Selasa, 25 November 2014

Api pokok Tualang

Fiksyen Paranormal 2;

Jangan cakap besar jika berhadapan dengan musuh.

Malam itu malam berinai abang saya, kebetulan abang saya  berkahwin dengan gadis sekampung yang jugan saudara mara kami. Saya, masa itu masih kecil. Rasanya hujung tahun 60an. Biasanya berinai rumah perempuanlah yang paling meriah. Ada marhaban, berzanzi, bercukur jambul dan berinai kecil.

Saya dan beberapa rakan pergi kerumah bakal kakak ipar saya sekadar memeriahkan suasana. Pada mulanya kami datang lepas magrib bersama dengan orang tua-tua. Rupanya mereka tidak balik kerana terus membantu memasak makanan dan berjaga malam. Pada peringkat awal majlis, kami tidaklah menghiraukan sangat kerana asyeknya bermain. Permainan yang amat popular ketika itu adalah bermain perang. Getah bulat diletakkan ditangan kiri, dan peluru yang kami gunakan akar rumput tutup bumi yang dikerat seinci dan dilipat dua. Budak yang besar gunakan akar mempelas.

Saya masih teringat  bebola merah yang tergantung dipentas kugiran habis kami jentik dengan peluru akar kacang sampai bersarang. Tidak sempat menunggu malam lansung telah habis dikeroyok oleh budak-budak.


Setelah majlis tamat dalam keadaan menjadi sunyi barulah kami sedar hari telah larut malam. Bagaimanakah kami hendak balik kerumah. Kebetulan rumah saya adalah yang paling jauh anggaran satu kilometer dari rumah pengantin.

Saya, Lam dan Ghani, kami bertiga kebetulan rumah berdekatan. Terpaksa balik juga malam itu. Perjalanan dari rumah pengantin mula-mula melalui kebun getah, menyusur denai lalang melalui bawah pokok Tualang, mendaki bukit, menurun semula barulah sampai kekelompok 6 buah rumah kami bertiga.

Kami bertolak anggaran jam 11 malam. Lalu dicelah kebun getah itu pun kami telah seram terasa macam ada sesuatu mengikut dibelakang. Kami terpaksa melintasi kawasan lalang yang ada pokokTualang, kawasan itulah tempat yang paling menyeramkan. Walaupun kedaaannya terbuka dan dipenuhi dengan lalang, tetapi pokok Tualang yang tinggi itu amat menakutkan kerana kebetulan pokok itu berhampiran dengan gaung kampung. Jalan denai itu dipenuhi dengan lalang.



 “Ada orang ikut kita, jom kita menakal”. Ghani memberikan cadangan kepada kami bertiga. Kami mengikat secekak lalang dikanan dengan secekak lalang dikiri. Dengan tujuan jika ada yang berlari tentu akan tersandung lalang itu dan jatuh. Itu memang cara biasa kami dikampung menyakat orang.

Setelah membuat halangan lalang dibeberapa tempat kami menunggu dihujung laluan berdekatan dengan pokok Tualang. Bunyi lebah di atas pokok itu berderu-deru dapat kami dengar kerana suasana agak sunyi ketika itu.


Kami terdengar bunyi macam beberapa orang berjalan menyusuri denai kami. Bunyinya macam ramai tetapi tidak dapat pula melihat bentuk tubuhnya dari arah belakang kami. Kami yakin itu adalah rakan-rakan kami yang lain yang terpaksa balik dan mengikut kami dari belakang. Kalau budak perempuan lagi baik tentulah ada yang terkencing kami sergah malam ini. Kami semakin seronok menunggu. Makin hampir semakin perlahan gerakannya, semakin senyap pula bunyinya. Tiada pula yang kedengaran terkena perangkap kami tadi. Tapi masih bergerak ke arah kami. Tiba-tiba pergerakan itu terhenti.

“Dia orang dah takut tu. Jom kita sergah” Lam pula memberikan cadangan. Dalam kumpulan kami Lamlah yang paling berani kerana fizikalnya kuat dan berbadan tinggi. Rumahnya bersebelahan rumah saya. Kami serentak menyergah sambil ketawa. Gempita bunyinya padang lalang itu. Suara kami boleh didengar bergema hingga ke kepala gaung.


“Tak ada yang lari atau terjerit. Mana pergi budak-budak tadi”. Kami menjadi hairan. Suasana menjadi sunyi. Kami berpandangan. Perasaan takut mula menyelinap. Semacam ada bau wangi dibawa angin yang bertiup.  Dari gaung dihujung padang lalang. Ada kedengaran bunyi seperti sekawan babi berlari-lari ke arah kami. Mengharung lalang tebal itu menuju ke pokok Tualang tempat kami menunggu.

“Babi, ingatkan orang tadi” kata Lam. “Jom balik”. Ada sesuku padang lalang lagi terpaksa kami lalui, bunyi macam babi tadi terus mengikuti kami, tetapi selari dengan denai lalang itu. Semakin lama semakin kuat. Tiba-tiba timbul api merah dari arah bunyi tadi. Adalah sebesar buah kelapa.


“Wah bapak hantu pulak” kata Ghani. “Mari kita gayung dia. Dia tak tahu aku ni abang tiri dia.” Kata Ghani angkuh. Kami sama-sama mengayung hantu itu dengan Jurus Qulhu yang diajar Kiayai Sahuri, bapa angkat saya. Hantu itu jatuh dengan mudah. Dengan bunyi menjerit lari ke baruh arah gaung.

Kami terdengar bunyi macam beberapa orang berjalan menyusuri denai kami. Bunyinya macam ramai tetapi tidak dapat pula melihat bentuk tubuhnya dari arah belakang kami. Kami yakin itu adalah rakan-rakan kami yang lain yang terpaksa balik dan mengikut kami dari belakang. Kalau budak perempuan lagi baik tentulah ada yang terkencing kami sergah malam ini. Kami semakin seronok menunggu. Makin hampir semakin perlahan gerakannya, semakin senyap pula bunyinya. Tiada pula yang kedengaran terkena perangkap kami tadi. Tapi masih bergerak ke arah kami. Tiba-tiba pergerakan itu terhenti.

“Tengok, aku dah cakap dengan aku jangan main-main” Kata Ghani makin angkuh. Kami beransur berjalan semula. Sudah hampir melintasi padang lalang, tiba-tiba suara mengilai yang teramat kuat datang dari tempat api tadi jatuh. Kali ini semakin besar dan ngeri bunyinya. Kami cuba mengayung lagi tapi tidak menjadi pulak. Kami ketakutan cabut lari. Kami berlari ke arah bukit, bunyi hantu itu terus mengejar. Kerana bukit itu tinggi kami terpaksa berhenti rehat dipuncak bukit dekat pokok Kerdas, kebun Pak Long.

