ANTARABANGSA PADANG APRIL 2010
MISI HUBUNGAN ANTARABANGSA (DARI GURU KEPADA GURU)
Lapor: KASIM/RAZAK
ROMBONGAN KETIGA (3 hingga 6 April):
Sekembalinya saya dari misi antarabangsa pasca gempa
Padang rakan-rakan SPI terus tidak mahu diam memikirkan bagaimana kalau ada
sumbangan dari guru dan madarasah pula. Oleh yang demikian kami menyusuli satu
lagi gerakan ke Padang kali ini untuk melengkapkan sedikit janji kami kepada
surau dan rumah guru di Padang. Sedikit bantuan kami peroleh dari rakan-rakan
di sini dan menjadikan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pada mulanya saya agak keberatan untuk bersama tetapi
kerana memandangkan tiada siapa yang hendak mengepalai saya ikutkan juga
kehendak anak buah. Kemudian kami memujuk lagi Pengarah Tn Hj Sufaat dan Timbalan TN Hj Markom. Disaat akhir saya
berasa lega apabila susunan program Pengarah dan Timbalan dapat dianjakkan membolehkan
Pengarah dan Timbalan ikut serta.
Pengarah dan Timbalan sekali lagi bersetuju untuk ke Padang tetapi kali
ini bersama unit pengantarabangsaan Pn Rosliza. Program menjadi 3 dalam 1
selain dari melihat kemusnahan, membantu guru dan madrasah kami juga membuat
program pengantarabangsaan dengan sekolah-sekolah yang terbaik di Padang.
Antara sekolah yang kami pasangkan adalah seperti
berikut:
1. Sekolah Sains Muar dengan Sekolah
Menengah Atas Padang Panjang Bukit tinggi.
2. Sekolah Menengah Bandar Putra Kulai dengan
sekolah Menengah Rintisan Antarabangsa Lubuk Along.
3. SMK Mt Austin dengan Sekolah Menengah Pertama
Negeri 1 2X11, 6 Lingkung
4. SMK
Layang-layang dengan SMK Batang Anai.
5.
Sekolah Rendah Bertaraf Internasional SD01 Pariaman dengan Sekolah
Kebangsaan Tangkak.
Kami melihat bahawa gerakan antarbangsa ini amat
menarik walaupun dalam keadaan Kota Padang hancur dilanda gempa.
Disamping melihat persembahan dan sambutan yang amat
meriah kami menghulurkan sumbangan yang agak memuaskan. Di Padang Panjang kami
menyalurkan sumbangan daripada warga Sekolah Menengah Sains Muar anggaran
RM3,000.
Semasa di Lubuk Along kami menyumbang untuk dataran
sekolah tempat pelajar membuat
persembahan. Kami membuat pungutan di kalangan peserta berjaya
mengumpulkan lebih kurang RM2,000. Sehingga saat akhir kami masih mengumpul
sumbangan kepada 3 anak yatim yang mangsa gempa yang ditanggung oleh pihak
sekolah kerana mereka tiada tempat untuk menginap dan menanggung makan minum
mereka. Anggaran RM1,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Pengetua
sekolah.
Kekuatan yang kami perolehi adalah kerana warga
sekolah yang amat perihatin kepada anak sekolah. Ianya dapat dilihat daripada
raut wajah Pengetua SM Lubuk Along yang menitiskan airmata ketika menyampaikan
cerita penderitaan sekolah untuk bangkit semula selepas gempa. Bagaimana
bersyukurnya kita yang hanya dikehendaki meneruskan perjuangan orang yang
terdahulu daripada kita dalam keadaan aman. Penulis sendiri rasa ragu.
Mengenai bantuan kepada guru Ustaz Khairozi
mendapatkan sumbangan daripada guru-guru agama anggaran RM 10,000 diagihkan
bagi membina rumah beberapa orang guru yang dhaif. Ada diberitakan bahawa guru
sekolah ketika lawatan kami masih tinggal di dalam reban ayam kerana tiada
kewangan untuk membangunkan semula rumah mereka yang musnah. Keadaan ini
sebenarnya amat menyayat hati kita dan sepatutnya disebar luaskan. Pengalaman
begini hanya penulis perolehi ketika berada di lokasi. Kerana kita yang tiada
di sana tidak dapat merasakan keadaan di sini. Lebih lebih lagi apabila kita
mendengar dan disogokkan dengan berbagai cerita yang tidak menyenangkan.

Penulis sendiri mendapat beberapa janji dari
rakan-rakan yang ingin menyumbangkan sebelum pemergian tetapi sampai masa tidak
sampai 50 % yang menunaikan janji. Tetapi perjuangan tetap diteruskan. Walau bagaimanapun
sumbangan daripada rakan-rakan lama banyak membantu kami meneruskan kelansungan
kemanusiaan di Padang. Terima kasih orang Padang tidak dapat penulis sampaikan
kepada semua penderma kerana kesuntukan ruang. Hanya ALLAH yang dapat membalas
dan memberikan perhitungan yang saksama dan adil.

Walaupun penulis kali ketiga berada di Padang dalam
suasana dan pendekatan yang berbeza akan tetapi penulis berasakan kekuatan
penyumbang tegar kepada misi ini sentiasa di belakang penulis. Walaupun mereka
tidak kelihatan rupanya dimata penulis tetapi penulis percaya mereka adalah
insan yang mulia dan dimuliakan Allah. Penulis berpeluang menghadiri suasana
begini selepas setengah abad bagaimanakah caranya kita dapat menggerakkan lebih
ramai orang muda kita menghayati suasana begini jika kita tidak mendedahkan
mereka. Soalnya siapakah yang hendak ke hadapan . Siapa yang hendak memulakan.
Berapa lama kami boleh bertahan dalam kedaaan begini. Kami mengharapkan lebih
banyak pemimpin muda seperti En Razak dan Ustaz Khairozi mengepalai misi di masa
yang akan datang. Tidakkah ini dakwah kepada diri kita sendiri.
HARI PERTAMA: 3 April
2010 (sabtu)
Kami sampai di Lapangan Terbang Minangkabau pada jam
4.00 petang disambut oleh ibu Rosnida dan sukarelawan Padang dan dibawa melalui
kawasan gempa sepanjang perjalanan dari Kota Padang ke Bukit Tinggi. Kami
menginap di Parai Bukit Tinggi Resort yang mempunyai panaroma yang cukup indah
dan nyaman.
Sebelah malamnya kami makan malam bersama Pengetua Sekolah
Padang yang akan kami kembar dan Pegawai Dinas. Kami dipersembahkan dengan lagu
dan tarian pecah kaca daripada pasukan kebudayaan Bukit Tinggi juga amat
mengasyikkan. Cikgu Bakar Pengetua Dato Bentara Luar adalah wakil kami pada
malam itu menyanyikan beberapa buah lagu dengan amat profesionalnya. Hebat
Pengetua kita.
HARI KEDUA: 4 April
2010 (aHAD)
Kami bersiap awal pagi dan menuju SMK Padang panjang.
Sekolah ini adalah sekolah kembar dengan Sekolah Sains Muar. Disi kami disambut
oleh pelajar. Antara yang menarik disini adalah bagunan taklimat kami adalah
sebuah bangunan lama kayu yang mengunakan seni bina Belanda menggunakan bumbung
gantung. Sekiranya anda seorang arkitek pastinya anda akan terpegun melihat
bagaimana sebuah dewan yang dibina ratusan tahun lamanya menggunakan seni gantungan bumbung
yang hebat. Bagi orang muda bangunan ini hanyalah sebuah bangunan kayu yang
lama.
Anuar, Idris, Jasni, Halil, Penulis, Salleha, Ramlan
di hadapan SMA Negeri 1 Padang Panjang, Rintisan SMA Bertaraf Internasional
Kedua penulis terpegun dengan persembahan seorang
pelajar yang membaca ayat suci secara hafalan. Seorang gadis yang manis. Saya
dan Hajah Ezah mencari semula pelajar
ini selepas acara untuk bergambar dan memberi sumbangan kepada beliau.
Istimewanya pelajar ini ialah membawa lagu minang yang mengasyikkan. Saya
bertanya dengan Ustaz Omar apakah jenis lagu yang dibawa. Kemudian ustaz Omar
cuba melagukan semula memang betul. Ini lagu yang pertama saya dengar memang
hebat.
Ketiga semasa majlis jamuan kami dihidangkan dengan
sejenis makanan tradisi Bukit Tinggi iaitu lemang dan tapai pulut hitam.
Bagaimana hendak memakan lemang dicampur dengan tapai pulut hitam. Agak luar
biasa juga rasanya. Datanglah ke Padang Panjang jika hendak rasa.
Selepas itu rombongan berpecah dua. Sebahagian ke rumah adat Minangkabau
dan sebahagian pergi bermain golf.
Pakaian tradisional pengantin Minangkabau.
Pada petangnya kami singgah ke rumah gadang dan jam
besar. Biasalah Membeli belah. Sebahagian turun ke Lubuk Anak untuk bermain
Golf Padang Lubuk Anai cantik, agak
lembut dan tidak kelihatan kesan gempa. Malangnya permainan tidak dapat ditamatkan
kerana hujan lebat pada petang itu. Walau bagaimana pun permainan saya tidak begitu
baik pada petang itu kerana tidak membawa kelengkapan yang cukup dan bola
sering hilang. Tuan Hj Markom mendenda saya setiap kali bola hilang walaupun
jatuh di tengah padang.
Hari Ketiga: 5 April 2010
(Isnin)
Kami bertolak menuruni jalan dari Bukit Tinggi melalui
beberapa kawasan gelonsoran dan keadaan ini amat mencemaskan dan hanya tuhan
yang menyelamatkan perserta rombongan daripada sebarang malapetaka. Ini adalah
contoh jalan yang kami lalui.
Kami turun hari ketiga meneruskan misi antarabangsa
dengan memulakan lawatan ke SMK Lubuk Along. Disini kami disambut daripada
pintu pagar hingga dewan jamuan. Turut serta adalah Kepala Dinas Pariaman dan
semua Guru Besar yang terlibat dengan program ini. Sekolah yang di pasangkan
adalah Sekolah Menengah Bandar Putra Kulai di mana Pengetuanya En Azman turut
berucap dan memberikan sumbangan. Kami membuat pungutan daripada ahli rombongan untuk sekolah dan 3 orang anak
yatim yang ditanggung oleh sekolah.
Kami meneruskan perjalanan ke Batang Anai di mana SMK Layang-Layang
Kluang dikembarkan dengan sekolah tersebut. Di sekolah ini kami berpeluang
melihat bilik darjah sementara yang dibina semasa pasca gempa. Sekolah ini
mempunyai keunikan yang tersendiri kerana menunjukkan keterampilannya.
Kami meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Pertama
Negeri 1 2X11, 6 Lingkung di mana ia dikembarkan dengan SMK Taman Mt Austin dan
Pn.Hjh Saleha binti Abd. Kahar sebagai pengetua turut menyampaikan sumbangan
daripada warga sekolah kepada Bapak Zulkifli, Pengetua sekolah. Keunikan
sekolah ini daripada kacamata penulis selain daripada makanan berupa telur asin
dan nasi pulut yang saya lupa namanya. Mata penulis terpaku melihat satu papan
kenyataan seperti gambar di bawah. Sangat cantik bahasanya dan boleh dibawa
balik sebagai ganjaran lawatan sekolah ini.
AKU MALU KALAU
LAMBAT???? Kelas yang runtuh akibat gempa.
Kelas sementara yang berlantaikan tanah ini dibina
pemerintah.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dan bersolat di
sebuah madrasah yang telah diaturkan oleh Ustaz Khairozi. Di Madrasah ini kami
melihat kesan runtuhan dan memberikan sedikit sumbangan daripada pungutan unit
agama. Saya melihat madarasah ini dibangunkan dari hasil kerjasama masyarakat
dana berdiri sendiri sebagai sebahagian dari tuntutan gerakan dakwah nusantara.
Kemudian kami singgah di rumah guru yang sedang dalam
pembinaan tetapi kerana gempa bangunan itu tidak boleh dipakai atau dibaiki.
Disinilah kami menyampaikan sumbangan daripada guru kepada guru. Nampaknya kita
tidak berupaya untuk membantu semua tetapi sebahagian kecil dan lawatan kami
dapat memberikan semangat kepada mereka yang bergelar pendidik yang ditimpa malapeteka
itu.


Penghujung hari kami singgah di sekolah rekabentuk
bertaraf international di Pariaman. Sekolah ini adalah sekolah rendah dan
tadika. Hanya sebuah di padang di Kampung Pak Sudirman Ketua pra sekolah Dinas
Pendidikan Padang. Bangunannya kita lihat adalah mirip Design and build di tempat kita. Hanya satu buah. Diulangkan hanya
sebuah dan masih dalam pembinaan. Bayangkan di Johor sahaja tahun 2002 saya
meninggalkan sebanyak 92 buah sekolah Design
and Build yang tersergam. Bagaimanakah cara kita mensyukuri nikmat itu
selepas hampir 10 tahun. Adakah kita telah mendapat nikmat sebenarnya dari
pembangunan di tempat kita. Itulah yang menjadikan penulis sangat insaf dengan
semangat membara untuk memajukan sekolah-sekolah kita melalui Sektor Kualiti
kami.
Inilah semangat yang kita hendak sampaikan kepada
sekolah seperti SMK Mt Austin dan Bandar Putra Kulai yang mendapat bangunan design and build. Mereka telah membina
semangat bersama dengan bangunan. Bagaimana kita membangunkan bangunan kita?
Apakah kata-kata Churchill the building
will design us tidak berlaku???
Antara perkara menarik yang penulis perhatikan di sekolah
ini adalah pejabat pentadbirannya mempunyai takwim yang dicatatkan program yang
hendak dilakukan di sekolah mereka sepanjang tahun. Ini baik untuk sekolah kita
penulis juga mendapati beberapa sekolah lain juga mempunyai pelan takwim
sekolah ini semacam seragam. Ia bukan sekadar takwim sekolah tetapi juga
merupakan perancangan dan senarai tugas setiap unit membangunkan sekolah. Ia
sesuatu yang baik jika ditiru
Cerita kedua yang menarik di sekolah ini adalah kerana
ia memiliki sebuah mini zoo berbagai binatang kecil. Antara binatang yang paling menarik adalah AYAM istimewa yang berkokok seperti orang ketawa.
Harga ayam ini sangat mahal berdasarkan berapa kali ulangan bunyi suaranya.
Sekolah ini dipasangkan dengan sebuah sekolah Kebangsaan
Ledang Tangkak. Guru besar sekolah ini
juga menerima sumbangan daripada ahli rombongan.
Walaupun kami memenuhi lawatan satu hari yang
memenatkan tetapi berasa sangat puas dapat melihat kehebatan disamping
penderitaan yang ditanggung oleh orang Minang di Padang Pariaman ini.
HARI KEMPAT: 6 April 2010 (Selasa)
Kami bersiar-siar di kawasan kota melihat beberapa
kesan runtuhan dan makan telur penyu yang diambil dari Pulau Mentawai. Semasa
artikel ini diedit Pulau Mentawai baru seminggu diserang tsunami sedalam 3
meter dan melibatkan hampir 500 orang terkorban. Kami juga merasakan bahawa
keinsafan diri berada di bumi Malaysia amat berkesan kepada kami apabila berada
di kawasan bencana.
Kami meninggalkan Padang pada jam 3.00 petang dan
berlepas pulang ke tanah air tercinta.
AHLI
ROMBONGAN SUKARELAWAN PELAJARAN JOHOR
|
|
Misi
Pengantarabangsaan Sekolah
|
|
MANGSA
GEMPABUMI PADANG INDONESIA DAN PROGRAM LAWATAN PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH
|
|
Bil
|
Nama
|
Jawatan
|
|
|
1
|
Tuan Hj. Sufa’at bin Tumin
|
Pengarah Pelajaran Johor
|
|
2
|
Pn. Hjj Hamidah binti Ibrahim
|
Aktivis Sukarelawan Johor
|
|
3
|
Tuan Hj. Markom bin Giran
|
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
|
|
4
|
Tuan Hj. Md. Kassim bin Md. Noah
|
Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti
|
|
5
|
Tn. Hj. Mohd. Basari bin Hj. Abdul Manan
|
Sektor Pendidikan Islam
|
|
6
|
Tn. Hj. Jasni bin Omar
|
Sektor Pengurusan sekolah
|
|
7
|
Tn.
Hj. Abu Talib bin Abdullah
|
Sektor
Pengurusan Akademik
|
|
8
|
Tn. Hj. Shahrom bin Sukari
|
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
|
|
9
|
En. Anuar bin Sukiran
|
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
|
|
10
|
Tn. Hj. Mansor bin Abdul Aziz
|
Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
|
|
11
|
PN. MAIMON BINTI MOKHTAR
|
Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
|
|
12
|
Tn. Hj. Omar bin Salleh
|
Sektor Pendidikan Islam
|
|
13
|
Ust. Mohd. Hairozi bin Muhammad
|
Sektor Pendidikan Islam
|
|
14
|
Pn. Rosliza binti Rosli
|
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
|
|
15
|
Tn. Hj. Mohd. Saat bin Hj. Mohd. Ansor
|
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
|
|
16
|
Tn. Hj. Idris bin Abu Bakar
|
Sektor Pengurusan Akademik
|
|
17
|
Cik Norbiha binti Buang
|
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
|
|
18
|
En. Shanmuganathan a/l
Suppiah
|
Sektor Pengurusan Akademik
|
|
19
|
Tn Hj Kmarudin bin Saayun
|
TPPD Johor Bahru
|
|
20
|
EN. SUPIANDI BIN YUSOF
|
TPPD Pasir Gudang
|
|
21
|
EN. SAMION BIN KASSIM
|
TPPD Kota Tinggi
|
|
22
|
EN. MD. JAIS BIN SAMAT
|
TPPD Mersing
|
|
23
|
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG
|
TPPD Kluang
|
|
24
|
En Abd HAmid bin A Bakar
|
TPPD Pontian
|
|
25
|
EN. ANUAR BIN JAIS
|
TPPD Kulai
|
|
26
|
EN. MOHSIN BIN IBRAHIM
|
TPPD Batu Pahat
|
|
27
|
EN. DIN BIN SAARI
|
Sektor Pengurusan Sekolah
|
|
28
|
Tn. Hj. Hassan bin Topit
|
Pengetua SBP Sains Kota Tinggi
|
|
29
|
En. Aziz bin Md. Derus
|
Penyelia Kanan PPD Kulai
|
|
30
|
En Ramlan bin Abd Rawi
|
Pengetua SMK Air Twar KTinggi
|
|
31
|
En. Zakaria bin Abdul Rahman
|
Aktivis Sukarelawan P. Gudang
|
|
32
|
En. Azim bin Mohd. Dom
|
Aktivis Sukarelawan Kulai
|
|
33
|
En. Thazali bin Imam
|
Aktivis Sukarelawan Kulai
|
|
34
|
EN. ISMAIL BIN OSMAN
|
Berita RTM Johor
|
|
35
|
EN. MADHAVAN K APPOO
|
Berita RTM Johor
|
|
36
|
Hj. Mohd. Bakri bin Md. Diah
|
Sektor Pengurusan Sekolah
|
|
37
|
EN. A.RAZAK BIN A.KARIM
|
Sektor Jaminan Kualiti
|
|
38
|
Tn Hj Shaharudin b Saari
|
PENGETUA SMK TAMAN DESA SKUDAI
|
|
39
|
Tn Hj A Manaf Muslimin
|
Pengetua SMK Johor Jaya 1 PG.
|
|
40
|
TN. HJ. SAMIAN BIN SAWIYO
|
PENGETUA SM SAINS MUAR
|
|
41
|
TN. HJ. ISMAIL BIN ROSDI
|
PENGETUA SMK DESA CEMERLANG, PG
|
|
42
|
En Mastura Aladin bin Mesri
|
PENGETUA SMK AYER BALOI, PONTIAN
|
|
43
|
TN. HJ. ROZALI BIN JEMALI
|
Pengetua SMK Dato Hj Hassan Yunus
|
|
44
|
EN. AZMAN BIN ADNAN
|
PENGETUA SMK BANDAR PUTRA KULAI
|
|
45
|
TN. HJ. IDRIS BIN AHMAD
|
Pengetua SBP Sul Iskandar Mersing
|
|
46
|
Tn Hj Muhamad bin Mahadi
|
PENGETUA SMK TANJUNG DATUK
|
|
47
|
Tn Hj Abu BAkar sidek Kasbi
|
Pengetua SMK Dato Bentara Luar BP
|
|
48
|
Tn Hj Abd Halil bin Abu Bakar
|
PENGETUA SMK PERMAS JAYA 3, PG
|
|
49
|
CIK ZAHARAH BINTI MD TOP
|
GURU BESAR SK. TEMIANG, MUAR
|
|
50
|
PN. ROSMIZAN BINTI JAMALUDIN
|
GURU BESAR SK. LEDANG,TANGKAK
|
|
51
|
HJ Norezah bte Mohamad
|
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
|
|
52
|
PN. SITI HAJAR BINTI MAHPOL
|
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
|
|
53
|
HJH Saleha bte Abd Kahar
|
PENGETUA SMK MOUNT AUSTIN
|
|
54
|
TN. HJ. MISTI BIN KANA
|
PENGETUA SMK PASIR GUDANG
|
|