Sabtu, 16 Ogos 2014

PADANG - MISI HUBUNGAN ANTARABANGSA

ANTARABANGSA PADANG APRIL 2010

MISI HUBUNGAN ANTARABANGSA (DARI GURU KEPADA GURU)
Lapor: KASIM/RAZAK

ROMBONGAN KETIGA (3 hingga 6 April):

Sekembalinya saya dari misi antarabangsa pasca gempa Padang rakan-rakan SPI terus tidak mahu diam memikirkan bagaimana kalau ada sumbangan dari guru dan madarasah pula. Oleh yang demikian kami menyusuli satu lagi gerakan ke Padang kali ini untuk melengkapkan sedikit janji kami kepada surau dan rumah guru di Padang. Sedikit bantuan kami peroleh dari rakan-rakan di sini dan menjadikan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada mulanya saya agak keberatan untuk bersama tetapi kerana memandangkan tiada siapa yang hendak mengepalai saya ikutkan juga kehendak anak buah. Kemudian kami memujuk lagi Pengarah Tn Hj Sufaat  dan Timbalan TN Hj Markom. Disaat akhir saya berasa lega apabila susunan program Pengarah  dan Timbalan dapat dianjakkan membolehkan Pengarah dan Timbalan ikut serta.  Pengarah dan Timbalan sekali lagi bersetuju untuk ke Padang tetapi kali ini bersama unit pengantarabangsaan Pn Rosliza. Program menjadi 3 dalam 1 selain dari melihat kemusnahan, membantu guru dan madrasah kami juga membuat program pengantarabangsaan dengan sekolah-sekolah yang terbaik di Padang.

Antara sekolah yang kami pasangkan adalah seperti berikut:

1. Sekolah Sains Muar dengan Sekolah Menengah Atas Padang Panjang Bukit tinggi.
2. Sekolah Menengah Bandar Putra Kulai dengan sekolah Menengah Rintisan Antarabangsa Lubuk Along.
3. SMK Mt Austin dengan Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 2X11, 6 Lingkung
4.  SMK Layang-layang dengan SMK Batang Anai.
5.  Sekolah Rendah Bertaraf Internasional SD01 Pariaman dengan Sekolah Kebangsaan Tangkak.

Kami melihat bahawa gerakan antarbangsa ini amat menarik walaupun dalam keadaan Kota Padang hancur dilanda gempa.

Disamping melihat persembahan dan sambutan yang amat meriah kami menghulurkan sumbangan yang agak memuaskan. Di Padang Panjang kami menyalurkan sumbangan daripada warga Sekolah Menengah Sains Muar anggaran RM3,000.

Semasa di Lubuk Along kami menyumbang untuk dataran sekolah tempat pelajar membuat  persembahan. Kami membuat pungutan di kalangan peserta berjaya mengumpulkan lebih kurang RM2,000. Sehingga saat akhir kami masih mengumpul sumbangan kepada 3 anak yatim yang mangsa gempa yang ditanggung oleh pihak sekolah kerana mereka tiada tempat untuk menginap dan menanggung makan minum mereka. Anggaran RM1,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Pengetua sekolah.

Kekuatan yang kami perolehi adalah kerana warga sekolah yang amat perihatin kepada anak sekolah. Ianya dapat dilihat daripada raut wajah Pengetua SM Lubuk Along yang menitiskan airmata ketika menyampaikan cerita penderitaan sekolah untuk bangkit semula selepas gempa. Bagaimana bersyukurnya kita yang hanya dikehendaki meneruskan perjuangan orang yang terdahulu daripada kita dalam keadaan aman. Penulis sendiri rasa ragu.

Mengenai bantuan kepada guru Ustaz Khairozi mendapatkan sumbangan daripada guru-guru agama anggaran RM 10,000 diagihkan bagi membina rumah beberapa orang guru yang dhaif. Ada diberitakan bahawa guru sekolah ketika lawatan kami masih tinggal di dalam reban ayam kerana tiada kewangan untuk membangunkan semula rumah mereka yang musnah. Keadaan ini sebenarnya amat menyayat hati kita dan sepatutnya disebar luaskan. Pengalaman begini hanya penulis perolehi ketika berada di lokasi. Kerana kita yang tiada di sana tidak dapat merasakan keadaan di sini. Lebih lebih lagi apabila kita mendengar dan disogokkan dengan berbagai cerita yang tidak menyenangkan.

Penulis sendiri mendapat beberapa janji dari rakan-rakan yang ingin menyumbangkan sebelum pemergian tetapi sampai masa tidak sampai 50 % yang menunaikan janji. Tetapi perjuangan tetap diteruskan. Walau bagaimanapun sumbangan daripada rakan-rakan lama banyak membantu kami meneruskan kelansungan kemanusiaan di Padang. Terima kasih orang Padang tidak dapat penulis sampaikan kepada semua penderma kerana kesuntukan ruang. Hanya ALLAH yang dapat membalas dan memberikan perhitungan yang saksama dan adil.

Walaupun penulis kali ketiga berada di Padang dalam suasana dan pendekatan yang berbeza akan tetapi penulis berasakan kekuatan penyumbang tegar kepada misi ini sentiasa di belakang penulis. Walaupun mereka tidak kelihatan rupanya dimata penulis tetapi penulis percaya mereka adalah insan yang mulia dan dimuliakan Allah. Penulis berpeluang menghadiri suasana begini selepas setengah abad bagaimanakah caranya kita dapat menggerakkan lebih ramai orang muda kita menghayati suasana begini jika kita tidak mendedahkan mereka. Soalnya siapakah yang hendak ke hadapan . Siapa yang hendak memulakan. Berapa lama kami boleh bertahan dalam kedaaan begini. Kami mengharapkan lebih banyak pemimpin muda seperti En Razak dan Ustaz Khairozi mengepalai misi di masa yang akan datang. Tidakkah ini dakwah kepada diri kita sendiri.


HARI PERTAMA: 3 April 2010 (sabtu)

Kami sampai di Lapangan Terbang Minangkabau pada jam 4.00 petang disambut oleh ibu Rosnida dan sukarelawan Padang dan dibawa melalui kawasan gempa sepanjang perjalanan dari Kota Padang ke Bukit Tinggi. Kami menginap di Parai Bukit Tinggi Resort yang mempunyai panaroma yang cukup indah dan nyaman.

Sebelah malamnya kami makan malam bersama Pengetua Sekolah Padang yang akan kami kembar dan Pegawai Dinas. Kami dipersembahkan dengan lagu dan tarian pecah kaca daripada pasukan kebudayaan Bukit Tinggi juga amat mengasyikkan. Cikgu Bakar Pengetua Dato Bentara Luar adalah wakil kami pada malam itu menyanyikan beberapa buah lagu dengan amat profesionalnya. Hebat Pengetua kita.


HARI KEDUA: 4 April 2010 (aHAD)

Kami bersiap awal pagi dan menuju SMK Padang panjang. Sekolah ini adalah sekolah kembar dengan Sekolah Sains Muar. Disi kami disambut oleh pelajar. Antara yang menarik disini adalah bagunan taklimat kami adalah sebuah bangunan lama kayu yang mengunakan seni bina Belanda menggunakan bumbung gantung. Sekiranya anda seorang arkitek pastinya anda akan terpegun melihat bagaimana sebuah dewan yang dibina ratusan tahun  lamanya menggunakan seni gantungan bumbung yang hebat. Bagi orang muda bangunan ini hanyalah sebuah bangunan kayu yang lama.

Anuar, Idris, Jasni, Halil, Penulis, Salleha, Ramlan di hadapan SMA Negeri 1 Padang Panjang, Rintisan SMA Bertaraf Internasional

Kedua penulis terpegun dengan persembahan seorang pelajar yang membaca ayat suci secara hafalan. Seorang gadis yang manis. Saya dan  Hajah Ezah mencari semula pelajar ini selepas acara untuk bergambar dan memberi sumbangan kepada beliau. Istimewanya pelajar ini ialah membawa lagu minang yang mengasyikkan. Saya bertanya dengan Ustaz Omar apakah jenis lagu yang dibawa. Kemudian ustaz Omar cuba melagukan semula memang betul. Ini lagu yang pertama saya dengar memang hebat.


Ketiga semasa majlis jamuan kami dihidangkan dengan sejenis makanan tradisi Bukit Tinggi iaitu lemang dan tapai pulut hitam. Bagaimana hendak memakan lemang dicampur dengan tapai pulut hitam. Agak luar biasa juga rasanya. Datanglah ke Padang Panjang jika hendak rasa.

Selepas itu rombongan berpecah dua. Sebahagian ke rumah adat Minangkabau dan sebahagian pergi bermain golf.

Pakaian tradisional pengantin Minangkabau.

Pada petangnya kami singgah ke rumah gadang dan jam besar. Biasalah Membeli belah. Sebahagian turun ke Lubuk Anak untuk bermain Golf  Padang Lubuk Anai cantik, agak lembut dan tidak kelihatan kesan gempa. Malangnya permainan tidak dapat ditamatkan kerana hujan lebat pada petang itu. Walau bagaimana pun permainan saya tidak begitu baik pada petang itu kerana tidak membawa kelengkapan yang cukup dan bola sering hilang. Tuan Hj Markom mendenda saya setiap kali bola hilang walaupun jatuh di tengah padang.

Hari Ketiga: 5 April 2010 (Isnin)

Kami bertolak menuruni jalan dari Bukit Tinggi melalui beberapa kawasan gelonsoran dan keadaan ini amat mencemaskan dan hanya tuhan yang menyelamatkan perserta rombongan daripada sebarang malapetaka. Ini adalah contoh jalan yang kami lalui.

Kami turun hari ketiga meneruskan misi antarabangsa dengan memulakan lawatan ke SMK Lubuk Along. Disini kami disambut daripada pintu pagar hingga dewan jamuan. Turut serta adalah Kepala Dinas Pariaman dan semua Guru Besar yang terlibat dengan program ini. Sekolah yang di pasangkan adalah Sekolah Menengah Bandar Putra Kulai di mana Pengetuanya En Azman turut berucap dan memberikan sumbangan. Kami membuat pungutan daripada ahli rombongan untuk sekolah dan 3 orang anak yatim yang ditanggung oleh sekolah.


Kami meneruskan perjalanan ke Batang Anai di mana SMK Layang-Layang Kluang dikembarkan dengan sekolah tersebut. Di sekolah ini kami berpeluang melihat bilik darjah sementara yang dibina semasa pasca gempa. Sekolah ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana menunjukkan keterampilannya.


Kami meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 2X11, 6 Lingkung di mana ia dikembarkan dengan SMK Taman Mt Austin dan Pn.Hjh Saleha binti Abd. Kahar sebagai pengetua turut menyampaikan sumbangan daripada warga sekolah kepada Bapak Zulkifli, Pengetua sekolah. Keunikan sekolah ini daripada kacamata penulis selain daripada makanan berupa telur asin dan nasi pulut yang saya lupa namanya. Mata penulis terpaku melihat satu papan kenyataan seperti gambar di bawah. Sangat cantik bahasanya dan boleh dibawa balik sebagai ganjaran lawatan sekolah ini.

AKU MALU KALAU LAMBAT????  Kelas yang runtuh akibat gempa.
Kelas sementara yang berlantaikan tanah ini dibina pemerintah.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan bersolat di sebuah madrasah yang telah diaturkan oleh Ustaz Khairozi. Di Madrasah ini kami melihat kesan runtuhan dan memberikan sedikit sumbangan daripada pungutan unit agama. Saya melihat madarasah ini dibangunkan dari hasil kerjasama masyarakat dana berdiri sendiri sebagai sebahagian dari tuntutan gerakan dakwah nusantara.

Kemudian kami singgah di rumah guru yang sedang dalam pembinaan tetapi kerana gempa bangunan itu tidak boleh dipakai atau dibaiki. Disinilah kami menyampaikan sumbangan daripada guru kepada guru. Nampaknya kita tidak berupaya untuk membantu semua tetapi sebahagian kecil dan lawatan kami dapat memberikan semangat kepada mereka yang bergelar pendidik yang ditimpa malapeteka itu.

Penghujung hari kami singgah di sekolah rekabentuk bertaraf international di Pariaman. Sekolah ini adalah sekolah rendah dan tadika. Hanya sebuah di padang di Kampung Pak Sudirman Ketua pra sekolah Dinas Pendidikan Padang. Bangunannya kita lihat adalah mirip Design and build di tempat kita. Hanya satu buah. Diulangkan hanya sebuah dan masih dalam pembinaan. Bayangkan di Johor sahaja tahun 2002 saya meninggalkan sebanyak 92 buah sekolah Design and Build yang tersergam. Bagaimanakah cara kita mensyukuri nikmat itu selepas hampir 10 tahun. Adakah kita telah mendapat nikmat sebenarnya dari pembangunan di tempat kita. Itulah yang menjadikan penulis sangat insaf dengan semangat membara untuk memajukan sekolah-sekolah kita melalui Sektor Kualiti kami.
Inilah semangat yang kita hendak sampaikan kepada sekolah seperti SMK Mt Austin dan Bandar Putra Kulai yang mendapat bangunan design and build. Mereka telah membina semangat bersama dengan bangunan. Bagaimana kita membangunkan bangunan kita? Apakah kata-kata Churchill the building will design us tidak berlaku???

Antara perkara menarik yang penulis perhatikan di sekolah ini adalah pejabat pentadbirannya mempunyai takwim yang dicatatkan program yang hendak dilakukan di sekolah mereka sepanjang tahun. Ini baik untuk sekolah kita penulis juga mendapati beberapa sekolah lain juga mempunyai pelan takwim sekolah ini semacam seragam. Ia bukan sekadar takwim sekolah tetapi juga merupakan perancangan dan senarai tugas setiap unit membangunkan sekolah. Ia sesuatu yang baik jika ditiru

Cerita kedua yang menarik di sekolah ini adalah kerana ia memiliki sebuah mini zoo berbagai binatang kecil. Antara binatang yang  paling menarik adalah AYAM  istimewa yang berkokok seperti orang ketawa. Harga ayam ini sangat mahal berdasarkan berapa kali ulangan bunyi suaranya.

Sekolah ini dipasangkan dengan sebuah sekolah Kebangsaan Ledang  Tangkak. Guru besar sekolah ini juga menerima sumbangan daripada ahli rombongan.

Walaupun kami memenuhi lawatan satu hari yang memenatkan tetapi berasa sangat puas dapat melihat kehebatan disamping penderitaan yang ditanggung oleh orang Minang di Padang Pariaman ini.


HARI KEMPAT: 6 April 2010 (Selasa)


Kami bersiar-siar di kawasan kota melihat beberapa kesan runtuhan dan makan telur penyu yang diambil dari Pulau Mentawai. Semasa artikel ini diedit Pulau Mentawai baru seminggu diserang tsunami sedalam 3 meter dan melibatkan hampir 500 orang terkorban. Kami juga merasakan bahawa keinsafan diri berada di bumi Malaysia amat berkesan kepada kami apabila berada di kawasan bencana.

Kami meninggalkan Padang pada jam 3.00 petang dan berlepas pulang ke tanah air tercinta.

AHLI ROMBONGAN  SUKARELAWAN PELAJARAN JOHOR
Misi Pengantarabangsaan Sekolah
MANGSA GEMPABUMI PADANG INDONESIA DAN PROGRAM LAWATAN PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH
Bil
Nama
Jawatan
1
Tuan Hj. Sufa’at bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor
2
Pn. Hjj Hamidah binti Ibrahim
Aktivis Sukarelawan Johor
3
Tuan Hj. Markom bin Giran
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
4
Tuan Hj. Md. Kassim bin Md. Noah
Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti
5
Tn. Hj. Mohd. Basari bin Hj. Abdul Manan
Sektor Pendidikan Islam
6
Tn. Hj. Jasni bin Omar
Sektor Pengurusan sekolah
7
Tn. Hj. Abu Talib bin Abdullah
Sektor Pengurusan Akademik
8
Tn. Hj. Shahrom bin Sukari
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
9
En. Anuar bin Sukiran
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
10
Tn. Hj. Mansor bin Abdul Aziz
Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
11
PN. MAIMON BINTI MOKHTAR
Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
12
Tn. Hj.  Omar bin Salleh
Sektor Pendidikan Islam
13
Ust. Mohd. Hairozi bin Muhammad
Sektor Pendidikan Islam
14
Pn. Rosliza binti Rosli
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
15
Tn. Hj. Mohd. Saat bin Hj. Mohd. Ansor
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
16
Tn. Hj. Idris bin Abu Bakar
Sektor Pengurusan Akademik
17
Cik Norbiha binti Buang
Sektor Pend. Swasta dan Pend. Khas
18
En. Shanmuganathan  a/l Suppiah
Sektor Pengurusan Akademik
19
Tn Hj Kmarudin bin Saayun
TPPD Johor Bahru
20
EN. SUPIANDI BIN YUSOF
TPPD Pasir Gudang
21
EN. SAMION BIN KASSIM
TPPD Kota Tinggi
22
EN. MD. JAIS BIN SAMAT
TPPD Mersing
23
TN. HJ. AHMAD BIN AWANG
TPPD Kluang
24
En Abd HAmid bin A Bakar
TPPD Pontian
25
EN. ANUAR BIN JAIS
TPPD Kulai
26
EN. MOHSIN BIN IBRAHIM
TPPD Batu Pahat
27
EN. DIN BIN SAARI
Sektor Pengurusan Sekolah
28
Tn. Hj. Hassan bin Topit
Pengetua SBP Sains Kota Tinggi
29
En. Aziz bin Md. Derus
Penyelia Kanan PPD Kulai
30
En Ramlan bin Abd Rawi
Pengetua SMK Air Twar KTinggi
31
En. Zakaria bin Abdul Rahman
Aktivis Sukarelawan P. Gudang
32
En. Azim bin Mohd. Dom
Aktivis Sukarelawan Kulai
33
En. Thazali bin Imam
Aktivis Sukarelawan Kulai
34
EN. ISMAIL BIN OSMAN
Berita RTM Johor
35
EN. MADHAVAN K APPOO
Berita RTM Johor
36
Hj. Mohd. Bakri bin Md. Diah
Sektor Pengurusan Sekolah
37
EN. A.RAZAK BIN A.KARIM
Sektor Jaminan Kualiti
38
Tn Hj Shaharudin b Saari
PENGETUA SMK TAMAN DESA SKUDAI
39
Tn Hj A Manaf Muslimin
Pengetua SMK Johor Jaya 1 PG.
40
TN. HJ. SAMIAN BIN SAWIYO
PENGETUA SM SAINS MUAR
41
TN. HJ. ISMAIL BIN ROSDI
PENGETUA SMK DESA CEMERLANG, PG
42
En Mastura Aladin bin Mesri
PENGETUA SMK AYER BALOI, PONTIAN
43
TN. HJ. ROZALI BIN JEMALI
Pengetua SMK Dato Hj Hassan Yunus
44
EN. AZMAN BIN ADNAN
PENGETUA SMK BANDAR PUTRA KULAI
45
TN. HJ. IDRIS BIN AHMAD
Pengetua SBP Sul Iskandar Mersing
46
Tn Hj Muhamad bin Mahadi
PENGETUA SMK TANJUNG DATUK
47
Tn Hj Abu BAkar sidek Kasbi
Pengetua SMK Dato Bentara Luar BP
48
Tn Hj Abd Halil bin Abu Bakar
PENGETUA SMK PERMAS JAYA 3, PG
49
CIK ZAHARAH BINTI MD TOP
GURU BESAR SK. TEMIANG, MUAR
50
PN. ROSMIZAN BINTI JAMALUDIN
GURU BESAR SK. LEDANG,TANGKAK
51
HJ Norezah bte Mohamad
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
52
PN. SITI HAJAR BINTI MAHPOL
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
53
HJH Saleha bte Abd Kahar
PENGETUA SMK MOUNT AUSTIN
54
TN. HJ. MISTI BIN KANA
PENGETUA SMK PASIR GUDANG

1 ulasan:

PAKSU berkata...

Terima kasih atas maklumat anda Saudara Aziman. semoga berjaya.