Rabu, 11 Oktober 2017

Keraguan Selawat Badawi Kubro

Keraguan Selawat Badawi Kubro: Sheikh Ahmad Badawi (SAB)

i) Keraguan Selawat dinamakan  SELAWAT Badawi Kubro atau SELAWAT Nuraniyyah atau SELAWAT Qabdlah atau SELAWAT Sajaroh atau SELAWAT  Ra'isssiyah karangan Saidina Alqutb Al Syeikh Ahmad Badawi Al Hussein ra  (SAB) Wafat  pada tahun 675H

ii) Sayyidi Syaikh Ahmad Al-Badawi sendiri adalah seorang imam sufi, wali kutub lahir pada 596H di Fes Moroko. Beliau wafat di Thanta pada hari selasa 12 Rabiul Awal 675 H / 24 August 1276 M, ketika berusia 79 tahun, beliau adalah keturunan Rasullullah saw. dan banyak melahirkan ulama selepasnya. Beliau adalah pelopor tariqat Badawiah atau Ahmadiah Mesir. Maqam beliau di Mesjid Badawi Tanta Mesir. Maulid beliau dihadiri oleh lebih 2 juta orang. pada bulan april dan Oktober.

iii) Nasab beliau diragukan oleh Imam Fakharuddin Ar Razi tetapi puak syiah membenarkan nasab beliau dengan menisbatkan kepada Ali bin Jaafar Az Zaki bukan Al Hassan bin Jaafar Az Zaki yang tiada keturunan (dari makhfudsaptadi.blogspot.my)

            اَللهُمَصَلِّعَلًى مُحَمَّدٍ     


1. MUKADIMAH KERAGUAN:

1.1. Bila saya RAGU saya ada. Bila saya ada saya akan berfikir, bertanya dan belajar, merujuk berbincang untuk mencari apa sahaja kebaikan dan manafaat. Meningkatkan kecerdasan akal (yang tak berapa cerdik) dan memberikan cabaran kepada orang lain untuk sama-sama berfikir dan memecah persoalan minda saya yang RAGU.

1.2. KERAGUAN ini timbul pada bulan Zulhijjah yang lepas apabila saya dan beberapa rakan mempersoalkan satu sebaran dilaman sosial mengenai satu petikan perihal 7 mahkota ibadah, beberapa kali masuk laman saya difowardkan oleh beberapa sahabat.

1.3. Saya RAGU dan membuat semakan, didapati tiada terjumpa hadis yang sahih tentang 7 mahkota ini kecuali hadis dhaif mengenai penghafal alquran. Jadi tiada istilah ganjaran mahkota disebut oleh orang yang terdahulu (mungkin ada- wallahualam)

1.4. Kemudian saya terjumpa petikan bible dari seorang padri dari negara jiran, web tahun  2013 mengenai 7 mahkota yang dipetik dari YAK 1:2, YOLI 1:12 dan WHY 2:10, Paderi ini lebih bertanggungjawab kerana meletakkan rujukan yang jelas walaupun menggunakan perkataan Allah dan syurga. Jika tidak ditulis rujukan tentunya orang ramai akan merujuk itu kepada kitab Agama kita. (Inilah bahaya internet bagi anak anak)

1.5. Kemudian web 2016 yang menyatakan ada 7 amalan sunat yang utama boleh boleh dianggap  mahkota amalan ada tercatat dalam kitab zikir AlHadad. Kemudian 5 naskah lain "cut&paste" tapi tiada apa-apa ayat Quran.

1.5. Lebih parah pada 7 julai 2017 seorang telah muat naik satu kenyataan tersebut dengan menambah ayat alquran surah Al Mukminun ayat 17 yang dibermakna 7 jalan. (nampak cantik 7 haribulan.7 tahun 17 ayat 17 mahkota 7) kemudian di cut&paste oleh 3 naskah lain.

1.6. Selepas beberapa hari seorang Ustaz cut&paste telah muat naik dalam semua media dan minta di share kan menjadi viral kepada orang yang tidak tahu, sehingga sampai kelaman saya. Atas rasa tanggung jawab saya menegur (walau pun mereka lebih percaya ustaz glamer). Ayat AlQuran 7 jalan itu merujuk langit, bermaksud 7 lapis langit yang menurunkan air yang menumbuhkan tumbuhan dan minuman kepada ternakan (dari ayat seterusnya) tiada kena mengena dengan 7 mahkota yang dibincangkan (saya pohon keampunanNya jika saya keliru) Berdoalah agar terlepas dari orang begini.

1.7. Kemudian keraguan saya melarat kepada Darood Assyariff, Selawat Shifa dan Selawat Badawi Kubro (yang saya perolehi ketika saya di Mesir lebih 10 tahun dahulu). Bila saya bacakan selawat ini teman saya menegur tatabacaan saya, dari sinilah RAGU itu timbul. 

1.8. Bila pulang saya membuat rujukan pada buku selawat, MP3, blog, dan bertanya dengan rakan dan guru yang mahir tentang AlQuran, Bahasa arab malah kepada yang pakar Nauhu Assaraf. Lebih 100 naskah (tepatnya 135) saya lihat dengar dan bincang. Tapi masih ada RAGU. (pembaca boleh mencuba melalui pengalaman saya)

             اَللهُمَصَلِّعَلًى مُحَمَّدٍ
2.0. ASAS-ASAS KERAGUAN:

2.1. Ada beberapa pendapat (sedikit sahaja) yang mempersoalkan  selawat ini sebagai bidaah, tidak ada hadith, tidak diamalkan oleh para sahabat, tidak ada landasan yang kukuh. Ia hanya karangan Sheikh Ahmad Badawi (SAB) ra. yang wafat pada 675 H terlepas zaman sahabat. HANYA Darood Assharif dan beberapa selawat sahaja yang diajar Nabi  saw yang lain ialah karangan orang tertentu kerana sifatnya atau keyakinaan pada dakwaan tertentu sebagai tanda kasih mereka kepada Nabi saw dan tawasulnya kepada Allah swt.

2.2. Kenyataan yang merujuk sebagai dakwaan Sheikh Ahmad Badawi menemui Rasullulah saw dalam keadaan jaga (Yaqazah) menyebabkan semua pendapatnya ditolak.

2.3. Kekaramahan yang dikaitkan dengan SAB amat luarbiasa (Jadi RAGU) sehingga melebihi sirah Nabi saw (atau nabi-nabi dan para sahabat??) selepas wafat.

2.4. Fadhilat selawat ini dicatat berlebihan sehingga saya RAGU pada siapa mereka meletak tawasul, sama ada kepada Allah swt, Nabi saw atau SAB ra.

2.5.Terdapat pendapat mengatakan bahawa berwasilah kepada SAB memberi keberkahan yang makbul kerana Allah sangat memuliakan walinya.

2.6. Terdapat Web yang menukar teks selawat setelah ditegur kemudian ubah lagi (secara cut&paste) yang RAGU, tanpa tanggungjawab mencatat kesilapan yang lalu. 

2.7. Naskah yang berbeda tentang selawat ini samaada dari buku, bacaaan, mp3, pendapat sesaorang dan naskah dalam web  (yang akan dibincangkan kemudian dalam para 5). Ada yang berbeza antara teks dan makna, ada beza antara Gambar, Teks arab, Teks Latin dan Makna, ada yang mengangkat hingga 5 teks yang berbeda (saya yakin dia juga RAGU tapi malu), perbezaan juga berlaku dari yang berasal dari rantau arab, hindi dan nusantara.

2.8. Walaupun teguran dibuat oleh pelawat web tiada respon walaupun lebih 3 tahun. 

2.9. Ada sebahagian kecil sahaja pemilik teks yang benar benar bertanggung jawab kebanyakan tanpa nama, tanpa rupa dan tidak tahu tujuan penulisan mereka.

              اَللهُمَصَلِّعَلًى مُحَمَّدٍ

3.0. MENOLAK KERAGUAN:

3.1. SAB bukanlah orang sebarangan beliau adalah keturunan nabi yang zuhud yang mempunyai kekaramahan yang tersendiri. Kemungkinan beliau benar dianugerahkan oleh Allah Swt kelebihan tertentu (bukanlah kita untuk mempersoalkannya)

3.2. SAB tidak pernah menulis buku, catatan amalan beliau adalah catatan muridnya sahaja dan cerita mulut kemulut dalam tempoh yang panjang baru direkod dalam kitab lama. Kemungkinan tersalah catat, berlebihan dalam mengkaramahkan beliau berlaku. Dan kita terima seadanya (dan menolak kepada yang terlajak tanpa ada penghinaan atau ujub) Kitab paling lama ditulis oleh muridnya masih disimpan di Masjidnya di Tanta Mesir.

3.3. Selawat adalah pujian, syair atau, doa keatas Nabi saw yang amat kita sayangi, dia dikarang oleh orang tertentu atas rasa penghormatan yang tinggi tanpa berlebihan dan tidak menghilangkan tawasul kepada Alllah swt. (Selawat Badawi Qubro merupakan karangan SAB pun dengan tujuan yang sama bukan sebab faedah tertentu, dan kita memohon kepada Allah swt untuk Nabi saw bukan sebaliknya)

3.4. Kisah kisah pelik yang berlebihan yang di kaitkan dengan SAB boleh diterima seadanya kerana ia hanya disampaikan tanpa pengesahan kreadibiliti kenyataan secara ilmiah. (tak ada orang kisah pun)

3.5. Kebanyakan buku, naskah dari web atau video adalah kenyataan Cut & Paste (jika keterlaluan) tanpa ada kreadibiliti dan di persoalkan. Walaupun ada yang menulis mencatat kononnya dari buku dan kitab muktabar tetapi petikan dari rujukan sekunder yang mungkin tersalah cetak atau tersalah rujuk. (semoga tuhan melindungi dosa saya), begitu juga kitab dari Syeikh, Ulama besar, Kiyai, malah Web yang mempunyai berjuta pelawat (makin Ragu malah pelik) samada dari rantau arab, hindi dan nusantara.

3.6. Ada banyak juga guru yang menjual selawat ini dengan ijazah hingga bernilai beratus ratus ringgit tanpa menceritakan sanad yang jelas malah ada juga yang khilaf. (berhati -hati pada peniaga)

3.7. Saya berkeyakinan SAB tidak melakukan kesilapan dalam mengarang selawat ini (kerana sifatnya dan bersangka Baik) samada dari segi nahu bacaan, niat atau tawasul. Kesilapan mungkin berlaku kepada catatan yang kurang teliti orang kemudian. Atau perbezaan fahaman dari maksud SAB (termasuk saya yang jahil)

3.8. Naskah lama kebanyakan tidak mempunyai baris (saya jumpa beberapa naskah begitu) terpulang kepada cara bacaan (taranum- termasuk kaedah fatah condong atau sebagainya) atau loghat tempatan atau kesilapan orang yang membariskan teks asal. (mungkin mereka benar jika mereka faham baris yang berbeza tidak menukar makna ayat - (Jadi jangan cepat menyalahkan orang lain, saya mengingatkan diri saya)

3.9. Kajian selawat  ini menyeronokkan, ia mengalakkan pembaca yang berminat untuk terus mengkaji selawat ini dan berkongsi kebaikan dengan saya. (dan mungkin boleh dikembangkan kepada teks yang lain)

4.0. TEKS RAGU YANG DIBAIKI;

4.1. Dari Saidina Abu Hassan Asy Syadzily ra dari MIMPInya: Allah taala berselawat 10X kepada  orang yang berselawat kepadaku satu kali bagi mereka yang tidak khusu', Dan itu bersamaan segunung malaikat meminta ampun bagi yang berselawat kepadaku sekali, dan bagi yang berselawat kepadaku sekali dalam keadaan khusu' maka tidak ada yang tahu ganjarannya kecuali Allah Ta'ala. (Al Ustaz)

Tapi diingatkan bahawa kita berselawat untuk menghubungkan hati kita dengan Nabi, Bukan untuk berharap dapat fadhilat atau hadiah tertentu dari Allah Taala. Kerana kita kasih dengan sesorang kita memohon Allah mengurniakan kebaikan kepadanya.


4.2. TEKS





4.3. MAKNA


Makna 1017
(catatan pancalusa.blogspot.com):

` Ya Allah limpahkanlah shalawat dan salam dan segala keberkatan  pada junjungan dan pemimpin kami Nabi Muhammad (SAW), pohon asal Cahaya (nuraniah), Dan cahaya genggaman (kekuasaan Allah) yang pengasih (Rahman),  Dan tanda paling utama kejadian insan. Dan paling mulia gambaran jasmani (Jisim), dan sumber (ma’dan) rahasia ketuhanan (Rabbani), Dan khazanah ilmu ilmu pilihan, pemilik gengaman keaslian, dan keelokan yang luhur, dan kedudukan yang tinggi, (insan) darajat para nabi tergabung dibawah panjinya. Mereka darinya dan akan menuju padanya.


Dan limpahkan sholawat dan salam dan keberkatan padanya serta kepada keluarga dan para sahabatnya, sebanyak jumlah makhluk yang Engkau ciptakan, Engkau berikan rezeki, Engkau matikan dan Engkau hidupkan, sampai hari ketika Engkau bangkitkan mereka yang Engkau hancurkan sebelumnya. Dan Limpahkanlah salam kesejahteraan kepadanya sebanyak-banyaknya Hingga hari kemudian (Qiamat) Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian Alam.`



5.0.  ASAS KERAGUAN TEKS:

5.1. SAJARATI 'ASLINURANIAH: 
Ayat ini adalah asas kebanyakan kelompok menolak keseluruhan selawat. Saya mengambil Hadis Qudsi  "Jika tidak keranamu Muhamad tidak ku Jadikan Alam ini." (Jabir bin Abdullah)*

5.2. WAAF DHANIL HILKATIL INSANIAH: Gugur.
Walau pun sebutan ini dianggap lebih baik dari segi nahu, tapi saya melepaskan dari teks saya,  ini kerana tidak banyak naskah yang menyokong.

53. JISMANIAH: (Jim kasrah)  الجسمانيه
Dari perkataan Jism. Mengikut bahasa arab yang betul.  Bukan dibaca Jasmaniah  (Jim fatah)

(JIS sebanyak 44% dan JAS sebanyak 56%)

5.4.  MA'DANIl: (Dal fatah)  ومعدن
Mengikut wazan af 'al bermakna ism makan, Bukan Ma'din (dal kasrah), bukan juga Ma'dinil, Ba'dinil, wa ba'dinil. Sedikit sangat naskah yang menggunakan ba'dinil atau waba'dinil. Ba'dan tidak kena wazan dan tak ada perkataan arab begitu.

(Danil sebanyak 35% sementara Dinil 65%, Ba'dinil 1%, dan Waba'dinil 1%)

5.5. WARUTBITIL 'ALI WAL 'ALIAH : Gugur 
Saya melepaskan teks ini kerana hanya sedikit pendapat dan tidak banyak teks lain menyokong.

5.6. MANIN: (kasrah pada nun ) من اندرجة
Bagi Man In (Mati pada nun dan kasrah pada alif) Min In (kasrah pada min dan mati pada nun kasrah pada alif) saya melepaskan teks ini kerana tidak ramai menyokong. Ia hanya pada bacaan jika berhenti maka kasrah pada hamzah jika bacaan terus ia menjadi manin. Sepatutnya tak ada pada teks ia hanya pada bacaan.

(Manin sebanyak 92% Man In sebanyak  7% ) Min In sebanyak 1%.

5.7. DARAJATIN: (Fatah pada jim)  من اندرجة
Berdasarkan perkataan daraja, Bukan darajitin (Kasrah pada jim)
(Jatin sebanyak 82% Jitin sebanyak 18%)

5.8. TA DITIADAKAN (BAGI DARAJATIN) Gugur من اندرجة
Jika TA ditiadakan ia lebih tepat dari segi nauhu ayat. Saya melepaskan pendapat ini kerana sedikit teks yang menyokong.

5.9. Ayat Penuh Manin darajati hingga Aliah di tiadakan: Gugur
Saya melepaskan pendapat ini kerana tidak banyak teks yang menyokong.

5.10.. Tub 'asu: (Dhohmah pada TA) 
Tub, Yub atau Tab membawa maksud bangkit, Jika  Tub bermaksud Engkau bangkitkan (Allah) Jika Yub bermaksud Dia bangkitkan (bukan Allah bangkitkan ikut susunan ayat) Jika Tab bermaksud engkau bangkit, tapi engkau bangkit disebut Tab 'Usu dalam bahasa arab.

(Tub'asu sebanyak 25% dan Yub 'Asu sebanyak 14% menakala Tab'asu 61%)

5.11. Illayaumiddin:
Baik kalau ada bagi mengukuh ayat sebelum dan ritma bagi ayat selepas. Tidak salah meninggalkan kerana sebelumnya telah di sebut sebagai hingga hari kemudian. Banyak naskah melepaskan dari teks tetapi dimasukkan semula hari kemudian dalam makna (RAGU agaknya)

(Yang ada 24 % yang tiada 76 % yang masukkan semula dalam makna  12%)

5.12. Naskah edited ini mengurangkan keraguan saya kepada selawat ini kerana ia juga disokong oleh 3% naskah lain dan jika diambil kepada yang meninggalkan ayat yang tidak penting maka ia meningkat kepada 7%

5.13. Keraguan yang jelas timbul kerana banyak teks menggunakan set pasangan seperti JIS/DI 24% JA/TAB 45%, sementara yang menggunakan set penuh Jis/Di/Ji/Tab/tiada illayaumiddin sebanyak 8% ini kemungkinan asas naskah mengikut arab, hindi atau nusantara.

5.14. Peratus yang ditunjukkan merupakan nisbah penulis yang menggunakan perkataan itu bukan bererti betul atau salah cuma menunjukkan perbezaan, bilangan yang banyak berlaku kerana penulis  suka cut &paste dari web orang lain.

5.15. Walaupun ada yang mengatakan tidak ada palagiat dalam hal agama tetapi kalau menyalin dan menyebar yang ragu bukan dapat dosa palagiat tetapi dosa kurang cerdik.

Sebab bila yang kita sebarkan itu khilaf yang nampak tidak cantik itu muka kita orang asal lepas tangan. Kalau sepuluh orang copy & paste naskah yang silap (yang sebenarnya hanya satu sahaja naskah yang silap)  Sedarlah saudaraku kita mencari redho  bukan mencari nama yang glamer.(saya pun tidak terlepas dari keadaan ini.) Seperti meletakkan ayat 7 jalan kepada  mukadimah 7 mahkota?? - (semoga saya dilindungi Alllah dari perkara sebegini.) atau mengatakan setelah disemak naskah anda ianya sangat mantap sebenarnya dia ini menambah RAGU dan subahat.

6.0. HILANGNYA KERAGUAN:

6.1. Semoga kita lebih bertanggungjawab dalam mengamalkan sesuatu dengan rujukan dan guru yang betul malah seorang ulama juga boleh membuat kesilapan atau pendapat berbeza bila dia merujuk sumber kedua.(Janganlah menjadikan pendapat yang berbeza itu sebagai permusuhan, penghinaan dan cemuhan.) Ada kalanya guru yang saya rujuk juga memberikan pandangan yang berbeza mengikut ilmunya. Pendapat guru bahasa arab berbeza dengan ahli nauhu assaraf (lebih parah Guru yang ego dan tidak boleh dipersoalkan, kemudian mencemuh orang yang berbeda - saya tidak akan berguru dengan orang yang sombong), bacaan arab berbeda dengan nusantara, yang baik tidak serupa teks asal SAB.

6.2. Takutlah akan dosa jika mengamal, menyebar akan sesuatu yang ragu. Jadi berharaplah jika tidak mendapat pahala jangan sampai mendapat dosa.

6.3. Jika penjelasan diatas masih menimbulkan RAGU dan ada pandangan dan pendapat yang baik sila berikan ulasan agar saya baiki mana yang lebih jelas. Ilmu saya terbatas dan perlu lagi merujuk ilmuan lain untuk bercanda.

6.4. Inilah satu KERAGUAN dari Selawat Badawi Kubra yang saya harap tidak menjadi Fitnah dan memutuskan silaturahim (selawat ini telah menemukan saya dengan ramai kawan baru dan lama dalam bulan muharam tahun ini, itulah fadhilat yang saya terima -Alhamdulillah)

6.5. Sepatutnya perkara begini dapat diperjelaskan oleh pihak berautoriti kerana ia tersebar luas dan ragu. Ianya hampir tidak mungkin mempunyai kekuatan menyeragamkan bacaan dari berbagai rantau  (tapi apalah faedahnya)

6.6. Saya berdoa lebih banyak GURU menulis hal hal ugama bagi tujuan rujukan. Kerana diluar sana, ramai anak anak sekolah yang mengangkat naskah tertentu, tidak pernah ditapis oleh sesiapa pun, tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Tapi dirujuk, dibaca oleh seluruh dunia. Ada yang baik, Ada yang RAGU. Dan yang banyak merujuk pun anak anak muda yang RAGU kerana mereka malu untuk berguru.


6.0 PENUTUP KERAGUAN:

7.1. Jika saya berada disatu gunung pendapat mengenai satu naskah besar Selawat Badawi ini (tidak juga saya menyalahkan naskah yang saya rujuk)  saya hanya mengkaji satu naskah besar SAB yang saya suka tapi RAGU pada teksnya.

7.2. Jika ini naskah yang boleh diterima baik (tapi tak semestinya serupa dengan yang asal) janganlah jadikan ia naskah yang RAGU.Yang berbeda hanyalah bagi pengguna JAS/DA kemudian JIS/DI atau TAB/Tiada ILLAYAUMIDDIN (sekurang-kurangnya satu ragu)

7.3. Jika saya berada di satu gunung dan anda berada di gunung yang lain janganlah berteriakan sesama kita kerana orang dilapangan tidak tahu apa yang kita lihat. Malah tidak pernah mendaki gunung pun,  kalau pernah pun, mereka melalui jalan yang lain tidak menemui apa yang kita temui. 

7.4. Jika ada yang mahu mendaki sila teruskan perjalanan ini kerana saya tidak dapat melihat betapa tinggi lagi puncaknya. Semakin didaki semakin tinggi, tapi mengasyikkan melihat kebesaran dan ilmu Allah. Jika dipuncak nanti tuan melihat hanya batu yang tandus janganlah menyalahkan saya, bertanyalah terus kepada Allah kerana anda sebenarnya berada lebih tinggi dari saya dibawah ini. Jangan Ragu bila anda telah berada dipuncak.

7.5. Gunalah teks apa sahaja yang penting perbanyakkan selawat keatas Nabi saw dengan penuh khusuk dan keikhlasan agar mendapat baraqah.

7.6. Jika anda bersetuju dengan teks saya ini, dan ini boleh membantu anda menjadi lebih khusu' beribadah saya  IZIN dan IJAZAH kan untuk diamal dan disebarkan tetapi kalau untuk tujuan fitnah lepaskan sahaja (kerana saya hanya insan kerdil yang mencari ridho melalui kajian selawat ini. Munkin baik tapi tidak semestinya sama yang asal karangan SAB. Berdoalah agar saya tidak RAGU lagi.(terima kasih)

7.7. Jangan ada RAGU dalam ibadah. Jika RAGU pada teks carilah guru, berpegang kepada yang satu dan lupakan yang lain.

7.8. Terima kasih saya kepada Ustaz Mokhtar Alhafis, Ustaz Helmi Alhafis, Ustaz Syamsudin dan Ustaz Zul yang memberikan pendapat (juga kadang kadang berbeza) dalam mengukuhkan teks ini. Dan menunjukkan buku-buku untuk saya rujuk. Semoga Tuhan membalas dengan kebaikan yang banyak kepada anda semua.
              اَللهُمَصَلِّعَلًى مُحَمَّدٍ

Wallahualam. 11 Oct 17.


Ralat: 15/10/17

1. Tertinggal Wau fatah pada wa ahyayta,  Maafkan saya atas kesilapan dan kecuaian ini.

2. ( )* hadith Jabir bin Abdullah ini ada dua gunung pendapat mengenai kejadian nur muhamad, Yang menyokong boleh anda rujuk pasalislami.blogspot.my yang dilinkkan juga dengan salafytobat.wordpress.com. Sementara yang menentang dari akhwat.web.id.

3. Saya juga kehilangan edisi kedua dari blog saya yang saya telah baiki 24 selepas versi pertama,  selepas 100 jam ia dimuat naik. Tidak pernah berlaku pada saya keadaan begini sebelum ini dan saya meminta maaf kepada pembaca. Dalam versi ini saya menambah bilangan naskah yang saya kaji.kepada 135. kesannya peratusan keraguan semakin menurun.








Tiada ulasan: