Khamis, 29 Mei 2014

MISI SOMALIA 1

Salam 1: Ustaz Azman,

Catatan 1 bertolak dari KLIA, 950 ! Nov 2011,

Sayang Sarawak sungainya sempit
Buah berangan lambung Lambungan
Hendak ku bawa perahu sempit
Tinggallah tuan tingal Junjungan.

Catatan ini mengingatkan saya kepada tuan  yang menarik diri dari misi , kita yang memulakan idea untuk ke Somalia dengan mendapatkan taklimat pertama dari Dr Baharudin Suri ketua Tim Kedua Haluan Malaysia yang 2 hari baru pulang dari DADAAP pada petang Jumaat 23 September 2011 di Restoran Setia Tropika JB. Kita yang membuat perancangan strategik . Tuan  peserta yang paling awal membuat persediaan dan mendapat suntikan kesihatan. Tetapi apabila bilangan peserta di hadkan dan kawasan yang hendak di tuju telah dilebel sebagai ZON PERANG oleh WISMA PUTRA yang sangat menekankan keselamatan, tiga nama patut digugurkan termasuk saya sendiri. Kita yang  merancang Tuhan juga yang menentukan.

Rancngan berubah dari satu tim kepada 2 tim. Tim Yang pertama membawa Kambing Qurban dan Tim Kedua bulan Disember membawa pek makanan itu keputusan bersama di bilik tuan pada 2 minggu terakhir. Selepas berbincang dengan Dr Baha dari Haluan pada 24 oktober kita putuskan semula hanya satu tim sahaja yang di hantar ke Daadap dan tuan dan Yusma digugurkan.

Saya merakamkan terima kasih kepada tuan dan Ustaz Khairozi yang berterusan membantu menguruskan misi ini.

Sejak Jumaat yang lepas saya saya pusing kepala menyiapkan akaun misi dengan kewangan yang terhad dan amanah yang besar. Alhamdulillah perbelanjaan mencukupi dengan kos minima. Kita terpaksa menambah kos keselamatan yang meningkat.

Dalam menguruskan misi ini saya tidak banyak memikirkan resiko yang bakal kami hadapi seperti yang diingatkan oleh ramai orang. Kepala kering saya selalu berkata “When you believe in god, nothing maters” walaupun begitu semua langkah keselamatan telah diambil, insuran, sekuriti, perjalanan. Wisma putra banyak membantu. Berani atau tidak bukan persoalan bagi Pasukan PASKA Pendidikan Johor. Kalau ajal sudah sampai di atas katil pun boleh mati. Saya amat simpati dengan tuan kerana tarikh kita mendapat taklimat daari Dr Baha di Taman Sutera tuan sendiri terlibat dengan kemalangan kenderaan kali ke 2 dalam satu bulan sebelum berangkat. Tuhan saja yang maha mengetahui perancangannya  dan kita sentiasa redha. Subhanallah.


Saya juga merakamkan terima kasih saya kepada pelajar dan guru yang mengadakan majlis yasin dan tahlil di sekolah mendoakan keselamatan kami. Nama nama mereka tidak tertulis dalam catatan ini satu persatu. Begitu juga dengan semangat yang di tunjukkan oleh Rakan-rakan PPD Muar dan PPD Pasir Gudang, MGB dan MPSM, Guru besar SJKC Pasir Gudang, PEKDIS juga banyak membantu dalam melicinkan urusan perjalanan. Terima kasih Tuan Haji, terima kasih kawan-kawan, Terima kasih anak-anak sekolah.

Yang paling hebat dalam misi ini ialah En Md Nor A Ghani Pengarah Pelajaran Johor. Kata-kata beliau “SAYA IZINKAN “ pada petang Selasa 22 September amat terasa dihati saya kerana Pengarah yang terdahulu hendak ke Pelastin pun beliau tidak izinkan. Kerana beliau  sayangkan saya dan anak buahnya yang lain. takut berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti kata pegawai WISMA PUTRA walaupun kita pergi dengan misi sukarela dan mengambil cuti rehat tetapi jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, mereka tetap bertanggung jawab. Itulah akauntabiliti sebagai ketua. Anak buah ikut sedap rasa saja. Lebih hebat lagi dibawah pentadbiran beliau rekod baru dicipta bukan saja kita menghantar PASKA ke Gaza tetapi serentak Ke tiga distinasi Ibadah korban. Jumaat lepas Tuan Timbalan dan pasukan PASKA ke Acheh. Hari Selasa saya dan PASKA Somalia ke Kem UNHCR DADAP, dan beberapa hari lagi  En Yasiran mengapalai PASKA Champa PPD Segamat Ke Kampuchea. Ini Rekod yang paling sukar di pecahkan pada masa yang akan datang. TAHNIAH TUAN.


