Isnin, 29 September 2014

Kenduri Kampong Sdok Min Chai, Speu Province, Kampuchea


K12:Community Service, Cambodia Team 10.
(15-18 Ogos 2014)
Kenduri Kampong Sdok Min Chai, Speu Province, Kampuchea.


Kenduri Sdok Min Chai?? Kemana pulak Team 10 kali ini, Ikut aje lah.,  semua urusan di atur oleh haji Zulkifli dari Perak. Kami bertolak awal pagi Jumaat 15hb. Ogos 2014. Rombongan kami seramai 9 orang. Riduan dengan anaknya Amar dan Daneal, Haji Omar bersama isterinya Hajah Saniah. Haji Zulkifli, Azmi, saya dan  Tuan Haji Rosland Hussin mantan Pengarah Bahagian. Saya terpaksa mewakilkan sesi mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Di Port Dickson malam tadi kepada Aidie. Kerana jadual saya telah ditetapkan lebih awal.

Riduan dan Haji Rosland menjemput saya di rumah jam 3.30 pagi dan kami bertolak ke KLIA2. Daftar masuk  dan solat subuh. Kami terus ke Terminal P03 dan berlepas jam 630 pagi. Sampai di Phnom phen Saya menghubungi sahabat saya Brother Chapratana dari MOE dia bersedia mengambil saya bila saya perlukan. Seronok benar bila saya mempunyai kawan APCEIU serata Asia Pasifik. Dan Kami sangat rapat. kami bersarapan dan daftar masuk di Hotel Asia, USD17 sahaja  kerana telah ditempah awal oleh Azmi jika tidak saya terpaksa membayar USD63. Biliknya cantik dan ada KFC dibahagian bawah hotel. Saya membuat semakan harga makanan lebih kurang sama dengan di tempat kita. Ada 10 buah semuanya 9 di Phnom Pehn dan satu di Seam Reap, semuanya halal. Saya pernah terserempak dengan petugas Ayam Mas warga Malaysia yang mengusahakan 3 ladang ternakan ayam di Phnom Pehn dalam lawatan dahulu.

Kami bertolak ke central market. Beli sedikit pakaian dan bertolak ke Masjid Jamek Batu lapan. Selesai solat Jumaat kami makan tengahari. Kami ke kedai solar dan Haji Zul dan Riduan sangat tertarik dengan teknologi ini kerana sangat praktikal untuk masjid dan surau di Kemboja dan harganya sangat murah.Isteri Haji Omar ambil kesempatan untuk mencuci rambut. Kemudian kami ke central market lagi untuk membeli belah. Tetunya kali ini saya akan ke Gerai 9/10  jurujualnya Saripah tidak boleh kami lupakan. Istimewa gerai ini adalah kerana harga sangat berpatutan yang ditawarkan tanpa kita perlu tawar menawar. Saripah sebenarnya bukanlah nama dia tetapi diberi oleh orang Malaysia. Dia adalah gadis Khmer bernama POH. Dalam sesi sebelum Jumaat tadi Haji Zul telah lebih dahulu ke Gerai Saripah, siap bergambar lagi. Kali ini Haji Omar pula ambil gambar saya dengan Saripah siap pakai tudung lagi.  


Setelah membeli sedikit buah tangan untuk isteri dan anak-anak, Kalau ke Kemboja saya jarang membeli belah tapi kali ini saya teringatkan anak-anak ada memberikan saya sedikit duit raya lepas jadi patut rasanya saya beli mereka sepasang pakaian. Saya merayau sekitar central market masih tidak dapat membelikan buah tangan untuk dua cucu comel saya. Haji Omar yang sangat teruja kali pertama ke kemboja. Saya tunjukkan tempat peniaga menjual cengkerik, belalang, labah-labah goreng. Kali ini saya jumpa anak katak goreng dan riang-riang goreng. Agak istimewa bagi saya. Semasa ke masjid tadi penjual kura-kura goreng baru saja menutup kedainya di bawah jambatan. Tidak sempat saya tujukkan pada Haji Rosland.

Hari mula mendung dan kawan kawan yang lain telah balik ke hotel dengan tuktuk dan berjalan kaki kerana jarak dengan hotel kami sangat dekat. Pulang ke hotel kami berihat, saya mandi dan ambil rehat sebentar. Petang ini kami cadangkan kepada rakan agar menaiki boat di sungai Mekong jam 5 petang kerana saya akan berjumpa dengan Brother Ratana hingga malam. Chapratana agak sibuk dan Haji Zul sedang tidur saya ambil kesempatan untuk ke Dentis yang berdekatan untuk rawatan hanya USD10. Balik ke hotel saya sempat berkenalan dengan Mr Dickson Chea, berasal dari Pulau Pinang yang telah 15 tahun berniaga di Kemboja di lobi. Sangat mengujakan bila berjumpa orang tempatan. Tempat kami menginap ini tidak ramai orang Malaysia. Berbanding dengan New York Hotel. Selesai solat magrib dan isyak saya keluar balik dengan Haji Zul di jemput oleh Ratana. Seronok kami berbual sambil menikmati makanan laut. ketam, udang,ikan dan terung bakar. Hanya sesenduk sahaja nasi yang terluak bagi 3 orang yang makan. Sebenarnya kami meratah makanan laut dan sayuran bakar sahaja. Kami menghubungi Piya di Bangkok. Piya tidak dapat bersama kami kerana urusan UNESCO di tempat lain.

Kami balik ke Hotel sekitar jam 1100 malam dan meronda melihat kehidupan malam di Phnom Pehn. Sebenarnya kami hendak minum teh tarik kegemaran saya. Kalau tidak dapat susu malam ini esok perut saya akan meragam. Banyak Restoran berdekatan menyajikan makanan sejuk, sukar sangat hendak mencari minuman panas. Saya ada membeli 2 kotak white coffee semasa di airport tetapi saya berikan kedua-duanya pada Ratana kerana saya ingin sampaikan satu kotak kepada Mr Chow, State secretary yang selalu melayan kami di Phom Pehn. Kami balik ke hotel jam 12 malam.

Sabtu 16hb. Ogos:

Kami bersiap keluar dan bersarapan. Destinasi kami hari ini adalah kampong spur 75 km dari Phnom Pehn menggunakan Jalan No.04 arah Ke Rong Preah Sihanouk . Perjalanan mengikut Rout 04 sangat mengujakan. Kali ini kami bergerak kearah Laut. Kawasan ini tidak ramai orang muslim. Jadi kami tidak makan sepanjang perjalanan. Kami singgah di melihat pasar. Membeli sedikit roti dan biskut untuk anak-anak di kampong. Singgah lagi digerai tepi jalan yang menjual produk rebung.  Mereka sangat kreatif membuat jeruk rebung berlada yang boleh dimakan terus. Ada juga rebung yang di hiris nipis dan di keringkan. Untuk di masak. Tetapi yang amat menarik bagi ahli rombongan adalah kayu berlian dan cendawan Ganoderma. Sangat murah. Riduan beli 2 kilo. Dan berbahagi dengan Haji Omar. Saya membeli jeruk rebung hendak merasa produk tempatan, saya pernah makan jeruk rebung dari Felda Pemanis Segamat tetapi cukanya sangat keras. Disini mereka tidak gunakan cuka sebaliknya hanya lada dan garam macam kimchi  Korea. Boleh di makan terus.


Dalam perjalanan kali ini kami berasa sangat lapar. Kami makan mangga, buah bidara, biskut dan roti perancis yang kami beli untuk mengalas perut. Seronok berjenaka dalam kenderaan tidak perasaan masa berlalu. Kami daftar masuk disebuah rumah tumpangan USD 15 semalam di Kiri Rom, Kawasan ini berdekatan dengan Kiri Rom National Park pada asalnya Ustaz Zuhdi sudah membawa kami masuk ke kirirom National Park tetapi bila perut kami sangat lapar dan perjalanan melalui kampong terasa sangat jauh kami berpatah balik ke pekan Kirirom dan daftar masuk ke Homestay Kirirom. Boleh tahan biliknya. Saya ambil kesempatan untuk mandi sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan kampong. Ini Gambar dulu masa saya belajar buat atap lalang dengan menantu pak imam Pursat dan tengok kura-kura goreng dan cengkerik goreng berlada bawah jambatan.


Kampung ini bernama Sdok Min Chai, Zero Carbon Resetlement Project Kampong Speu Province. Bahagian luar kampong adalah penempatan tersusun bekas askar. Saya lihat perbezaan luas tapak rumah  bergantung kepada pangkat mereka. Rumah kotak tinggi sebuah cantik tersusun. Dinding papan, atap zing dan bertiang kayu yang tinggi. Di belakang penempatan inilah kerajaan kurniakan kepada penduduk miskin Khmer satu tapak rumah 40 X 30 meter dan satu hektar kebun untuk bercucuk tanam. 76 pendududk Khmer telah memasuki kawasan ini selama 3 tahun. Bakinya dipohon oleh persatuan UTDA (yang saya penasihatnya) untuk penduduk Islam. Kerajaan telah berstuju memberikan kunia kepada 40 penduduk pada bulan puasa yang lepas di uruskan oleh ustaz Zuhdi. Saya di berikan satu tapak tapi saya berikan pada ustaz Zuhdi dan iparnya. 2 hektar tapak masjid di berikan bersebelahan dengan  tapak sekolah.


Kawasan ini di bangunkan dengan kerjasama dari  NGO dari singapura yang membina sekolah dan sedikit frasarana. Mereka adalah dari Hope Village Fund dan Hemesperes Foundation Singapore. Kebanyakan rumah disini adalah pondok 4 segi dari lalang dan pangkin buluh. Istilah saya atap, daun, dinding daun dan pintu juga dari daun tetapi sangat nyaman. Penduduk mula membina pagar buluh, menanam jagung, membela lembu, dan ada yang baru membajak tanah. Qualiti tanah disini lebih baik dari penempatan di Pursat. Tidak banjir dan tanah lebih subur. Sebuah rumah lalang ini dianggarkan USD 150 untuk bahan dan upah. Surau kami masih berlantai plywood dan beratap lalang. Kami sampai disambut oleh hujan panas saya kasihan dengan seorang kanak-kanak kurus dan kesejukan semasa kami makan dia telah sampai tetapi tidak makan bersama kami. Kerana dia budak Khmer yang datang membawa bahan untuk balai kami dengan Kubota. Selesai makan saya menghidupkan api dapor kayu dan suruh dia berdiang. Saya berikan sedikit makanan kepada dia. Kami mengambil air sembahyang menggunakan air hujan yang turun dari atap surau. Selesai solat penduduk sudah mula datang untuk bergotong royong. Lembu juga telah diikat. Kepala saya agak berat kerana masuk angin. Saya ambil panadol soluble Riduan untuk menahan sakit.


Kami mengagihkan biskut dan roti kepada anak-anak yang datang. Mereka sangat tertib dan tidak berebut, Menyembah kami sebelum menerima makanan yang kami agihkan. bercampur anak Khmer dan anak muslim. Saya sungguh terharu.


Kami membantu penduduk kampong memasang khemah, menyembelih lembu dan menyediakan makanan malam. Daging Bakar. Ikan Toman dan ikan keli yang kami beli tadi pun kami bakar juga. Anak Riduan dan Hajjah Saniah yang jadi masterchef hari ini. Saya teringatkan rempah mee bandung Muar dan rempah sup Adami yang banyak di rumah saya lebihan kenduri hari raya yang lepas. Kenapakah saya tidak terfikir hendak bawa semua tu. Ini semua kerana sepanjang 3 minggu saya sibuk dengan tugasan pejabat. Berselera juga kami makan malam itu. Tapi saya tidak boleh makan banyak kerana perut sudah masuk angin. Saya orang yang pertama berhenti makan berbanding dengan waktu asar tadi. Saya masih memikirkan bahgaimana saya hendak dapat teh tarik malam ini.


Selesai makan dan berbual dengan penduduk kampong kami bertolak balik ke hotel dan menginap. Kalau saya bawa pakaian tadi tentunya saya tidur di surau yang nyaman ini. Saya boleh buat qiamulail dan sebagainya. Saya kehilangan peluang ini kerana saya dalam keadaan tidak sihat. Jeket pun saya tertinggal di hotel. Badan saya sudah mula seram sejuk. Petang itu amat mengembirakan ahli rombongan kerana mengusik seorang anak gadis yang baru tiga hari tinggal di rumah bapanya berdekatan surau. Maya namanya dan fasih berbahasa melayu kerana baru pulang April lepas dari bekerja di kedai pakaian di Jalan Abdul Rahman Muar. Ramailah yang mengusik. Maya semenjak pulang bekerja di kilang di Phnom Pehn dengan pendapatan USD115 tidak cukup untuk makan dan tempat tinggal katanya. Duduk dikampung dia tidak biasa. Bapanya tidak benarkan dia bekerja kilang dan minta Maya menjaga neneknya di Phnom Pehn sambil membantu bapa saudaranya berniaga di pasar. Inilah kehidupan generasi baru yang tidak selesa duduk dirumah kotak lagi. Hendak masak tidak tahu hendak bertani tidak tahu. Jadi sepanjang petang Hajjah Saniah isteri haji omar menasihatkan dia berbagai perkara untuk survival di kawasan tersebut. Saya cadangkan beliau membantu ustaz Zuhdi menguruskan persatuan. Sekurang kurangnya beliau boleh menguruskan pakej dan perjalanan rombongan dari Malaysia.


Kami berbincang tentang kemajuan persatuan. Saya mula datang untuk memulakan penggajian ustaz fardhu ain bagi Ustaz Mahir di Krong Kampung Cham dan Ustaz Samad Klang Sbaek Krong Kampong Chnang Kemudian 3 tahun lepas kita ke Roliang Krong Pursat menjadi lima kampong.

Kg. Krosah Tmay 345 ahli Ustaz Ahmad Abu Bakar, Kg Oh Smach 64 Ahli Imam Taib Ismail. Kg Bray Bith 450 ahli Ustaz Wandim Mad. Kg Oh Rong 195 ahli Ustaz Abd Rahman Bakar. Kg Phom Dual Oh Loy 55 ahli Ustaz Abd Latif. Kg Jrolong Kaisna 48 Ahli Ahmad Musa. Kg Jrolong Kaisna2 108 Ahli Imam Yusoh Musa. Kg Kg Suai Pakau 35 ahli Ustaz Adam Yusof. Kg Dual Pongro 250 ahli Ustaz Isa Ibrahim. Kg Kg Trobiang khtum 239 ahli UStaz Adam Yakob. Kg Oh Sandan 227 Ahli Ustaz Abdullah Hamid. Kg Roliang 140 Ahli Ustaz Hj Adam.

Kemudian ke Pursat, Rolip Duot, Srai Sa, Swai Pakau, Hom Tual, Orong  adalah yang paling ramai ahli 400 ahli orang semuanya, Termo So, Chuk So, Oh Sedan, Pret Pih dan kali ini di Sdok Min Chai. Bermula dari 114 ahli sekarang sudah menjangkau 2000 ahli. Bermula dari 3 orang ustaz kita telah menggaji guru dan membayar elaun sukarelawan seramai 20 orang. Saya terkenangkan Cikgu Saniah dari Pulau Pinang yang menanggung elaun salah seorang guru ini selama setahun, Haji Misti dan Haji Tazali dari JB dan Haji Zulkifli dari Muar. Jasa insan kerdil seperti inilah yang tidak terbalas oleh kami hanya Tuhan sahaja yang membalas jasa baik Mereka. Saya hanya menggerakkan kerana saya juga tidak punya kelebihan. Kami memasuki kawasan pendalaman membantu saudara kaum muslim yang terhimpit oleh dakwah musuh dan kemiskinan dengan apa yang kami ada.

AHAD 17hb ogos 2014

Esoknya kami chek out lagi dan bergerak masuk ke kampong. Kami beli sarapan agak banyak, telur, minyak, tepung, susu, ovaltine. Kopi gula. Saya juga memungut berus gigi dari setiap bilik untuk di berikan kepada anak-anak disana. Dapatlah dalam 10 batang. Berus gigi percuma hotel dan sabun mandi yang tidak di pakai.

Kami singgah di pasar membeli terung, kapsikum. Menariknya dipasar ini walaupun masyarakat rata-rata miskin dan berpendapatan rendah tetapi makanan di pasar adalah angat segar berbanding dengan pasar di tempat kita. Di pasar kering berasnya putih dan cantik serta baru, di pasar sayur, kangkung dan sayurnya sangat baru dan bersih. begitu juga pasar basahnya ikan, sotong dan ketam sangat bersih dan baru. 


Kami sampai lewat hampir pukul 1000 pagi kami belum bersarapan. Saya terus ambil cawan buat ovaltine untuk stabilkan asid perut saya. Kalau tidak petang nanti saya pasti rebah. Belum pun habis minuman rombongan Menteri sudah sampai. Saya terpaksa melayan Dato Menteri dan rombongannya. Makanan kami adalah cekodok bawang, Roti, Biskut, kopi panas, kemudian terung bakar dengan kapsikum, barulah nasi, sup dan daging bakar.


Majlis kami kali ini diraikan oleh Brigedier General LaLay, Dari Gendamerie Royal Comander of Takeo Province. Penasihat YAB  Sok An Timbalan Perddana Menteri. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab sehingga 40 rakyat muslim dapat kurniaan tanah lebihan dari penduduk Khmer. Beliu adalah pegawai muslim tertinggi di Kampuchea yang menguruskan hal ehwal muslim. Beliau diiringi oleh Timbalannya colonel Ith Chet, atau nama muslimnya Syed Abdul Majid. Ketua polis balai kampong dan anggotanya. Beliau menjelaskan sejak tahun 1990 lagi YAB PM  Hun Seng adalah pemimpin yang bertanggungjawab membangunkan penduduk muslim, Pihak kerajaan menasihatkan agar penduduk muslim sentiasa berbaik baik dengan penduduk Khmer. Jam 1100 pagi beliau meninggalkan kami meneruskan acara kenduri kampong kami.


Sebelum bertolak Hj Omar menyempaikan derma kepada Imam masjid bagi pihak keluarganya,  saya melihat linangan air mata dari Isterinya. Biasanya saat begini saya tidak dapat menahan emosi. Saya kena cepat meninggalkan majlis. Itulah rasa setiap kali kami menjalankan misi kemanusiaan.


Kami bertolak meninggalkan Kmpung spur jam 12.00 balik ke Phnom Phen. Perjalanan kali ini di temani oleh Maya dan kami semua tidak habis-habis mengusik dia. Kami singgah di beberapa tempat. Pertama kami berhenti untuk membeli walkie talkie. Habis semua kami borong kerana murah. Kedua kami singgah membeli sedikit barang. Ketiga kami singgah di restoran Thai makan nasi petang. Saya kepeningan sepanjang perjalanan. Riduan juga sama. Tapi bila saya dapat nasi goreng berkongsi dengan Riduan dan segelas teh tarik, pening saya terus hilang jam 4 itu. Ini benar-benar-benar menggambarkan perut saya telah masuk angin.


Kami daftar masuk ke hotel Royal Inn berdekatan dnegan Pejabat parti pembangkang Kambodia. Saya kepenatan. Tapi masih berbincang dengan ustaz Zuhdi mengenai perkembangan persatuan. Semasa ucapan majlis tadi imam Salleh ada menyuarakan tentang bilik air bagi surau inilah kebiasaan penduduk disini yang perlukan projek pembangunan. Kami katakan kami bukan NGO yang besar. Kami pun berharap ehsan rakan-rakan dari Malaysia. Saya mengesyurkan kpada ustaz Zuhdi agar kita buat roti setiap hari Jumaat untuk disedekahkan kepada penduduk tempatan atau di jual. Mungkin kita boleh sponsor satu buntil tepung seminggu untuk makanan penduduk. Saya akan cuba usahakan perancangan untuk itu. Mungkin di Pursat juga.


Telefon saya masih aktif saya menerima satu SMS dari ketua saya berkenaan tugas pejabat. Saya buat semakan dengan pegawai. Laporan awal adalah kerana sikap anak buah yang tidak bertanggungjawab. Tidak melakukan sesuatu mengikut peratuan. Kadang-kadang kita lupa dalam organisasi kita ada ketua. Ada peraturan ada susila. Walaupun kita boleh mencapai matlamat tapi kita menyusahkan ketua kita. Ingatlah pepatah terakota Don’t let your king involve in the battle. Kepala saya makin sakit. Dan saya rasa tidak cukup selesa.

Selepas solat magrib kami bertolak kerumah ustaz Zuhdi untuk makan malam. Anak Riduan beli satay yang sedap juga rasanya. Sakit kepala saya hilang selepas makan nasi dan teh tarik halia yang disediakan oleh isteri Ustaz Fadil. Riduan yang lepak habis ambil kesempatan untuk berbekam. Kami membuat penutupan akaun perjalanan. Perjalanan kali ini semua sekali RM800 setiap orang termasuk kenduri dan tambang, saya rasa berbaloi sangat. Kami balik kehotel dan saya terus kemas pakaian dan berehat. Rakan-rakan lain masih lagi meronda bandar dengan tuk tuk keerana ada pasar malam dikawasan berdekatan. Mereka balik lewat pagi.

Isnin 18hb Ogos 2014

Saya bangun awal daftar keluar dan minta telefon semua kawan-kawan yang belum bangun tidur.Bersarapan secara rengkas dengan telor roti dan teh tarek kami bertolak ke Air Port. Saya berkesempatan berbual dengan Nur Masyitta Atiqah pegawai penyelidik PWTC.Beliau datang ke phnom Pehn dengan seorang lagi rakan perempuannya bagi tujuan bercuti. Kami berbual tentang kerja sosial yang kami lakukan dan beliau nampaknya menunjukkan minat. Mungkin dimasa yang akan datang beliau ingin ikut sama. Penerbangan kali ini agak lewat dan kami sampai ke KLIA2 jam 1130 pagi. Menaiki ERL sampai ke Putrajaya jam 1.15. Isteri saya dan cucu comel saya sampai sebaik saya keluar dari terminal dan pulang kerumah. Walaupun penat dan keletihan misi ini amat membanggakan saya. Terima kasih kepada semua yang menyumbang atas misi kali ini. Tanpa kalian siapalah saya. 
Sekian.




Rabu, 24 September 2014

Sejarah Yang Hilang: Makam wali dan LapidoTanah Jawa 4 Jun – 8 jun 2014


4 hb Jun 2014  Rabu 5 Wage
Hari yang cukup sibuk dan saya keletihan, berkemas baju lebih kurang, sikit sangat saya bawa hanya 5 kilo bagi perjalanan  4 malam ke Surabaya, Indonesia (Travel Light). Perjalanan kali ini tidak begitu menceriakan saya, banyak yang bermain difikiran. Yang paling dirisaukan adalah jadual kerja yang ketat. Esok dan lusa ada 5 mesyuarat pengurusan tertinggi yang perlu dihadiri oleh Pengarah sendiri. Walaupun saya telah menangguhkan perjalanan ini sebanyak 3 kali dan minta izin secara peribadi dengan pengurusan tertinggi tetapi hati saya masih tidak lepas memikirkan soal kerja. KPP Kanan sahaja yang tinggal menunggu pejabat. Saya pasrah.


Kedua, kerisauan saya adalah kerana anak perempuan yang sedang kuliah di Medan hendak melakukan sandaran. Sudah 2 minggu masih tidak dapat jawapan. Ada pengajaran menarik dalam menguruskan urusan ini. Langkah pertama saya ialah menghantar dokumen ke tempat anak saya hendak disandarkan. Anak saya juga telah menghubungi pihak tersebut dan mereka  meminta anak saya menghantar dokumen siap dengan surat kebenaran Pihak Berkuasa kita. Kemudian hari esoknya saya mendapat pangggilan dari pejabat itu, mengatakan dukacita tidak dapat memberikan kebenaran kerana saya perlu melalui pihak ketiga. Saya minta PSH itu menyambungkan kepada pegawai atasan yang saya yakin seorang pegawai perempuan muda dari gaya percakapannya. Encik kena hubungi sipolan-sipolan (pihak ketiga) kerana arahan pihak berkuasa, saya rasa pelik. Saya Tanya kenapa dia kata arahan pihak berkuasa, Jawapan standard melepas tangan. Bila saya kata anak saya ada sertakan surat pihak berkuasa dia terkedu. Kemudian dia kata tak boleh juga dan kalau hendak komplen bawalah ke Menteri. Sebagai orang kampong kena berurusan dengan pegawai macam ini, apa rasanya ye? Itulah sebahagian sebab rakyat kecil rasa jauh hati. Kerana ada pegawai yang lepas tangan dan tidak dapat memberikan informasi yang tepat.


Saya hubungi Dato Bos besar tempat itu kebetulan rakan sekelas saya dulu. Minta pandangan. Dia minta saya berikan dokumen anak saya. Saya kata dokumen telah saya hantar ke Pejabat Beliau dengan tangan. Saya hubungi anak saya dan minta dia cek kawan-kawan dia yang dapat attachment . Bermacam cara mereka gunakan sama juga.

Gagal mendapat kepastian pada tempat pertama anak saya menghubungi lokasi kedua dan ketiga hinggalah lokasi ke 4 jauh di luar Bandar. Lokasi itu lagi pelik, suruh anak saya telefon kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sambungkan ke lokasi lain dan lokasi lain itu minta pula hubungi lokasi ke 4 tadi. Anak saya mengadu dengan hiba. Tidak dapat maklumat lagi. Saya jadi lagi pening dan terus hubungi bos besar politik, kebetulan juga teman rapat saya. Pada siapa lagi saya hendak bertanya kalau tidak orang politik. Saya terus beri semangat pada anak saya agar dia bersabar. Saya ceritakan pengalaman yang panjang ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada rakan agar sentiasa membantu meningkatkan kualiti pengurusan maklumat awam dalam membantu orang ramai. Lebih-lebih lagi orang kampong yang setia. Kerana sikap kita sambil lewa dan lepas tangan menjadikan mereka jauh hati. Itulah masej yang hendak saya sampaikan dari cerita yang panjang ini. Rakyat perlu informasi dan saluran komunikasi yang betul. Kerana urusan kecil begini adalah urusan biasa bukan perlu sampai ke Parlimen.

Kerisauan yang ketiga adalah kerana cucu saya yang meragam sejak balik dari kampong rumah besan saya petang tadi. Jam 0300 saya terpaksa ambli dia dan tidur bersama saya. Dia manja sangat dengan saya.


5 hb. Jun 2014 Khamis 6 Keliwon

Saya bangun awal bersiap dan seperti biasa isteri kesayangan menghantar ke ERL. Saya mendapatkan tiket murah ke KLIA2 hanya RM 4.30 sebagai warga emas. Beruntungnya berada di Malaysia yang makmur. Sampai di KLIA2 jam 0750 Haji Manaf baru melepasi R&R Air Keruh. Hai jangan lewat sudahlah bisik hati saya. Saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di terminal baru KLIA2 yang sangat membanggakan saya. Ada banyak tempat makan dan dan membeli belah. Tempat tidur terbuka pun ada yang paling cantik  smoking area yang disediakan. Saya ingat antara yang terbaik seperti Pnom Phen dan Changi. Bangganya jadi rakyat Malaysia. Kerana kita ada, negara lain belum tentu ada.

Jam 0900 Haji Manaf sampai kami rap beg dan chek in. Terus berpisah dengan Siti dan anak-anaknya kami terus masuk kerana perjalanan jauh ke Q17. 2 pemeriksaan keselamatan dan saya terpaksa menyerahkan lotion badan saya kerana botolnya melebihi 250ml. walaupun sebenarnya isi kandungannya tinggal sedikit. Huh ketat betul kawalan keselamatan di sini. Bangga, bangga, jangan tidak bangga.

Kami ambil 40 minit dari starbuck ke Q17 petugas sudah membuat panggilan terakhir  beberapa kali hanya tinggal kami sahaja yang belum masuk kapalterbang. Bangganya menjadi rakyat Malaysia . Apa lagi yang kita mahu kalau kita melihat kebaikan dan rahmat yang kita kecapi. Cuma kita perlu bersikap maju dan bertindak maju. Santainya hari ini lepas dari tugas seharian saya berasa sungguh damai.

Jam 1020 kami bertolak dengan kapal sejauh 2 jam 40 minit. Sempat makan meggi dalam penerbangan. Itulah penerbangan tambang murah kita kalau tidak beli dari awal tidak dilayannya kita. Sampai di Bandara Juanda Surabaya Pak Haji Ramli dan Randy pemandu kami siap menunggu. Kami menuju warung makan. Tukar wang beli top-up  terus kerumah Pak Ramli di Jalan Bukit Kismadani untuk berehat. 1805 kami bertolak ke masjid Ampel. Sesak teruk kenderaan dan orang ramai. Kami solat magrib di Masjid Ampel. Menziarah makam. Suasana disini tidak ubah di Mekah tahun 90an. Deretan gerai dikiri kanan jalan dan orang ramai seperti pasar malam. Di makam Sunan Ampel orang beryasin, tahlil dan berzikir terlalu ramai kami menyelit diantara ratusan manusia yang silih  berganti. Sangat mengkagumkan. Kerana malam ini adalah malam Jumaat Legi yang terbaik antara malam dalam kelendar Jawa.



Sunan Ampel: Sunan ampel nama asalnya Raden Rahmat keturunan ke 22 Nabi Muhamad SAW, anak kepada Syed Ibrahim Zainuddin bin Syed Jamaluddin Al Hussien (Jamaluddin Qubro).  Hasil Perkahwinan nya dengan Nyai Ageng Manila binti Ario Tejo berputrakan Sunan Bonang dan Sunan Derajat. Sementara perkahwinananya dengan Dewi Karimah berputrakan Sunan Demak (Raden Zainal Abidin) Raden Faqeh (Sunan Ampel 2)

Meneruskan perjalanan ke Grisik melalui Jalur Pantai Utara. Singgah di Makam Sunan Giri yang terletak di atas bukit. Penat juga mendaki bukit yang tinggi. Jualan disini lebih banyak dari Sunan Ampel. Walaupun sudah lewat tetapi orang masih ramai berpusu-pusu. Disebelah makam yang bertutup terdapat maqam putera sulungnya dan kami menyusuri makam Nyai Anjeng Putri Ayu Kukusan Putri Sunan Giri yang jauhnya 1 km dari maqam.


Sunan Giri: Sunan Giri adalah Nasab 23 dari Nabi Muhamad SAW anak kepada Maulana Ishak. Ia memerintah Giri Kedaton dan berperanan menyebarkan Islam di Jawa dan Indonesia timur. anaknya bergelar Sunan Prapen yang mengembangkan Islam di Lombok dan Bima. Sunan Giri seperguruan dengan Sunan Bonang anak murid kepada Sunan Ampel.


Jam 2300 kami ke Maqam Sunan Grisik. Disini maqamnya lebih tersusun, terbuka dan bersih. Tiada jualan sepanjang maqam tetapi orang tetap ramai dengan zikir dan marhaban. Selapas berdoa kami menyusuri beberapa maqam lain di pintu keluar saya terpandang papan tanda Maulana Ishak (Anak Jumadil Qubra) saya terhenti dan berdoa seorang diri dimaqam ini kerana saya berasa sangat bertuah malam ini dapat menemukan maqam Maulana Ishak Nasab ke 22, saya seperti menemui permata yang hilang dan sungguh mengembirakan.


Sunan Grisek: Maulana Malik Ibrahim di Grisek adalah Nasab ke 22 dari Nabi SAW. Maulana Malik Ibrahim memiliki 3 isteri. Isteri pertama 2 anak bernama Siti Sarah yang berkahwin dengan Sunan Santri dan mendapatkan anak sunan Mayuran dan Sunan Ngudung (Bermaqam di Demak) yang beranakkan Sunan Kudus. Pondoknya di di Leran Grisek makamnya di Desa Gapura Wetan Grisek tahun 1419. Ajarannya lebih kepada petani yang disisihkan kerajaan majapahit.

Kami singgah di warung makan disana Hendri Putra supir kami bertanya apa yang kami buat di Maqam tersebut. Saya menyatakan bahawa orang yang hidup tidak memerlukan apa-apa dari orang yang mati. Tetapi orang yang matilah yang memerklukan doa dari orang yang hidup. Kita doakan orang yang mati agar rohnya dicucuri rahmat, Dan jangan meminta-minta kerana hanya Nabi yang boleh memberikan syafaat. Hendry menyatakan Tok Kiainya ada mengatakan bahawa Sunan itu tidak mati. Saya menjelaskan bahawa perlu berhati-hati dalam masalah ini takut kita terikut ajaran Syeh Siti Jenar yang menyamakan sifat manusia dan sifat Alllah. Barulah saya perasan kemudiannya bahawa ajaran Syeh Siti Jenar masih menebal dikalangan masyarakat Jawa malah ada pendapat yang mengatakan bahawa Wali Songolah yang bersalah kerana menghukum Syeh Siti Jenar. Malah banyak blog yang memeperlekehkan kerajaan Malaysia dalam isu kalimah Allah. Dalam dunia Cyber ini jagalah anak-anak kita jangan sampai terpengaruh.

Jam 0300 pagi barulah kami sampai Kelamongan dan menginap di Kadok. Sebuah Homestay yang tersangat mahal walaupun bilik airnya diluar namanya Transit Podomoro Dusun Penanjan Kacamatan Piciran. Untuk tidur beberapa jam kami membayar RP 400 ribu. Jangan Singgah lagi.


6hb. Jun 2014 Jumaat 7 Legi

Esoknya kami bersarapan di Stesen bas Penanjan. Saya mendapatkan informasi mengenai gunung Jati nama sebenarnya ialah Gunung Surowati tempat pertapaan Sunan Kalijaga. Antara gunung yang istemewa di Tanah Jawa. Malam tadi kami tidak sempat kesana, hanya 17km dari maqam Sunan Derajat  di Lamongan. Ini kerana salah imformasi. Selepas bersarapan kami terus ke Maqam Sunan Derajat. Maqam ini sangat unik kerana ada muzium disebelahnya dan orang ramai banyak di muzium berbanding Maqam sunan yang lain. Jadi saya sempat mengambil gambar dan berbual dengan penjaga maqam. Saya lihat ada kubur baharu 2012 masih masih menggunakan nisan cetakan lama. Dimaqam Raden Qasim ini saya mendapat ketenangan dan rehat kerana tidak seperti 3 sunan terdahulu yang terlalu ramai orang. Pada pintu maqam sunan Ampel ada gambar naga sastro tetapi di sunan Derajat gambar singa. Nesan berubah dari bentuk bunga ke bentuk kepala ular di kawasan Maqam Sunan Grisik.


Sunan Derajat:  Sunan Derajat di lamongan nama sebenarnya Raden Qasem Nasab ke 23 Nabi SAW. Anak kepada Sunan Ampel dengan Nyai ageng Manila puteri Adipati Tuban bernama Arya Teja.

Perjalanan kami di teruskan ke Sunan Bonang di Tuban. Semalam kami terbuang 2 jam kerana urusan top up telefon Jafni. Hari ini giliran saya pula membuang 2 jam menguruskan Credit Card saya dari Lamongan ke Tuban. Kad kredit  saya tidak dapat digunakan.
Kami sampai ke Masjid Agung Tuban waktu azan Jumaat. Solat dan mendengar khutbah yang rengkas dan solat yang rengkas juga. Cara solatnya masih sama dengan orang Johor.
Selepas solat kami menziarah maqam Sunan Bonang. Ramai orang disekitarnya bertadarus dengan zikir dan tahlil seperti maqam yang lain. Sangat seronok melihat manusia yang berbagai, lebih lagi selepas mengerjakan solat Jumaat. Kemudian kami membeli air nira kelapa laut. Malangnya selepas menjamah sedikit saya rasa air nira tersebut di campur air kerana rasanya sangat berbeza dengan air nira kelapa laut yang saya nikmati kali pertama di Kampuchia dulu,  sangat manis dan wangi lebih sedap dari nira kelapa dan nira nipah tapi yang ini paling tidak sedap. Kami terus ke Kudus selepas makan dan menukar wang.


Sunan Bonang: Sunan Bonang di Tuban adalah nasab 23 Nabi SAW. Anak kepada Sunan Ampel dengan Nyai Ageng Manila puteri Adipati Tuban. Dia adalah pengubah suluk wijil. Universiti Leiden mengumpul karya Het Boek Van Bonang . Dimakamkan di Masjid Bonang Tuban Tahun 1525.

Sampai ke Pati kami singgah makam malam dan bersolat. Kali ini saya memilih ikan gurami goreng setelah 2 kali makan nasi padang berlaukkan ayam. Haji Manaf dan Jafni memesan sup ekor. Nampak berselera mereka.

Kami meneruskan perjalanan ke Kudus dan naik ke Gunung Muria. Perjalanan sangat tinggi meninggalkan Jalur Laut Utara kependalaman. Sekitar 17km. sampai di puncak bukit kami terpaksa menaiki motor dengan bayaran Rp 8 ribu ke Maqam Sunan Muria. Perjalanan sangat mencabar melalui celah gunung, tangan saya sampai sakit berpaut di bahu ojek kerana cara bawaannya sangat laju dan berkelok-kelok sejauh 3 km. Sampai betul betul di puncak Muria sangat saya kagumi dengan kebersihan dan ketenangan makam yang cantik. Bila saya sampai tidak berapa ramai yang ada. Saya memilih sudut kiri yang kosong. Sebaik saya berzikir dan berdoa. Dua tiga kumpulan datang dan terus memenuhi ruang kami berhimpitan lelaki dan perempuan. Saya berundur memberikan laluan. Maqam ini yang tercantik dan terdamai setakad ini kerana ia bukan perkhuburan umum tetapi maqam Sunan Muria dan pengikut-pengikutnya. Kawasan ini ada penginapan yang murah. Kalau saya berkesempatan untuk datang lagi saya akan menginap di kawasan pergunungan yang sungguh nyaman ini. Saya jatuh hati dengan ketenangan maqam Sunan Muria.

Sunan Muria:  Sunan Muria di puncak gunung Muria nama sebenarnya Umar said putra Sunan Kalijaga dari isteri bernama Dewi Sarah bte Maulana Ishak. Jadi beliau adalah nasab ke 23 Nabi SAW. berkahwin dengan Dewi Sujinah (bermaqam di kudus) putri Sunan ngudung jadi Sunan Muria adah ipar Sunan Kudus.

Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Kudus. Rengkas perjalanan ini walaupun masjid telah gelap dan Haji Manaf mengambil kesempatan untuk bersolat tetapi di maqam orang masih berpusu-usu. Menara hasil tangan Sunan Kudus sedang di baiki begitu juga dengan kawasan maqam. Tidak seperti kehadiran kedua saya ketika letusan merapi dulu. Kali ini saya berpeluang berada pada waktu malam yang indah.

Sunan Kudus: Nasab ke 24 nabi SAW. Sunan Kudus Nama sebenarnya Syed Jaafar Sideq bin Syed Uthman (Sunan Ngudung) bin Feqal Ali Mirtha (Sunan Gantri) suami kepada nasab 23 syarifah sarah maulana Malik Ibrahim. Ibunya Dewi  Ruhil (Nyai Ageng Mayuran binti Nyai Ageng Melaka - bermaqam di pulau besar bersama 2 putranya yang sahid 1517 menentang Portugis di Melaka) binti sunan Ampel. Anak muridnya yang terkenal adalah Sunan Prowoto yang hampir menjadi Raja Demak ke 4.


Kami meneruskan perjalanan ke Demak. Masjid Agung dan Maqam Sunan Kalijaga dan Raden Fatah. Ini kali ketiga saya ke Demak. Saya melihat perubahan yang cukup berbeza dan bertambah cantik dan tersusun. Orang masih ramai walaupun sudah tengah malam. Barulah saya menikmati maqam Raden Fatah Sultan pertama Demak dan Pengeran seberang Lor Sultan demak yang ke dua. Sunan Ngudung Serta Nyai Anjeng Kemboja. Kami kepenginapan jam 200 pagi. Terus tidur kerana keletihan.


Sunan Kalijaga: Nasab ke 22 nabi SAW. Sunan Kalijaga adalah putra Adipati Tuban bernama Temenggong Walatikta. Beliau adalah murid Sunan Bonang dan menggunakan kesenian dalam dakwahnya. Temang Suluk Ilir Ilir dan Gundur-gundur Pacul adalah karyanya. Beliau berkahwin dengan Siti Suroh Maulana Ishak juga Syarifah Zainah Syed Siti Jenar dan Ratu Kano Kendiri. Beliau juga yang diperintahkan oleh Sultan Raden Fatah menghapuskan ajaran Manunggaling kuwala Gusti Sayed Syeh Siti Jenar.

Raden Fatah:  Adalah pemerentah kerajaan demak yang pertama yang tersebar seluruh nusantara. Di Dokong kehebatan para wali Sembilan dari tahun 1478 – 1518. Raden Fatah adalah anak murid Sunan Ampel. Berkahwin dengan Nyai Ageng Melaka bte Raden Rahmat (Sunan Ampel)

Raden Pati Unus: Terkenal dengan Pengeran Seberang Lor anak Raden Patah yang membawa 100 kapal menyerang portugis di Melaka 1513 kalah kerana air pasang besar mereka berundur dan bertahan di Kota Kara. Menyerang sekali lagi pada 1517 dan syahidnya beberapa nasab ( Raden Abu Bakar 1502 -1517 dan Raden Abu Sayed 1503-1517 dari Isterinya Raden Purtri Jamilah dari ibunya Siti cucu Sunan Ampel) yang di makam di Pulau Besar. Menjadi raja ke dua Demak 1518-1521.

Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan.

Inilah pantun perjuangan para wali bagi menegakkan Islam di Nusantara. Roboh Kota Melaka Roboh juga akhirnya Demak.

Raden Trenggono: Sultan Demak yang ke 3 adik kepada Pati Unus. Berjaya mengalahkan kerajaan Sunda kelapa 1527 dan dimakamkan 1546. Selepas kematiannya berlaku perang saudara anatara anaknya Raden Prowoto dengan abangnya Pengeran Sekar. Pusat pemerentahan Demak kemudian berpindah ke Pajang. Maka terkuburlah kerajaan Demak.


7hb Jun 2014 Sabtu 8 Pon

Bangun agak lewat dan sempat berbual dengan tuan punya  Hotel Malindo. Yang sama dengan hotel Malindo di Kota tinggi. Ibu Ayu seorang yang peramah sesuatu yang menarik adalah kerana dia mengatakan bahawa hidup dan rezekinya di Malaysia. Begitu hormatnya dia pada Malaysia dan keramahan budi pekerti penduduknya.
Bergerak balik ke Surabaya kami singgah makan di Restoran makanan laut di Tuban saya makan ketam masak gulai jawa boleh tahan pedasnya dan sedap rasanya. Kami meneruskan perjalanan ke Surabaya. Kami sampai petang diKota Surabaya melalui panorama cantik di Gunung Tretes dan terus ke Lapindo.


Lapindo adalah fenomena alam yang sangat istimewa kerana hasil tebukan carigali minyak 16 kampung tertanam 12 meter sejak lapan tahun 10 hari. Kami menaiki motor lagi kekawasan tengah bencana asal keluarnya lumpur bercampur minyak dan belerang itu. Sehingga kini masih keluar lumpur tersebut dan tebeng yang di bina menghadang aliran larva ini hampir penuh. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan masalah. Ada juga ritual dari Bali mengikut Pak Budi yang membawa kami. Penduduk kampong diberikan pampasan dan tawaran berpindah kekawasan baru. Yang tidak berpindah mengambil kesempatan memungut cukai dikawasan tersebut. Parking 30 ribu. Motor 30 ribu. Masuk kawasan 5 ribu. Semuanya duit. Pak Budi menyatakan orang yang meminta-minta itu bukan dari JK penduduk kebanyakan mereka tidak mewakili penduduk tetapi pungutan itu untuk diri sendiri dan berhibur. Meminta tanpa usaha seperti yang di lakukan oleh Pak Budi dan rakan-rakannya. Begitulah masyarakat kita mengambil kesempatan walaupun di kawasan musibah asalkan dapat duit mudah.


Saya berterima kasih kepada Pak Haji Ramli kerana membawa kami ke Lapindo. Kalau saya datang untuk berehat ke Surabaya saya akan ke Tretes dan Bromo sekali lagi lagi kerana teringatkan saat manis 20 tahun lalu ketika saya memnjat Bromo dalam kedinginan jam 0400 pagi amat menyegarkan.


Perjalanan diteruskan ke Rumah Pak Ramli membeli sedikit cenderamata untuk isteri dan anak-anak. Sebenarnya kami tidak sempat membeli belah. Kemudian Pak Ramli belanja kami makan sup bontot goreng yang sangat enak. Itulah antara makanan yang sangat enak saya rasa sepanjang perjalanan ini. Kemudian kami chek inn di hotel Kemuning berhampiran Bandara Juanda. Harganya murah dan sangat selesa. Kalau sesiapa yang datang untuk berehat di Surabaya eloklah menginap di kawasan ini.

Sebenarnya Pak Ramli dan isterinya adalah usahawan yang berjaya dan mudah di urus. Sementara Hendri adalah siswa tahun akhir bidang pertanian yang  juga menjadi pemandu pelancung. Sesiapa yang ingin ke Surabaya bolehlah terus menghubungi alamat ini. Promosi Pak: Rendry Putra 03181688169. Pak Haji Ramli 081232302789.


8hb Jun 2014 Ahad 9 Pahing

Saya minta hotel kejutkan jam 0500 pagi tetapi hingga jam 0600 tiada siapa yang mengejutkan saya. Berhati hatilah berpesan dengan hotel di luar negera dia tidak sama dengan Malaysia. Saya bangun awal bersolat dan bersiap. Turun awal kejutkan 2 orang rakan saya yang masih nyenyak tidur. Bersarapan dan bertolak ke Bandara Juanda yang baru dan cantik. Ada klass. Sistem yang kemas. Tidak banyak masa terbuang sebaik sampai di pintu masuk kami sudah dipanggil saya lihat mereka sangat mengejar masa belum orang keluar kapal terbang sudah di panggil masuk. Dan kapalterbang bergerak 15 minit sebelum masa berangkat. Semuanya mengejar penerbangan.

Perjalanan Kali ini amat memuaskan hati saya dan memberikan ketenangan yang mendalam pada diri saya Cuma ada sedikit terkilan kerana saya tidak Gunung Surowiti. Jafni terkilan kerana tidak dapat menziarah makam ke 9 di Cerebon. Manaf pula terkilan kerana tidak ke Tretes. Sebenarnya ada beberapa altenatif ke Surabaya. Kalau perjalanan singkat untuk kemakam wali elok turun di Surabaya dan melawat 5 makam hingga ke Tuban. Kedua boleh turun di Jogjakarta melawat 3 makam hingga ke Muria. Ketiga turun di Surabaya berehat di Malang dan Bromo dan teretes. Atau ke Solo naik ke Cerebon.  Kalau hendak pusing dari Surabaya ke Jogjakarta ambil 5 malam atau 7 malam terus ke Solo dan Bromo balik semula ke Surabaya seperti yang saya lakukan pada tahun 1997 dulu. Walaupun penat ia berbaloi.

Sunan Gunung Jati: Sunan Gunung Jati di Cerebon namanya Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah Khairuddin bin Syed Barakah Zainal Alam bin  Sayed Hussien Jamaludin (Jumadil Qubro) Nasab ke 23 Nabi SAW. mengembangkan Cerebon sebagai pusat pemerentahannya. Anaknya Maulana Hassanudin mendirikan kesultanan Baten. Sunan Gunung Jati dimakamkan di Kalisapu Cerebon. Jawa timur.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pak Haji Ramli yang baik hati dan peramah. Hendry Putra juga seorang yang baik. Saya menemui ramai orang baik dalam perjalanan ini termasuk sesiapa sahaja yang kami temui dijalanan ketika tersesat jalan, mereka orang jawa yang peramah dan tinggi pekertinya. Sangat santun dan penyabar. Cuma saya berasa pelik akan perubahan ini kerana biasanya saya tidak mendapat layanan seperti ini ketika berada di Indonesia. Tidak terbalas budi mereka.


9hb Jun 2014 Isnin 10 Wage

Saya masuk kepejabat dalam keadaan letih.Bila saya kata Jetlet semua orang ketawa kerana pergi ke Surabaya masih jetlet sebenarnya memang benar kerana 4 malam berturut-turut sebelumnya saya tidur melepasi jam 3 pagi.


Sekian.