CRYPTIC:
Ia merupakan satu karangan bagi group whatsApp Tengku Teh. Dialog ini antara seorang Atuk ๐ด (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya ๐ฆ (Ahmad), dialog ini
merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. CRYPTIC 1-33
dan CRYPTIC 34-43 diangkat @ pancalusa.blogspot.com.
dan group baru CRYPTIC diwujudkan. Sesiapa yang berminat hubungi admin untuk
menjadi ahli group cryptic.
REJAB
CRYPTIC 44:
6
rejab, 24 mac 2018 @ 7.09 am.
๐ด Dah
seminggu rejab camana zikir kau?
๐ฆLambat
sikit tok banyak gangguan.
๐ดMemanglah,
masa dapat banyak keuntungan memang banyak halangan, sikit-sikitlah. Ikut
kemampuan jangan paksa diri. Semua tu dugaan.
๐ฆcamana
lagi nak tekal (persistence) tok?
๐ด Mula
sikit sikit, cuba dulu dengan magrib, kau makan awal. Biasanya solat 3 rakaat. Cuba kau putuskan
dengan urusan dunia, kau solat sunat, zikir, baca quran, sampai isyak. Buatlah
seminggu 2 kali ke, ikut kelapangan.
๐ฆLama
tu tok?
๐ดKatakan
kau mula magrib 730 sampai isyak 830 dalam sejam lebih masa bertenang dalam hidup.
๐ฆOoo…
๐ดFardhu
magrib 3, Bagdiah 2, Qabliyah Isyak 2, Fardhu Isyak 4, Bagdiah isyak 2, dah 13
rakaat tu , Kalau nabi isyak saja 11 campur 3 witir. Jadi kau dah baca 10 surah tu.
๐ฆTak
hafal banyaklah tok.
๐ดHah,
itulah guna masa lepas solat magrib tu, Baca 3 ayat 10 kali ulang ke?, dua tiga
kali kau dah lancar kemudian hafal, baca dalam sembahyang, kalau bulan ini 3
ayat bulan depan 3 ayat banyak lah nanti.
๐ฆSikit
sikit lah tok ye?,
๐ดYe
lah, mula dengan yang mudah, kalu hafal tu boleh tebuh tebuk yang senang, Kalau
Al Baqarah mula mula 5 ayat, sampai ayat sepuluh, wailahukum 5 ayat, Ayat Qursi
ambil 4 ayat dari satu sebelumnya. Kemudian 2 ayat akhir, kemudian 3 ayat
akhir, itu dah lepas 4 rakaat solat sunat. Ali Imran ambil sepuluh ayat
termasuk 5 doanya, sambung Al Mulk, sambung Waqiah, camtu lah. Kalau kau hafal sampai
muharam nanti dah cukup terer lah tu.
๐ฆKalau
macam tu nak cubalah tok.
๐ด Kalau
kau ambil tadarus pula bacalah sehari semuka ke atau satu titik, satu jus 8
titik, 3 bulan sampai Ramadhan nanti boleh khatam dengan orang lain.
๐ฆYe
lah tok, kalau harap mula Ramadhan memang tak khatam punya, macam tahun lepas.
๐ด Hah
tahu pun…..
CRYPTIC 45:
10
Rejab, 27 Mac 2018 @ 10.26pm
๐ด Camana,
dah berapa magrib dapat.
๐ฆAlah
tok baru dapat sekali. Tapi memang seronok. Camana nak dapat selalu tok?
๐ด Hah
yang tu kau kena doa. Yang baiknya sebelum tidur. Kau mintak Allah mudahkan
hari kau agar magrib nanti boleh duduk berkhilwah sampai isyak.
๐ฆBuat
juga tok, tapi selalunya terlupa.
๐ด Adatlah, kita manusia. Ayat Al A’raaf 7:55
bermaksud: Berdoalah kepada tuhanmu
dengan merendah diri dan suara yang lembut, Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang melampau batas (nota:tentang
yang diminta dan cara meminta) Disambung lagi: Berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak
akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan), 3 ayat (7:54-56) ini, kalau
kau hafal pun baik juga.
๐ฆIngat
juga tok tapi kurang semangat tok, macam bangun malam, bukan tak sedar tapi
beratnyalah…….
๐ด Hah
itulah yang tok cakap dulu, mintak selalu, kalau nak jaga malam mintak masa
zuhur bangun tengah malam, Asar mintak bangun tahajud, Magrib bagi cahaya
subuh, Isyak bagi kelapangan dhuha dan subuh bagi cahaya magrib. Kan atuk dah
tunjuk pasangan tiap 3 jam dulu.
๐ฆOhhh……
nanti nak tulislah tok, asyik lupa je.
๐ด Sikit
sikit la ikut kemampuan. Kita bukan ustaz nak beri ceramah.
Jadi
banyak ayat ayat mengubat batin kalau kita baca selalu, yang ini boleh hafal
dulu dan baca dalam sembahyang. Ghazali kata hati kita ni macam besi yang
berkarat, ayat quran itu pencucinya.
๐ฆSeronok
kan tok, kalau baca quran tahu makna.
๐ด Said
bin Jubair mengerjakan solat satu malam dengan satu ayat Yasin 59, Sulaiman
Derani berkata “sesungguhnya aku membaca satu ayat, maka aku bangun padanya 4
malam atau lima malam, dan kalau tidak aku putuskan fikiran padanya nescaya
tidaklah aku lewatkan pada yang lain”. Ada sebahagian salaf menetapkan pada
surah Hud selama 6 bulan diulang ulangi dan tidak selesai bertaddabur
kepadanya. (IHYA’ 2 hal128)
๐ฆRajin
betul mereka ye tok…….
CRYPTIC 46:
17
rejab 3 April 18 @ 10.30 pm
๐ด Dah
17 rejab, dah mula mengaji?, nanti Ramadhan tak sempat khatam.
๐ฆDah
tok satu juz, Alhamdulillah.
๐ด Banyak
fadhilat orang mengajini dari dunia sampai kepadang mahsyar nanti ada
syafaatnya, yang utama Baqarah dan Ali Imran di panggal AlZahrawain.
๐ฆHari
tu tok kata ada ayat yang jadi ubat kan tok? Boleh ajar sikit.
๐ด Ya
memang ada banyak. Tapi tidak bolehlah kita ambil satu satu ayat tu macam
serapah Harry Poter, terus pling jadi. Semua tu kuasa Tuhan. Ayat tu hanya doa.
๐ฆOh
macam orang jalan atas air baca basmallah ye tok?
๐ด Lebih
kuranglah, Dia sudah baca basmallah entah berapa juta kali dengan tawadhuk dan
jadi amalan. Jadi makbullah, kita baru situ nak baca memanglah tenggelam.
๐ฆUbat
apa tok?
๐ด Pertama
doa ubat hati, macam ayat qursi, 3 doa baqarah,
5 doa Ali Imran dan banyak lagi. Kedua doa penyakit organ seperti sakit
mata, sakit jantung sakit buah pinggang, pangkerias, ada dalam surah Baqarah.
Ketiga gangguan makhluk, hantu dan sihir pun ada dalam Baqarah.
๐ฆBaqarah
aje ke tok ?
๐ด Tak,
ada banyak surah lain, macam Mukminum, Yasin, Kahfi, waqiah pun ada. Banyak
riwayat yang berkaitan dengan ayat-ayat camni.
๐ฆAjarlah
sikit-sikit tok.
๐ด Nantilah
senang-senang atok ajar tapi yang penting kita bersihkan hati dulu, banyakkan
zikir, buat amalan bangun malam, insyaAllah makbul. Kau tahu cerita Imam Ahmad
Hanbal.
๐ฆCerita
sikit tok.
๐ด Ada
orang kerasokan jin, maka di jemput Imam ahmad hambal tapi dia tak dapat pergi
dan mengirimkan kasutnya untuk dipukul kepada orang yang kerasukan itu. Belum
dipukul lagi jin tersebut telah lari kerana takutkansepatu orang zuhud macam
Ahmad Hanbal. Itu sebab ayat-ayat tu kena zikir sampai jadi darah daging, baca
dalam solat, mula dengan taawuz dan basmallah, ayat qursi kan awal tahun dulu
dah cakap?
๐ฆOh ingat
tok buat sikit sikit.
CRYPTIC 47
Khamis
19 rejab, 5 April 18 @ 10.23 pm.
๐ฆTok,
Hadis Bukhari no 1103 saya tak dapat carilah tok?
๐ด Bukan
menjadi tradisi golongan ulama salaf memberi nombor hadis.
๐ฆKenapa
Tok?
๐ด Banyak
sebabnya yang mencetak hadis berbeza jumlahnya , ada 7,124, atau 7,275, atau 7,563 atau malah
9.082
๐ฆSusahlah
macam tu Tok.
๐ด Ada
usaha menyusun kamus Hadis oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi (w 1967 M) dari kamus
hadis Arent J. Wensinck (w1939M); Orentalis University Leiden Belanda, Reda
sajalah kerana dunia islam itu luas pendapat berbeza, Kita bukan muhadith.
๐ฆAda
juga yang tak terima bukhari tok?
๐ด Susah
nak kata, Bukhari 194-265H, Abu Hanifah 80-148H, Maliki 93-179H, Syafiee
150-204H, Hambali 164-232H, Abu Hassan Assyari 260-324 H, Abu Mansur Maturidi
w333H, jadi faham fahamlah. Mereka berbeza zaman. Pengikut selalu kata imamnya
lebih rapat dengan zaman sahabat.
๐ฆWah
saya nak belajar ilmu hadis tok.
๐ด Dapat
tolong sahkan hadis merapu yang difoward kawan kau tu pun dah baik.
๐ฆHeh
heh……..
Nota:
1. Imam Bukhari (194 – 256H) menghafal 60,000
hadis dari 1080 rawi ada catatan menulis 600,000. Dia mengambil 16 tahun untuk
menyisih menjadi 7275 hadis dalam beberapa kitabnya tanpa diberi nombor.
2. Kaedah Alhamiyah menyusun hadis mengikut
sanad terdapat 5362
3. Kaedah Abdul Baki menyusun hadis mengikut
persamaan isi, terdapat 3033 menurut Fuad Abdul Baqi (w1388H/ 1967 M). Hadits
Shahih Bukhari berjumlah 7,563, atau selisih sekitar 439 hadits. Hal berbeda
ini diungkap oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (w852H). Menurut beliau, jumlah hadits
Shahih Bukhari; baik yang maushul sanadnya maupun yang mu’allaq, termasuk
mutaba’at dengan diulang adalah 9,082 buah hadits. Jumlah ini tidak termasuk
atsar dari shahabat mau pun tabiin yang ada dalam hadits Shahih Bukhari., Mukaddimah
Fath al-Bari, hal. 469). yang masyhur dari Ibnu as-Shalah (w643H) dan diikuti
oleh Imam an-Nawawi (w676H) adalah 7,275 buah hadits
4. Pencetak beri nombor mengikut hadis yang
disunting pengarang bila bilangan berbeza maka nombornya berbeza. Itu sebab
kena nyatakan kitab rujukan kalau hendak orang merujuk.
5. Hadis 1103 itu jika rujuk terjemahan Asal
kitab Al Jami’ush Sahih mencatat 7275 hadis telah disunting pengarang. menjadi
7,124, atau 7,275, atau 7,563 atau malah 9.082
6. Dicantum beberapa kitab dari Bukhari dan
ada dari orang lain seperti cetakan Maktab Al Halaby mesir. dicantumkan dengan
Hasyiah dari Imam Assindi (w1138H)
7. Jadi Hadis 1103 Bukhari itu jika kitab
terjemahan H Moh Abdai Rothomi Surabaya (1978) nombornya 1085, Jika terjemahan
H Zainudin Hamidy et all Payakumbuh, (1937) nombornya 609. Berbeza juga dari
Aplikasi Web seperti Belajar Islamsunnah.com 2016 mengandungi hadis 7008,
Sobatilmu.com. 2017 mengandungi hadis 7008. Dan banyak lagi.
8. Begitu juga hadis hadis lain seperti Sahih
Muslim, Ibnu Majjah, Abu Daud, At Tarmidzi, An Nasai’i,
CRYPTIC 48:
Selasa
23 Rejab, 10 april 2018 @ 11.00 am
๐ฆKalau
memetik bunga biar mekar
Kalau
memetik buah biar ranum
Kalau
memetik ilmu biar berakar
Kalau
memetik hadis biar bersanad rawi termaklum
๐ฆKalau
mengajar biar dengan hati
Kalau
berdoa biar dari sanubari
Kalau
memberi jangan dikira berapa baki
Kalau
hidup bahagia jangan lupa mati.
๐ด Kalau
petik bunga yang yang mekar, harumnya nanti lama bertahan.
Kalau
petik buah yang masak, Manisnya terasa sampai kedalam
Kalau
ilmu berakar kukuh, tidak kita tersesat jalan.
Kalau
hadis sahih bersanad, tidak malu seluruh alam.
๐ด Kalau
mengajar dengan hati, disayang murid sampai kemati.
Kalau
berdoa dari sanubari, sampai kearash sudahlah pasti.
Kalau
berkira bila memberi, sikit sangat faedahnya nanti.
Kalau
hidup tak ingat mati, rugilah tuan kemudian hari.
CRYPTIC 49:
Khamis
27 rejab, 13 april 2018
๐ฆTok
banyak orang pakat nak bersedekah sekarang tok.
๐ดInikan
bulan haram, Baguslah mereka sudah bersedia awal menyambut Ramadhan.
๐ฆMacamana
nak dapat pahala berganda tok.
๐ดPertama
iklas, orang mati pun nak hidup balik untuk bersedekah (Almunafiqun:10), kerana
pahala sedekah itu bukan saja dari ayat quran malah banyak hadis sahih dan
pendapat ulama. Sedekah adalah satu amalan yang tidak terputus dan pahalanya
terus mengalir.
๐ฆUntuk
ye tok, ini kira tabung juga yek.
๐ดBukan
tabung, Isi tabung akan kekal kalau kita tak tambah atau keluarkan. Tapi
sedekah ini adalah perniagaan dengan tuhan.
๐ฆBerniaga
ada untung rugi kan tok?
๐ดKalau
pendapat imam sayuti, dia gambarkan setiap sedekah yang tulus itu begini:
1. Gandaan
10 kali jika bersedekah kepada orang yang tidak berhajat pada sedekahnya.
2. Gandaan
90 kali jika bersedekah pada orang uta terkena musibah.
3. Gandaan
900 kali jika bersedekah kepada kerabat yang berhajat.
4. Gandaan
100 ribu kali jika bersedekah pada ibubapa.
5. Gandaan
900 ribu kali jika bersedekah pada orang alim dan faqih.
๐ฆBanyaknya
tok.
๐ดAda
hadis Ibnu Masud ra rasullulah saw bersabda kepada orang yang bersedekah unta
kejalan Allah “ Akan datang kepada kamu dihari akhirat seorang dengan 900 ekor
unta yang siap dengan talinya”. HR
Nasa’i disahkan oleh Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Al Hakim.
๐ฆKita
tak kaya tok camana nak sedekah?
๐ดSabda
Rasullullah saw: sesaorang mempunyai harta yang sangat banyak kemudian
mengambil 100 ribu dirham dan bersedekah, tetapi ada seorang yang tidak
mempunyai apa-apa kecuali 2 dirham, lalu yang satu dirham itu disedekahkan, itu
lebih besar pahalannya”. HR
riwayat Nasai dan Tarmidzi disahkan oleh Khuzaimah, Hiban dan Hakim. @waksab.blogspot.com
๐ฆKadang
kadang sedekah kita ikut orang, yang kita suka kita beri banyak kan tok.
๐ดAda
hadis riwayat Ahmad dan Thabrani dimana sesaorang bertanya kepada rasullulah
tetang sedekah yang utama, Sabda baginda: Adalah sedekah yang diberi kepada
sesaorang kerabat yang membenci dirimu.
๐ฆCamana
kalau berkongsi sedekah tok?
๐ดTok pernah terbaca riwayat tapi sudah lupa sanadnya. Lebih kurang begini: Ada seorang miskin, dia ada hanya satu dirham, kemudian bertanya bagaimana pahala sedekah dapat digandakan, Baginda bersabda, setiap jumaat ada seorang berderma 1000 dirham dimasjid, sebelum dia berderma pergilah titipkan 1 dirham itu dan minta dia campurkan dalam sedekahnya. Setelah berderma orang kaya tersebut berasa ragu, dan menemui Nabi bertanyakan bagaimana kedudukan sedekah dia dan sedekah fakir tadi. Nabi bersabda, engkau beroleh pahala 1001 dirham dan fakir itu juga mendapat yang sama.
๐ดTok pernah terbaca riwayat tapi sudah lupa sanadnya. Lebih kurang begini: Ada seorang miskin, dia ada hanya satu dirham, kemudian bertanya bagaimana pahala sedekah dapat digandakan, Baginda bersabda, setiap jumaat ada seorang berderma 1000 dirham dimasjid, sebelum dia berderma pergilah titipkan 1 dirham itu dan minta dia campurkan dalam sedekahnya. Setelah berderma orang kaya tersebut berasa ragu, dan menemui Nabi bertanyakan bagaimana kedudukan sedekah dia dan sedekah fakir tadi. Nabi bersabda, engkau beroleh pahala 1001 dirham dan fakir itu juga mendapat yang sama.
๐ฆWah
untung berkongsi tok?
๐ดHadis
ni tok tak dapat sahkan, takut palsu pulak. Tapi itulah amalan kita orang
melayu dulu, jika ada kenduri kahwin dikampung semua orang bawa sedekah, gula,
beras, kelapa, telur, duit dan sebagainya untuk dicampurkan dalam sedekah tuan rumah masa
kenduri.
๐ฆSekarang
kalau orang kahwin sedekah selepas makan tok?
๐ดKalau
sebelum tu maksudnya sedekah, untuk orang ramai yang makan kenduri tu, Kalau
selepas tu maksudnya hadiah kepada tuan rumah atau mempelai. Samalah juga macam
orang pergi haji atau umrah orang bersedekah masa orang itu hendak berangkat
agar sedekahnya tercampur dalam bekalannya melakukan perjalanan fisabillilah,
tak ada pulak orang bersedekah kepada orang yang balik haji. Itu pendapat tok
aje, engkau cheklah balik pada ahli berilmu. Mungkin pendapat tok ni salah.
Hati-hatilah.
๐ฆBagus
kalau kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul ye tok.
๐ด Oh……
CRYPTIC 50.
29
Rejab, 16 April 2018 @ 934 pm
๐ด Ibnu
Mas’ud berkata barangsiapa membaca 10 ayat baqarah syaitan tidak akan masuk
kerumahnya.
………Bacalah
Arzahrawain kerana keduanya seperti tompokan awan atau 2 bentuk payung, atau 2
kumpulan burung yang mengembangkan sayapnya keduanya bergaduh (berberusaha)
untuk membela pembacanya dihari akhirat. HR Ahmad dari Abu Ummamah.
๐ด Dah
masuk syaban, tok nak odit berapa ayat
dalam dada kamu.
๐ฆBoleh
tok. Kira periksa ye tok. Heh heh….
๐ด Fatihah:1,
Al Kafirun:109, Al Ikhlas:112 dan Muawizatain:113/114,
๐ฆ7+6 +6
+4 +5 = 28 ayat tok
๐ด Alam
nasrah:94, At thin:95, Al zalzalah:99, Al kautsar:109,
๐ฆ8 X
4 = 32 tok
๐ด Al A’La:
87 As syams: 91, Adhuhaa:93 Al qadar:97,
๐ฆ19
+15 + 11 + 5 = 40 ayat tok
๐ดAlhamdullilah
110 ayat telah kamu tanggungi pohonlah agar dia tidak terpadam dari hatimu. Bagi
surah yang panjang pulak,
Az
Zahrawain:2/3, Alkahfi:18,Yaasin:36, Assufaat:37,Al Fath:48,
๐ฆBaru
10ayat X6 = 60 ayat awal tok.
๐ด Alwaqiah:56
dan Al Mulk:67
๐ฆAl Mulk
habis 30 ayat waqiah sampai 26 ayat aje tok = 56 ayat.
๐ด Itu 116
ayat ayat dah. Campur yang tok tak Tanya, Hah tu sudah hampir 300 ayat dalam
dada kamu, kira banyak tu. Nanti hafal
lagi surah surah penting 3 atau 4 ayat untuk bacaan dalam sembahyang kamu. Ada
yang menjadi ubat kepada tubuhmu. Kalau quran itu ada 6236 ayat dapat 600 pun
dah kira 10%, sebagai tanda kita cintakan AlQuran, kita bukan Hufaz.
๐ฆWah
tak pernah pulak terfikir nak kira ayat yang kita hafal tok.
๐ด Ye
lah kalau kita ikhlas tak payah kira, tapi untuk tujuan tambah semangat baik
kalau kita tahu macam kita tahu maknanya. Selalu ingatkan janji Allah itu lebih
baik. Orang yang mengetahui itu seperti buah yang harum dan manis, yang tidak
mengetahui tu seperti buah yang tidak berbau tapi manis rasanya.
๐ฆAlahai
baru cinta 3%kan. He hee……
๐ด Dari
riwayat panjang dari Anas bin Malik kisah Nabi menegur imam yang suka baca
Surah Ikhlas setiap kali solat sebelum surah lain, ………..dia menjawab, kerana sesungguhnya
aku mencintai surah ini, Rasulluh saw bersabda, cintamu kepadanya memasukkan
kamu ke surga. HR
Al Bukhari 1/268 no 741, Hr At Tharmidzi 5/169 no 2901, Ahmad 3/141 no 12455
dan lain lain. @ almanhaj.co.id
๐ฆOh
hebatnya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan