
CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsapp Tengku Teh. Dialog ini antara seorang Atuk 👴 (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya 👶 (Ahmad Rejab), dialog ini merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. CRYPTIC 1-33 dan CRYPTIC 34-43, CRYPTIC 44-50 telah diangkat @ pancalusa.blogspot.com. dan group baru CRYPTIC diwujudkan. Sesiapa yang berminat hubungi admin untuk menjadi ahli group CRYPTIC .
Sya’aban
CRYPTIC 51:
Sabtu 5 saaban 21 April 2018 @10.34pm
👶 Tok nak tanya, betul ke, juzuk tu benda baru?
👴 Hah Ahh. Jibril. Nabi saw, sahabat tidak menetapkan juzuk. Mereka pakai surah. Jadi hati hati kalau orang kata hadis 30 juzuk. Nusantara ni, suka nombor 30. Quran 30 juzuk, huruf 30, salah tu.
👴Quran pertama catatan Zaid bin Tsabit. Atas perintah Abu Bakar ra. Kemudian disimpan oleh Umar ra. Kemudian Habsah ibni Umar ra.
Masa Utsman ra. Beliau arahkan Zaid dan 3 Quraish untuk tulis semula kerana ramai hufaz shahid dalam perang. Salinan mushaf otsmani dihantar ke Kuffah/Basrah dipanggil Iraqi, Salinan ke Syam dipanggil Syamy, salinan Mekah/Madinah dipanggil Hijazy, Salinan ditulis di atas kertas kecuali salinan khalifah atas kulit. Naskah lain dibakar untuk elak perbedaan.
👶 Ada lagi ke sekarang?
👴Tinggal satu naskah di Taskent, Uzbakistan yang ada percikan darah Otsman Affan ra pada surah AlBaqarah. Satu lagi di muzium Topkapi, Istanbul, Turki. @almanhaj.com
👶 Camana rupa dia tok?
👴Quran dulu tak ada titik. berharkat atau I’rab. Kerana mereka Arab dan diambil loghat quraisy jika ada perbedaan. Kemudian diberi titik oleh Nasr bin Ashim Al Laittsi atas perintah Hajaj. Abdul Aswad Ad Dua'ali tabiin Basrah meletakkan nauhu. Kemudian Al khalil Ahmad Alfaridhi memindahkan I'rab (tanda huruf) menjadi bentuk sekarang. @m.voa.islami.com April2015
Masa Hajaj (w110) membahagikan quran kepada 30 juzuk. 10 helai atau 20 muka, 1 muka itu 15 baris. Bagi tujuan khatam sebulan.
Dibuat Hizb seperempat juzuk untuk bacaan solat zuhur, asar dan maqrib dan isyak. Dipanggil Al Rub seperempat, Al Nisf setengah dan Assalsalah tiga perempat.
👶Ohh camtu. Nanti sambung lagi tok.
👴WOKEY.......
CRYPTIC 52
Khamis 10 saaban 26 april 18 @2:39 AM
👴 Dah 10 saaban, bagaimana zikir kau?
👶 Alhamdullilah, banyak kali dah sujud tilawah.
👴 Atuk sibuk sikit, nak sambung cita lepas. Sahabat bagikan quran tu pada 7 ikut surah, 3,5,7,9,11,13 dan mufasal. kerana mereka khatam seminggu sekali, macam tok ceritakan dulu.
👶 Ingat tok, tapi kenapa ada yang tak suka.
👴Ramai ulamak kritik juzuk ni kerana khuatir kita mulai kalimat tidak sempurna, bahkan boleh mengubah maksud. Mereka termasuk Imam Nawawi dan Ibnu Tamiyyah.
👶 Ada salah ke Tok?
👴 Perbuatan manusia kurang cermat. Mereka kesan sekurang kurangnya 7 juzuk kurang tepat.
1. Juzuk 5 surah 4 Annisa, baik dimulakan dari ayat 23 atau 26.
2. Juzuk 13, surah 12 Yusuf. Hendaklah dimulakan pada ayat 50 atau habiskan ayat 58 dan mulakan ayat 51.
3. Juzuk 20, surah 27 An Naml. Hendaklah mulakan ayat 54 atau lebih sempurna tamatkan ayat 58 dan mula ayat 59.
4. Juzuk 22, surah 33 Ahzab, hendaklah mulakan ayat 30. Atau lebih sempurna tamatkan ayat 34 dan mula ayat 35.
5. Juzuk 23, surah 36 Yaasin, Hendaklah mulai ayat 20, atau lebih sempurna akhiri ayat 50 dan mulakan ayat 51.
6. Juzuk 25, surah 41 Fursilat, jika ingin sempurna tamatkan surah Al fursilat dan mula dengan surah Assyura',
7. Juzuk 27, surah 51 Adz Zariyaat, mulai ayat 24 atau lebih sempurna kita akhiri ayat 46 dan mulakan ayat 47. @ rumah tajwid.com mac17.
👶 Kenapa tidak dibaiki tok?
👴Itu hanya pendapat, kan kita ikut fatwa. Yang penting kita baca dan amalkan, orang bijak pandai lebih tahu, kita makna, nauhu, sejarah berkaitan ayat pun tak tahu. Berhenti pun ikut suka. Cuma berhati hati bila tahu. Baik kalau quran yang ada makna dan betajuk jadi kita tahu kat mana tajuk baru tu bermula. Mudahlah tu.
👶 macamana kalau ikut ain ngan muka tok.
👴 hati hati saja lah
CRYPTIC 53
16 saaban 1439 @
Ya Allah, engkau jadikan hati hati kami karung kepada AlQalam.
🌷Di tanah haram telah khatam pagi ini 30 juzuk ayat ayatmu, maka bermulalah muka pertama kitabmu ketika ini, engkau bukalah hatiku, dan hati hati keluarga dan sahabat sahabatku agar sama sama memulakan bacaan Alquran dan berkhatam.
24 Saaban may 9,2018 @ 11.20pm
Marilah kita habiskan masa senggang dengan nenghafal Baqarah 2:74 yang bermaksud, “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras saperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu batu itu sungguh ada yang mengalir sungai sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.”
Bacakan pada juz apple + pasli + Alovera + timun, insyaAllah dapat membersihkan buah pinggang dan pundi kencing dari karang
CRYPTIC 54:
Jumaaat 25 syaaban, 10 mei 2018 @ 11.43 pm
👴 Tahu camana nak sambut Ramadhan?
👶 Orang kampung mantai, tok. Potong lembu, buat rendang. Best sangat tok.
👴 huh, tahu makan je cucu atok nih, cuba pikir.
Kita kan nak puasa, dah biasakan puasa rejab, syaaban?
Kitakan nak terawih dah biasakan isyak 11 rakaat?
Kita kan nak puasa, dah biasakan puasa rejab, syaaban?
Kitakan nak terawih dah biasakan isyak 11 rakaat?
Kitakan nak khatam dah khatam syaaban?
Dah mula balik, bawa bekal berapa juz untuk ranadhan?
Harapkan mula puasa tak akan khatamnye.
Kitakan nak bangun bersahur dah mula berlatih tidur awal dan bangun tahajud?
👶 alah tok, belum masuk gearlah tok. Kenapa tok tak cakap awal?
👴 hush .... dah berapa kali tok ingatkan kau tu buat de’ aje?
👶 heh heh ampun tok kita sibuk pilihanraya. ....
👴 pergilah ke kubur mak bapak kau, hantar sikit sedekah. Manalah tahu tuhan bagi pelepasan pada rohnya ramadhan ini, tak lah sedih sangat dia. Harta pusaka kena jadi sedekah jariah bukan jadi rebutan, ingat pesan tok tu. Telangkup tangan malaikat nanti.
👶 hmmmm.......😭😭
RAMADHAN
CRYPTIC 55:
Jumaat 10 ramadhan 25 may 18 @0.48 pm
👶 Atuk ..... , lama tak jengah.
👴 Atuk sibuk jadi bomoh orang politik, ada yang nak mintak perlindungan, ada sampai nak bunuh orang. Heh heh politik gila....
👶 hebat tu, betul ke tuk.
👴 Heh heh tok gurau je. Sebenarnya doa yang baik tu kita buat solat sendiri, baca Yasin dan Tabarak sendiri. Ayat quran yang baik dibaca dalam solat, ni ramadhankan kita bangun sepertiga akhir malam, buatlah solat dan doa dalam sujud. Mana tahu kena waktu afdhal, terus lulus. Yang suruh orang lain buat tu kurang sikitlah. Lebih lebih lagi orang pendosa macam tok ni. Heh heh.
👶 Tu ada yang mintak kerosakan orang tu camana tok.
👴 Itu sihir. Baca Albaqarah 2:102, “mereka mengikut apa yang dibaca syaitan masa kerajaan sulaiman. Dan meteka mengatakan sulaiman itu kafir (kerana melakukan sihir), padahal Sulaiman itu tidak kafir (mengerjakan sihir), syaitan itulah yang kafir, mereka mengajar sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan oleh dua orang malaikat dinegeri Babil iaitu Harut dan Marut.”
👶 Dua malaikat??
👴 ia, sedangkan kedua mereka tidak mengajar kepada sesaorang sebelum mengatakan" sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu sebab itu janganlah kamu kafir"...... dan mereka ini tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesaorang kecuali dengan izin Allah.
👶 Hebat ayat ni tok.
👴 ..... dan barang siapa yang menukar, (kitab Allah) dengan sihir tiadalah keuntungan baginya diakhirat. Dan amat jahatlah perbuatan mereka diri mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
👶 ........oh......
👴 Hafal ayat tu, baca selalu, insyaallah terhindar dari fitnah manusia jin dan syaitan.
CRYPTIC 56 Azab Neraka
Jun 1, 2018. @ 3.11 am
"Dan tidak ada seorang pun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut." [Surah Maryam: 71-72]
Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya, dimulai dari kulit sehingga ke dagingnya, sehingga orang yang melalui jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebahagian daripada mereka yang melalui neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Dimanakah jambatan itu?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."
CRYPTIC 57
18 ramadhan, Jun 2,2018 2:00 pm,
Orang bertanya tentang Sambutan Nuzul AlQuran, sekadar menyatakan pandangan yang dirujuk.
Pertama: Tidak ada hadits seperti ini, baik dalam kitab Shahih, Musnad, Jaami', Mu'jam, Sunan, dan lainnya. Baik oleh Imam Al Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At Tirmidzi, Imam An Nasa'i, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad, dll.
Ini hanyalah buatan dan rekayasa orang-orang tidak bertanggungjawab, pembuat hadits-hadits palsu diera media sosial.
Kedua: Mengada-ada dalam Agama dan Menyelisihi petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wa sallam
Padahal kepada beliaulah Al-Qur’an diturunkan, dan beliau adalah sebaik-baiknya teladan di dalam mengamalkan Al-Qur’an, mengapa ada orang yang merasa lebih tahu dari beliau dalam membuat-buat cara baru untuk mengamalkan Al-Qur’an?!
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mengada-ngada dalam agama kami ini suatu ajaran yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah radhiyallahu’anha]
Dalam riwayat Muslim,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهْوَ رَد
“Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada padanya perintah kami, maka amalan tersebut tertolak.” [HR. Muslim dari Aisyah radhiyallahu’anha]
Mufti Saudi Arabia Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Aalusy Syaikh rahimahullah berkata,
جواز اتخاذ يوم نزول القرآن عيدا يتكرر بتكرر الأعوام، فهذا وإن كان قصد صاحبه حسنا إلا أنه لما لم يكن مشروعا، ولم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم، ولا عن أحد من خلفائه الراشدين وسائر صحابته والتابعين لهم بإحسان، ولا عن أحد من الأئمة الأربعة: مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد بن حنبل، ولا عن غيرهم من الأئمة المقتدى بهم سلفا وخلفا، فلما لم يكن مشروعا ولا ورد عن أحد ممن ذكر تعين التنبيه على أن مثل هذا لا يجوز شرعا؛ لأنه لا أصل له في الدين، ولم يكن من عمل المسلمين
“Pendapat bolehnya menjadikan hari turunnya Al-Qur’an sebagai hari perayaan setiap tahun, maka walaupun orang yang merayakannya berniat baik akan tetapi perayaan tersebut tidak disyari’atkan, dan tidak ada satu pun riwayat dari Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, tidak pula dari salah seorang Al-Khulafaaur Raasyidin, tidak seluruh sahabat, tidak tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik, tidak salah seorang dari imam yang empat: Malik, Abu Hanifah, Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal, serta tidak pula dari imam-imam lainnya yang patut diteladani dahulu maupun sekarang. Maka ketika perayaan Nuzulul Qur’an itu tidak disyari’atkan dan tidak pula diriwayatkan dari seorang pun yang telah kami sebutkan, jelaslah bahwa amalan seperti ini tidak dibolehkan secara syari’at, karena tidak memiliki dasar dalam agama dan tidak termasuk amalan kaum muslimin.” [Majallatul Buhutsil Islamiyah, 76/33]
CRYPTIC 58
18 ramadhan, 2 jun 18 @ 10.53pm
👶 Tok tak singgah nuzul tok?
👴 Hah, bukan kebiasaan tok. Dah khatam kamu,
👶 Sudah tok, awal dulu sambung balik dah sampai Kahfi,
👴 Baguslah, jangan sibuk pasal nuzul, baca tu yang penting.
Asshafii khatam 60 kali tiap ramadhan, Aswab alnakhai setiap 2 malam. Qatardhah as Sadusi biasa setiap 7 hari tapi ramadhan tiap 3 hari. Itu tadarus.
👶 Habis nuzul tu apa tok?
👴Pelik orang kita kalau maulud tu sampai isra' mikraj, tahun ni sampai pilihanraya pun ada lagi maulud. Tapi masa maulud sebenar tak pun selawat sepanjang hari. Camtulah quran. Kalau kita sayang baca hafal bukan sibuk nuzul.
Kalau baca setahun sekali pun payah khatam, kalau nak kata hafal 300 ayat pun tak ada kan? Dapat lancar bacaan dengan makraj yan betul pun dah cukup untuk tanda sayang kita pada alquran.
👶 orang kita camtu lah tok. Apa nak kata. Tak tahu istimewa ramadhan ni.
👴 Nabi Adam as hidup 936 tahun selepas wafatnya, Tuhan turunkan 50 kitab pada Nabi Sis as. Selang 350 tahun turun lagi 30 kitab pada Nabi Idris as, selang 2,000 tahun turun lagi 10 kitab pada Nabi Ibrahim as pada 1 ramadhan.
Selang 700 tahun turun lagi 10 suhuf dan Taurat pada Nabi Musa as pada 6 ramadhan. Selang 500 tahun turun lagi Zabur pada Nabi Daud as pada12 ramadhan. Selang 1200 tahun turun lagi kitab injil pada Nabi Isa as pada 18 ramadhan. Selang 610 tahun turun lagi kitam AlQuran pada Nabi Muhamad saw. (Itu memungkinkan ada pendapat 24 ramadhan, wha.)
👶 Camana jadi 17 ramadhan tok?
👴 Akademik tu nanti lain kali tok jelaskan. Ngaji bebanyak dulu. Yang lain tak penting. (kitab tafsir Darul mashur jilid satu hal 51 @ hikmatulquran.blogspot 2014.)
Cryptic 59
Jun 3 18. @4.03 am
Hujjah tarikh turunnya Alquran:
1. Pada 17 ramadhan:
Ayat Al anfal 41, tentang rampasan perang badar dan hari furqan. Berdasarkan tarikh perang badar adalah 17 ramadhan.
2. Pada 24 ramadhan:
10 kitab Ibrahim pada 1 ramadhan. Taurat dan 10 suluf Musa as pada 6 ramadhan. Zabur, Daud as pada 18 ramadhan. Alquran (mungkin) pada 24 ramadhan.
3. Pada 21 ramadhan:
Sheikh Shofiyur-Rohman Al-Mubarokfuri mengatakan dalam kitab Sirah Nabawi karangannya Rahiqul-Makhtum: “setelah melakukan penelitian yang cukup dalam, jatuhnya pada 21 ramadan @ 10 August 660 masihi. Ketika Nabi saw berusia 40 th 6 bulan 12 hari kiraan bulan, Tahun itu Isnin Ramadhan adalah pada 7,14,21, dan 28. Dan lailatulqadar itu pada tarikh ganjil iaitu 21. Disokong oleh ayat Addhukan:3 dan AlQadr:1
Jika kita bandingkan firman Allah surat Al-Qodr ayat pertama dengan hadits Abu Qotadah yang menjelaskan bahwa wahyu diturunkan hari Isnin di atas, dan dengan hitungan ilmiyah tentang hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun tersebut, maka dapat disimpulkan bahwa wahyu pertama turun kepada Rasul SAW itu tanggal 21 Ramadhan malam”.
Juga hadis mengenai puasa dari Abu Muslim dari Qatardah. Hari itu adalah hari aku dilahirkan dan diturunkan wahyu kepadaku. @ dahwahtuna.com august 2012.
15 april 2018.
Jadi kesimpulannya: @ hikmatulquran.blogspot
Alquran itu turun keseluruhannya ke Baitul Izzah, disokong riwayat Imam Hakim dalam mustadroknya dengan sanad yang shahih, dari Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan bahwasanya Al-Quran itu turun sekaligus ke langit dunia pada malam lailatul qadr. juga Qurtubi dari Mughil bin Hayyan. Dan dirurunkan beransur ansur (AlIsra' 106) selama 23 tahun (13 tahun ayat Makkiyyah dan 10 tahun ayat madiniyyah) bermula ayat Al Alaq 1-5 pada 17 ramadhan.
maka carilah lailatul qadr itu dengan bersungguh sungguh.
CRYPTIC 60
19 ramadhan, 4 jun 2018 @10.03 pm
👶 Masuk 10 terakhir ramdhan memacam viral masuk tok.
👴 Hah biasalah orang kita. Suka viral je tapi tak buat apa pun.
👶 Malam terakhir ni banyak fadhilat tok?
👴Memanglah banyak kalau kita buat. Ko lihat yang viral tu cuma cakap baiknya aje, tengok masjid banyak ceramahkan. Tazkirah sana sini mengajar. Yang ko tu lopong je, tak buat juga.
👶 ye la tok...
👴 Tengok viral barat, dia terus tunjuk apa nak buat, walau pun benda kecik. Ada satu tu sampai 16 perkara dia beri panduan. Paling kecik iktikaf dalam masjid bawa keluarga beriktikaf.
👶 baca quran kan tok.
👴solat, berdoa berzikir, itu semua perbuatan sendiri untuk pelepasan diri sendiri. Untuk kebersihan diri sendiri. Walau pun satu ayat diulang ulang setiap malam, 10 malam banyaklah.
👶 tahun lepas tak buat ape pun tok.
👴itulah yang perlu ditambah tiap tahun. Bukan sibuk nak ceramah lailatul qadar tiap malam.
👶 bila yang afdhal tok.
👴 tahun ni kalau ikut ghazali, 25hb. Tapi jangan lupa 27hb tu tetap utamakan kalau boleh qiamulail 2 malam tu lebih dari sepuluh malam yang lain.
👶 Baik tok kita cuba. Mana tahu ada ehsan pada tahun ni,
👴 bukan cuba, pohon bersungguh sunguh dengan tulus. Insyaallah dengar yang kat atas tu.
👶......
Cryptic 61
Jun 6 @12.14 pm.
Refleksi sikap dan ciri-ciri penduduk neraka.
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (sombong)”. (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).
Jun 7, @ 3.40 am
Dan berkatalah orang yang mengikuti: Seandainya kami dapat kembali (kedunia) pasti kami akan terlepas dari mereka, sepertimana mereka melepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya (yang) menjadi sesalan kepada mereka dan sekali kali mereka tidak akan keluar dari api neraka. Baqarah 2:167
Jun 7,19, @ 1.52pm.
Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
يخرج فيكم قوم يحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم ويقرؤن القرأن لا يجاور حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية
“Akan muncul di antara kamu, sekelompok orang yang memandang rendah solah kamu bersama solah mereka, puasa kamu bersama puasa mereka dan amal kamu bersama amal mereka. Mereka membaca Al-Qur’an, tetapi Al-Qur’an itu tidak sampai melewati tengkorok mereka, mereka keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah dari busurnya.” Hadits riwayat Bukhari dan Ibn Majah.
CRYPTIC 62
CRYPTIC 62
Jun 9 @12.48 am.
Hai anak:
Kejarlah malam lailatul qadar, jika malam terakhir yang ganjil tinggal 3 malam, 25,27 dan 29. Bacalah Almulk 3 kali setap malam, zikirlah 7 kali setiap malam, buatlah solat sunat 2 rakaat lailatul qadar setiap malam. Carilah Ehsan ditiga malam itu, jangan lupa esok.
Jun 9,2018 @12:54 AM,
Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.
1. Niatnya:
.
2. Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1. Al-Takatsur 1 kali
2. Al-Ikhlas 3 kali.
3. Selepas memberi salam baca doa;

Rasulullah SAW bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: “Bacalah:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.
“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku. @ syafiqalbu.wordpress.com
CRYPTIC 63
27 ramadhan, 11 jun 2018 @ 10.13 pm
👴 Camana dah 27 Ramadhan ni.
👶 Alhamdulilah tok, 25 hari tu dapat satu qiam. Ni pun quran dah sampai Muhamad.
👴 Bagus tu, insyaallah khatam tu. Jangan lupa malam ni malam 27. Dah dekat sangat nak akhir ramadhan. Banyakkan zikir dan doa.
👶 Terimakaseh lah tok, kerana selalu mengingatkan kita. Tahun ni ramadhan cam ada markah sikit.
👴 Begitulah kita baiki diri sendiri, sikit sikit, Tuhan tu Maha mendengar, Maha melihat dan Maha memperkenankan doa.
👶 sikit sikit ye tok......
Cryptic 64
Jun 13, @9.54 pm
Hai Anak anak dan para sahabat CRYPTIC:
Malam ini adalah malam 29 ramadhan, tak kiralah kita jumpa atau tidak lailatul qadar, berdoa dan beristifarlah sebelum tidur, dan bangunlah sepertiga malam,
Jika dimekah malam ini imam menamatkan bacaan qurannya pada juz amma, mungkin jika hari raya diumumkan kita tidak lagi bertarawih dan bersahur ramadhan, jadi ini malam terakhir.
Ampunkanlah segala kesalahan kenalanmu samada dia tahu atau tidak.
Janganlah menyimpan dendam atau irihati. Jangan bersikap sombong pada dunia, kerana urusan akhirat adalah atas ehsan dari yang Esa.
Munkin Ramadhan ini terakhir bagi kita bersama, saya telah memaafkan semua kesalahan tuan samada tuan sengaja atau tidak.
Maafkan juga atas segala kesalahan saya. Halalkan makan minum dan bersederhanalah menyambut aidilfitri.
SEMOGA TUAN DIBAWAH RAHMAT DAN REDHA ALLAH.
semoga kita bertemu ramadhan yang akan datang, hormat dari saya sekeluarga.
SYAWAL
Cryptic 65
Jun 15, 2018 @ 10.14 am
Alhamdulillah selamat solat Aid disebuah masjid,
1. Solat tepat pada waktu.
2. Imam baca surah syahdu sangat.
3. Solat tak meleret. Sweet.
4. Ada poster besar panduan takbir.
5. Saf di depan rapat, tak ada ruang kosong antara orang berjubah belakang imam, ramai yang berani mencelah walau berpakaian sederhana.
Sekadar teguran kerana takbir mengikut mashaf:
1. Pentakbir tidak melafas huruf dengan betul. Sad, dal,
2. Tidak mengemaskan berhenti atau saktah.
3. Tidak menjelaskan tanwin dan tajwid.
4. Mengubah ayat quran pada takbir.
5. Terlalu gopoh dan tidak sekata pada lagu.
HARAP PAK USTAZ BOLEH BUAT KELAS LEPAS NI.
Cryptic 66
Jun 29 @ 934 am
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
حَدِيْثُ أَبِيْ حُمَيْدِ السَّاعِدِيِّ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِسْتَعْمَلَ عَامِلاً فَجَاءَهُ الْعَامِلُ حِيْنَ فَرَغَ مِنْ عَمَلِهِ فَقَالَ: يَارَسُوْلَ اللهِ هـذَا لَكُمْ وهـذَا أُهْدِيَ لِيْ. فَقَالَ لَهُ: أَفَلاَ قَعَدْتَ فِى بَيْتِ أَبِيْكَ وَأُمِّكَ فَنَظَرْتَ أَيُهْدَى لَكَ أَمْ لاَ ؟ ثُمَّ قَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشِيَّةً بَعْدَ الصَّلاَةِ فَتَشَهَّدَ وَأَثْنَى عَلَى اللهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، ثُمَّ قَالَ: أَمَّا بَعْدُ، فَمَا بَالُ الْعَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ فَيَأْتِـيْنَا فَيَقُوْلُ: هـذَا مِنْ عَمَلِكُمْ وَهـذَا أُهْدِيَ لِيْ أَفَلاَ قَعَدَ فِيْ بَيْتِ أَبِيْهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ؟ فَوَ الَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَيَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْـأً إِلاَّ جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ إِنْ كَانَ بَعِيْرًا جَاءَ بِهِ لَهُ رُغَاءٌ وَإِنْ كَانَتْ بَقَرَةً جَاءَ بِهَا خُوْارٌ وَإِنْ كَانَتْ شَاةً جَاءَ بِهَا تَيْعَرُ فَقَدْ بَلَّغْتُ فَقَالَ أَبُوْ حُمَيْدٍ: ثُمَّ رَفَعَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ حَتَّى إِنَّا لَنَنْظُرُ إِلَى عُفْرَةِ إِبْطَيْهِ
Artinya:
Abu Humaidi Assa’idy Rhadiyallahu ‘anhu. berkata, “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallam. mengangkat seorang pegawai untuk menerima sedekah/zakat kemudian sesudah selesai, ia datang kepada Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam. dan berkata, “Ini untukmu dan yang ini untuk hadiah yang diberikan orang padaku.” Maka Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam. bersabda kepadanya, “Mengapakah engaku tidak duduk saja di rumah ayah atau ibumu apakah di beri hadiah atau tidak (oleh orang)?” Kemudian sesudah shalat, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam. berdiri, setelah tasyahud dan memuji Allah selayaknya, lalu bersabda. “Amma ba’du, mengapakah seorang pegawai yang diserahi amal, kemudian ia datang lalu berkata, “Ini hasil untuk kamu dan ini aku berikan hadiah, mengapa ia tidak duduk saja di rumah ayah atau ibunya untuk menunggu apakah ia diberi hadiah atau tidak? Demi Allah yang jiwa Muhamad di tangan-Nya tiada seorang yang menyembunyikan sesuatu (korupsi), melainkan ia akan menghadap di hari kiamat memikul di atas lehernya. Jika berupa onta bersuara, atau lembu yang menguak atau kambing yang mengembik, maka sungguh aku telah menyampaikan.” Abu Humaidi berkata, “kemudian Nabi Shalallahu ‘alaihi wassallam, mengangkat kedua tangannya sehingga aku dapat melihat putih kedua ketiaknya.”
CRYPTIC 67
Jun 28, 2018, @ 11:59 AM
Apabila banjir melanda kapal nabi Noh as, Baginda memanggil anaknya, marilah kita naik kapal agar selamat, Anaknya menjawab tak apalah aku akan berenang kebukit,
Begitulah degilnya manusia yang meletakkan dirinya dalam kehancuran.Hatihatilah semua yang pernah menjadi anak. Walaupun kedua orang tuamu telah tiada.
Begitulah degilnya manusia yang meletakkan dirinya dalam kehancuran.Hatihatilah semua yang pernah menjadi anak. Walaupun kedua orang tuamu telah tiada.
July 8 @10.28 pm
Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ali Imran 3:6
Cryptic 68
August 14 @ 2.45 am
Semua figura yang mashur adalah Muslim, ini diakui oleh dunia sejak Adam as. Adam (Adam as) Salamon (Sulaiman as), Moses (Musa as), David (Daud as), Jesus (Isa as) Muhammad saw. Baginda semua adalah Muslim yang membawa islam yang mentauhidkan Allah swt. ALLAH YANG ESA.
2. Tidak mungkin Musa membawa agama yahudi kerana Musa as wafat 1420SM sementera yahudi ujud 930sm, 400 tahun setelah kewafatan baginda.
3. Tidak mungkin Jesus membawa kristian kerana Isa diangkat 33M, kristian ujud pada 325M,300 tahun setelah ketiadaan baginda.
4. Hanya diturunkan risalah kepada nabi dan rasul bagi menjelaskan Allah itu Ujud dan tidak berubah. Berhati hati ketika berbicara.
5. Berhati hati dengan fitnah Yahudi dan Nasara yang tidak pernah berpuashati dengan kamu sehingga kamu mengikut mereka. Sehingga kamu bermusuhan sesama kamu, sehingga kamu ragu dengan kepercayaan kamu, sehingga kamu tidak lagi bersujud kepada tuhanmu, Allah yang merancang perjalanan hidup kamu dengan sebaik baik perancangan, untuk kamu kembali kepadaNya.
CRYPTIC 69
August 13, 2018. @ 841 pm.
Adam as, diturunkan 10 suhuf.
Nabi Seth as 60 suhuf.
Nabi Idris as 60/30/10 suhuf berbeza pendapat.
