Fiksyen Paranormal 5: Memahami situasi
Tahun 1981. Saya mempunyai seorang rakan yang selalu menceritakan masalah yang mengganggu keluarganya, ceritanya mengkisahkan berkenaan adik perempuannya yang selalu diganggu oleh makhluk halus. Sering menjerit yang bukan-bukan seperti orang histeria. Saya juga mendapat maklumat bahawa rumah yang diduduki oleh keluarga beliau merupakan rumah lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Keluarganya percaya bahawa rumah itu dihuni oleh makhluk halus yang mengganggu mereka sekeluarga.
Diceritakan juga bagaimana banyak pawang dan bomoh yang dibawa oleh ayahnya untuk membantu mengatasi masalah diusir dengan berbagai cara oleh penunggu rumah itu. Saya amat tertarik dengan kisah beliau dan bercadang untuk membuat pengesanan awal apakah yang terdapat dirumah itu.
Pada satu hari cuti saya bercadang untuk menumpang tidur dirumah beliau. Saya sampai selepas isyak. Dan berkesempatan berbual dengan ayah beliau. Kesempatan itu juga saya gunakan mencari maklumat sambil berbual. Sebenarnya ayah beliau adalah seorang yang mempunyai perjalanan hidup yang luas, bekas pegawai kerajaan. Beliau mempunyai berbagai alat pelik dirumah itu. Ada kayu hujan panas, kayu tas, dan bermacam lagi barang yang kononnya boleh menghalau dan menakuti hantu syaitan. Saya juga berasa pelik bagaimana rumah yang dipagar baik itu masih boleh diganggu oleh makluk halus.
Seletah minum kopi dan berasa mengantuk saya bercadang untuk tidur ditingkat atas rumah. Kononnya tingkat ataslah yang paling keras tiada siapa berani tidur ditingkat atas rumah itu. Selepas menunaikan solat kawan saya telah menyediakan tempat tidur di ruang tamu tingkat bawah. Dalam pukul 11 malam saya bercadang untuk naik dan menunggu hantu itu di tingkat atas. Saya berwuduk dan bersolat sunat, tidur arah kiblat dan berzikir. Saya berdoa agar diberikan petunjuk dan menghadiahkan fatihah kepada makluk ghaib. Saya sengaja membentangkan sejadah berhampiran dengan tempat perbaringan saya.
Pada
tengah malam saya terkejut mendengar bunyi orang menaiki tangga dan mengalihkan sejadah di sebelah
saya. Dia membentang sejadah yang baru dan mengangkat takbir. Saya ingatkan Man
kawan saya, rupa-rupanya seorang lelaki yang tinggi. Sedang bersolat. Dia memakai
pakaian melayu lengkap dan berserban bewarna hijau. Saya tidak dapat melihat
rupanyanya. Kerana saya berada di belakang beliau. Makluk itu bezikir selepas
solat saya masih menunggu
dan melihat gerakannya. Saya tidak berasa takut kerana percaya makhluk yang
bersolat itu tentunya baik dan tidak merosakkan. Selepas berzikir dan berdoa.
Dia memberi salam. Saya menjawab salam.
Tanpa menoleh dia terus berkomunikasi dengan saya. Kemudian makhluk itu bangun
dan menghilang arah tangga.

Saya terpisat dan tergamam. Peristiwa malam itu berlalu terlalu pantas. Esoknya saya berbincang lagi dengan bapa Man, saya tidak menceritakan pertemuan saya dengan makhluk berbaju hijau malam tadi tetapi hanya memberitahu firasat saya. Yang peliknya bapa Man macam menyetujui semua kenyataan saya macam dia juga tahu keadaan rumahnya. Saya mencadangkan bahawa pada malam Jumaat yang akan datang saya akan membawa bapa angkat saya seorang kiyai untuk datang kerumah itu membantu mana yang boleh. Beliau bersetuju.
Seperti yang dijanjikan pada petang khamis kami berkumpul dirumah Man, orang lelaki dirumah itu hanya empat orang, saya, Man, bapa Man dan Pak Kiyai, sementara yang perempuan adalah emak Man dan dua adik perempuannya. Seorang yang sakit itu.
“Engkau
ikut telur ini.” katanya.

Adik Man macam dipukau mengesot dan memuncungkan mukanya kearah telur ditangan Pak Kiyai. Pak Kiyai bergerak ke arah pintu yang jaraknya 15 langkah dan adik Man terus berinsut dan bergerak kepintu. Kami semua memerhati. Pintu yang terbuka itu dihembusi oleh angin yang sekejap keras sekejap berhenti.

Adik Man macam dipukau mengesot dan memuncungkan mukanya kearah telur ditangan Pak Kiyai. Pak Kiyai bergerak ke arah pintu yang jaraknya 15 langkah dan adik Man terus berinsut dan bergerak kepintu. Kami semua memerhati. Pintu yang terbuka itu dihembusi oleh angin yang sekejap keras sekejap berhenti.
Beberapa langkah dari pintu tiba-tiba adik Man menjerit dengan kuat dan jatuh terlepak. Pak Kiayai yang masih memegang telur itu mengarahkan Man mengangkat adiknya berbaring ditengah-tengah ruang tamu tempat mula-mula upacara itu. Pak Kiyai terus keluar pintu dan meninggalkan telur itu di halaman rumah. Saya mengikut Pak Kiyai, beliau berpesan nanti ambil balik telur ini.
Kami masuk balik kerumah dan menutup pintu. Pak kiyai memulihkan adik Man dan nampak dia segar semula. Sebaik sahaja adik Man tersedar bunyi mengilai dari dapor tadi berpindah keruang laman tempat dimana telur itu diletakkan. Hantu itu terus berbunyi sehinggalah adik Man pulih sepenuhnya dan disuapkan makanan dan air oleh emak Man.
Setelah
selesai dan bunyi menangis diluar tidak kedegaran lagi. Kami dijamu oleh emak
Man dengan sedikir minuman dan Pak Kiyai menceritakan bahawa penunggu itulah
yang selalu menggangu rumah Man dan dia berlawan dengan penjaga dalam rumah.
Seorang jin islam katanya. Tetapi penjaga rumah itu tidak lagi dijaga dan cuma
datang sekali sekala kerumah itu. Ini
diakui oleh bapa Man yang juga mengetahui sedikit sebanyak akan cerita asal
rumah itu. Hantu
itu disimpan bomoh pemulih rumah sebelumnya, kerana dia sangat ganas dan tidak boleh di kawal. Oleh
kerana adik Man jenis orang lemah semangat jadi dialah yang sering diganggu
oleh makhluk jahat itu. Rumah
itu telah beberapa kali berpindah tangan dan terbiar, sebelum di beli oleh bapa man.
Pak Kiyai mohon balik dan mengingatkan saya agar menjadi wakil beliau membuang telur itu kesungai yang mengalir. Saya menoleh sekeliling memang tidak ada orang lain yang boleh diharapkan. Setelah Pak Kiyai beredar dari rumah tersebut saya meminta Man menghidupkan kenderaan dan saya seperti syarat yang diminta oleh Pak Kiyai tadi mengambil semula telur ditengah laman dan memasuki kereta dan bergerak ke arah sungai berdekatan. Dalam kenderaaan saya amat takut dan tidak berkata sepatah pun. Saya terus berzikir dan tengkuk saya sentiada meremang dari rumah Man sampailah ke sungai yang tidak berapa jauh.
Pada tempat yang difikirkan
sesuai Man memberhentikan kenderaaan dan saya turun ketepi sungai dan
melepaskan telur itu. Dengan tangan kiri saya. Amat aneh telur itu timbul
seperti telur kosong dan mengikut arah air kelaut. saya terus menyuluh telur
itu hanyut berpusing-pusing arah ketengah sungai. Tiba-tiba satu obak yang
besar dari dasar sungai menyambar telur itu dan terus meluru kelaut dengan
pantasnya macam disambar ikan besar. Tetapi saya tidak nampak apakah bendanya.
Cuma bunyi seperti ikan besar.
Pak Kiyai mohon balik dan mengingatkan saya agar menjadi wakil beliau membuang telur itu kesungai yang mengalir. Saya menoleh sekeliling memang tidak ada orang lain yang boleh diharapkan. Setelah Pak Kiyai beredar dari rumah tersebut saya meminta Man menghidupkan kenderaan dan saya seperti syarat yang diminta oleh Pak Kiyai tadi mengambil semula telur ditengah laman dan memasuki kereta dan bergerak ke arah sungai berdekatan. Dalam kenderaaan saya amat takut dan tidak berkata sepatah pun. Saya terus berzikir dan tengkuk saya sentiada meremang dari rumah Man sampailah ke sungai yang tidak berapa jauh.

Saya
mengucapkan salam dan terus masuk kereta, Man terus memecut balik ke rumah. Sampai
kerumah saya dapati semua orang telah tidur, tempat tidur saya dan Man telah
disediakan diruang tamu tingkat atas. Saya berharap bahawa saya dapat berjumpa
jin berbaju hijau itu sekali lagi. Malangnya sampai ke pagi saya tidak diganggu. Sekian.