Kami sempat bertemu dan berbual dengan pelumba kereta Negara bersama bapanya yang akan bertanding di eropah.

Walau pun struktur perancangan tim PASKA tidak berpusat tetapi pembahagian kerja amat berkesan. Tim Timbalan, Tim PPD Segamat ,Tim Saya dan perlu juga diingatkan ada satu tim lagi dibawah Hj Sharudin yang yang juga membuat pungutan dana kemanusiaan Somalia tetapi pungutan ini seratus peratus disalurkan kepada KPM dan tidak sama dengan misi kita sekarang.

Akhir kata misi ini adalah milik semua penyumbang Kurban dan makanan dan kami bertiga akan berusaha membatasi ZON PERANG untuk menyampaikan 170 ekor kambing 100 pek makanan dan papan Loh bagi pelajar tahfiz di 3 kem pelarian terbesar di dunia menempatkan hampir sejuta mangsa kebuluran rakyat Somalia  di Dadaap Kenya iaitu  Kem Dageharley, Ifo dan Hegadera. Saya berbangga kerana target 100 ekor kambing tercapai hanya dalam masa 2 hari. Dan 100 pek makanan juga tercapai dalam masa singkat.

Semoga tuhan merahmati perjalanan kami dan membalas berlipat kali ganda kebaikan kepada tuan dan semua warga Pendidikan Johor serta semua yang terlibat. Tuan telah menggerakkan satu misi yang terjangkau akal dan menjadikan ia satu realiti. Terima kasih Ustaz.

Kami akan berangkat jam 950 dari KLIA ke Nairobi dan transit di Dubai menggunakan pesawat Emirates. Doakan kami selamat.

*Saya ada buat pres di WEB Haluan Malaysia semasa di Air Port KLIA atas nama Ketua Misi PASKA SOMALIA Pendidikan Johor.

KASIM NOAH
KLIA

1 Nov 2011 Jam  9 Pagi.

=========================================

Salam 2:  Haji Zawawi

Catatan 2 ini saya buat dalam penerbangan ke Nairobi.

Pucuk Pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh Jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan

Saya mengingati tuan kerana kata kata tuan semasa kita minum Nescafe di Restoran Alif BBU, 3 hari sebelum saya bertolak. Petang khamis 27h Oktober. Kata-kata tuan sangat menyentuh perasaaan saya. Walaupun hati kering saya sehingga menaiki penerbangan ini nothings matters tetapi kesunyian penerbangan mungkin menjadikan ingatan kepada kata-kata tuan menjadikan saya melankolik. Wajah isteri dan anak-anak saya terbayang dimata. 2 anak perempuan saya seorang sedang sarat dan seorang tengah mabuk lebih menyayukan hati. Mujurlah ada anak Pakistan bersama ibunya yang hendak ke Dubai dan terus ke Nairobi menghibur saya dalam perjalanan. Iksan namanya sama dengan nama menantu saya.

GAMBAR DALAM PENERBANGAN BABY IHSAN dari Pakistan

Pertama keinginan tuan untuk bersama misi ke tempat seperti Somalia ini.Tidak ramai rakan yang seusia kita yang sanggup bersusah payah mengambil risiko untuk membantu orang lain. Terutama dalam Kes SOMALIA.  Kamus glamer tidak ada dalam misi seperti ini. Kerana kita pergi ke ZON Perang. Kata orang pergi mengadai nyawa. Tapi nyawa itu bukankah hak Tuhan.

Kedua seperti saya keinginan tuan untuk melihat kesengsaraan manusia akibat tidak bersyukur akan nikmat Tuhan. Tidak bersatu. Berebut kuasa. Jauh dari keredaaan Tuhan. Tidak seperti kita di Johor setiap Jumaat kita mendoakan agar kita dilindungi. Kita berdoa bersama kemakmuran negeri, haiwan dan tumbuhan, pemimpin dan pegawai kerajaan.( Itupun sukar bagi sesetengah orang  hendak menunggu sebentar untuk mengaminkan doa imam. Saya pernah mengingatkan Pengetua sebuah sekolah agar berpesan  pada pelajarnya yang sama berSolat  Jumaat di Masjid di mana saya bersolat Jumaat agar tunggulah sebentar untuk mengamin kan doa yang di bacakan oleh Imam. Kerana rahmatnya untuk kita semua.Walaupun kadang-kadang kita mengejar waktu biarlah sesaat dua kita duduk bermunajat agar Negara kita jauh dari musibah  Atau jangan bersolat di hadapan saya. Kerana pergerakan pelajar yang berkumpulan itu menggangu jamaah masjid termasuk saya. Alhamdulilah banyak yang berubah selepas diingatkan).

Ketiga, tuan menyatakan kegigihan agar lebih ramai orang muda menyertai misi seperti ini. Belajar dari kesusahan orang lain. Insaf dari musibah yang menimpa. Hampir dengan Tuhan dan membuat kebaikkan di dunia. Dan yang lebih penting kita menghampiri kematian yang entah bila datangnya dan kita membawa sedikit kebaikan dan amal jariah didunia yang fana ini. (Chee wah berkhutbah pulak saya.)

Sebenarnya tim PASKA  PENDIDIKAN JPN Johor ini masih amatur berbanding dengan tim seperti HALUAN MALAYSIA, Ashar Shariff, Mercy dan lain-lain.Yang bukan sahaja mempunyai struktur yang kemas tetapi mempunyai kontak Antarabangsa yang rapat. Misi kita juga lebih kecil berbanding dengan mereka. Mereka keluar dengan 6 atau 7 angka. Kita hanya beberapa angka. (Haluan Malaysia Kali ini menghantar tim ketiga dengan bawa 1500 ekor kambing  dan hampir 50 ekor Unta.)

Jawapan kepada soalan tuan kenapa saya kehadapan dalam mengetuai misi seperti ini kerana JPN ini besar dan sumber yang banyak. Cuma kita perlu menggerakkan sumber itu sahaja. Sebelum ini kita banyak menggerakkan misi dengan mengumpulkan dana dan menyerahkan kepada badan-badan tertentu yang menjanjikan kita bulan dan matahari. Kita pernah terlibat dengan Dana Darfur,  Dana Gempa Bumi Bum, 2 kali dana Pelastin dan sebagainya. Kita kumpul kemudian kita serahkan. Ramai juga yang ingin menyertai misi tetapi tidak berupaya. Kita bukan ada dana yang boleh digerakkan setiap kali misi. Kita belum berupaya dalam banyak hal.

Bermula dari gempa bumi di Pariaman Sumatra Barat kita memulakan misi kemanusian secara bersendiri. Alhamdulillah 3 misi di laksanakan di Pariaman . Kemudian Menyambung Misi Tsunami Acheh masuk tahun ke 3, Letusan Merapi di Sleman Jawa Tengah. Misi kemanusiaan  dan Qurban Masyarakat Islam Champa masuk tahun kedua.

Tahun ini kita pergi lebih jauh lagi dengan melaksanakan misi Ramadhan Ke GAZA dan kali ini ke DADAAP. (Laporan yang lepas ada dalam buku PASKA 2010 yang sukar dicari dipasaran kerana stok terhad. Nantilah jika ada rezeki saya akan dapatkan satu set untuk tuan.)

Mungkin semangat tuan boleh menjadikan tuan kepala misi ke TURKI yang mengorbankan hampir 500 orang. Semasa surat ini di tulis Tim Haluan telah berada di Bumi Turki bagi misi 10 hari.  Ingat lagi ketika kita mereka bentuk sekolah dulu saya sering menyebut tentang seni bina Turki dan Asia barat ini peluang tuan untuk melihat kemusnahannya pula.

Kapal ini akan transit di Dubai dan perjalanan masih jauh dan sunyi lagi. Setakad ini saya telah meninggalkan tuan 5800 km. Ada 5 jam lagi perjalanan.

Saya amat gembira menaiki penerbanan ini lebih lagi bila Dr Baharudin Suri dalam kenyataan akbarnya menyeru NGO lain agar bekerjasama dalam misi antarabangsa semasa di KLIA tadi. Misi Somalia ini kami akan menyaksikan kem pelarian terbesar didunia yang telah berada di DADAP selama 20 tahun dan sentiasa bertambah bilangan penghuninya hampir mencapai 1 Juta Orang. Dan lebih malang lagi bila kem ini terus dilupakan oleh masyarakat antarabangsa yang terus menerus dunia dilambakkan dengan pelbagai berita bencana sedangkan DADAAP tetap disitu dan terus di kunjungi pelarian baru.

BERITA AKHBAR HARI INI:

Dalam NST Hari Ini ada SINGGING for Hunger.

Dalam GULF TODAY: Paris: US stops its Fanantial aids to UN Organization...... we here to have made $60 millions payment to UNESCO in November and we will not be making that payment.

Manila:  Seven Bilion Baby arrieves...... a tiny winkle girls born into a struggling Manila Family. Davica May Camecho born in crowd public Hospital as 7B Philiphines.

Mogadishu: Kenyan Raid kill 5 displace somalian...... the Kenyan malitarry  denied it kill civilians but Gauthan Chaperanjee Who heads Doctors withoud borders (MSF- Holland) Somalian Missions.....

Kami sampai di Nairobi jam 1230 malam WM jam 2100 waktu Kenya.
Terima kasih tuan, Jangan lupa walaupun kita berbual di restoran mamak tetapi nilanya lebih dari bilik kuliah seorang professor.

Saya tengah Jet Let ni. Bangun Jam 8 pagi WM tapi sini baru 315 pagi. Bilik Haji Ahmad Penghawa dingin tidak berfungsi  Bilik saya pula air mandi tidak panas. Suhu di luar 24 darjah.  Saya pakai 4 lapis baju. Jumpa lagi di BBU.

KASIM NOAH
Dubai International Airport.
1hb.Nov 2011.


===========================================


Salam 3:  Untuk kembar saya Pak Zul,

Cacatan 3 ini ditulis  ketika mendarat di Naiobi Kenya

Kalau Roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di Kata
Nyawa dan badan saya serahkan

Apa khabar Pak Zul sebelum perjalanan hari saya cuba menghubungi tuan untuk menyatakan perjalanan saya ini. Tapi mungkin kesibukan, saya tidak dapat bercakap dengan tuan. Tidak mengapalah semoga tuan sihat sentiasa. Sudah tukar nombor Telefon Ke???

Saya telah mendarat di Bumi Kilimanjaro. Dari Jomo Kenyattta International Air port ini cuma 200 KM saja lagi. Ingat tidak ketika kita menjadi Ghost Buster di Seri Menanti dulu. Kta bercerita tentang pertapaan di Gunung Ledang. Tentang  Gunung Jati di Tanah Jawa. Setiap kali tentu lawak kita menyebut Kilimanjaroo macamlah gunung itu yang terhebat di dunia. Tuan, Hari ini saya menjejak kaki dibumi yang hampir sangat dengan Kilimanjaroo. Cuma tidak sempat bertapa di puncaknya yang bersalji itu. Suhu disini 24 Darjah celcius. Pengembala kambing pun Pakai kot.


Walau pun kita seperguruan, sekepala dan mempunyai pertalian yang bergitu rapat.  Tapi saya lebih dahulu berpeluang berada di punchak Bromo. Melihat  sisi ganas Merapi dan kali ini merasa bayu sejuk  KILIMANJAROO. Tidak mengapa tuan nanti tahun depan kita sama-sama menyedut natural energy dari Gunung Daik. Saya telah aturkan perjalanan kita dengan rakan Bupati di KEPRI Aishah namanya.(Bukan Aishah yang  mengucapkan selamat jalan ke Somalia demi ibu Negara..... He  he)

Saya kehilangan tuan dalam misi kali ini. Kerana misi ini amat sukar bagi saya. Saya kesaorangan tanpa tuan menjadi pendamping saya mengejar mimpi. Tuan banyak mengajar saya erti sabar, berani membuat keputusan dan reda dengan ketentuan. Tuan banyak membantu saya untuk berdiri megah. Tuan adalah sahabat dan saudara saya yang masih tinggal.

Gelak ketawa dan senda gurau Rahim dan Dollah sudah lama meninggalkan kita. Yunos dan Kasim Mahadi sudah Handicap. (Coretan ini saya tujukan kepada guru muda yang di tempatkan jauh dari keluarga ketika baru menjalankan tugas. Walau dimana mereka di tempatkan Tuhan telah menyediakan keluarga bagi mereka di tempat baru. Dan perancangan Tuhan melebihi jangkauan akal kita).


Tapi untuk ke Daik tuan kena bermalam dulu bersama saya di LUCKY VALLEY Pahang untuk memulihkan tenaga dalaman kita yang sudah lama kita tidak buat ujian. Terakhir kalau tidak silap saya di SMK Dato Bentara semasa Tuan bertugas di Jementah. Kalau kita sambung 2 tahun lagi kita kena susun balik aura kita. Kena pulihkan kesihatan sikit tuan.

Esok tim kami  akan mengadap pejabat Ambassi  Malaysia di Nairobi. Untuk meninjau suasana perjalanan dan keselamatan misi.

Semalam saya tiba ke Nairobi selepas 15 jam perjalanan. Kalau campur tido di R&R Seremban saya sudah 36 jam meninggalkan isteri saya. Saya terkenang  Teh tarik, nasib baik ada 3in1. Di lapangan terbang tadi Saya di sambut oleh Brother Ahmad dan Sheikh Yaakub dari NGO Kenya dengan sebuah PRADO.


Saya berbangga jadi rakyat Malaysia kerana 3 peristiwa malam tadi. Tolong ceritakan pada murid kita. Pada rakan kita.

Pertama ketika di Imigresyen.
You come from Malaysia. YES kata saya .
A good country. Nice People. I will go again to Your Capital City Kuala Lumpur. Malaysia Bagus. PLEASE CALL ME jawab saya. Yes, yes, I Will. Happy Journey.

Kedua ketika pemeriksaan Kastam.
You Come From Malaysia. Dr Baha menjawab we are Humatarian team.
Mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara mereka dan dengan ramahnya mengajar kami KARIBU = Welcome to Kenya. Perkataan pertama yang saya pelajari dalam bahasa rasmi Kenya BAHASA SUHAILI, dan Negara yang sewaktu dengan nya . (saya tak catat jadi saya lupa menyebutnya bunyi macam nama seekor binatang afrika je he he)

Ketiga di Hotel saya bertemu dengan seorang Pensyarah Universiti,bila tahu kita dari Malaysia mereka tolong hantar sampai ke Bilik. RAKYAT MALAYSIA warga Dunia kelas pertama kerana imej yang Negara kita bentuk. Bertuahnya kita. LU FIKIRLAH SENDIRI apa nak buat.  

Kami kepenatan walau pun telah 15 jam perjalanan di sini baru jam 2100 saya terus ke bilik solat,buat catatan, SMS anak-anak dan tidor kerana jam saya sudah pukul 3.30 pagi tanpa makan malam. Saya terjaga jam 745 pagi waktu jam tangan saya, 315 pagi waktu telefon saya. JETLET. Saya masih belum subuh. Kerana komputer ini kalau padam kena pakai jari YUSMA untuk hidupkan semula. Dr Baha dan Haji Ibrahim Haluan telah ke Surau. Selisih waktu 5 jam. Hendak tunggu sarapan jam 800 mahu gastrik saya dibuatnya.

Tolong SMS Saya kerana saya masih teringatkan tuan di Kaki Kilimanjaroo ini. Kalau masa hendak pegi Kampuchea sebelum raya tahun lepas bawa baju Melayu isteri saya risau. Tapi pegi Somalia dia buat de’ aje. Dekat Lapangan terbang tadi saya jumpa ramai yang cun dia tidak tahu. Yusma selalu saja tinggal di belakang sibuk ambil gambar orang. Dia terlalu bersemangat dalam misi ini saya harap dia akan sentiasa mengutamakan keselamatan dan pantang larang. Disini tidak boleh ambil gambar orang perempuan tanpa izin,  ia satu Kesalahan. Kerana putri disini cantik-cantik belaka.

Haji Ahmad Othman nampaknya penuh minat menyertai misi ini. Beliau adalah pelapis kita itu sebab saya tawar  dia untuk meneruskan rintis jalan yang kita buat saya percaya dia boleh diharapkan. Saya masih perlukan tuan sebagai sahabat saya. Kadang kadang dia merungut. Tidak apalah saya harap dia banyak belajar dari Dr Baha dan Haji Ibrahim tim Haluan yang sentiasa tersenyum dan sabar.


Rujuk Web Haluan Malaysia ada ucapan saya sebelum berangkat.

KASIM NOAH
Grand Royal Hotel Nairobi
2hb. Nov 2011

==============================================

Salam 4: Apa Khabar Puan Rajamani,

Catatan 4 : Perjalanan hari pertama di Nairobi 2hb. Nov 2010 Petang

TinggiTinggi simatahari
Anak kerbau mati tertambat
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama puan seorang

Surat ini saya saya tulis kerana teringatkan puan yang pernah bersama kami dalam misi Pariaman di Padang. Mungkin puan boleh bersama kami lagi dalam misi yang lain. Saya berbangga mempunyai rakan sekerja seperti puan walau pun dalam usia dan kesihatan kita sekarang ini puan masih sanggup dan bersemangat menyertai misi kecil bersama tim saya. Maaf dari saya pada puan dan puan Maizarah kerana misi kita ke Bengkalis tidak dapat kita laksanakan kerana keadaan dan masa yang tidak mengiizinkan. InsyaAllah saya akan teruskan juga pada masa yang akan datang.

Saya berharap puan dan rakan-rakan  yang  lain terus menerus menyokong misi kemanusiaan dan pengantarabangsaan kami jika ada kelapangan. Yang lebih penting kebersamaan dan kegigihan puan untuk menjadikan SJKT yang puan pimpin akan terus berkembang mengikut edaran zaman. Dan akhirnya dapat mencapai  standard  Sekolah Berprestasi Tinggi. Walaupun kita tidak menerima anugerah dan mendapat ganjaran tetapi usaha dan semangat warga sekolah setaraf sekolah-sekolah SBT itu sudah memadai bagi saya. Bilangan yang naik ke Podium adalah terhad tetapi untuk memasuki balapan dan berlari bersama peserta lain kita masih ada peluang, walau pun kita kalah di peringkat saringan tetapi percayalah kita telah berada pada kejohanan yang besar atau the big league.Itulah program RINTIS SBT yang SJQ utamakan. Banyak lagi pengorbanan  yang  perlu kita lakukan untuk membangunkan SJKT. Kita tidak boleh selesa dan berpuas hati kepada pencapaian  yang  ada. Usaha, kerjasama dan pemuafatan PIBG, Guru-guru  dan pelajar hendaklah sentiasa diutamakan. Saya percaya sekolah yang puan pimpin telah berada pada tahap tersebut dan perlu ditngkatkan lagi.

Kalaulah ada diantara warga sekolah  yang menyertai misi ini saya percaya mereka akan lebih berusaha dan mencari kelainan dalam melaksankan tugas. Perjalanan hari pertama agak menyesakkan.  Pagi tadi saya terjaga jam 715WM sini jam 3,15 pagi. Sarapan kami jam 8.00 sama dengan  jam 1.00 WM. Jam 9.00 rombongan pertama dari Nothern Kenyan Empowerment Innitiative berbincang pasal unta dan kambing qurban. Ustaz Yaakub dan Ustaz Ahmad berbincang fasal  harga dan sebagainya.


Kemudian kami bertemu dengan kumpulan yang di ketuai oleh Ketua Menteri Central Somalia. Pengerusi AHLU SUNNA WAL JAMAACA , AL Sheikh Prof Dr Hersi Mohamaed Hilole Beliau adalah graduan PHD UKM dan bekas pensyarah di UIA. Wakil Ahli Sunna di Nairobi Mohamad Hussein Abu Baker dan Aden Hassan Abdi dari Social life and Agricutur al Organization- SADO. Banyak yang kami dapati. Antaranya maklumat yang mengatakan “Until now, not even a single grain of sugar or rice to central Somalia”. Begitulah kesukaran mereka. Tetapi mereka menyatakan bahawa kawasan mereka sepenuhnya di kawal oleh Ahli sunah dan selamat. Kami juga bertemu dengan Haji Yahya warga British keturunan Somalia. yang akan menjadi wakil Central Somalia di Nairobi. Yang sanggup menguruskan perjalan kami dari Nairobi ke Central Somalia dengan penerbangan sewa khas dan menjamin keselamatan kami disana.


Kemudian kami makan disebuah restoran. Selepas solat zuhur. Sebelum itu saya mendapatkan maklumat dari Hamidah receptionis hotel warga Ethiopia apakah makanan yang paling enak di Nairobi. Dia menyatakan  pertama Ayam Kentucky dan yang kedua Bariani. Maka kami memilih Bariani. Restoran tersebut penuh dengan pelangan. Malangnya mereka kehabisan bariani kambing jadi kami pesan Bariani ayam dan kambing bakar. OK juga, nasinya sedap.


Saya teringatkan puan ketika kami ke Pasar kambing di Kamaiko. Hari hujan lebat jalan di Eastleigh banjir tetapi kerana kami menaiki Perado kedaan tidaklah teruk sangat. Sepanjang  jalan kami bertembung dengan pelajar balik sekolah. Mereka bersekolah dari jam 8 pagi hingga 330 ptg. Makan tengahari di sekolah. Kawasan sesak dengan perkampungan setinggan yang menjadikan Nairobi dihuni oleh 4 juta orang itu sangat daif.


Kami berjalan dicelah pasar dan Brother Ahmad menyatakan kepada penduduk bahawa kami adalah pasukan jurutera yang akan membina jalan ke Pasar kambing Eastleigh. Ini mengelakkan kami diganggu oleh penjual kambing. Jauh jugalah kami berjalan agak-agak dekat sebatu juga dicelah rumah setinggan. Saya ketakutan kerana ketika itu kami bawa banyak wang di tangan. Kenderaan tidak boleh masuk sampai kedalam.  Masha Allah jalan becak dengan kambing dijual di merata-rata. Entah kenapa rupa Hj Ibrahim, Dr Baha, Yusma di lihat macam orang cina korea atau korea. Jadi macam macam perkataan yang keluar dari mereka ada juga yang menunjukkan kungfu.


Cuma sekali ada seorang  memanggil saya cikgu beberapa kali dengan kuat dari arah satu kawanan kambing, saya menoleh dan memberikan senyuman dia melambai-lambai. Dalam kenderaan saya bertanyakan kepada Brother AHMAD apakah makna perkataan cikgu yang saya dengar. Sebenarnya sebutanya MZONGGU bermakna White people kata Brother Ahmad. Kami semua kotor dan kadang-kadang rasa hendak muntah. Tapi harga kambing disini agak mahal dan cuaca hujan tidak membenarkan kami berada lama disana. Keadaan disini menguatkan ingatan saya kepada puan. Betapa syukurnya kita tinggal di Bumi Malaysia yang tercinta.


Oleh kerana kami beberapa kali di rempuh oleh kawanan kambing. Kami pun sudah sama berbau kambing dan penjual kambing. Hilang kelazatan  bariani kambing yang baru kami nikmati. Beberapa kali saya menahan untuk tidak termuntah.  Lebih lebih lagi ketika melalui asap dimana mereka membakar bahagian dalaman kambing. Saya melihat kehidupan dan survival mereka dalam keadaan yang sangat daif. Budak balik sekolah. Pekerja yang menggambil upah beberapa USD untuk menarik beban di atas pedati yang disewa. Pedati itu di panggil kokoteni bermakna pulling cart. Di Kampuchea dan Vietnam mungkin lebih baik kerana pedati yang sama ditarik dengan motor Yamaha YB bagi mengankut Babi, kerbau, barang dan orang terutama pelajar sekolah tetapi orang di sini lebih suka berjalan kaki dan kokoteni ditarik oleh manusia.
 

Waktu makan tengahari sama waktu puan makan malam 730 WM jam saya. Semasa saya menulis ini saya masih menunggu jam 1200WM untuk solat marib. Jadi saya ada bekal sedikit biskut untuk makan malam saya di bilik. Saya telah dinasihatkan oleh sekuriti hotel agar tidak merayau lepas jam 5.00 petang waktu Kenya.  Begitu kehidupan hari pertama saya di Nairobi yang sedang pesat membangun dengan jalan dan bangunan yang sedang dalam pembinaan.


Semoga catatan ini boleh memberikan peransang pada puan untuk terus gigih dan bersemangat membanggun  SJKT Desa Cemerlang.

KASIM NOAH
Pasar KAmbing Eistleigh Nairobi
2 Nov 2011

Catatan bersambung Misi Somalia 2....

Tiada ulasan: