Sidang Penguasa
Jangan ingkar kerana ada berbagai lagi raja diluar sana, raja yang
diberi kuasa mengatur perentah hutan. Raja yang menguasai alur air dan hasil hutan.
Raja ini tidak perlu lagi merujuk kepada Sang Harimau kerana dia merasakan terlalu
besarnya kuasa yang telah diberikan kepadanya. Dia boleh membuat apa sahaja yang
difikirkan baik bagi penghuni rimba dan begitulah hutan ini menjadi aman
berkurun lamanya.
Hari ini si Dabuk berangan
menjadi raja.Dari Gajah yang besar, Seladang hinggalah Mengkarong dan Tekek yang
kecil juga hendak menjadi raja. Masing-masing mengaku kehebatan berdasar puak dan
keistimewaan yang ada pada diri mereka. Ular kata dia yang paling berbisa,
malah Buaya yang sesekali naik kedarat itu pun mahu menjadi raja menguasai
belantara.
Maka sang Harimau pun
memanggil satu sidang bagi mendengar keluhan hati segala rakyat jelata.
“Ampun tuanku. patik ini berbadan
besar terkuat di belantara ini. Patik tidak perlu pernghormatan sebagai raja
kerana semua lorong hutan ini adalah dibawah kuasa patik. Walaupun patik tidak
kisah sangat dalam semua politik pemilihan kepimpinan belantara tetapi mereka hormat patik bagai raja segala.Tidak pernah
sesiapa yang sanggup menyekat jalan hamba di belantara ini. Biarlah patik
dengan anak-anak patik hidup seadanya. Tetapi jangan direngan kekuatan patik
kerana sekali anak-anak patik naik minyak segala hutan ini boleh kami
huru-harakan.” Gajah memulakan hujah sangat sopan dan penuh ugutan. Yang lain
senyap seketika tatkala Gajah memulakan bicara.
“Memang patut kemahsyuran
tuan sebagai rakyat terkuat belantara, dan kita semua menghormati tuan sebagai
yang termulia.” Raja mula berbicara.
“Kumpulan tuan telah
memberikan kegemilangan rimba ini. Kerana mahalnya gading tuan yang disuka oleh mereka diluar sana. Kalau tidak kerana amanah ini kita pun mahu hidup seperti puak tuan hamba, tak payah bersengkang mata, memecah kepala memikirkan masalah rimba dan mengekal kuasa.” Raja memuji lagi.
“Ampun tuanku, kami puak Dabuk
mahu menguruskan hutan ini kerana kami ramai dan kumpulan kami besar. kumpulan kami banyak ilmu dan menguasai hasil rimba. Sekor rusa tumbang kaum kita dah sampai dulu. Kami akan
meronda di denai-denai. Kami telah terlalu lama memakan lebihan bangkai
tinggalan Sang Harimau. Kadang-kadang
kami bersama merebut makanan dengan sang Biawak.” Belum habis si Dabuk berucap segala haiwan telah
riuh rendah menandakan tidak selesanya mereka.
“Engkau kotor. Puak engkau
tak layak jadi penguasa. Suka engkau melalak kesana kesini. Engkau tidak ada pakej imej
penguasa. Cakap engkau bohong belaka. Sedarlah diri engkau Dabuk. Wajarlah
engkau berkawan dengan biawak dan…” bising Hoooo hhaaa….
"Engkau kena ingat, dulu engkau bangsa luar yang merempat, yang kami beri kebenaran menumpang dihujung negeri, kemudian engkau yang cepat biak, engkau seludup lagi sedara mara engkau dari segenap negeri menguasai hutan ini, kami makin lari kependalaman, itu pun sudah bangsa engkau kuasai hasil makanan kami. "
Protes penghuni rimba.sedari awal rimba ini Dabuk memang tidak disuka kerana sikapnya yang angkuh dan sering mengganggu penghuni rimba. Dan kebelakangan ini sebok hendak jadi penguasa. Ramai yang membantah dalam diam tapi malas hendak bersuara biarlah raja mengurus laku si Dabuk dan pengikutnya yang gila kuasa.
"Biasalah bangsa si Dabuk kalau seekor menjilat punggung bila ramai, gajah pun nak di honggesnya" .

"Semua nak untung ke dia, seinci pun hak dia tidak hendak beralah, kami juga yang patuh perintah. Apa yang anak cucu kami dapat?? hanya tinggal seekor harimau tua yang hilang upaya mentadbir sebuah belantara." terdengar lagi suara yang tidak puas hati.
"Engkau kena ingat, dulu engkau bangsa luar yang merempat, yang kami beri kebenaran menumpang dihujung negeri, kemudian engkau yang cepat biak, engkau seludup lagi sedara mara engkau dari segenap negeri menguasai hutan ini, kami makin lari kependalaman, itu pun sudah bangsa engkau kuasai hasil makanan kami. "
Protes penghuni rimba.sedari awal rimba ini Dabuk memang tidak disuka kerana sikapnya yang angkuh dan sering mengganggu penghuni rimba. Dan kebelakangan ini sebok hendak jadi penguasa. Ramai yang membantah dalam diam tapi malas hendak bersuara biarlah raja mengurus laku si Dabuk dan pengikutnya yang gila kuasa.
"Biasalah bangsa si Dabuk kalau seekor menjilat punggung bila ramai, gajah pun nak di honggesnya" .

"Semua nak untung ke dia, seinci pun hak dia tidak hendak beralah, kami juga yang patuh perintah. Apa yang anak cucu kami dapat?? hanya tinggal seekor harimau tua yang hilang upaya mentadbir sebuah belantara." terdengar lagi suara yang tidak puas hati.
“Baiklah tolong bertenang
kerana kami lahir dengan amanahkan menjaga bumi belantara kerana ini tanah air kita. Kami
menjadi raja kerana begitu suratan, begitu ketentuan kami menguasai belantara
bukanlah kehendak kami semata-mata, kami berterima kasih kepada penghuni rimba yang sentiasa meletak hormat kepada kami.” Titah raja. Yang lain terpaku hormat.
“Datuk nenek kita telah
berjuang mempertabatkan belantara ini dengan darah dan air mata.
Sekali kita beraja biarlah kita terus berkuasa kerana tidak ada mudarat pun
sistem yang kita ada. Kami akan menjaganya hingga hari kiamat. Itu wasiat kita.
Kita akan menjaga penghuni belantara tidak kira dimana dan siapa mereka.” Yang
lain tunduk hormat. Dabuk tetap merungut. Kerana baginya sidang inilah peluang terakhir dia menjadi penguasa.
“Ingatlah kalian akan pengorbanan datuk nenek kita mempertahan negara, Ingatkah kalian ketika
kemarau dan banjir melanda malah kebakaran hutan beberapa ketika. Bagaimana kita bersama mengatasi bencana.
Bagaimana kita muafakat tolong menolong dan berlebih kurang sesama kita.
Lupakah kita bagaimana suara burung yang kecil pun membantu kita bila kita mahu
diserang manusia. Semuanya telah bersama menjaga keharmonian dan keselamatan
belantara walau sekecil mana mereka. Biarlah kami mendengar pula apa kata sang
Bedal yang juga menuntut menjadi penguasa.”
“Ampun tuanku. Kami ini Sang
Bedal hanya tahu tingggal didalam alur air yang semakin sedikit. Kadang kadang
jadi pekat dan kering kerana kemarau. Sedang di
atas bumi belantara sering bercakaran. Kami rasa telah sampai masanya
kami jadi penguasa juga kerana setiap penghuni belantara akan bersujud kepada
kami kerana meminta air. Kalau kami tidak beri bolehkah penduduk rimba
meneruskan kehidupan.” hooarrrgh kedengaran ungas ungas mengeluh atas ancaman Sang Buaya.
“Walaupun kami jarang berada
di belantara segala unggas akan datang ke kediaman kami untuk minum dan mandi.
Kamilah yang amat mengenali mereka malahan bau badan mereka pun kami terasa.
Sampai masa kami ingin membina peraturan rimba mengukut acuan kami. Puak
belantara tidak pernah menghiraukan keberadaan kami di alur yang cetek itu.
Atas dasar demokrasi kamilah yang patut mengusai belantara.Kamilah yang lebih
arief akan kelakuan haiwan rimba. Kerana kami sentiasa memerhati ketika mereka
ke sungai. Kamilah merekod segala keburukan mereka. Kamilah yang lebih kenal
siapa yang baik dan siapa yang buruk perangai."
"Siapa yang tamak haloba. Siapa yang
pengotor. Jika yang mulia hendak mengetahui rekod mereka kami boleh emailkan,
kami boleh dedahkan. Kami juga boleh hantar
ke Wikeleak siap dengan video sekali. Tapi apalah gunanya kerana ia
memalukan penghuni belantara yang dilihat aman dibawah perintah yang mulia
tuanku.” jelas buaya penuh tanggungjawab.
“Kami sayangkan belantara
ini dan sanggup mati mempertahankan tuanku. Cuma kami tidak sabar melihat kerakusan
generasi baru penghuni rimba yang masing-masing mempertahankan hak asasi mereka.
Masing-masing menegakkan fahaman demokrasi mereka. Mereka bangga dengan
kebebasan mereka tetapi mereka lupa hak asasi orang lain. Mereka lupa air
kencing mereka masuk ke alur sungai dan hamisnya terlekat pada badan anak-anak
kami. Puak kami bukan sahaja bersama Jejulung malah Lelabi, Tuntung dan segala
ikan dari sebesar tapah hingga ke Sengat Layar ramai tuanku kalau di kira undi puak kamilah yang
ramai.
Cuma politik ni kami tidak berapa minat kerana kami jarang naik kedarat
dan tidak dilihat. Kalau dulu seekor dua rusa atau anak seladang yang kami
makan tidak pernah kami dihina oleh penghuni rimba. Kerana kami sekadar
mengambil untuk makanan anak-anak kami sahaja. Si rusa tetap menjadi sahabat
kami dan kami benarkan minum air sungai kami. Tapi hari ini seolah-olah kami
tidak boleh makan lansung. Semua unggas memandang serong kepada kami. Ampun tuanku.”
Yang lain cuba mendengar.
Sang Dabuk terus berungut. Dia juga yang baik. Dia juga yang hebat dia juga
hendak jadi penguasa.
“Ini bukan politik dalam air
ini politik atas darat. Kami tidak mahu kamu terlibat. Kita tidak mahu puak
dalam air terlibat sama dalam hal kepimpinan rimba.” Dabuk mula rasa terancam.
“Sebab itulah kita perlu ada
raja sebagai pelindung. Sebab itulah kita perlu ada pemerentah dan penguasa.
Kita tidak boleh melihat puak kita sahaja yang perlu hidup di belantara ini.”
Sang Harimau meneruskan hujah.
“Boleh beta dengar wakil yang burung-burung pula.”
“Ampun tuanku. Sang Monyet
mencelah. Kami tidak pernah komplen pada sang burung atau sang tupai yang berkongsi
makanan dengan kami. Bahkan ramai dari puak sang burung tidak pernah mengganggu
kami sejak dulu lagi. Malah kami telah biasa berkongsi dengan burung hijrah
dari luar Negara. Tapi kebelakangan ini kami kami diserang oleh puak Puling
yang terlalu banyak. Mereka menguasai pokok pokok kami bila tiba waktu senja dengan beratus malah
beribu bilangannya. Bukan sahaja mereka membuat bising sepanjang malam tapi
membuang najis di setiap dahan dan menjijikkan kami.
Banyak yang berlaku kami
terpaksa bergerak dimalam hari untuk mencari tepat baru. Dan ini menjadikan
kami rasa tidak selamat. Kalau dulu kami boleh lena dan aman sahaja tapi
sekarang kami takut bila malam rumah kami akan diceroboh bila-bila masa.
Ketenteraman kami diganggu. Bila kami merasa ehwal kami tidak dipeduli sampai
masa kami pun nak jadi penguasa. Sebab itu kami juga menuntut menjadi penguasa
belantara.”
Si Dabuk lagi sekali
merungut dengan hujah sang beruk. “Engkau turunlah kebawah monyet oii. Akan ku
siat kulitmu.” hoohahhh, unggas lain masih tidak berpuas hati dengan sikap Dabuk.
“Beta masih tidak mendengar
pandangan sang burung. Siapa tadi wakil yang hendak berbicara. Tolong beri
laluan. Awak Dabok. Tolong jangan timbulkan provokasi pada binatang lain. Sidang
ini kita sedang mendengar pendapat.”
“Apakah kerana kami ini Dabok
tuanku tidak mendengar pandangan kami. Janganlah tuanku menjadi tidak adil.
Nanti kami adukan pada bangsa-bangsa bersatu.” Dabuk tetap berkeras dan binatang
lain menjadi resah akan perangai Dabuk yang terlalu berani dihadapan paduka
sang Singa. Sekali lagi sang Sang Harimau mengaum dan semua haiwan tunduk. Sang Harimau
mengibas-ngibas ekor dan kembali naik ke atas singahsana dan meneruskan bicara.
“Siapa, Helang, Belibis, Walit silakan.”
“Ampun tuanku. Kami puak
burung hanya hendak menyanyi dan mendapat sedikit makanan. Kami hendak bermain
angin ketika petang. Kami menumpang bersarang dicelah-celah dahan. Kami sentiasa
menjaga badan dan kesihatan agar sentiasa cantik. Kami hanya hendak perhatian
dan menunjukkan persembahan tidak ada kena mengena dengan kepimpinan. Kalau ada
perhatian tuanku tambahlah kurnian kepada kawan kawan patik agar kami sentiasa menjadi
kesayangan rimba.” Kata Tiung mewakili kumpulannya. Sang Harimau tersenyum.
“Betul juga kalau kita asyik
bertengkar, tidak sempat kita hendak mendengar Tiong menyanyi dan Merak menari.
Lama juga kita tidak teruja berkumpul dalam keramaian begitu.” Sang Harimau
mengerling permaisurinya.
“Permaisuri beta pun suka
juga melihat warna-warni sang Nuri. Lama rasanya beta tidak ke konsert kalian.
Terima kasih sang Tiung kerana sempat mengingatkan kami.”
Si Dabuk terus
merungut.
Hari semakin petang segala
unggas masih mahu meneruskan hujahnya dihadapan penguasa rimba.
“Beta beri tiga hari
bertenang. Sang Tikus pergilah menyelinap di semua celah batu dan kayu mati dapatkan
segala maklumat tentang keresahan penguhi rimba. Sang Helang tolong perhatikan
dan lapor pada beta kawasan mana yang
sesak. Sang Dabuk hentikan menimbulkan
provokasi. Ketahuilah penduduk rimba ini tidak suka pada cara dan perangai kamu.
Bukan keturunan kamu yang dicela mereka. Bukan juga rupa kamu, tetapi banyak
perkara baru yang kamu utarakan menimbulkan keresahan kepada yang lain. Dulu
ketika kamu sedikit bersama kita tidak pernah haiwan lain merungut tentang
kamu, Kadang-kadang kamu juga seperti musang dan serigala tidak pernah kami
bezakan.
Baiklah, tiga hari ini beta akan mengadakan mesyuarat dengan segala
pembesar belantara mencari akal yang baik. Agar kita tidak menghancurkan
tamadun belantara ini. Kita tidak boleh mendapat semua dan kita tidak boleh
hilang semua. Tradisi belantara perlu kita kekalkan. Itulah keindahan kita.
Itulah kekuatan kita. Beta boleh pecahkan belantara ini kepada kawasan-kawasan
yang kecil mengikut kehendak puak-puak yang menuntut. Tetapi apakah kita akan
menjadi kuat. Apakah kita akan menjadi lebih hebat.”
Malam itu dibawah rembang
bulan penuh. Sang Harimau memanjat batu besar setinggi-tingginya. Dia berdiri
gagah. Akulah raja akulah penguasa terhebat diseluruh belantara. Luasnya tanah
kekuasanku telah ternama dan menjadi semakin kecil akibat perpercahan zaman dahulu
kala. Antara kerabat pun saling bersengketa. Tiba-tiba sang raja ditiup angin
pilu dan air matanya berlinangan.
Tidak cukup bijaksanakah penguasaku
menjalankan perintah raja. Sukar sangatkah menjadi satu bangsa. Kerana aku telah
tua dan generasi lamaku yang bersaudara tanpa mengira puak dan kaum serta jenis
hidup bersama di belantara ini. Apakah yang dihendaki oleh generasi mudaku.
Sehingga pemerentah telah hilang kuasanya.
Dabuk hanya fenomena. Dulu
masa dia duduk di pinggir hutan kita bawa sama kebelantara ini dengan bermuafakat.
Bila mereka menjadi ramai. Mereka hendak berkuasa. Air mata berlinangan terus
dimata raja. 3 hari sangat singkat untuk beta membuat keputusan. Menjaga
tradisi belantara agar terus terbela. Bagaimana nasib si Rusa, Napoh dan segala
penghuni yang lemah. Landak yang merayap bolehkah mereka meneruskan kehidupan
kalau si Dabuk memerentah menjadi penguasa.
Apakah telah hilang kuasa aku sebagai
penguasa. Apakah berkuasa puak yang tidak diberi kuasa belantara. Sampai bila
mereka harus ditiup angin tidak selesa. Kalaulah penguasa beta melakukan tugas
peraturan dengan adil dan bertimbangrasa apakah selesai masalah belantara
begitu sahaja. Apakah dengan memberikan kuasa kepada semua orang kita semua
dapat hidup dengan selesa. Apakah kalau kita tidak perlukan raja, bolehkah
belantara ini segar seperti sediakala. Dulu kita selesa kerana makanan mudah
kita dapat dan haiwan tidak ramai.
Cuaca boleh diramal. Tetapi sekarang setiap puak
telah ada persatuan mereka meminta itu ini. Mendesak itu ini. Tidak kira apa
asalkan untung bagi mereka. Apakah masih ada lagi belantara kalau kita kita
halau semua haiwan yang bukan puak kita. Apakah akal kita hendak hidup dalam
belantara yang berbilang puak dan berbagai jenis perangai.
Kalau ada kacau bilau dalam belantara ini bangsa-bangsa bersatu pun tidak boleh buat apa-apa, Kalau orang luar membantu pun hanya mengira puak mana yang beri keuntungan kepada mereka, tidak ada keadilan atau peri kemanusiaan dalam peperangan. tidak ada belas kasihan dan betul salah, tidak ada erti persahabatan atau persaudaraan dalam berpolitik.
Tidak cukupkah kanun rimba yang sedia ada. Sang Raja terus melenguh panjang dan subuh esok pasti menjelang. Tidak kira samaada belantara ini aman akan atau terus berperang. Tidak kira sama ada Buaya atau di Dabuk menjadi raja. Pilihanraya tetap diadakan, dalam politik kepimpinan. Kehormatan, keikhlasan dan budi pekerti telah hilang, dan yang ada hanya binatang-binatang yang mencari makan. Sang Raja mengeluh panjang. Sidang kali ini akan menghancurkan pengguni belantara selama-lamanya.
Sekian.
Tidak cukupkah kanun rimba yang sedia ada. Sang Raja terus melenguh panjang dan subuh esok pasti menjelang. Tidak kira samaada belantara ini aman akan atau terus berperang. Tidak kira sama ada Buaya atau di Dabuk menjadi raja. Pilihanraya tetap diadakan, dalam politik kepimpinan. Kehormatan, keikhlasan dan budi pekerti telah hilang, dan yang ada hanya binatang-binatang yang mencari makan. Sang Raja mengeluh panjang. Sidang kali ini akan menghancurkan pengguni belantara selama-lamanya.
Sekian.





