda kita.
Duduk berzikir juga merupakan satu kaedah untuk mendapatkan ketenangan. Duduk berzikir yang baik dapat menyelaraskan iktikad hati, deyutan jantung, pernafasan dan aliran darah. Ia dapat menguatkan tenaga dalaman dan menyihatkan roh dan membetulkan aliran magnetic tubuh adalah sebahagian latihan untuk ketenganagan dalaman.

1.1.3.    Niat dan ketenangan diri  (memberi makna kepada setiap perbuatan)
Niat bererti memberikan makna kepada sesuatu perbuatan. Melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat akan menjadikan kehidupan kita itu kosong dan tidak bernilai atau mendapat apa-apa ganjaran. Bermula dari mandi, makan, bekerja dan mencari rezeki, beribadah, membersihkan diri, berpakaian hinggalah kita masuk tidur hendaklah disertakan dengan niat yang jelas dan mengikut aturanNya. Niat itu mengubah perbuatan dari perlakuan kepada diri untuk keperluan ibadah dan mendapat rahmat.

ULASAN:
Bagaimana tujuan yang dinyatakan dengan jelas menyelaras antara hati dan perbuatan. Tindakan membina garis pemisah dialam emosi dan kesediaan mental, Beroleh kepuasan dan balasan rahmat.

Niat berubah menjadi doa dan harapan kepada perbuatan yang akan kita lakukan. Amalan membaca doa kepada makanan kita agar diberkati dan menjadi ubat kepada diri kita adalah merupakan contoh yang baik sebagai amalan kehidupan yang aman.

KISAH:
Ketika Hassan Basri dan kawannya berkunjung ke rumah Adawiah, Kebetulan wktu itu adalah masa makan dan dirumah adawiah hanya terdapat 2 buku roti yang tidak cukup untuk dirinya dan tetamunya. Adawiah mengambil Roti itu dari hadapan tetamunya dan keluar memberikan kepada fakir diluar rumahnya.  Hassan bertanya “ Adawiyah, manakah yang lebih engkau sukai mengembirakan tetamu atau mengembirakan fakir?” Adawiyah tidak menjawab, selang beberapa waktu datang sesaorang dari masjid membawa dulang berisi 20 buku roti kerumah Adawiah. Adawiyah berkata kepada Hassan,”Aku melihat tuan berdua dalam keadaan letih dan 2 buku roti itu tidak cukup mengembirakan tuan dan saya sendiri. Saya lebih suka berniaga dengan Tuhanku yang menjanjikan 10 kali kebaikan atas perbuatanku. Dan aku bertawakkal. Sesungguhnya aku telah mengembirakan seorang fakir, 2 orang tetamu dan diriku sendiri kerana aku telah melakukan sesuatu yang disukai oleh Tuhanku.”

1.1.4.    Kesihatan minda diri insan.
Pembezaan dalam diri dengan garis hati didalam fikiran.
(Differenciate your life with the imaginary thin line in your brain)
Kesihatan minda memberi pengaruh yang besar kepada caragaya hidup sesaorang, minda yang sihat sentiasa mempunyai pendapat yang jelas mengenai sesuatu batas perbuatan, percakapan dan niat melakukan sesuatu. Kesihatan minda dapat dikesan dari hasil perbuatan kita seharian. Kesihatan minda menjadikan sesaorang itu jelas akan tujuan hidupnya. Kesihatan minda akan dilihat dari perlakuan dan tutur kata sesaorang dalam kehidupannya. Minda yang sihat melahirkan kehidupan yang sihat, pertuturan yang sihat dan perlakuan yang sihat. Minda yang sihat tidak akan menerima perlakuan yang kotor atau perbuatan yang kotor atau tindakan yang tidak betul. Demikian minda yang sihat dapat membina garisan nipis yang membezakan baik dan buruk, kotor dan bersih, betul dan salah. Ini akan memberikan ketenangan diri dalaman sesaorang walaupun persekitarannya tidak dapat menerima pendapatnya, diri insan yang sihat tetap menolaknya dan membezakannya.


ULASAN:
“Berkata benarlah walaupun pahit.” Bagaimana kita boleh berkata benar dalam keadaan yang sopan. Biarlah kepahitan itu berada dalam diri kita jangan sampai orang lain merasa pahit dengan kata-kata kita.

“Tolaklah kemungkaran itu dengan tangan kamu, kalau tak upaya dengan lidah kamu dan kalau tidak upaya dengan hati kamu dan itu adalah sekecil-kecil iman.”
Menolak sesuatu itu bererti kita mengetahui bahawa ada garisan betul dan salah kita perlu sentiasa berada di suatu pihak walaupun kita berasa itu adalah perbuatan yang lemah atau berada bersama orang yang sedikit. Jiwa akan menjadi gelisah sekiranya hati menolak kemungkaran itu dan memohon yang Esa menentukan hukumannya.

1.1.5.    Nafsu yang selalu mengganggu insan.
Kaum Syaitan menawarkan kepada makluk satu dulang yang penuh dengan perkara keseronokan dunia dan memeuhi kehendak nafsu. Setiap kali kita berpaling kepada dulang itu itu kita akan tertarik kepada keinginan memeuaskan selera nafsu yang tidak ada hadnya. Samaada keseronokan memiliki harta, keseronokan bersama kecantikan wanita, keseronokongan memiliki kuasa dan dan pangkat.
Sedangkan dipihak yang lain kurniaan kepada harta tanggungjawab dan perempauan adalah merupakan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan nilai. Tanggungjawab beerti ada tugas untuk diurus dan nilai pula adalah tuntutan untuk menentukan keseronokan duniawi itu ada abaik buruknya, bersih kotornya dan halal haramnya.
Kegagalan mengibangi antara tuntutan nafsu dan tanggungjawab serta nilai ini akan menjadikan diri kita tidak tenang dan membawa kehancuran buhkan sahaja kepada diri kita malah kepada masyarakat keseluruhannya.
ULASAN:
Bagaimana jika berzina itu sendiri sudah dikira buruk dan haram, merogol itu satu keburukan yang lebih besar tetapi hari ini kita mendengar terlalu banyak kejadian merogol beramai ramai dan bergilir filir pula. Dimana letaknya nilai dihati mereka, bolehkan mereka mempunyai ketenangan sepanjang hidup mereka.

1.2.Air dan ketenangan diri

Tubuh kita terdiri dari 80%  air. Air juga adalah terapi kepada kehidupan manusia yang mendamaikan. Air mempunyai tenaga penyembuhan yang tinggi terutama kepada jiwa dan kesihatan tubuh. Syurga itu terdapat 2 sungai yang mengalir.

1.2.1.    Mandi membersih diri dan ketenangan diri (membuang kotoran fizikal, dan cas negatif)
Mandi merupakan kaedah rawatan tubuh yang asas. Pertama membuang dan membersihkan kekotoran yang ada pada badan. Kedua membuang rasa tidak seronok dan cas negatif  yang terlekat dalam tubuh kita. Aliran air boleh membuang segala kotoran luar dan dalam jika kita melakukan dengan niat dan ketertiban yang betul. Air mandian juga boleh dicampurkan dengan bauan dan bahan yang tertentu bagi meransang dan mengaktifkan cas tubuh yang tertentu. Campuran zafaran dipercayai baik untuk melembutkan hati.

ULASAN:
Bagaimana penyucian itu berlaku dan beroleh kesegaran jiwa dan membuang kotoran dalaman.

Rawatan kecantikan sejak berzaman melakukan ritual mandian bunga atau haruman selepas kita menyucikan tubuh menjadikan tubuh kita teraruh dengan mandian untuk mendapatkan tujuan tertentu. Mandian akhir dengan perahan limau atau daun Murungai dipercayai mengubati penyakit tertentu. Mandian air garam dapat mengalirkan tenaga negatif keluar dari dalam tubuh sesaorang. Ini membuktikan bahawa peranan mandian sempurna telah diamalkan  sejak berkurun lama oleh berbagai bangsa dan memberikan kesan yang sangat positif dalam penyembuhan. 

Mandi juga penting sebelum melakukan kerja kerja besar dalam kehidupan seharian seperti mandi sunat Jumaat, mandi sunat hari Raya.Mandi sunat Ihram. Mandi itu akan memberikan kita persediaan mental dan ketenangan dalam memulakan sesuatu kerja besar.  Aliran air akan memberikan kekuatan jiwa.

Orang Somalia percaya bahawa dengan memeandikan anak mereka dengan darah kambing korban dan diselimut dengan belulang kambing akan menajdikan mereka seorang penternak kambing yang Berjaya. Gambar ketika kami di kem Pelarian Somalia IFO Nov 2011.

1.2.2.    Wuduk dan ketenangan diri (sentiasa bersih diri dan dalam beribadah)
Membersihkan diri dengan aturan tertentu memberikan kesan yang sangat aktif kepada meransang tubuh dan pemikiran. Mengambil Wuduk dengan niat dan cara yang tertib akan meletakkan diri kita dalam keadaan beribadah dan mendapat barakah. Sentiasa menjaga tertib dan pantang larangnya agar air wuduk itu tidak terbatal. Sepanjang kita beruduk kita sentiasa mendapat keberkatan diatas perbuatan kita.

ULASAN:
Bagaimana sesaorang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk itu beroleh keberkatan dan perlindungan dalam kehidupannya. Kita tidak akan melakukan perkara yang mungkar ketika beribadat malah memikirkan sesuatu yang mungkar itu sahaja sudah tidak boleh dilakukan dalam keadaaan kita beribadah. Jika kita sentiasa berada dalam keadaaan berwuduk dan menjaga ketertibannya sudah tentu kita sentiasa menjaga perilaku kita. Begitu juga keadaannya ketika kita berada dalam keadaan berpuasa atau dalam keadaan berihram.

1.2.3.    Minum air dan ketenangan diri (keperluan air tubuh dan kristal air bersih tubuh)
Minum air adalah terapi yang telah diselidik secara saintifik boleh merawat berbagai penyakit termasuk  kanser. Amalan mengambil 8 gelas sehari adalah aturan biasa. 4 gelas air diawal pagi amat baik bagi rawatan penyakit. Darah kita terbina dari air minuman dan kristal air itu kekal  dalam darah  selama 40 hari sebelum digantikan dengan darah yang baharu. Sekiranya kita minum air hari ini ia kan kekal menjadi darah kita selama 40 hari dan begitu juga air yang kita minum 40 hari lepas telah hilang bersama darah kita pada hari ini. Kristal air yang berbagai akan memberikan pengaruh kepada kehidupan kita. Tentunya berbeza antara air Kristal arak dan air zam-zam seperti bumi dengan langit. Keduanya kristal air itu akan menjadi sebahagian darah kita selama 40 hari. Air yang di sebutkan perkataan yang baik akan merubah bentuk kristalnya kepada yang lebih baik dari Kristal air yang disebutkan kepadanya perkara yang buruk.

ULASAN:
Bagaimana kesan kekurangan air akan menimbulkan rasa resah, keletihan dan penyakit hati dan hilangnya ketenangan diri.
Mengikut Teerapi Air Jepun dengan minum 4 gelas air diawal pagi akan menyembuhkan penyakit berikut: Darah tinggi 30 hari, Gastrik 10 hari, Kencing manis 30 hari, Kanser 180 hari, TB 90 hari Antritis 3 hari mengikut aturan tertentu yang boleh di dapati dari web site mereka. Bagi Terapi air India pula dnegan minum 6 gelas air sehari akan menyembuhkan penyakit sembelit 1 dalam 1 hari, Keasidan tubuh 2 hari, Kencing manis 30 hari, Darah tinggi 4 minggu kanser 4 minggu dan TB 3 bulan.

Gambar Internet mengenai Kristal air, Kiri sekali adalah Kristal air yang terkena alunan muzik tertentu, Kristal air yang diberi rawatan cahaya, dan Kristal air dari Three branch spring, di kawasan Kita Mikoma County daaerah Yamanashi di Japan yang dikaji oleh Dr Masaru Emoto. Kajian ini menunjukkan kesan manusia terhadap molikul air. Bangaimanakah rupa Kristal air yang masuk ketubuh kita?


Masaru Emoto:

The quality / purity of Zamzam water has, will not be find any where else in the water on this earth.

He used the technology named NANO, and researched a lot on Zamzam water. And found out that if one drop of Zamzam water mix in 1000 drops of regular water, regular water will get the same quality like Zamzam water.

He also found that a mineral in one drop of Zamzam water has its own importance that will not be find any other water on this earth.

He also found in some tests that the quality or ingredients of Zamzam water can not be changed, why, science does not know the reason.

Even he re-cycled the Zamzam water, but no change it was still pure.

This scientist also found out that, the Muslims say BISMILLAH before eating/drinking. He says that after saying BISMILLAH on regular water, there are some strange changes happened in the quality of regular water. That make it best water.

He also found out that if some one recites the Quran on regular water, it gets the ability for the treatment of different diseases.


1.3.Kesihatan fizikal tubuh dan ketenangan diri

Kesihatan fizikal tubuh memberikan ketenangan diri. Menjaga kesihatan tubuh amatlah penting bukan sahaja dari segi organonnya tetapi dari roh dan emosinya. Melakukan aktiviti fizikal bukan sahaja boleh membuang racun dan bahan toksik yang ada dalam tubuh tetapi juga melepaskan tenaga negatif dan perasaan buruk disamping menyerap tenaga positif dan merasa menikmati kepuasan.

1.3.1.    Makan dan ketenangan diri
Menguruskan makan kita hendaklah bermula dari memilih sumber makanan, cara penyediaan makanan, menyusun hidangan, niat makan, memikirkan makanan, berkongsi makanan dan mengunyah, memilih makanan yang didahulukan, campuran makanan dan menyelesaikan makan. Semua langkah di atas akan memberikan pengaruh kepada apa yang masuk kepada tubuh badan kita. Ada pantang larang makanan yang boleh mengakibatkan  kemudaratan tubuh. Lebih-lebih lagi memakan makanan yang tidak baik atau mencampurkan makanan yang menjadikan ia tidak baik bukan sahaja kepada tubuh tetapi kepada emosi kita.

ULASAN:
Bagaimana memakan makanan yang baik itu akan membawa kepada ketenangan fikiran dan mendapat kebaikkan.

Dalam masyarakat Jepun menyediakan sesuatu hidangan itu bukan sahaja bermula dari kebersihan tempat penyediaan  makanan (dilarang berludah di singki dapor) dan cara mereneh makanan. Perasaan tukang masak ketika menyediakan makanan hinggalah kepada arah menyusun makanan didalam pinggan disesuaikan dengan arah mata angin (sayur kearah timur dan daging kearah barat). Setelah disusun oleh chef makanan itu akan diletakkan atau dihidangkan kepada pelanggan mengikut arah yang telah disusun itu (dilarang bercakap yang huruk ketika mengahadap makanan dan berada di tempat makan). Ia memberikan aura bukan sahaja dari pandangan, perasaan malah mendapat manafaat yang besar kepada system tubuh.

KISAH:
Seorang isteri yang sedang marahkan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain mengkaris nasi dalam periok dengan perasaan bencikan suaminya. Bayangkan bagaimana cara dia mengkaris nasi tersebut secara ganas sambil meleterkan sesuatu perkataan buruk atau ditambah doa yang buruk kepada suaminya. Tentunya suaminya tidak pulang makan nasi itu, dan dia juga dalam keadaan murung tidak juga berselera makan pada pada hari itu. Siapakah yang akan makan makanan itu jika tidak anak-anaknya yang ramai itu. Dapatkah ketenangan kepada anak-anak ini jika dia selalu menerima makanan seumpama ini?

Hal ini sering terjadi dalam kehidupan kita terutama bagi penyedia makanan di restoran, asrama dan sebagainya. Mungkin sifat marah ini timbul kerana dimarahi ketua, tidak mendapat gaji atau sebab sebab lain dan yang mendapat aura makanan itu adalah anak kita. Makanan yang disediakan dengan baik akan memberikan aura yang baik kepada orang yang memakannya. Begitulah besarnya peranan seorang ibu yang perlu menyediakan makanan untuk keluarganya walaupun ia mudah untuk membeli sahaja makanan dari restoran. Begitu besarnya peranan tukang masuk dan keadaan dapurnya dalam ketenangan diri sesaorang.

1.3.2.    Tidur dan ketenangan diri  (deep sleep)
Tidur merupakan kaedah merehatkan tubuh. Perkara yang perlu  diperlihatkan dalam tidur adalah bermula dari masa tidur, kadudukkan tidur,  tempat tidur dan persekitaranya. Niat dan muhasabah sebelum tidur. Terdapat pantang larang ketika tidur mengikut kaum tertentu. Tidur akan menyusun minda pada aras sedar, separa sedar dan tidak sedar. Penyusunan minda ini akan memberikan kecerdikan dan kesegaran tubuh apabila bangun dari tidur. Maklumat yang diperolehi semasa jaga sepatunya disimpan dan disusun dengan baik semasa tidur. Tidur yang dirahmati akan dijaga oleh malaikat.

Sebelum tidur perlulah dibuat beberapa zikir untuk membaiki dan menyusun aliran nafas. Tugas kita adalah meletakkan roh dalam keadaan aman dalam perjalanan atau semasa kita tidur. Banyak amalan baik, pemikiran positif, membaca sesuatu jika tersentak dari tidur. Semuanya perlu disusun dengan kemas dan menjadikan tiur itu adalah permulaan kepada hari esok yang positif dan cergas.

ULASAN:
Bagaimana tidur yang baik itu dapat memberikan ilmu dan ilham yang memberikan ketenangan dalaman. Kedudukan tidur yang baik adalah tidur seperti mayat didalam kubur mengikut arah kiblat.


KISAH:
Saya tidur didalam satu bilik 4 orang di DMZ kawasan Zon Perang di Sempadan Korea Utara-selatan. Sahid dari Pakistan, Fendra dari Indonesia dan Meira dari Sri Langka. Tentunya kawasan itu tidak baik kerana sejarah peperangannya. Malam pertama kerana kami daftar masuk lewat malam kami tidur selepas solat berjamaah. Malam pertama tidur saya terganggu kerana sekumpulan roh yang dhaif meminta pertolongan dari saya dan sekumpulan orang jahat sedang menyeksa mereka. Subuh esoknya saya bercadang untuk azan subuh, tetapi bagi menghormati masyarakat disitu saya naik keatas ke bukit dan membaca Yasin diatas puncak bukit DMZ itu. Hal ini menjadi topik perbualan dalam kelas. Malam kedua Sahid pula diganggu oleh roh yang memintanya membaca Quran. Saya terkejut kerana pagi kedua Sahid pula mengikut saya bertilawah diatas bukit DMZ. Malam ketiga saya berbual sebelum tidur bersama Sahid akan beberapa petua sebelum tidur ditempat yang terdapat roh-roh yang tidak aman.

Kami sama-sama membaca ayat-ayat lazim dan berdoa sebelum tidor bersama-sama malam itu. Fendra balik sekitar jam 2 pagi. Saya terjaga kerana dia memasang lampu sekejap sahaja, dalam hati saya merungut juga kerana beliau tidak menghormati kami yang sedang tidur. Seperti biasa Pagi ketiga kumpulan tilawah telah bertambah diikuti beberapa rakan dari Bangladesh dan Iran. Sahid dan saya bercerita tetntang tidur yang sangat baik malam tadi kecuali diganggu oleh Fendra yang memasang lampu.

Dalam bilik kuliah Fendra dan rakan-rakan sebuk bercerita pasal lembaga biru mengelilingi saya dan Sahid yang tidur malam itu. Bila Fendra memasuki bilik lewat malam itu dia terpandang banyak lembaga biru mengelilingi saya dan sahid yang sedang tidur. Jadi untuk lebih jelas beliau membuka lampu dan lembaga itu hilang. Mereka sibuk bertanya saya dan Shahid. Kami tidak memeberikan penjelasan dan hanya berkata bahawa saya tidur sangat lena. Malam berikutnya semua orang ketakutan kerana sudah tiga malam antara kami telah terganggu. Tetapi saya dan Sahid berpendapat kami sebenarnya dijaga oleh roh yang baik kerana melakukan amalan yang baik sebelum tidur walaupun berada ditempat seperti itu. Hinggalah kami pulang saya mendapat kerehatan yang sangat tinggi dan keamanan diri sepanjang berada di DMZ. DMZ mengajar saya bersedekah kepada roh mangsa perang walaupun kami tidak mengetahui agama apa yang mereka anuti.


1.3.3.    Rehat dan ketenangan diri
Berehat bererti duduk dalam pada waktu yang tertentu, berehat dengan membaca, menonton, berzikir, menulis, berfikir akan menyeronokkan jiwa untuk terus menikmati keamanan hidup. Kecergasan dari rehat akan terbentuk apabila gerak nadi, pernafasan dan aliran darah dapt bergerak dan teratur semula dalam satu keseimbangan.


ULASAN:
Bagaimana zikir dapat menyelaraskan nafas, denyutan nadi dan menghasilkan aura tubuh yang tenang. Asma Alhusna adalah dendangan yang baik ketika berihat. Bagaimana talbiah didendangkan sepanjang jalan orang mengerjakan haji dan umrah memberikan keseronokan dan kepuasan dalam diri kita. Bagaimana jantung yang berdenyut itu berzikir lup-a-dup.Apakah zikir jantung selari dengan zikir nafas dan zikir hati.



1.3.4.    Kerja fizikal  dan ketenangan diri  (Phyzical labor)
Sesorang yang sihat akan melakukan 6 jam tumpuan fikiran (mental labor) dengan berfikir dan dan melakukan kerja minda sementara 6 jam lagi akan digunakan untuk melakukan kerja fizikal (fizikal labor) seperti berjalan, belari, memanjat, bersukan dan sebagainya. Kadang-kadang kita juga melakukan kerja fizikal dalam mencari pendapatan. Sentasalah melihat rutin harian kita agar terus melakukan keseimbangan kepada tubuh.

ULASAN:
Bagaimana senaman jika dijadikan amalan hidup individu memberikan gerakan jantung yang cepat dan membaiki pernafasan serta membuang kumbahan melalui liang roma itu mengeluarkan bahan kotoran dan sikap dan pemikiran yang tidak baik yang tersimpan dalam tubuh dan memberi lebih ketenagan dalam diri kita. Bersenam 20 minit sehari adalah amalan yang baik. Mempercepatkan gerakan jantung dengan aktiviti fizikal beberapa minit sehari akan memberikan ketenangan kepada hidup hidup kita. Berjalan 1000 langkah sehari juga amalan yang baik.

1.3.5.    Pakaian dan ketenangan diri  
Berpakaian juga memepunyai peraturannya. Bermula dari memilih warna, potongan paian, jenis fabrik yang digunakan,serta niat ketika menyarung pakaian itu. Kesesuaian pakaian disesuatu majlis atau perjumpaan juga memberi pengaruh kepada ketenangan dan keyakinan diri.

ULASAN:
Bagaimana pakaian lengkap dan menutup aurat itu adalah dituntut dalam merendahkan diri kita kepada pencipta, bukan bertujuan untuk bersombong diri. Pakaian ihram memberikan makna yang besar kepada kesatuan ummat. Kaedah berpakaian ini di berikan ketentuan bukan sahja kepada orang yang hidup malah bagaimana mengkafankan mayat. Malah pakaian suhada memberikan kesaksian kepada pekerjaan yang dilakukannya pada hari pembalasan.

Kenapakah kita memakai ihram ketika mengerjakan haji dan dikafankan ketika mati. Kepentingan pakaian itu membawa makna dan tujuan yang tertentu dan tentunya memberikan kebaikan.

1.3.6.    Bauan dan ketenangan diri
Memakai bauan juga memberikan pengaruh kepada emosi diri dan orang lain, tidak semua bauan boleh menjadi keselesaaan kepada semua orang. Bauan yang terlalu kuat akan mengganggu ketenangan orang lain.

ULASAN:
Bagaimana bauan banyak kali disebut sebagai penghampiran kepada ketinggian martabat diri. Pakailah bauan yang baik ketika hendak ke masjid atau majlis keramaian.

1.3.7.    Berhajat dan ketenangan diri
Berhajat bermaksud membuang air kecil dan besar dan membersihkan kotoran dalaman. Bermula dari memasuki tandas menanggalkan pakaian hinggalah arah duduk serta kepuasan berhajat akan mementukan ketenangan diri sesaorang. Begitu juga dengan kaedah mensucikan najis dan angota tubuh serta adab keluar tandas.


ULASAN:
Bagaimana amalan berhajat yang baik dan tetap aturanya memberikan kesegaran dan ketenangan pada diri sesaorang.

1.4.Mencari ilmu dan ketenangan diri  (sentiasa mendapatkan ilmu baru dan mencabar minda)

Mencari ilmu adalah kaedah melonjakkan fikiran keluar dari kepompong yang sedia ada. Bagaimana seorang doctor fizik berubah kehidupannya hanya dengan membaca sebuah buku psikologi.  Ilmu baru di sepadukan dengan ilmu sedia ada, menjadikan minda aktif dan sihat. Mencari ilmu baru akan menimbulkan ketenangan hidup hanya dengan memikirkan kejadian bintang dilangit atau bonggol dibelakang unta.

ULASAN:
Mencari ilmu tidak semertinya memasuki bilik kuliah, malah sesi percanda minda sambil menikmati sarapan atau makanan boleh menjadikan kehidupan lebih bermakna. Banyak masalah diselesaikan dipandang golf? Semasa saya menjadi pengetua saya banyak berbual dan belajar dari pengawal keselamatan saya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun menjadi pemandu lori tanah merah ketika membuat perancangan membina satu jalan di belakang sekolah. Beliau lebih arif dari saya dan dapat membuat anggaran tanah yang diperlukan untuk jalan tersebut tanpa membawa masuk tanah dari luar.


Kemenjadian diri insan:

Memahami keperluan diri insan dengan mengatur mengikut tertibnya dan adapnya membawa kepada penghargaan yang tinggi nkepada pencipta yang telah menyediakan tubuh sebagai sebaik baik dan sesempurna kejadian dan ianya merupakan rahmat yang tidak ternilai dan mempunyai hikmah yang sangat besar. Menjaga tubuh agar sentiasa sihat dan bertenaga merupakan asas kepada ketenangan hidup secara keseluruhannya.

Jumaat, 25 April 2014

KETENANGAN DIRI, Hukum mencari damai - BAB 2: DIRI UMMAH: The Social Being (Apreciating other people, education on International understanding)

BAB 2:
DIRI UMMAH: The Social Being (Apreciating other people, education on International understanding)

Kehidupan manusia tidak bersendiri, ia berada dalam kelompok (keluarga rakan dan organisasi kejiranan dan bangsa Negara. Komunikasi adalah alat penting dalam mengujudkkan perhubungan (kepelbagaian bahasa, berbahasa yang elok, memahami orang lain, silang budaya dan silang bahasa  serta membantu orang lain adalah perlu untuk berjaya hidup dalam masyarkat.

2.1.        Berada dalam kelompok (Collaboration and being together)

Manusia tidak akan terlepas dari berhubung dengan orang lain dalam perhubungan mereka harus berinteraksi dan untuk bekerjasama dengan orang lain. Dari bersama orang lain (being together), bekerja bersama (working together) higgalah menjadi rakan kongsi yang mantap (being partnership).

2.1.1.     Keluarga dan ketenangan diri
Bermula dengan membina unit keluarga yang kukuh dan berpanjangan. Semakin besar keluarga semakin kita mempunyai seterata yang harus di kembangkan dan dihormati. Adab berkeluarga bermula pada sebutan panggilan, adab berkunjung hinggalah kepada sebaran maklumat dan restu dalam keluarga dalam membuat sesuatu keputusan.

ULASAN:
Dunia masa hadapan dipenuhi oleh individu yang hidup bersendirian. Bagaimana membina kelompok dipanggil keluarga agar memberi ketenangan kepada individu itu. Bagaimana ahli rumah yang ramai tetapi masih berasa kesaorangan dalam bilik masing-masing. Bagaimana hendak membentuk hidup bersaorangan boleh berasa ramai.

2.1.2.  Kejiranan dan ketenangan diri  (kerjasama kejiranan: bersama masyarakat ketika suka dan duka)
Kejiranan dibentuk bila kita hidup kita dalam kelompok. Kejiranan penting dalam semua keadaan suka dan duka. Jiran yang baik adalah lebih berharga dari harta kekayaan. Memberi kerjasama kepada jiran, mengambil tahu dan berkunjung adalah antara adab hidup berjiran.Mendapatkan makanan dari kejiranan (local food) boleh membentuk jati diri yang kuat. Memasak sendiri makanan membentuk kesatuan keluarga yang baik.

ULASAN:
Konsep kejiranan di perluaskan kepada kumpulan rakan sekerja, kelub rekreasi atau sebagainya selain dari kelompok tempat tinggal.Konsep kejiranan di perluaskan kepada kumpulan rakan sekerja, kelub rekreasi atau sebagainya selain dari kelompok tempat tinggal. Sebagai muslim kita melakukan ibadah sekali lima hari secara berjamah dalam keluarga atau qariah. Tetapi lebih dituntut sembahyang seminggu sekali dalam kariah kerana kita diajar unuk bermasyarakat, hadir awal ke asjid dan berinteraksi bersama jamaah lain. Mengetahui peristiwa dalam masyarakat. Tatpi ramai diantara kita tidak menyedari kenapa kita harus kemasjid seali seminggu,Kita melakukan solat jumaat itu sepertimana bersolat bersendirian kadang-kadang kita hanya bersalaman dengan dua orang dikiri kanan. Atau kita hadir lewat dan pulang awal maka tujuan asal kita kemasjid itu telah tidak tercapai malah kita seolah-olah bersolat bersendirian. Adalah lebih dituntut solat hari raya dimana semua qariah itu bertegur sapa sehingga pahala yang besar diberikan bagi orang yang mengikuti jalan yang berbeza ketika datang dan balik dari solat sunat hari raya. Maka tujuan bermasyarakat itu ditunntut selari dengan tuntutan kita beribadah.


2.1.3.       Negara Bangsa dan ketenangan diri (Bangga Negara dan Bahasa)
Menjadi warga sesuatu Negara dan patuh kepada peraturan , bangga menjadi warga , bangga berbahasa. Dimana bumi di pijak disitu langit yang di junjung. Tanggungjawab kita adalah membentuk jati diri negarabangsa.

ULASAN:
Bagaimana membangunkan jati diri sebagai bangsa Negara. Memiliki Negara atau rantau Negara itu sangat penting memberikan ketenagan kepada kehidupan kita kerana itulah yang kita ada dan menjadikan kita sebagai kelopok manusia.Jatidiri bangsa terujud dari perlakuan bangsa itu sendiri. Jika kita ke Mekah kita akan dapati masyarakat arab amat menghargai orang Malaysia kerana sebelum kita melakukan ibadah haji kita diatar atau dikursuskan melakukan sesuatu dengan tertib dan bersabar. Ini amat membanggakan kita. Dan Lebih bangga lagi ketika saya mengunjungi Gaza Jan 2013 anak-anak kecil pun mengetahui bendera Malaysia kerana kebanyakan tempat kita akan melihat Jalur gemilang akan dikibarkan
.

2.1.4.  Antarabangsa dan ketenangan diri  (mengetahui dunia luar dan perbezaan antarabangsa)
Berada di peringkat antarabangsa akan memperluaskan pandangan dan perspektif diri dan menyukuri dan berbangga akan Negara sendiri. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.Kepelbagaian budaya yang terbina didalam suatu Negara merupakankhazanah yang tidak ternilai.

ULASAN:
Bagaimana menyediakan diri sebagai Global citizen.

“Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina.”  Bagaimana orang arab Mekah hendak pergi ke Negara Cina jika dia tidak keluar keperingkat antarabangsa, menguasai beberapa bahasa yang akan digunakan sepanjang perjalanan. Bagaimana kita hendak mempelajari ilmu Cina jika kita tidak menguasai bahasa Cina itu sendiri. Kenapa persoalan Cina ditimbulkan disini. Ini adalah kerana tamadun mereka telah dibina ribuan tahun oleh ribuan juta penduduk ratusan dialek dan suku kaum. Itu sahaja telah menghendaki kita mengambil puluhan tahun juga untuk mengenalinya dan pelbagai pula manafaat yang akan kita perolehi dan pelajari. Berjaya berada ditempat yang begitu sahaja akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa.Berkebolehan berada di arena antarabangsa atau peluang berada jauh dari Negara asal kita itu sahaja telah cukup untuk ketenangan jiwa kita jika kita menghargai kekuasaan dan keizinan tuan yang membolehkan kita berada disana.

Bagaimana nabi kita dibawa dalam perjalanan jauh diwaktu malam untuk memberikan ketenangan kepada semua manusia. Bagaimana perjalanan ke baitullah untuk mengerjakan haji memberikan ketenangan kepada seluruh keluarga. Bagaimana pula perjalanan yang jauh untukmenuntut ilmu itu memberikan ketenangan kepada diri kita sendiri.

Apa yang lebih penting ialah perjalanan itu akan mengubah perspektif hidup kita dan kekuatan daya fikir dan tindakan kita yang menjadi lebih holistik.



2.2.        Berkomunikasi dalam kelompok

Kebolehan berkomunikasi akan menjadikan kita lebih dominan dalam kelompok kita. Komunikasi yang baik akan menjadikan kita lebih dihormati dan berkepribadian yang  unggul.

2.2.1.    Kepelbagaian bahasa dan ketenangan diri  (pelajari bahasa lain)
Menguasai pelbagai bahasa akan mejadikan kita lebih memahami budaya luar kerana bahasa itu memberikan kita kefahaman kepada bangsa itu sendiri. Mempelajari bahasa akan memberikan makna kepada kehidupan kita. Disamping kita berbangga dengan bahasa kita sendiri.

ULASAN:
Bahasa arab adalah bahasa Quran,

2.2.2.    Berbahasa yang elok dan ketenangan diri (perkataan baik membebas tenaga positif)
Berbahasa yang elok adalah tuntutan masyarakat. Kita tidak dapat menggunakan bahasa yang elok jika kita tidak dapat mengusai bahasa itu sendiri dengan luasnya. Bahasa Melayu sendiri telah kehilangan banyak tokoh yang boleh bercakap dengan pengunaan bahasa dan etonansi yang baik. Kita tidak perlu jadi pakar bahasa cukuplah jika kita boleh sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan berbudi. Sentiasa mengatakan baik kepada orang lain dan pujian dan teguran yang berkesan.

ULASAN:
Bagaimana pujian itu menenangkan orang lain. Bagaimana bahasa tubuh itu dapat menjadikan orang lain berasa selesa bersama kita.

Bahasa Melayu itu berubah dari Bahasa pasar ke bahasa istana.
Bahasa Hindi itu berubah dari jalanan kepada Tagore.
Bahasa Inggeris berubah dari jalanan kepada Shakesphere.
Bahasa arab berubah dari bahasa gembala kepada bahasa Alquran.

Begitu juga bahasa Jepun, Thai atau apa sahaja bahasa ia mendidik dari kekasaran kepada keamanan. Mengetahui dan menguasai bahasa menjadikan kita akan menyebarkan keamanan kepada dunia.


Dr. Knut Pfeiffer, a Christian German doctor specialist in internel medicine, has discovered that Zamam water has far more positive effect on human cells than regular drinking water from Munich, Germany. Zamzam water comes from a spring in Mecca created by ALLAH (J) to save the life of Hajara(A.S) [Ibrahim (A.S) wife] and her son Ismail(A.S), when they were alone in the desert. He also believes that Islamic prayers are more positive effect on the energy and thus health than Christian prayers.
The above is is a newsaper cutting from a Malyalam newspaper I found in net. I do not know which it really is. But basically it is on the work of the Japenese pseudoscientist Masaru Emoto. The newspaper article credits him as Japanese scientist with having his own theory about water. They forgot to mention what his theory is:human consciousness has an effect on the molecular structure of water!!! Well the article speaks of only his "research" on water from Zamzam well. He says adding one drop of Zamzam water to "ordinary water" gives it the same properties as that of Zamzam water. Reciting Koran or playing audio makes beautiful crystals form in water. He has done similar experiment with similar results on jazz, saying loud words and I dont know if he tried it with metal yet. The water on Zam Zam well has been studied before.  Scientists have found higher arsenic and nitrate contents, harmful bacteria and much more. But real scientists have not bothered to perform Emotos's experiments. And they have shown a crystal from Emoto which he claims is not similar to any other crystals. Well these two look quite similar.


2.3.        Memahami kelompok lain

Memahami kelompok yang lain dan menghormati gaya hidup dan budaya mereka merupakan satu tuntutan kepada hidup bermasyarakat. Dijadikan kepelbagaian kita untuk kita mengenal antara satu dengan lain.

2.3.1.    Memahami dan ketenangan diri
Untuk mamahami kelompok orang lain kita harus mendapatkan pelbagai maklumat mengenai kelompok tersebut seperti apa yang boleh di lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Pantang larang adab kumpulan lain. Memahmi orang lain bukan bererti kita mengadaikan apa yang kita ada tetapi kita juga secara sopan harus memberitahu dan menunjukkan kemuliaan peradaban yang kita ada. Bagaimana orang yang berserban  dapat makan smeja dan berbual bersama seorang paderi atau rahib.

