CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsupp Tengku Teh. Dialog ini antara seorang Atuk 👴 (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya 👦 (Ahmad Rejab), dialog ini merungkai isu semasa blog
secara sinis dan rujukan yang lengkap. 5 bulan pertama telah diangkat ke pancalusa.blogspot.com. dan group baru cryptic diwujudkan.
MUHARAM, HINGGA JAMADIL AWAL
👦 MUHARRAM 👴
CRYPTIC 1:
1 MUHARAM, 21 SEPT 2017 9.12pm
👴 Berbahagialah tokoh 1 Muharam hari ini.
Antara jasanya. Dia bersahur dan bersolat subuh. Dia dhuha dan berzikir Basmallah
setiap lepas solat sebanyaknya. berpuasa dan berbuka. Dia Magrib dan bersolat
sunat 2 rakaat. Dia Isya' dan membaca Kahfi.
👦 Ooooh ruginya saya.
👴 Masih lagi ada untuk kamu tahajud malam ini dan pagi esok Yasin dan dan sedekah menunggu kamu di Jumaat pertama Muharam ini. Jangan lupa menyapa.
👴 Masih lagi ada untuk kamu tahajud malam ini dan pagi esok Yasin dan dan sedekah menunggu kamu di Jumaat pertama Muharam ini. Jangan lupa menyapa.
CRYPTIC
2:
2
MUHARAM 22 SEPT 2017 9.14pm
👴 Tahukah kamu siapakah tokoh 2 muharam.
Dia bertahajud dan berzikir. Dia membaca 12 kali Qursi sebelum subuh Jumaat. Dia
menziarah qubur dan berdoa. Dia mandi bercukur dan memotong kuku, bepakai cantik dan wangi.
Dia beriktikaf dan berselawat dengan banyak. Dia mendapat
pahala 10 rakaat solatnya. Membaca muazatain 7 kali sebelum beralih
duduknya Magrib tadi menitis airmatanya
kerana berpisah dengan 2 hari yang baik.
👦 Oooooh ruginya saya.
👴 Kamu masih ada peluang jika qiamulail sepertiga malam dan esoknya
keluarlah dan berniaga dengan Allah
sambil banyakkan zikir Basmallah kerana ini bulanNya.
CRYPTIC
3:
3
MUHARAM 23 SEPT 2017 10.05pm
👴 Tahukah kamu tokoh 3 muharam. Dia berqiamulail, berdoa
meminta ampun dosanya, memelihara dari seksa neraka. Memohon sabar dan menjadi
benar dan taat. Menafkah hartanya
kejalan Allah dan memohon Ampun
(beristifar) diwaktu sahur (sebelum
subuh).
👴 Dia ziarah
saudara yang sakit dan bersolat sunat
mutlak 4 rakaat selepas duha.
Dia mencukupi keperluan keluarganya
dan mengukuh silaturahim. Dia
memegang kepala anak yatim dan bersedekah.
👴 Malam ini dia aman dan gembira kerana
telah berniaga dengan Allah dan terubat sakit dosanya dengan istifar yang banyak.
👦 Ooooh ruginya aku hari ini.
👦 Ooooh ruginya aku hari ini.
👴 (Apola bongap ekau ni, Berbueh den
khabo, indak satupun ko buek. Eko tau ya bona, Tau yo ghughi, nyangpang cito
kek orhang ya baghuieh jo. Ado ko ko buek dikato.
)
👦 SAH saya faham. Atok nak beritahu Atok orang
negerikan??
👴 (Omak kau, memang SAH bongap)
** ayat dalam
kurungan tidak diterjemah takut lari maksud. ps heh heh
CRIPTIC
4:
6
Muharam, 26 sept 17 9.20 pm.
👦 Sudah 3 hari Faqih Muharam tidak
menjengah. Tiga hari juga aku mengingati semula pesanannya. Bukan 3 tapi
berpuluh puluh rupanya. Walaupun bersahaja banyak rahsianya.
👦 Sedikit sedikit aku bertasbih. Bertahmid,
bertakbir, bertahlil dan beristfar. Sesekali merawat diriku dengan Duroot Assyariff.
👦 Dengan
Qabdlah yang zikirkan dapat membantu nuraniku disapa Faqih.
CRYPTIC
5:
Muharam
8, 28 Sept 2017 , 9.45pm
👴 Ada kamu buat solat sunat malam jumaat
tadi?
👦 Ada
tok, puasa senin khamis pun saya buat. Tapi sekerat hari je.
👴 Elok lah tu. Bulan ni
bulan Tuhan. Puasa tu ibadah untuk Dia, engkau niat, bersahur tu pun Dia dah
beri pahala. Masa muda buat sikit sikit dah tua tak larat nanti. Zikir, Tasbih,
Tahlil, istifar itu pun untuk dia.
👴 Pagi subuh nanti kalau baca ayat kursi
jangan lupa guna 9 nafas. Bezakan diri kamu
dengan yahudi dan nasara dengan Tasu'a atau hari sebelas. HR
👦 (Yo la bona topat tu tok. Eden ado gak
donga nabi sughuh dari ustaz, tapi dio
tak sompek buat dah wafat, Hassan tu tok)
👴 Itu apa hal pulak cakap negeri tuh, Atuk
ni IC 01, fanatik JDT tahu. Nampak bengap engkau tu ada sikiiitt lagi.
👦 …………
Cryptic
6:
16
muharam, 6 Oct 2017 10:42 pm
👴 Engkau solat Jumaat tadi.
👦 Solat tok tapi imam dah nak mula khutbah.
👴 Rugilah engkau, Alghazali menulis dalam
ihya', tiap hari jumaat ada malaikat dipintu setiap masjid. Kertasnya perak
tintanya emas. Dia menulis nama orang ke masjid ikut aturan. Masa 1. Antara
terbit matahari seperti qurban unta. Masa 2. Matahari tinggi seperti qurban
sapi. Masa 3, bila bahang matahari memanaskan tempat berpijak. Seperti qurban
kambing. Masa 4. Seperti sedekah ayam. Masa
5 seperti sedekah telur. Masa 4/5 sampai tergelincir matahari itu amat sedikit
faedahnya.
👴 Malaikat itu berhenti mencatat hingga imam
ketempat solat untuk mendengar zikr/khutbah.
👴 Maka bidaah pertama dalam islam adalah
meninggalkan berpagi2 ke masjid. Sedangkan yahudi dan nasara memuliakan setiap
pagi Sabtu dan Ahad seperti kamu berpagipagi kepasar.
👴 Imam Abu Masud bersedih hati hanya kerana
menjadi orang ke4 datang ke masjid pada satu Jumaat.
👦 Bila saya nak untung tok??
👴 Bila bengap engkau tu kurang. Buat jangan
asyek bercakap.
CRYPTIC
7:
22
Muharam 12 oct 2017 9:48 pm
👴 Engkau
tidor siang tadi ?
👦 Tidor tok kejap je, tapi magrib tadi saya
dah khatam wirid muharam, tapi khatam kecik je.
👴 Engkau tahu tak, AlGhazali menulis 3
perkara dikutuk Allah ialah ketawa tanpa ada yang ganjil, makan tanpa lapar dan
tidur siang tanpa berjaga malam.
👦 Selalu
tak sedar tok, subuh pun lewat.
👴Datangilah tempat tidurmu dengan muazatain yang disapu pada badan, kemudian baring dengan ayat qursi, sedang Saidina Ali ra berasa hairan bila seorang mukmin tidur tanpa membaca 2 ayat akhir surah baqarah.
👴Datangilah tempat tidurmu dengan muazatain yang disapu pada badan, kemudian baring dengan ayat qursi, sedang Saidina Ali ra berasa hairan bila seorang mukmin tidur tanpa membaca 2 ayat akhir surah baqarah.
👴 Jika kamu berniat bangun dan tertidur
sampai subuh, maka ditulis apa yang diniatkan dan tidurnya adalah sedekah
kepadanya dari Allah.
👦 Untungnya tuk,
👴 Buat jangat cakap yang banyak buat yang sedikit
dulu.
👦 ……………..
CRYPTIC
8: Muharam
👴 ???????
👦 ……..
SAFAR
Cryptic
9:
6
safar, 26 oct 2017 11:23 pm
👴 Dah
mula zikir safar?
👦 Alah
tok, muharam dulu dapat juga ikut solat. Ni salamun dapat ikut hari je.
👴 Buatlah
ikut mampu jangan paksa.Nak atok ajarkan 7 perkara baik dibuat sepertiga malam.
👦 Ngantuk
la tok.
👴 Jika engkau terjaga
ditengah malam bacalah:
1. Lailahaillallah
wahdahu la sharikalah
2. Lahul mulku
walahul hamdu
3. Wahua 'ala
qulishai in qadir.
4. Alhamdulilah, Wasubhanallah , Wala ila haillallah allahuakbar.
5. Wala khaulawala
quataila billah
6. Allahummaq firlii.
👦 6
aje tok?
👴 6
itu sudah cukup hebat untuk kamu tanpa perlu membuka mata pun. Yang ketujuh itu
adalah yang lebih baik iaitu berdoa dan solat 2 rakaat yang di terima.
👦 .........
CRYPTIC
10:
10
safar 31oct 2017 3:45 am
👴 Camana
zikir kamu?
👦 Alhadulilah tok, ikut solat dah.
👦 Alhadulilah tok, ikut solat dah.
👴 Engkau
cuma perlu 6 jam bulan muharam dan 8 jam bulan safar untuk berzikir. Dari 720
jam setiap bulan. Dan 4 malam tahajud dari 30 malam engkau tidur.
👦 Ingat
tok. Tok ada keluarga kita sakit tok.
👴 Doakan : Allahumasfii, antassafi, la shifaa
a illashifaa uka shifaa an, la yughadhiru saqama. Itu doa tawasul kepada Allah.
👦 Terima kasih tok.
CRYPTIC
11:
13
SAFAR 2 Nov 2017, 9:52 pm
👴 Camana zikir ko?.
👦 Tinggal 10 hari lagi tok.
👴 Wah advance tu. Dulu ko kata lambat. Ko tahu tak orang msia guna tel 168 minit sehari. Sebulan 70 jam lebih. Atok suruh hanya 6-7 jam je sebulan beribadah.
👦 Dah
faham tok. Tima kaseh.
👴 ada riwayat mengatakan setan itu ada
obat.
Jika dituangkan
sa'uth (seperti ubat hidung) nescaya buruklah kelakuannya.
Jika diletakkan la'uq
(benda yg diambil dengan senduk) maka lancarlah lidahnya dengan kejahatan.
Jika dia
menghamburkan dzarur (semacam ubat yang disembur pada mata) maka tidurlah dia
sepanjang malam sampai datangnya subuh.
👦 patutlah
rakan saya selalu sebut senduk kalau ada budak jahat.
👴 yang senduk tu budak yang mengata tu.
👴 yang senduk tu budak yang mengata tu.
Sabdanya lagi,
kalaulah tidak memberi kesukaran kepada
umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu (solat malam) atas mereka (yang
lebih baik baginya dari dunia dan isinya).
👦 yang
pertama tu saheh tok yang kedua tu mursal.
👴 hah camtu baru teror cakap, pastu buat.
👴 hah camtu baru teror cakap, pastu buat.
👦 he...
CRYPTIC
12:
3
NOV 2017 3:51 AM, (A)
👴 Berkata Yusuf bin Mahran. Sampai berita
kepadaku dibawah arasy ada malaikat seperti ayam. Apabila sampai sepertiga
malam ia memukul kepaknya seraya berteriak, "Bangunlah orang yang ingin
bangun."
👴 Selepas separuh malam dia memukul kepaknya seraya berteriak, "bangunlah orang yang hendak bertahajud."
👴 Selepas separuh malam dia memukul kepaknya seraya berteriak, "bangunlah orang yang hendak bertahajud."
👴 Apabila dua pertiga malam ia memukul
kepaknya dan berteriak, "bangunlah orang yang hendak solat."
👴 Apabila terbit fajar ia memukul kepaknya
dan berteriak. "Bangunlah orang yang lalai, atas tanggunganmulah segala
dosamu." (Al Ihya' Ulumiddin
2:292)
👦 * Apakah benar, pekikannya disahut oleh ayam jantan dibumi??
* Apakah benar, orang yang berniat
mendengar suaranya??
* Apakah benar kisah ini??
👴 wallahualam.
👴 wallahualam.
CRYPTIC
13:
20
safar 9 Nov 2017 9:45 PM (12)
👴 Dah
sampai mana zikir ko?.
👦 Dah
khatam Tok.Tapi ngantuklah tok nak habiskan.
👴 Ngantuk-ngantuk,
tidor aje la. Ko tahu tak :
Ibnu Hibban dari ibnu Umar " Apabila
hamba itu tidur dalam suci ( wudhu' ) dan mengingati ( zikir ) ditulis sebagai
orang solat sampai ia bangun dan malaikat masuk dalam selimutnya. Jika ia
bergerak dan berzikir nescaya malaikat berdoa baginya dan meminta ampun kepada
Allah dosanya."
👦 untungnya tok.
👦 untungnya tok.
👴 Dan
lagi " Tidurnya orang berilmu (alim) itu ibadah dan nafasnya itu tasbih,
itu dirawi oleh Abu Naim dari Abu Mas'ud, marfu' rawinya.
Mereka itu diberi
kasyaf terbuka segala sirr dalam tidurnya. Jika ia terbangun dan tidak bersalat
maka hendaklah duduk mengadap kiblat, berzikir atau berdoa atau bertafakur akan
segala nikmat Allah dan Qudratnya, ini sama dengan bangun malam beribadah.
👦 Bagusnya
tok. Camana nak dapat tok?
👴 lakukan 10 adab adab tidur.
👦 cita lagi tok cana
tu??
👴 Ko bacalah sendiri
kitab Alghazali, atok nak tido dulu.....
CRYPTIC 14
22
SAFAR, 11 NOV 2017, 3:48AM (B)
👴 Kamu terbangun, lakukan zikir malam, kerana Alif laam miim itu
tidak dikira satu. Tetapi alif satu, lam satu dan mim itu satu.
Begitulah besarnya rahmat
tuhan pada umatnya pada malam hari.
👦……………
👦……………
CRYPTIC
15
23
SAFAR, 12 NOV 2017, 3:46 am (C)
👴 Seperti Asar 202 minit selepas tengah malam
dimana perubahan bayu laut dan bayu darat, keadaan malam yang tenang, dan
bintang tidak bekedip itulah masa yang baik untuk bersujud, berzikir dan berfikir. Masa bagi Wirid malam
keempat.
👦……..
CRYPTIC
16
28 SAFAR,17 NOV 2017,3:03 AM, (D)
👴 Bacalah 12 kali ayat qursi apabila kamu
terjaga, bersuci dan bersolat. Adakah setaip hari. Mereka bertanya. Tidak,
cukuplah pada setiap hari Jumaat.
👴 Waktu imsak adalah akhirnya malam
berakhirnya 5 zikir malam dan bermulalah 7 zikir siang.
👴 Jika membaca ayat qursi mulalah dengan 9
nafas. Mulakan dengan bismillah dan wailahukum dan ayat selepasnya 2:163, 2:164 kemudian ayat qursi dan 2 ayat selepasnya 2:255, 2: 256, 2:257.
👦 ……..
CRYPTIC
17:
30
SAFAR 19 NOV 2017 11:28 PM (13)
👴 Camana
zikir ko?
👦Allhadullillah
Tok. Berkat tok singgah semangat sikit. Dah masuk 6 hari zikir ke 4. Tapi tok
kenapa tok selalu tanya zikir saja??
👴 Oh..zikir tu istilah
tok aje. Kalau Alghazali dia guna WIRID. Dari Waktu IMSAK hingga magrib dia
sebut 7 wirid siang. Dari Magrib sampai waktu Imsak dia sebut 5 wirid malam.
Wirid tu termasuk
solat fardhu dan sunat, takbir, tahmid, tahlil dan tamjid, membaca quran dan
belajar malah berfikir dan tidur juga dikira wirid. Kerana dapat pahala
membuatnya.
Bagi permulaan ibadah
biarlah kita bercerita tentang zikir yang mudah. Kerana setiap kalimat zikir
yang tertentu itu ada dayanya yang tertentu juga, ia dapat mengubat hati dan
ketenangan serta kekuatan kita beribadah.
👦 Patutlah
muharam tu nak habiskan satu zikir beratnya bukan main. Tak habispun, Tapi safar,
habis zikir dua dan tiga, dah masuk 6 hari zikir 4.
👴 Baguslah
camtu. Tapi jangan paksa diri. Buat yang termampu cuma iklas dan bertawasul,
bilangan itu cuma untuk kelancaran lidah. Masa itu hanya untuk mengingatkan kita
jangan terlalai. Khatam itu hanya satu kepuasan.
👦 terimakasih
atas ingatan. Bulan depan maulud ke tok jangan lupa selawat....
👴 aik
dia pulak ingatkan kita, apalah cucuni.......
