Memaparkan catatan dengan label KEMBARA PERJALANAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMBARA PERJALANAN. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2014

Indahnya Qurban di Nepal 2014

Katmandu, Nepal (6-10 October 2014)
 
 

Alone, At Top of The world, Anapurna, Everest!!!! Sangat mengujakan. Saya mimpikan ke Butan, Tebet dan Katmandu tempat yang sangat hampir dengan Everest. Damai dan menyenangkan. Malas saya hendak cerita kenapa saya kena terbang seorang pagi ini, Itulah saya, mulanya teruja tapi kemudian antiklimax. Semuanya diuruskan oleh orang lain kerana saya sibuk. Empat ekor  kerbau, 3 ekor dan 3 bahagian dari Haji Zulkifli dari Muar. Sekor Haji Muhamad dari Kota Tinggi. Tiket diuruskan oleh Ana, menantu saya, Azhar uruskan penghantaran duit. Maka terbanglah saya seorang ke Katmandu hari ini.

Pagi hari pertama tasrik, berkemas lebih kurang isteri saya hantar ke ERL. Terima kasih sayang dan selamat tinggal. Saya tiba di Lapangan Terbang KLIA jam 0700, 2 jam sebelum berlepas. Daftar masuk terus ke Gate G4. Terlupa hendak bawa Salonpas saya naik keretapi ke Terminal C, minum, rehat dan balik ke G4. Saya berjumpa ramai orang Nepal yang hendak balik ke Katmandu dengan penerbangan 0805. Mereka pulang untuk perayaan Darshain yang jatuh hari ini sama dengan Aidul Adha di Nepal lewat 2 hari dari Arab Saudi. Darshain adalah pesta menuai dimana mereka memotong kerbau dan kambing untuk disembahkan pada tuhan mereka. Semua keluarga yang jauh akan balik dan merayakan Darshain.


Pesawat berlepas 0850 perjalanan 4 jam 15 minit. MH0170 macam MH 17 je???, Fobia saya.  Saya sampai ke Tribuvan International Airport, Katmandu di sambut Juju member K12 dari Nepal. Memang seronok ada keluarga seluruh Asia Pasifik di bawah PEACE EDUCATION APCEIU/UNESCO. Terus ambil makanan pertama saya Dal, Kentang, Bawang putih goreng, Sawi dan kobes sangat sedap dan murah Cuma USD 1 untuk dua orang boleh tambah sebanyak yang mahu. Makanan marhain kata Juju. Lepas makan dikaunter bayaran ada ketumbar untuk dimakan tapi wangi dan tidak pedas. Saya cuba Telefon Piya tapi dia tidak angkat tapi kemudian dia SMS. Juju sudah muatnaik gambar saya di Pusuphathinath ramai kawan K12 yang like.

Kami melawat Pashupatinath, kuil monyet hindu yang tertua di Nepal jadi warisan UNESCO. Sepanjang sungai ada tapak-tapak yang dibena untuk pembakaran mayat. Hari ini ada dua sahaja. Satu kaya dan satu miskin. Ada pelancong yang mengatakan dia melihat sampai 10 mayat. Saya Tanya Juju kalau tidak ada mayat macamana. “They burn the woods” Juju buat lawak. Ini adalah satu dari 7 tapak Warisan Dunia Nepal. Tukar duit dan cari Eco hotel Azli yang sampai semalam masih belum hubungi saya. Tiada sesiapa yang tahu. Akhirnya kami sampai juga di Thamel bandar pelancungan Katmandu. Azli menunggu Saya daftar masuk dan dia terus ke Nagarkot. Saya minum petang dan berjalan sepanjang jalan pelancungan di Thamel. Ramai pelancong. Saya hendak mencari cenderamata tetapi tidak ada yang menarik walau satu rantai kunci. Rehat di hotel.
Saya tidak menukar jam saya kerana saya tidak mahu jet let. Saya masih kekalkan masa. Perbezaan waktu adalah 2 jam 15 minit. Rombongan pemberita Malaysia sampai malam dan kami makan malam jam 1230. Berbeza betul. Makan yang sangat sedap, Nan dengan kari ayam dan kambing masak merah. Saya bercadang untuk makan lagi kalau kesempatan.Teh susu ketumbar saya tidak boleh minum. Tidak biasa. Saya berkenalan dengan rakan dari Ikim dan RTM, Din dari Metro dan Bunyamin dari RTM, Fido dari IKIM, Zuraida dari utusan, mereka  orang orang yang baik dengan saya.Terus balik dan tidor.

Selasa 07 oct 2014 Satungal

Bangun pagi subuh, 0600hr di Nepal jam 0400hr Kejutkan pengawal untuk air panas. Buat 3 dalam 1, dan mengaji. Tunggu sarapan siap. Saya ambil roti dengan majerin minta Nehru buat 2 telur rebus, Saya minta setengah masak tapi yang sampai masak keras, tiada kicap atau lada hitam. Sekeping pancake madu dan nestum yang saya bawa. OK berat rasanya. Dua orang kawan baru sarapan saya iaitu Mr Tomy dari England yang akan ke Kuala Lumpur, Tommybunton103@yahoo.co.uk dan Mdm Kristie dari Australia yang akan berakit hari esok. Keduanya bersendirian di Nepal. Saya heran, ramai yang bersendirian di Nepal. Saya naik ke tingkat atas ada yoga percuma tetapi tidak diberi hampir kerana akan mengganggu medam Kristie yang hendak beryoga.  

Hari ini kita hendak mulakan qurban. Janji pukul 0800hr Nepal jadi jam saya 1000hr. Saya berkenalan dengan Kak Siti Norshidah  sitinorshidahh@yahoo.com sukarelawan Abim. Ada seorang sukarelawan antarabangsa dari Indonesia kawan Azli yang sudah satu bulan diNepal. Perempuan muda dari Surabaya, dan dua perempuan dari Pucung yang sudah 2 bulan mengembara dari Cina, Tibet dan Katmandu. Kim dan Bijan.

Hari ini mereka bermasalah bilik, saya mula tidak seronok, Azli pindah ke Hotel Deva. Saya diam saja.
Bosan menunggu hingga 4 jam kami tak bergerak. Dua tiga kali wakil Nepali Youth mengarahkan kami keluar hotel tapi tidak sampai-sampai juga bas kami. Kerana lama menunggu sempatlah saya berkenalan dengan semua orang di Hotel Eco. Raj pengurus hotel yang didikasi, Nehru perempuan cantik pelayan restoran, Maya tukang sapu yang sangat cantik dan Apsara pengawal keselamatan yang peramah. Saya mendapat cerita kesukaran hidup di Katmandu.

 

 Akhirnya kami bergerak jam 1400 terus ke pusat sembelihan di Satungal. Jam sudah 4 petang. Perut saya sudah kosong minum air meniral saja. Nasib baik saya beli sebelum berangkat tadi. Itulah yang kami kongsi.  
   

Kami melakukan qurban 8 ekor. Bergambar dan interview. Gambar itulah yang keluar TV1 di Malaysia Berita Jam 12 malam, selasa yang sama. Tidak tahu siapa yang tengok. Saya tidak masuk rumah sembelihan kerana terlalu kedap, kotor dan hanyir saya takut tumbang kerana perut saya kosong, biarlah mereka lakukan.  Sempat juga bergambar dengan tuan punya pusat sembelihan Ataunga.



Jam 5 kami ke dewan orang ramai untuk majlis agihan. Kalimati Community hall, Mereka tidak benarkan mengagihkan daging dimana-mana masjid di Katmandu. Ramai orang miskin yang menunggu. Kesian saya. Saya berkenalan dengan Haji Muhamad Sanarwi, President Madrasah Darul Quran Sultimor. (009779851162786) Rupanya macam Dr. Shakir Naik jadi kami panggil gelaranya Shakir Naik. Beliau berasal dari Rautahat Timur Nepal 20 minit penerbangan, dan mendapat pendidikan di India. Adiknya menguruskan madrasah di Beningrat yang akan kami lawati esok. Kawasan ini di daerah Dusmat luar pekan Katmandu. Mereka edarkan coke saya minum dan terus pening.




Solat zuhur/asar dan masih menunggu daging hampir jam 1800hr belum makan tengahari. Saya tidak berminat lagi dengan program ini kerana takut tumbang, Biskut yang saya bawa pun sudah habis. Wakil kedutaan 2 orang Haji Amin dari imegresen dan stafnya. Tamat agihan jam 1930hr baru makan nasi, sedap juga tapi saya sudah tidak boleh makan banyak kerana perut kosong sangat. Terus balik ke hotel mandi solat kena tampal beberapa bahagian badan kerana kepala pening dan terus lepak. Ada supper jam 12.00 Tapi saya kata saya tidak turun lagi. Hari yang sangat membosankan. Semuanya kerana satu perkataan. Poor Planning. Maklumat tidak Tepat, Ada idea tapi tidak detail. Nasib baik banner saya ada Bendera Malaysia. Kalau tidak tidak tahu orang mana.  Kesiannya orang ramai yang menunggu dari awal hingga malam. Kita ambil Gambar ramai pun dalam gelap. Memang sukar kalau ramai kepala itu sebab saya suka bergerak sendirian atau dalam kumpulan kecil. Saya tidak komen takut kecil hati. Azli pun tidak komen cuma ikut sajalah.


Saya teringat tiori karipap yang saya ceritakan pada Kim. Seorang yang menjual 2 atau 3 dulang karipap tidak akan terfikir bahawa seorang pembeli hanya dapat satu karipap sebelum dia makan, dia akan tengok karipap itu, tepinya, kulitnya, intinya. Siap goncang lagi. Bayangkan kalau orang miskin yang dapat satu karipap tu apa rasanya. Jadi dalam Kualiti perkhidmatan yang kita berikan hendaklah sama bagi setiap karipap. Tidak perlulah kita cakap karipap kita sedap ke, laris ke, orang hanya beli satu dan itulah kualiti kita.

Rabu 8hb Oct 2014 Beningrat


Hari ini kami akan ke Beningrat 4 jam perjalanan, berkumpul jam 8 pagi (6 pagi waktu kita). Seperti biasa bangun kejutkan pengawal keselamatan ambil air panas, Saya orang pertama di lobi. Kemudian pesera rombongan lain. Earlier than punctual. Saya ambil kesempatan untuk duduk dengan Kim sepanjang perjalanan ke Beningrat saya hendak mengambil pengalaman dua orang pengembara ini. Nama Beliau Kim dan Bijan dari Puchong. Baru 3 hari masuk Katmandu. Perjalanan beliau bermula 8 ogos dari KL ke Si Ann China ke Zhang Jie Ji tempat pengambaran AVATAR, balik ke Beijing kemudian ke Tibet dengan keretapi dan masuk ke Katmandu melalui Datong-Pengyau dekat sempadan Tibet. Naik Bus lapan Jam ke Katmandu. Kalau bas awam hanya USD 1 tapi sesak. Destanasi beliau seterusnya Pookara dan Turkey. Mereka akan mengembara selama 6 bulan. “Looking For meaning of life”. Kata kim Rengkas. Saya sangat kagum dengan kegigihan 2 anak gadis pengembara ini. Saya harap ramai lagi anak Malaysia yang sanggup meneroka dunia yang luas untuk mencari erti kehidupan. Merasa kesusahan. Dan mencari kawan.


.  Sepanjang perjalanan ke Beningrat Bas menyusuri pergunungan yang sangat cantik lereng yang curam dan sungai yang deras. Singgah minum pagi jam 1200hr di Bayrani, Hamlet Restoran. Tanaman padi huma kawasan ini sama dengan DMZ korea ada kacang dal di tanam di atas batas. Pemandangan yang cantik. Makanan kira OK, Vegetarian, Roti, Dal dan Kentang saya minum Nestum 3 dalam 1 untuk kawal asid perut saya harap tidak seperti semalam


1130 pagi sampai di kampong Gurkha Surinital Galcho Bandre, Gurkha Nepal. Melawat madrasah al Ulum di Medium Tarai. Madrasah Islamiah Fathul Ullum bagi penduduk Islam Gurkha. Mula dibuka 1998. Kami terpaksa melalui jambatan gantung 150 meter, mendaki bukit ke penempatan Gurkha. Mereka tinggal di puncak bukit ada yang turun ke pekan sebulan sekali. Mereka menanam sayuran dan ternakan di sekitar rumah mereka. Ada yang mengambil masa 4-5 jam untuk sampai kerumah dari tepi jalan. Inilah kali pertama saya rasa saya lebih tinggi dan besar dari Gurkha. Dikampung saya ada juga Gurkha biasanya besar dan tinggi,
  

Acara pertama menyembelih qurban, Kemudian persembahan pelajar, saya terlelap kerana keletihan. Semasa majlis berjalan saya ambil kesempatan untuk membantu mereka masak. Saya belajar masakan Gurkha. Sangat sedap walaupun sedang memasaknya. Baryani kambing. Kurmak Lembu. Rasa tak sabar hendak makan. Nasinya dari beras yang baik.


Solat zuhur dan saya ambil kesempatan bersama pemberita RTM ke rumah Madinah dan adiknya, Rumahnya sangat kecil disitulah ruang tamu tempat tidor dan tempat makan. Satu rumah 6-8 orang. Saya belikan air dan memberikan sedikit sedekah kepada keluarga ini saya harap mereka gembira. Saya teringatkan lagu Indon Gobok Derita. Janganlah ada mana-mana anak gadis Kita berangan nak kahawin di sini.

Balik ke majlis mereka sedang makan Bariani Gam. Saya tidak jumpa makanan yang saya masak tadi rupanya ada dua menu. Bagi kami mereka sdiakan bariani Gam Kambing. Bagi pelajar di berikan nasi dan kari yang saya katakan sedap ketika saya masak tadi. Oleh kerana saya makan sudah pukul 1600hr dan tidak boleh masuk lebih saya tidak sempat menjamah lauk yang saya masak tadi.


Selapas makan saya melayan budak budak madrasah makan dan bertolak balik jam 430 petang. Ada 3 gambar manarik satu anak kecil yang comel di kawasan rumah mereka. Dua seorang gadis gurkha di atas jambatan dan ketiga, 3 rupa orang Nepal, India, Pakistan dan Tibet. Saya ambil selepas jambatan. Perjalanan melalui aliran sungai yang deras. Perjalanan  memasuki Katmandu kena jem teruk.



Sampai di kedutaan Malaysia hari sudah malam dan bersolat. Malam itu pemangku Ambassador En Fauzhi mengadakan jamuan Hari raya masak nasi minyak, ayam masak merah, Nasi Empit dan soto. Tidak lupa teh tarik kegemaran saya semuanya disediakan oleh isteri beliau. Rumah duta agak besar, Keretanya pun Besar, Beliau menjemput semua penduduk Malaysia yang seramai 12 keluarga di Katmandu. Ada India dari Kluang bernama Ganeshan, Ada Cina dari KL bernama Lim, Dan Ada Melayu Pegawai askar yang berkursus dengan tentera Nepal selama setahun.  pakai baju raya dan RTM ambil kesempatan untuk skop hari raya di Katmandu



Balik ke Hotel pelayan mengatakan ada orang menunggu saya. Saya ajak mereka untuk minum. Saya juga hendak menunggu pemberita yang hendak interview saya. Kak Siti juga baru sampai dan duduk bersama kami. Mereka memperkenalkan diri sebagai Sheik Abullah Pengetua Madrasah di Katmandu dan Mohamad Omar guru bahasa inggeris. Sheikh abdulllah Kawan Juju. Mereka meminta daging qurban dari saya kerana tahun ini mereka tidak menerima walau pun satu kulit kambing. Kesiannya. Sedang kami agihkan 90 ekor ada lagi yang tidak dapat. Inilah masalah saya di Kambodia. Ramai orang berqurban tetapi masih ada yang tertinggal. Juju terlambat untuk mengaturkan saya. Dia telah berusaha untuk berbincang dengan masjid Jamek Katmandu tetapi orang hubungan tersebut tidak memberikan perhatian. Hari-hari terakhir baru dia teringatkan kawan dia Sheik Abdullah. Ok lah tiada rezeki. Saya bercadang untuk pergi ke madrasah beliau hari esok sekembalinya saya dari Nagarkot. Saya naik ke hotel jam 1200 tanpa makan malam. Lewat sangat.

Khamis 9 hb October 2014 Nagarkot dan Bakhtaphur

Saya bangun pagi macam semalam kejutkan hotel untuk air panas. Ambil 3 dalam satu bersarapan dan keluar. Sempat di interview oleh RTM apa yang oleh saya katakan tentang perjalanan ini adalah 3 perkara. Satu menarik kerana ada beberapa kumpulan ikut serta. Kedua perancangan perlu dikemaskan jika membantu orang susah. Kita lihat memang ramai orang susah serata dunia. Unesco pun tak boleh atasi. Tatapi kita kena letakkan keutamaan kerana kita orang yang kecil. Ketiga sumbangan kecil rakyat Malaysia sangat bermakna kepada mereka. Dan mereka menyambutnya dengan rasa kebanggaan dan rasa shukur yang tidak terhingga, Malaysia Bagus.

 Sementara menunggu Juju saya sempat berkenalan dengan Kam Jenny  dan rakan sekolah dari Sarawak. Mereka akan ke Pookhara dengan bas 8 jam. Dia mesra dan kami jadi rakan facebook. Juju Sudah sampai dan saya berjumpa dengan Azli di Deva Hotel yang akan ke Pookhara dengan Kapalterbang 100 USD. Dan saya akan ke Nagarkot dengan Juju. Kim dan Bijan yang juga hendak ikut kami. Kami berempat terus ke Nagarkot. Perjalanan melihat puncak gunung Himalaya. Everest tidak kelihatan dari sini Tapi 4 Puncak sebaris Anapurna boleh di lihat. Sampai di Nagarkot kami minum Pagi dan mendaki berup. Saya ambil kesempatan untk memanjat berup Subhanallah sangat indahnya Himalaya. Anapurna dan Base camp jelas kelihatan. Nasib baik Kerana saya sampai tengahari yang panas dan kurang berawan. Juju muat naik dalam Fb dia gambar saya memanjat.
  

Selepas puas di puncak kami turun untuk melihat kota purba Bhaktapur juga warisan Dunia, kena bayar USD 15 untuk masuk tetapi pemandu kami terlepas sempang dan kami hanya dapat melihat dari jauh sahaja. Miskomunikasi. Kami pulang ke Thamel dan terus mendaki puncak melihat satu lagi tapak warisan dunia chandi monyet Budha. Hanya ada 2 chandi monyet satu Hindu di Puspatinath dan satu Budha di Swayambunath sini. Agak bersih juga kerana ada bayaran masuk. Tapi saya tidak perasaan pelancong kena bayar US1 untuk masuk sebab tidak dikawal. Kami naik kepuncak dan melihat lembah Katmandu. Katmandu adalah kawah gunung berapi yang tinggi dari aras laut dan dipenuhi air. Dewa ini telah membelah gunung untuk melepaskan air membolehkan Katmandu diduduki, itu sebab mereka memuja dewa ini. Itulah kepercayaan mereka.
  
 
Terus ke Madrasah Sheik Abdullah. Saya dijanjikan makan tengahari (Walaupun sudah pukul 4 petang). Pada mulanya saya fikir dia sudah sedia tetapi rupanya mereka baru hendak masak. Komunikasi lagi. Kami menunggu dalam 20 minit untuk makan bariani gam yang dimasak oleh Isteri Sheik Abdullah. Lepas makan Juju, Kim, Bijan dan Pemandu taksi pulang ke Thamel. Berpisah dengan Kim dan Bijan agak menyentuh hati saya kerana mereka adalah anak-anak Malaysia yang baik dan terlalu bangga dengan negaranya.  Tidak ramai lagi anak muda Malaysia bergitu, makin kita berada, semakin kita hilang jati diri tetapi tidak mereka. Esok mereka akan ke Pookhara dengan Bas 8 Jam. Saya doakan mereka selamat ke Turki dan terus meneroka Dunia. Saya berehat di Madrasah seorang diri.

Saya memberi nasihat kepada madrasah ini khususnya kepada Mohamad Omar bagaimana hendak mengembangkan madarasah. Saya juga meeinta mereka membuat tahlil malam ini kerana malam Jumaat untuk Ibubapa saya. Saya titipkan perbelanjaan kenduri anak yatim malam ini. Itulah yang saya ada. Sedikit sumbangan bagi yang memerlukan. Selepas solat magrib berjamaah Sheikh Abdullah menghantar saya ke Thamel dengan motorsikal jaraknya dalam 6km tetapi jem teruk kerana orang dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya jumpa Azli yang akan ambil penerbangan pulang jam 1200 malam ini. Tumpang mandi di bilik saya dan berangkat. Saya tidak makan malam lagi dan terus tidur. Kalau ada sesiapa yang rezki lebih bolehlah infak kepada anak yatim dan madrasah ini. Boleh terus berhubung dengan Sheikh Abdullah Al-Madratul Islamiah Faizul Quran. Dhobighat,3 lalipur. Katmandu.(9841465679 , abushah25@yahoo.com ) mereka memerlukan walaupun sedikit. Boleh sebut HAJI KASIM atau JUJU. Hanya USD 30 bagi menyara seoarang pelajar tahfiz sebulan.

Jumaat 10hb Oktober 2014 Ronda-Ronda

Seperti biasa bangun pagi dan kejutkan hotel untuk buka pintu tiada sarapan di Deva saya kena pergi ke Eco Hotel bersarapan. Saya Jumpa Tommy lagi. Juju sampai awal dan kami meronda Katmandu dengan motor. Sangat nyaman cantik dan berdebu. Terus ke Lapangan terbang saya belanja Juju makan dan berikan sikit duit untuk dia beli makanan bagi keluarganya. Walaupun Juju seorang Pengetua sekolah tapi dia tidaklah senang macam Pengetua sekolah kita. Saya memahaminya. Saya daftar masuk minta tempat duduk A. Masa pulangkan tiket, kaunter tidak beri balik tiket saya. Saya berpatah balik dan minta tiket saya. Bila saya hendak semak pintu berlepas barulah saya perasan tempat duduk saya 7D. Kurang asam. Saya hendak duduk di sebelah kiri kerana hendak melihat Everest sekali lagi dalam penerbangan. Saya terus ke Bilik merokok. Antara yang terbaik, bersih dan hanya ada exos fan jadi tidak ada asap rokok. Saya duduk lama untuk menulis catatan. Kalau di Airport kita, boleh duduk setengah minit saja dalam smoking room. Saya bertemu balik dengan Juju pada hari darshain dan berpisah pada hari jumaat hari mereka merayakan Brotherhood di Nepal dimana rumah di hias untuk kehadiran saudara mereka. Saya telah menjadi keluarga Juju. Terima kasih Juju.

 


 Saya masuk kapal Jam 210 terlelap sekejap. Orang sebelah saya hendak pergi tandas saya terjaga. Peramugari asik suruh saya kenakan tali keledar kali kedua saya sudah mula hangin. Kemudian datang lagi seorang peramugari melayu panggil saya Mr Raj kerana tempah makanan Hindi. Lagi hangin saya. Tapi dia minta maaf 2 kali. Bila kapal bertolak saya dapat melihat everest yang cantik Jam 310,10 october, Nombor yang cantik, saya bangga. Saya terlelap lagi dan sekali lagi Mr Raj sebelah saya mohon ke bilik air. Saya bahasakan dia kalau hendak naik kapal jangan minta kerusi dalam, kalau kita ada masalah. Tidak mengganggu penumpang lain.  Saya terlelap sampai KL. Naik ERL dan sampai rumah 830 malam. Saya tidak pasti perjalanan ini menyerokkan saya atau antiklimax. Ada rasa tidak puashati dalam hati saya. Saya akan ke Nepal lagi dengan perancangan yang lebih baik. Sampai mesti ke Nagarkot. Dan Satu hari flight ke Pookharat. Tidor semalam. Atau terus ke base camp Anapurna yang sangat menarik saperti gambar yang dikirimkan oleh Kam Jenny kawan baru saya dari Sarawak, thank you Jenny. Sekian.  

 



Rabu, 24 September 2014

Sejarah Yang Hilang: Makam wali dan LapidoTanah Jawa 4 Jun – 8 jun 2014


4 hb Jun 2014  Rabu 5 Wage
Hari yang cukup sibuk dan saya keletihan, berkemas baju lebih kurang, sikit sangat saya bawa hanya 5 kilo bagi perjalanan  4 malam ke Surabaya, Indonesia (Travel Light). Perjalanan kali ini tidak begitu menceriakan saya, banyak yang bermain difikiran. Yang paling dirisaukan adalah jadual kerja yang ketat. Esok dan lusa ada 5 mesyuarat pengurusan tertinggi yang perlu dihadiri oleh Pengarah sendiri. Walaupun saya telah menangguhkan perjalanan ini sebanyak 3 kali dan minta izin secara peribadi dengan pengurusan tertinggi tetapi hati saya masih tidak lepas memikirkan soal kerja. KPP Kanan sahaja yang tinggal menunggu pejabat. Saya pasrah.


Kedua, kerisauan saya adalah kerana anak perempuan yang sedang kuliah di Medan hendak melakukan sandaran. Sudah 2 minggu masih tidak dapat jawapan. Ada pengajaran menarik dalam menguruskan urusan ini. Langkah pertama saya ialah menghantar dokumen ke tempat anak saya hendak disandarkan. Anak saya juga telah menghubungi pihak tersebut dan mereka  meminta anak saya menghantar dokumen siap dengan surat kebenaran Pihak Berkuasa kita. Kemudian hari esoknya saya mendapat pangggilan dari pejabat itu, mengatakan dukacita tidak dapat memberikan kebenaran kerana saya perlu melalui pihak ketiga. Saya minta PSH itu menyambungkan kepada pegawai atasan yang saya yakin seorang pegawai perempuan muda dari gaya percakapannya. Encik kena hubungi sipolan-sipolan (pihak ketiga) kerana arahan pihak berkuasa, saya rasa pelik. Saya Tanya kenapa dia kata arahan pihak berkuasa, Jawapan standard melepas tangan. Bila saya kata anak saya ada sertakan surat pihak berkuasa dia terkedu. Kemudian dia kata tak boleh juga dan kalau hendak komplen bawalah ke Menteri. Sebagai orang kampong kena berurusan dengan pegawai macam ini, apa rasanya ye? Itulah sebahagian sebab rakyat kecil rasa jauh hati. Kerana ada pegawai yang lepas tangan dan tidak dapat memberikan informasi yang tepat.


Saya hubungi Dato Bos besar tempat itu kebetulan rakan sekelas saya dulu. Minta pandangan. Dia minta saya berikan dokumen anak saya. Saya kata dokumen telah saya hantar ke Pejabat Beliau dengan tangan. Saya hubungi anak saya dan minta dia cek kawan-kawan dia yang dapat attachment . Bermacam cara mereka gunakan sama juga.

Gagal mendapat kepastian pada tempat pertama anak saya menghubungi lokasi kedua dan ketiga hinggalah lokasi ke 4 jauh di luar Bandar. Lokasi itu lagi pelik, suruh anak saya telefon kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sambungkan ke lokasi lain dan lokasi lain itu minta pula hubungi lokasi ke 4 tadi. Anak saya mengadu dengan hiba. Tidak dapat maklumat lagi. Saya jadi lagi pening dan terus hubungi bos besar politik, kebetulan juga teman rapat saya. Pada siapa lagi saya hendak bertanya kalau tidak orang politik. Saya terus beri semangat pada anak saya agar dia bersabar. Saya ceritakan pengalaman yang panjang ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada rakan agar sentiasa membantu meningkatkan kualiti pengurusan maklumat awam dalam membantu orang ramai. Lebih-lebih lagi orang kampong yang setia. Kerana sikap kita sambil lewa dan lepas tangan menjadikan mereka jauh hati. Itulah masej yang hendak saya sampaikan dari cerita yang panjang ini. Rakyat perlu informasi dan saluran komunikasi yang betul. Kerana urusan kecil begini adalah urusan biasa bukan perlu sampai ke Parlimen.

Kerisauan yang ketiga adalah kerana cucu saya yang meragam sejak balik dari kampong rumah besan saya petang tadi. Jam 0300 saya terpaksa ambli dia dan tidur bersama saya. Dia manja sangat dengan saya.


5 hb. Jun 2014 Khamis 6 Keliwon

Saya bangun awal bersiap dan seperti biasa isteri kesayangan menghantar ke ERL. Saya mendapatkan tiket murah ke KLIA2 hanya RM 4.30 sebagai warga emas. Beruntungnya berada di Malaysia yang makmur. Sampai di KLIA2 jam 0750 Haji Manaf baru melepasi R&R Air Keruh. Hai jangan lewat sudahlah bisik hati saya. Saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di terminal baru KLIA2 yang sangat membanggakan saya. Ada banyak tempat makan dan dan membeli belah. Tempat tidur terbuka pun ada yang paling cantik  smoking area yang disediakan. Saya ingat antara yang terbaik seperti Pnom Phen dan Changi. Bangganya jadi rakyat Malaysia. Kerana kita ada, negara lain belum tentu ada.

Jam 0900 Haji Manaf sampai kami rap beg dan chek in. Terus berpisah dengan Siti dan anak-anaknya kami terus masuk kerana perjalanan jauh ke Q17. 2 pemeriksaan keselamatan dan saya terpaksa menyerahkan lotion badan saya kerana botolnya melebihi 250ml. walaupun sebenarnya isi kandungannya tinggal sedikit. Huh ketat betul kawalan keselamatan di sini. Bangga, bangga, jangan tidak bangga.

Kami ambil 40 minit dari starbuck ke Q17 petugas sudah membuat panggilan terakhir  beberapa kali hanya tinggal kami sahaja yang belum masuk kapalterbang. Bangganya menjadi rakyat Malaysia . Apa lagi yang kita mahu kalau kita melihat kebaikan dan rahmat yang kita kecapi. Cuma kita perlu bersikap maju dan bertindak maju. Santainya hari ini lepas dari tugas seharian saya berasa sungguh damai.

Jam 1020 kami bertolak dengan kapal sejauh 2 jam 40 minit. Sempat makan meggi dalam penerbangan. Itulah penerbangan tambang murah kita kalau tidak beli dari awal tidak dilayannya kita. Sampai di Bandara Juanda Surabaya Pak Haji Ramli dan Randy pemandu kami siap menunggu. Kami menuju warung makan. Tukar wang beli top-up  terus kerumah Pak Ramli di Jalan Bukit Kismadani untuk berehat. 1805 kami bertolak ke masjid Ampel. Sesak teruk kenderaan dan orang ramai. Kami solat magrib di Masjid Ampel. Menziarah makam. Suasana disini tidak ubah di Mekah tahun 90an. Deretan gerai dikiri kanan jalan dan orang ramai seperti pasar malam. Di makam Sunan Ampel orang beryasin, tahlil dan berzikir terlalu ramai kami menyelit diantara ratusan manusia yang silih  berganti. Sangat mengkagumkan. Kerana malam ini adalah malam Jumaat Legi yang terbaik antara malam dalam kelendar Jawa.



Sunan Ampel: Sunan ampel nama asalnya Raden Rahmat keturunan ke 22 Nabi Muhamad SAW, anak kepada Syed Ibrahim Zainuddin bin Syed Jamaluddin Al Hussien (Jamaluddin Qubro).  Hasil Perkahwinan nya dengan Nyai Ageng Manila binti Ario Tejo berputrakan Sunan Bonang dan Sunan Derajat. Sementara perkahwinananya dengan Dewi Karimah berputrakan Sunan Demak (Raden Zainal Abidin) Raden Faqeh (Sunan Ampel 2)

Meneruskan perjalanan ke Grisik melalui Jalur Pantai Utara. Singgah di Makam Sunan Giri yang terletak di atas bukit. Penat juga mendaki bukit yang tinggi. Jualan disini lebih banyak dari Sunan Ampel. Walaupun sudah lewat tetapi orang masih ramai berpusu-pusu. Disebelah makam yang bertutup terdapat maqam putera sulungnya dan kami menyusuri makam Nyai Anjeng Putri Ayu Kukusan Putri Sunan Giri yang jauhnya 1 km dari maqam.


Sunan Giri: Sunan Giri adalah Nasab 23 dari Nabi Muhamad SAW anak kepada Maulana Ishak. Ia memerintah Giri Kedaton dan berperanan menyebarkan Islam di Jawa dan Indonesia timur. anaknya bergelar Sunan Prapen yang mengembangkan Islam di Lombok dan Bima. Sunan Giri seperguruan dengan Sunan Bonang anak murid kepada Sunan Ampel.


Jam 2300 kami ke Maqam Sunan Grisik. Disini maqamnya lebih tersusun, terbuka dan bersih. Tiada jualan sepanjang maqam tetapi orang tetap ramai dengan zikir dan marhaban. Selapas berdoa kami menyusuri beberapa maqam lain di pintu keluar saya terpandang papan tanda Maulana Ishak (Anak Jumadil Qubra) saya terhenti dan berdoa seorang diri dimaqam ini kerana saya berasa sangat bertuah malam ini dapat menemukan maqam Maulana Ishak Nasab ke 22, saya seperti menemui permata yang hilang dan sungguh mengembirakan.


Sunan Grisek: Maulana Malik Ibrahim di Grisek adalah Nasab ke 22 dari Nabi SAW. Maulana Malik Ibrahim memiliki 3 isteri. Isteri pertama 2 anak bernama Siti Sarah yang berkahwin dengan Sunan Santri dan mendapatkan anak sunan Mayuran dan Sunan Ngudung (Bermaqam di Demak) yang beranakkan Sunan Kudus. Pondoknya di di Leran Grisek makamnya di Desa Gapura Wetan Grisek tahun 1419. Ajarannya lebih kepada petani yang disisihkan kerajaan majapahit.

Kami singgah di warung makan disana Hendri Putra supir kami bertanya apa yang kami buat di Maqam tersebut. Saya menyatakan bahawa orang yang hidup tidak memerlukan apa-apa dari orang yang mati. Tetapi orang yang matilah yang memerklukan doa dari orang yang hidup. Kita doakan orang yang mati agar rohnya dicucuri rahmat, Dan jangan meminta-minta kerana hanya Nabi yang boleh memberikan syafaat. Hendry menyatakan Tok Kiainya ada mengatakan bahawa Sunan itu tidak mati. Saya menjelaskan bahawa perlu berhati-hati dalam masalah ini takut kita terikut ajaran Syeh Siti Jenar yang menyamakan sifat manusia dan sifat Alllah. Barulah saya perasan kemudiannya bahawa ajaran Syeh Siti Jenar masih menebal dikalangan masyarakat Jawa malah ada pendapat yang mengatakan bahawa Wali Songolah yang bersalah kerana menghukum Syeh Siti Jenar. Malah banyak blog yang memeperlekehkan kerajaan Malaysia dalam isu kalimah Allah. Dalam dunia Cyber ini jagalah anak-anak kita jangan sampai terpengaruh.

Jam 0300 pagi barulah kami sampai Kelamongan dan menginap di Kadok. Sebuah Homestay yang tersangat mahal walaupun bilik airnya diluar namanya Transit Podomoro Dusun Penanjan Kacamatan Piciran. Untuk tidur beberapa jam kami membayar RP 400 ribu. Jangan Singgah lagi.


6hb. Jun 2014 Jumaat 7 Legi

Esoknya kami bersarapan di Stesen bas Penanjan. Saya mendapatkan informasi mengenai gunung Jati nama sebenarnya ialah Gunung Surowati tempat pertapaan Sunan Kalijaga. Antara gunung yang istemewa di Tanah Jawa. Malam tadi kami tidak sempat kesana, hanya 17km dari maqam Sunan Derajat  di Lamongan. Ini kerana salah imformasi. Selepas bersarapan kami terus ke Maqam Sunan Derajat. Maqam ini sangat unik kerana ada muzium disebelahnya dan orang ramai banyak di muzium berbanding Maqam sunan yang lain. Jadi saya sempat mengambil gambar dan berbual dengan penjaga maqam. Saya lihat ada kubur baharu 2012 masih masih menggunakan nisan cetakan lama. Dimaqam Raden Qasim ini saya mendapat ketenangan dan rehat kerana tidak seperti 3 sunan terdahulu yang terlalu ramai orang. Pada pintu maqam sunan Ampel ada gambar naga sastro tetapi di sunan Derajat gambar singa. Nesan berubah dari bentuk bunga ke bentuk kepala ular di kawasan Maqam Sunan Grisik.


Sunan Derajat:  Sunan Derajat di lamongan nama sebenarnya Raden Qasem Nasab ke 23 Nabi SAW. Anak kepada Sunan Ampel dengan Nyai ageng Manila puteri Adipati Tuban bernama Arya Teja.

Perjalanan kami di teruskan ke Sunan Bonang di Tuban. Semalam kami terbuang 2 jam kerana urusan top up telefon Jafni. Hari ini giliran saya pula membuang 2 jam menguruskan Credit Card saya dari Lamongan ke Tuban. Kad kredit  saya tidak dapat digunakan.
Kami sampai ke Masjid Agung Tuban waktu azan Jumaat. Solat dan mendengar khutbah yang rengkas dan solat yang rengkas juga. Cara solatnya masih sama dengan orang Johor.
Selepas solat kami menziarah maqam Sunan Bonang. Ramai orang disekitarnya bertadarus dengan zikir dan tahlil seperti maqam yang lain. Sangat seronok melihat manusia yang berbagai, lebih lagi selepas mengerjakan solat Jumaat. Kemudian kami membeli air nira kelapa laut. Malangnya selepas menjamah sedikit saya rasa air nira tersebut di campur air kerana rasanya sangat berbeza dengan air nira kelapa laut yang saya nikmati kali pertama di Kampuchia dulu,  sangat manis dan wangi lebih sedap dari nira kelapa dan nira nipah tapi yang ini paling tidak sedap. Kami terus ke Kudus selepas makan dan menukar wang.


Sunan Bonang: Sunan Bonang di Tuban adalah nasab 23 Nabi SAW. Anak kepada Sunan Ampel dengan Nyai Ageng Manila puteri Adipati Tuban. Dia adalah pengubah suluk wijil. Universiti Leiden mengumpul karya Het Boek Van Bonang . Dimakamkan di Masjid Bonang Tuban Tahun 1525.

Sampai ke Pati kami singgah makam malam dan bersolat. Kali ini saya memilih ikan gurami goreng setelah 2 kali makan nasi padang berlaukkan ayam. Haji Manaf dan Jafni memesan sup ekor. Nampak berselera mereka.

Kami meneruskan perjalanan ke Kudus dan naik ke Gunung Muria. Perjalanan sangat tinggi meninggalkan Jalur Laut Utara kependalaman. Sekitar 17km. sampai di puncak bukit kami terpaksa menaiki motor dengan bayaran Rp 8 ribu ke Maqam Sunan Muria. Perjalanan sangat mencabar melalui celah gunung, tangan saya sampai sakit berpaut di bahu ojek kerana cara bawaannya sangat laju dan berkelok-kelok sejauh 3 km. Sampai betul betul di puncak Muria sangat saya kagumi dengan kebersihan dan ketenangan makam yang cantik. Bila saya sampai tidak berapa ramai yang ada. Saya memilih sudut kiri yang kosong. Sebaik saya berzikir dan berdoa. Dua tiga kumpulan datang dan terus memenuhi ruang kami berhimpitan lelaki dan perempuan. Saya berundur memberikan laluan. Maqam ini yang tercantik dan terdamai setakad ini kerana ia bukan perkhuburan umum tetapi maqam Sunan Muria dan pengikut-pengikutnya. Kawasan ini ada penginapan yang murah. Kalau saya berkesempatan untuk datang lagi saya akan menginap di kawasan pergunungan yang sungguh nyaman ini. Saya jatuh hati dengan ketenangan maqam Sunan Muria.

Sunan Muria:  Sunan Muria di puncak gunung Muria nama sebenarnya Umar said putra Sunan Kalijaga dari isteri bernama Dewi Sarah bte Maulana Ishak. Jadi beliau adalah nasab ke 23 Nabi SAW. berkahwin dengan Dewi Sujinah (bermaqam di kudus) putri Sunan ngudung jadi Sunan Muria adah ipar Sunan Kudus.

Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Kudus. Rengkas perjalanan ini walaupun masjid telah gelap dan Haji Manaf mengambil kesempatan untuk bersolat tetapi di maqam orang masih berpusu-usu. Menara hasil tangan Sunan Kudus sedang di baiki begitu juga dengan kawasan maqam. Tidak seperti kehadiran kedua saya ketika letusan merapi dulu. Kali ini saya berpeluang berada pada waktu malam yang indah.

Sunan Kudus: Nasab ke 24 nabi SAW. Sunan Kudus Nama sebenarnya Syed Jaafar Sideq bin Syed Uthman (Sunan Ngudung) bin Feqal Ali Mirtha (Sunan Gantri) suami kepada nasab 23 syarifah sarah maulana Malik Ibrahim. Ibunya Dewi  Ruhil (Nyai Ageng Mayuran binti Nyai Ageng Melaka - bermaqam di pulau besar bersama 2 putranya yang sahid 1517 menentang Portugis di Melaka) binti sunan Ampel. Anak muridnya yang terkenal adalah Sunan Prowoto yang hampir menjadi Raja Demak ke 4.


Kami meneruskan perjalanan ke Demak. Masjid Agung dan Maqam Sunan Kalijaga dan Raden Fatah. Ini kali ketiga saya ke Demak. Saya melihat perubahan yang cukup berbeza dan bertambah cantik dan tersusun. Orang masih ramai walaupun sudah tengah malam. Barulah saya menikmati maqam Raden Fatah Sultan pertama Demak dan Pengeran seberang Lor Sultan demak yang ke dua. Sunan Ngudung Serta Nyai Anjeng Kemboja. Kami kepenginapan jam 200 pagi. Terus tidur kerana keletihan.


Sunan Kalijaga: Nasab ke 22 nabi SAW. Sunan Kalijaga adalah putra Adipati Tuban bernama Temenggong Walatikta. Beliau adalah murid Sunan Bonang dan menggunakan kesenian dalam dakwahnya. Temang Suluk Ilir Ilir dan Gundur-gundur Pacul adalah karyanya. Beliau berkahwin dengan Siti Suroh Maulana Ishak juga Syarifah Zainah Syed Siti Jenar dan Ratu Kano Kendiri. Beliau juga yang diperintahkan oleh Sultan Raden Fatah menghapuskan ajaran Manunggaling kuwala Gusti Sayed Syeh Siti Jenar.

Raden Fatah:  Adalah pemerentah kerajaan demak yang pertama yang tersebar seluruh nusantara. Di Dokong kehebatan para wali Sembilan dari tahun 1478 – 1518. Raden Fatah adalah anak murid Sunan Ampel. Berkahwin dengan Nyai Ageng Melaka bte Raden Rahmat (Sunan Ampel)

Raden Pati Unus: Terkenal dengan Pengeran Seberang Lor anak Raden Patah yang membawa 100 kapal menyerang portugis di Melaka 1513 kalah kerana air pasang besar mereka berundur dan bertahan di Kota Kara. Menyerang sekali lagi pada 1517 dan syahidnya beberapa nasab ( Raden Abu Bakar 1502 -1517 dan Raden Abu Sayed 1503-1517 dari Isterinya Raden Purtri Jamilah dari ibunya Siti cucu Sunan Ampel) yang di makam di Pulau Besar. Menjadi raja ke dua Demak 1518-1521.

Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan.

Inilah pantun perjuangan para wali bagi menegakkan Islam di Nusantara. Roboh Kota Melaka Roboh juga akhirnya Demak.

Raden Trenggono: Sultan Demak yang ke 3 adik kepada Pati Unus. Berjaya mengalahkan kerajaan Sunda kelapa 1527 dan dimakamkan 1546. Selepas kematiannya berlaku perang saudara anatara anaknya Raden Prowoto dengan abangnya Pengeran Sekar. Pusat pemerentahan Demak kemudian berpindah ke Pajang. Maka terkuburlah kerajaan Demak.


7hb Jun 2014 Sabtu 8 Pon

Bangun agak lewat dan sempat berbual dengan tuan punya  Hotel Malindo. Yang sama dengan hotel Malindo di Kota tinggi. Ibu Ayu seorang yang peramah sesuatu yang menarik adalah kerana dia mengatakan bahawa hidup dan rezekinya di Malaysia. Begitu hormatnya dia pada Malaysia dan keramahan budi pekerti penduduknya.
Bergerak balik ke Surabaya kami singgah makan di Restoran makanan laut di Tuban saya makan ketam masak gulai jawa boleh tahan pedasnya dan sedap rasanya. Kami meneruskan perjalanan ke Surabaya. Kami sampai petang diKota Surabaya melalui panorama cantik di Gunung Tretes dan terus ke Lapindo.


Lapindo adalah fenomena alam yang sangat istimewa kerana hasil tebukan carigali minyak 16 kampung tertanam 12 meter sejak lapan tahun 10 hari. Kami menaiki motor lagi kekawasan tengah bencana asal keluarnya lumpur bercampur minyak dan belerang itu. Sehingga kini masih keluar lumpur tersebut dan tebeng yang di bina menghadang aliran larva ini hampir penuh. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan masalah. Ada juga ritual dari Bali mengikut Pak Budi yang membawa kami. Penduduk kampong diberikan pampasan dan tawaran berpindah kekawasan baru. Yang tidak berpindah mengambil kesempatan memungut cukai dikawasan tersebut. Parking 30 ribu. Motor 30 ribu. Masuk kawasan 5 ribu. Semuanya duit. Pak Budi menyatakan orang yang meminta-minta itu bukan dari JK penduduk kebanyakan mereka tidak mewakili penduduk tetapi pungutan itu untuk diri sendiri dan berhibur. Meminta tanpa usaha seperti yang di lakukan oleh Pak Budi dan rakan-rakannya. Begitulah masyarakat kita mengambil kesempatan walaupun di kawasan musibah asalkan dapat duit mudah.


Saya berterima kasih kepada Pak Haji Ramli kerana membawa kami ke Lapindo. Kalau saya datang untuk berehat ke Surabaya saya akan ke Tretes dan Bromo sekali lagi lagi kerana teringatkan saat manis 20 tahun lalu ketika saya memnjat Bromo dalam kedinginan jam 0400 pagi amat menyegarkan.


Perjalanan diteruskan ke Rumah Pak Ramli membeli sedikit cenderamata untuk isteri dan anak-anak. Sebenarnya kami tidak sempat membeli belah. Kemudian Pak Ramli belanja kami makan sup bontot goreng yang sangat enak. Itulah antara makanan yang sangat enak saya rasa sepanjang perjalanan ini. Kemudian kami chek inn di hotel Kemuning berhampiran Bandara Juanda. Harganya murah dan sangat selesa. Kalau sesiapa yang datang untuk berehat di Surabaya eloklah menginap di kawasan ini.

Sebenarnya Pak Ramli dan isterinya adalah usahawan yang berjaya dan mudah di urus. Sementara Hendri adalah siswa tahun akhir bidang pertanian yang  juga menjadi pemandu pelancung. Sesiapa yang ingin ke Surabaya bolehlah terus menghubungi alamat ini. Promosi Pak: Rendry Putra 03181688169. Pak Haji Ramli 081232302789.


8hb Jun 2014 Ahad 9 Pahing

Saya minta hotel kejutkan jam 0500 pagi tetapi hingga jam 0600 tiada siapa yang mengejutkan saya. Berhati hatilah berpesan dengan hotel di luar negera dia tidak sama dengan Malaysia. Saya bangun awal bersolat dan bersiap. Turun awal kejutkan 2 orang rakan saya yang masih nyenyak tidur. Bersarapan dan bertolak ke Bandara Juanda yang baru dan cantik. Ada klass. Sistem yang kemas. Tidak banyak masa terbuang sebaik sampai di pintu masuk kami sudah dipanggil saya lihat mereka sangat mengejar masa belum orang keluar kapal terbang sudah di panggil masuk. Dan kapalterbang bergerak 15 minit sebelum masa berangkat. Semuanya mengejar penerbangan.

Perjalanan Kali ini amat memuaskan hati saya dan memberikan ketenangan yang mendalam pada diri saya Cuma ada sedikit terkilan kerana saya tidak Gunung Surowiti. Jafni terkilan kerana tidak dapat menziarah makam ke 9 di Cerebon. Manaf pula terkilan kerana tidak ke Tretes. Sebenarnya ada beberapa altenatif ke Surabaya. Kalau perjalanan singkat untuk kemakam wali elok turun di Surabaya dan melawat 5 makam hingga ke Tuban. Kedua boleh turun di Jogjakarta melawat 3 makam hingga ke Muria. Ketiga turun di Surabaya berehat di Malang dan Bromo dan teretes. Atau ke Solo naik ke Cerebon.  Kalau hendak pusing dari Surabaya ke Jogjakarta ambil 5 malam atau 7 malam terus ke Solo dan Bromo balik semula ke Surabaya seperti yang saya lakukan pada tahun 1997 dulu. Walaupun penat ia berbaloi.

Sunan Gunung Jati: Sunan Gunung Jati di Cerebon namanya Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah Khairuddin bin Syed Barakah Zainal Alam bin  Sayed Hussien Jamaludin (Jumadil Qubro) Nasab ke 23 Nabi SAW. mengembangkan Cerebon sebagai pusat pemerentahannya. Anaknya Maulana Hassanudin mendirikan kesultanan Baten. Sunan Gunung Jati dimakamkan di Kalisapu Cerebon. Jawa timur.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pak Haji Ramli yang baik hati dan peramah. Hendry Putra juga seorang yang baik. Saya menemui ramai orang baik dalam perjalanan ini termasuk sesiapa sahaja yang kami temui dijalanan ketika tersesat jalan, mereka orang jawa yang peramah dan tinggi pekertinya. Sangat santun dan penyabar. Cuma saya berasa pelik akan perubahan ini kerana biasanya saya tidak mendapat layanan seperti ini ketika berada di Indonesia. Tidak terbalas budi mereka.


9hb Jun 2014 Isnin 10 Wage

Saya masuk kepejabat dalam keadaan letih.Bila saya kata Jetlet semua orang ketawa kerana pergi ke Surabaya masih jetlet sebenarnya memang benar kerana 4 malam berturut-turut sebelumnya saya tidur melepasi jam 3 pagi.


Sekian.