ULASAN:
Kita akan berasa tenteram jika tahu kenapa orang lain bertingkahlaku berbeza dengan kita. Satu pengalaman saya di Kem Pelarian Somalia. Pada petang hari raya haji ia itu 9 haribulan ramai dianatara sukarelawan berpuasa. Jadi sebelum magrib kami masuk ke pecan IFO3 untuk membeli air minuman dan sedikit roti untuk berbuka dalam perjalanan. Saya duduk dihadapan di sebelah pemandu sebelah kanan. Jadi rakan Somalia saya memesan makanan dari pekedai tersebut. Semasa menghantar bungkusan makanan saya menerima dengan tangan kiri mengikut tingkap. Tetapi saya dimarahi oleh pekedai tadi dalam bahasa Somalia dan dia engan meneyrahkan bungkusan makanan itu. Saya berpaling kepada pemandu ingin bertanya apa halnya. Mereka mengatakan gunakan tangan kanan untuk menyambut makanan. Sejak itu saya mempelajari sesuatu yang besar bagaimana mereka mementingkan perkara yang sekecil itu.

2.3.2.    Toleransi dan ketenangan diri
Bagaimana hendak mengujudkan toleransi dan gaya hidup bersama. Menerima orang lain dalam kehidupan dan masyrakat kita. Menghormati dan sentiasa menunjukkan contoh teladan yang boleh diterima dalam masyarakat multirasial.
ULASAN:
Janganlah kita mengeji dan memburukkan tuhan agama lain kerana mereka akan membalasnya dengan perkara yang lebih keji tentang agama kita.

2.3.3.    Silang budaya dan silang bahasa bagi ketenangan diri  (Crossculture)
Silang budaya sering berlaku dalam masyarakat. Menjaga garisan nipis dalam silang budaya adalah penting kerana kita akan tergolong dalam kumpulan lain jika kita membiarkan budaya yang tidak berasaskan kehidupan kita . Memahami akar dan asal sesuatu perbuatan itu sangat penting.

ULASAN:
Bagaimana silang budaya dapat meningkatkan keseimbangan dalam masyarakat. Selalulah bertanya kenapa kita ritual itu kita lakukan . Contohnya sambutan hari kekasih, kenapa kita harus menyambutnya. Adakah ia amalan kita atau kita telah dipengaruhi oleh budaya lain.

2.4.        Membantu kelompok (melakukan khidmat sosial)

Perjalanan hidup kita di dunia ini adalah mengumpul sedikit harta dan mendapat keredhaaNya. Kemudian kita mati dan harta yang kita tinggalkan itu akan diwariskan. Kebaikan yang kita perolehi hanya jika harta itu digunakan kejalan kebajikan samaada semasa kita hidup atau sesudah ketiadaan kita. Adalah lebih baik membelanjakan harta kita kejalan kebaikan ketika kita masih berkesempatan kerana belum tentu pewaris kita kan melakukannya ketika ketiadaan kita.

Kerja sosial yang dilakukan dengan tulus akan memberikan ketenangan kepada diri kita dan beroleh ganjaran yang besar juga di kemudian hari. Adalah dituntut kita menjaga hak jiran, anak yatim, orang tua, orang sakit musafir dan orang memerlukan.

ULASAN:
Melakukan kerja sosial bukan sahaja tertumpu kepada mendermakan hartabenda, ia boleh juga dilakukan dengan memberikan sedikit masa bersama orang yang melakukan kebajikan. Menyokong dari jauh dan menyebut kebajikan orang lain yang melakukan kebajikan. Malah membantu menguruskan orang yang melakukan kebajikan juga mendapat ganjaran dan ketenangan.

KISAH:
Pernah diriwayatkan cerita 100 ribu orang yang mengerjakan haji mendapat haji yang mabrur hanya kerana seorang yang tulus telah menjadi kunci kepada yang lain. Bila ditanya siapakah orang itu maka diceritakan dia adalah seorang tukang kasut yang berada di Bagdad. Salah seorang sahabat cuba untuk menjejaki orang yang mendapat haji mabrur itu. Akhirnya dia berjumpa dan memerhatikan cara kehidupannya. Setelah 3 hari beliau tidak emndapat petunjuk kehebatan orang itu dari segi amalnya. Dia hanya seorang tukang kasut biasa yang alim. Sahabat itu menyamar sebagai pengembara dan cuba menumpang dirumah tukang kasut itu. Selepas tiga hari beliau juga tidak menemukan apa-apa kelebihan ibadah tukang kasut itu. Akhirnya beliau bertanya  kepada tukang kasut itu apakah amalannya sehingga dia dikurniakan haji yang mabrur pada tahun yang lepas.

Dengan terkejut beliau menjawab ”Sebenarnya saya belum lagi menunaikan haji, pada tahun lepas saya telah mencukupkan segala keperluan saya dari hasil kerja sebagai tukang kasut. Saat saya hendak bertolak ke Mekah jiran saya kematian dan meninggalkan anak yatim yang kelaparan. Kerana memikirkan bahawa saya masih berkudrat dan mampu menyimpan lagi untuk bekalan saya mengerjakan haji tahun-tahun yang akan datang maka saya menyerahkan semua perbelanjaan itu untuk kehidupan anak yatim tersebut. Sesungguhnya besar sekali kurniaan jika saya telah mendapat haji yang mabrur” 

Begitulah contoh bagaimana pekerjaan besar itu dijanjika balasan dan ketenangan diri kepada orang yang melakukan dengan tulus dan redha.

Kemenjadian hubungan sesama manusia:
Kehadiran kita dan cara kita menguasai komunikasi memberikan aura tersendiri yang akan diterima oleh orang lain dalam persekirtaran kita. Perbezaan aura diri dan raut wajah pergerakan dan perlakuan akan menjadikan diri kita disenangai oleh orang lain didalam persekirtaran kiata malah di luar persekitaran walaupun orang itu tidak pernah mendengar atau berjumpa dengan kita secara bersemuka. Aura itu boleh disampaikan secara perkhabaran dalam apa bentuk komunikasi atau eletronik.