CRYPTIC
34:
6 Jamadil Akhir 21 feb. 2018,11:42 PM
👴 Dah
seminggu Bulan baru. Apa cerita kau.
👦 Orang
banyak tanya fasal camana mengira malam tok.
👴 Oh
banyak caranya.
‘Sesungguhnya tuhan engkau itu mengetahui
bahawa engkau berdiri (solat) kurang dari 2/3 malam, seperdua malam dan
sepertiganya, dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang, Allah mengetahui
bahawa kamu tidak sekali kali dapat menentukan batas waktu, maka Dia memberi
keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah bagimu dari Al
Quran....." Al Muzammil 73:20
👦 Panjang
ayat tu tok.
👴 Tu
sebab banyak pendapat mengenai malam.
👦 Yang
mudah tok camana.
👴 Ghazali menyatakan kurang dari 2/3 malam itu seakan akan seperdua tambah
seperduabelas. Bermakna 2/3 = 8/12 +1/2+1/12=7/12 malam.
Jika ayat itu baris bawah nescaya menjadi 1/2
dari 2/3 malam dan 2/3. Jika dibaris ataskan nescaya menjadi setengah malam. Aishah mengatakan Nabi Saw solat malam bila
mendengar kokok ayam. (HR Bukhari dan Muslim dari Aishah.)
👦 Cita lagi tok.
👴 Kalau ikut garis masa. Ambil jarak zuhur dan
Asar. Kemudian kau campurkan dengan tengah malam, bermakna gelincir matahari
itu bertepatan dengan tengah malam dan waktu solat asar itu bertepatan dengan
waktu solat malam. Dia berubah ikut hari. Itu kiraan paling mudah.
👦 Ada
tanda tok.
👴 Ada,
selain kokok ayam dan kicauan burung,
berubah bayu laut dan bayu darat, bintang tidak berkedip. Masa yang baik
untuk munajat, berdoa dan berzikir.
👦 Terimakaseh
tok. Baru ni,
👴 Ada
dah dalam pancalusa ko je tak baca.
CRYPTIC
35:
7 Jamadil Akhir. 22 feb 2018 11:55 PM
7 Jamadil Akhir. 22 feb 2018 11:55 PM
👴 Bulan
Jamadil Akhir ini penutup setengah tahun hijrah. Kita memuji Allah dengan Asma
Alhusna. Kita siapkan zikir kita bagi menghadapi 3 bulan ibadah. Ko dah sedia.
👦 Ni tengah
top-up tok. Nak cover mana yang tinggal. Sambung cita semalam tok.
👴 Ah
itu cita waktu terakhir zikir malam. Tapi tak apalah, ko dah tanya kita ulang
balik bulan ni. Baik juga tu.
👦 Oh
ya, zikir siang bermula imsak ada 7 dan zikir malam mula magrib ada lima kan
tok.
👴 Bagus
tu. Waktu dah tok terangkan, zikirnya begini:
1. ........Bangunlah
ditengah malam sehingga engkau bersunyi sunyi ( berkhilwah) dengan Aku dan Aku
berkhilwah dengan engkau, maka sampaikanlah apa apa hajatmu... (HR Abu Daud
dan At tharmidzi dipandang sahih oleh Amr bin Anbashah) (ihya 2:268)
2. Berwudhulah dengan sempurna.
3. Beristifarlah 3 kali. (Hadith gharib dari At Tharmidzi)
4. Angkatlah matamu kelangit lalu membaca
dengan cermat. Ashaduanla illa haillah,
wahdahu la shariqalah.
WaAshaduana
Muhamad abduhu warasulluh. (HR Adharaqathi dari Uqbah bin Amir)
5. Zikirkanlah: laillaha illallah wahdahu la syarikalah. Lahulmulku walahulhamdu, wa
hua ala qulisyain qadir 10X. (HR Muslim dari Abu Hurairah)
6. Sambung: Alhamdulillah, wasubhanallah, wala ila haillallah wallahu akbar. Wala khaulawaka quwata illah
billah hil aliul azim. (HR Bukhari dan Muslim dan Abu Daud)
7. Sambung lagi: Allahuma Firlii (Dari Ubadah bin Shaut, Rasullullah bersabda, barangsiapa yang terjaga dimalam hari dia membaca, ...6....kemudian membaca ....7....atau dia berdoa (dengan doa yang lain) maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwuduk, dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya. HR Bukhari:1103, Abu Daud: 5060, At Tarmidzi: 3414, Ibnu Majjah: 3878 , Hadis Sahih @ misteri kedahsyatan dzikir/ books.google.com)
9. Bersolatlah sekurang kurang 2 rakaat
dan satu witir. Atau 4 rakaat 3 witir.
10. Membaca satu surah jika malam jumaat surah
alqahfi.
11. Kemudian
tidur kali kedua hingga imsak. Kerana itulah pekerti rasullullah. (HR Abu
Daud dan Atharmidzi dari Ummu Sallamah ihya 2 ms 302).
👦 tok
tak terangkan faedahnya.
👴 saja
tak tok terabgkan bukan sebab panjang tapi tok tak mahu ko berharap harap. Yang
penting buat saja barang sekali.
👦 Sekali je tok.
👴 ye la
sekali saja. Sehari semalam.
👦 berat
tok.
👴 sekali seminggu, sekali sebulan, sekali serahun, sekali sebelum mati. Heh heh..
👦 Kalau
tak upaya tok
👴 1.
Rasullullah saw memandang ufuk dan membaca doa Ali Imran kemudian solat, berdoa
kemudian tidur yang baik bagi membuka sir seperti diterangkan dalam criptic
terdahulu(Ihya)
2. Tidur dengan bersuci, berbaring mengiring kekanan. Dan menghadap kiblat
seperti mayat. Ia baik bagi pengeluaran jus penghazaman dan kesihatan pencernaan.
3. Jika tidak upaya cukup bangun dan duduk
berzikir berdoa menghadap qiblat.
4. Jika
tidak upaya cukup juga cukup berzikir
menghadap kiblat sambil berbaring. (Seperti diterangkan sebelumnya)
👦 heee.
CRYPTIC
36.
11 jamadil akhir 27 feb 2018, 12:57 AM
👴 Atuk
baru dapat lagi satu hadis palsu hebah 2014. Dan satu zikir yang ditolak JAKIM
tahun 96 dulu apala ko ni asyek foward aje.
👦 ala
tok nak mintak tok chek aje.
👴 itu pun tak boleh kecuali ko nak menyatakan kepalsuan nya. Dosa kering tuh.
👦 pada
tok je bukan group.
👴Jamadil
akhir dah 1/3 sikit lagi nak ngadap rejab. Baik susun balik zikir ko. Haritu
mula zikir akhir malam.
👦 cita
balik tok.
👴 mula
zikir siang itu imsak sampai syuruk. Bangun dan istifar. Kalau pagi jumaat baca
ayat qursi 12X. Masuk subuh solat sunat fajar. Pergi jumaah masjid. Istifar
banyak banyak.
👦 kalau
dirumah tok
👴 solat
subuh berjamaah juga. Pas tu bertasbih dan bertamjid. Ikut kelapangan. Ini masa
menunaikan Hak Allah.
👦 camana kira isyra' tok.
👴 lepas
syuruk sekarang 7:20. 25 minit lepas tu isyra' masa dhuha pertama 2 rakaat. (1/3
jarak subuh dan syuruk campur syuruk). Atau matahari 1/3 anak panah. Masa tu
waktu kirarah, dilarang solat. Dari 7:45 sampai pertengahan pagi itu masa wirid
kedua siang , Seperti pertama tadi kali ini hak rasul pula, banyakkan selawat
terutama jumaat.
👦 petengahan tu bila tok.
👴 Lebih
kurang 3 jam dari syuruk. Tepatnya zuhur - syuruk bagi 2. Jam 10.22 masa rehat
dan mula zikir ke3 siang, solat dhuha 4 rakaat. Masa ini hak manusia diutamakan.
👦 dua
kali dhuha tok.
👴 ya
ada hadis mufrad nabi solat 6 rakaat, Hadis
riwayat Ali ra : 6 rakaad dalam
dua waktu, iaitu apabila telah terbit matahari dan sesudah ia meninggi. Serupa
malam nabi bangun solat malam dua kali, dan tidur dua kali sebelum subuh.
1 mini 4 saat minit sebelum zohor masa zawal,
matahari tepat. Juga waktu kirarah.
👦 2
kali kirarah tok.
👴 3
kali, sekali lagi 9 minit sebelum magrib. Masa kirarah pagi dan petang itu
adalah 2 tanduk syaitan. Dan kirarah zawal itu neraka menggelegak. Elok ada
dalam rumah.
👦 ada
lain kebaikan tok.
👴 fadhilat sangatlah besar, banyak dalam kitab tapi tok nak cakap pasal fadilat
tubuh.
👦 zikir
1 itu adalah masa kreativiti dan kefasehan bahasa lidah, baik untuk mengkaji,
mengarang. Organ thairoid teransang.
Zikir siang 2 dan 3 itu adalah bagi kesihatan
hati yang menggetarkan keazaman, kasih sayang dan kerjasama.
👦 makanan pulak tok.
👴 pada
zikir1 elok minum air suam 2 gelas bagi usus,
Bagi zikir kedua elok dengan susu dan manisan bagi tenaga bagi zikir
ketiga baik dengan coklat untuk kegembiraan.
👦 sambung lagi tok.
👴 lain
kalilah nanti tak terbangun kali ke 2 plak heh heh.
CRYPTIC
37:
14 Jamadil Akhir 1 mac 2018. 10:08 PM
👦 Tok,
banyak lagi masuk viral riwayat palsu tok.
👴 Sibuknya cucu atok ni, report polis lah.
👦 Hah
report polis?.
👴 Ya
report polis! kalau ko nak ubah dengan tangan. Kalau ngan mulut nasihat dengan
berhemah. Kalau dengan hati ko delete je, itu
iman kecik.
👦 Ooo
camtu.
👴 Dah
tinggal sikit benar ni nak masuk tiga bulan
yang baik. Orang viral konon nak pahala. Tapi musuh kat luar tu nak
rosakkan pahala.
👦 tak
faham tok?.
👴 cegini, Muazatin dan Qursi sebelum tidor tu memudahkan bangun solat malam.
Banyak wirid dapat merengankan ibadah malam. Ada wirid menjaga kita dari pagi
sampai petang, baca lagi petang sampai pagi. Ada wirid dari Jumaat sampai Jmaat
akan datang, Ada dari bulan ke bulan, ada dari tahun ketahun, ada bertahun
tahun selagi tidak terbatal dengan dosa besar.
👦 bagustu tok ajar sikit.
👴 hah
mulala tu, jangan mengharap, usaha, buat dengan istiqamah biarpun sikit. Begitu
juga dosa dan murka Allah. Hufas hilang Qalam hanya kalau salah makan. Namanya
Qalam merajuk. Amalan juga ada yang digantung kerana sesuatu perkara. Ramai
sahabat hilang nur berminggu, berbulan, malah ada bertahun tahun. Mereka terus
bertaubat dan munajat. Nabi Yunus as Nabi Adam berapa tahun sengsara.
👦 lama
tok lama, lama.
👴 faham
dah ?
👦 faham
apa tok ?
👴 la.....tadi dia tanya kenapa banyak masuk viral palsu?. Musuh tahu 3 bulan
depan, Rejab Syaaban, Ramadhan. Muslim mengaut keuntungan berlipat ganda. Cuba
kalau kena denda amalan kita kena gantung pasal kita foward yang tak pasti,
seminggu ke, sebulan ke, 3 bulan ke, tak payah cita lagi dah amalan kita. Jadilah
orang rugi tapi tak tahu dia itu dalam kerugian.
👦 ooo
camtu, jahat juga diaorang ye tok.
👴 kita
tak kenal siapa dia, tujuan dia, tapi tuhan tu Maha Pengampun. Maha Pengaseh,
Maha Pemberi Petunjuk. Istifar dan selawat bebanyak. Cerita, mengadu, memohon
dengan DIA masa khilwah kamu.
👦 oooooo......
CRYPTIC
38
18 Jamadil Akhir:
👦 Saudaraku, saya ingatkan tuan,
jika hendak foward hadis hendaklah ada sanadnya. Jenis hadis tu banyak lebih 15.
Jika hendak mengetahui serba sikit bacalah CRYPTIC 33 @
pancalusa.blogspot.com tuan akan faham apa yang saya maksudkan.
👦 Kisah ini banyak divairalkan
oleh web jiran. Maafkan saya menegur agar kita berhemah dialam maya.
Pertama: Hadis permata Jibrail itu tersebar
dari blog wandibudiman@ blogspot.com bertarikh 3 jan 2014 dari khutbah sebuah
masjid tanah seberang, kemudiaan beberapa blog lain 2015.
Pada julai 2017 Dr Ust Rozaimi Ramlee menjawab
hadis ini tiada asalnya.
1. Ad Durar As Saniyyah dibawah seliaan Al
Syeikh Alawi bin Abd Qadir Al Saqaf pada bahagiaan hadis hadis tidak sahih yang
tersebar no:31 menyatakan hadis ini tidak ujud dalam kitab hadis.
2. Laman QA Sheikh Muhamad bin Salleh al
Munajid menyebut, hadis ini tidak ujud dalam kitab hadis, tiada juga asal dan
tiada sanadnya, sebagaimana kita tidak temuinya dalam kitab yang mengumpulkan
hadis palsu.
Tidak
HALAL sesaorang meriwayatkannya, kecuali untuk nengingatkan kepalsuannya. Hendaklah
takut kepada Allah setiap orang yang teibat dalam menyebarkan hadis palsu. (rujuk
https//islamqa.info/ar/170607)
Kedua: Keputusan panel kajian Aqidah bah Ehwal
Islam JAKIM. kali ke 7,1996 . Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan
mengandungi kalimah yang bertentangan dengan konsep islam. Mesyuarat bersetuju
zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan dimedia massa, mesyuarat
mencadangkan ayat2nya ditukar sesuai dengan kehendak alquran.......rujuk Carigold.com
👦 Saya tak faham orang yang viralkan perkara
begini menyelitkan agar kita berzikir dan menyelitkan hadis sahih, ayat
quran. Minta diviral berjuta juta.
Sedangkan perkara asalnya tidak pasti samaada hadis ke karangan ulamak ke,
karangan dia sendiri ke? Kemudian minta sebar. Saudara rasa pelik tak? Saya
rasa macam ada muslihat aje ye tak??
👦 Wallahu alam, maafkan saya
yang tiada ilmu.
👴 wah dah pandai menegur cucu atok. Itu nahi mungkar tuh….
👦 Heee…..
CRYPTIC 39:
16 Jamadil Akhir 4 mac 2018
👴 Jika engkau ambil sebiji limau dan sebilah
pisau. Engkau letak dia dalam keadaan melintang dan engkau potong tangkainya,
itu maknanya engkau buang waktu istiwa’. Waktu dilarang solat 1 minit 4 saat
selepasnya adalah waktu zuhur.
👴 Kemudian kau potong lagi ¼ sampai ditengah
hujung pisau adalah waktu Asar dan
dipangkal pisau waktu dhuha pagi, ko potong lagi sampai 1/16 dari tengah
dihadapannya waktu ghurub dipangkalnya syuruq,
👴 Engkau potong lagi tinggal setengah
hadapannya waktu isya’ di belakangnya waktu subuh,
Engkau
potong lagi tinggal 1/3 di hadapannya waktu tidor dan dibalakangnya waktu
tahajud.
Dan
titik hunjung buah itu adalah waktu solat tengah malam.
👴 Itu andaian sahaja. Cuma nak ingatkan pasangannya.
Kata Ghazali Setiap 3 Jam kita solat kecuali zikir Siang S4, Siang S5, dan
Malam M3. Wirid lain semuanya ada solat berjumlah 56 rakaat, Tambahan 6 itu
adalah awabin waktu magrib bagi orang yang bertaubat dari asalnya 50. Ada yang
dituntut dan tidak diringgankan Nabi saw, Ada dituntut tapi bukan kebiasaan
baginda.
👦 Barulah jelas kenapa banyak ayat suruh kita
mengkaji peredaran matahari dan tuhan suruh kita berfikir.
👴 Nampak cantikan pembahagian hari tu. Ia
berpasang-pasang dan cantik tersusun. Tapi sekarang semua dah di takwimkan
sampai kita tak payah fikir pun, dan dah tak Nampak macamana jadinyanya takwim
itu, pakai aje yang di keluarkan. Itupun tak mampu buat. Kan?
👦 tak payah fikir lagi tok…
Ubah le fikir tu, kalau subuh fikirkan magrib kita, masa isra' fikirkan isya' kita berapa rakaat, dhuha mohon tidur kita membuka sir dan lindungan Allah, Zuhur mohon kekuatan solat tengah malam, Asar mohon agar ada kekuatan sepertiga akhir malam berkhilwah. Kalau wirid malam pula ambil masa memberi markah wirid siang kita, sempurna ke tidak.
Oh, camtu ye tok........
CRYPTIC 40:
20
Jamadil Akhir, 7 Mac 18 10:10 pm
👦 Kenapa
banyak sangat solat tok? Sampai 3 jam sekali.
👴 Ada
riwayat sahabat bertanya Nabi saw, “Kenapa ketika berada bersama engkau dan
para sahabat, kami rasa iman kami penuh, tapi berasa berkurang bila kami pulang
kepada kaum kami. Adakah kami munafik?” Nabi saw menjawab,“Turun naik, Jika
terus naik, malaikat akan bersalaman dengan kamu” (Ust Abdul Somad @Tazkirah TV Al-hijrah)
“Seandainya
kamu sentiasa mempertahankan (keadaan hatimu merenung akhirat) sebagaimana
ketika bersamaku, nescaya malaikat akan bersalaman dengan mu di majlis, di
jalan, dan di tempat tidurmu”. (HR
At Tarmidzi, kategori Hassan sahih)
Juga hadis “seandainya kamu sentiasa mendawamkan zikir nescaya malaikat
bersalaman denganmu”. (HR
Muslim @ cordofa.org 10/12/2014)
👦 Ada
ayat quran tapi lupalah tok, menyebut Dialah yang menurunkan ketenangan pada
mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan sedia ada.
👴 Itu
Al Fath 48:4, Ayat lain pun banyak,
Tengok bonggol unta, tengok gunung, laut, bintang, kalau dalam Waqiah itu siap
tanya lagi, kamukah yang menumbuhkan? (apa yang kamu tanam) Kamukah yang
menurunkan dari awan? (air sebagai hujan). Kamilah yang menjadikan api, (yang
tercetus dari kayu yang basah). Kamilah yang menciptakan kamu, (dari tiada
kepada ada). (Waqiah 26: 57-75).
Lagi disebut, apabila nafas (sesaorang) sampai kekerongkong, ditanya siapakah
yang dapat menyembuhkan? (Al-Qiamah
75:26-27)
👦 Dapat
pahala tok
👴 Bagi
orang yang bertafakur dan berfikir tentang kejadian Alam.
👦 Ohhh
Jadi bezalah iman orang yang mencari sekali sehari dengan orang yang mencari
banyak kali ye tok.
👴 Hmm
jika kamu rajin, Nabi saw memohon ampun lebih 70 kali sehari. (HR Bukhari no:1732) Tapi jika kamu
mempersekutukan (Rabb mu) nescaya hapuslah amalmu (Azzumar 39:65) Seandainya mereka mempersekutukan Allah nescaya
lenyaplah dari mereka amalan yang mereka kerjakan (Al Anam 6: 88)
👦 Ohhh
Faham Faham…..
CRYPTIC 41:
21 Jamadil
Akhir, 8 Mac 18,
👦 Saudaraku,
terimakasih sebab fowardkan tazkirah ustaz yang kononnya saudara berasa malu
membacanya, TAPI, saya hairan masih ada lagi Ustaz tuan yang keliru mengenai Al
Malal dan At Tark (Allah Bosan). Yang disebut itu adalah hadis Aishah, Jika
hadis ini sahih dari Aishah, penafsirannya bermaksud Al malal. Tetapi dari
pendapat muhaddis dalam sanadnya terdapat rawi bernama Musa Bin Ubaidah yang
dhaif. (Disebut
Al Hafidz dalam kitab AlFadz Al Bari ms 137-138).
Jadi hadis ini Dhaif.
Ulama
lain menafsirkan Allah itu tidak bosan sedangkan kalian bosan/ Nescaya kalian
bosan.
Al
Baghawi (dalam Syarh as Sunnah 4/49) menyatakan al malal itu mustahil jadi
sifat Allah. (petikan
abinyaumais.wordpress 2015)
👴 Wah
cantik tulisan cucu atok, matang tu.
👦 Sudah
dua kali dia menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia yang bukan pegangan
kita ASWAJA (Ahlisunah Wal Jamaah) tok
👴 Mungkin
dia terbaca fatwa Muhamad bin Soleh bin Utsaimin yang mengeluarkan fatwa yang
berani dan lancang mengatakan Allah itu memiliki sifat bosan atau malas. (Fatawi AlAqidah cetakan
Darul Jeil, Beirut, tahun 1414 H, Hal 51-52.)
Beliau ini adalah pengikut fahaman Muhamad bin Abdul Wahab (pelopor Wahabi) (petikan generasi
salaf.Wordpress 27 nov 2012)
👦 Bahaya
betul ya tok.
👴 Kita
bukan sahaja berhadapan dengan Islamic House of Israel, Syiah, khawarij dan
macam macam lagi yang berlindung atas nama Ustaz, Doktor Falsafah, organisasi
Islamic, dan Orang orang seleberiti tapi yang kebanyakan tu pakai nama samaran atau tiada nama lansung tapi memandai pulak
kita fowardkan. Kita tidak tahu apa
fahaman mereka malah apa agama mereka pun kita tak pasti. Bila tiada rujukan
macam kitalah yang mengarangnya atau berfahaman begitu. Kan mencari nahas namanya tu.
👦 Jelasnya
kita tidak cerdik dan dapat dosa dengan menyokong mereka, kan tok.
👴 Hati
hatilah, kita berpegang kepada ASWAJA Aliran Assariah dan Al Matrudiah, ikut
mufti kita aje kan senang. Kita ni orang awam buat ibadat sajalah setakat mampu
sudahlah.
👦 Eiii
takutnya tok……..
CRYPTIC 42
26 Jamadil Akhir 13 Mac 2018 12.19 pm
👴 Hampir
sangat masuk Rejab, camana zikir ko?
👦 Alhamdulillah,
tapi banyak gangguan group yang forward benda merapu tok.
👴 Yang
forward pada dia tu orang yang berakal, tapi kerjanya mengakal orang (mengarang
sesuatu yang palsu). Yang dia tu orang yang pandai tapi memandai mandai
(plagiat tanpa rujukan). Yang engkau tu bodoh janganlah di bodohkan orang pulak
(terperangkap menyebarkan).
👦 Yang
peliknya bukan tak ingatkan, dah banyak peringatan, patut dah sedarlah.
👴 Alah,
ko pun sama dah 6 bulan tahun hijrah ni ada ko
sedar.
👦 He
he sikit sikit tok.
👴 Orang
lain pun sama sikit sikit, jadi sabar dan tegur dengan berhemah. Atok tengok
pendapat ko dah baik sikit, amalan dah
bertambah sikit, tapi bacaan ko masih
teruk. Dalam solat, dalam zikir, berterabur nafas dan waqaf. Dulu kan tok dah ingatkan.
👦 He
he sikit sikit tok.
👴 Pertama,
kita banyak belajar pakai dengar dan hafal
dari kecik. Jadi mula balik membaca
pakai mashaf. Kedua, kita suka baca laju,
itu yang nafas lari. Ketiga kita tidak tahu hukum berhenti. Jadi waqaf tak
betul.
👦 Ajar
sikit tok.
👴 Contoh
Bismillah, Huruf ba tanda bawah, kemudian huruf sim mati, dengar bunyinya bis. Jadi 3 perkara makhraj huruf, tanda bacaan dan dengar bunyi. Begitu juga panjang
pendek. Begitu juga tempat berhenti. Ada hukum hakamnya.
👦 Kena
masuk kelas balik tok.
👴 Ya
la bukak iqra’ balik satu minggu,
baguslah sikit bacaan tuh. Nak cantik
lagi jumpa guru quran belajar tajuid dan taranum sikit. Bukanlah nak jadi qari tapi sekurang-kurangnya
semasa solat dan zikir tu, baguslah
sikit sebutan kita. Biasakan baca bersahaja, jangan cepat sangat atau tergopoh
gapah dalam ibadat. Zikir tu sebut satu-satu nafas. Kalau sambung lain
sebutannya.
👦 Tengah
baikilah ni tok. Sikit sikit la tok.
👴 Kalau
kau boleh bezakan Maalikiyau middiin dengan Malikinnas, Bezakan Alif
Laam miim dan Alif Laam Ra,
Bezakan Iftitah dengan takbir raya, maksudnya kau tahu apa
yang tok maksudkan. Kau dapat baca dengan baik Kaaf ha ya aiin sad dan Ha
miim. Aiin siim Qaaf.
👦 Nanti
saya buka kitab tok. He he……
👴 Belajar
lagi, baca lagi, selalu buka quran. Kalau tahlil atau doa tu, baca satu satu
ayat, pakai kitab. Jangan merapu je. Abu Dzar ra berkata “Nabi saw pernah
beribadah hingga subuh dengan membaca satu ayat Al maaidah 5:118,
(HR Al-Nasaii kitab Iftitaah no:1010, Ibnu Majjah kitab
Iqaamatish Shalaah, no:1344, Ibnu Khuzaimah kitab Shahiihya 1/271, Hadis ini
dihukum sahih oleh Abdul Kadir Arnauth, kitab Zaadul Ma’ad 1/331. @
Almanhaj.org.id)
👦 Baik
tok. He he…………
CRYPTIC 43:
28
Jamadil Akhir 15 Mac 2018
👦 Betul
lah tuk kata, banyak bacaan saya silap. Dosa ke tok?
👴 Ada
hukumnya. Tapi janganlah risau benda yang lepas, terus baiki bacaan insya
Allah, Tuhan maha mengetahui dan maha pengampun.
👦 Kalau
baca lambat sikit boleh baiki bacaan tok? Tapi lamalah ibadat kita.
👴 Riwayat
dari Abdullah bin Mas’ud ra. Dia berkata ”aku
pernah melakukan solat bersama rasullullah saw beliau memperpanjangkan
(solatnya) sehingga aku menginginkan sesuatu hal yang buruk”. Ada orang
bertanya “Apa yang engkau inginkan?”
Abdullah menjawab, ”aku menginginkan agar
aku boleh duduk dan aku meninggalkannya”. Itu pekerti Nabi. Kalau kita agak
agak lah. (@almanhaj.org.id
dari kitab “Kaanuu Qalilan minal Laili ma yahja’un karangan Muhamad bin Su’ud
al - Uraifi)
👦 Tapi
adakala juga Nabi saw bersolat cepat tok.
👴 Ada
hadis dari Habsah ra (Bukhari) dari Aishah ra (Bukhari) maksudnya dia
Nampak Nabi solat cepat, tapi pada solat sunah dan keperluan kepada rakaat yang
banyak, namun baginda menyempurnakan sujud dan rukuknya. (@ pondokhabib.wordpress)
👦 Oh
patutlah saya ada baca kisah abid bersolat beratus ratus rakaat.
👴 Dalam
solat selain Rukunnya, ada beberapa tempat (kesalahan lazim sampai 40) yang
kena kau kena perhatikan. Satu pada masa takbiratul
ihram. Kedua masa fatihah 7
ayat, dapat pahala kalau tidak berhenti pada ayat akhir. Tapi salah kalau
menyambung Amin. Amin tu pun nak
dibetulkan panjang pendek terutama ketika berjamaah. Hendaklah serentak dengan
imam (dan para malaikat), ketiga masa tuma’ninah
pada rukuk, sujud dan iktidal sekadar membaca subhanallah sekali. Keempat masa shahadah dalam tahyat. Kelima masa salam pertama. Kemudian masa berzikir. Pastikan nak sambung ke nak
berhenti. Itulah tertib secara rengkas. Baca balik kitab dan buat perlahan
lahan. Baiki satu satu.
👦 Tapi
tok kita selalu nak cepat je?
👴 Hah
itu syaitan. Mula dia lekakan dan
kamu berlambat-lambat, kemudian dia timbulkan kesal dan kamu bergopoh gapah. Dari
mula kamu nak mengambil air
sembahyang berjalan ke masjid, takbir, sampailah ketika kamu berzikir dan bangkit
dari tempat solat. Syaitan tu
syaitan. Sedangkan kita diminta duduk berzikir (mengingati) sesaat.
👦 Sesaat
tok?
👴 Ya
Ghazali menyebut sesaat waktu pagi dan petang, maksudnya seketika. Kejap pun
jadilah. Waktu cahaya (fajar dan magrib)
Bangun bersunyi (khilwah) malam (tengah
malam - Jam satu lebih dan sepertiga
akhir malam - Jam 3 lebih). Dan waktu dhuha (isra’ dan Dhuha).
👦 Oh cam tu, tu yang datang tiap 3 jam tu, sayang atuk.
*CRYPTIC ini disambung lagi dalam group watsap Cryptic.
Hubungi Admin jika hendak menjadi ahli.
**Selain dari rujukan yang dinyatakan pandangan ini
dipadankan dari terjemahan kitab Ihya Ullumiddin karangan Imam Alghazali.
*** Terdapat no Hadis yang belum di sahkan kerana saya memetik sumber sekunder, seperti hadis bukhari:1103, kemungkinan taipo, begitu juga Jargon yang digunakan. Saya akan baiki jika ada teguran dan petunjuk Alllah. Saya hanya manusia kerdil.