RABIUL AWAL
CRYPTIC 18
1
RABIULAWAL, 20 NOV 2017, 5:11 AM, (E)
👴Permulaan
hari itu apabila terbit sinar pagi (waktu imsak) surah at takwir ayat 18. Demi
waktu subuh apabila ia telah terang. Ayat Al Furqan ayat 46. Kemudian kami tarik dia (bayang bayang)
kepada kami sedikit demi sedikit.
Menarik bayang dan membentangkan cahaya
matahari. Maka bertasbihlah.
CRYPTIC 19
3
RABIUL AWAL, 22 NOV 2017, 4:13 AM, (F)
👴Bangun pada waktu malam beribadah dan
tidur semula itu menjadikan tidur itu penyebab terbukanya almukashafah dan
mushadah dari balik hijab yang ghaib,
bagi orang orang yang mempunyai arbabi'l-qulub. Kitab IHYA' 2:301
CRYPTIC
20
4
RABIUL AWAL, 23 NOV 2017, 10:02 PM. (G)
👴Nampaknya
ramai ibu bapak yang anaknya konvo bulannih, meh kita tengok methematik kejap:
Jika kamu buat
simpanan tetap 150 sebulan mulai umur 15 tahun. Kamu akan lihat angka ini pada
umur:
20 tahun 9,000
30 tahun 27,000
40 tahun 45,000
50 tahun 63,000
60 tahun 81,000
70 tahun 99,000
👴 Jika kamu tidak dapat
melihat angka ini, kamu benar benar miskin dan tergolong pada orang yang
berhutang.
👴 Kerana berdasar
nombor inilah Allah akan menuntut bilangan solat yang wajib engkau lakukan
dalam hidup mu (30 hari X 5 waktu = 150)dan 15 tahun itu dikira waktu baligh.
👦 ADUSSSS TOK MACAM RASA PAPA JE...
👴 Mulalah menyimpan Ali Imran
2:185 hingga akhir surah dalam hati, kamu akan menangis mengingatinya.
👦 Mana
cari banyak tu yek???
CRYPTIC
21
5
RABIUL AWAL, 24 NOV 2017, 3:26 AM, (H)
👴Bangun ditengah malam 2 kali dan tidur 2
kali adalah penanggunan yang malam, amalan terberat dan paling utama. Dan ini
adalah pekerti Rasullullah. HR Abu Daud dan Attarmidzi dari Ummu Sallamah
Inilah jalan Ibnu
Umar, para sahabat, Tabiin dan Ulama (termasuk Alghazali dan Abd Kadir).
Rasullullah bangun
melihat langit membaca 5 doa AliImran (mulai Rabbana..3:190 hingga akhir ayat
3:194) masuk bersuci dan bersolat dan tidur semula hingga 2 kali ulang. (Kitab
Ihya' 2:303)
👴 jika sukar bersuci,
bangunlah lalu duduk menghadap kiblat, berzikir dalam sesaat dan berdoa dan
berfikir kemudian tidur semula.
CRYTIC
22,
19
Rabiul Awal. 8 DEC 2017, 12:05PM (14)
👦Sudah
19 hari Faqeh Muharam Tidak menjengah. Maulud sudah ke penghujung. Walaupun rasa
berat sudah 2 hari aku tamat darood assyariff. Aku masih cuba mengingat
selokanya (cryptic 8)

Jika
ko ajak apa yang baik ko buat itu dakwah.
Jika
ko tidak buat tapi ajak orang lain buat itu bingai,
Jika
ko ajak buat apa yang ko tak pasti itu parah.
Jika
ko iklan perbuatan baik itu barakah,
Jika
iklan ko buat panjang itu bengap.
Jika
kau bersyarah guna video itu advance,
Jika
ko ceramah guna tex panjang itu sengap.
Jika
ko search, cik google ajar berbagai teladan,
Jika
ko foward tex yang panjang itu ko lemau sikit.
Jika
ko foward tex yang tak ko amalkan itu dah tahab gaban,
Jika
ko pandai, pandai pandailah jadi pandai.
Jangan
memandai mandai, Pandai pandai koranglah....yergk..
👦 Aku rasa macam nak jadi otoman lak...
CRYPTIC
23:
25
Rabiul awal.14 DEC 2017, 11:43 PM (15)
👦 |
Allahummas'alli
'ala Muhammad...
👴 Senang
hati nampak?
👦 Eh
Atuk, Dah lama tak jengah? Sajalah tuk, baru khatam zikir kena malam jumaat
lak, happy la...
👴 Bagusla
camtu, ada juga tok singgah tapi selalu ko tido.
👦 Kata
sunah tido 2 kali jaga 2 kali, tapi kita lelap terus tok, he...
👴 Ada
niat baik tu pun barakah, tambah zikir kamu ringanlah yang lain. Ko tahu dalam
solat tu pun banyak zikir.
Setahun ko solat
Basmallah je 9,855. Syahadah 3294, Durod Assyarif 3294, Takbir 33945, tasbih
55845 dan lain. Lepas solat istifar 5475, Tamjid 5475, Qursi 5475 tu kalau tiga
kali je.
👦 wah,
campur zikir nak tido, nak makan, nak berjalan kan tok, banyak angka tu...
👴 tu
pun kalau solat ko penuh dan amalkan zikir yang mudah tapi besar nilainya.
👦 he he he..... tak penuh tok....
Rabiul akhir
CRYPTIC
24:
4
Rabiul Akhir. 21 DEC 2017, 10:34 AM (15B)
👴 monyot
je cucu atuk, isyak tadi dah khatam kan perrgh kena malam jumaat tuh..
👦 entahlah
tuk, minggu lepas happy pasal 6 zikir 3 bulan, ni quran 3 bulan tu pun sambung
yang tertinggal dulu.
👴 Tak apalah sikit
sikit asal buat kitakan mutaalim, berkadar lah tuh.
Kalau abid dan para
sahabat sehari semalam wiridnya 12 ribu - 30 ribu, Ada solatnya 300 - 600
rakaat, paling sikit 100 rakaat. Ada sahabat khatam sehari semalam, ada yang
menghabiskan sehari senalam berfikir dan bertafakkur pada satu ayat berulang ulang
kali,
👴 Karaz bin Wabhah bertawaf 70 kali,
berkhatam 2 kali, bersolat sunat 280 kali sehari semalam (IHYA' 2:273)
👦 hmmm....
susah nak masuk syurga ye tuk...
👴 tu
sebab EHSAN sajalah yang kita harap..
CRYPTIC
25:
11
Rabiul Akhir. 28 dec 2017,10:41pm (16)
👴 Berubah zikir tak apa, sifat manusia itu
jemu, setiap zikir ada kekuatan dan ubat diri.
👦 Camana
orang dulu ngaji tok.?
👴 Zaman
Alhajaj Quran dibagi 30 juzu' dan tiap juz 8 titik merah, walaupun banyak abid
tidak suka tapi ia memudahkan al hafiz. Secara tilawah satu titik 8 minit, Yasin itu 18 minit lebih sikit 2 titik. Boleh Khatam 32 jam.
👦 Camana nak cepat khatam tok.
👦 Camana nak cepat khatam tok.
👴 Jika 2 Titik pada 4
waktu zikir atau tilawah satu jam 8 titik ko khatam sebulan.
Kalau ko baca hufaz 4
minit satu titik ko khatam 16 jam, 2 jam
pada 8 waktu zikir sehari semalam.
Tapi abid suka khatam
seminggu atau 10 hari mula jumaat habis khamis atau isnin berikutnya.
Eloknya baca tertib sebulan,
kalau ko amal tiap malam ko jumpa macam macam. Terutama kahfi.
👦 kita
pun pernah rasa masa baca Al mulk tok.
👴 Ye, hujung surah Imran (185-195) banyak imam nangis, Waqiah (41-56,) pun camtu. Itu bagi orang yang dilembutkan hatinya.
👴 Ye, hujung surah Imran (185-195) banyak imam nangis, Waqiah (41-56,) pun camtu. Itu bagi orang yang dilembutkan hatinya.
👦 ......
CRYPTIC
26:
21
RABIUL AKHIR. 8 JAN 2017 , 10:34 pm (17)
👴 Rabiul Akhir dah nak hujung,
👦 Alhamdulillah Tok, dah nak habis tahap nam zikir bulan ni, esok lusa masuklah tahap akhir.
👴 Bagustu,
cuma jangan terlalu mengejar waktu, dalam zikir haq quran hendaklah
dijaga. Aishah mencela orang begitu.
👦 Sikit
sikit saya baiki tok.
👴 Ko kena baiki sebutan lidah, ko tahu wajibul qhunnah, itu hendaklah disebut dengan suara paling merdu, itu cantiknya Qalam. Ada tanda palang dibaca panjang, walaupun pada Alif Laam Miim atau Ya Sin. Walupun pada doa dan zikir pendek.
👴 Ko kena baiki sebutan lidah, ko tahu wajibul qhunnah, itu hendaklah disebut dengan suara paling merdu, itu cantiknya Qalam. Ada tanda palang dibaca panjang, walaupun pada Alif Laam Miim atau Ya Sin. Walupun pada doa dan zikir pendek.
👦 Tang
tu lalai sikit tok. He he..
👴 Begitu
juga nafas, kalau berhenti ulang, kalau sambung hidupkan. Atuk lihat ko langgar
semacam je.
👦 Ni
baru nak belajar nafaslah tok. Tapi tok jarang jengah mengingatkan kita, bila
nak pandai.
👴 Yang
sikit tu la buat dulu, selalu ingat kita bukan abid, sujud minta ampun
kesalahan begitu.
👦 Sayang Atuk....
CRYPTIC
27:
30
RABIUL AKHIR. 17 JAN 2018, 10:30pm (18)
👴 Alhamdulillah
, ko pun dah khatam elok bulan ni. Apa yang ko dapat 4 bulan ni.
👦 ni
kira pereksa ke tok. Hehe. Tapi saya nak tanya sapa yang paling dikasihi Tuhan
tok?
👴 Ikut
kata Ghazali, tuhan mengasihi dan menurunkan rahmatnya kepada 4 orang. Pertama
orang yang bertanya (pelajar) Orang yang menjawab soalanya (guru) Orang yang
mendengar (murid yang lain) ke empat orang yang suka kepada mereka.
👦 Hah
tu la yang saya dapat. Kira saya masuk sekolah semula la ni. Pertama saya
tetapkan sejam sehari dari magrib sampai isyak belajar. Pas tu setengah jam tengah malam atau subuh saya
kira buat homework sikit. Baiki bacaan, susun nafas dan tertib.
👴 Itulah bagusnya kalau
ko berguru. Guru itu mengajar adab. Adab Quran, Adab Solat dan adab hidup
berkeluarga.
👦 Adab masyarakat tok.
👴 Itu luas sangat.
JAMADIL AWAL
CRYPTIC
28:
7 Jamadil awal. 24 JAN 2017, 10:47PM (19)
👴Bangga
tok kau tekun belajar, dah seminggu bulan 5 ni zikir jangan kurang.
👦 Ok
tok maintain he he..
👴 Belajar
tu ada adab, mutakalim dan alim mengejar, abid dan zahib lari.
👦 Tak
faham tok.
👴 Abid
dan Zahib itu lari dari dunia, tidak
sibuk dengan manusia, dielak diri dikenal ramai. Mutakalim dan alim mengejar
ilmu.
👦 camtu.
👴 Tengok
budak U lepas dengar syarah, terus ke lab mengkaji, masuk pustaka rujuk kitab,
bincang dan tanya lagi dalam tutorial. Tak sibuk dia kepasar bercerita atau
mengajar. Jika kau jumpa 100 syarah yang baik, kau cam semut pada kertas, jika
diberi akal dia iktikad tulisan itu perbuatan mata pena, dia tidak melihat jari
yang mengerakkan pena, atau tangan atau penulis, atau yang menjadikan penulis
itu berkemampuan. Sabarlah dan kaji nanti 100 syarah itupun kau lupakan.
👦 sabar
ye tok.
👴 ye la sabar, tidak cela ilmu pada ilmu
tapi cela pada hak manusia. Professor tidak ajar budak sekolah ilmu bedah,
kuliah dia ada ushul dan rufu', ada tahap bertingkat. Itulah adab.
👦 faham
tok, seperti bermacam kueh yang sedap itu mudarat pada bayi yang masih menyusu
ye tok.
👴 Wah......falsafah
tu heh heh...
CRYPTIC
29 Viral hokum menjurus pada ilmu.
30
Jan 2018
👴 Tok dah tegur dah jangan foward benda
yang ko tak pasti. Manalah ko dapat ni agaknya. Mai Tok terangkan kesilapan
untuk semua tahu.
Contoh: cuba ko lihat sama tak 5 sunat
muakad macam dalam teks engkau.
1. Sunat rawatib 10
rakaat. 2 sebelum subuh, 2 sebelum zuhur,
2 selepas zuhur, 2 lepas magrib, 2 lepas isyak. HR Bukhari dan Muslim.
2. Dhuha 2 rakaat, HR
Bukhari Muslim
3. Witir 1 rakaat, HR
Abu Daud & Tarmizi.
4. Tahajud 2 rakaat,
Isra':79
5. Taubat 2 rakaat.
HR Tarmizi.
👴Tentang
awabin:
1. Bermakna orang yang bertaubat.
2. Ulama berbeza
pendapat. Ada yang mengatakan solat dhuha,
ada yang mengatakan fajar, ada taubat. Syafiee
mengatakan 6 atau 12 rakaat antara magrib dan isyak. Selepas fardhu dan sunat
magrib.
3. Terdapat hadith
gharib riwayat Tharmizi,
👴 Dulu KAMU fowardkan 7 mahkota dengan ayat
quran yang sangat menyimpang dari maksudnya walaupun dikarang oleh ustaz yang mencari
glamer. Sekarang 5 angka dalam islam. catik pulak tu ambik 7 bulan 7 tahun 17, ayat 17 mukminun 7 jalan. Hati hati.
Apakah tujuan orang
mengarang ANGKA ANGKA BEGINI?
Apakah tujuan dia
minta di sharekan pun kita tak tahu?
Siapa yang asal mengarang pun kita tak kenal.
👴 Maafkan tok jika terpaksa menegur lagi walaupun dalam
kalimah yang panjang.
Tok takut tersilap
faham anak buah walaupun orang guna ayat quran.
CRYPTIC
30. Viral Sifat Allah menyentuh akidah
Feb 2 2018
👴 Tok dah baca viral
ko, Sangat baik penjelasan bagi bagi mengambarkan interaksi tuhan ketika engkau
melakukan solat. Tapi belum lagi pernah tok terbaca hadith seperti ini.
(mungkin ada Wallahualam)
👴 Apa yang tok risaukan
ialah gambaran itu menjadikan orang yang lemah ilmunya menganggap tuhan itu
bersifat saperti sifat manusia. Ia sangat bahaya kepada akidah. Pendakwah baru
terutama dari Negara luar banyak mengambil mudah perkara begini dan bertentang
dengan kebiasaan kita di Malaysia. Seperti lagu lirik lagu yang menyebut ana
Haq, Aku yang Ujud, Hancur aku, Sang Rasul. Perkara ini akan mengelirukan anak
anak sekolah. Ilmu itu tidak cela. Tetapi cela ilmu pada manusia. Kueh mueh
yang enak jadi mudharat pada bayi yang baru menyusu.
👴 Berhati hati vairal sesuatu yang melibatkan soal akidah.
Cryptic
31. Viral Hadith menjurus dosa.
Feb 8 2018
👴 Ni tok nak tegur lagi
kisah Nabi saw yang ko fowardkan manalah agaknya ko dapat. Ko tahu tak hadis ini PALSU. Bila ada orang forward hadis tengok catatan perawinya dan sanadnya. Mari
tok jelaskan sikit ilmu hadis.
👴 Contoh hadith yang ko
fowardkan cerita UKASYAH ingin mengqisas
nabi itu PALSU kerana tidak disebut perawi dan sanadnya. Bila dirujuk tok dapat
lihat mereka yang menolak ialah:
1. Ibnu Al Jauzi (Al mudhu’at jilid 1 Hal 301) mengatakan hadis ini palsu yang mustahil. Moga Allah membalas kepada sesiapa sesiapa yang mereka rekanya (moga Allah) memburukkan orang yang merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw tidak layak bagi sahabat, yang di tuduh (mendustakan hadith ini adalah Abdul Muin bin Idris.
2. Kata Al Sayuti (Al Laili al Masnuah jilid 1 hal 257) Hadith ini palsu dan penyakitnya (pereka hadith ini) ialah Abdul Mu’in bin Idris.
3. Kata Al Hatimi (Majnu’ Al Zawalid jilid 8 hal 323 Hadith ini riwayat Al Thabarani Dan padanya terdapat Abdul Muin bin Idris beliau pendusta dan pereka hadis.
1. Ibnu Al Jauzi (Al mudhu’at jilid 1 Hal 301) mengatakan hadis ini palsu yang mustahil. Moga Allah membalas kepada sesiapa sesiapa yang mereka rekanya (moga Allah) memburukkan orang yang merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw tidak layak bagi sahabat, yang di tuduh (mendustakan hadith ini adalah Abdul Muin bin Idris.
2. Kata Al Sayuti (Al Laili al Masnuah jilid 1 hal 257) Hadith ini palsu dan penyakitnya (pereka hadith ini) ialah Abdul Mu’in bin Idris.
3. Kata Al Hatimi (Majnu’ Al Zawalid jilid 8 hal 323 Hadith ini riwayat Al Thabarani Dan padanya terdapat Abdul Muin bin Idris beliau pendusta dan pereka hadis.
Petikan
dari Rozaimiramle.blogspot.com 2014
Tulisan
ini berlegar pada tahun 2014 dan banyak skolar yang telah menjelaskan dalam web
mereka tentang perkara begini. Kemudian timbul semula tahun 2018 dengan tidak
tercatat nama pengarangnya. Dari bentuk bahasa ianya dari bahasa Negara jiran
yang terpakai seluruh dunia. Mungkin juga bukan orang islam yang mereka dan/atau
meminta kita menyebarkan perkara begini terutama dikalangan anak muda yang
kurang faham. Awaslah kalau nak berdakwah jangan sampai dapat dosa kering.
Kisah SAHIH bukanlah ukasyah tetapi Usaid bin
Hudhair, Berkata kepada kami Amru bin
Aun mengabarkan kami Khalid dari Husain dari Abd Rahman dari Usaid bin Hudhair,
dia seorang lelaki dari kaum ansar.
Ketika dia sedang berbicara dengan
kaumnya dan didalamnya ada gurauan yang membuat mereka ketawa maka nabi menusuk pinggangnya dengan sebatang
kayu. Maka dia (Usaid) berkata berilah saya kesempatan untuk Qishash (membalas
setimpal) ……bermulalah kisah usaid menyentuh kulit Rasullullah saw,
dan dicatat oleh .
1. Imam abu daud, Sunan abi Daud Kitabul Adab bab Fi Qublatil Jasad No 5224.
2. Imam Ath thabrani Al Mu’jam Al Kabir no 556
3. Imam Al Baihaqi Syuabul Iman, Bab Maa Jaafil
Qublatil Jasad no 13586
4. Imam Al Baghawi Sharhus Sunnah Bab Al Qishash
fil Athraf no 10/169
5. Imam Al Hakim Mustadrak Allash Shahihain no
3/288
Jelas
rawi dan hujahnya. Dikuatkan lagi dengan kajian sanadnya:
1. Amru Aun adalah seorang Alhafidz dan Imam. Para ulama mengambil hadis darinya seperti Bukhari, Abu Daud, Abu Zur’ah, Abu Hatim, dll, Para Ulama menggelarnya Tsiqah seperti Abu Hatim, Abu Zur’ah. Al ‘Ijli (Siyar A’lamin Nubula 8/377)
2. Khalid bin Abdulllah Al Wasithiy beliau adalah Tsiqah. Bagaimana dikatakan Abu Zur’ah, Abu Hatim, Abu Daud, Ath Tharmidzi, An Nasa’i. Ibnu Saad dll. Tahzibut Tahzib 3/100.
3. Husain bin Abdul Rahman Assalamiy, berselisih imam tentangnya, Imam Ahmad mengatakan seorang Tsiqah dan amanah. Al Ijli mengatakan Tsiqah dan kokoh, Abu Hatim bertanya Abu Zur’ah “dia Tsiqah” Apakah dia Hujjah? Abu Zur’ah menjawab “Ya demi Allah”, An Nasa’i mengatakan hafalannya berubah, Abu Hatim mengatakan Tsiqah tetapi hafalannya buruk diakhir hayatnya. Yazid bin Harun mengatakan yakhtalith (kepalanya kacau) Ali mengatakan Lan yakhtalith (tidak kacau. Mizanul I’tdal 1/552.
4. Abd Rahman bin Abi Laila. Beliau Tsiqah dan dipakai oleh penyusun 6 kitab Hadith, seperti kata Sheikh abd Mukhsin Al Abbad Al Badr dalam Syarh Imam Abu Daud.
5. Usaid bin Hudhair seorang sahabat senior nabi saw ikut Baiah Aqabah, Ikut Perang Badr, dan semua sahabat nabi adalah Tsiqah dan Adil, mengikut sunnah wal Jamaah.
👴 Kesimpulan:
Semua perawi hadith tsiqah dan tsanadnya terputus Inqiha’ ia itu pada Abd Rahman
bin AbiLaila dari Usaid bin Hudhair.
1. Alhafid ibnu Haqa mengatakan Abd Rahman bin Abila’ila tidak pernah mendengar hadith dari Usaid bin Hudair. Tahzib Al Tahzib 6/260
2. Imam Abu Abdillah Shiauddin al Maqdisi memasukkan hadith ini dalam kategori Isnadhu Munqathi – sanad terputus. Belaiu tidak tahu adakah benar Abd Rahman bin Abi La’ila mendengar hadith ini dari Usaid bin Hudhair. Ataukah tidak. Alhadith al muktarad no 1471. Kita tahu sanad inqita’ adalah dhaif.
3. Hadith ini mempunyai SHAHID (penguat) Riwayat imam al Hakim dengan sanad…. Dari Abd Rahman dari Ayahnya dari Usaid bin Hudhair, dan imam Al Hakim mengatakan Sahih. (dalam at thalkhish) Imam Adz Dzahabi menyepakati kesahihan imam AlHatim (mustadrak 3/327)
1. Alhafid ibnu Haqa mengatakan Abd Rahman bin Abila’ila tidak pernah mendengar hadith dari Usaid bin Hudair. Tahzib Al Tahzib 6/260
2. Imam Abu Abdillah Shiauddin al Maqdisi memasukkan hadith ini dalam kategori Isnadhu Munqathi – sanad terputus. Belaiu tidak tahu adakah benar Abd Rahman bin Abi La’ila mendengar hadith ini dari Usaid bin Hudhair. Ataukah tidak. Alhadith al muktarad no 1471. Kita tahu sanad inqita’ adalah dhaif.
3. Hadith ini mempunyai SHAHID (penguat) Riwayat imam al Hakim dengan sanad…. Dari Abd Rahman dari Ayahnya dari Usaid bin Hudhair, dan imam Al Hakim mengatakan Sahih. (dalam at thalkhish) Imam Adz Dzahabi menyepakati kesahihan imam AlHatim (mustadrak 3/327)
Riwayat
ini menunjukkan hadith Mansul (bersambung sanadnya)
4. Para Muhadiths menilai bahawa hadith ini sahih semusal, syaikh Syuaib Al Arnauth menyatakan sanadnya sahih sesuai syarat Shakhair Al Bukhari dan Muslim. Ta’liq Musnad Ahmad 17/329 haadith no 11229
5. Juga Sheikh Al Bani MIshkah no 4675
6. Sahih wa Dhaif sanad Abu Daud no 2554.
4. Para Muhadiths menilai bahawa hadith ini sahih semusal, syaikh Syuaib Al Arnauth menyatakan sanadnya sahih sesuai syarat Shakhair Al Bukhari dan Muslim. Ta’liq Musnad Ahmad 17/329 haadith no 11229
5. Juga Sheikh Al Bani MIshkah no 4675
6. Sahih wa Dhaif sanad Abu Daud no 2554.
Petikan dari anamuslim.org.>kisah-yang-shahih /Jan
2016
Begitulah telitinya
para muhadiths menyusun dan menjaga kesucian hadith. Jadi janganlah kita
dirosakkan oleh oang tidak bernama dialam maya yang minta kita fowardkan
apa-apa hadith kecuali setelah kita rujuk yang berilmu. Kerana Dari Al mughirah ra dia berkata aku
mendengar Rasulllullah saw bersabda: Sesungguhnya
berdusta atasku tidak berdusta seperti orang lain, barangsiapa yang berdusta
atasku dengan sengaja hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka. HR
Bukhari no 1229.
CRYPTIC 32
CRYPTIC 32
👴 Jika kamu membaca
kitab kitab yang menyatakan hadith Rasullullah saw, atau dari apa sahaja media
cetakan dan eletronik atau ceramah pastikan dia ada menyatakan perawi, sanad
dan rujukan yang betul. Kerana terdapat berbagai jenis hadis yang diperkatakan
terutama di alam maya:
1. Hadis mutawatir: Hadith perkataan, perbuatan atau taqrir Nabi saw.
2. Hadith Mashur atau mustafidh: Dirawi oleh 3 orang atau lebih Kemudian bersambung pada 3 orang atau lebih, sekurang-kurangnya 3 sanad.
3. Hadis sahih: Sanad berhubung oleh orang adil dan Dabid (kuat ingatan) sejahtera dari keganjilan, sejahtera dari ‘illat.
4. Hadis Hasan (baik) Isnad Hassan (bersambung baik)
5. Hadis Hasan Sahih: Sahih dan baik
6. Hadis Dhaif: Syarat sahih tetapi tiada syarat hasan kerana keraguan pada perawi. Inqita’ terputus sanadnya, Mudha’af lemah matan dan sanadnya.
7. Hadith marfu’: Disandar kepada nabi.
8. Hadith Mauquf: Kata sahabat dan berhenti pada sahabat.
9. Hadith Mursal: kata tabiin sudah tentu lansung dari nabi tanpa perantara sahabat.
10. Hadith mutfasil: berhubung sanad dan perawi mendengar lansung.
11. Hadith Mahfudz: terpelihara, perawi dipercayai.
12. Hadis Jayyid: Baik dan sahih
13. Hadith mujawad dan thabit: sahih dan hasan.
14. Hadis maudhu: Palsu atau diaadakan, perkataan sesaorang dikatakan haadis. Sanad Maudhu’.
15. Hadis Hassan Tapi Gharib.
16. Hadis Gharib dan munkar. Hadis munkar, Hadis mungkar Jiddan, Hadis batil, Hadis Bohong, Hadis disangsi.
17. Bagi Al Iraqi beliau mencatat pada banyak hadith sebagai perawi tidak dikenal, tidak terjumpa hadis tersebut, atau hadis tidak punya asal.
Petikan antar.com.my 2016, Muhdhazrie.wordpress.com 2012 yang lebih terperinci hi.netlog.com atau
rujuk kepada institute hadis Negara. (maaf kalau ada typo)
Berhati
hatihati cucucucuku pada alam maya. Terutama bagi penulis yang tidak diketahui
asas usulnya. Tanya dulu incik google siapa orang itu. Atuk hanya orang biasa yang
mengumpul rujukan sendiri untuk anak anak kemudian.
CRYPTIC 33: 29
Jamadil Awal.
13 feb 2018.
👴 Kalau bermusafir jangan jadi pelancong
jadilah pengembara, kalau belajar janganlah jadi penghafal jadilah pemikir dan pengkaji.
👦 Alhamdulillah tok, setiap perkara baru yang
saya jumpa akan saya kaji dan rujuk sampai puas, rasa seronok pulak bertanya
sana sini mencari ilmu.
👴 Tanda orang berakal ialah mengingati Allah
sambil berdiri duduk dan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan
bumi seraya berkata(berdoa) Ya Tuhan kami tiadalah Engkau ciptakan ini dengan
sia-sia , Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran
3:190-191) …. Sambung lagi 4 ayat, ini adalah 5 doa Nabi setiap kali melihat
ufuk sebelum solat malam.
👦 Tok ada orang sibuk dengan hadith palsu
tok…….
CRYPTIC ini terhenti
bagi Group Tengku Teh disambung pada group CRYPTIC tujuan memberikan ruang
orangramai yang ingin membacanya. Dan cryptic yang lepas boleh di dapati di pancalusa.blogspot.com