Hantu itu tertinggal jauh dibelakang. Kami cuba mengayung dari jauh. Setiap kali kami mengayung dia jadi semakin besar dan bunyi lalang itu macam dilanggar sekawan kerbau. Berpusing-pusing cahaya itu terkena jurus kami tapi naik semula lebih besar tetapi tidak keluar dari kawasan lalang. Berlegar-legar dikawasan pokok Tualang. Akhirnya kami mula mendapat keyakinan apabila semput berlari semakin berkurangan. Kami memberikan serangan balas dengan serentak. Berpusing-pusing dia kebelakang. Saya cuba memerhatikan bentuk api yang mengganggu kami tadi, rupanya seperti nyiru yang besar, menyala dan belengkar api merah.

Setelah beberapa minit bertarung dari jarak jauh, hantu itu macam beralah dengan kedegilan kami. Bunyi lalang sudah semakin kurang dilanggar. Api itu bergerak ke arah pangkal pokok Tualang. Berputar putar dan naik mengikut batang Tualang itu, makin lama semakin tinggi. Akhirnya sampai kepucuk pokok Tualang. Besarnya hampir separuh daun pokok Tualang itu. Dalam kegelapan malam kami lihat pokok Tualang itu macam kepala orang memakai kopiah merah.

Kami memerhatikan dari pokok kerdas. Bila kita lihat hantu itu tidak lagi menjadi ancaman kami dan kami tidak berupaya untuk mengalahkannya. Kami beransur menuruni bukit itu dan berpecah kerumah masing masing. Saya tiada masalah kerana dirumah saya dari jauh api lampu minyak masih bernyala terang kerana malam itu malam berinai. Rombongan menghantar tadi ramai lagi yang masih berborak dibalai penanggah. Masih lagi ramai yang bersenda gurau sambil membuat kerja masing-masing.

“Kenapa muka engkau pucat, bergaduh kat baruh ke tadi?” Pak Usu saya menegur.
“Kena kejar hantu,” jawab saya rengkas.
“Hai aku ingat engkau yang jadi hantu, malam ini engkau pula kena kejar hantu, pelik.” beberapa orang tua mentertawakan saya.

“Kat pokok Tualang tu dia kacau kita orang balik,” saya menjawab rengkas. “Ini mesti engkau berdajal , biasanya benda tu tak pernah pulak mengacau budak-budak. Aku dah berpuluh tahun tinggal kat sini.” Kata Pak Andak pulak.

“Sudah, pergi basuh kaki, cuci muka, tukar baju, dah macam anak terbuang rupa engkau tu.” emak saya membebel.“A da makanan dekat penangah tu minta dengan mak andak” sambung emak lagi.

Setelah menukar membersih diri dan menukar pakaian saya menghampiri orang-tua-tua yang nampaknya berminat dengan cerita saya malam itu. Walaupun saya nakal tapi sekampung kami sekeluarga. Mereka sayang dan manjakan saya. 

(Saya kehilangan semua itu apabila saya dewasa. Saya sering bersedih dikubur mereka setiap kali menjelang raya kerana saya masih merasakan  kasih sayang itu bila melihat pusara mereka, lebih-lebih lagi yang tidak dijaga.  Saya merasakan mereka hidup dalam minda saya. Mereka adalah rakyat yang miskin harta tetapi penuh kasih sayang dan persaudaraan. Hari ini kita semua kaya dan berharta tetapi miskin dan kekeluargaan  kasih sayang bersaudara. Dimana silapnya.)

Saya buka tudung saji, ada kopi O sejuk, kuih bingka ubi yang Mak Usu buat, ada kuih deram gula Melaka yang sangat sedap. Ada kuih sum-sum kegemaran bapa saya. Baru saya terasa lapar, umph sedapnya jika kita makan dengan kasih sayang. Sekian.


Rabu, 19 November 2014

PEDULI MERAPI Disember 2010 (Bahagian 1)

Misi RINTIS Peduli Merapi
Lapor: KASIM  Gambar: Khairozi/Maemirwan


Mencari Maklumat:
Letusan Merapi telah berlaku dua kali, kali pertama 26 Okt 2010 jam 10 pagi setinggi 3 Km mengorbankan pemegang kunci gunung Marhum Embah Marijan, bersama 100 mangsa lain. Jarak lava panas yang dipanggil Proklastik bergerak sejauh 5 km.
Kali kedua 29 Oktober 2010 memuntahkan lahar panas dan lahar dingin setinggi 8 km pada jam 12 tengah malam. Meliputi kawasan 15km dan debu sehingga 30 km. Lahar yang turun arah Changkringan melalui 4 sungai termasuk sungai Kaligendol sementara debu dibawa ke selatan arah Magelang hingga ke Bobudur dan Prambanan.
Kami cuba mendapatkan maklumat bagaimana hendak ke Merapi. Menghubungi rakan-rakan di Riau dan Bengkalis bagaimana hendak menembusi kawasan darurat. Penerbangan ke Jogjakarta ditutup lebih satu minggu.  Apabila kami mendapati penebangan masuk ke Kota Jogjakarta di buka semula saya terus mencari maklumat. Beberapa kali menyemak internet dan akhirnya saya terbaca 4 orang sukarelawan yang pulang dari Merapi mewakili pasukan HALUAN Malaysia yang di ketuai oleh Dr Baharudin.

Saya mencari sesawang HALUAN dan cuba menghubungi beberapa individu dalam organisasi itu dan mendapatkan lebih maklumat. Akhirnya saya dapat bertemu dengan Dr Baharudin di sebuah restoran di Setia Tropika Kempas, JB pada petang Jumaat 25 Nov 2010. Sambil menikmati kopi panas dan roti bakar Dr Baharudin menunjukkan gambar-gambar beliau di Merapi dan pasukan HALUAN akan menghantar rombongan kedua pada hari Isnin 28 November. Saya dan Ustaz Khairozi sudah mendapatkan kebenaran daripada Tn Hj Markom Pengarah Pelajaran Johor dan juga telah mengumumkan pemergian kami ke Merapi pada perhimpunan bulanan pagi Jumaat 25 November 2010.

Saya amat berterima kasih dengan Dr Baharudin dari HALUAN MALAYSIA yang amat gigih dalam berjuang sebagai sukarelawan antarabangsa dan menyemarakkan nama Malaysia. Banyak tip yang beliau berikan bagi menggambarkan asas sukarelawan ke Merapi. Termasuk cerita cerita mistik penduduk tempatan. Berkali-kali beliau menegaskan bahawa keadaan di Merapi jauh berbeza dari Tsunami Acheh dan Gempa Padang.

Saya mengambil keputusan dengan Ustaz Khairozi untuk bertolak pada hari Ahad 28 Nov 2010 dari Batam dan menyusul  tim HALUAN yang bertolak dari LCCT di Jogjakarta pada hari Isnin.

Bertolak ke Jogjakarta:

Setelah bersusah payah mencari tim sukarelawan dalam masa yang singkat dan harga tiket yang berubah-ubah saya mengambil keputusan untuk bergerak melalui Batam. Dengan niat bertawakal kepada Allah SWT pada pagi Ahad jam 6.45 pagi  saya bertolak ke Batam. Di Batam saya dijemput oleh anggota Urusetia Walikota Batam yang menjemput kami dari Batam Centre menuju Bandara Hang Nadim. Kami mendapatkan tiket penerbangan ke Jogjakarta melalui di Jakarta.


Pada 1991 selepas Gunung Pinatubo meletup saya adalah antara orang yang pertama masuk dari Subang ke lapangan terbang Manila. Saya masih merasakan bau belerang dan lumpur debu yang bercampur air hujan seluruh lapangan terbang. Saya juga merasakan bagaimana rasa menunggu dari hari Ahad hingga hari Khamis baru dibenarkan terbang memasuki kotaraya Manila dari Kuala Lumpur itu pun dengan menggunakan penerbangan Philliphines Airline. Kali kedua saya pernah berada di Puncak Bromo tahun 1999. Pengalaman ini amat berguna menyediakan set minda saya di Merapi nanti.

Dalam perjalanan ke Jogjakarta saya bertemu dengan Bapak Profesor Dr Zaki Baridwan seorang anggota Badan Standar National Pendidikan,yang masih mengajar di Universitas Gajah Mada (UGM). Kami berbincang banyak perkara dari Merapi kemajuan pendidikan dan standard hingga kepada makanan yang terbaik di Jogjakarta beliau mencadangkan saya singgah di warong makan ayam Sohardi yang terkenal di Jogjakarta. Beliau sempat menunjukkan saya kedai makan tersebut yang nampak dari Bandara. Beliau sangat mesra dan kami berjanji akan bertemu lagi.

Antara pesan beliau jika hendak berjalan-jalan di Indonesia, beliau menyarankan kita membeli tiket penerbangan yang sesuai tarikh tertentu untuk lebih berjimat. Beliau memberikan contoh perjalanan hari itu sahaja beliau terpaksa membayar Rp 600,000 untuk perjalanan sehala dari Jakarta ke Jogja. Sedangkan pada minggu hadapan katanya beliau telah membeli tiket penerbangan dua hala tidak sampai Rp 500,000. Saya juga bersetuju dengan beliau dan mengalami keadaan yang sama bagi perjalanan ini. Ini adalah ingatan penting kepada sukarelawan antarabangsa yang sering mengikuti perjalanan kami. Perjalanan hendaklah ditempah lebih awal . Ramai yang tidak faham dan mengambil masa terakhir perjalanan untuk menempah tiket. Oleh yang demikian berdasarkan pengalaman ke Padang dan Kemboja. Kami sekretariat Sukarelawan telah menetapkan pungutan hanya untuk kos logistik sedangkan kos tiket penerbangan adalah ditanggung oleh peserta. Ini bertujuan untuk mengelakkan keadaan di mana orang yang awal terpaksa menanggung kos orang yang lewat membuat tempahan. Pengalaman ini mengajar saya lebih berjimat.

Sampai ke lapangan terbang (Bandara = Bandar Udara) Jogjakarta saya disambut oleh Pak Prayono dan Herry siap dengan uniform Relawan PKS. Pada mulanya saya gagal mengesan beliau apabila keluar dari Bandara kerana kertas tulisannya dipegang oleh 2 orang beruniform dan tertulis  Khairudin Malaysia bagi nama Ustaz Khairozi Malaysia (Ini adalah kegagalan International komunikasi = INTERKOM yang pertama bagi perjalanan antarabangsa saya kali ini). Kami tidak menjangkakan petugas beruniform menunggu kami takut juga untuk menegur. Sebenarnya kegagalan komunikasi antarabangsa adalah lumrah. Saya mundar mandir di luar bandara dan cuba menghubungi beberapa nombor telefon, akhirnya kami bertemu dan beliau membawa kami ke Pos Relawan PKS di Catur Jaya Sleman.

Selepas makan malam yang enak yang dibawa oleh Pak Prayono ke sebuah restoran makan ayam busket sementara Pak Prayono memesan comet. Kerana kelaparan kami memesan 2 set makanan dan 2 gelas jus mangga setiap seorang. Amat lazat, puas dan menyenangkan. Rezeki pertama kami di Jogja mantap.

Kami di bawa bertemu dengan ketua operasi Pak Safrizal Haifa yang baru di pilih semula sebagai ketua bagi kawasan Sleman dalam pemilihan petang tadi. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan kami diberi pelbagai input berpandukan peta lokasi dan gambar oleh jurufoto Maemirwan. Pengalaman Relawan PKS sangat berguna kepada kami kerana mereka adalah orang yang berada di lokasi ketika kejadian. Selepas taklimat yang panjang saya mendapat kekuatan dan faham akan situasi di sana daripada segi keselamatan dan sebagainya.

Kami membuat rancangan bertolak jam 5.30 pagi keesokannya kerana selepas jam 8.00 pagi keadaan cuaca sangat panas dan petangnya hujan. Kami dibawa menginap di Hotel Insyiroh satu bilik yang agak sederhana dan selesa. Kami tidur dengan nyenyak.


Bertolak ke Merapi

Kami bangun pagi dan chek out jam 5.30 selepas subuh. Kami melangkah dengan doa agar keselamatan kami dan mendapat perlindungan dalam misi ini. Pak Marhain telah datang tepat masanya dan membawa kami ke pos relawan untuk menunggu Pak Singgit. Seorang relawan penduduk asal Chengkringan. Kami mengambil kesempatan untuk minum pagi kerana sarapan di hotel belum disediakan. Tidak jauh dari pos kami singgah disebuah warung kecil menjual bakso. Saya risau untuk makan bakso pagi hari kerana minyak akan menjadikan perut saya tidak selesa. Saya lihat ada ayam goreng dan nasi. Ustaz Khairozi memesan bakso, saya pesan ayam dan nasi putih bersama teh.

Kami dihidangkan 3 mangkuk bakso.

