Khamis, 19 April 2018

CRYPTIC 44-50

CRYPTIC 44-50



CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsApp Tengku Teh.  Dialog ini antara seorang Atuk   ðŸ‘´  (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya   👦 (Ahmad), dialog ini merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. CRYPTIC 1-33 dan CRYPTIC 34-43 diangkat @ pancalusa.blogspot.com. dan group baru CRYPTIC diwujudkan. Sesiapa yang berminat hubungi admin untuk menjadi ahli group cryptic.


REJAB
CRYPTIC 44:
6 rejab, 24 mac 2018 @ 7.09 am.

👴 Dah seminggu rejab camana zikir kau?
👦Lambat sikit tok banyak gangguan.

👴Memanglah, masa dapat banyak keuntungan memang banyak halangan, sikit-sikitlah. Ikut kemampuan jangan paksa diri. Semua tu dugaan.
👦camana lagi nak tekal (persistence) tok?

👴 Mula sikit sikit, cuba dulu dengan magrib, kau makan awal.  Biasanya solat 3 rakaat. Cuba kau putuskan dengan urusan dunia, kau solat sunat, zikir, baca quran, sampai isyak. Buatlah seminggu 2 kali ke, ikut kelapangan.
👦Lama tu tok?

👴Katakan kau mula magrib 730 sampai isyak 830 dalam sejam lebih masa bertenang dalam hidup.
👦Ooo…

👴Fardhu magrib 3, Bagdiah 2, Qabliyah Isyak 2, Fardhu Isyak 4, Bagdiah isyak 2, dah 13 rakaat tu , Kalau nabi isyak saja 11 campur 3 witir. Jadi   kau dah baca 10 surah tu.
👦Tak hafal banyaklah tok.

👴Hah, itulah guna masa lepas solat magrib tu, Baca 3 ayat 10 kali ulang ke?, dua tiga kali kau dah lancar kemudian hafal, baca dalam sembahyang, kalau bulan ini 3 ayat bulan depan 3 ayat banyak lah nanti.
👦Sikit sikit lah tok ye?,

👴Ye lah, mula dengan yang mudah, kalu hafal tu boleh tebuh tebuk yang senang, Kalau Al Baqarah mula mula 5 ayat, sampai ayat sepuluh, wailahukum 5 ayat, Ayat Qursi ambil 4 ayat dari satu sebelumnya. Kemudian 2 ayat akhir, kemudian 3 ayat akhir, itu dah lepas 4 rakaat solat sunat. Ali Imran ambil sepuluh ayat termasuk 5 doanya, sambung Al Mulk, sambung Waqiah, camtu lah. Kalau kau hafal sampai muharam nanti dah cukup terer lah tu.
👦Kalau macam tu nak cubalah tok.

👴 Kalau kau ambil tadarus pula bacalah sehari semuka ke atau satu titik, satu jus 8 titik, 3 bulan sampai Ramadhan nanti boleh khatam dengan orang lain.
👦Ye lah tok, kalau harap mula Ramadhan memang tak khatam punya, macam tahun lepas.

👴 Hah tahu pun…..



CRYPTIC 45:
10 Rejab, 27 Mac 2018 @ 10.26pm

👴 Camana, dah berapa magrib dapat.
👦Alah tok baru dapat sekali. Tapi memang seronok. Camana nak dapat selalu tok?

👴 Hah yang tu kau kena doa. Yang baiknya sebelum tidur. Kau mintak Allah mudahkan hari kau agar magrib nanti boleh duduk berkhilwah sampai isyak.
👦Buat juga tok, tapi selalunya terlupa.
👴 Adatlah, kita manusia. Ayat Al A’raaf 7:55 bermaksud: Berdoalah kepada tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang melampau batas (nota:tentang yang diminta dan cara meminta) Disambung lagi: Berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan), 3 ayat (7:54-56) ini, kalau kau hafal pun baik juga.
👦Ingat juga tok tapi kurang semangat tok, macam bangun malam, bukan tak sedar tapi beratnyalah…….

👴 Hah itulah yang tok cakap dulu, mintak selalu, kalau nak jaga malam mintak masa zuhur bangun tengah malam, Asar mintak bangun tahajud, Magrib bagi cahaya subuh, Isyak bagi kelapangan dhuha dan subuh bagi cahaya magrib. Kan atuk dah tunjuk pasangan tiap 3 jam dulu.
👦Ohhh…… nanti nak tulislah tok, asyik lupa je.

👴 Sikit sikit la ikut kemampuan. Kita bukan ustaz nak beri ceramah.
Jadi banyak ayat ayat mengubat batin kalau kita baca selalu, yang ini boleh hafal dulu dan baca dalam sembahyang. Ghazali kata hati kita ni macam besi yang berkarat, ayat quran itu pencucinya.
👦Seronok kan tok, kalau baca quran tahu makna.

👴 Said bin Jubair mengerjakan solat satu malam dengan satu ayat Yasin 59, Sulaiman Derani berkata “sesungguhnya aku membaca satu ayat, maka aku bangun padanya 4 malam atau lima malam, dan kalau tidak aku putuskan fikiran padanya nescaya tidaklah aku lewatkan pada yang lain”. Ada sebahagian salaf menetapkan pada surah Hud selama 6 bulan diulang ulangi dan tidak selesai bertaddabur kepadanya. (IHYA’ 2 hal128)
👦Rajin betul mereka ye tok…….   



CRYPTIC  46:
17 rejab 3 April 18 @ 10.30 pm

👴 Dah 17 rejab, dah mula mengaji?, nanti Ramadhan tak sempat khatam.
👦Dah tok satu juz, Alhamdulillah.

👴 Banyak fadhilat orang mengajini dari dunia sampai kepadang mahsyar nanti ada syafaatnya, yang utama Baqarah dan Ali Imran di panggal AlZahrawain.
👦Hari tu tok kata ada ayat yang jadi ubat kan tok? Boleh ajar sikit.

👴 Ya memang ada banyak. Tapi tidak bolehlah kita ambil satu satu ayat tu macam serapah Harry Poter, terus pling jadi. Semua tu kuasa Tuhan. Ayat tu hanya doa.
👦Oh macam orang jalan atas air baca basmallah ye tok?

👴 Lebih kuranglah, Dia sudah baca basmallah entah berapa juta kali dengan tawadhuk dan jadi amalan. Jadi makbullah, kita baru situ nak baca memanglah tenggelam.
👦Ubat apa tok?

👴 Pertama doa ubat hati, macam ayat qursi, 3 doa baqarah,  5 doa Ali Imran dan banyak lagi. Kedua doa penyakit organ seperti sakit mata, sakit jantung sakit buah pinggang, pangkerias, ada dalam surah Baqarah. Ketiga gangguan makhluk, hantu dan sihir pun ada dalam Baqarah.
👦Baqarah aje ke tok ?

👴 Tak, ada banyak surah lain, macam Mukminum, Yasin, Kahfi, waqiah pun ada. Banyak riwayat yang berkaitan dengan ayat-ayat camni.
👦Ajarlah sikit-sikit tok.

👴 Nantilah senang-senang atok ajar tapi yang penting kita bersihkan hati dulu, banyakkan zikir, buat amalan bangun malam, insyaAllah makbul. Kau tahu cerita Imam Ahmad Hanbal.
👦Cerita sikit tok.

👴 Ada orang kerasokan jin, maka di jemput Imam ahmad hambal tapi dia tak dapat pergi dan mengirimkan kasutnya untuk dipukul kepada orang yang kerasukan itu. Belum dipukul lagi jin tersebut telah lari kerana takutkansepatu orang zuhud macam Ahmad Hanbal. Itu sebab ayat-ayat tu kena zikir sampai jadi darah daging, baca dalam solat, mula dengan taawuz dan basmallah, ayat qursi kan awal tahun dulu dah cakap?
👦Oh ingat tok buat sikit sikit.



CRYPTIC 47
Khamis 19 rejab, 5 April 18 @ 10.23 pm.

👦Tok, Hadis Bukhari no 1103 saya tak dapat carilah tok?
👴 Bukan menjadi tradisi golongan ulama salaf memberi nombor hadis.

👦Kenapa Tok?
👴 Banyak sebabnya yang mencetak hadis berbeza jumlahnya , ada  7,124, atau 7,275, atau 7,563 atau malah 9.082

👦Susahlah macam tu Tok.
👴 Ada usaha menyusun kamus Hadis oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi (w 1967 M) dari kamus hadis Arent J. Wensinck (w1939M); Orentalis University Leiden Belanda, Reda sajalah kerana dunia islam itu luas pendapat berbeza, Kita bukan muhadith.

👦Ada juga yang tak terima bukhari tok?
👴 Susah nak kata, Bukhari 194-265H, Abu Hanifah 80-148H, Maliki 93-179H, Syafiee 150-204H, Hambali 164-232H, Abu Hassan Assyari 260-324 H, Abu Mansur Maturidi w333H, jadi faham fahamlah. Mereka berbeza zaman. Pengikut selalu kata imamnya lebih rapat dengan zaman sahabat.

👦Wah saya nak belajar ilmu hadis tok.
👴 Dapat tolong sahkan hadis merapu yang difoward kawan kau tu pun dah baik.

👦Heh heh……..

Nota:
1.      Imam Bukhari (194 – 256H) menghafal 60,000 hadis dari 1080 rawi ada catatan menulis 600,000. Dia mengambil 16 tahun untuk menyisih menjadi 7275 hadis dalam beberapa kitabnya tanpa diberi nombor.
2.      Kaedah Alhamiyah menyusun hadis mengikut sanad terdapat 5362
3.      Kaedah Abdul Baki menyusun hadis mengikut persamaan isi, terdapat 3033 menurut Fuad Abdul Baqi (w1388H/ 1967 M). Hadits Shahih Bukhari berjumlah 7,563, atau selisih sekitar 439 hadits. Hal berbeda ini diungkap oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (w852H). Menurut beliau, jumlah hadits Shahih Bukhari; baik yang maushul sanadnya maupun yang mu’allaq, termasuk mutaba’at dengan diulang adalah 9,082 buah hadits. Jumlah ini tidak termasuk atsar dari shahabat mau pun tabiin yang ada dalam hadits Shahih Bukhari., Mukaddimah Fath al-Bari, hal. 469). yang masyhur dari Ibnu as-Shalah (w643H) dan diikuti oleh Imam an-Nawawi (w676H) adalah 7,275 buah hadits
4.      Pencetak beri nombor mengikut hadis yang disunting pengarang bila bilangan berbeza maka nombornya berbeza. Itu sebab kena nyatakan kitab rujukan kalau hendak orang merujuk.
5.      Hadis 1103 itu jika rujuk terjemahan Asal kitab Al Jami’ush Sahih mencatat 7275 hadis telah disunting pengarang. menjadi 7,124, atau 7,275, atau 7,563 atau malah 9.082
6.      Dicantum beberapa kitab dari Bukhari dan ada dari orang lain seperti cetakan Maktab Al Halaby mesir. dicantumkan dengan Hasyiah dari Imam Assindi (w1138H)
7.      Jadi Hadis 1103 Bukhari itu jika kitab terjemahan H Moh Abdai Rothomi Surabaya (1978) nombornya 1085, Jika terjemahan H Zainudin Hamidy et all Payakumbuh, (1937) nombornya 609. Berbeza juga dari Aplikasi Web seperti Belajar Islamsunnah.com 2016 mengandungi hadis 7008, Sobatilmu.com. 2017 mengandungi hadis 7008. Dan banyak lagi.
8.      Begitu juga hadis hadis lain seperti Sahih Muslim, Ibnu Majjah, Abu Daud, At Tarmidzi, An Nasai’i,




CRYPTIC 48:
Selasa 23 Rejab, 10 april 2018 @ 11.00 am

👦Kalau memetik bunga biar mekar
Kalau memetik buah biar ranum
Kalau memetik ilmu biar berakar
Kalau memetik hadis biar bersanad rawi termaklum

👦Kalau mengajar biar dengan hati
Kalau berdoa biar dari sanubari
Kalau memberi jangan dikira berapa baki
Kalau hidup bahagia jangan lupa mati.

👴 Kalau petik bunga yang yang mekar, harumnya nanti lama bertahan.
Kalau petik buah yang masak, Manisnya terasa sampai kedalam
Kalau ilmu berakar kukuh, tidak kita tersesat jalan.
Kalau hadis sahih bersanad, tidak malu seluruh alam.

👴 Kalau mengajar dengan hati, disayang murid sampai kemati.
Kalau berdoa dari sanubari, sampai kearash sudahlah pasti.
Kalau berkira bila memberi, sikit sangat faedahnya nanti.
Kalau hidup tak ingat mati, rugilah tuan kemudian hari.


CRYPTIC 49:
Khamis 27 rejab, 13 april 2018

👦Tok banyak orang pakat nak bersedekah sekarang tok.
👴Inikan bulan haram, Baguslah mereka sudah bersedia awal menyambut Ramadhan.

👦Macamana nak dapat pahala berganda tok.
👴Pertama iklas, orang mati pun nak hidup balik untuk bersedekah (Almunafiqun:10), kerana pahala sedekah itu bukan saja dari ayat quran malah banyak hadis sahih dan pendapat ulama. Sedekah adalah satu amalan yang tidak terputus dan pahalanya terus mengalir.

👦Untuk ye tok, ini kira tabung juga yek.
👴Bukan tabung, Isi tabung akan kekal kalau kita tak tambah atau keluarkan. Tapi sedekah ini adalah perniagaan dengan tuhan.

👦Berniaga ada untung rugi kan tok?
👴Kalau pendapat imam sayuti, dia gambarkan setiap sedekah yang tulus itu begini:
1.   Gandaan 10 kali jika bersedekah kepada orang yang tidak berhajat pada sedekahnya.
2.   Gandaan 90 kali jika bersedekah pada orang uta terkena musibah.
3.   Gandaan 900 kali jika bersedekah kepada kerabat yang berhajat.
4.   Gandaan 100 ribu kali jika bersedekah pada ibubapa.
5.   Gandaan 900 ribu kali jika bersedekah pada orang alim dan faqih.

👦Banyaknya tok.
👴Ada hadis Ibnu Masud ra rasullulah saw bersabda kepada orang yang bersedekah unta kejalan Allah “ Akan datang kepada kamu dihari akhirat seorang dengan 900 ekor unta yang siap dengan talinya”. HR Nasa’i disahkan oleh Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Al Hakim.

👦Kita tak kaya tok camana nak sedekah?
👴Sabda Rasullullah saw: sesaorang mempunyai harta yang sangat banyak kemudian mengambil 100 ribu dirham dan bersedekah, tetapi ada seorang yang tidak mempunyai apa-apa kecuali 2 dirham, lalu yang satu dirham itu disedekahkan, itu lebih besar pahalannya”. HR riwayat Nasai dan Tarmidzi disahkan oleh Khuzaimah, Hiban dan Hakim. @waksab.blogspot.com

👦Kadang kadang sedekah kita ikut orang, yang kita suka kita beri banyak kan tok.
👴Ada hadis riwayat Ahmad dan Thabrani dimana sesaorang bertanya kepada rasullulah tetang sedekah yang utama, Sabda baginda: Adalah sedekah yang diberi kepada sesaorang kerabat yang membenci dirimu.

👦Camana kalau berkongsi sedekah tok?
👴Tok pernah terbaca riwayat tapi sudah lupa sanadnya. Lebih kurang begini: Ada seorang miskin, dia ada hanya satu dirham, kemudian  bertanya bagaimana pahala sedekah dapat digandakan, Baginda bersabda, setiap jumaat ada seorang berderma 1000 dirham dimasjid, sebelum dia berderma pergilah titipkan 1 dirham itu dan minta dia campurkan dalam sedekahnya. Setelah berderma orang kaya tersebut berasa ragu, dan menemui Nabi bertanyakan bagaimana kedudukan sedekah dia dan sedekah fakir tadi. Nabi bersabda, engkau beroleh pahala 1001 dirham dan fakir itu juga mendapat yang sama.

👦Wah untung berkongsi tok?
👴Hadis ni tok tak dapat sahkan, takut palsu pulak. Tapi itulah amalan kita orang melayu dulu, jika ada kenduri kahwin dikampung semua orang bawa sedekah, gula, beras, kelapa, telur, duit dan sebagainya untuk  dicampurkan dalam sedekah tuan rumah masa kenduri.

👦Sekarang kalau orang kahwin sedekah selepas makan tok?
👴Kalau sebelum tu maksudnya sedekah, untuk orang ramai yang makan kenduri tu, Kalau selepas tu maksudnya hadiah kepada tuan rumah atau mempelai. Samalah juga macam orang pergi haji atau umrah orang bersedekah masa orang itu hendak berangkat agar sedekahnya tercampur dalam bekalannya melakukan perjalanan fisabillilah, tak ada pulak orang bersedekah kepada orang yang balik haji. Itu pendapat tok aje, engkau cheklah balik pada ahli berilmu. Mungkin pendapat tok ni salah. Hati-hatilah.

👦Bagus kalau kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ye tok.
👴 Oh……



CRYPTIC 50.
29 Rejab, 16 April 2018 @ 934 pm

👴 Ibnu Mas’ud berkata barangsiapa membaca 10 ayat baqarah syaitan tidak akan masuk kerumahnya.
………Bacalah Arzahrawain kerana keduanya seperti tompokan awan atau 2 bentuk payung, atau 2 kumpulan burung yang mengembangkan sayapnya keduanya bergaduh (berberusaha) untuk membela pembacanya dihari akhirat. HR Ahmad dari Abu Ummamah.

👴 Dah masuk syaban,  tok nak odit berapa ayat dalam dada kamu.
👦Boleh tok. Kira periksa ye tok. Heh heh….

👴 Fatihah:1, Al Kafirun:109, Al Ikhlas:112 dan Muawizatain:113/114,
👦7+6 +6 +4 +5 = 28 ayat tok

👴 Alam nasrah:94, At thin:95, Al zalzalah:99, Al kautsar:109,
👦8 X 4 = 32 tok

👴 Al A’La: 87 As  syams: 91, Adhuhaa:93 Al qadar:97,
👦19 +15 + 11 + 5 = 40 ayat tok

👴Alhamdullilah 110 ayat telah kamu tanggungi pohonlah agar dia tidak terpadam dari hatimu. Bagi surah yang panjang pulak,
Az Zahrawain:2/3, Alkahfi:18,Yaasin:36, Assufaat:37,Al Fath:48,
👦Baru 10ayat X6 = 60 ayat awal tok.

👴 Alwaqiah:56 dan Al Mulk:67
👦Al Mulk habis 30 ayat waqiah sampai 26 ayat aje tok = 56 ayat.

👴 Itu 116 ayat ayat dah. Campur yang tok tak Tanya, Hah tu sudah hampir 300 ayat dalam dada kamu, kira banyak tu.  Nanti hafal lagi surah surah penting 3 atau 4 ayat untuk bacaan dalam sembahyang kamu. Ada yang menjadi ubat kepada tubuhmu. Kalau quran itu ada 6236 ayat dapat 600 pun dah kira 10%, sebagai tanda kita cintakan AlQuran, kita bukan Hufaz.

👦Wah tak pernah pulak terfikir nak kira ayat yang kita hafal tok.
👴 Ye lah kalau kita ikhlas tak payah kira, tapi untuk tujuan tambah semangat baik kalau kita tahu macam kita tahu maknanya. Selalu ingatkan janji Allah itu lebih baik. Orang yang mengetahui itu seperti buah yang harum dan manis, yang tidak mengetahui tu seperti buah yang tidak berbau tapi manis rasanya.
👦Alahai baru cinta 3%kan. He hee……

👴 Dari riwayat panjang dari Anas bin Malik kisah Nabi menegur imam yang suka baca Surah Ikhlas setiap kali solat sebelum surah lain, ………..dia menjawab, kerana sesungguhnya aku mencintai surah ini, Rasulluh saw bersabda, cintamu kepadanya memasukkan kamu ke surga. HR Al Bukhari 1/268 no 741, Hr At Tharmidzi 5/169 no 2901, Ahmad 3/141 no 12455 dan lain lain. @ almanhaj.co.id

👦Oh hebatnya….