Khamis, 27 Jun 2019

CRYPTIC 156-173



SYAABAN HINGGA SYAWAL


156: Hadis palsu ramadhan
157: viral merepek
162 :kenapa puasa
164HADIS PALSU SEDEKAH
168: BULAN TAWAF
169: HADIS PALSU TETAMU
170: KENAPA SOLAT
173: SURAH HURUF
174: MERUJUK CARA KRIPTIK

CRYPTIC 156, HADIS PALSU RAMADHAN 24 syaaban, April 30,19 12.39am:

Malam ni kita kembara kejap kat langit ke7, Hujan petang tadi jadikan langit jerubu sikit. Line tak klianq...

Ronda ronda jumpalah tulisan 22 Jul 2010 disusun oleh Yuliapurnama dibimbing Ustaz Ukasyah Arishunandar @muslim.org.id. MasyaAllah 12 hadis lemah dan palsu seputar ramadhan.

Tulisannya baik dan ilmiah, ingat nak petik sikit tapi faktanya panjang dan tersusun kemas, letih mengedit.

Jadi baca sendirilah. Baca jangan tak baca. (telah diedit dan diangkat berasingan @ pancalusa.blogspot.com/hadis viral bulan Ramadan)

Kemudian 6 Oct 2011, @ www.slideshare.com naik jadi 36 hadis palsu dan lemah. (Tengah download ni)

Jadi bila kita mendengar tazkirah ustaz ustaz sempena bulan ramadhan ini hati hatilah berkongsi, takut yang dipetik itu jadi DUSTA pada Nabi saw.

Paksu merasa terlalu kecil bila membaca hujah yang ilmiah begini. Camana nak kata yergh....

CRYPTIC 157 VIRAL MEREPEK 24 Syaaban. April 30,19 9.36 pm,

Dah lebih 2 tahun paksu jadi cybertroper menjelaskan perkara palsu dalam medsos.
Ada yang terima ada yang leftgroup. Cuma takut dituduh wahabi. Jadi hati hati bila menegur. CRYPTIC Mengajar untuk kita berfikir, merujuk, bercanda minda dan melihat hujah.

Perkara ini dah dibincang lama tetapi ada trend yang viral dan foward balik perkara merepek lewat 2016-2019, itu yang terpanggil nak buat group CRYPTIC ni agar kita faham tujuan bersosial.

Syarat viral merepek:
1. Hadis tak bersanad.
2. Mintak viral nanti dapat ganjaran.
3. Campurkan yang benar dan yang palsu.
4. Orang mengarang pakai nama samaran atau tak bernama. Bila kita foward, kita malukan diri sendiri.
5. Ceramah ustaz glamer/cari makan. Main bantai aje tanpa rujukan untuk ambil perhatian.

Kita kena conform dengan rujuk banyak guru, dan orang yang berilmu. Jangan TAKSUB hanya guru/ustaz kita yang benar.
Semoga CRYPTIC membantu sedikit sedikit dalam mencari REDHA.

CRYPTIC 158, DOA MALAM 28 Syaaban Mei 4/19. 7:10pm,

Malam ini 3.08 am mula sepertiga malam, doa malam seperti anak panah yang dilepas dari busurnya. Cuma ada tempoh mengenai tepat pada sasaran. Bila? Hanya Allah swt yang tahu. Maka berdoalah. Beristifarlah diwaktu sahur.



CRYPTIC 159, SELOKA 27 Saaban Mei 3/19, 6:21pm,

Apabila Ramadan tiba: Terasa umur meningkat mengejar dunia. Jadi:

Banyak berfikir sebab dari mentaksir akibat.
Banyak mengkaji alam dari mengeji orang.
Banyak mencanda minda dari membawang lagha.
Banyak bersujud dari berjalan.
Banyak melihat dari bercakap.
Banyak menangis dari ketawa.
Banyak menelan kata dari menyampai dusta.
Pohon maaf dan memaafkan.
Pohon Ihsan bukan Ganjaran.
Pohon redha saat kematian.

Selamat menyambut Ramadan.


CRYPTIC 160, SENDALOKA 1 Ramadan, Mei 7/19, 1:08 AM.

Tahukah kamu satu keistimewaan kita dibulan ramadhan.
Terbuka hijab. Kamu boleh merasa seolah olah kamu berada dihadapan Kaabah.

Caranya:

1. Bangun selepas jam satu malam.
2. Berzikir tiga kali, hijrah hijrah, hijrah. Tiga kali sahaja, kalau lebih dikira ajaran sesat. 3 kali tu untuk elakkan lupa.
3. Kemudian bukalah TVhijrah. Kaabah akan berada dihadapan mata.

Maaf ustaz: Ini mamai satu ramadhan he he .....

CRYPTIC 161: 7 Ramadan, Mei 12/19. 1:23 am

Dah nak masuk minggu kedua ramadhan. Seronok ramadan ni kerana kurang ke BAZIR ramadan. Memang membazir.

Selain dari diberi kekuatan bekerja, berpuasa, bersahur, bertadarus, paksu berpeluang melihat kaabah setiap malam (melalui TVHijrah, Kira Kasyaf tu he he...)

Terasa sangat relax solat tarawih, benarlah kata setengah pendapat bersenang senang beribadah. Bukan seperti setengah video masjid mana tah, solat tarawih cam berlumba. Siapa cepat siap. Jika kita bersenang senang banyak yang boleh kita buat, barakah lagi.

Satu yang menarik ramadhan ni seperti rejab tahun lepas ialah sebaran hadis palsu dan dhaif. Betullah pepatah ilmu itu seperti memanjat gunung yang entah mana puncaknya.

Dalam mempelajari perkara ini banyak ilmu hadis yang kita kenal. Banyak juga sahabat, penulis, penceramah dan ustaz yang main balun atas nama HADIS.

TAK MALU KE?????

Contoh: kalau nak bermaafan tak payah rujuk hadis, kalau nak galakkan orang buat kebaikan tak payah rujuk hadis lemah atau palsu. Cakap aje kan senang.

Hati hatilah.... berbuat amal dan mencari pahala.

CRYPTIC 162: KENAPA PUASA? 7 Ramadhan, Mei 12/19. 648pm,

Soalan KBAT dulu-dulu:

Sudah 7 hari kita berpuasa pernahkah kita bertanya atau ditanya kenapa kita berpuasa,

1. Kalau kerana ganjaran pahala, tapi kenapa banyak ustaz/netizen terpaksa guna hadis palsu/daif.
2. Kalau kerana merehatkan tubuh tapi kenapa masjid tergopoh gapah buat aktiviti, bertarawih berlumba cepat habis sampai tak larat nak ikut,
3. Kalau nak merasakan kelaparan dan kedaifan orang miskin tapi kenapa orang miskin pun kena puasa dan berbuka ala kadar, kita berbuka Alacarte.
4. Kerana melawan nafsu perut tapi kenapa balik BAZIR ramadan berbondong makanan membazir lagi ada.
5. Kerana melawan nafsu sahwat, tapi tak kurang pun nafsu bertambah lagi ade la.
6. Kerana membaiki akhlak tapi 95-97% orang berpuasa sebulan tidak mencapai apa apa kemajuan atau balik asal perangainya. Lebih teruk akhlaknya.
6. Gembira berbuka dan gembira berhari raya, hak tu cam betul sikit sampai senak 3 mug air sekali jalan magrib tu beratttttt..., kalau raya makan sebulan puasa 6 pun tak sempattttt.........
7. Kerana mendekatkan diri kepada Allah dan mencium wangi ramadhan (the real ascent of ramadan) pada amalan seperti zikir, tadarus, solat malam sedekah, tapi kenapa walaupun kita buat semua kajian mengatakan hanya 5% muslim yang dapat wangi ramadhan itu.

AWAS soalan ini sebahagian besar muslim GAGAL menjawabnya. (di ubahsuaikan dari video ceramah Mufti Menk)

CRYPTIC 163: 8 Ramadan, Mei 13/19. 954pm

Alhamdulilah menghampiri 10 ramadhan, Bererti:

1. Menghampiri khatam Alquran.
2. Menghampiri kepuasan solat malam.
3. Menghampiri menutup hati pada 2 dorongan nafsu, iaitu nafsu perut dan nafsu syahwat yang membawa kepada dorongan dunia.
3. Menghampiri dorongan akhirat seperti solat, tadarus, zikir dan doa.
4. Menghampiri kegembiraan dalam ibadah.

Yang menyegarkan tubuh bukan makanan tetapi ibadah.
Yang menyukakan hati bukan dunia tetapi mendapat barokah.

Bagaimana solat boleh menyegarkan sila rujuk buku:

1. Saintifik solat oleh abdul Hizam mansur dll cetakan ibnu katsir.
2. Solat: Kebaikan dalam perspektif sains oleh fatimah ibrahim dll cetakan UM.

Semoga 20 hari kita menemui kebaikan dan mendapat redha.

CRYPTIC 164: HADIS PALSU SEDEKAH 10 Ramadan. Mei 14/19. 1157pm,
Allahuakbar:

Belum pun mustaid kajian Pakusu pasal hadis dhaif/mauduk bulan ramadhan.
Masuk pula 20 hadis dhaif/mauduk tentang sedekah.

Perkara ini telah dibincangkan lewat 2010-2013 kemudian divairal balik 2019. Tak tahu siapa memulakan atau mengarangnya. Berhati hati dalam keghairahan mencari pahala nasihat bersedekah dengan menyandarkan kepada hadis palsu.

Kalau nak galakkan bersedekah, cakap sedekah sahaja.
Kalau nak pakai hadis rujuk yang baik dan boleh dipegang.

Ingat prinsip asas viral, dihujung catatan dia mesti mintak kita edarkan pada sebanyak banyak untuk dapat pahala, itu ciri orang nak beri kita jadi tak berapa cerdik.

Wallahualam.

CRYPTIC 165 SELOKA 10 Ramadan Mei 15/19. 10:32 PM,

Hai Anak,

Jangan kau jual akhirat dengan ganjaran sedikit.
Jangan kau jadikan ibadah untuk mendapat fadilat dunia.
Jangan kau jadikan pahala. Syurga, neraka dengan hukum yang engkau tentukan.
Jangan engkau mencari pangkat dan nama dengan kerja ibadah untuk Tuhanmu.
Jika engkau mencari redha Allah, pastikan engkau sentiasa membuat persembahan (performing) yang terbaik dan paling ikhlas hanya untuk DIA sahaja.

CRYPTIC 166: KUBUR 10 Ramadan, mei 15/1911.36 am

The True North (TTN). Yang tersah dan terperchaya.

Maqam adalah warisan tradisi Melayu, sama tradisi pyramid, Terakota, Tajmahal atau shrine atau Thomb.

Bagi tanah wakaf islam:

1. Kiblat adalah TTN bagi kubur dan orang tidur.
2. Batu nisan adalah TTN bagi dahi, kepala atau sahadah. Kedua, bagi sulbi, punggung atau tasbih. Keduanya dielak dilangkah atau dipijak atau duduk diatasnya.
3. TTN Fesyen batu nisan: Acheh, Melayu Rhiau, Jawa, bugis, Batu ACHEH WARISAN JOHOR.
4. Kepok tidak sama saiz, TTN perlu sama bahagian kepala sahaja.
5. TTN bagi kubur adalah 2 kaki dikiri kanan tanda kepala.
6. TTN bagi kesempurnaan tanah wakaf.???? ENTAHLAH .. adakah kita bangsa yang lebih kurang.... yang banyak itu kurangnya ...

Yang berakal jangan MENGAKAL.
Yang pandai jangan MEMANDAI.
Yang bodoh jangan MEMBODOH.
Yang berpangkat jangan MENGANGKAT-ANGKAT.
Yang memimpin jangan marah DIBIMBING.
Yang berilmu jangan macam DUNGU.
Yang berkuasa jangan tidak KUASA.

TTN, Kita tidak mengharap apa apa dari penghuni kubur. Merekalah yang Berharap dari kita.

CRYPTIC 167: SENDALOKA 14 Ramadan Mei 19/19.158 am,

Sendalukahati. (sendaloka sukahati)

Buat aje kan senang!
Yang senang tu tak cun lah bang.

Buat aje lebih kurang!
Yang lebih tu kurangnya lah bang, lagi tak cun.

Buat aje agak boleh!
Yang agak tu cam gagak bang, hitam tak cun jugak.

Buat aje mana boleh!
Sampai mati pun tak improve bang, asek buat yang boleh je, ini tak cun lansung bang.

Ko posa tak?
Abang ingat saya kape ke? Hah ni baru cun bang.


CRYPTIC 168: BULAN TAWAF 25 Ramadan Mei 30. 517pm,

Jadilah orang cerdik,
Semalam viral tentang bulan tawaf, bila baca kita dapat kesan pembohongan bila:

1. Edarkan sebanyaknya.
2. Mengedarkan dapat kebaikan dan yang abaikan dapat keburukan.
3. Berkata amin pun mendapat keberkatan Allah.
4. Guna nama ustaz abd somad fb.

Awas kepada iktikad yang salah.

CRYPTIC 169: HADIS PALSU TETAMU 5 syawal, Jun 9/19.613pm,

Masuk viral hadis mengenai memuliakan tetamu, berhati hati dalam menyebarkan, berikut adalah contoh hadis palsu, dhaif, atau SAHIH. Dipetik @ syamsulhadisyukur.Blogspot.com

JAWAPAN (STATUS HADIS PERTAMA):

Hadis terjemahan bahasa Melayu yang TIDAK MENYATAKAN nama perawi hadis (ulama yang merekodkan hadis), nombor hadis, matan hadis (bahasa Arab), sanad hadis, takhrij hadis dan judul kitab yang merekodkan hadis. Hadis tersebut dimulakan dengan ayat: Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu...........

JAWAPAN (STATUS HADIS PERTAMA):

Ada pun kisah Rasulullah SAW dengan wanita tersebut, maka ia merupakan suatu KHURAFAT (MITOS atau DONGENG semata-mata) dan hanyalah penceritaan (KISAH YANG DIREKA-REKA), serta meletakkannya (menjadikannya) PENDUSTAAN ke atas Rasulullah SAW, dan TIDAK WUJUD baginya (hadis atau kisah tersebut).

HADIS KEDUA:

Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika Allah mahukan kebaikan bagi sesuatu kaum, (maka) Dia memberikan untuk mereka hadiah." Mereka (para sahabat) bertanya: "Apakah hadiah itu?" Baginda bersabda: "Tetamu (yang disebabkan kerana kedatangannya) menurunkan rezeki untuknya (tuan rumah), dan dia (tetamu) membawa pergi (keluar bersama-sama) dosa-dosa ahli rumah (keluarga tuan rumah)."

JAWAPAN (STATUS HADIS KEDUA):

.ضعّفه الحافظ السخاوي والألباني

Maksudnya: (Hadis tersebut) DIDHA'IFKAN oleh al-Hafiz as-Sakhowi dan al-Albani.

.وهذا الحديث ضعيف جداً قريب الموضوع مداره على الضعفاء والمتروكين

Maksudnya: Dan hadis ini SANGAT LEMAH yang menghampiri (kepada status) PALSU (yang biasanya berada) disekitar orang-orang (periwayat-periwayat) yang LEMAH dan DITINGGALKAN.

Maksudnya: Maka sesungguhnya diriwayatkan oleh ad-Dailami: "Telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abu Muhammad al-Hasan bin Ahmad al-Hafiz secara bertulis, telah mengkhabarkan kepada kami oleh Abu Usman as-Sobuni, telah menceritakan kepada kami oleh Abdullah bin Hamid, telah mengkhabarkan kepada kami oleh Ibnu Bilal al-Bazzaz, telah menceritakan kepada kami oleh Sahafawaih bin Marabar, telah menceritakan kepada kami oleh Ma'ruf bin Hisan, telah menceritakan kepada kami oleh Ziyad al-A'lam, daripada al-Hasan, daripada Anas dengannya."

"Ma'ruf bin Hisan ialah seorang MUNKARUL HADIS." Ibnu 'Adi telah berkata (bahawa): "(Ma'ruf bin Hisan ialah seorang) MUNKARUL HADIS. "Ibnu Abi Hatim telah berkata, daripada ayahnya (bahawa): "(Ma'ruf bin Hisan ialah seorang yang) MAJHUL."

HADIS KETIGA:

".الضيف دليل الجنة"

Maksudnya: "Tetamu adalah (menjadi) dalil/bukti (memimpin ke) syurga."

JAWAPAN (STATUS HADIS KETIGA):

Ulama berkata:

.لم أره في شيء مِن كُتب السنة، ورأيته في بعض كُتب الرافضة

Maksudnya: "Aku TIDAK PERNAH melihatnya (hadis tersebut) di dalam mana-mana penulisan (kitab) as-Sunnah. (Tetapi) aku melihatnya di dalam sebahagian penulisan (kitab) golongan ar-Rafidhah (SYI'AH)."

.وحديث : "الضيف دليل الجنة ". لا وجود له
.وقول علي ذاك أيضا لا وجود له

Maksudnya: Dan hadis: "Tetamu adalah (menjadi) dalil/bukti (memimpin ke) syurga." (Hadis ini) TIDAK WUJUD baginya. Dan pendapat Ali begitu juga bahawa (hadis ini) TIDAK WUJUD baginya.

.وهذا الحديث ليس له أصل وهو كذب موضوع من أباطيل الرافضة قبحهم الله, وهم بيت الكذب وأصله وأساس بنيانه

Maksudnya: Dan hadis ini TIADA ASAL baginya, (tetapi) ia adalah DUSTA dan PALSU daripada perbuatan-perbuatan BATIL ar-Rafidhah (SYI'AH) (semoga Allah SWT mencela perbuatan mereka). Dan mereka (SYI'AH merupakan) rumah (pusat) pendustaan, dan (mereka) memulakannya, dan (mereka) mengasaskan binaannya.

HADIS KEEMPAT:

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia menghormati jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

Hadis ini SAHIH. Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6018, 6136, 6475), Muslim (no. 47), Ahmad (II/267, 433, 463), Abu Daud (no. 5154), at-Tirmizi (no. 2500), Ibnu Hibban (no. 507, 517, at-Ta’liqatul Hisan), dan al-Baihaqi (VIII/164)].

CRYPTIC 170: SOLAT 5 syawal Jun 9/19. 940 pm,

Bulan syawal yang barakah, ada yang dah raya 6, ada yang terkial kial lagi,
Ibadah itu kena rajin, baca selalu doa ibrahim dalam cryptic yang lepas insyaAllah.
Solat pulak memang malas nak mula tapi bila sudah mula kita akan sayang nak berhenti.

Antara syarat yang membantu secara saintifik:

1. Baiki pernafasan. Semasa rukuk dan sujud. sehingga kamu tenang. Kata hadis.
2. Baiki kedudukan urat semasa sujud dan pergerakan. Solat itu menggerakkan semua sendi tulang agar darah berjalan lancar.
3. Letakkan/sentuh point penting tubuh, seperti letak tangan masa kiam, duduk tahyat dan masa syahadah.
4. Set minda dengan hafalan, misalnya nak habiskan addhuha dari zuhur hingga iklas solat witir. ATAU mula Baqarah, Imran, Dhukhan, waqiah, tabaraq, mengikut kemampuan hafalan. Jadi kurang solat siang kena habiskan juga pada solat malam yang panjang.
5. Sentiasa memohon agar Tuhan merengankan kita beribadah ketika mula dan sujud bersyukur kalau kita lancar dan dapat lakukan apa yang kita telah rancang.
6. Ubah habit keluarga, misalnya makan jika biasa sebelum magrib, tukar masa makan sebelum magrib agar magrib hingga isyak ada masa yang panjang. ATAU tidur/rehat sekejap sebelum solat agar ada tenaga.
7. Jangan tergopoh gapah ketika mengambil wudu' atau mengangkat takbir dan pergerakan solat. Anggaplah kita berada dalam majlis besar yang ramai orang.
8. Baca quran lepas solat, ATAU menunggu solat ini amalan yang baik walaupun sedikit.
9. Berdoa agar ahli keluarga dan sahabat termasuk member CRYPTIC sentiasa diberi kekuatan mengaji dan solat.
Amin.

CRYPTIC 171: SELOKA 6 syawal, Jun 10/19. 159pm,

Setiap kali kita beli alat eletronik ada jenama, buku manual dan kad jaminan:

Maka Allah mencipta manusia juga dengan jenama, buku manual dan kad jaminan, itulah yang disebut bangsa, kitab Allah dan Umur.

Terpulanglah kepada kita untuk service, atau main lenjan, jadi kalau rosak jangan sekali kali kamu merungut dan salahkan kilang.


CRYPTIC 172: 9 Syawal, Jun 13/19

Cepatnya masa memotong kita. TADARUS Ramadhan sudah lama kita tinggalkan, SOLAT malam sudah makin berkurangan, beratnya hendak berwitir. PUASA syawal terkial kial.

Bacalah Doa Ibrahim as. bebanyak, QS 14:40-41, TOK JALI boleh tunjukkan.

Bagaimana nak menghabiskan surah Addukhan, Waqiah, Alhadid, Alhashir, Almulk dalam solat malam kamu???? Kecuali perbanyakkan solat sunat dan solat qada'.

Baca garismasa @ pancalusa.Blogspot.com, kamu akan tahu bagaimana solat 50 rakaat dilakukan. Baca semula cryptic lepas bagaimna membaca 1000 ayat dalam solat malam.

CRYPTIC 173: SURAH HURUF 10 SYAWAL, Jun 14/19,

Bagi manusia yang menafikan AlQuran itu Qalam Allah, mereka telah dicabar bagi mengarang walau satu surah. Dan Allah menurunkan 29 surah yang bermula dengan huruf, yang tidak dapat ditakwil manusia.

1 huruf 3 surah, 2 huruf 9 surah, 3 huruf 13 surah, 4 huruf 2 surah, 5 huruf 2 surah.
14 huruf digunakan sebanyak 78 kali. Setiap huruf ini diiringi dengan perkataan, KITAB 19 kali, QURAN 5 kali, WAHYU sekali, QALAM sekali, DZIKR sekali.

contoh: Alif laam miim, zalikal KITAB….

 Fadzliana jelaskan

Semoga hati kita menjadi kantung kepada Qalam Allah.

Berdoalah agar tidak dihilangkan apa yang ada di dalam hati kita sehingga kita melihat wajahNya.

Mengikut para hufaz, ayat itu seperti anak gadis, ia mudah merajuk dan meninggalkan hati kita. Berhati hatilah.

A. Satu Huruf

1.Surah Sod (38:1)
2.Surah AlQalam (68:1)
3.Surah Qaf (50:1)

B. Dua Huruf

1.Surah Tho Ha ( 20:1 )
2.Surah An-Naml ( 27:1 )
3.Surah Yasin ( 36:1 )
4.Surah Ghafir ( 40:1)
5.Surah Fussilat ( 41:1)
6.Surah Al-Zukhruf ( 43:1)
7.Surah Ad-Dukhan ( 44:1)
8.Surah Al-Jathiyah ( 45:1 )
9.Surah Al-Ahqaf ( 46:1 )

C.Tiga Huruf

1.Surah Al-Baqarah ( 2:1)
2.Surah Ali Imran ( 3:1)
3.Surah Al-'Ankabut ( 29:1)
4.Surah Al-Rom ( 30:1)
5.Surah Luqman ( 31:1)
6.Surah Al-Sajdah ( 32:1 )
7.Surah Yunus ( 10:1)
8.Surah Hud ( 11:1)
9.Surah Yusuf ( 12:1)
10.Surah Ibrahim ( 14:1)
11.Surah Al-Hijr ( 15:1)
12.Surah Asy-Syu'ara' ( 26:1)
13.Surah Al-Qasas ( 28:1)
14.Surah Asy-Syura ( 42:2)-ayat ke 2

D.Empat Huruf

1.Surah Al-A’raf ( 7:1 )
2.Surah Ar-Ra'd ( 13:1 )              

E.Lima Huruf

1.Surah Maryam ( 19:1 )
2.Surah Al-Syura ( 42:1) dan (42:2) ………Tok Jali Jelaskan:

(Di Rujuk berdasarkan video ceramah Dr Jamilin Kamilin)

CRYPTIC 174: MERUJUK CARA KRIPTIK

Contoh merujuk petikan untuk CRYPTIC (SIKIT SIKIT):

1: SUBJEK:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi seperti mana ia diturunkan, nescaya surah ini akan menjadi cahaya baginya pada hari Qiamat dari tempat tinggalnya sehingga ke Makkah.

Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, kemudian Dajjal keluar (datang), (nescaya) Dajjal tidak akan dapat membahayakannya.

Dan sesiapa yang berwudhuk, kemudian dia mengucapkan: “Subhanakallahumma wa bihamdika la ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik”, maka (pahalanya) akan ditulis pada lembaran putih yang bersih, kemudian dicetak dengan alatan (cetakan), dan (lembaran tersebut) tidak akan koyak (hancur) sehingga hari Qiamat.”

2: RUJUKAN:

- [Hadis SAHIH. Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dalam Amal al-Yaumi Wa al-Lailati (no.81 dan 952), at-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (II/123, no.1455), dan al-Hakim (I/752, no.2072) serta beliau berkata: "Hadis ini SAHIH sesuai dengan syarat Imam Muslim, tetapi kedua-duanya (Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) tidak mengeluarkannya (di dalam kitab Sahih masing-masing)."].

3. SUMBER PETIKAN:

Dipetik @ syamsulhadisyukur.Blogspot.com

CRYPTIC itu pencinta ILMU, pemikir ILMU, pencari REDHA.


Tiada ulasan: