Khamis, 15 Februari 2018

CRYPTIC FAKEH MUHARAM












                                         
CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsupp Tengku Teh.  Dialog ini antara seorang Atuk  👴   (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya   👦 (Ahmad Rejab), dialog ini merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. 5 bulan pertama telah diangkat ke pancalusa.blogspot.com. dan group baru cryptic diwujudkan.

MUHARAM, HINGGA JAMADIL AWAL

                               👦   MUHARRAM   👴

CRYPTIC 1:
1 MUHARAM, 21 SEPT 2017 9.12pm

  👴  Berbahagialah tokoh 1 Muharam hari ini. Antara jasanya.  Dia bersahur dan bersolat subuh. Dia dhuha dan berzikir Basmallah setiap lepas solat sebanyaknya.  berpuasa dan berbuka. Dia Magrib dan bersolat sunat 2 rakaat. Dia Isya' dan membaca Kahfi.

   👦   Ooooh ruginya saya. 
  👴   Masih lagi ada untuk kamu tahajud malam ini dan pagi esok Yasin dan dan sedekah menunggu kamu di Jumaat pertama Muharam ini. Jangan lupa menyapa.

CRYPTIC 2:
2 MUHARAM 22 SEPT 2017 9.14pm

 👴 Tahukah kamu siapakah tokoh 2 muharam. Dia bertahajud dan berzikir. Dia membaca 12 kali Qursi sebelum subuh Jumaat. Dia menziarah qubur dan berdoa. Dia mandi bercukur dan memotong kuku, bepakai cantik dan wangi. Dia beriktikaf dan berselawat dengan banyak. Dia mendapat pahala 10 rakaat solatnya. Membaca muazatain 7 kali sebelum beralih duduknya Magrib tadi menitis airmatanya kerana berpisah dengan 2 hari yang baik.
👦   Oooooh ruginya saya. 
👴 Kamu masih ada peluang jika qiamulail sepertiga malam dan esoknya keluarlah dan berniaga dengan Allah sambil banyakkan zikir Basmallah kerana ini bulanNya.

  
CRYPTIC 3:
3 MUHARAM 23 SEPT 2017 10.05pm

👴  Tahukah kamu tokoh 3 muharam. Dia berqiamulail,  berdoa meminta ampun dosanya, memelihara dari seksa neraka. Memohon sabar dan menjadi benar dan taat. Menafkah hartanya kejalan Allah dan memohon Ampun (beristifar) diwaktu sahur  (sebelum subuh).
👴        Dia ziarah saudara yang sakit dan bersolat sunat mutlak 4 rakaat selepas duha. Dia mencukupi keperluan keluarganya dan mengukuh silaturahim. Dia memegang kepala anak yatim dan bersedekah.
👴 Malam ini dia aman dan gembira kerana telah berniaga dengan Allah dan terubat sakit dosanya dengan istifar yang banyak.
 👦   Ooooh ruginya aku hari ini.
👴  (Apola bongap ekau ni, Berbueh den khabo, indak satupun ko buek. Eko tau ya bona, Tau yo ghughi, nyangpang cito kek orhang ya baghuieh jo. Ado ko ko buek   dikato. )
👦   SAH saya faham. Atok nak beritahu Atok orang negerikan??
 👴   (Omak kau, memang SAH bongap)

** ayat dalam kurungan tidak diterjemah takut lari maksud. ps heh heh

CRIPTIC 4:
6 Muharam, 26 sept 17 9.20 pm.

    👦   Sudah 3 hari Faqih Muharam tidak menjengah. Tiga hari juga aku mengingati semula pesanannya. Bukan 3 tapi berpuluh puluh rupanya. Walaupun bersahaja banyak rahsianya.
   👦  Sedikit sedikit aku bertasbih. Bertahmid, bertakbir, bertahlil dan beristfar. Sesekali merawat diriku dengan Duroot Assyariff.
    👦   Dengan  Qabdlah yang zikirkan dapat membantu nuraniku disapa Faqih.

CRYPTIC 5:
Muharam 8, 28 Sept 2017 , 9.45pm


 👴          Ada kamu buat solat sunat malam jumaat tadi?
 👦   Ada tok, puasa senin khamis pun saya buat. Tapi sekerat hari je.
  👴  Elok lah tu. Bulan ni bulan Tuhan. Puasa tu ibadah untuk Dia, engkau niat, bersahur tu pun Dia dah beri pahala. Masa muda buat sikit sikit dah tua tak larat nanti. Zikir, Tasbih, Tahlil, istifar itu pun untuk dia.
 👴   Pagi subuh nanti kalau baca ayat kursi jangan lupa guna 9 nafas. Bezakan diri kamu dengan yahudi dan nasara dengan Tasu'a atau hari sebelas. HR

 👦  (Yo la bona topat tu tok. Eden ado gak donga nabi sughuh dari ustaz,  tapi dio tak sompek buat dah wafat, Hassan tu tok)
 👴  Itu apa hal pulak cakap negeri tuh, Atuk ni IC 01, fanatik JDT tahu. Nampak bengap engkau tu ada sikiiitt lagi.
 👦    …………


Cryptic 6:
16 muharam, 6 Oct 2017 10:42 pm

 👴        Engkau solat Jumaat tadi.
 👦  Solat tok tapi imam dah nak mula khutbah.
 👴  Rugilah engkau, Alghazali menulis dalam ihya', tiap hari jumaat ada malaikat dipintu setiap masjid. Kertasnya perak tintanya emas. Dia menulis nama orang ke masjid ikut aturan. Masa 1. Antara terbit matahari seperti qurban unta. Masa 2. Matahari tinggi seperti qurban sapi. Masa 3, bila bahang matahari memanaskan tempat berpijak. Seperti qurban kambing. Masa 4.  Seperti sedekah ayam. Masa 5 seperti sedekah telur. Masa 4/5 sampai tergelincir matahari itu amat sedikit faedahnya.
👴 Malaikat itu berhenti mencatat hingga imam ketempat solat untuk mendengar zikr/khutbah.
👴 Maka bidaah pertama dalam islam adalah meninggalkan berpagi2 ke masjid. Sedangkan yahudi dan nasara memuliakan setiap pagi Sabtu dan Ahad seperti kamu berpagipagi kepasar.
👴  Imam Abu Masud bersedih hati hanya kerana menjadi orang ke4 datang ke masjid pada satu Jumaat.
👦   Bila saya nak untung tok??
👴  Bila bengap engkau tu kurang. Buat jangan asyek bercakap.



CRYPTIC 7:
22 Muharam  12 oct 2017 9:48 pm

 👴    Engkau tidor siang tadi ?
 👦  Tidor tok kejap je, tapi magrib tadi saya dah khatam wirid muharam, tapi khatam kecik je.
 👴  Engkau tahu tak, AlGhazali menulis 3 perkara dikutuk Allah ialah ketawa tanpa ada yang ganjil, makan tanpa lapar dan tidur siang tanpa berjaga malam.

👦                Selalu tak sedar tok, subuh pun lewat. 
👴Datangilah tempat tidurmu dengan muazatain yang disapu pada badan, kemudian baring dengan ayat qursi, sedang Saidina Ali ra berasa hairan bila seorang mukmin tidur tanpa membaca 2 ayat akhir surah baqarah.
👴  Jika kamu berniat bangun dan tertidur sampai subuh, maka ditulis apa yang diniatkan dan tidurnya adalah sedekah kepadanya dari Allah.
👦    Untungnya tuk,
👴   Buat jangat cakap yang banyak buat yang sedikit dulu.
 👦 ……………..


CRYPTIC 8:  Muharam 
 👴    ???????
 👦     ……..
SAFAR

Cryptic 9:
6 safar, 26 oct 2017 11:23 pm


👴  Dah mula zikir safar?
👦  Alah tok, muharam dulu dapat juga ikut solat. Ni salamun dapat ikut hari je.
       👴  Buatlah ikut mampu jangan paksa.Nak atok ajarkan 7 perkara baik dibuat sepertiga malam.
👦   Ngantuk la tok.
👴  Jika engkau terjaga ditengah malam bacalah:
1. Lailahaillallah wahdahu la sharikalah
2. Lahul mulku walahul hamdu
3. Wahua 'ala qulishai in qadir.
4. Alhamdulilah, Wasubhanallah , Wala ila haillallah allahuakbar.
5. Wala khaulawala quataila billah
6. Allahummaq firlii.
👦  6 aje tok?
👴 6 itu sudah cukup hebat untuk kamu tanpa perlu membuka mata pun. Yang ketujuh itu adalah yang lebih baik iaitu berdoa dan solat 2 rakaat yang di terima.
 👦    .........

CRYPTIC 10:
10 safar 31oct 2017 3:45 am

             👴   Camana zikir kamu?   
  👦   Alhadulilah tok, ikut solat dah.
 👴  Engkau cuma perlu 6 jam bulan muharam dan 8 jam bulan safar untuk berzikir. Dari 720 jam setiap bulan. Dan 4 malam tahajud dari 30 malam engkau tidur.
 👦  Ingat tok. Tok ada keluarga kita sakit tok.
👴  Doakan : Allahumasfii, antassafi, la shifaa a illashifaa uka shifaa an, la yughadhiru saqama. Itu doa tawasul kepada Allah.
👦  Terima kasih tok.


CRYPTIC 11:
13 SAFAR 2 Nov 2017, 9:52 pm


👴   Camana zikir ko?.
 👦  Tinggal 10 hari lagi tok.   
👴  Wah advance tu. Dulu ko kata lambat. Ko tahu tak orang msia guna tel 168 minit sehari. Sebulan 70 jam lebih. Atok suruh hanya 6-7 jam je sebulan beribadah.
 👦   Dah faham tok. Tima kaseh.
 👴 ada riwayat mengatakan setan itu ada obat.
Jika dituangkan sa'uth (seperti ubat hidung) nescaya buruklah kelakuannya.
Jika diletakkan la'uq (benda yg diambil dengan senduk) maka lancarlah lidahnya dengan kejahatan. 
Jika dia menghamburkan dzarur (semacam ubat yang disembur pada mata) maka tidurlah dia sepanjang malam sampai datangnya subuh.
👦    patutlah rakan saya selalu sebut senduk kalau ada budak jahat. 
👴   yang senduk tu budak yang mengata tu.
Sabdanya lagi, kalaulah  tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu (solat malam) atas mereka (yang lebih baik baginya dari dunia dan isinya).
 👦    yang pertama tu saheh tok yang kedua tu mursal.   
👴   hah camtu baru teror cakap, pastu buat.
 👦   he...

CRYPTIC 12:
3 NOV 2017 3:51 AM, (A)

  👴 Berkata Yusuf bin Mahran. Sampai berita kepadaku dibawah arasy ada malaikat seperti ayam. Apabila sampai sepertiga malam ia memukul kepaknya seraya berteriak, "Bangunlah orang yang ingin bangun."
  👴   Selepas separuh malam dia memukul kepaknya seraya berteriak, "bangunlah orang yang hendak bertahajud."
 👴   Apabila dua pertiga malam ia memukul kepaknya dan berteriak, "bangunlah orang yang hendak solat."
 👴   Apabila terbit fajar ia memukul kepaknya dan berteriak. "Bangunlah orang yang lalai, atas tanggunganmulah segala dosamu." (Al Ihya' Ulumiddin 2:292)
 👦    *  Apakah benar,  pekikannya disahut oleh ayam jantan dibumi??
        * Apakah benar, orang yang berniat mendengar suaranya??
        * Apakah benar kisah ini?? 
👴    wallahualam.


CRYPTIC 13:
20 safar 9 Nov 2017 9:45 PM (12) 

 👴   Dah sampai mana zikir ko?.
  👦  Dah khatam Tok.Tapi ngantuklah tok nak habiskan.
 👴   Ngantuk-ngantuk, tidor aje la. Ko tahu tak :
      Ibnu Hibban dari ibnu Umar " Apabila hamba itu tidur dalam suci ( wudhu' ) dan mengingati ( zikir ) ditulis sebagai orang solat sampai ia bangun dan malaikat masuk dalam selimutnya. Jika ia bergerak dan berzikir nescaya malaikat berdoa baginya dan meminta ampun kepada Allah dosanya." 

 👦    untungnya tok.
 👴   Dan lagi " Tidurnya orang berilmu (alim) itu ibadah dan nafasnya itu tasbih, itu dirawi oleh Abu Naim dari Abu Mas'ud, marfu' rawinya.
Mereka itu diberi kasyaf terbuka segala sirr dalam tidurnya. Jika ia terbangun dan tidak bersalat maka hendaklah duduk mengadap kiblat, berzikir atau berdoa atau bertafakur akan segala nikmat Allah dan Qudratnya, ini sama dengan bangun malam beribadah.
👦          Bagusnya tok. Camana nak dapat tok?
👴   lakukan 10 adab adab tidur.

👦   cita lagi tok cana tu??
👴  Ko bacalah sendiri kitab Alghazali, atok nak tido dulu.....

CRYPTIC 14
22 SAFAR, 11 NOV 2017, 3:48AM (B)

👴    Kamu terbangun,  lakukan zikir malam, kerana Alif laam miim itu tidak dikira satu. Tetapi alif satu, lam satu dan mim itu satu.
      Begitulah besarnya rahmat tuhan pada umatnya pada malam hari.
 👦……………

CRYPTIC 15
23 SAFAR, 12 NOV 2017, 3:46 am (C)


  👴   Seperti Asar 202 minit selepas tengah malam dimana perubahan bayu laut dan bayu darat, keadaan malam yang tenang, dan bintang tidak bekedip itulah masa yang baik untuk bersujud,   berzikir dan berfikir. Masa bagi Wirid malam keempat.
  👦……..

CRYPTIC 16
 28 SAFAR,17 NOV 2017,3:03 AM, (D)

 👴   Bacalah 12 kali ayat qursi apabila kamu terjaga, bersuci dan bersolat. Adakah setaip hari. Mereka bertanya. Tidak, cukuplah pada setiap hari Jumaat.
 👴    Waktu imsak adalah akhirnya malam berakhirnya 5 zikir malam dan bermulalah 7 zikir siang.
👴   Jika membaca ayat qursi mulalah dengan 9 nafas. Mulakan dengan bismillah dan wailahukum dan ayat selepasnya 2:163, 2:164 kemudian ayat qursi dan 2 ayat selepasnya 2:255, 2: 256, 2:257.
 👦     ……..


CRYPTIC 17:
30 SAFAR 19 NOV 2017 11:28 PM (13)

👴   Camana zikir ko?
👦Allhadullillah Tok. Berkat tok singgah semangat sikit. Dah masuk 6 hari zikir ke 4. Tapi tok kenapa tok selalu tanya zikir saja??
👴   Oh..zikir tu istilah tok aje. Kalau Alghazali dia guna WIRID. Dari Waktu IMSAK hingga magrib dia sebut 7 wirid siang. Dari Magrib sampai waktu Imsak dia sebut 5 wirid malam.
Wirid tu termasuk solat fardhu dan sunat, takbir, tahmid, tahlil dan tamjid, membaca quran dan belajar malah berfikir dan tidur juga dikira wirid. Kerana dapat pahala membuatnya.
Bagi permulaan ibadah biarlah kita bercerita tentang zikir yang mudah. Kerana setiap kalimat zikir yang tertentu itu ada dayanya yang tertentu juga, ia dapat mengubat hati dan ketenangan serta kekuatan kita beribadah.

👦    Patutlah muharam tu nak habiskan satu zikir beratnya bukan main. Tak habispun,  Tapi safar,    habis zikir dua dan tiga, dah masuk 6 hari zikir 4.
👴  Baguslah camtu. Tapi jangan paksa diri. Buat yang termampu cuma iklas dan bertawasul, bilangan itu cuma untuk kelancaran lidah. Masa itu hanya untuk mengingatkan kita jangan terlalai. Khatam itu hanya satu kepuasan.

👦      terimakasih atas ingatan. Bulan depan maulud ke tok jangan lupa selawat....
👴  aik dia pulak ingatkan kita, apalah cucuni.......

RABIUL AWAL

CRYPTIC 18
1 RABIULAWAL, 20 NOV 2017, 5:11 AM, (E)

       👴Permulaan hari itu apabila terbit sinar pagi (waktu imsak) surah at takwir ayat 18. Demi waktu subuh apabila ia telah terang. Ayat Al Furqan ayat 46. Kemudian kami tarik dia (bayang bayang) kepada kami sedikit demi sedikit.

   Menarik bayang dan membentangkan cahaya matahari. Maka bertasbihlah.


CRYPTIC 19
3 RABIUL AWAL,  22 NOV 2017, 4:13 AM, (F)

👴Bangun pada waktu malam beribadah dan tidur semula itu menjadikan tidur itu penyebab terbukanya almukashafah dan mushadah dari balik hijab yang ghaib,  bagi orang orang yang mempunyai arbabi'l-qulub. Kitab IHYA' 2:301


CRYPTIC 20
4 RABIUL AWAL, 23 NOV 2017, 10:02 PM. (G)

   👴Nampaknya ramai ibu bapak yang anaknya konvo bulannih, meh kita tengok methematik kejap:
Jika kamu buat simpanan tetap 150 sebulan mulai umur 15 tahun. Kamu akan lihat angka ini pada umur:

20 tahun 9,000
30 tahun 27,000
40 tahun 45,000
50 tahun 63,000
60 tahun 81,000
70 tahun 99,000

 👴    Jika kamu tidak dapat melihat angka ini, kamu benar benar miskin dan tergolong pada orang yang berhutang.
 👴  Kerana berdasar nombor inilah Allah akan menuntut bilangan solat yang wajib engkau lakukan dalam hidup mu (30 hari X 5 waktu = 150)dan 15 tahun itu dikira waktu baligh.

  👦  ADUSSSS TOK  MACAM RASA PAPA JE...
 👴 Mulalah menyimpan Ali Imran 2:185 hingga akhir surah dalam hati, kamu akan menangis mengingatinya.
  👦      Mana   cari banyak tu yek???


CRYPTIC 21
5 RABIUL AWAL, 24 NOV 2017, 3:26 AM, (H)

      👴Bangun ditengah malam 2 kali dan tidur 2 kali adalah penanggunan yang malam, amalan terberat dan paling utama. Dan ini adalah pekerti Rasullullah. HR Abu Daud dan Attarmidzi dari Ummu Sallamah
Inilah jalan Ibnu Umar, para sahabat, Tabiin dan Ulama (termasuk Alghazali dan Abd Kadir).
Rasullullah bangun melihat langit membaca 5 doa AliImran (mulai Rabbana..3:190 hingga akhir ayat 3:194) masuk bersuci dan bersolat dan tidur semula hingga 2 kali ulang. (Kitab Ihya' 2:303)
 👴   jika sukar bersuci, bangunlah lalu duduk menghadap kiblat, berzikir dalam sesaat dan berdoa dan berfikir kemudian tidur semula.


CRYTIC 22,
19 Rabiul Awal. 8 DEC 2017, 12:05PM (14)
 

👦Sudah 19 hari Faqeh Muharam Tidak menjengah. Maulud sudah ke penghujung. Walaupun rasa berat sudah 2 hari aku tamat darood assyariff. Aku masih cuba mengingat selokanya (cryptic 8)

Jika ko ajak cari  pahala itu ko pandai
Jika ko ajak apa yang baik ko buat itu dakwah.
Jika ko tidak buat tapi ajak orang lain buat itu bingai,
Jika ko ajak buat apa yang ko tak pasti itu parah.
Jika ko iklan perbuatan baik itu barakah,
Jika iklan ko buat panjang itu bengap.
Jika kau bersyarah guna video itu advance,
Jika ko ceramah guna tex panjang itu sengap.
Jika ko search, cik google ajar berbagai teladan,
Jika ko foward tex yang panjang itu ko lemau sikit.
Jika ko foward tex yang tak ko amalkan itu dah tahab gaban,
Jika ko  pandai, pandai pandailah jadi pandai.
Jangan memandai mandai, Pandai pandai koranglah....yergk..
 👦    Aku rasa macam nak jadi otoman lak...

CRYPTIC 23:
25 Rabiul awal.14 DEC 2017,  11:43 PM (15)
    👦
 
Allahummas'alli 'ala Muhammad...
👴   Senang hati nampak?
   👦  Eh Atuk, Dah lama tak jengah? Sajalah tuk, baru khatam zikir kena malam jumaat lak, happy la...
   👴  Bagusla camtu, ada juga tok singgah tapi selalu ko tido.
   👦   Kata sunah tido 2 kali jaga 2 kali, tapi kita lelap terus tok, he...
  👴   Ada niat baik tu pun barakah, tambah zikir kamu ringanlah yang lain. Ko tahu dalam solat tu pun banyak zikir.
Setahun ko solat Basmallah je 9,855. Syahadah 3294, Durod Assyarif 3294, Takbir 33945, tasbih 55845 dan lain. Lepas solat istifar 5475, Tamjid 5475, Qursi 5475 tu kalau tiga kali je.
  👦    wah, campur zikir nak tido, nak makan, nak berjalan kan tok, banyak angka tu...
  👴  tu pun kalau solat ko penuh dan amalkan zikir yang mudah tapi besar nilainya.
  👦     he he he..... tak penuh tok....


Rabiul akhir
CRYPTIC 24:
4 Rabiul Akhir. 21 DEC 2017, 10:34 AM (15B)

👴 monyot je cucu atuk, isyak tadi dah khatam kan perrgh kena malam jumaat tuh..
👦  entahlah tuk, minggu lepas happy pasal 6 zikir 3 bulan, ni quran 3 bulan tu pun sambung yang tertinggal dulu.
👴            Tak apalah sikit sikit asal buat kitakan mutaalim, berkadar lah tuh.
Kalau abid dan para sahabat sehari semalam wiridnya 12 ribu - 30 ribu, Ada solatnya 300 - 600 rakaat, paling sikit 100 rakaat. Ada sahabat khatam sehari semalam, ada yang menghabiskan sehari senalam berfikir dan bertafakkur pada satu ayat berulang ulang kali,
👴  Karaz bin Wabhah bertawaf 70 kali, berkhatam 2 kali, bersolat sunat 280 kali sehari semalam (IHYA' 2:273)
👦    hmmm.... susah nak masuk syurga ye tuk...
👴    tu sebab EHSAN sajalah yang kita harap..

CRYPTIC 25:
11 Rabiul Akhir. 28 dec 2017,10:41pm (16)

👴         Berubah zikir tak apa, sifat manusia itu jemu, setiap zikir ada kekuatan dan ubat diri.
👦   Camana orang dulu ngaji tok.?
👴   Zaman Alhajaj Quran dibagi 30 juzu' dan tiap juz 8 titik merah, walaupun banyak abid tidak suka tapi ia memudahkan al hafiz. Secara tilawah satu titik 8 minit, Yasin itu 18 minit lebih sikit 2 titik. Boleh Khatam 32 jam.

👦   Camana nak cepat khatam tok.
👴   Jika 2 Titik pada 4 waktu zikir atau tilawah satu jam 8 titik ko khatam sebulan.
Kalau ko baca hufaz 4 minit satu titik ko khatam 16 jam,  2 jam pada 8 waktu zikir sehari semalam.
Tapi abid suka khatam seminggu atau 10 hari mula jumaat habis khamis atau isnin berikutnya.
Eloknya baca tertib sebulan, kalau ko amal tiap malam ko jumpa macam macam. Terutama kahfi.

👦     kita pun pernah rasa masa baca Al mulk tok. 
👴   Ye, hujung surah Imran (185-195) banyak imam nangis, Waqiah (41-56,) pun camtu. Itu bagi orang yang dilembutkan hatinya.
👦  ......

CRYPTIC 26:
21 RABIUL AKHIR. 8 JAN 2017 , 10:34 pm (17)

👴   Rabiul Akhir dah nak hujung,
👦   Alhamdulillah Tok, dah nak habis tahap nam zikir bulan ni, esok lusa masuklah   tahap akhir.
👴  Bagustu, cuma jangan terlalu mengejar waktu, dalam zikir haq quran hendaklah dijaga. Aishah mencela orang begitu.

    👦     Sikit sikit saya baiki tok.
👴 Ko kena baiki sebutan lidah, ko tahu wajibul qhunnah, itu hendaklah disebut dengan suara paling merdu, itu cantiknya Qalam. Ada tanda palang dibaca panjang, walaupun pada Alif Laam Miim atau Ya Sin. Walupun pada doa dan zikir pendek.
👦   Tang tu lalai sikit tok. He he..
👴 Begitu juga nafas, kalau berhenti ulang, kalau sambung hidupkan. Atuk lihat ko langgar semacam je.

👦   Ni baru nak belajar nafaslah tok. Tapi tok jarang jengah mengingatkan kita, bila nak pandai.
 👴   Yang sikit tu la buat dulu, selalu ingat kita bukan abid, sujud minta ampun kesalahan begitu.
👦   Sayang Atuk....


CRYPTIC 27:
30 RABIUL AKHIR. 17 JAN 2018, 10:30pm (18)


 👴   Alhamdulillah , ko pun dah khatam elok bulan ni. Apa yang ko dapat 4 bulan ni.
 👦    ni kira pereksa ke tok. Hehe. Tapi saya nak tanya sapa yang paling dikasihi Tuhan tok?
 👴  Ikut kata Ghazali, tuhan mengasihi dan menurunkan rahmatnya kepada 4 orang. Pertama orang yang bertanya (pelajar) Orang yang menjawab soalanya (guru) Orang yang mendengar (murid yang lain) ke empat orang yang suka kepada mereka.

 👦   Hah tu la yang saya dapat. Kira saya masuk sekolah semula la ni. Pertama saya tetapkan sejam sehari dari magrib sampai isyak belajar. Pas  tu setengah jam tengah malam atau subuh saya kira buat homework sikit. Baiki bacaan, susun nafas dan tertib.
 👴  Itulah bagusnya kalau ko berguru. Guru itu mengajar adab. Adab Quran, Adab Solat dan adab hidup berkeluarga.
 👦   Adab masyarakat tok.
 👴   Itu luas sangat.

JAMADIL AWAL
CRYPTIC 28:
 7 Jamadil awal. 24 JAN 2017, 10:47PM (19)

👴Bangga tok kau tekun belajar, dah seminggu bulan 5 ni zikir jangan kurang.
 👦   Ok tok maintain he he..
 👴  Belajar tu ada adab, mutakalim dan alim mengejar, abid dan zahib lari.
 👦    Tak faham tok.
 👴  Abid dan Zahib itu lari  dari dunia, tidak sibuk dengan manusia, dielak diri dikenal ramai. Mutakalim dan alim mengejar ilmu.

 👦  camtu.
 👴   Tengok budak U lepas dengar syarah, terus ke lab mengkaji, masuk pustaka rujuk kitab, bincang dan tanya lagi dalam tutorial. Tak sibuk dia kepasar bercerita atau mengajar. Jika kau jumpa 100 syarah yang baik, kau cam semut pada kertas, jika diberi akal dia iktikad tulisan itu perbuatan mata pena, dia tidak melihat jari yang mengerakkan pena, atau tangan atau penulis, atau yang menjadikan penulis itu berkemampuan. Sabarlah dan kaji nanti 100 syarah itupun kau lupakan.
  👦  sabar ye tok. 
 👴   ye la sabar, tidak cela ilmu pada ilmu tapi cela pada hak manusia. Professor tidak ajar budak sekolah ilmu bedah, kuliah dia ada ushul dan rufu', ada tahap bertingkat. Itulah adab.
 👦 faham tok, seperti bermacam kueh yang sedap itu mudarat pada bayi yang masih menyusu ye tok.
  👴   Wah......falsafah tu heh heh...


CRYPTIC 29 Viral hokum menjurus pada ilmu.
30 Jan 2018

👴   Tok dah tegur dah jangan foward benda yang ko tak pasti. Manalah ko dapat ni agaknya. Mai Tok terangkan kesilapan untuk semua tahu.

Contoh: cuba ko lihat sama tak 5 sunat muakad macam dalam teks engkau.

1. Sunat rawatib 10 rakaat. 2 sebelum subuh, 2 sebelum zuhur,  2 selepas zuhur, 2 lepas magrib, 2 lepas isyak. HR Bukhari dan Muslim.
2. Dhuha 2 rakaat, HR Bukhari Muslim
3. Witir 1 rakaat, HR Abu Daud & Tarmizi.
4. Tahajud 2 rakaat, Isra':79
5. Taubat 2 rakaat. HR Tarmizi.

👴Tentang awabin:
1.  Bermakna orang yang bertaubat.
2. Ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan solat dhuha,  ada yang mengatakan fajar, ada  taubat. Syafiee mengatakan 6 atau 12 rakaat antara magrib dan isyak. Selepas fardhu dan sunat magrib.
3. Terdapat hadith gharib riwayat Tharmizi,

 👴  Dulu KAMU fowardkan 7 mahkota dengan ayat quran yang sangat menyimpang dari maksudnya walaupun dikarang oleh ustaz yang mencari glamer. Sekarang 5 angka dalam islam. catik pulak tu ambik 7 bulan 7 tahun 17, ayat 17 mukminun 7 jalan. Hati hati.

Apakah tujuan orang mengarang ANGKA ANGKA BEGINI?
Apakah tujuan dia minta di sharekan pun kita tak tahu?
Siapa yang asal mengarang  pun kita tak kenal.

 👴    Maafkan tok  jika terpaksa menegur lagi walaupun dalam kalimah yang panjang.
Tok takut tersilap faham anak buah walaupun orang guna ayat quran.


CRYPTIC 30. Viral Sifat Allah menyentuh akidah
Feb 2 2018

 👴  Tok dah baca viral ko, Sangat baik penjelasan bagi bagi mengambarkan interaksi tuhan ketika engkau melakukan solat. Tapi belum lagi pernah tok terbaca hadith seperti ini. (mungkin ada Wallahualam)

 👴   Apa yang tok risaukan ialah gambaran itu menjadikan orang yang lemah ilmunya menganggap tuhan itu bersifat saperti sifat manusia. Ia sangat bahaya kepada akidah. Pendakwah baru terutama dari Negara luar banyak mengambil mudah perkara begini dan bertentang dengan kebiasaan kita di Malaysia. Seperti lagu lirik lagu yang menyebut ana Haq, Aku yang Ujud, Hancur aku, Sang Rasul. Perkara ini akan mengelirukan anak anak sekolah. Ilmu itu tidak cela. Tetapi cela ilmu pada manusia. Kueh mueh yang enak jadi mudharat pada bayi yang baru menyusu.

 👴 Berhati hati vairal sesuatu yang melibatkan soal akidah.


Cryptic 31.  Viral Hadith menjurus dosa.
Feb 8 2018

 👴   Ni tok nak tegur lagi kisah Nabi saw yang ko fowardkan manalah agaknya ko dapat. Ko tahu tak  hadis ini PALSU. Bila ada orang forward hadis tengok catatan perawinya dan sanadnya. Mari tok jelaskan sikit ilmu hadis.

 👴   Contoh hadith yang ko fowardkan cerita UKASYAH ingin mengqisas nabi itu PALSU kerana tidak disebut perawi dan sanadnya. Bila dirujuk tok dapat lihat mereka yang menolak ialah:
1.    Ibnu Al Jauzi (Al mudhu’at jilid 1 Hal 301) mengatakan hadis ini palsu yang mustahil. Moga Allah membalas kepada sesiapa sesiapa yang mereka rekanya (moga Allah) memburukkan orang yang  merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw tidak layak bagi sahabat, yang di tuduh (mendustakan hadith ini adalah Abdul Muin bin Idris.    
2.    Kata Al Sayuti (Al Laili al Masnuah jilid 1 hal 257) Hadith ini palsu dan penyakitnya (pereka hadith ini) ialah Abdul Mu’in bin Idris.
3.    Kata Al Hatimi (Majnu’ Al Zawalid jilid 8 hal 323 Hadith ini riwayat Al Thabarani Dan padanya terdapat Abdul Muin bin Idris beliau pendusta dan pereka hadis.

Petikan dari Rozaimiramle.blogspot.com 2014

Tulisan ini berlegar pada tahun 2014 dan banyak skolar yang telah menjelaskan dalam web mereka tentang perkara begini. Kemudian timbul semula tahun 2018 dengan tidak tercatat nama pengarangnya. Dari bentuk bahasa ianya dari bahasa Negara jiran yang terpakai seluruh dunia. Mungkin juga bukan orang islam yang mereka dan/atau meminta kita menyebarkan perkara begini terutama dikalangan anak muda yang kurang faham. Awaslah kalau nak berdakwah jangan sampai dapat dosa kering.

Kisah SAHIH bukanlah ukasyah tetapi Usaid bin Hudhair, Berkata kepada kami Amru bin Aun mengabarkan kami Khalid dari Husain dari Abd Rahman dari Usaid bin Hudhair, dia seorang lelaki dari kaum ansar.
Ketika dia sedang berbicara dengan kaumnya dan didalamnya ada gurauan yang membuat mereka ketawa maka  nabi menusuk pinggangnya dengan sebatang kayu. Maka dia (Usaid) berkata berilah saya kesempatan untuk Qishash (membalas setimpal) ……bermulalah kisah usaid menyentuh kulit Rasullullah saw, dan dicatat oleh . 

 1.    Imam abu daud, Sunan abi Daud Kitabul Adab bab Fi Qublatil Jasad No 5224.   
 2.    Imam Ath thabrani Al Mu’jam Al Kabir no 556     
3.    Imam Al Baihaqi Syuabul Iman, Bab Maa Jaafil Qublatil Jasad no 13586
 4.     Imam Al Baghawi Sharhus Sunnah Bab Al Qishash fil Athraf no 10/169 
  5. Imam Al Hakim Mustadrak Allash Shahihain no 3/288

Jelas rawi dan hujahnya. Dikuatkan lagi dengan kajian sanadnya:  

1.     Amru Aun adalah seorang Alhafidz dan Imam. Para ulama mengambil hadis darinya seperti Bukhari, Abu Daud, Abu Zur’ah, Abu Hatim, dll, Para Ulama menggelarnya Tsiqah seperti Abu Hatim, Abu Zur’ah. Al ‘Ijli (Siyar A’lamin Nubula 8/377)  
 2.    Khalid bin Abdulllah Al Wasithiy beliau adalah Tsiqah. Bagaimana dikatakan Abu Zur’ah, Abu Hatim, Abu Daud, Ath Tharmidzi, An Nasa’i. Ibnu Saad dll. Tahzibut Tahzib 3/100.  
3.  Husain bin Abdul Rahman Assalamiy, berselisih imam tentangnya, Imam Ahmad mengatakan seorang Tsiqah dan amanah. Al Ijli mengatakan Tsiqah dan kokoh, Abu Hatim bertanya Abu Zur’ah “dia Tsiqah” Apakah dia Hujjah? Abu Zur’ah menjawab “Ya demi Allah”, An Nasa’i mengatakan hafalannya berubah, Abu Hatim mengatakan Tsiqah tetapi hafalannya buruk diakhir hayatnya. Yazid bin Harun mengatakan yakhtalith (kepalanya kacau) Ali mengatakan Lan yakhtalith (tidak kacau. Mizanul I’tdal 1/552.  
4.      Abd Rahman bin Abi Laila. Beliau Tsiqah dan dipakai oleh penyusun 6 kitab Hadith,  seperti kata Sheikh abd Mukhsin Al Abbad Al Badr dalam Syarh Imam Abu Daud.  
5.     Usaid bin Hudhair seorang sahabat senior nabi saw ikut Baiah Aqabah, Ikut Perang Badr, dan semua sahabat nabi adalah Tsiqah dan Adil,  mengikut sunnah wal Jamaah.  

 👴  Kesimpulan: Semua perawi hadith tsiqah dan tsanadnya terputus Inqiha’ ia itu pada Abd Rahman bin AbiLaila dari Usaid bin Hudhair.   
1.   Alhafid ibnu Haqa mengatakan Abd Rahman bin Abila’ila tidak pernah mendengar hadith dari Usaid bin Hudair. Tahzib Al Tahzib 6/260  
2.    Imam Abu Abdillah Shiauddin al Maqdisi memasukkan hadith ini dalam kategori Isnadhu Munqathi – sanad terputus. Belaiu tidak tahu adakah benar Abd Rahman bin Abi La’ila mendengar hadith ini dari Usaid bin Hudhair.  Ataukah tidak. Alhadith al muktarad no 1471. Kita tahu sanad inqita’ adalah dhaif.  
3.    Hadith ini mempunyai SHAHID (penguat) Riwayat imam al Hakim dengan sanad…. Dari Abd Rahman dari Ayahnya dari Usaid bin Hudhair, dan imam Al Hakim mengatakan Sahih. (dalam at thalkhish) Imam Adz Dzahabi menyepakati kesahihan imam AlHatim (mustadrak 3/327)

Riwayat ini menunjukkan hadith Mansul (bersambung sanadnya)  

4.    Para Muhadiths menilai bahawa hadith ini sahih semusal, syaikh Syuaib Al Arnauth menyatakan sanadnya sahih sesuai syarat Shakhair Al Bukhari dan Muslim. Ta’liq Musnad Ahmad 17/329 haadith no 11229  
 5.    Juga Sheikh Al Bani MIshkah no 4675  
 6.    Sahih wa Dhaif sanad Abu Daud no 2554.    
Petikan dari anamuslim.org.>kisah-yang-shahih /Jan 2016

Begitulah telitinya para muhadiths menyusun dan menjaga kesucian hadith. Jadi janganlah kita dirosakkan oleh oang tidak bernama dialam maya yang minta kita fowardkan apa-apa hadith kecuali setelah kita rujuk yang berilmu. Kerana Dari Al mughirah ra dia berkata aku mendengar Rasulllullah saw bersabda:  Sesungguhnya berdusta atasku tidak berdusta seperti orang lain, barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka. HR Bukhari no 1229.


CRYPTIC 32


 👴  Jika kamu membaca kitab kitab yang menyatakan hadith Rasullullah saw, atau dari apa sahaja media cetakan dan eletronik atau ceramah pastikan dia ada menyatakan perawi, sanad dan rujukan yang betul. Kerana terdapat berbagai jenis hadis yang diperkatakan terutama di alam maya:  

1.  Hadis mutawatir: Hadith perkataan, perbuatan atau taqrir Nabi saw.  
2.  Hadith Mashur atau mustafidh: Dirawi oleh 3 orang atau lebih Kemudian bersambung pada 3 orang atau lebih, sekurang-kurangnya 3 sanad.  
3.  Hadis sahih: Sanad berhubung oleh orang adil dan Dabid (kuat ingatan) sejahtera dari keganjilan, sejahtera dari ‘illat. 
4. Hadis Hasan (baik) Isnad Hassan (bersambung baik)  
 5.   Hadis Hasan Sahih: Sahih dan baik   
 6.   Hadis Dhaif: Syarat sahih tetapi tiada syarat hasan kerana keraguan pada perawi. Inqita’ terputus sanadnya, Mudha’af lemah matan dan sanadnya.  
 7.   Hadith marfu’: Disandar kepada nabi.
 8.    Hadith Mauquf: Kata sahabat dan berhenti pada sahabat.  
9.  Hadith Mursal: kata tabiin sudah tentu lansung dari nabi tanpa perantara sahabat. 
10. Hadith mutfasil: berhubung sanad dan perawi mendengar lansung.  
11. Hadith Mahfudz: terpelihara, perawi dipercayai.  
12. Hadis Jayyid: Baik dan sahih  
13. Hadith mujawad dan thabit: sahih dan hasan.  
14. Hadis maudhu: Palsu atau diaadakan, perkataan sesaorang dikatakan haadis. Sanad Maudhu’.  
15. Hadis Hassan Tapi Gharib.  
16. Hadis Gharib dan munkar. Hadis munkar, Hadis mungkar Jiddan, Hadis batil, Hadis Bohong, Hadis disangsi.  
17.  Bagi Al Iraqi beliau mencatat pada banyak hadith sebagai perawi tidak dikenal, tidak terjumpa hadis tersebut, atau hadis tidak punya asal.

Petikan antar.com.my 2016, Muhdhazrie.wordpress.com 2012 yang lebih terperinci hi.netlog.com atau rujuk kepada institute hadis Negara. (maaf kalau ada typo)

Berhati hatihati cucucucuku pada alam maya. Terutama bagi penulis yang tidak diketahui asas usulnya. Tanya dulu incik google siapa orang itu. Atuk hanya orang biasa yang mengumpul rujukan sendiri untuk anak anak kemudian.

CRYPTIC 33: 29 Jamadil Awal.
13 feb 2018.

👴   Kalau bermusafir jangan jadi pelancong jadilah pengembara, kalau belajar janganlah jadi penghafal jadilah pemikir dan pengkaji.
 👦  Alhamdulillah tok, setiap perkara baru yang saya jumpa akan saya kaji dan rujuk sampai puas, rasa seronok pulak bertanya sana sini mencari ilmu.
 👴 Tanda orang berakal ialah mengingati Allah sambil berdiri duduk dan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata(berdoa) Ya Tuhan kami tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia , Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran 3:190-191) …. Sambung lagi 4 ayat, ini adalah 5 doa Nabi setiap kali melihat ufuk sebelum solat malam.
👦    Tok ada orang sibuk dengan hadith palsu tok…….

CRYPTIC ini terhenti bagi Group Tengku Teh disambung pada group CRYPTIC tujuan memberikan ruang orangramai yang ingin membacanya. Dan cryptic yang lepas boleh di dapati di pancalusa.blogspot.com





Tiada ulasan: