Selasa, 3 November 2015

HARI KELUARGA JAMALUDIN/MAHERAN 13 JUN 2015




Sepertimana Pak Usu ceritakan senarai keturunan Jamaluddin Maheran hilang dalam Pen drive Pak Usu ketika Pak Usu ingin memasukkan nama cucu kedua  Aira Nisrina anak Alang. Pak Usu terpaksa bersusah payah mencari keluarga yang hilang dan nama nama yang telah terkumpul Alhamdullillah berkat doa dan sokongan semua anak buah  dapat juga mengumpulkan lebih kurang 1600 nama. Rujukan Pak Usu ialah Pak Chik Haron Johar, Pak Ngah Majid Ahmad dan Pak Itam Hamzah Ahmad. Pak Itam Jah banyak membantu dan ingatannya sangat baik ketika itu. Malangnya 3 hari sebelum dia meninggal Pak Usu  menalefon beliau untuk mengajak beliau ke Pasir Ipoh untuk menanda kubur keluarga . Jawapannya rengkas. beliau tidak sihat. Tiga hari selepas itu beliau kembali kerahmahtullah. Pak Usu sangat terhutang budi kepada beliau kerana setiap pertemuan selama 3 tahun beliau tidak putus putus hendak menganjurkan pertemuan 5 Datok/ Anak Jamaludin. Malangnya Pak Usu  teramat sebok. Dan nak mencari dana pun satu hal juga. Nak duduk sahaja sudah 4/5 ringgit. Nak buat collection nanti ada yang tidak datang pula. Itulah masalahnya. Akhirnya berkat sokongan, Aidie Manaf, Zulhizam Abu Bakar, Eidi Syarif. Zai Yusuf, Anak-anak  dan anak-anak buah yang lain  kita keraskan juga semangat hinggalah hari keluarga yang dirancang berjalan dengan sempurna dan bersejarah. Terima Kasih Semua.




Menghimpunkan keluarga bukan kerja kahwin, Tak ada pengantin, tak ada tuan rumah, Tak ada VVIP yang hendak di raikan. Kita meraikan diri kita sendiri. Bersantai dan bertanya khabar. Kalaulah ada Arwah emak Pak Usu  percaya tentu tak kering airmatanya. tapi masih ada yang hendak di jemput, masih ada yang tidak faham bahawa majlis ini adalah kali pertama dan kita tidak pernah berjumpa antara satu dengan lain sebelum ini. Ada yang berjumpa masih kecil lagi dan ada yang tidak mesera kerana tidak pernah kenal. Alhamdullilah Pak Usu dapat atasi juga, dalam 3 minggu saya bergerak dari Kuala Lumpur ke JB  Muar ke Perak , untuk bertemu muka sendiri dengan anak buah agar mereka dapat hadir. Malangnya ADA YANG TIDAK DAPAT HADIR.JUGA tapi mereka menyampaikan salam kepada semua kerana ada komitment lain yang lebih penting.




Pada hari bersejarah Pak Usu sangat berbangga kerana ramai keluarga yang datang seawal 10.30 pagi. Dari kuala lumpur, Dari Johor Bahru dari Perak dari Klang dan Kota Tinggi Pak Usu bagai ingin menangis bukan kerna ramai yang datang tetapi kerana ada yang datang seperti sambutan Hari Raya. Ada yang membawa kuih dan  ada yang membawa makanan kegemaran Pak Usu, gulai ayam dengan maman. Malangnya Hamzah Ahmad tidak dapat merasakan kemeriahan ini.




Pak Usu percaya tahlil yang kita buat di surau memberi keberkatan kepada semua keluarga yang telah tiada. Genarasi pertama hingga ke 3. Dan suatu balasan yang saya terima pada petang hari raya puasa lepas ketika pak usus sekeluarga berkunjung ke Makam Batu Lapan, Pak Usu sekeluarga di sambut oleh ramai malaikat(agaknya) dan kami sekeluarga  yang hadir merasainya. Bibik Angah cepat-cepat membawa cucu saya Damia masuk kereta, ketakutan. Saya kata tak apalah itu petanda baik. Kak lang Sazlin yang datang kemudian pun dapat lagi merasa kemeriahan kubur Batu Lapan walaupun dia sampai ketika kami sudah pulang.Rugilah kepada sesiapa yang tak sempat berkunjung ke kubur petang hari raya itu.Semuanya ketentuan Tuhan.




Ini kerana kubur Batu Lapan di huni ramai generasi ke 3 keturunan Jamaludin Maheran . Pak Usu terkilan kerana tidak ke Pasir Ipoh kerana sepanjang bulan puasa dan bulan raya pak usu sibuk dengan dusun buah. Sambutan malaikat dan pengalaman di perkuburan ini  serupa Pak Usu alami bila di sambut oleh Marhum Masjid di Pulau Lingga Daik seperti yang di ceritakan dalam travelog perjalanan ke Daik dan Marhum Bukit Cengkih. Serupa sangat dan semua yang hadir bersama Pak Usu dapat merasakannya. Pak Usu ceritakan adalah bertujuan untuk memberitahu anak cucu sekelian bahawa usaha kecil yang kita lakukan bukan sahaja disukai oleh oleh orang yang hidup malah orang-orang yang mati pun turut berbangga dan berterima kasih. WALLAHUALAM Tu
han shaja yang mengetahui, memberi dan petunjuk dan balasan kepada perbuatan yang ikhlas. Terima kasih semua.







Sekali lagi atas kebanggaan semua keluarga Jamaludin Pak Usu merakamkan ribuan terima kasih kepada semua anak  buah yang hadir dan memberikan sumbangan tenaga , masa dan wang ringgit sempena hari keluarga Jamaludin Maheran. Pak Usu berharap kita lupakan semua yang telah berlalu dan memulakan cerita Jamaludin Maheran yang hebat. Walau apapun sumbangan anda  adalah wira yang tidak di dendang. Terima kasih. Yang terhebat adalah orang yang memberi sumbangan walaupun mereka tidak dapat datang pada hari tersebut seperti Aidi Manap, Yusuf Ideris, Shaari Omar, Aini Sudin dan ramai lagi. Seronok dan bangga ada anak buah yang macam ini.





Buku salah silah masih belum di cetak kerana maih ada yang belum lengkap. Ada juga keluarga yang masih belum menyerahkan senarai nama keluarga mereka. nanti tengok sendirilah keluarga mana yang lengkap dan tak lengkap.







Walau bagaimanapun drafnya boleh saya printkan atau emailkan kepada sesiapa yang berminat. SMS sahaja pada no telefon dan e mail saya. Insyaalalah.Cuma masalah lain di rumah pak usu tak begitu baik bila ke KL saja pak usu update semula.




Sehingga blog ini di tulis rasa gembira masih lagi tersemat dihati Pak Usu dan  berharap semua yang hadir juga berasa begitu. Apa yang lebih menyeronokkan, PAk Usu gembira 36 orang genarasi ke empat yang masih hidup  dapat hadir pada hari tersebut memakai tag bewarna orange dan duduk sebaris diatas kerusi. Ramai juga yang pak usu tak kenal dan ada yang baru pak usu jumpa setelah hampir 60 tahun hidup. Pak Usu rasa bertuah dan bersyukur sekali. Kalau kita buat lagi 4 atau lima tahun lagi tak tahulah berapa orang yang masih tinggal.Kunjungilah keluarga yang masih hidup ini. Semuga berjumpa lagi Terima kasih.