Sabtu, 30 Mac 2019

CRYPTIC81




CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsapp Tengku Teh.  Dialog ini antara seorang Atuk 👴   (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya  👶  (Ahmad Rejab), dialog ini merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. CRYPTIC 1-33 dan CRYPTIC 34-43, CRYPTIC 44-50, CRYPTIC 51-79 telah diangkat @ pancalusa.blogspot.com. dan group baru CRYPTIC diwujudkan. Sesiapa yang berminat hubungi admin untuk menjadi ahli group cryptic.

CRYPTIC 81
Khamis 3 muharam, 13 Sept 2018 @ 2.00am

👶 Lama tak jengah (Cryptic tok)?
👴  Saja nak tengok gelagat.
👶 Tahun ni kurang sikit mengarut yang di fowardkan tok.
👴 Kan dah masuk tahun kedua, tak kan tak faham lagi bersosial. Benda ni Cuma terend group.
👶 Akhamdulillah dah baik sikit amalan kita sejak tok ajar zikir asas tahun lepas.
👴  namanya Azam, Muharam ni dah mula zikir Basmalllah? Kalau lupa rujuk balik? (Cryptic 1-33 @ pacalusa.blogspot.com)
👶 Satu solat 10 jadi khatam 1500 kan tok.
👴  tahun lepas bukan kau buat 15K ke?

👶 Tak ada diskaun ke tahun ini?
👴  namanya bebal kau belum habis lagi, tahun ni tok nak tambah hafal ayat quran pulak.
👶 Macam kena denda aje tok?
👴 Ala ringan aje, mula magrib ni kau baca pakai mushaf, pegang quran dapat pahala. Baiki sebutan, cuba ulang 2.3 kali.

1.      Surah 1 Fatihah 7 ayat,
2.      Surah 99 Al Zalzalah, 8 ayat, setengah AlQuran*,
3.      Surah 109 Al Kafirun, 6 ayat, seperempat AlQuran*,
4.      Surah 112 Iklas 4 ayat, Sepertiga AlQuran*,
5.      Mu’awidhatain* pula surah 113 Al falaq 5 ayat, surah 114 An Nas 6

(*hadis saheh mengenai keutamaan 10 ayat alquran)

👶 Jadi saya baiki 6 surah 36 ayat tok dan baca lebih 100 ayat.
👴  kan dah baik sikit akal tu. Kalau kau nak sedekah pada ibubapa kau pun boleh.
👶 Kalau cama gini boleh lah tok beres….


CRYPTICb 82:
Isnin 6 muharam 17 sept 2018 @ 4.00 pm

Adakah sama orang berfikir dengan orang yang tidak berfikir.

👴 Cryptic ini mengajar kita berfikir kepada sebarang maklumat yang kita terima. Terutama dialam maya.

👴  beberapa hari Tok mendapat viral dari seorang ustaz, hadis asal rokok dari kencing syaitan. Baiknya dia berlapang dada bila ditegur tidak seperti kebanyakan orang yang sentap. Rujuk balik, rupanya dah lama benda ni dibincangkan. Gini cara kita menyemak,

Buka semua web cari yang lama.

Ragionalindi.blogspot.com 5 feb 2009 paling awal menyebarkan hadis tembakau dari kencing iblis.
Tokabe96.blogspot.com Nov 2, 2009 Kemudian menyebar kuliah Syeikh Hisham Rabani 21 sept 2009, fenton US, Tembakau tumbuh dari kotoran iblis. Walau ada cerita nabi tapi tidak dinyatakan sebagai hadis seperti 5 feb.

Tahun 2011/2012 banyak viral menyebarkan hadis tembakau dari kencing iblis rujukan dari buku HARAM MEROKOK oleh Adil Akhiar MS 12, pak Usu tak dapat maklumat buku ini tahun cetakan dan siapa pengarangnya. Kebanyakan cut&paste.

👴  2013 barulah JAKIM mengeluarkan fatwa hadis ini palsu (Rujuk 22/199 no 2312)

Tahun 2015/2016 barulah pakar hadis negara mengeluarkan kenyataan hadis ini bukan sahaja palsu tetapi tidak dijumpai dari mana-mana naskah hadis palsu. Komen paling menarik adalah dari SS DR MAZA @ Utube March 2016, sehingga beliau menyatakan jika tidak boleh berfikir hadis palsu tak payah sembahyang (Mumayyiz). Patut dengar.

👴  dia viral semula 2018?
Seorang ulama nusantara menyampaikan kuliah hadis ini yang mana dikata dirujuk dari kitab KASBUL ASRAR (tidak dinyata detail) maka sekali lagi beredar di Utube. Jan 27,2018 oleh Biey (6.03 minit) Feb 10, 2018 oleh Irwanagro (2.40 min) Feb 19, 2018 fajarmiftahun (1.01 min). Kemudian hadis penuh ini divairal semula (cut&fase) oleh wargakita. Hingga sampai kepada paksu. 

👴 Trend yang perlu diingat kepada perkara palsu begini.
1.   Bersungguh sungguh suruh viral dan disertai ganjaran tertentu.
2.Tidak dinyatakan rujukan jelas pada hadis yang dinyatakan, atau tiada rujukan asal.
3.   Orang yang memfowardkan kepada kita juga adalah menggunakan nama samaran dan tidak dikenal.
4.    Guna nama ulama seperti Abu Hurairah, nama penceramah, ayat quran dan hadis saheh didalam menguatkan hujjah malah ayat quran.

👴  hatilah marilah kita bersama membenteras penyebaran benda palsu terhadap Nabi saw, para sahabat dan tabiin. Ada pendapat, kita bersalah menyebutnya walaupun jika untuk menyatakan ianya palsu. JANGAN SEBUT.


CRYPTIC 83
11 Muharam 19 sept 2018, @ 3.00 am.

👴  Camana zikir kamu??
👶 Baik tok
👴 Matahari masuk dan terbit itu adalah diantara dua tanduk syaitan. Jadi rumah yang tidak dimasuki syaitan adalah rumah yang dibacakan surah 2 Al Baqarah. Maka 10 ayat baqarah tu ada di jadikan zikir majlis tahlil . Tapi ada percanggahan pendapat tentang itu.
👶 Ayat yang mana tok.
👴 Hadis ada menyebut tentang 10 ayat. 4 dipermulaan, 3 ditengah (dibaca sebelum solat subuh dan magrib) dan 3 diakhir (Dua ayat akhir dibaca sebelum tidur), ada yang menyebut 5,3,2, ada yang menyebut 4,1,3,2. Tapi tak kisahlah, engkau hafalkan dulu 10 ayat pertama. Kemudian 1 ayat qursi dengan 2 ayat selepasnya 254-257, kemudian 4 ayat yang akhir 283-286. Itu pun dah 17 ayat. Baca dalam solat dah boleh 3 rakaat tu.
👶 Magrib hanya dua surah tok?
👴 Solatlah dua rakaat lagi Bakdiah Magrib, kau baca pulak 7 ayat 158-164 wailahukum. 4 ayat akhir 283-286 selesai.
👶 Banyak tu tok.
👴  Baqarah itu ada 286 ayat kalau 10 peratus 28 ayat. Kalau kau ambik pada 4 tempat utama itu sahaja kau dah hafal lebih 30 ayat.
👶 Macamana nak mula tok, ulang balik.
👴  Ayat mula surah ambiklah 1 ain 25 ayat. Wailahukum ambiklah 7 ayat yang baik dari menasik haji. Ayat qursi ambiklah 5 ayat dari tilka mula juzuk ayat akhir 4 ayat ambillah dari ain itu dah jadi 45 ayat.
👶 Banyak sangat tu tok.
👴 Kata engkau hendak baqarah itu melindung engkau di padang mahsar eloklah hafal sebanyak yang boleh. Itu cadangan aje hafallah mana yang senang dan makna yang akan menusuk hatimu. Kalau menghafal tu pakai tafsir, jadi tahu makna ayat yang engkau hafal. Cuba dulu ayat mudah di 4 tempat. Nanti minggu depan kita tengok, camana. Usahalah lebih sikit Ahmad Rejab oiiii……..
👶 Cuba sikit sikit ye tok.


CRYPTIC 84.
17 muharam, 27 sept 2018 @ 2.30 am

 ðŸ‘´  AlBaqarah kamu.
👶 Baik tok, mula dapat 20, wailahukum dapat 5, ayat qursi 3 dan akhir surah 3 Jumlah hafal 31 ayat.
👴  Baik dah tu 10% Baqarah.  Hadis Soheh mengatakan Surah Albaqarah dan Surah Imran itu adalah surah gilang gemilang.
👶 Macamana tok.
👴  Ada riwayat Ahmad dan Muslim mengatakan AlBaqarah dan Ali Imran itu datang kepadang mahsyar seperti dua kelompok awan atau dua kelompok burung atau bentuk cahaya putih untuk melindungi orang yang membacanya. Tak kisahlah yang penting jika kedua surah ini tidak ada sedikit dalam hati kita bagaimana surah ini hendak menolong kita nanti.
👶 Betul tu tok. Surah Imran tu camna pulak.
👴  Permulaan ayatnya ada 9 ayat berakhir dengan doa. Kata AlGhazali dalam Ihya’ dihujungnya Ali Imran ada 5 doa yang yang dibaca oleh Nabi saw ketika keluar memandang ufuk sebelum solat malam ada juga mengatakan 10 ayat akhir. Jadi kalau kau nak hafal mula dengan 9.14,17 atau 20 ayat awal dan 11 ayat dari kulumnafsi 185-195, bila kau baca maknanya baru kau rasa.
👶 Banyak juka yek,
👴  Imran tu 200 ayat kalau 20 tu kira 10% sayang oii. Baru nak Ok kalau Ok kau sambung lagi 5 ayat sampai akhir.
👶 Atuk ni asyek menambah je, makin banyak pulak.
👴  Kan kita ni baru belajar kalau tak boleh hafal baca aje jadi amalan setiap malam nanti lancarlah lidah tu.
👶 Betul juga, kalau camtu bolehlah mula sikit sikit ye tok.
👴  Kalau awal muharam dulu kau dah dah bawa 36, baqarah 31, Imran 20 engkau dah hafal 87 ayat muharam ni. Tahniah tu.


CRYPTIC 85
19 muharam Sep 29@ 3.03 am

Wahai muharam hampir engkau meninggalkan kami
Jadikan embun mu seharum kasturi
menyegar mata dan hati
agar bangun bersujud
agar jaga bersyukur
agar hilang kelu lidahku.
Pohon rab menghapus dosa
serta seksa kedua orang tuaku
juga pendosa dikalangan kami.

Wahai malam jangan kau biarkan
kami lalai lena dan malas.

Pesanku pada bayu yang bertukar arah
bawalah harum sepoi anginmu
mengetuk hati yang payah
menyegar tubuh yang lelah
Jangan sampai menambah lena
menyelimut kejap mimpi
Wahai bayu pastikan ayam ayam jaguh ku tahu hadirmu

Lihatlah ufuk yang berkata
rasalah segar bayu
hidulah wangi embun
setenang bintang tak berkedip
Ayam ayam jaguh pun berkata
inilah sepertiga akhir malam
berdirilah semampu mu.


CRYPTIC 86:
24 muharam 4 Oct 2018 @243 am

👴  Camana Imran kau,
👶 Bolehlah tok 20 ayat tu. Tapi tak lancar sangat lah.
👴  Tak apa sikit sikit. Itu pun dah baik.
👶 Kalau baca dalam solat belum boleh lagi tok. Tersangkut sangkut.
👴  Tak apa, kalau isyak tu kau baca aje surah AtThin 9 ayat, Nabi suka baca ketika solat Isyak dan bacaaannya mengikut sahabat adalah paling baik. Kemudian rakaat kedua baca Alam Nasrah 8 ayat, orang yang mengamalkannya mudah mengatasi masalah hidup. Atau kau baca Al Qadr 5 ayat, Kalau subuh kau baca Ad Dhuha 11 ayat, hafal tak?
👶 Yang tu hafal tok.
👴  Hah dah dapat lagi 33 ayat maksudnya dalam dada kau tu dah Hafal 120 ayat. Hebat cucu atok ni.
👶 Heh heh.

CRYPTIC 87:
14 oct 2018 3 safar @ 1.00pm

1.      Dari Watsillah bin Al Asqa’ Rsb: Aku diberi AsSab’ (7 surah terpanjang dalam Alquran) sebagai pengganti Taurat. Dan aku di beri Al Maiin (surah surah surah yang ayatnya 100 dan mendekati) sebagai pengganti Zabur, Dan aku di beri Al Matsaniy (Surah Almaiin dan Mufashshal) sebagai ganti injil, aku diberi kelebihan dengan Al Mufashshal (surah Qaf sampai kepada Annas)” Musnad Ahmad: SAHIH. @Abumuhamadblog.wordpress.com 20 keutamaan Albaqarah

2.      Ibnu Masud meriwayatkan Nabi bersabda: Sesiapa yang membaca 10 ayat: empat awal surah Al Baqarah, Ayat kursi dan 2 selepasnya, ayat penutup surah Al Baqarah, nescaya syaitan tidak memasuki rumah itu hingga ke pagi (HR Thabrani dalam Al Kabir dan riwayat Alhakim, kata hadis dinilai sahih. @ aki2004.worldpress.com 19 july 2011.

3.      Bacalah AlQuran kerana ia datang pada hari qiamat kepada pembacanya. Bacalah Az Zahrawain (Dua Cahaya) ia itu Albaqarah dan Ali Imran, kerana keduanya datang di hari kiamat seperti dua awan putih atau dua naungan atau dua kawanan burung sebagai pembela bagi yang membacanya. Bacalah Al Baqarah kerana membacanya adalah barkah meninggalkannya adalah kerugian dan tidak mampu dilawan oleh penyihir (Dari Abu Ummamah Sahih muslim no 1337, Dari Dari AnNawwas bin Sam’aan Alkitaabi sahih Muslim 1338. @abumuhamadblog. worldpress.com 29 des 2016

4.      Al Ghazali menulis dalam Ihya’2: ms303, diriwayatkan bukan seorang mengatakan “aku memperhatikan solat Rasulullah Saw dalam perjalanan diwaktu malam hari. Maka adalah dia tidur sebentar selepas Isya’ kemudian dia bangun dan melihat ketepi lagit seraya membaca (Ali Imran 191 dari Rabbana hingga akhir ayat 194) kemudian diambilnya pelan pelan dari tempat tidurnya alat penggosok gigi, lalu beliau bersugi dan mengambil wudhu serta bersolat. Sehingga aku berkata “beliau bersolat seperti lamanya beliau tidur.” Kemudian beliau berbaring sehingga aku mengatakan “beliau tidur seperti lamanya beliau mengerjakan solat”. Kemudian beliau bangun dan membaca apa yang dibacanya pertama kali dan berbuat apa yang diperbuatnya pertama kali dulu,

5.      Ismullah al a’zam (Nama Allah yang Agung) terdapat dalam 3 surah, Al Baqarah ayat 163 Ali Imran ayat 2 dan AtThaha.


CRYPTIC 88
18 9ct 10 safar @ 10.00 pm


👴  Camana Al a’la dah hafal
👶 Bolehlah tok merangkak rangkak.
👴  Ambillah ayat yang pendek pendek pula, 3 surah paling pendek 3 ayat, Surah 110 An Nasr (Izaja), Surah 107 Al kausar, dan Surah 103 Al Asr.
👶 Itu dah hafal tok Cuma jarang baca.
👴 Ulang balik pakai mashaf betulkan bacaan dan baca dalam solat sunat kalau nak cepat solat.
👶 Surah 105 Alfil 5 ayat pun kita tahu tok, campur 19 al A’la, sudah ada 33 ayat tu tok.
👴  Hebatnya engkau sudah hafal 177 ayat tu. Baca semula juz Amma banyak lagi surah pendek kalau nak sampai 200 ayat.
👶 Nanti kita semak balik.

CRYPTIC 89.
3 Rabiua Awal 11 Nov 18@ 3.00 am

👴  Camana Juz Amma kau,
👶 Tambah lagi surah 96 Al Alaq 19 ayat dan surah 101 Al Qariah 11 ayat. 30 ayat tu.
👴  Tu sebab masa kecik dulu suruh baca muqadam Juz Amma dari AdDhuha sampai akhir tu sahaja ada 156 ayat. Tak apalah sampai hari ini pun kau dah ada menghafal 207 ayat itupun dah cukup baik. Selalu ulang biar lekat dalam hati.
👶 Dah cukup ke 200 ayat tok?
👴  Itu baru mula, quran tu ada 6,000 lebih ayat kalau 10% sahaja kau kena hafal 600 ayat. Kalau kau rajin solat magrib isyak pun kau boleh baca sampai 300 ayat campur solat siang boleh kau baca lebih 400 ayat sehari. Itu mengelakkan kamu jadi nyayuk. Kalau sahabat 1000 ayat sehari.
👶 Kita cuba setahun ni tok boleh dapat berapa.
👴  Insya Allah kalau kau rajin mencabar diri dapat tu sikit-sikit cucu oii. Kita bukan Hufaz. Ada ayat yang baik dibaca waktu malam iaitu awal surah 57 Alhadid dan akhir surah 59 alhashir. Cuba kau hafal dulu. HR Tarmidzi dari Fadhil Ibnu Yasar: Nabi bersabda sesiapa membaca ketika bangkit subuh Aauzubillah ….. Kemudian membaca 3 ayat akhir alhashir maka Alllah mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. begitu juga waktu petang jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.


Cryptic 90

👴  Macamana hafalan engkau?
👶 Al hadid 8 ayat awal, Alhashir 7 ayat akhir, kira 15 ayat tok.
👴  Wah bagus tu baru beberapa bulan sudah hafal 216 ayat, tahniah. Ada hadis soheh tentang 30 ayat yang menolong kita dalam kubur dan melindung dari api neraka iaitu Al Mulk, elok kalau kau hafalkan. Satu lagi surah Al Waqiah baik untuk kehidupan di dunia.
👶 Surah tu panjang tok.
 ðŸ‘´  apa kau cuba dulu mana yang boleh.

CRYPTIC 91

👴  Macamana?
👶 Al Mulk dah hafal tok, Cuma waqiah baru melancarkan bacaan.
👴  Baik tu, Waqiah itu kalau kau hafal dia terbahagi beberapa bahagian.   Pertama cerita pasal pembahagian manusia kepada 3 gulungan. Kedua bagaimana layanan gulungan pertma, ketiga bagaimna gulungan kedua, keempat bagaimana azab gulungan ke 3, kelima tuhan mencabar manusia, keenam sumpah tentang Alquran.
👶 Kalau kita bagi bagi cam tu senang sikit kita nak hafal kan tok.
👴  Tahniahlah kau dapat hafal AlMulk seminggu sudah 246 ayat tu. Kalau kau laju pada waqiah lepas 300 ayat. Usaha lebih sikit.
👶 Baik tok tengah semangat ni, heh heh.

CRYPTIC 93

👴   Waqiah ini banyak imam yang menangis membacanya.
👶 Betul tu tok, bahagian pertma jelas tuhan bahagikan 3 golongan dipadang mahsyar tu.
👴   Dah sampai mana hafalan engkau.
👶 Sampai golongan pertama tok, kira 26 ayat,
 Baguslah biar lambat. Lancar betul betul, ayatnya pendek pendek jaga nafas bila menyambung ayat. Jangan langgar aje.
👶 Heh heh. Jadi sudah 272 ayat tok.
👴  Janganla asek mengira, doa jangan tuhan hilangkan dari hati kamu. Quran ni boleh merajuk tau
👶 Heh heh.

CRYPTIC 94

👶 Macamana quran merajuk tok,
👴  Bila engkau buat dosa dan tidak menjaga pertuturan kamu.
👶 Patutlah saya nak hafal golongan kanan ni lambat sangat. Baru tambah 14 ayat.
Tak apa perlahan lahan.
👶 Sudah 286 ayat ingat minggu ni boleh lepas 300.
👴 Doa banyak banyak. Baca baik baik dengan lembut, digalakkan kita bersedih membaca ayat ahzab dan keras pada ayat kebesaran tuhan.
Nabi pernah mendoakan seorang hamba yang membaca quran dengan suara yang baik.


CRYPTIC 95

👶 Tambah 34 ayat lagi tok. Waqiah golongan kanan, makin senang tok kerana ada macam ritma dalam ayat ini. Macam piusi.
👴  Itulah kemurniaan alquran, ia adalah kitab yang cantik. Kaum munafik pernah ingin menandingi kecantikan bahasanya tetapi tidak Berjaya.
👶 Ayat golongan kanan ini menakutkan tok.
👴  Itulah azab tuhan tak upaya kita mengelaknya dengan amalan kita hanya ehsan Tuhan, Syafaat Nabi dan Alquran dapat menolong kita sedikit. Itu pun tidak pasti.
👶 Jadi 320 ayat dah hafal tok
 ðŸ‘´  Hah habiskan sikit lagi.

CRYPTIC 96

👶 Alhamdulilalah waqiah selesai tambah 22 ayat lagi.
👴  Wah lajunya engkau hafal. Tak terkejar atok.
👶 Waqiah ni macam puisi tok, bila kita dapat kuncinya cepat ingat, bahagian sumpah ni hanya satu ayat di tengahnya sahaja yang selalu lupa yang lain ok.
Itu dipanggil keganjilan dalam ayat quran, tuhan suruh kita perhatikan keganjilan itu. Supaya kita selalu berfikir bila membaca alquran.
👴  Wah tak sangka sudah hafal 342 ayat. Macam tak caya aje tok.
Itulah kalau kita tak buat kita tidak tahu kebolehan kita dan rahmat yang tuhan berikan kepada kita. Inipun kira rahmat juga. Kamu tidak pernah fikir, hati kamu boleh ada lebih 300 ayat Alquran. Jaga jangan hilang baca selalu lancarkan dan baiki bacaaannya.
👶 Insyaaalah tok.

CRYPTIC 97

👴  Mari kita hafal 30 ayat surah 89 AlFajr. Imam Alrani akan menangis tersedu sedu membaca ayat ini.
👶 Oh yang macam dalm Tv tu ye tok.
👴  Nanti kita cuba sikit sikit tok.

👶 Susah juga nak hafal tok tapi dapat jugalah merangkak rangkak.
👴  Tak apa sikit sikit bila selalu dibaca dalam solat baiklah bacaan tu nanti.
👶 Dan berpa ye tok tambah 30 ayat ni.
👴  Nanti atok kirakan semula kau sambung lagi baca surah pendek pendek kalau kau nak banyak angka.
👶 Surah apa tok.
 Surah 36 Yasin 83 ayat
👶 LAncar tok tapi tak pernah hafal pun. Surah lain tok.
Surah 88 Alqasiah 26 ayat.
👶 Ok saya cuba.
👴   Kalau selesai ni kau dah ada 398 ayat hafalan, yang tu atok memang bangga pada kau. Terror tu. Heh heh.

CRYPTIC 98

👴  Cuba yasin pulak 83 ayat aje, Yasin ini keras hukumannya, baik dibaca setiap pagi Jumaat. Lebih lebih lagi kalau kau hadiahkan pada kedua orang tua yang telah meninggal.
👶 Bukan jumaat baca kahfi tok.
👴   Kahfi orang amalkan baca malam jumaat. Lagi baik ketika kau bangun tahajud malam jumaat. Kalau atok terjaga malam jumaat atok baca, banyak riwayat tentang surah ini. Tapi yang baik hanya hadis tentang 10 ayat permulaan bagi mengelakkan fitnah dajjal didunia.
👶 Surah ni panjang.
👴  Itu sebab untuk bacaan dan lancarkan. Nanti kemudian kita hafalkan.

Cryptic 99

👶 Dapat 29 ayat tok.
 ðŸ‘´  Itu dah cukup kalau kau nak gunakan bagi memulihkan rumah atau kebun dari gangguan jin dan syaitan.
👶 Nanti ajar kita tok.
 ðŸ‘´  Nantilah dah berapa ayat kau.
👶 425 ayat hafalan tok.
 ðŸ‘´  Jagalah dengan baik pertuturan kamu agar dia tak hilang dari dada kamu. Teruskan menghafal.


👴   Berapa lagi tambah surah yasin.
👶 Tambah 21 ayat lagi sampai ayat 50.
👴   Baguslah tinggal sikit lagi.


 ðŸ‘´  Dah selesai yasin.
👶 Dah tok tapi berpusing pusing juga.
 ðŸ‘´  Wah tambah 32 ayat lagi, baguslah dah jadi 481 ayat tu kalau kau tambah surah Addhukan 59 ayat. Ayat hafalan kau jadi 540 sikit lagi nak sampai 600.   Usaha sikit lagi.

Cryptic 100.

👶 Ahlhamdulilah dah hafal sikit sikit tok.
👴 ` Kita habiskan 10% ayat ni dengan Arrahman 78 ayat. Boleh?
👶 Cubalah tok.
👴   Arrahman ni Cuma berulang ulang ulang. Cukuplah buat tahun ni 618 ayat. Semoga engkau di berkati.
👴  Subhanallah, tak sangka tok banyaknya kalau kita buat sikit sikit.
Itu baru surah dan ayat ayat penting saja nanti lepas ni kau sambunglah sendiri. Atok dah boleh lelap bila cucu atok ada 600 ayat dalam dadanya. Kalau baik 1,000 ayat.
👶 Nanti senang senang kita sambung lagi tok.