Rabu, 23 Julai 2014

BANTUAN PADANG JANUARI 2010

MISI MENGEDARKAN BANTUAN 
(DARI PELAJAR KEPADA PELAJAR)
LAPOR: KASIM/RAZAK


MISI BANTUAN KE 2: 15 - 19 Januari 2010.

Misi bantuan kedua merupakan misi sebenar dimana pasukan pertama 4 orang sukarelawan, bergerak pada 15 Januari 2010 , hari Jumaat dan pasukan Pengarah dan Timbalan Pengarah di aturkan meliputi 2 kawasan yang berbeza bagi mengagihkan bantuan kepada sasaran yang telah di kenalpasti.

Misi ini mengagihkan bantuan berupa bangku sekolah, peralatan tadika, komputer, pakaian seragam sekolah, karpet untuk madrasah. Anggaran barang yang dibawa sekitar bernilai RM100 ribu. Ia di tambah dengan sumbangan beg daripada Majlis Guru Besar Johor dan sumbangan kewangan.  Kita menjangkakan perbelanjaan yang digunakan bagi membantu sukarelawan ini sekitar RM 150,000. Perbelanjaan perjalanan dan makan ahli rombongan adalah daripada perbelanjaan sendiri. Disini saya dapat melihat kesungguhan Pengetua dan Guru Besar yang menjadi sukarelawan amat mengagumkan. Mereka bukan sahaja mengeluarkan peruntukan sendiri tetapi juga berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan usaha sukarelawan ini.

Mereka berpeluang sendiri melihat musibah walaupun telah 4 bulan berlaku tetapi kesan masih nyata dan dapat dirakamkan.

Hari  Pertama: 15 Januari 2010 (Jumaat)

6 orang sukarelawan Razak,Khairozi,Jamil, Bahar(?), Salleha dan Rohana tiba di Kota Padang pada jam 9.00 pagi dan terus ke Pariaman bagi memastikan kerusi, meja dan peralatan komputer yang telah ditempah siap dan dapat diagihkan keesokkan harinya. Selepas itu mereka menuju sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan bagi memastikan perabot telah sampai dan mereka terus melabel JPNJ pada perabot berkenaan. 

Hari Kedua : 16 Januari 2010 (Sabtu)

Rombongan yang diketuai Tn Hj Sufaat Tumin, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor bersama Tn. Hj Markom Bin Giran, Timbalan Pengarah dan ahli Majlis Guru Besar  dan penulis tiba di Lapangan Terbang Minangkabau jam 3.50 petang. Kami dibawa melihat kesan gempabumi di Kota Padang menghala ke Bukit Tinggi.  Berhenti sebentar menikmati air kelapa di Warung Bayu. Selepas itu kami berhenti minum petang di Restoran Ombak Biru. Kami terus menuju ke Hotel Hang Tuah di Bukit Tinggi pada jam 7.00 malam. Makan malam di Restoran Bayu. Pada malam itu kami bersiar-siar di jam gadang. Ada yang menaiki kereta kuda tetapi turun separuh jalan kerana kesian melihat kuda mendaki bukit.

Hari Ketiga : 17 Januari 2010(Ahad)

Hotel Hang Tuah – masalah air yang terputus-putus. 7.00 pagi bersarapan. Bila kami  keluar hotel terlihat pedagang jalanan menebar jualan pakaian dan telekung bersulam cuba menambat hati kami dengan harga yang boleh dirunding. Terdapat juga sekumpulan wanita sedang melakukan senam robik di jalanraya sebelah hotel.

Kami menaiki bas melihat kesan-kesan longsoran. Jalan-jalan yang retak dan tanah runtuh yang di bawahnya gaung amat mencemaskan.  Kami menuju ke Paya Kumboh melihat air terjun  dan Hararau untuk melihat batu-batu gunung yang menyimpan pelbagai cerita legenda dan mitos kaum Minang.

Bukit Tinggi dikelilingi Gunung Singkarak dan Merapi. Sepanjang perjalanan kami melihat kehidupan orang-orang di Bukit Tinggi yang terkenal dengan kuat pegangan Islam. Bukit Tinggi dikenali sebagai serambi Mekah di Timur tempat kelahiran tokoh besar Islam, Pak Hamka.

Dalam perjalanan kami nampak sekumpulan pelajar-pelajar sekolah berlatih silat. Kami dibawa ke beberapa gedung sulaman yang terkenal dan Pasar Bukit Tinggi yang terkenal sebagai pusat agihan barangan jualan bagi pekan-pekan di Padang. Peniaga-peniaga wanita Minang bukan main giat berdagang.
Di sebelah petang kami bersantai di Jam Gadang sambil berhibur dengan penyanyi jalanan. Selepas itu kami bergerak ke Kota Padang. Kami melalui Tasik Singkarak  yang mempunyai 37 lengkung. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam menjadi 6 jam kerana jalan dua hala telah menjadi sehala. Maka kenderaan bergilir-gilir menggunakan jalan. Walaupun tiada lampu isyarat atau orang yang mengawal pergerakan tetapi pemandu-pemandu disini sangat berhemah dan patuh kepada sistem bergilir secara automatis. 

Setiba di Padang kami terus makan malam di restoran.

Hari Keempat : 18 Januari 2010 (Isnin)

7.00 pagi rombongan dibawa melihat kesan gempa sekitar Kota Padang dan singgah di Pusat Bantuan UNESCO.

Selepas itu kami dibawa ke Universiti Andalas kami berpeluang mendengar ceramah kejadian gempa yang diberikan oleh Timbalan Reaktor yang juga merupakan seorang pakar seismologi. Maklumat ini amat berguna kepada kami bagi memahami dengan lebih lanjut akan fenomena alam ini. Kami di beritahu bahawa satu letupan yang kuat akan menyebabkan gerakan plat tektonik yang akan disusuli gegaran yang berikutnya tidak berhenti selama 25 tahun.

Beliau juga menjelaskan beberapa cerita tentang kematian akibat fenomena alam ini. Antara cerita yang menarik adalah seorang peniaga yang kebetulan telah lama berpindah ke Jakarta. Dan dia pulang ke Kota Padang hanya untuk menyelesaikan penjualan rumah kedainya di Padang. Ketika itulah gempa berlaku dan beliau terkorban apabila hotel yang beliau duduki itu musnah sama sekali.
Berbeza dengan beliau sendiri yang setiap hari berada di hotel itu kerana beliau mempunyai sebuah pasukan pancaragam/band di hotel berkenaan. Kebetulan ketika hotel itu dilanda gempa beliau tidak baru sahaja meninggalkan hotel berkenaan untuk pulang ke rumah.
Taklimat di Pejabat Walikota:

Taklimat yang diberikan oleh pihak wali kota Padang Pariaman pula menceritakan bagaimana bantuan yang dijanjikan oleh pihak antarabangsa sebanyak 72 badan tetapi yang sampai ke Pariaman dimana kami adalah merupakan pasukan yang ke 25. Ini amat membanggakan.

 Gambar Kenangan Rombongan Bersama Wali Kota Dan Dinas Pendidikan

Selepas bertukar-tukar cendermata kami terus bergerak ke Kampung Pariaman bagi mengagihkan sumbangan ke sekolah-sekolah yang dilanda gempa. Kami terus menuju ke Pasentren Nurul Yakin bagi menyerahkan secara rasmi bantuan kerusi, meja , computer dan 3 gulung permaidani kepada surau.

Selepas itu kami singgah makan tengah hari di rumah Ibu Rosnidar di Kampung Ampalu, Pariaman

Setelah menunaikan solat zohor kami berpecah kepada 2 kumpulan di mana kumpulan Tuan Pengarah Pelajaran Johor menyampaikan sumbangan ke sekolah-sekolah di Kacamatan Ampalu, Barongan dan Padang Sago. Kumpulan Timbalan Pengarah ke Tendiket dan terus ke Kampung Kepala Koto untuk melihat kesan gempa yang menimbuskan 3 buah kampung.

Kumpulan Tuan Pengarah tidak dapat naik ke kawasan pergunungan Kepala Koto kerana pemandu bas tidak tahu jalan ke tempat itu.

Pada jam 7.00 malam kami makan malam di rumah makan Secincin yang di taja oleh Wali Kota. Makan malam disertai oleh Dinas Pendidikan, isteri dan guru besar yang menerima sumbangan.

Kami tiba di hotel dalam keadaan yang amat letih tetapi puas kerana telah melaksanakan misi kemanusiaan yang amat bermakna bagi anak-anak sekolah yang ingin terus belajar walaupun masih trauma.

Hari Kelima ; 19 Januari 2010

Pengarah Pelajaran Johor bersama penulis dan 6 orang naik ke Kepala Koto menaiki van manakala yang lain melawat kesan runtuhan dan cara hidup orang di Kota Padang dan Teluk Bayur. Kelihatan anjing di perkarangan masjid, orang Islam membonceng anjing seperti biasa.

Jam 1.00 tengahari kami meninggalkan Kota Padang dan berlepas pulang.

Sukarelawan ini bukan sahaja melihat dan merasai bagaimana kesukaran pembelajaran dilakukan oleh guru-guru di kawasan bencana tetapi juga mensyukuri nikmat kehidupan di negara kita, Malaysia yang tercinta. Memberi sumbangan tetap dilakukan di mana sahaja mereka bertemu dengan anak-anak sekolah. Kegigihan guru-guru Padang meneruskan kelansungan pembelajaran walaupun di dalam bangunan retak, di dalam bilik darjah sementara berlantaikan tanah bahkan juga di padang sekolah dan  di bawah khemah yang tidak sempurna. Seperti yang dirakamkan oleh En Hasidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Pengalaman begini sebenarnya amat berharga kepada kami sukarelawan yang berpeluang pergi mengikuti rombongan ini. Amat besar ertinya kepada perkhidmatan dan kami menyeru guru-guru muda agar insaf akan kenikmatan diri mereka di tempat sendiri.

Penutup:

1.     Kami telah berjaya menyampaikan sumbangan dari PPD, MPSM, MGB dan sekolah terus kepada mangsa.
2.     Ahli Rombongan mendapat pengiktirafan dari Walikota Sumatra Barat, Dinas Pendidikan Sumatra Barat dan Jabatan Pendidikan Johor.
3.     Kami Bercadang untuk datang sekali lagi pada misi pengantarabangsaan bersama sekolah yang berkualiti di Sumatra Barat.

Senarai Nama Sukarelawan  JPN Johor  Misi Padang2

Yang Menyertai Misi Kemanusiaan Pasca Bencana Padang Pariaman Sumatra Barat Indonesia dari 16 hingga19 Januari  2010:

(4 Orang Bertolak Jumaat 15hb. Bakinya bertolak pada hari Sabtu 16 Jan 2010 dan 2 orang gagal menaiki pesawat kerana masalah Imigresen)
 nunggal, Children Centre School. 

1.            En A.Razak A.Karim                       : KU Unit Piawaian SJQ JPNJ
2.            Hjh Rohana Selamat                      : Guru Besar, SK Convent Muar
3.            Ust. Mohd Hairozi Mohamad    : Penolong Pengarah, SPI
4.            Hjh Salleha Binti Abd. Kahar       : Pengetua SMK Tmn Mt Austin,
5.            Tn Hj Sufaat Tumin                         : Pengarah Pelajaran Johor
6.            Hjh Hamidah Ibrahim                    : Puspanita JPN
7.            Tn Hj Markom Giran                      : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
8.            Pn Maimun Hasbullah                   : Timbalan Puspanita JPN
9.            Tn Hj Md Kasim Md Noah           : Ketua Sektor Jaminan Kualiti
10.          En Md Hasidin Zaini                        : KS Sektor Pengurusan Sekolah
11.          Tn Hj Kassim Mahadi                     : TKS Sektor Jaminan Kualiti
12.          Ust Mohd Hairozi Mohamad      : Sektor Pengajian Islam.
13.          Hj Ayub Jantan                                : Pengetua SMK Sri Kenangan
14.          Hj Masood Idris                                               : GB SK Parit Tengah, Muar
15.          Hj Abdul Jaabar Ahmad Shah     : SK Sg Durian Pontian
16.          Hj Nasuha Paiman                          : Pengetua SMK Kota Masai
17.          Hjh Fuziah Hassan                          : GB SK Bandar Baru Uda 2, JB
18.          En Ahmad Othman                        : GB SJKC New Kota, Kota Tinggi
19.          En Zulkifly Selamat                         : Sukarelawan sosek Malindo
20.          Hj Thazali Imam                               : Sukarelawan Sosek Malindo
21.          Hj Azim Mohd Dom                       : Sukarelawan Sosek Malindo
22.          Pn Zainab Kamarudin                    : Sukarelawan
23.          Raja Ahmad Naquib Raja Ali       : GB SK Pt Jawa, Muar
24.          En Zulkifly Ahmad                           : Sektor Jaminan Kualiti
25.          Hj Hassan Topit                                : Pengetua SM SBP Sains K Tinggi
26.          Hj Ayob Jantan                                                : Pengetua SMK Tinggi Segamat
27.          Pn Mariani Mohd Saad                 : Pengetua SMK Mutiara Rini, JB
28.          En Yusof Mydin                               : GB SK Parit Bunga, Muar
29.          Pn Normah Hashim                        : GB SK Gombang, Muar
30.          En Sapuan Salam                             : GB SK Felda Inas, Kulai
31.          En Nordin Miskam                          : GB SK Pengkalan Tereh, Kluang
32.          En Othman Majid                           : GB SK Pagoh, Segamat
33.          Pn Mazara Mansor                         : GB SK Taman Rinting 2
34.          Pn Maselah Mohd Tahir               : GB SK Seri Kenanga, Johor Bahru
35.          En Tasuki Simo                                 : GB SK Tmn Tun Aminah 2, JB
36.          En Sulaiman Arjam                         : GB SK Rengit, Bt Pahat
37.          Pn Asaha Kadir                                                : GB SK Tenaga Sepakat, Bt Pahat
38.          Hj Zainudin Mohd Ali                     : GB SK Pelangi Indah,
39.          Pn Rajamani a/p L.Kamachi        : GB SJKT Desa Cemerlang, PG
40.          Pn Hjh. Norihan Hj Ahmad          : GB SK Pendidikan Khas JB
41.          En Ibrahim Mohd Ali                      : GB SK Sri Saujana, Kota Tinggi
42.          Hj Anwal Mohd Juah                     : GB SK Lok Heng Selatan, KT
43.          En Shaharudin Shari                       : Pengetua SMK Seri Saujana, KT
44.          En Shafie Yusof                                               : SK Sg Durian Pontian
45.          En Mohd Fuad Hashim                 : Wartawan Bernama TV
46.          Pn Maznah Mohd Arshad           : Wartawan Utusan Malaysia

SENARAI PENERIMA BANTUAN:

1.            SD O2 Ampalu                  : Kerusi Meja dan Komputer  
2.            SD 14 Ampalu                   : Kerusi Meja dan Komputer
3.            SD 25 Ampalu                   : Kerusi Meja dan Komputer
4.            SD 09 Padang Sago         : Kerusi Meja dan Komputer
5.            SD 07 Padang Sago         : Kerusi dan computer
6.            SD 01 Barongan                : Pakaian dan Komputer
7.            SD 02 Barongan                : Pakaian dan Komputer
8.            SD 01 Partamuan             : Kerusi dan Meja
9.            SD 02 Pertamuan            : Kerusi dan Meja
10.          SD 08 Partamuan             : Kerusi dan meja
11.          SD 09 Pertamuan            : Kerusi dan Meja
12.          SD 11 Partamuan             : Kerusi dan Meja
13.          SD 12 Partamuan             : Kerusi dan Meja
14.          SD 13 Partamuan            : Kerusi dan Meja
15.          SD 14 Partamuan             : Kerusi dan Meja 
16.          SD 15 Partamuan             : Kerusi dan Meja
17.          SMP 03 Ampalu               : Kerusi Meja dan Komputer
18.          SMP Lubuk Tuan             : Pakaian dan Komputer
19.          Pesantren Nurul Yakin : Kerusi Meja Komputer dan Permaidani
20.          SMP 01 Padang Sago     : Kerusi Meja dan Komputer
21.          Madrasah Tsanawiah    : Komputer
22.          Masjid Penampungan Kota Padang Masjid Tandiket
23.          Permaidani Mesjid Padang Sago
24.          Sekolah Tadika Pembina,Aishah5, Kartika, TK Sejati, Baitul Ridha, Sakato, Aishah 1, Melati, Menunggal, Children Centre School.

Isnin, 14 Julai 2014

Rintis PADANG November 2009

MISI RINTIS PASCA GEMPA PADANG, SUMATRA BARAT.
Lapor Kasim/Razak

Gempa Bumi Sumatra Barat: PADANG PARIAMAN November 2009

September 2009. Gempa berlaku kuat di Padang Pariaman Sumatra Barat Indonesia. Kekuatan 6.9 skala ritcher dengan kedalaman 40 km pada petang 29 september 2009. Beberapa hari selepas itu jam 9.00 malam penulis mendapat satu SMS dari Hjh Salleha Abd. Kahar, Pengetua sekolah di Pasir Gudang. Bertanyakan bagaimana kalau Pendidikan Johor mengumpulkan dana bagi membantu bencana di Padang Pariaman Sumatra Barat. Indonesia yang ditimpa bencana itu. Beliau begitu sebak apabila sahabat beliau yang sebelum ini sama-sama belajar sarjana pendidikan di UTM menangis dalam telefon memohon bantuan kemanusiaan, “Kami bingung, kelaparan, tidur di jalanan, malam gelap dan dingin, rumah kami runtuh, pakaian kotor di bawah runtuhan, letrik, makanan tak ada, tolonglah kami…..” rintih Ibu Rosnidar.

Penulis menghubungi Pengarah (Tn Hj Sufaat Tumin)  pada malam itu juga jam 11.00 untuk mendapatkan restu Tuan Pengarah. Kemudian menghubungi Timbalan Pengarah (Tn Hj Markom Giran) untuk memaklumkan dan meneruskan usaha pengumpulan dana. Pada malam berikutnya Tuan Timbalan Pengarah, Tn Hj Markom melancarkan dana bantuan pasca gempa Padang Pariaman di satu program di Kota Tinggi pada hari Rabu. Diikuti kemudiannya di surau Alghazali pada hari Jumaat, kemudian pengarah secara rasminya di perhimpunan bulanan JPN Oktober 2009. Kami mengambil masa 2 minggu untuk mengumpul dana daripada 12 hingga 28 Oktober 2009.

Kami berjaya mengumpul lebih 100 ribu dalam masa dua minggu. Sebenarnya kita merakamkan jutaan terima kasih kepada semua PPD yang menyumbang dan memberikan respon yang baik dalam program ini.  Ada dua halangan besar ketika itu. Pertama sentimen bambu runcing oleh kumpulan anti-Malaysia di Jakarta dan kedua adalah kerana penduduk Pariaman terdiri daripada orang minang yang agak jauh daripada hati orang Riau Johor. Tapi kami teruskan juga usaha, kerana kami memikirkan anak-anak sekolah yang perlu dibantu merupakan darah serumpun orang melayu muslim. Kadang-kadang terdengar juga cakap-cakap yang menjadikan pelajaran kepada kami yang menguruskan.

Itulah pelajaran besar yang penulis pelajari, bahasa kita bangsa serumpun dan berjiran sepatutnya mempunyai rasa persaudaraan yang tinggi melebihi sentimen kecil dan terpinggir. Ini jelas ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua Negara yang sentiasa matang menghadapi apa jua tekanan dan rintangan dalam diplomasi antara dua Negara. Kebetulan pula Hjh Saleha ada mempunyai rakan kuliah di Padang, saya mempunyai rakan dalam Tim Sosek Malindo di Pekan Baru Riau yang kebetulan mempunyai rumah dan saudara mara yang terlibat dengan gempa di Pariaman itu. Jadi sekiranya apa-apa berlaku kami boleh menginap di tempat yang disediakan. Walau bagaimana pun majlis keselamatan juga memberi ruang bahawa kami boleh menggunakan kemudahan yang boleh diaturkan. Perhubungan diteruskan bagi mengatur kemasukan kami ke Tanah Minang itu. 

Kami menghubungi Majlis Keselamatan Negeri Johor dan pegawai-pegawainya memberikan sokongan bagi membantu kami dan surat awal dihantar meminta bantuan pengangkutan daripada Angkatan Tentera dan pasukan SMART.

Pada awalnya kami ingin menempah beberapa keperluan dari Malaysia untuk dibawa dengan kargo ATM ke Pariaman, akan tetapi setelah mendapat taklimat daripada pasukan sukarelawan dan penamatan bantuan kemanusiaan oleh pasukan SMART. Kami harus bergerak bersendirian. Perkembangan-perkembangan terbaru tidak memungkinkan kami membawa bekalan bahan dari Malaysia sebaliknya mendapatkan bekalan dari kawasan setempat. Untuk itu satu pasukan peninjau dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi keadaan semasa dan keperluan semasa.

Taklimat demi taklimat. Mesyuarat demi mesyuarat, rujukan demi rujukan dibuat. Akhirnya kami membuat keputusan pasukan rintis hendaklah dihantar ke Pariaman bagi melihat beberapa kemungkinan. Fokus kami adalah pelajar sekolah. Antara penyumbang pandangan adalah seorang sukarelawan dari Kerajaan Johor, En Hezri yang berada dengan pasukan antarabangsa yang berada di Padang Pariaman selama 2 minggu. Ibu Rosnida dan adiknya Hizam.

Kami juga mendapat taklimat daripada En Hezri yang baru balik dari misi Padang. Beliau menyertai program sukarelawan Briged Ansar bersama pasukan keselamatan SMART. Banyak pengalaman yang beliau curahkan kepada kami dan tip penting untuk berada di keadaan musibah. Saya dapati beliau adalah seorang muda yang berpeluang menyumbangkan tenaga di bawah payung badan Kerajaan Johor yang juga mempunyai pelaburan merupakan sebuah hospital KYPJ yang ranap sama sekali di Kota Padang.

“Jangan susahkan orang yang susah, duit adalah raja di kawasan bencana.” Ini adalah ingatan penting bagi penulis dan En Razak yang mendapat taklimat tersebut sambil makan kentang goreng di Restoran My Friend Kempas.

Pasukan peninjau yang penulis ketuai berangkat ke Padang. Setelah beberapa kali tertangguh atas masalah keselamatan. Akhirnya pada November 2009 kami berangkat dengan menaiki penerbangan ke Bandara Minangkabau atas perbelanjaan sendiri.

Ahli kumpulan adalah Penulis, En Razak Karim, En Zulkifli Selamat (Tim Sosek), Ustaz Khairozi (Pekdis). Hj Khir Arshad (MGB). Tiba di Padang kami disambut oleh Ibu Rosnida seorang bekas pegawai pentadbir  Universitas Bung Hatta. Beliau adalah penghubung yang banyak membantu kami di sana. Pak Zam selain menjadi pemandu van kami beliau juga adalah pemberi maklumat yang berguna kepada kami. 

Tugas kami yang pertama adalah meninjau kawasan gempa. Kami bergerak ke kawasan Padang Sago. Tandekek dan beberapa kampung lagi. Melihat sekolah, rumah, dan masyarakat di sana. Kami dapat berjumpa dengan pegawai PPD Kota Padang, Pemerintah dan TNC Universiti Andalas di mana pelajar kita juga menjadi mangsa. Kami cuba menyenaraikan seberapa banyak keperluan bantuan dengan membuat perbandingan harga dengan beberapa buah kilang dan kedai dan berjumpa dengan pegawai-pegawai pendidikan dan pertubuhan pengusaha yang terlibat.

Komunikasi di peringkat antarabangsa:

Antara masalah yang kami hadapi adalah komunikasi antarabangsa. Budaya kerja yang berbeza dan pendekatan yang hendak digunakan. Perjalanan kami merangkumi berbagai skop dari masalah anak yatim, guru, sekolah rendah dan menengah termasuk pesantren dan universiti. Kami cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh dan berguna untuk membuat keputusan.

Penulis telah biasa menjadi sukarelawan sejak berumur 15 tahun bersama Pasukan Khidmat Belia (PKB) semasa banjir besar di Segamat 1972. Penulis juga menjadi ketua pusat banjir semasa banjir besar di Segamat 2005 dan 2006. Mengurus di tempat sendiri adalah lebih mudah berbanding di peringkat antarabangsa. Membuat akspedisi rintis  selama 7 hari menyusuri sungai Pahang Pekan dan Sungai Muar ke Muar, bersama Jabatan Muzium dan Antikuitik dan JPS  tahun 1999, adalah lebih mudah dari membuat rintis di Padang.

Pertama kita berhadapan dengan mangsa yang mengharapkan sesuatu. Kedua terlalu ramai yang hendak dibantu dengan sumber yang sedikit. Ketika ini duit adalah raja, betul kata Hezri. Kami perlukan tunai untuk berurusan dan amat sukar berurusan dalam keadaan musibah ini. Perjanjian mulut tidak diterima pakai. Kumpulan yang mengambil kesempatan dari kesukaran orang lain juga banyak. Apa yang Hezri katakan pelakon tambahan itu memang benar. Ibu Rosnida banyak memberikan tip dan membantu usaha kami.

Pasukan peninjau terpaksa membuat pelbagai strategi bagi memudahkan pasukan penyusul nanti bergerak. Kami merangka laluan yang akan dilalui oleh pasukan bantuan. Keistimewaan kami adalah kerana kami dapat masuk ke kawasan yang tidak mungkin dikunjungi oleh sukarelawan antarabangsa.

Kaedah yang digunakan di Pariaman adalah buat di lokasi. Sukarelawan antarabangsa kebanyakan melakukan kerja membina, dan memberi bantuan secara terus di lokasi. Bantuan antarabangsa banyak ditarik mengikut kesampaian. Ada kawasan yang banyak dibantu dan ada juga kawasan yang tidak sampai. Oleh yang demikian pasukan kami banyak ditarik ke kawasan yang tidak tercapai oleh sukarelawan antarabangsa.

Kami juga berperihatin kepada madrasah yang dikendalikan oleh pihak tertentu yang kurang dibantu oleh pemerintah atau sukarelawan antarabangsa.

Keruntuhan Pariaman banyak menyedarkan penulis dan pasukan peninjau akan peri bersyukurnya kita berada di dalam negeri yang aman sentosa ini. Makan minum pasukan peninjau amat terhad kerana kami terus bergerak. Hari pertama di Kota Padang, kami tidur di Hotel Hang Tuah. Penulis kehilangan sehelai baju T hadiah seorang rakan di hotel itu yang baru penulis pakai kali pertama perjalanan ke Padang. Hanya sekejap meninggalkan hotel barang yang tertinggal tidak dapat ditemukan kembali. Awaslah ketika mengembara dalam keadaan begini.

Kami makan malam di tepi pantai  nasi padang dengan ikan kerapu bara segar yang dibakar dengan rempah orang minang. Murah dan enak. Sebenarnya kami sangat lapar dan kepenatan. Ada sebuah lagu yang dimainkan oleh penyanyi itu sangat sedap pantunnya. Tapi bila penulis mencari semula hingga kini tidak bertemu. Itu adalah pantun minang yang terindah hanya sekali melalui telinga penulis.

Hari kedua penulis memulakan perjalanan selepas menikmati sarapan nasi goreng dan teh O.  Dalam perjalanan kami melihat kemusnahan yang memberikan keinsafan kepada kami. Ramai peniaga cina yang terus meninggalkan Kota Padang dan berpindah ke Pekan Baru kerana sangat hampa akibat daripada kemusnahan itu.

Selepas bersarapan kami diperkenalkan dengan bapak Sudirman KABID pendidikan dasar pendidikan Kota Padang yang bertangungjawab untuk menguruskan bantuan. Bahan makanan, beg dan pakaian telah banyak diterima dari pelbagai pihak. Beliau mencadangkan bantuan harus ditumpukan kepada bekalan membangunkan semula sekolah dan kelengkapan seperti kerusi meja dan peralatan P&P. Kami menyenaraikan barang keperluan yang difikirkan munasabah.




Kami diberikan taklimat bahawa banyak bangunan yang runtuh sama sekali. Buat masa ini pelajar ditempatkan dalam Lokal (BD) sementara berupa khemah atau berdinding playwood dan berlantai tanah.



Kami juga disarankan ke kawasan Padang Pariaman sahaja dan menumpu kepada beberapa kawasan yang dicadangkan. Selepas perbincangan kami bergerak ke Universiti Andalas dan bertemu dengan Timbalan Naib Canselor HEP Dr Ir Ramli yang kebetulan adalah bekas penuntut Universiti Putra Malaysia. Beliau telah memberikan taklimat yang lengkap mengenai keadaan pelajar kita yang menjadi mangsa di kampus Andalas.
Selain daripada bangunan perniagaan kebanyakan bangunan yang runtuh adalah bangunan pusat pemerintahan yang menimbulkan cakap-cakap yang kurang baik dikalangan penduduk Kota Padang mengenai binaan bangunan tersebut.

Kami juga singgah di pusat sukarelawan antarabangsa dan mendapat lebih banyak maklumat mengenai kawasan gempa secara keseluruhannya. Tetapi sebahagian mereka telah pulang antaranya Australia, Peranchis, Jepun, US, UK dan Negara Arab termasuk pasukan SMART dari Malaysia. Mereka lebih berfokus kepada memberi bantuan menyelamat mangsa. Sedangkan kami lebih kepada meneruskan pendidikan anak-anak pasca gempa.
Seterusnya kami ke Bukit Tinggi melihat kesan gempa yang lebih jauh. Kebetulan hari minggu kami dapat melihat masyarakat yang masih juga berlibur di Jam Gadang. Petangnya kami turun dan terus menginap di TONGGA RESORT Pariaman. Kami menemui beberapa sukarelawan asing yang msih berada dan mendapat sedikit maklumat disana. Menginap disini lebih selesa berbanding di Kota Padang dan kami yang keletihan tidur dengan lena. Pagi esoknya baru penulis ketahui bahawa bilik penulis betul-betul berada di garis retakan gempa.

Selesai bersarapan kami bergerak ke tiga Kacamatan Ampula, Pertemuan dan Padang Sago.
Pertama kami SD 02 Ampula, 97 orang murid dan 9 guru. Bangunan bilik darjah ranap sama sekali.
Sekolah kedua SMP N03 Ampula.170 orang murid dan 25 guru. Sekolah ini memerlukan set meja kerusi dan peralatan komputer.

SD 25 Ampula 73 murid dan 9 orang guru juga ranap dan tidak dapat di  gunakan. Pemerintah telah membangunkan bilik darjah sementara tetapi memerlukan kerusi dan meja guru.


Seterusnya kami ke Pesantren Nurul Yakin dengan 200 pelajar dan 10 orang guru. Sekolah ini adalah sekolah persendirian yang terlalu daif. Bukan sahaja bangunannya rosak tetapi keadaan penghuninya juga tinggal di pondok-pondok kecil yang dibuat oleh penjaga mereka. Sebahagian guru terpaksa bekerja sebelum datang untuk mengajar di sekolah ini. Kami bercadang menggantikan sebahagian kerusi meja dan menyediakan kemudahan di masjid untuk pelajar berjamaah. Walaupun pembaikan semula nampaknya agak pantas di sekolah ini tetapi ia merupakan asas bangunan sahaja, yang lain perlukan bantuan berterusan.

Kami juga melawat beberapa sekolah di Kacamatan Sago dan melihat kedhaifan yang serupa. Di Sago kampong Ibu Rosnida dan Pak Zam kami belikan sedikit makanan kepada kanak-kanak yang sedang belajar. Apa yang kami lihat adalah kegigihan guru yang terus memberikan tusyen kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Dengan bilik darjah berlantaikan tanah yang disediakan pemerintah saya melihat kegigihan berlaku. Ada juga yatim piatu yang kehilangan ahli keluarga dan trauma akibat gempa. Walau bagaimana pun kehidupan dan pembelajaran mereka diteruskan bersama guru-guru yang juga turut menerima musibah.
Dari Padang Sago kami ke Kacamatan Pertemuan kampong Pak Sudirman yang paling teruk dilanda gempa. Kami melihat kemusnahan yang tidak dapat diterima oleh perasaan. Apa yang saya fikirkan bagaimana hendak meneruskan kehidupan dan mencari makanan dalam keadaaan begitu.

Kami juga sempat singgah di kilang dan kedai membuat perabut dan peralatan sekolah bagi melihat harga yang boleh kami rundingkan. Masalah yang kami hadapi bahawa beberapa pengusaha adalah terdiri daripada pengusaha kecilan. Dan mereka juga menghadapi masalah bahan bekalan terutama kayu dan papan yang melonjak harganya berlipat kali ganda. Ini adalah kerana semua orang memerlukan papan dan kayu untuk membaiki kerosakan rumah mereka.  Kami juga mendapati bahawa bukan sahaja kayu hutan mereka juga menggunakan batang kelapa untuk dijadikan papan dan tiang bagi membina rumah mereka.
Kami di Kacamatan Pertemuan bernasib baik kerana singgah di Pusat kegiatan guru dan secara kebetulan semua kepala sekolah sedang bermesyuarat di situ jadi kami mengambil kesempatan untuk bertanya terus kepada mereka dengan masuk dalam mesyurat mereka. Kebetulan kami di terima baik oleh semua warga pemerintah pendidikan Pertamuan. Semuanya 14 sekolah dasar dan 4 sekolah Pertama SMP. Kami mendapat  maklumat sekolah yang terjejas teruk adalah sekolah SD 14 dan SD 01 iaitu sekolah yang terletak di pusat gempa yang hilang sekolahnya secara keseluruhan. Yang tertimbus bersama dengan 3 buah kampung yang berdekatan. 20 pelajar terkorban adalah mereka yang hilang bersama keluarga mereka.

Perbincangan kami dengan warga kepimpinan sekolah dapat memberikan gambaran yang lebih jelas apakah barang yang dapat kami bekalkan.
Kebetulan pada masa lawatan kami masih banyak mangsa yang tertimbus. Pak Sudirman sendiri Ibu, abang dan sepupunya masih tertimbus bersama dengan rumah keluarga beliau, hanya jenazah bapa dan seorang ahli keluarga yang lain dapat dikeluarkan oleh pasukan penyelamat. Beliau juga trauma dengan kejadian itu kerana pada tengahari kejadian beliau baru sahaja meninggalkan rumah keluarganya di Pertemuan balik ke rumah beliau sendiri di Kota Padang. Sekiranya beliau bertolak lewat sedikit sudah tentu beliau juga akan terlibat dalam musibah itu.
Kami sempat untuk melihat kawasan yang sangat kuat dilanda gempa dimana 3 buah kampung ranap sama sekali iaitu di kawasan Tandikek. Salah sebuah kampung itu adalah kampung Bapak Sudirman. Ketika kami sampai hujan agak lebat. Kami berteduh dan berbual dengan penduduk tempatan yang dalam keadaan truma.

Kami dapat melihat air yang turun dari celah-celah tanah itu masih mengeluarkan aroma mayat. Kami menghadiahkan fatihah kepada mangsa yang terkorban dan ada yang masih tertimbus di dalam timbunan tanah.
Banyak cerita-cerita seram yang kami dengar dari penduduk antaranya sepanjang beberapa hari selepas kejadian dikawasan runtuhan akan terdengar suara-suara ratapan dan memanggil-manggil ahli keluarga di kawasan tersebut. Ia hanya berlaku hingga 40 hari kejadian mengikut kata penduduk setempat.

Pasukan antarabangsa membina jambatan gantung dan mengeluarkan timbunan tanah setinggi pokok durian bagi mengeluarkan jalan masuk ke kampung tersebut.
Sebenarnya masih banyak mayat yang belum dikeluarkan di kawasan runtuhan. Ada rumah yang hanya tinggal lubang yang dalam dan hitam dipenuhi air yang berbau hanyir. Ada keluarga yang hanya dapat di keluarkan beberapa orang dari runtuhan rumah yang tenggelam selebihnya tidak ditemui.

Keadaan penduduk yang tauma masih amat terasa. Ada yang kehilangan semua keluarga ada yang terselamat dengan berbagai cerita. Keadaan tanah di Tandikek adalah merupakan kawasan pergunungan dengan sebatang sungai mengalir di celah lembah sawah. Penduduk agak padat di tiga buah kampung. Antara pendapat yang mengatakan bahawa kawasan tersebut telah di bangunkan sebagai kawasan perkelahan dihunjung minggu bagi remaja lelaki dan perempuan membuat maksiat. Ada yang mengatakan pada hari kejadian kebetulan ada majlis perkahwinan di salah sebuah rumah penduduk. Sebelah paginya majlis pernikahan berjalan mengikut syarak tetapi selepas tengahari majlis bertukar kepada keramaian dengan muzik yang gempak. Peristiwa gempa itu berlaku lewat petang dimana majlis sedang berlangsung dengan amat meriah.

Seluruh majlis dilonsorkan ke bahagian bawah bukit dalam keadaan menegak. Pokok kelapa juga bergerak dalam keadaan menegak menuju sungai dan rebah. Ini menggambarkan lapisan tanah yang bergerak itu adalah lapisan yang tebal. Video amatur banyak menujukkan penduduk berlari dari dikejar runtuhan itu di kawasan sawah padi. Ada yang tidak berpakaian dan bertempiaran bersama anak kecil. Kedaaannya seperti gambaran kiamat dimana setiap orang memikirkan nasib masing-masing. Banyak cerita dan gambar memberikan keinsafan kepada kami. Sekolah rendah ranap sama sekali hanya meninggalkan bekas tapaknya sahaja. Kematian dianggarkan sekitar 400 orang korban.
Pada malam itu kami menginap di Hotel Jakarta Kota Padang .  Dan malam berkenaan kami mengadakan perbincangan dengan Pak Sudirman, Ibu Rosnida dan wakil pembekal perabot dan pembekalan. Perbincangan ini memberikan kami pengalaman yang agak menarik. Pengalaman penulis 10 tahun sebagai pegawai pembangunan banyak membantu di dalam berurusan dengan pembekal. Sebagai contoh harga kerusi meja sepasang semasa kami bertanya secara terus dari pembekal adalah RP265. Kemudian harga meningkat kepada RP300 dan bila kami meminta dihantar keberapa lokasi harga meningkat menjadi RP325. Membeli dalam jumlah yang banyak merupakan halangan kami walaubagaimana pun kami cuba sedaya upaya untuk mencari opsyen yang terbaik.  

Hari terakhir kami di Kota Padang kami sempat melawat beberapa sekolah bertaraf antarabangsa sekolah Dasar dan Sekolah tadika yang hanya sebuah itu di Kota Padang, Sekolah ini mempunyai bangunan rekabentuk baru dan di tempatkan di kawasan Pariaman. Sekolah ini dipanggil sekolah bertaraf international.

Selepas makan tengahari kami bertolak balik dari Bandara Kota Minangkabau dan berharap maklumat yang kami perolehi akan memudahkan kami untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa tersebut.

Kota Padang dan musibah:

Kami pulang dan mencari lebih maklumat . Di kawasan Bandar lain pula ceritanya. Gedung dan bangunan banyak yang menyembah bumi. Tapi pandangan penduduk bangunan yang rosak teruk terdiri dari bangunan kerajaan , bank dan sebagainya. Amat pelik dan menginsafkan di mana bangunan pusat karaoke boleh ranap sedangkan bangunan di kiri dan di kanannya tidak sedikit pun retak. Ini adalah fenomena alam yang amat pelik. Seolah-olah melompat daripada satu bangunan ke bangunan yang lain.

 Keadaan kedua apabila bangunan terbenam lebih satu tingkat tetapi parit dan kawasan berturapnya tidak mengalami keretakan seolah-olah bangunan itu disedut. Ada keadaan di mana bangunannya berlapis tetapi lantainya tidak retak sedikit pun seolah-olah ditekan dari atas. Cerita hantu juga banyak kami dengar menjelang 40 hari selepas gempa terutama di kawasan hotel yang paling ramai mangsa. Juga di kawasan di mana terdapat pelajar sekolah yang terkorban. Terdapat satu jalan yang tidak berani dilalui oleh pemandu kenderaan kerana ada orang yang menumpang tiba-tiba dalam kenderaan. Cerita begini lenyap selepas 40 hari. Kita percaya kepada roh yang tidak tenang atau gangguan syaitan yang mengambil kesempatan dalam musibah tersebut.



Keadaan pelik ini kami ajukan kepada Timbalan Reaktor Universiti Andalas semasa kami membuat lawatan ke sana. Antara maklumat yang kami perolehi adalah keadaan ini di sebabkan oleh pembinaan bangunan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam pembinaan. Kebanyakan  bangunan batu yang tidak mengikut spesifikasi akan runtuh manakala rumah kayu boleh bertahan daripada pukulan gegaran yang kuat itu. Saya juga hairan tidak ada pokok dan jambatan atau tiang elektrik yang tumbang. Keadaan ini amat pelik. Semasa di kawasan abandar kami sempat menemui pusat agihan bantuan antarabangsa dan mendapat sedikit penerangan daripada pasukan yang terlibat.

Sukarelawan antarabangsa mendirikan khemah yang besar dengan kenderaan palang merah yang banyak. Terutama dari Australia, German dan Eropah. Mereka berada di sana bersama pasukan perubatan, kejuruteraan dan khidmat sosial. Kami melihat kaedah yang dilakukan oleh sukarelawan antarabangsa adalah membina sendiri penempatan dengan mengupah penduduk tempatan dalam aktiviti mereka. Antaranya mereka membuat bangunan sementara sekolah daripada dana pertubuhan sukarela. Membina bilik-bilik darjah sementara dan membersihkan kawasan runtuhan.
Keadaan amat meriah di mana makanan dan ubatan dari pasukan bantuan datang dengan banyaknya. Akan tetapi agihan tidak merata terutama kepada penduduk yang berada di pedalaman. Kebanyakan sukarelawan bertumpu di beberapa kawasan yang diarahkan. Pasukan kami banyak memasuki kawasan pendalaman mencari erti sebenar.

Kami masuk kependalaman Padang Sago. Melalui jalan yang kecil dan berliku. Di kawasan pedalaman kami melihat keadaan yang lebih tenang dan penuh keinsafan, anak-anak yatim tidak mendapat perhatian. Penduduk terpaksa bangun sendiri dalam kesusahan. Walaupun kawasan kampung dilihat amat tenang kerana tiada pokok yang tumbang dan tidak banyak rumah yang rebah. Terutama rumah kayu yang boleh bertahan. Tetapi penduduk tidak berani memasuki rumah mereka kerana keadaan retak dan strukturnya boleh ranap bila-bila masa.

Diceritakan ada keluarga yang cuba kembali ke rumah mereka pada waktu malam kerana tidak tertahan dengan kesejukan tidur berlantai tanah. Tetapi gegaran yang sedikit meranapkan semula bangunan itu dan mengorbankan semua mangsa. Mereka tidak berupaya untuk membaiki kerosakan kerana bukan sahaja harga yang mahal tetapi kerana tidak ada kayu yang boleh digunakan.

Pengilang-pengilang telah menjual batang kelapa untuk di jadikan papan dan tiang yang murah. Penulis juga sempat menziarah kawasan pesantren. Keadaan mereka bukan sahaja dhaif tetapi kesan gempa menambahkan kesukaran mereka untuk hidup. Dapur tempat memasak mereka rosak begitu juga bangunan sekolah. Guru-guru terpaksa mencari pekerjaan lain sebelah pagi bagi meneruskan kelansungan hidup. Anak-anak sekolah terpaksa mengambil upah untuk mendapat sedikit beras dan sayuran bagi di makan bersama kawan-kawan.
Keadaan sukar begini kerana mereka merupakan pengerak sekolah persendirian yang tidak banyak pembiayaan dari pemerintah. Oleh yang demikian mereka tertinggal daripada bantuan peringkat antarabangsa. Kedudukan mereka yang agak pedalaman juga menyebabkan mereka kurang mendapat perhatian.

Di Padang Sago kami menyemak keperluan sekolah merupakan meja kerusi, komputer, alat permainan pra sekolah dan pakaian. Kami masih melihat keadaan kesungguhan sukarelawan dan penduduk membangunkan semula sekolah walau pun murid dalam keadaan trauma.

Hasil daripada temu bual penduduk penulis dapat beberapa cerita bagaimana perasaan ketika gempa itu berlaku. Seorang ibu menyatakan bahawa dia sedang duduk di halaman rumah ketika bunyi yang amat dahsyat, dia berdiri mendukung anaknya. Seperti ada ular yang lalu di bawah bumi. Hanya empat detik sahaja perkara ini berlaku. Diangkat dan dihempas semula. Maka ranaplah Pariaman dalam sekelip mata.

Ada juga cerita saudara Ibu Rosnida yang bila keadaan gelap itu berjaya menarik anaknya keluar dari rumah dan sesaat sebelum dinding batu rumahnya menghempap mereka yang sedang menonton TV. Keadaan itu di ikuti oleh hujan dan gelap tidak ada air dan elektrik. Yang paling menyedihkan ada rumah yang tidak menyimpan makanan. Ini mengakibatkan mereka tidak tidur semalaman dan kelaparan, kebasahan dan trauma. Hari esoknya barulah mereka melakukan ikhtiar dengan bantuan saudara mara dan rakan sekampung.

enulis juga bertanya tidakkah berlaku kecurian dan dalam keadaan panik itu. Secara jujur mereka mengatakan ada juga peristiwa itu berlaku tetapi pelakunya dapat ditangkap dan dibakar hidup-hidup. Hukuman begini menyebabkan mereka tidak berani melakukan lagi. Keadaan di kampung agak berbeza dengan di Bandar kerana di kawasan Bandar pihak tentera dan sukarelawan banyak membantu dalam mengagihkan makanan. Tetapi di kawasan pedalaman agak lewat dan terhad bantuan yang di berikan.
Kami meninggalkan Kota Padang sarat dengan maklumat yang perlu disampaikan bagi membina strategi membantu sekolah-sekolah di Kota Padang.

PESERTA:

Peserta Sukarelawan Rintis Padang Pariaman Sumatra Barat, Indonesia 12-14 November 2009 selepas dilanda gempa 6.9. Skala Ritcher :

1. Hj Md Kasim Md Noah            Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Johor.
2. En A. Razak Karim              – Ketua Unit Piawaian SJQ JPN Johor.
3. En Zukkifli Selamat             – Sukarelawan,  Sosek Malindo
3. Hj Md Khir bin Yusof         – GB SK Kota Masai, Wakil MGB
4. Us Hj Khairozi bin Mohamad   – Pegawai Dakwah SPI JPN Johor.