”Mana ayam bu?”soal saya.

“Yah sudah ada di dalam,”jawab penjual itu.

(INTERKOM = Kegagalan komunikasi antarabangsa). Kuah baksonya cair dan tidak berminyak ada sayur ayam dan nasi. Ini adalah bakso  paling enak saya rasa di Jogjakarta. Harga pun murah RP7,000 bagi 3 orang. Makanan siswa kata Marhaen. Ustaz berjanji  akan makan lagi di warung bakso ini di pagi-pagi yang berikut. Kena dengan selera kami dan enak.

MENYURUSURI LORONG KEMUSNAHAN
Kami kembali ke Pos Relawan Pak Singgit baru sampai dan memasuki kenderaan. Syarat pertama  dia mesti memandu kenderaan sendiri. Kedua jangan pakai apa-apa tanda. Jadi orang biasa. Kami bertolak awal pagi kerana ingin keluar dari Merapi sebelum 8.00 pagi kerana kawasan yang kami akan masuki adalah kawasan darurat yang dikawal ketat oleh polis dan tentera. Hanya penduduk tempatan yang di benarkan memasuki kawasan bencana. Mereka melarang orang luar masuk ke kawasan bencana.

Melarikan diri dari abu panas

Kawalan sangat ketat dengan pos-pos pengawal. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kecerdaan kepada pengunjung dan kecurian. Kami dilarang untuk membawa beg galas dan kamera. Hanya pada keadaan tertentu sahaja yang akan diberitahu nanti. Pak Singgit adalah Relawan Changkringan yang sebelumnya adalah penternak burung serindit.

“Burung bapak semuanya mati ya?” tanya saya. “Cuma tinggal seekor. Itupun sempat dibawa lari”. Kami tergelak.

Kami melepasi pos-pos pengawal tanpa masalah kerana masih awal pagi. Hinggalah kerumah adik Pak Singit di Cangkringan. Setiap pos pengawal kami membayar RP 10,000 infak dan di kampong ini RP 20,000 kerana meletak kenderaan. Kami melihat dengan jelas perbezaan kawasan yang terkena lahar panas.
 

Menyelusuri jalan kampong melintas beberapa rumah kami rasa redup dan nyaman.  Kami terus ketapak laluan awan panas sepanjang Sungai Kaligendol. Bangunan pertama yang kami jumpai adalah SDN Gungan. Bangunan yang menempatkan hampir 200 pelajar itu rosak teruk. Debu panas hingga ke siling. Saya tidak tahan kerana masih ada bau bangkai binatang di kawasan sekitar. Saya menutup hidung untuk bertahan.

Kemusnahan sekolah SDO1 Gungan daerah Changkrengan
Bau belerang juga menyesakkan. Diceritakan ada yang masuk kekawasan ini pengsan kerana terhidu bau belerang dan kedegilan kerana tidak memakai penutup hidung. Subhanallah, saya melihat kebesaran tuhan yang meranapkan seluruh laluan sungai Kaligendol sejauh 15km.
               
Anak-anak Tanpa memakai topeng muka

Sungainya hilang sama sekali bersama rumah penduduk dan pokok tanaman  lebih 3 meter di dalam tanah.

Lorong Wedhus gembel kali gendol
Kami harus berhati-hati memijak kawasan ini kerana walaupun keras tetapi masih ada asap yang keluar di celah rekahan ini menunjukkan ada bara api yang memakan kayu dibahagian bawah. Diceritakan ada sukarelawan yang terjerlus kedalam bara api dan tercerdera.

Kawasan panas dan berbahaya
Yang menjadi persoalan saya adalah memikirkan bagaimana batu-batu besar bergolek dari gunung sejauh 12 km. Dari maklumat yang saya perolehi kelajuan lahar panas itu adalah 160km/jam dengan kepanasan melebihi 600 darjah celcius.

Batu Hanyut 12 KM

Kelajuan ini boleh dilihat bagaimana pokok yang besar juga tumbang dan kawasan ditepi laluan dapat dilihat bagaimana rumpun buluh diseret oleh larva panas.

 Rempuhan lahar pada perdu buluh lihatlah kekuatannya

Melihat kampung yang tertimbus 7km dari merapi

Saya juga melihat sungai dan rumah yang tertimbus.


Selasa, 18 November 2014

PEDULI MERAPI Disember 2010 (Bahagian 2)

Menziarah kampung
Saya memasuki kampung kedua yang ranap sepenuhnya. Saya melihat di kampung ini terkena laluan panas merempuh tanaman.

Perkampungan ini berada pada jarak 12 km dari mulut Merapi dan sangat teruk terkena awan panas. Saya melihat beberapa papan tanda melarang tempat ini dikunjungi. Antara perkataan yang digunakan adalah sepeti berikut:

1.   Maaf demi keamanan dan ketenteraman. X pemulung/pemburu dilarang masuk kampung ini.
2.   Duka kami bukan untuk tontonan.


Mengikut cerita Singgit seorang pemuda berumur 18 tahun, malam itu beliau berkawal di kampung kerana semua penduduk kampung telah dievakuasi dikawasan penempatan. Jam 11.45 beliau telah diarahkan untuk keluar dari kawasan bencana. Sebaik sahaja beliau keluar seluruh perkampungan itu ranap. Cerita  pemuda ini sangat berkesan di hati saya.

Pengalaman beliau ketika bencana 29 Oktober amat menyeramkan.Walaupun telah dievakuasi tetapi beliau bersama beberapa rakan masih berkawal dikawasan kampong hingga jam 9.45 malam. Jam 11.15 malam beliau mendengar bunyi yang amat menyeramkan dari arah lurah sungai Kaligendol. Beliau melarikan diri dalam kegelapan malam. Letusan berlaku selepas jam 12.15 malam. Mengalirkan lahar panas dan membawa batu-batu besar ada yang sebesar rumah hingga melebihi 12 km.

Menziarah Kepoharjo.

Kami memasuki sekolah kejuruan ternakan kami tercium bau bangkai yang amat kuat kami terpaksa melalui kawasan itu lebih cepat. Banyak lembu yang terkorban kerana haiwan tersebut terkurung di dalam bangunan atau diikat.

Kami menuju kawasan panas. Saya mengunjungi kawasan masjid di mana ruang varandahnya diselaputi debu setinggi satu meter. Saya masuk keruang solat hingga ke mimbar. Separuh kaki saya tenggelam dalam debu kering yang tidak mampat kerana tidak terkena hujan. Atap masjid ini terbakar saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika masjid ini hendak digunakan semula.      

Lokasi ketiga kami adalah sekitar 7 km. Sangat hampir dengan kampung  Marhum Embah Marijan. Disini kami bertemu dan dibawa oleh singit juga namanya seorang budak kampung yang terlibat sepenuhnya dengan bencana 29 Oktober.  Perkampungan ini terbakar sepenuhnya. Tidak berapa banyak rempuhan lava panas tetapi kerosakan teruk akibat terbakar.  Saya melihat jalan yang tertimbus dan batu yang dihanyutkan.

Semasa keluar dari kampung ini kenderaan kami dihalang oleh barisan motor sukarelawan yang mengawal kampung. Motor ini digunakan untuk membawa penduduk yang hendak balik ke rumah mereka.

Tidak banyak benda baru yang kami perolehi melainkan kawasan yang terbakar, laluan lahar panas dan bau bangkai binatang ternakan.

Kami meneruskan lagi perjalanan kami melepasi beberapa pos pengawal ke Kaliharjo. Kami melihat penduduk sudah mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah waktu siang dan malamnya balik ke kawasan penempatan mangsa. Dipanggil Pusat pengungsian. Difahamkan mereka boleh kembali selepas 29 hb. November 2010. Kami juga melalui kawasan padang Golf Merapi yang sebahagian besarnya diselaputi debu.

Pusingan keempat  kami melihat sekitar kampung Marhum Embah Marijan. Sukarelawan tidak berani masuk ke kawasan tersebut kerana trauma dengan keadaan Merapi. Kami melihat penduduk mula balik membersihkan rumah mereka. Sekolah yang tertimbus teruk adalah SMK NO1 Klidon daerah Changkringan. Dan Kubur Marhum Mbah Marijan sendiri terkambus 2 meter pada letusan 29 Oktober 2010.

Yang menyebabkan kerosakan adalah :

1.     Kepulan lahar panas bersama batu seluas 500meter sepanjang sungai empat sungai termasuk sungai Kaligendol .
2.   Asap panas dipanggil bulu kambing (Wedhos Gembel) sepantas 160km/jam dengan kepanasan 600 darjah celcius setinggi 10 meter merebus apa sahaja. Sepanjang perjalanan ia memasak apa sahaja termasuk manusia dan binatang.
3.   Jika rempuhan ini melalui bahan yang mudah terbakar ia akan menjadi api dan membakar rumah dan harta benda. Kebanyakan rumah terbakar dari dalam. Besi dan kaca menjadi cair. Tong gas masak meletup.
4.   Laluan panas ini menuruni  lurah sungai di mana menjadi tumpuan penempatan terutama sepanjang sungai Kaligendol. Kita dapat melihat dengan jelas garis pemisah laluan ini diantara padang debu dan pokok yang masih menghijau. Setengahnya hanya beberapa meter garis pemisah. Ini yang diceritakan oleh Jurufoto relawan Pak Maemirwan. Malam kejadian pos relawan dapat melihat sendiri gulungan awam tersebut.

Banyak korban adalah mereka yang masih sayangkan harta benda dan ternakan mereka, termasuk Marhum Mbah Marijan. Haiwan yang mati pula kerana mereka mengikat haiwan tersebut atau mengurungnya dalam rumah. Ini menyebabkan haiwan tersebut terperangkap . Bagi manusia mereka keluar rumah dan mencari perlindungan. Masalah mereka adalah kerana tidak ada kawasan kubu shelter yang digunakan untuk mengelak awan panas ini. Anggaran mangsa sebanyak 34000 orang yang dipindahkan dan 400 yang terkorban termasuk anggota relawan PKS seramai 5 orang dan 3 orang masih hilang.

Oleh kerana Pak Singit pemandu kami masih belum bersarapan dan cuaca sangat panas. Kami singgah di warung kecil di Cangkringan. Beberapa orang polis kami temui. Sebuah warung kecil jadi tumpuan para petugas beruniform. Tiada banyak juadah yang ada cuma nasi dan lauk sekadarnya sesuai di kawasan bencana.

Kemudian saya bertanya jika ada ayam. Perniaga itu bertanya. “Ayam manis boleh”. Saya kata boleh sahaja.

Sebenarnya ayam manis yang masih panas itu sangat sedap. Ayam dikukus lembut dengan rempah dan gula merah. Ini makan kedua yang amat sedap, jam 10 pagi kami makan sepuasnya. Pengalaman menarik. Kami berharap hari pertama yang menarik ini akan berterusan memenuhi selera kami yang kepenatan.

Perjalanan ke Magelang

Kami meneruskan perjalanan ke Pos relawan dengan penuh keinsafan. Setelah berehat di pos relawan PKS dan Pak Singit mengambil rehat kerana malam sebelumnya beliau tidak tidur hingga ke pagi. Kami berangkat terus ke Magelang.

Kami meneruskan perjalanan ke Sangrahan, Mungkit dan Magelan. Kawasan ini adalah di selatan mulut merapi oleh kerana tiupan angin pada malam 29hb Oktober ke arah Magelang. Maka kawasan ini diselaputi hujan debu sejauh 30 km hingga ke kawasan Brobudur. Kawasan penempatan hingga padang berhampiran Prambanan sejauh 25 km.

Kerosakan tanaman sangat luas dikawasan ini. Oleh kerana debu yang tebal berkumpul di atas pelepah sama ada kelapa, Salak atau jagung. Ia menjadi runduk dan patah kerana tidak dapat menangung beban debu panas. Banyak pokok yang telah dicantas bagi mengelokkan pertumbuhannya.

Kami singgah di stadium Magoharjo yang menjadi tempat penempatan 20,000 penduduk semasa lawatan kami masih terdapat sekitar 500 orang. Dimaklumkan mereka mula dibenarkan pulang selepas 29 November iaitu 4 minggu selepas letusan besar.

Keadaan disini agak menyesakkan, walau bagaimanapun ia tersusun dan terkawal kemas oleh pemerentah. Ada kawasan pelajar, panggung hiburan, solat, medik, pengagihan pakaian terpakai dan pos pos sukarelawan. Keadaan amat minima. Mereka tidur berlantaikan simen dengan alas tikar nipis. Ada juga yang beralaskan lapisan kain tebal tetapi sangat sedikit bilangannya. Tempat tidur adalah kawasan di bahagian bawah stadium. Dan kerusi setadium digunakan untuk menjemur pakaian. Kebersihan juga amat minima. Cukup untuk hidup. Ketika saya sampai makanan baru diagihkan dan apa yang dilihat adalah nasi putih, telur dan kacang panjang rebus tanpa kuah.

 Ramai diantara mereka masih truma dan tidak tahu hendak kemana. Pilihan yang ada adalah balik kerumah yang musnah tanpa api dan air. Menumpang di rumah saudara mara atau tinggal di stadium sehingga kawasan penempatan sementara di bina oleh pemerentah.

Mereka juga boleh menginap di pusat penempatan mangsa yang disediakan oleh NGO. Dalam keadaan inilah yang paling kritikal kerana sukarelawan antarabangsa berebut untuk membantu mangsa untuk ditempatkan bersama mereka. Mangsa hanya perlu memilih untuk mengikuti kumpulan yang menambat hati mereka dan kemudahan yang lebih baik. Kumpulan yang dibantu oleh pemerentah disalurkan melalui ketua kampong atau ketua masyarakat. Oleh kerana dananya kecil maka bantuan adalah terhad dan seadanya. Pemerintah baru mengumumkan penduduk diberikan tanah 2 hektar di pulau atau di Kalimantan(Rancangan penempatan semula).

Ada beberapa masalah yang perlukan perhatian kita di Malaysia. Antara kumpulan yang membantu itu adalah kumpulan pendakwah. Banyak yang perlu di bantu untuk menyelamatkan mangsa. Dimaklumkan kepada kami bahawa selepas gempa 2006 seramai 8000 muslim telah diambil oleh kumpulan pendakwah kerana terpengaruh atas budi baik NGO luar Negara yang mempunyai dana yang besar. Masalah serupa 2010 kerana kita akan melihat sendiri perubahan ini selepas 6 bulan nanti berapa ramai lagi mengulangi permasalahan dakwah 2006.

Saya berkesempatan berhubung dengan beberapa sukarelawan dari Jambi Bapak Bandian. Sukarelawan HALUAN En Jailani dari Johor Bahru, Sukarelawan  tim medic dari UEA. Koordinasi dan maklumat agak kurang kerana keadaan yang mendesak adalah dana kehidupan sedangkan yang banyak masuk atau dibenarkan oleh pemerentah adalah tim Medic. Masalah pemerintah juga mengawal ketat kemasukan orang luar amat baik pada keselamatan tetapi kurang dari segi bantuan.

Magrib kedua di Jogjakarta kami berkunjung ke Masjid Jogokaryan sebuah masjid yang sedang dinaik taraf. Masjid ini adalah masjid contoh yang didakwa terbaik di peringkat antarabangsa. Solat magribnya sampai ke kaki lima.Ada bilik kuliah, bilik mandi ruang rehat dan bertukar pakaian. Kami mengambil kesempatan untuk membersih diri dan berehat di masjid ini amat selesa dan bersih. Yang hairan kepada penulis adalah di masjid ini juga jamaah tidak berdoa selepas solat seperti di Malaysia tetapi mereka tidak bergerak dari sejadah dan berdoa bersendirian. Berbeza seperti di Malaysia tok imam kita akan mendoakan keselamatan setiap kali selepas bersolat. Terutama jika ada musibah.

Selepas solat kami mengunjungi rumah penulis buku terkenal dan salah seorang pemimpin gerakan Sahabat AlAqsa. Salim Al Fillah penulis buku Jalan Cinta Para pejuang yang sangat laris. Saya membeli beberapa buah buku dan ustaz khairozi membeli sekotak buku untuk dibawa pulang. Kami berasa lapar kerana kami tidak makan dan minum sejak jam 11 pagi. Perut saya sudah kosong.

Kemudian Kami singgah makan di sebuah warung jam 9 malam. Restoran ini ruang makannya catik dan kemas binaan keseluruhannya dari buluh termasuk kisi-kisi dan palangnya juga dibuat dari buluh yang bulat. Tiangnya dari buluh cina yang cantik. Saya tepegun dan menikmati seni bina rumah ini. Menu istimewa disitu adalah Bebek goreng. Marhain pesan satu nampak sedap tetapi kerana perut saya telah kosong saya tidak berani cuba. Ustaz makan ayam. Saya memesan bawal stim dari menu Nampak macam bawal stim dengan irisan karot dan lada ditabur diatasnya, sya juga memesan telur dadar. Kemudian pelayan itu datang mengatakan telur telah habis. Saya dihidang ikan Paku Goreng disiram kicap cair. Tapi bila perut sudah lapar rasa enak juga. (INTERCOM lagi).

Kami bermalam di masjid agung Demak. Tidur sekejap. Kemudian terganggu jam 3.00 oleh penjual yang bergendang sambil menyanyikan lagu jawa. Saya cukup terganggu atas tindakan beliau. Saya mengambil wuduk dan terus masuk keruang solat yang masih suram. Saya berolat dan berdoa. Keadaan sungguh tenang dan menyeronokkan. Seronok kerana jam dinihari begini saya antara orang yang berdiri solat ditengah masjid tua yang menjadi kebanggaan tanah jawa dan mercu tanda pembangunan islam di nusantara. Sudah lama saya teringin mendapatkan detik begini kali terakhir saya tidur di Masjid Demak adalah lebih 10 tahun dahulu sebelum saya ke Mekah.

Solat subuh saya berada tidak jauh dari imam, saya tersentuh dengan doa imam yang sangat syahdu seperti menangis. Kami sempat berbual dengan imam subuh tersebut. Seorang tua yang mesra. Saya merasa pelik kerana arah kiblat wali telah diubah sekitar 15 darjah ke kanan. Imam tua itu menceritakan sedikit perubahan itu berlaku baru dalam masa tidak sampai setahun. Beliau juga menunjukkan pintu yang ada tulisan jawa dan ceramic yang kerajaan cina. Saya membeli beberapa buku mengenai kerajaan Demak sebagai rujukan.

Beliau mencadangkan kepada saya agar menziarah menara ALQuds  kerana ia juga dibina oleh para wali. Dan muzium menempatkan barang sejarah. Saya masuk ke muzium dan menziarah maqam Raden Fatah. Sultan pertama Kerajaan Demak. Saya menceritakan kepada rakan-rakan bahwa sultan kedua Demak adalah Pengeran Seberang Lor  atau Adipati unus (1518-15210 beliau yang mengetuai 12,000 kapal menyerang balanda di Melaka pada 1513 untuk memusnahkan kerajaan portugis dengan pertolongan orang Jambi, Johor dan Temasek. Akan tetapi ribut yang besar menyebabkan kerosakan teruk dalam peperangan itu dan mereka berunur kejambi. Dan selepas itu kerajaan demak yang menjadi ancaman portugis musnah selepa Sultan ketiga Sultan Trengono (1521-1546) dan portugis menguasai sepenuhnya nusantara pada 1927. Itu yang saya baca dari  buku fakeh mengenai Pulau Besar Dari buku ini juga menceritakan bahawa salah seorang wali songor pernah berguru diPulau Besar Melaka yang pada masa itu mempunyai sebuah suluk yang terkenal dinusantara.

Sumpah kalau roboh Kota Melaka papan di Jawa saya dirikan amat kuat pada masa itu untuk mempertahankan daulah islamiah. Malangnya,  Kerajaan demak juga diganggu oleh kerajaan hindu pejajaran yang bersekongkol dengan musuh. Ahli sejarah menjadi hairan bagaimana kerajaan Islam nusantara yang begitu kuat dan tolong menolong ketika itu dapat dikalahkan oleh beberapa kapal Bengali putih dengan askar upahan dari Goa.  Fakta yang menarik untuk dikaji anak sekolah.
Kami bergerak ke Wariung bakso untuk memanaskan perut dipagi hari Ustaz masih teringatkan bakso nasi yang dimakan pagi semalam. Ustaz minta lagi bakso nasi. Saya bertanya dengan penjual itu. “Baksonya tidak ada minyak ya bu” saya maksudkan seperti bakso semalam. “Ya-ya tidak pakai minyak”kata penjual itu.

Kami dihidangkan 3 mangkuk bakso mi. Saya tengok penuh dengan minyak macam soto di Malaysia.

Saya bertanya balik “kenapa ada banyak minyak bu?”.

“Ya itu minyak tumisannya” jawab mak chik penjual itu sambil tersenyum. Ustaz pula bertanya “mana nasinya bu?”.

Peniaga menjawab “itu nanti saya ambilkan” sambil menyenduk sepinggan nasi dari periuk dan memberikan kepada ustaz. (INTERKOM USTAZ kami tertawa.)

Kami minta gelas air panas kerana ustaz bawa Nescafe 3in One yang di beli ketika kami singgah di jalanan semalam. Saya hanya meminta air panas setengah gelas tetapi dua lagi rakan tadi memeberikan gelas kosong yang telah diisi serbok kopi. Jadi bila di tuangkan air penuh gelas maka tidak ada rasa lagi. Saya hanya gunakan air setengah gelas tetapi masih tawar dan menambah setengah lagi ramuan kopi tadi baru ada rasa. Setengah lagi saya berikan kepada Ustaz.

Saya tidak boleh makan minyak waktu pagi kerana perut saya akan meragam dan berasa loya. Jadi saya ambil sedikit mi yang ada dalam bakso itu dan serahkan selebihnya kepada ustaz. Nampaknya ustaz makan dengan berselera. Tapi yang semalam juga tersangat sedap.

Kami meneruskan perjalanan menziarahi menara Alquds bekas tangan wali. Mengerjakan solat dan bertolak pulang. Kami sebenarnya belum mandi jadi kami singgah di sebuah hotel jika boleh kami menumpang dengan bayaran “Day Use” seperti di Malaysia.

Tetapi pengurus hotel itu berkata “tidak boleh pak kita kena bayar sehari penuh”. Hotel tersebut sebuah hotel kecil sahaja.

Saya terlupa ingin bertanya berapa harga sebuah bilik. Kemudian saya mendapatkan Ustaz diwarung kopi dan minum sedikit sambil mendapatkan beberapa maklumat. Saya diberitahu oleh penjual itu dia sendiri mandi di Kiosk Petrol  betul-betul di hadapan hotel itu. Katanya bersih. Kami ke sana dan memang betul amat selesa. Dipanggil Kamar Mandi yang bersih, jauh lebih bersih daripada tandas di kiosk petrol kita. Cuma ada tong infak kamar mandi yang tidak dijaga. Masukkan beberapa rupiah sudah cukup. Ini patut dijadikan sebagai contoh.

Kami meneruskan perjalanan Ke Jogja menuju Boyolali dan kawasan pergunungan. Perjalanan amat sukar kerana terlalu banyak simpang jalan kami beberapa kali termasuk jalan yang salah. Saya tidak pasti sama ada kami salah jalan atau memang banyak jalan ke Jogja. Marhaen bawa kami melalui jalan kecil yang katanya jalan potong.

Kami singgah makan tengahari di Kedai Makan Nasi Padang. Saya tanyakan Marhaen ini padang ragut atau padang Golf. Padang ragut itu adalah tempat makanan siswa yang lauknya seadanya. Sedangkan makan di Restoran Padang yang baik tentunya enak seperti di Kota Padang sendiri.

Bersama pengukir majis

Masuk ke kedai kami berasa amat lapar. Saya pesan jus jeruk. Kemudian melihat lauk di atas rak. Saya tidak nampak makanan kegemaran saya, Ayam Bumbu.

Saya bertanya dengan penjual itu. “Ayam Bumbu ada, bu?”.

Dia menunjukkan ayam yang dimasak gulai tetapi berasingan dengan kuahnya sambil berkata. “Ini ayam yang telah dimasak dengan bumbunya”.

Ah, Pelik juga orang minang ini tidak tahu ayam bumbu.  Saya pesan ikan goreng dan sambal hijau dengan pucuk ubi. Dapatlah saya mengalas perut. (Interkom lagi) kata ustaz, mungkin penjual itu sendiri tidak pernah ke Kota Padang. Kalau saya bertanya tentang ayam pop yang sedap seperti di Bukit Tinggi, lagi tidak tahu agaknya, fikir saya.

SISI INDAH MERAPI

Kami meneruskan perjalanan melalui Boyolali dan melihat Merapi dan kemusnahannya. Akan tetapi hujan mengganggu pemandangan. Kawasan di sini amat cantik dengan sawah padi dan huma yang menghijau. Ada aliran air yang lebih tinggi daripada jalan raya. Cantik sekali kawasan ini ala-ala Bali. Di sepanjang perjalanan kami melihat banyak buah durian dan salak dijual. Dari semalam Marhaen berjanji akan membawa kami makan salak bondo bakar. (Buah salak terbaik di Jawa tetapi telah terkena abu panas dan terbakar). Saya teringin juga hendak merasanya. Saya mengajak beliau berhenti di warung yang menjual durian beliau kata nanti ada lagi dihadapan. Malangnya hingga sampai ke Kota Jogja kami tidak berkesempatan makan durian Boyolali. (Itulah masalah komunikasi antarabangsa – yang kami sebut Interkom).

Bila lapar saya mengajak mereka berhenti lagi makan di sebuah warung makan. Nampak banyak petugas uniform yang makan di warung itu. Oleh kerana hari petang kami cuma makan mengalas perut. Ketika memasuki restoran itu saya terpegun kerana ruang makan yang baru dibina diperbuat daripada kayu batang kelapa. Sempat berbual dengan pengunjung disitu katanya batang kelapa yang digunakan agak muda kalau yang tuanya berwarna hitam. Saya amat tertarik melihat kayu yang cantik itu. Seluruh rumah itu dari tiang, tutup tiang dan gegulung adalah dari kayu batang kelapa. Walaupun atapnya daripada genting.

Saya bertanyakan makanan apa yang ada. Ustaz pesan soto. Saya kurang berminat dengan mi. Saya pesan soto tanpa mi. Soto tahu katanya. Saya ingatkan soto dengan tahu. Saya kata bolehlah cuba. Mana tahu sedap.  Sampai 3 mangkuk rupanya berbeza daripada soto yang saya makan pagi semalam atau pagi tadi. Ia agak pedas tidak berminyak ada nasi dan taugeh. Saya tanya ustaz mana tahunya. Ustaz jawab Interkom tuan. Habis apa yang penjual tu kata soto tahu-soto tahu tadi. Marhaen kata Tahu bukan tauhu. Kami tergelak lagi tetapi sedap jugalah soto itu kerana banyak sayuran dan ada sedikit tauchu. Masuk ke kereta saya kekenyangan dan tertidur dalam perjalanan melalui Magelang yang sangat sesak kerana jalan sedang diperbaiki , kenderaan banyak dan sempit.

Kami sampai di Malioboro dan singgah sekejap untuk menukar wang dan bersiar-siar. Tidak banyak yang saya dapat melainkan cerita kekurangan pengunjung yang ketara sejak Merapi meletus. Orang ramai banyak di jambatan untuk melihat lahar sejuk yang mengalir. Mengikut arus air hujan dari Merapi. Hujan setiap petang dan agak lebat banyak membantu mencuci Kota Jogjakarta dari debu Merapi. Pohon mula menghijau tetapi hati penduduk di Cengkeringan dan Magelang semakin hari semakin kelabu dan berdebu.

Malam terakhir di Sleman kami bertemu dengan Pak Rashidi yang banyak bercerita tentang bantuan persekolahan. Kami memikirkan bantuan berikutnya bagaimana dan caramana. Kami menyampaikan bantuan berupa Wang Tunai RM1500 dalam bentuk tunai Rupiah yang ditukar dipengurup wang diMalioboro petangnya. Wang ini adalah sumbangan dari rakan guru, Pekdis dan jemaah Surau Ustaz Khairozi di Malaysia. Mereka amat berterima kasih walaupun sumbangan itu kecil tetapi rasa bersamaan dengan mangsa merapi lebih mereka perlukan. Saya menyampaikan rasa terima kasih saya kepada relawan PKS yang bertungkus lumus memberi sumbangan tenaga kepada kami. Walaupun hari terakhir kami di Pos pengawal terpampang tulisan Kehabisan Logistik. Ini bermakna 20-30 orang sukarelawan yang menetap di pos terpaksa mencari makanan sendiri untuk hidup. Kebanyakan sukarelawan itu terdiri daripada mahasiswa dan mangsa merapi. Itu yang menyedihkan hati kami. Kami memberi sedikit wang kepada rakan-rakan sukarelawan mana yang termampu.

Kami pulang ke JB melalui Jakarta dan Batam kemudian ke Stulang kami hampir ditinggalkan kapal terbang kerana INTERKOM juga. Semasa menuruni pesawat kami diarahkan melalui satu jalan berpusing. Batam Sumatra barat, Batam Sumatra barat laung pegawai disitu. Kami berkejaran menaiki bas dan dibawa ke satu lagi pintu. Kemudian kami bertanya dimana perlu menyemak transit. Mereka terus mengatakan Batam Sumatra Barat disatu kaunter. Saya berbaris dikaunter dan meminta ustaz untuk pastikan sekali lagi adakah saya berbaris ditempat yang betul. Kemudian seorang pegawai lapangan terbang mengatakan memang disitu tempatnya. Ada 10 orang dihadapan saya apabila sampai ketempat giliran saya pegawai yang membuat semakan itu mengatakan ditempat lain.

Saya berlari terus dengan rasa kurang selesa. Dan akhirnya saya sampai ke sebuah kaunter yang sesak selepas bertanya beberapa kali untuk mengelakkan tersesat. Malangnya tidak ada barisan dan semuanya berebut bagi beberapa penerbangan. Saya melihat jam dan sudah 20 minit dari waktu masuk. Saya risau ditinggal kapalterbang. Selepas bersusah payah menjerit. Seorang pegawai lelaki mengambil tiket saya dan membuat transfer. Kami berlari masuk ke pintu dan petugas pintu membawa kami terus kedalam kapal terbang. Satu perkhidmatan yang baik. Masuk ke kapal terbang kerusi saya 18A telah ada orang. Saya minta Paramugari membantu. Tiket penumpang itu juga 18A. Paramugari itu mencadangkan saya berpindah ke kerusi 16F saya kata boleh sahaja asal jangan duduk bertindih dengan penumpang lain. Paramugari itu tersenyum. Terasa lega dan kapal terus bertolak rupanya kami yang terakhir masuk dan mereka sebenarnya sedang mencari kami berdua. Nasib baik di Jakarta kalau di KL saya terpaksa tidur lagi di Jakarta.

Penutup:

1.   Kami berjaya memasuki kawasan dharurat dengan selamat dengan bantuan Relawan dan orang tempatan.
2.   Kami dapat merasakan perlunya ada bantuan atau tindakan susulan bagi misi Merapi ini.
3. Tumpuan kali ini agak tersebar luas dan fokus boleh diberikan kepada 3 kampung di kawasan Changkringan.Turi dan Pakem sepanjang sungai Kaligendol.
4.   Terdapat 17 orang anak yatim yang memerlukan saraan hidup boleh diberikan keutamaan.
5.   Bantuan boleh diberikan setelah shelter school telah beroperasi dikawasan bencana. Pemerintah Indonesia telah mencadangkan sekolah Shelter ini menjelang sesi Januari 2010.
6.    Masa yang terbaik adalah untuk misi yang seterusnya adalah penghujung Januari dan pendaftaran sukaelawan tidak lewat dari 25 Desember 2010.
7.  Perjalanan sukarelawan boleh disekalikan dengan lawatan pengantarabangsaan sekolah dan lawatan ke Demak dan kudus.
8.   Perbelanjaan lojistik anggaran RM 500 tidak termasuk tiket dan tax.
9.   Perjalanan paling mudah melalui Batam.