Salam 1: Ustaz Azman,
Catatan 1
bertolak dari KLIA, 950 ! Nov 2011,
Sayang Sarawak sungainya sempit
Buah berangan lambung Lambungan
Hendak ku bawa perahu sempit
Tinggallah tuan tingal Junjungan.
Catatan ini mengingatkan saya kepada tuan yang menarik diri dari misi , kita yang
memulakan idea untuk ke Somalia dengan mendapatkan taklimat pertama dari Dr
Baharudin Suri ketua Tim Kedua Haluan Malaysia yang 2 hari baru pulang dari
DADAAP pada petang Jumaat 23 September 2011 di Restoran Setia Tropika JB. Kita
yang membuat perancangan strategik . Tuan peserta yang paling awal membuat persediaan
dan mendapat suntikan kesihatan. Tetapi apabila bilangan peserta di hadkan dan
kawasan yang hendak di tuju telah dilebel sebagai ZON PERANG oleh WISMA PUTRA
yang sangat menekankan keselamatan, tiga nama patut digugurkan termasuk saya
sendiri. Kita yang merancang Tuhan juga
yang menentukan.
Rancngan berubah dari satu tim kepada 2 tim. Tim Yang
pertama membawa Kambing Qurban dan Tim Kedua bulan Disember membawa pek makanan
itu keputusan bersama di bilik tuan pada 2 minggu terakhir. Selepas berbincang
dengan Dr Baha dari Haluan pada 24 oktober kita putuskan semula hanya satu tim
sahaja yang di hantar ke Daadap dan tuan dan Yusma digugurkan.
Saya merakamkan terima kasih kepada tuan dan Ustaz
Khairozi yang berterusan membantu menguruskan misi ini.
Sejak Jumaat yang lepas saya saya pusing kepala menyiapkan
akaun misi dengan kewangan yang terhad dan amanah yang besar. Alhamdulillah
perbelanjaan mencukupi dengan kos minima. Kita terpaksa menambah kos
keselamatan yang meningkat.
Dalam menguruskan misi ini saya tidak banyak memikirkan
resiko yang bakal kami hadapi seperti yang diingatkan oleh ramai orang. Kepala
kering saya selalu berkata “When you believe in god, nothing maters”
walaupun begitu semua langkah keselamatan telah diambil, insuran, sekuriti,
perjalanan. Wisma putra banyak membantu. Berani atau tidak bukan persoalan bagi
Pasukan PASKA Pendidikan Johor. Kalau ajal sudah sampai di atas katil pun boleh
mati. Saya amat simpati dengan tuan kerana tarikh kita mendapat taklimat daari
Dr Baha di Taman Sutera tuan sendiri terlibat dengan kemalangan kenderaan kali
ke 2 dalam satu bulan sebelum berangkat. Tuhan saja yang maha mengetahui
perancangannya dan kita sentiasa redha.
Subhanallah.
Saya juga merakamkan terima kasih saya kepada pelajar dan
guru yang mengadakan majlis yasin dan tahlil di sekolah mendoakan keselamatan
kami. Nama nama mereka tidak tertulis dalam catatan ini satu persatu. Begitu
juga dengan semangat yang di tunjukkan oleh Rakan-rakan PPD Muar dan PPD Pasir
Gudang, MGB dan MPSM, Guru besar SJKC Pasir Gudang, PEKDIS juga banyak membantu
dalam melicinkan urusan perjalanan. Terima kasih Tuan Haji, terima kasih kawan-kawan,
Terima kasih anak-anak sekolah.
Yang paling hebat dalam misi ini ialah En Md Nor A Ghani
Pengarah Pelajaran Johor. Kata-kata beliau “SAYA IZINKAN “ pada petang Selasa
22 September amat terasa dihati saya kerana Pengarah yang terdahulu hendak ke
Pelastin pun beliau tidak izinkan. Kerana beliau sayangkan saya dan anak buahnya yang lain.
takut berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti kata pegawai WISMA PUTRA
walaupun kita pergi dengan misi sukarela dan mengambil cuti rehat tetapi jika
berlaku apa-apa yang tidak diingini, mereka tetap bertanggung jawab. Itulah
akauntabiliti sebagai ketua. Anak buah ikut sedap rasa saja. Lebih hebat lagi
dibawah pentadbiran beliau rekod baru dicipta bukan saja kita menghantar PASKA
ke Gaza tetapi serentak Ke tiga distinasi Ibadah korban. Jumaat lepas Tuan
Timbalan dan pasukan PASKA ke Acheh. Hari Selasa saya dan PASKA Somalia ke Kem
UNHCR DADAP, dan beberapa hari lagi En
Yasiran mengapalai PASKA Champa PPD Segamat Ke Kampuchea. Ini Rekod yang paling
sukar di pecahkan pada masa yang akan datang. TAHNIAH TUAN.
Kami
sempat bertemu dan berbual dengan pelumba kereta Negara bersama bapanya yang
akan bertanding di eropah.
Walau pun struktur perancangan tim PASKA tidak berpusat
tetapi pembahagian kerja amat berkesan. Tim Timbalan, Tim PPD Segamat ,Tim Saya
dan perlu juga diingatkan ada satu tim lagi dibawah Hj Sharudin yang yang juga
membuat pungutan dana kemanusiaan Somalia tetapi pungutan ini seratus peratus
disalurkan kepada KPM dan tidak sama dengan misi kita sekarang.
Akhir kata misi ini adalah milik semua penyumbang Kurban
dan makanan dan kami bertiga akan berusaha membatasi ZON PERANG untuk menyampaikan
170 ekor kambing 100 pek makanan dan papan Loh bagi pelajar tahfiz di 3 kem
pelarian terbesar di dunia menempatkan hampir sejuta mangsa kebuluran rakyat
Somalia di Dadaap Kenya iaitu Kem Dageharley, Ifo dan Hegadera. Saya
berbangga kerana target 100 ekor kambing tercapai hanya dalam masa 2 hari. Dan
100 pek makanan juga tercapai dalam masa singkat.
Semoga tuhan merahmati perjalanan kami dan membalas
berlipat kali ganda kebaikan kepada tuan dan semua warga Pendidikan Johor serta
semua yang terlibat. Tuan telah menggerakkan satu misi yang terjangkau akal dan
menjadikan ia satu realiti. Terima kasih Ustaz.
Kami akan berangkat jam 950 dari KLIA ke Nairobi dan transit
di Dubai menggunakan pesawat Emirates. Doakan kami selamat.
*Saya ada buat pres di WEB Haluan Malaysia semasa di Air
Port KLIA atas nama Ketua Misi PASKA SOMALIA Pendidikan Johor.
KASIM NOAH
KLIA
1 Nov 2011 Jam 9
Pagi.
=========================================
Salam 2: Haji Zawawi
Catatan 2 ini saya buat dalam
penerbangan ke Nairobi.
Pucuk
Pauh delima batu
Anak
sembilang di tapak tangan
Sungguh
Jauh beribu batu
Hilang
dimata di hati jangan
Saya mengingati tuan kerana kata kata tuan
semasa kita minum Nescafe di Restoran Alif BBU, 3 hari sebelum saya bertolak.
Petang khamis 27h Oktober. Kata-kata tuan sangat menyentuh perasaaan saya.
Walaupun hati kering saya sehingga menaiki penerbangan ini nothings matters tetapi kesunyian penerbangan mungkin menjadikan
ingatan kepada kata-kata tuan menjadikan saya melankolik. Wajah isteri dan
anak-anak saya terbayang dimata. 2 anak perempuan saya seorang sedang sarat dan
seorang tengah mabuk lebih menyayukan hati. Mujurlah ada anak Pakistan bersama
ibunya yang hendak ke Dubai dan terus ke Nairobi menghibur saya dalam
perjalanan. Iksan namanya sama dengan nama menantu saya.
GAMBAR
DALAM PENERBANGAN BABY IHSAN dari Pakistan
Pertama keinginan tuan untuk bersama misi ke tempat
seperti Somalia ini.Tidak ramai rakan yang seusia kita yang sanggup bersusah
payah mengambil risiko untuk membantu orang lain. Terutama dalam Kes SOMALIA. Kamus glamer tidak ada dalam misi seperti ini.
Kerana kita pergi ke ZON Perang. Kata orang pergi mengadai nyawa. Tapi nyawa
itu bukankah hak Tuhan.
Kedua seperti saya keinginan tuan untuk
melihat kesengsaraan manusia akibat tidak bersyukur akan nikmat Tuhan. Tidak
bersatu. Berebut kuasa. Jauh dari keredaaan Tuhan. Tidak seperti kita di Johor
setiap Jumaat kita mendoakan agar kita dilindungi. Kita berdoa bersama
kemakmuran negeri, haiwan dan tumbuhan, pemimpin dan pegawai kerajaan.( Itupun sukar
bagi sesetengah orang hendak menunggu
sebentar untuk mengaminkan doa imam. Saya pernah mengingatkan Pengetua sebuah
sekolah agar berpesan pada pelajarnya
yang sama berSolat Jumaat di Masjid di mana
saya bersolat Jumaat agar tunggulah sebentar untuk mengamin kan doa yang di bacakan
oleh Imam. Kerana rahmatnya untuk kita semua.Walaupun kadang-kadang kita
mengejar waktu biarlah sesaat dua kita duduk bermunajat agar Negara kita jauh
dari musibah Atau jangan bersolat di
hadapan saya. Kerana pergerakan pelajar yang berkumpulan itu menggangu jamaah
masjid termasuk saya. Alhamdulilah banyak yang berubah selepas diingatkan).
Ketiga, tuan menyatakan kegigihan agar lebih
ramai orang muda menyertai misi seperti ini. Belajar dari kesusahan orang lain.
Insaf dari musibah yang menimpa. Hampir dengan Tuhan dan membuat kebaikkan di
dunia. Dan yang lebih penting kita menghampiri kematian yang entah bila
datangnya dan kita membawa sedikit kebaikan dan amal jariah didunia yang fana
ini. (Chee wah berkhutbah pulak saya.)
Sebenarnya tim PASKA PENDIDIKAN JPN Johor ini masih amatur
berbanding dengan tim seperti HALUAN MALAYSIA, Ashar Shariff, Mercy dan
lain-lain.Yang bukan sahaja mempunyai struktur yang kemas tetapi mempunyai
kontak Antarabangsa yang rapat. Misi kita juga lebih kecil berbanding dengan
mereka. Mereka keluar dengan 6 atau 7 angka. Kita hanya beberapa angka. (Haluan
Malaysia Kali ini menghantar tim ketiga dengan bawa 1500 ekor kambing dan hampir 50 ekor Unta.)
Jawapan kepada soalan tuan kenapa saya
kehadapan dalam mengetuai misi seperti ini kerana JPN ini besar dan sumber yang
banyak. Cuma kita perlu menggerakkan sumber itu sahaja. Sebelum ini kita banyak
menggerakkan misi dengan mengumpulkan dana dan menyerahkan kepada badan-badan
tertentu yang menjanjikan kita bulan dan matahari. Kita pernah terlibat dengan
Dana Darfur, Dana Gempa Bumi Bum, 2 kali
dana Pelastin dan sebagainya. Kita kumpul kemudian kita serahkan. Ramai juga
yang ingin menyertai misi tetapi tidak berupaya. Kita bukan ada dana yang boleh
digerakkan setiap kali misi. Kita belum berupaya dalam banyak hal.
Bermula dari gempa bumi di Pariaman Sumatra Barat
kita memulakan misi kemanusian secara bersendiri. Alhamdulillah 3 misi di
laksanakan di Pariaman . Kemudian Menyambung Misi Tsunami Acheh masuk tahun ke
3, Letusan Merapi di Sleman Jawa Tengah. Misi kemanusiaan dan Qurban Masyarakat Islam Champa masuk
tahun kedua.
Tahun ini kita pergi lebih jauh lagi dengan
melaksanakan misi Ramadhan Ke GAZA dan kali ini ke DADAAP. (Laporan yang lepas
ada dalam buku PASKA 2010 yang sukar dicari dipasaran kerana stok terhad. Nantilah
jika ada rezeki saya akan dapatkan satu set untuk tuan.)
Mungkin semangat tuan boleh menjadikan tuan
kepala misi ke TURKI yang mengorbankan hampir 500 orang. Semasa surat ini di
tulis Tim Haluan telah berada di Bumi Turki bagi misi 10 hari. Ingat lagi ketika kita mereka bentuk sekolah
dulu saya sering menyebut tentang seni bina Turki dan Asia barat ini peluang
tuan untuk melihat kemusnahannya pula.
Kapal ini akan transit di Dubai dan
perjalanan masih jauh dan sunyi lagi. Setakad ini saya telah meninggalkan tuan
5800 km. Ada 5 jam lagi perjalanan.
Saya amat
gembira menaiki penerbanan ini lebih lagi bila Dr Baharudin Suri dalam
kenyataan akbarnya menyeru NGO lain agar bekerjasama dalam misi antarabangsa
semasa di KLIA tadi. Misi Somalia ini kami akan menyaksikan kem pelarian
terbesar didunia yang telah berada di DADAP selama 20 tahun dan sentiasa
bertambah bilangan penghuninya hampir mencapai 1 Juta Orang. Dan lebih malang
lagi bila kem ini terus dilupakan oleh masyarakat antarabangsa yang terus
menerus dunia dilambakkan dengan pelbagai berita bencana sedangkan DADAAP tetap
disitu dan terus di kunjungi pelarian baru.
BERITA AKHBAR HARI INI:
Dalam NST
Hari Ini ada SINGGING for Hunger.
Dalam GULF
TODAY: Paris: US stops its Fanantial aids
to UN Organization...... we here to have made $60 millions payment to UNESCO in
November and we will not be making that payment.
Manila:
Seven Bilion Baby arrieves...... a tiny winkle girls born into a
struggling Manila Family. Davica May Camecho born in crowd public Hospital as
7B Philiphines.
Mogadishu: Kenyan Raid kill 5 displace
somalian...... the Kenyan malitarry
denied it kill civilians but Gauthan Chaperanjee Who heads Doctors
withoud borders (MSF- Holland) Somalian Missions.....
Kami
sampai di Nairobi jam 1230 malam WM jam 2100 waktu Kenya.
Terima
kasih tuan, Jangan lupa walaupun kita berbual di restoran mamak tetapi nilanya
lebih dari bilik kuliah seorang professor.
Saya
tengah Jet Let ni. Bangun Jam 8 pagi
WM tapi sini baru 315 pagi. Bilik Haji Ahmad Penghawa dingin tidak berfungsi Bilik saya pula air mandi tidak panas. Suhu di
luar 24 darjah. Saya pakai 4 lapis baju.
Jumpa lagi di BBU.
KASIM NOAH
Dubai International Airport.
1hb.Nov
2011.
===========================================
Salam 3: Untuk kembar saya Pak Zul,
Cacatan 3 ini ditulis ketika mendarat di Naiobi Kenya
Kalau Roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di Kata
Nyawa dan badan saya serahkan
Apa khabar Pak Zul sebelum perjalanan hari saya
cuba menghubungi tuan untuk menyatakan perjalanan saya ini. Tapi mungkin
kesibukan, saya tidak dapat bercakap dengan tuan. Tidak mengapalah semoga tuan
sihat sentiasa. Sudah tukar nombor Telefon Ke???
Saya telah mendarat di Bumi Kilimanjaro. Dari
Jomo Kenyattta International Air port
ini cuma 200 KM saja lagi. Ingat tidak ketika kita menjadi Ghost Buster di Seri Menanti dulu. Kta bercerita tentang pertapaan
di Gunung Ledang. Tentang Gunung Jati di
Tanah Jawa. Setiap kali tentu lawak kita menyebut Kilimanjaroo macamlah gunung
itu yang terhebat di dunia. Tuan, Hari ini saya menjejak kaki dibumi yang hampir
sangat dengan Kilimanjaroo. Cuma tidak sempat bertapa di puncaknya yang bersalji
itu. Suhu disini 24 Darjah celcius. Pengembala kambing pun Pakai kot.
Walau pun kita seperguruan, sekepala dan
mempunyai pertalian yang bergitu rapat.
Tapi saya lebih dahulu berpeluang berada di punchak Bromo. Melihat sisi ganas Merapi dan kali ini merasa bayu
sejuk KILIMANJAROO. Tidak mengapa tuan
nanti tahun depan kita sama-sama menyedut natural
energy dari Gunung Daik. Saya telah aturkan perjalanan kita dengan rakan Bupati
di KEPRI Aishah namanya.(Bukan Aishah
yang mengucapkan selamat jalan ke
Somalia demi ibu Negara..... He he)
Saya kehilangan tuan dalam misi kali ini.
Kerana misi ini amat sukar bagi saya. Saya kesaorangan tanpa tuan menjadi
pendamping saya mengejar mimpi. Tuan banyak mengajar saya erti sabar, berani
membuat keputusan dan reda dengan ketentuan. Tuan banyak membantu saya untuk
berdiri megah. Tuan adalah sahabat dan saudara saya yang masih tinggal.
Gelak ketawa dan senda gurau Rahim dan Dollah
sudah lama meninggalkan kita. Yunos dan Kasim Mahadi sudah Handicap. (Coretan ini saya tujukan kepada guru muda yang di
tempatkan jauh dari keluarga ketika baru menjalankan tugas. Walau dimana mereka
di tempatkan Tuhan telah menyediakan keluarga bagi mereka di tempat baru. Dan
perancangan Tuhan melebihi jangkauan akal kita).
Tapi untuk ke Daik tuan kena bermalam dulu bersama
saya di LUCKY VALLEY Pahang untuk memulihkan tenaga dalaman kita yang sudah
lama kita tidak buat ujian. Terakhir kalau tidak silap saya di SMK Dato Bentara
semasa Tuan bertugas di Jementah. Kalau kita sambung 2 tahun lagi kita kena
susun balik aura kita. Kena pulihkan
kesihatan sikit tuan.
Esok tim kami akan mengadap pejabat Ambassi Malaysia di Nairobi. Untuk meninjau suasana
perjalanan dan keselamatan misi.
Semalam saya tiba ke Nairobi selepas 15 jam
perjalanan. Kalau campur tido di R&R Seremban saya sudah 36 jam
meninggalkan isteri saya. Saya terkenang
Teh tarik, nasib baik ada 3in1.
Di lapangan terbang tadi Saya di sambut oleh Brother Ahmad dan Sheikh Yaakub
dari NGO Kenya dengan sebuah PRADO.
Saya berbangga jadi rakyat Malaysia kerana 3
peristiwa malam tadi. Tolong ceritakan pada murid kita. Pada rakan kita.
Pertama ketika di Imigresyen.
You come
from Malaysia. YES kata saya .
A good
country. Nice People. I will go again to Your Capital City Kuala Lumpur. Malaysia
Bagus. PLEASE CALL ME jawab saya. Yes, yes, I Will. Happy Journey.
Kedua ketika pemeriksaan Kastam.
You Come
From Malaysia. Dr Baha menjawab we
are Humatarian team.
Mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia
yang membantu Negara mereka dan dengan ramahnya mengajar kami KARIBU = Welcome to Kenya. Perkataan pertama yang
saya pelajari dalam bahasa rasmi Kenya BAHASA SUHAILI, dan Negara yang sewaktu
dengan nya . (saya tak catat jadi saya lupa menyebutnya bunyi macam nama seekor
binatang afrika je he he)
Ketiga di Hotel saya bertemu dengan seorang
Pensyarah Universiti,bila tahu kita dari Malaysia mereka tolong hantar sampai
ke Bilik. RAKYAT MALAYSIA warga Dunia kelas pertama kerana imej yang Negara
kita bentuk. Bertuahnya kita. LU FIKIRLAH
SENDIRI apa nak buat.
Kami kepenatan walau pun telah 15 jam perjalanan
di sini baru jam 2100 saya terus ke bilik solat,buat catatan, SMS anak-anak dan
tidor kerana jam saya sudah pukul 3.30 pagi tanpa makan malam. Saya terjaga jam
745 pagi waktu jam tangan saya, 315 pagi waktu telefon saya. JETLET. Saya masih belum subuh. Kerana komputer
ini kalau padam kena pakai jari YUSMA untuk hidupkan semula. Dr Baha dan Haji
Ibrahim Haluan telah ke Surau. Selisih waktu 5 jam. Hendak tunggu sarapan jam
800 mahu gastrik saya dibuatnya.
Tolong SMS Saya kerana saya masih teringatkan
tuan di Kaki Kilimanjaroo ini. Kalau masa hendak pegi Kampuchea sebelum raya
tahun lepas bawa baju Melayu isteri saya risau. Tapi pegi Somalia dia buat de’ aje. Dekat Lapangan terbang tadi
saya jumpa ramai yang cun dia tidak tahu. Yusma selalu saja tinggal di belakang
sibuk ambil gambar orang. Dia terlalu bersemangat dalam misi ini saya harap dia
akan sentiasa mengutamakan keselamatan dan pantang larang. Disini tidak boleh
ambil gambar orang perempuan tanpa izin,
ia satu Kesalahan. Kerana putri disini cantik-cantik belaka.
Haji Ahmad Othman nampaknya penuh minat
menyertai misi ini. Beliau adalah pelapis kita itu sebab saya tawar dia untuk meneruskan rintis jalan yang kita
buat saya percaya dia boleh diharapkan. Saya masih perlukan tuan sebagai sahabat
saya. Kadang kadang dia merungut. Tidak apalah saya harap dia banyak belajar
dari Dr Baha dan Haji Ibrahim tim Haluan yang sentiasa tersenyum dan sabar.
Rujuk Web Haluan Malaysia ada ucapan saya
sebelum berangkat.
KASIM NOAH
Grand Royal Hotel Nairobi
2hb. Nov 2011
==============================================
Salam 4: Apa
Khabar Puan Rajamani,
Catatan 4 : Perjalanan hari pertama di Nairobi 2hb. Nov 2010 Petang
TinggiTinggi
simatahari
Anak
kerbau mati tertambat
Dua tiga
boleh ku cari
Manakan
sama puan seorang
Surat
ini saya saya tulis kerana teringatkan puan yang pernah bersama kami dalam misi
Pariaman di Padang. Mungkin puan boleh bersama kami lagi dalam misi yang lain.
Saya berbangga mempunyai rakan sekerja seperti puan walau pun dalam usia dan kesihatan
kita sekarang ini puan masih sanggup dan bersemangat menyertai misi kecil bersama
tim saya. Maaf dari saya pada puan dan puan Maizarah kerana misi kita ke Bengkalis
tidak dapat kita laksanakan kerana keadaan dan masa yang tidak mengiizinkan. InsyaAllah
saya akan teruskan juga pada masa yang akan datang.
Saya
berharap puan dan rakan-rakan yang lain terus menerus menyokong misi kemanusiaan dan
pengantarabangsaan kami jika ada kelapangan. Yang lebih penting kebersamaan dan
kegigihan puan untuk menjadikan SJKT yang puan pimpin akan terus berkembang mengikut
edaran zaman. Dan akhirnya dapat mencapai standard Sekolah Berprestasi Tinggi. Walaupun kita tidak
menerima anugerah dan mendapat ganjaran tetapi usaha dan semangat warga sekolah
setaraf sekolah-sekolah SBT itu sudah memadai bagi saya. Bilangan yang naik ke
Podium adalah terhad tetapi untuk memasuki balapan dan berlari bersama peserta
lain kita masih ada peluang, walau pun kita kalah di peringkat saringan tetapi percayalah
kita telah berada pada kejohanan yang besar atau the big league.Itulah program RINTIS SBT yang SJQ utamakan. Banyak lagi
pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk membangunkan SJKT. Kita
tidak boleh selesa dan berpuas hati kepada pencapaian yang ada. Usaha, kerjasama dan pemuafatan PIBG,
Guru-guru dan pelajar hendaklah sentiasa
diutamakan. Saya percaya sekolah yang puan pimpin telah berada pada tahap tersebut
dan perlu ditngkatkan lagi.
Kalaulah
ada diantara warga sekolah yang
menyertai misi ini saya percaya mereka akan lebih berusaha dan mencari kelainan
dalam melaksankan tugas. Perjalanan hari pertama agak menyesakkan. Pagi tadi saya terjaga jam 715WM sini jam
3,15 pagi. Sarapan kami jam 8.00 sama dengan
jam 1.00 WM. Jam 9.00 rombongan pertama dari Nothern Kenyan Empowerment Innitiative berbincang pasal unta dan
kambing qurban. Ustaz Yaakub dan Ustaz Ahmad berbincang fasal harga dan sebagainya.
Kemudian
kami bertemu dengan kumpulan yang di ketuai oleh Ketua Menteri Central Somalia.
Pengerusi AHLU SUNNA WAL JAMAACA , AL Sheikh Prof Dr Hersi Mohamaed Hilole
Beliau adalah graduan PHD UKM dan bekas pensyarah di UIA. Wakil Ahli Sunna di
Nairobi Mohamad Hussein Abu Baker dan Aden Hassan Abdi dari Social life and Agricutur al Organization-
SADO. Banyak yang kami dapati. Antaranya maklumat yang mengatakan “Until now, not even a single grain of sugar
or rice to central Somalia”. Begitulah kesukaran mereka. Tetapi mereka
menyatakan bahawa kawasan mereka sepenuhnya di kawal oleh Ahli sunah dan
selamat. Kami juga bertemu dengan Haji Yahya warga British keturunan Somalia. yang
akan menjadi wakil Central Somalia di Nairobi. Yang sanggup menguruskan
perjalan kami dari Nairobi ke Central Somalia dengan penerbangan sewa khas dan
menjamin keselamatan kami disana.
Kemudian
kami makan disebuah restoran. Selepas solat zuhur. Sebelum itu saya mendapatkan
maklumat dari Hamidah receptionis hotel warga Ethiopia apakah makanan yang
paling enak di Nairobi. Dia menyatakan pertama
Ayam Kentucky dan yang kedua Bariani. Maka kami memilih Bariani. Restoran
tersebut penuh dengan pelangan. Malangnya mereka kehabisan bariani kambing jadi
kami pesan Bariani ayam dan kambing bakar. OK juga, nasinya sedap.
Saya
teringatkan puan ketika kami ke Pasar kambing di Kamaiko. Hari hujan lebat
jalan di Eastleigh banjir tetapi kerana kami menaiki Perado kedaan tidaklah
teruk sangat. Sepanjang jalan kami
bertembung dengan pelajar balik sekolah. Mereka bersekolah dari jam 8 pagi
hingga 330 ptg. Makan tengahari di sekolah. Kawasan sesak dengan perkampungan
setinggan yang menjadikan Nairobi dihuni oleh 4 juta orang itu sangat daif.
Kami
berjalan dicelah pasar dan Brother Ahmad menyatakan kepada penduduk bahawa kami
adalah pasukan jurutera yang akan membina jalan ke Pasar kambing Eastleigh. Ini
mengelakkan kami diganggu oleh penjual kambing. Jauh jugalah kami berjalan agak-agak
dekat sebatu juga dicelah rumah setinggan. Saya ketakutan kerana ketika itu
kami bawa banyak wang di tangan. Kenderaan tidak boleh masuk sampai kedalam. Masha Allah jalan becak dengan kambing dijual
di merata-rata. Entah kenapa rupa Hj Ibrahim, Dr Baha, Yusma di lihat macam
orang cina korea atau korea. Jadi macam macam perkataan yang keluar dari mereka
ada juga yang menunjukkan kungfu.
Cuma
sekali ada seorang memanggil saya cikgu
beberapa kali dengan kuat dari arah satu kawanan kambing, saya menoleh dan
memberikan senyuman dia melambai-lambai. Dalam kenderaan saya bertanyakan
kepada Brother AHMAD apakah makna perkataan cikgu yang saya dengar. Sebenarnya
sebutanya MZONGGU bermakna White people
kata Brother Ahmad. Kami semua kotor dan kadang-kadang rasa hendak muntah. Tapi
harga kambing disini agak mahal dan cuaca hujan tidak membenarkan kami berada
lama disana. Keadaan disini menguatkan ingatan saya kepada puan. Betapa
syukurnya kita tinggal di Bumi Malaysia yang tercinta.
Oleh
kerana kami beberapa kali di rempuh oleh kawanan kambing. Kami pun sudah sama
berbau kambing dan penjual kambing. Hilang kelazatan bariani kambing yang baru kami nikmati. Beberapa
kali saya menahan untuk tidak termuntah.
Lebih lebih lagi ketika melalui asap dimana mereka membakar bahagian
dalaman kambing. Saya melihat kehidupan dan survival mereka dalam keadaan yang sangat daif. Budak balik
sekolah. Pekerja yang menggambil upah beberapa USD untuk menarik beban di atas
pedati yang disewa. Pedati itu di panggil kokoteni bermakna pulling cart. Di Kampuchea dan Vietnam mungkin lebih baik kerana pedati yang sama ditarik
dengan motor Yamaha YB bagi mengankut Babi, kerbau, barang dan orang terutama
pelajar sekolah tetapi orang di sini lebih suka berjalan kaki dan kokoteni
ditarik oleh manusia.
Waktu
makan tengahari sama waktu puan makan malam 730 WM jam saya. Semasa saya
menulis ini saya masih menunggu jam 1200WM untuk solat marib. Jadi saya ada
bekal sedikit biskut untuk makan malam saya di bilik. Saya telah dinasihatkan
oleh sekuriti hotel agar tidak merayau lepas jam 5.00 petang waktu Kenya. Begitu kehidupan hari pertama saya di Nairobi
yang sedang pesat membangun dengan jalan dan bangunan yang sedang dalam
pembinaan.
Semoga
catatan ini boleh memberikan peransang pada puan untuk terus gigih dan bersemangat
membanggun SJKT Desa Cemerlang.
KASIM
NOAH
Pasar
KAmbing Eistleigh Nairobi
2
Nov 2011
Catatan bersambung Misi Somalia 2....
Catatan bersambung Misi Somalia 2....