Nabi Ibrahim as 60/10 suhuf
Nabi Daud as 10 suhuf dan Taurat (bahasa Ibrani)
Nabi Musa as Zabur (bahasa Qibti)
Nabi Isa as Injil (bahasa Suryani)
Nabi Muhamad saw Quran (bahasa Quraish)
Maka perpecahan umat selepas ahli kitab itulah yang membentuk agama baru yang diberi nama Majusi, yahudi, kristian, bahai, hindu, budha dsb.
Bagaimana baik pun amalan mereka tauhidnya mereka menyukutukan tuhan yang esa, dan menyembah selain Allah. Serta tidak bersyahadah pada Muhamad saw.
Berhati hatilah pada ajaran yang menyamakan sifat Allah dengan makluk dan ketaksuban yang berlebihan terhadap guru.
August 14 @ 10:20
"Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa pada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang orang yang fasik" Alhashir 59:19
Cryptic 70
August 16 @ 12.22 am
Bagi Islam terdapat 3 buku panduan,
1. Kitab Alquran yang mengandungi firman Allah swt.
2. Tafsir Alquran, takwil kepada firman Allah.
3. Hadis Nabi saw.
Bagi kristien terdapat bible adalah karangan para guru mereka yang menghimpunkan 3 perkara ini dalam satu buku. Sehingga tidak terbeza seperti 3 buku diatas. Hanya Red bible yang menulis dalam huruf merah ayat ayat firman.
Begitu juga agama yahudi dan yang lainnya. Jadi firman yang diturun sebelumnya terlengkap bila turunnya Alquran dan keasliannya terpelihara sehingga sekarang.
.......Adapun orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat ayat mutashabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah....... Ali Imran 3:7
Berhati hatilah berbicara mengenai kitab Allah yang sedang viral sekarang.
Cryptic 71
August 17 @9.31 am
Alhamdulillah,
Kita berada sekali lagi pada jumaat terakhir sebelum wukuf. Jumaat dimana umat islam berpusu pusu di masjidil haram. Kemudian bersedia ke padang wukuf. Dan menjadi iktibar bagi mahsyar.
Soalan, apakah kita sudah berSEDIA menemui tuhan?
Jawapan, tiada orang yang berSEDIA, tiada orang yang cukup amalannya, tiada orang yang tidak berdosa.
Malah Nabi saw yang telah dipilih, dijanjikan, dipelihara perlakuannya, dicuci hatinya. Masih bersolat hingga bengkak kakinya, bersedekah hingga tiada hartanya. Bangun malam hingga tidak dibeza tidur dan jaganya. Dia bersujud, bertilawah, dan berdoa dengan airmata.
Begitu juga para sahabat, para aulia. Mereka tidak pernah menjadi orang berSEDIA. Atau merasa berSEDIA, jauh sekali berkelakuan seperti orang berSEDIA. Mereka cuma sentiasa menjaga tatalaku, percakapan dan hati agar tidak dilihat sebagai orang berSEDIA.
Wallahualam.
CRYPTIC 72
August 27 @3:10 AM
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan dirinya (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya (dzikr) lalu dia sembahyang. Al A'laa 87:14-15.
August 27,2018 @3:15 am
Kami akan bacakan (AlQurqan) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, kecuali Allah menghendaki. Sesungguhnya dia yang mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. 87:6-7
August 28, 2018 @12:18 AM
Orang orang yang berdosa dikenal dengan tanda tandanya, lalu dipegang ubun ubun dan kaki mereka, (pada hari dihisab tidak lagi didengar alasan dan uzur uzur yang mereka kemukakan.) Ar Rahman 55:41
CRYPTIC 73
August 28,2018 @12:33 AM
Ramai yang masih berbicara dan menyatakan diri mereka tentang kesediaan menemui tuhannya.
Adalah lebih baik jika berpindah menjadi orang yang belajar.
Kerana kita masih mempunyai hati yang cinta dunia, lidah yang tersilap kalam, fikiran yang lalai, ingatan yang bercampur baur, nafsu yang mudah dipujuk.
Semoga Allah sentiasa mendengar doa kita, menghilangkan keluh kesah, mengampunkan kesilapan dan kelalaian kita.
Sebagai pendosa syurga itu terlalu jauh buat kita, hanya IhsanNYA yang menyelamatkan kita.
Cryptic 74
August 29,2018 @12:25 AM
August 29,2018 @12:25 AM
dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
dan bahawasanya Dialah yang mematikan, dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang pasangan laki-laki dan perempuan. dan air mani yang dipancarkan dan bahawasanya Dialah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan sesudah mati) dan bahawasanya Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan. dan bahawasanya Dialah Tuhan bintang syi'ra, An Najm"(bintang) 53:43-49
CRYPTIC 75
August 31, 2018 @2:37 AM
Merdeka itu bila kita bebas menyembah Allah yang esa tanpa dihalang oleh kemalasan diri sendiri, tugasan oleh manusia lain, atau kesibukan mengejar dunia.
Bukankah hidup ini untuk kita bersujud dan mengharap ihsanNya?
Tanpa pertolongan dari Nya, apalah makna dunia?
August 31. 2018 @2:44 AM
Hamba itu orang yang tidak merdeka, kerana berkhidmat dengan manusia lain yang menghalang kita dari Nya tetapi hanbaNya adalah orang yang merdeka, sesungguhnya hidup dan mati kita hanyalah keranaNya. Itulah hamba yang merdeka. Dialah pentadbir sekelian alam.
MERDEKA. MERDEKA, MERDEKA.
CRYPTIC 76
September 5, 2018 @8:26 AM
Antara sebab kita mendapat sakit:
1. Ujian bagi kita lebih mendekati Allah.
2. Kifarah bagi menggugurkan dosa.
3. Doa orang yang kita aniaya (sumpah seranah)
4. Memasukkan sesuatu kedalam tubuh tanpa redhaNya (tiada doa, atau makanan bukan hak, tidak halal)
5. Perjalanan yang tidak disertakan doa, tidak mendapat pahala musafir.
6. Sengaja meninggalkan lebihan makanan, kerana disitu ada hikmah dan ubat.
7. Kurang membaca ayat alquran sekurang kurangnya 400 ayat sehari dalam solat fardhu dan sunat, dan sebelum tidur. (JIKA semua solat sunat dilakukan fatihah sahaja 350 ayat)
8. Kurang berjalan dibumi menyetuh alam Allah dan melihat alam seperti melihat gunung dan laut, tumbuh tumbuhan dan bintang malah bezikir ketika melihat bonggol unta.
9. Minum air yang baik (sumber mineral seperti zamzam, dibacakan ayat yang baik boleh mengubah molikul air kepada yang baik atau buruk)
10. Bercakap yang buruk pada makanan atau pada meja makanan kerana akan merosakkan makanan, tidak menutup makanan, makan bukan dari makanan tempatan.
11. Sakit sebelum kematian.
Bacalah pagi dan petang ayat akhir surah Alhashir.
@ pancalusa.blogspot.com
CRYPTIC 77
September 5, 2018@ 12:26 PM
Antara sebab kita sukar tidor:
1. Dadah pada makanan.
2. Gangguan medan magnet terutama bila bertukar tempat tidor.
3. Roh tidak mahu keluar dari tubuh disebabkan tidak meletakkan dia ketempat yang betul. Meninggalkan adab tidor.
Apabila roh diangkat dari tubuh dan ada yang dikembalikan (orang yang terjaga dari tidurnya).Bacalah muataxain dan tiupkan ditapak tangan dan disapukan kebahagian tubuh yang sampai oleh tangan.
@ pancalusa.blogspot.com
CRYPTIC 78
September 6, 2018 @2.53am
Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang, dan sesungguhnya sumpah itu suatu sumpah yang besar, jika kamu mengetahui.
Sesungguhnya ini adalah Quran yang mulia, dalam kitab yang yang terpelihara baik, tiada yang menyentuhnya kecuali orang yang diSUCIkan. Wahyu yang turun dari Tuhan semesta alam. Al Waqiah, 56:75-80,
Begitu juga dengan hadis hadis, Imam Malik ra bila dia hendak meriwayat hadis, beliau mengambil air sembahyang dan memakai pakaian yang bersih.
Maka:
Peliharalah kesucian Alquran dan AlHadith, terutama yang disebar dialam maya tanpa rujukan sumber, malah tanpa nama orang yang menyebarnya. Tapi minta disebarkan, kita tidak mengetahui siapa mereka. Berhati hatilah. Ajarkanlah kepada anak anak tidak menyebarkan perkara berkaitan Alquran dan Alhadis begini yang dihantar kawan dialam maya.
CRYPTIC 79
September 6, 2018 @9:59 PM
Selamat Tahun Baru Hijrah.
Alhamdulililah para sahabat, telah selesai fardhu isya' jumaat terakhir tahun hijrah, telah setahun cryptic bersama kalian, telah banyak panduan dan teguran diberikan.
Telah ramai sohabat dan ahli keluarga meninggalkan kita, semoga mereka tergolong bersama orang yang mendapat EHSAN Allah.
Yang tinggal kita yang masih lagha, sibuk urusan dunia. Membesar anak anak. Mengharapkan mereka mendapat petunjuk.
Begitulah tahun demi tahun masa berlalu, dan kita masih lagha. Apakah kita masih ada tahun yang mendatang.
Sekiranya tidak ada lagi tahun hadapan saya sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada kalian atas segala kesalahan saya dan keluarga, halalkan makan dan minum, wang ringgit (yang bukan hutang) atau tenaga kalian.
Semoga hijrah tahun ini sebagai hijrah kita mengingati kematian. Menangis bila disebut kebesaran Allah. Hijrah kepada bangun bersujud ditengah malam. Hijrah meringankan hati kepada dunia. Hijrah mengukuhkan persaudaraan yang akan mendoakan kita semasa kita mati.
Marilah kita hadiahkan fatihah kepada sahabat yang tiada. Yang kita bersahabat dan berkasih sayang kerana Allah.
ALFATIHAH. Hj Md Kasim Md Noah: @pancalusa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan