Isnin, 5 Mei 2014

GAZA, PALESTIN 2013

CATATAN PERJALAN KE LEMBAH SUHADA
GAZA STRIPE, PALESTIN 2013

Kami di beri taklimat di pejabat Aqsa Syarif Kajang pada 29 des 2012. Kebetulan petang itu Udin anak saudara saya bersanding sebelah perempuan. Lepas menziarah abang, di Bandar Putra saya ke pejabat Aqsa Syarif. Kami diberi taklimat serba sedikit mengenai Gaza dan diperkenalkan dengan peserta misi ke 12 dan 13. Saya juga sempat menyaksikan penyerahan plak sumbangan pelajar Malaysia di UK dan Ireland sebanyak 24 ribu paund. Sangat banyak berbanding dengan sumbangan yang saya dapat. Saya juga dapat merasa khurma Medjoule dari Gaza yang sangat sedap dan saya menyimpan bijinya untuk ditanam di kebun saya nanti. Setakat ini saya telah berjaya menanam beberapa jenis kurma termasuk kurma ajwa. Saya harap khurma Gaza ini dapat hidup walau pun belum tentu berbuah.
Pagi 2 Januari 2013 saya mula bercuti, bangun awal dan berkemas barang keperluan dan dapatkan beberapa keperluan lain yang masih kurang. Saya telefon ketua misi Pak Utih untuk kepastian dan nasihat. Telefon Ustaz Khairozi beliau menyatakan beliau terpaksa bertolak ke KLIA dengan penerbangan Jam 6.40 petang, saya nasihatkan beliau naik teksi sahaja kerana penerbangan kami jam 10.00 malam. Telefon beberapa sekolah untuk buat ujilari sidang video jika boleh. Saya dapat berhubung  untuk persediaan dengan SMS muzafar shah Melaka(Mozac). Sekolah Jalan 4 Bangi sementara SMAP Kajang dan Bandar Maharani macam belum bersedia.
Saya ke KLIA tepat jam 6 petang anak anak juga bersama yang paling sibuk ialah 2 cucu kecil saya. Kami buat sidang media jam 2000.  KPP saya Adenan dari bahagian hadir sudah cukup membanggakan. Tidak nampak pula Pengerusi badan kebajikan. Sibuk agaknya fikir saya.

Hari pertama Khamis 3 Januari 2013
Bertlolak jam 2200 malam tanpa Ustaz Khairozi kerana kapal beliau tidak dapat berlepas kerana hujan lebat di Senai. Transit di Bangkok, kami berkenalan dengan peserta misi dalam taklimat di lapangan terbang Bangkok. Sampai di Kahirah jam 5 keesokan harinya waktu Mesir. Saya di sambut oleh pelajar Mesir ramai juga. Kami terus bertolak ke Rafah dalam 3 buah van. Perjalanan lebih 500km. Singgah di Tiba’ minum sikit kami dibelanja oleh Abu Hatim adik kepada wakil Aqsa Syarif Mesir. Beliau sangat berdidikasi.
Pada mulanya saya bayar dengan USD 10. Tapi kerana makanan kami sikit sangat duit saya dipulangkan. Sampai dipintu Rafah jam 2 petang betapa bangganya kami bila melihat bendera jalur gemilang pada bena Aqsa Sheriff di pasang pada setiap 35 lori yang membawa pelabagai barangan seperti makanan, ubat, pakaian musim sejuk dan bahan binaan yang akan memasuki Gaza. Dalam taklimat kemudiannya mereka menyatakan ini adalah bekalan bahan binaan yang kedua memasuki Gaza secara rasmi melalui pintu Rafah. Kami berbangga bersama rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada Palestin melalui Aqsa Syarif. Seperti mereka yang telah menyumbang kepada pertubuhan HALUAN untuk misi Somalia tahun lepas. Mereka adalah dua pertubuhan yang telah saya buktikan mempunyai keupayaan mengurus dengan baik dan komited kepada misi  mereka.
Kami turus menunggu di pintu tanpa sebarang maklumat yang pasti. Kami ambil kesempatan untuk solat Zuhur dan Asar, makan dan berehat. Pintu Rafah akan ditutup jam lima petang. Kami menjadi semakin risau. Van pertama telah bersedia di pintu. Van yang kedua dan ketiga masih jauh bersama lori yang tidak dapat bergerak. Orang semakin reda di pintu besar. Para peniaga telah membungkus jualan mereka untuk pulang. Kami diberitahu mungkin tidak dapat masuk pada hari itu, jadi saya mengambil kesempatan untuk minum sekali lagi di restoran berdekatan menemankan Sam rakan media saya yang belum berselera untuk makan.
Baru dua suap dia menjamah makanan. Kawan kawan menjerit mengatakan kami dibenarkan masuk. Saya melihat jam hanya tinggal 10 minit lagi pintu Rafah ditutup.  Masih banyak beg yang hendak diturunkan dari 2 buah van pengangkutan kami. Kami bergegas. Dan konvoy 35 lari telah bergerak masuk di pintu besar Rafah. Rakan media saya bergegas mencapai kamera dan mengambil gambar pergerakan lori dalam rembang matahari.

Saya membantu mengangkat turun beg pakaian dari van dan memunggah pula ke atas sebuah lori yang mengangkut simen. Akhirnya kami berjalan melepasi pintu besar menuju chek point. Kami melepasi pintu besar Gaza disambut oleh Azan Magrib. Saat yang sunguh mengharukan kami masuk kekawasan kompleks. Sekali lagi kami di tahan kerana urusan pasport. Sangat banyak kerenah mereka.
Kami letih menunggu hinggalah passport kami dipanggil satu persatu dan kami memasuki Gaza dengan takbir peserta dan laungan Azan Isyak. Kami disambut oleh Menteri yang bertanggungjawab kepada rombongan Ahmad Al Quds mantan menteri kebajikan sosial Gaza. Kami diberi taklimat tentang perkembangan di Gaza dan hubungan rakyat Palestin dan rakyat Malaysia yang begitu rapat.  Dipintu masuk dipamerkan kereta Al Jabari yang hancur dibom Israel yang mencetuskan peperangan November lepas, kami ditunjukkan bukti kekejaman Israel dalam bentuk gambar gambar, kereta al jabari dan serpihan bom dan roket. Cukup menyayat hati. Kami sangat bangga kerana diberitahu semua penduduk Gaza telah mengetahui kedatangan kami hari ini dan mereka sangat mengenal bendera Malaysia. Ah hebatnya Negara kita di mata penduduk Gaza alangkah baiknya kalau semua rakyat Malaysia menjaga nama baik Negara ketika berada diluar negara. Itupun masih ramai orang tidak sedar.
Kami di bawa makan di restoran Matoug. Perjalanan kami sangat terhad kerana malam ini adalah perayaan perjuangan fatah. Ramai orang di sepanjang jalan di Gaza City. Bawa bendera, membunyikan hon, dan gendang sambil pemuda bersorak sorai. Kereta yang di pandu dengan pintu terbuka dengan pemuda memegang bendera adalah pemandangan yang biasa dalam perayaan serupa ini. Mereka sangat terhibur. Tidak kira mereka Hamas atau Fatah. Mereka merayakan bersama sambutan kemenangan menentang rejim Israel.
Kami daftar masuk di hotel Mathaf jam 11 malam. Bayangkan rasa letih dan kesejukan yang amat sangat. Saya tidak tidur lena dan beberapa kali terjaga malam itu kerana terlalu dingin. Saya tidor seorang kerana rakan bilik saya Ustaz Khairozi masih belum sampai. Saya menyampaikan masej melalui FB saya minta keluarga mendoakan agar barang-barang dan Ustaz Khairozi selamat melepasi pintu Rafah.
Hotel ini dipunyai oleh seorang arkitek yang amat berminat dalam artifek sejarah. Beliau memgumpul bahan yang mempunyai nilai sejarah dari zaman rom hingga sekarang. Beliau mendapatkan bahan dari rumah lama yang dirobohkan untuk pembangunan atau artifek yang dijumpai ketika pembangunaan rumah dan lebuhraya. Bahan seperti pintu  lampu dan sebagainya digunakan sebbagai perhiasan hotel ini.

Gaza city. Jumaat 4 Jan 2013.

Saya bangun awal solat subuh berdoa dan mengaji sedikit mendoakan keselamatan Ustaz Khirozi yang masih belum sampai dan barang barang yang belum lepas. Saya cuba menghubungi keluarga dengan face book tetapi saya dapati masalah talian agak teruk. Serlalu putus putus dan belum pun sempat menaip dua baris ayat.
Jadi tulisan saya dalam fb saya sangat banyak kesilapan ejaan untuk segera dihantar. Selepas sarapan kami diberikan sedikit tazkirah aleh Prof Hata. Kami bergerak ketempat lawatan pertama kami di bumi Gaza ia itu kilang roti kilang ini dibiayai oleh Aqsa Syarif. Saya terpegun melihat usaha mereka membina kilang roti di Gaza City. Kami merasakan roti nan yang baru keluar dari dapur sangat sedap. Tetapi saya tidak tahu kenapa saya menangis. Belum pun sempat saya menghabiskan sekeping roti tersebut. Air mata saya tiba tiba keluar.
Ketika ku jamah secubit roti kasihmu
anak mujahid Gaza,
airmataku tanpa boleh ku tahan.

Roti  ini diuli dengan air mata ibu
tiga puteranya syahid di Gabalia
terpanggang oleh panas darah mujahid.

Di bumi Palestin ini
doa apakah yang telah ku baca tadi
ketika ku telan rintih hatimu.

Hati suram melihat debu Gaza
dari sorak anak muda mengarak panji di jalan
melaung  simpati  dunia yang lelah
dan ikhwanku yang parah.

Saya keluar dari kilang roti dan berjumpa seorang ibu yang menceritakan kesukaran hidupnya. Dan saya menyumbang sedikit wang yang dititipkan kawan kawan tanpa di ketahui oleh peserta rombongan dan ibu itu pun saya tidak pasti sama ada dia sedar saya yang menyelitkan wang ketanganya. Dalam kesibukan peserta rombongan menaiki bas untuk bergerak. Kemudiaan saya diberitahu setelah di selidik bahawa pembuat roti itu siangnya adalah pekerja kilang dan malamya adalah Mujahid palestin. Besarnya pengorbanan mereka pada bumi suhada ini.
Kami melalui jalan Md Yasin terus ke Gabalia. Dalam perjalanan kami melihat runtuhan kompleks dan pejabat Hamas di Gaza yang musnah seluruhnya di bom Israel. Atas dasar keselamatan mereka. Dan ramai pejuang yang mati syahid. Kami terus ke kompleks anak yatim di Gabalia yang disumbangkan oleh Turki dan Aqsa Syarif bernilai 1.2 USD. Kompleks ini akan siap sebulan lagi dan akan menempatkan 600 orang anak yatim. Lengkap dengan perpustakaan dan bilik komputer.

Saya sempat menyeberang jalan dan bertemu dengam seorang petani yang benama Ahmad. Saya menghadiahkan biji mahkota dewa yang saya bawa dari  Malaysia dan sempat menanam sebiji sebagai simbolik bahawa saya ingin membuang racun yang diberi oleh oleh musuh kepada rakyat Gaza. Saya terfikir untuk membawa buah mahkota dewa ini kepada petani Gaza setelah terbaca satu artikel yang ditulis oleh  YB Mukriz Tun Mahathir bahawa kadar kematian yang paling tinggi tanpa sebab didunia adalah di Gaza. Ini adalah kerana mereka sentiasa terdedah dengan racun kimia dalam air minuman dan makanan mereka yang dilakukan oleh musuh mereka. Buah mahkota dewa ini boleh membantu sedikit dalam hal tersebut fikir saya. Dengan doa agar pokok itu berkembang biak di bumi suhada saya bertawakal dan menanam sebiji dihujung dapur petani dihadapan kompleks anak yatim Aqsa Syarif dan Turki itu.

Kami bersolat Jumaat. Sempat bermesra dengan jamaah selepas solat. Mereka sangat bangga  kerana sebaik sahaja kami selesai solat ramai jamaah yang bergambar dan memeluk kami. Saya sempat juga berselisih dengan seorang ibu yang dengan bangganya menyatakan bahawa tiga anaknya telah syahid sebagai pejuang. Dalam hati saya berkata sejuk perut ibu yang mengandung.
Kemudian kami ke kilang susu lembu. Yang dibiayai oleh penduduk Malaysia. Lembunya sangat besar. Badanya sahaja lebih dua meter. Satu kantung susunya sahaja boleh mengeluarkan hampir setengah baldi susu. Sekejap saja perahan telah penuh setangki susu. Lembu arab banyak susu.
Masalah penternak disini seperti juga di Malaysia iaitu harga makanan ternak yang mahal. 500 USD setan di beli dari Israel. Kami dapat menyusukan seekor anak lembu yang baru dua jam lahir sempena lawatan kami. Cantik dan besar. Sebanyak 30 pekerja. Mengikut Abd Rahim kerajaan Israel tidak menggalakkan penduduk Gaza mendirikan kilang kerana akan mengancam ekonomi mereka. Pernah seorang petani membuka kilang makanan ternak yang kecil sahaja di belakang rumahnya dan kilang itu telah menjadi sasaran Israel dan musnah di bom. Itulah rialiti kehidupan di bumi Gaza. Apa sahaja ancaman dan yang berpotensi untuk menjadi ancaman akan dimusnahkan.
Kemudian kami ke ladang melihat tanaman kobis, buah-buahan dan gandum di sempadan Israel. Kami turun dari bas dan berjalan  kearah pagar sempadan Israel. Dulunya tahun 2008 itulah tempat bungker kereta kebal Israel membedil Gabaliah. Kami lihat beberapa belon pemerhati Israel telah dinaikkan.  Kami berhenti di satu bungker dan melihat sekitar.
Setelah beberapa lama berada diatas bungker sebahagian kami mula turun dan bergerak kearah pagar Israel. Mungkin ini merupakan provokasi tentera seberang. Dua buah truk bergerak kearah pagar. Kami cepat cepat meninggalkan bungker takut perkara buruk berlaku. Dan dua truk terntera Israel itu serta merta berhenti. Kami balik ke bas dan terus ke kilang ikan talapia merah air masin yang diusahakan oleh mereka juga dibiayai oleh rakyat Malaysia. Kilang ini juga di bom oleh Israel pada november lepas. Serpihan bom masih baru dan dapat kami rakamkan.
Kami makan malam hidangan istemewa iaitu sambal udang. Kami cuma dapat bayangkan kalau ada petai sekali. Itulah yang membuatkan selera saya terbuka sejak semalam. Malam itu kami berkumpul membuka kotak yang kami bawa untuk diagihkan ke beberapa lokasi. Ustaz Khairozi sampai dalam kepenatan dan kami semua bersyukur. Tetapi barang kami belum lepas lagi sempadan Gaza.
Sabtu 5 Januari 2013
Malam ini saya rasa panas sedikit mungkin banyak minum mahkota dewa pagi semalam. Saya sempat bangun jam 4 pagi buat solat sunat sementara menunggu subuh. Kami ke masjid berhampiran selepas solat kami berbual melayan keramahan penduduk Gaza. Selepas solat dapat lihat beberapa orang bertadarus dalam kumpulan. Mungkin mereka adalah kumpulan hafis.  Imam masjid menjemput kami kerumahnya dan kami berjanji untuk ziarah pada pagi esok kerana pagi ini kami telah berjanji kerumah suhada Abu Salim bin Khalid.
Di hadapan rumah Abu Salim terpampang gambar Suhada Abu Salim bin Khalid dan keterangan yang rumah ini ada seorang suhada. Sampai ke rumah Abu Salim saya di sambut oleh ayahnya. Dan anak lelakinya yang menunjukkan gambar gambar Syahid Abu Salim.
Abu Salim seorang pemuda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Berumur 27 tahun dan pengerusi mujahid dipanggil Alqasam yang mendapat latihan oleh tentera di Iran. Beliau mempunyai gambar-gambar yang amat menarik menunjukkan kehebatan Abu Salim sebagai AlQasam. Sebelum syahidnya Abu salim  sering berkata kepada bapanya bahawa beliau berdoa agar dapat syahid pada malam lailatul kadar. Pada 25 ramadan 2011, beberapa minit sebelum berbuka. Keluarga beliau sedang menunggu beliau pulang dari Gaza City. Ayahnya terdengar roket Israel dan bunyi letupan yang kuat. Hampir menyuap makanan berbuka beliau tersentak dan terus menyatakan bom itu adalah sasaran Abu Salim. Beberap minit kemudian beliau mendapat berita Abu Salim yang  sedang menunggang motor untuk pulang berbuka bersama keluarga telah di bom oleh tentera Israel. Maka gugurlah seorang suhada.
Selamat tinggal ayah
izinkan aku jadi suhada  Lailatulkadar
tidak sempat aku  maklumkan
ada cucumu bakal bersolat di Al Aqsa.

Terima kasih ibu yang menjodohkan
baluku dengan adik kesayanganku
tidak sempat aku menjamah juadah 25 ramadhan
lantas murah darahku untuk bumi Palestin.

Titipkan salam buat mujahid
jika rindu datang padamu itu kasih
jika benci membakar hatimu itu nafsu
jika hiba menyusup dadamu pohonlah rahmat,
jaga pertiwimu jangan sampai terjajah
jaga hatimu jangan tersalah arah
jaga lidahmu jangan menegak salah,
aku bersama Aljabari menghampiri Al Aqsa
sebagai seorang mujahid merdeka.

Ayahnya menyatakan bahawa Abu Salim belum sempat memberitahu bahawa isterinya telah mengandung anak pertama mereka. Kerana mengikut tradisi berita baik perlu dinyatakan dalam masa yang sesuai. Kami sempat bertemu anak Abu Salim yang di pangil sempena nama atoknya Khalid. Dan balu Abu Salim kemudiannya dinikahkan dengan adik Abu Salim yang berumur 24 tahun. Begitulah mereka memuliakan suhada bukan sahaja mereka sekeluarga berbangga dengan kematiannya mereka juga berbangga dengan peninggalan Abu Salim. Diceritakan anak kecil ini setiap kali ibunya menangis mngenangkan Abu Salim akan berkata. “Kenapa ibu menangis. Bukankah ayah bersama Al Jabari. Jika Al Jabari masuk syurga tentu ayah juga masuk syurga sebagai suhada.” Kami balik ke hotel dan bersiap untuk keluar selepas sekali menikmati sarapan yang di sediakan oleh hotel. Saya menikmati kopi 3 dalam satu saya.
Selepas bersarapan kami melihat kesan kesan runtuhan akibat dibom oleh musuh. Rumah pertama yang dianggap sebagai tempat strategik bungker dibom november tahun 2011 dihuni oleh satu keluarga enam orang. Rumah Kedua ranap sepenuhnya november 2012 dihuni oleh satu keluarga Sembilan penghuni. Kedudukan rumah sebuah ditengah kebun buah kawasan Al Shifali ini terkenal dengan pengeluaran buah tut dan strawberi. Sekolah bernama Abu Sufian School juga diserang. Sekolah antarabangsa Amerika juga tiga kali diserang dan dimusnahkan sepenuhnya. Rumah ketiga dibom beberapa kali sehingga ranap.Tapi dua rumah terakhir sedang dibina semula dengan cepatnya. Ini membingungkan tentera Israel kerana sertiap kali dibom dengan cepat rumah itu dibangunkan semula. Mereka begitu berbangga kerana rumah mereka dibom dan dibangunkan semula  itu sebagai satu dari cara mereka untuk menunjukan kekuatan tentera muslimin.
Perbelanjaan membina rumah adalah sumbangan dari kerajaan dan sebahgian derma orang ramai termasuk dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kami jaga dapat melihat stadium permainan, pejabat Hamas, sekolah dan padang permainan yang dibom Israel. Dianggarkan 2 ribu rumah yang musnah sepenuhnya. 8 ribu rumah yang rosak sebahagian, 320 sekolah. Sebahagian sedang dibina dan sebahagian lagi tidak.
Dalam perang terakhir November 2012 mereka sangat berasa ragu akan panjangnya peperangan tersebut tetapi mereka terus berperang selama lapan hari, peperangan itu meletus kerana kesilapan tentera Israel sendiri membunuh Aljabari perunding damai pihak Hamas yang keretanya di bom. Saya masih ingat siaran tv3 menggambarkan bagaimana roket Israel menghentam kenderaan AlJabari. Kematian Aljabari menimbulkan intifadah untuk menyerang balas Israel. Secara strategic Israel Aljabari dibunuh sebagai provokasi Israel mengharapkan kebangkitan Hamas dan tentera darat mereka telah bersedia untuk masuk seperti percaturan november 2011. Malangnya percaturan ini adalah kesilapan, Hamas telah membalas bedilan dengan menggunakan roket hingga ke Tel Aviv.  Diluar jangkaan tentera Israel jadi mereka menggunakan kekuatan tentera udara dan drons untuk menghentam Gaza khususnya Gabaliah. Setelah lima hari mereka berperang PM Israel telah meminta PM Mesir untuk berunding dengan Hamas untuk melakukan gencatan senjata. Anggaran kematian di pihak Hamas adalah 1600 orang cedera dan 200 orang syahid dan tidak seorang pun tentera Hamas yang mati. Kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang perempuan yang menjadi benteng kepada kedudukan tentera Hamas.
Di pehak tentera Israel mereka kehilangan 20 nyawa, 2 buah kapal terbang dan dua orang menteri meletak jawatan atas tanggungjawab kegagalan serangan itu. Gencatan senjata dibuat tanpa syarat. Dan diterima oleh pihak Hamas. Mereka mendapat pantai yang dibuka dari 2 kilo meter kepada 6 kilometer. Zon tampan sempadan dibuka dari dua kilomerter kepada setengah kilometer dari pagar sempadan.  Selepas lima hari berperang pihak Israel meyatakan beliau berasa kesal kerana membunuh Al Jabari yang menyebabkan kekalahan teruk pihak Israel. Strategi 2011 tidak berkesan pada 2012.
Kami balik ke hotel dan berihat. Kerana malam ini kami akan berjamaah dengan beberapa keluarga Gaza yang ditimpa musibah untuk mendapat cerita yang lebih lengkap malangnya kawasan hotel tempat penginapan kami sedang dianjurkan parti meraikan ulang tahun penubuhan pertubihan Fatah. Kedudukan sekuriti yang ketat. Keluar masuk hotel dikawal. Puak Fatah mengadakan parti itu menggambarkan bahawa orang kerajaan fatah adalah terdiri dari pegawai kerajaan yang malas dan korap serta suka berhibur. Penyanyi yang cantik menginap di sebelah bilik kami. Sudah dua malam mereka mengadakan keramaian. Malam sebelumnya agak kecil tetapi disertai oleh pemimpin tertinggi fatah. malam ini adalah untuk pegawai kerajaan dan bilangan jauh lebih besar.
Secara  strategiknya keadaan ini sangat tidak baik hotel kami mungkin diserang fikir saya. Saya mengambil kesempatan bersama Sam dan dua lagi rakan dari Mesir untuk membuat liputan malam di Gabaliah.  Kawasan masjid Alkasam. Dimana tiga rumah di bom tentera Israel. Saya dibawa oleh Dr Ahmad bekas pelajar Phd  Universiti Sains Malaysia pelajar kejuruteraan yang mengajar di Universiti Gaza. Kawasan ini dipanggil kawasan Bellahiah berhadapan dengan masjid Alqalsam.
Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah yang ranap sepenuhnya.  Akibat serangan 18 november 2012, rumah enam tingkat ini di huni oleh Saeed Abu Fool dengan enam keluarga 23  penghuni.  Israel melepaskan empat tembakan amaran dan mereka keluar dari rumah, lima minit kemudian tiga bom besar meranapkan keseluruhan rumah dan dua rumah lain berdekatan.

Rumah kedua diduduki oleh seorang guru sekolah rendah Mustaffa Rayyan. Beliau mengajar bahasa  arab berusia 57 tahun dan telah 28 tahun bekhidmat sebagai guru bahasa arab di sekolah Habsa Amardin Omar. Beliau terpaksa tinggal dibawah runtuhan dengan membakar sepihan kayu perabot untuk memanaskan badan. Saya sempat membawa selimut dan sedikit makanan dan duit yang disumbangkan rakan-rakan untuk merengankan beban beliau dan menujukkan bahawa rakyat Malaysia juga bersimpati kepada nasib beliau. Rumah beliau dihuni oleh tujuh keluarga 35 penghuni. Rumah beliau rosak teruk dan tidak boleh diduduki dan akan dirobohkan. Beliau memeluk dan mencium saya beberapa kali sambil menangis. Saya sungguh terharu. Episod ini dirakam Sam dan disiarkan beberapa kali dalam TV9 dan TV3 sekembalinya saya ketanah air.
Rumah ketiga dihuni oleh Rad Ismael Ujjaze. Rumah beliau dihuni oleh sembilan keluarga dan 40 penghuni. Beliau adalah peniaga pakaian. Masih ada pakaian yang berdebu selepas dibom Israel terus dijual.

Kami banyak mengabiskan masa bersama Mustaffa Riyyan dan kami berasa akrab kerana beliau juga seorang guru seperti saya. Saya menyampaikan salam semua guru Malaysia agar beliau terus semangat membangunkan anak-anak Gaza yang memerlukan pendidikan awal. Beliau akan bersara tiga tahun lagi. Menjadikan beliau berasa sangat sedih dan letih. Semua usaha beliau  sepanjang perkhidmatan dimusnahkan oleh Israel begitu sahaja, bagaimana masa depan keluarga ini jika tidak ditolong. Saya bercadang untuk megadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah beliau dengan sekolah sekolah kita dan berharap kita akan memanjangkan persaudaraan kita di diGaza.
kami berehat sebentar di rumah Dr Wesam Ahmed Almadhoun (wsah79@gmail.com). Dan makan buah-buahan yang enak di hidangkan oleh bapa beliau.  Beliau  tinggal dalam rumah dihuni enam keluarga 43 penghuni. Kami sempat bercerita tentang kezaliman Israel yang turut membunuh adik beliau yang sedang masak dalam peperangan 2003. Ketika itu adik perempuan beliau sedang masak di dapur berhampiran tinggkap rumahnya. Penembak tepat musuh telah menembak tepat di kepala beliau dan beliau meninggal di hospital selepas dua hari koma. Setiap keluarga yang saya temui berasa amat bangga kerana mempunyai ahli keluarga yang terkorban dalam peperangan membebaskan negara mereka. Mereka mengganggap semuanya adalah suhada.
Dr Ahmad mengikut kami pulang kerana beliau hendak  bermumpa Ustaz Khairozi yang sebilik dengan saya. Malangnya setelah lama menunggu Ustaz Khairozi tidak juga muncul air panas yang saya minta untuk buat kopi Old Town dan Sam hendak masak mee segera kerana kita belum makan malam tidak juga sampai. Beliau juga bertemu dengan ramai peserta rombongan kami yang mengenali beliau dalam beberapa majlis. Air panas tidak sampai juga. Inilah arab. Ya tidak bertitik. saya perlu minum susu sebelum tidor takut perut saya meragam nanti. Ini semua adalah kemanjaan yang di berikan oleh istëri saya yang tidak pernah lupa menyediakan teh tarik saya dimeja komputer setiap malam. Harap harap sampailah air panas untuk saya buat kopi 3 dalam satu.  

Air panas  sampai juga akhirnya lama selepas semuanya balik dan Sam sudah tidur. Saya buat kopi dan satu jag lagi saya rendam mahkota dewa untuk bekalan esok.  Ustaz Khirozi balik lewat setelah saya hampir terlelap.

Ahad 6 hb Januari 2013
Saya bangun subuh di masjid. Seperti yang dijanjikan kami kerumah imam masjid. Adiknya seorang peguam kepada Aljabari. Kami memulakan makan dengan doa. Kami dihidangkan dengan dua jenis makan. Roti cheese dengan habatusauda dan roti rempah  serta manisan. Sambil berbual adiknya pernah sebulan berada di Malaysia november lepas. Tinggal di hotel berhampiran masjid India Kuala Lumpur, Imam Ahmad juga mempunyai tetamu yang baru seminggu datang dari Saudi bercuti.


Banyak topik yang ditimbulkan. Antaranya beribu orang telah syahid di Gaza. Boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai coretan seorang syahid. Sebab itulah bumi Gaza ini dipanggil bumi suhada. Mereka sangat ramah kepada tetamu mereka. Sangat tertib. Antara pesan imam hendaklah kita berusaha bersung sunguh dan meminta semua ahli keluarga mempelajari bahasa arab.

Imam pagi tadi menceritakan satu hadis mengenai perbualan siapakah yang paling baik imannya.  Maka sahabat berkata tentulah para nabi. Nabi menjawab bukan, kerana nabi adalah orang yang hapir dengan tuhan tentunya iman mereka sangat kuat. Sahabat berkata tentulah kami para sahabat.  Nabi menjawab bukan kerana mereka bersama para nabi dan mendengar alquran dari mulut nabi tentulah mereka sangat kuat imannya. Mereka bertanya lagi siapakah mereka itu? Nabi berkata. Mereka tidak melihat tuhan  tetapi mereka beriman. Mereka tidak menemui nabi tetapi mereka beriman. Mereka juga tidak tahu berbahasa arab tetapi mereka beriman kepada alquran dan membacanya setiap hari. Mereka jauh dari bumi arab tetapi mereka beriman. Mereka itulah umat yang tinggi tingkat keimanannya.

Dari petikan itu semasa bersarapan imam Ahmad sekali lagi mengatakan kami ini seperti Saidina Bilal. Yang tidak tahu berbahasa arab kerana beliau dari Afrika dan Saidina Abrahman seorang rom yang kuat imannya, berbanggalah kamu hai orang Malaysia. Mereka juga menggunakan hadis ini untuk menceritakan bagaimana kami di Malaysia lebih mulia dari suhada Gaza. Kerana mereka memang dilahirkan di Gaza dan berjuang untuk Alaqsa dan akn terpilih sebagai suhada satu hari nanti. Sedang kita jauh dan tidak pernah berada di Palestin juga berjuang untuk membebaskan alAqsa. Itu sebab kami sentiasa di muliakan oleh penduduk Gaza.
Selepas bersaran di hotel kami mengunjungi tadika dan bermesra dengan anak anak palestin. Kami menyerahkan sebahagian sumbangan rakyat Malaysia. Semua mereka mesra dengan kami dan bendera Malaysia.

Kami kemudiannya berkunjung kepejabat presiden dan dapat bertemu dengan Dr Ismail Haniyeh. Selepas itu kami ke gudang pengumpulan makanan. World food aids. Kami bersyukur kerana sumbangan kami telah sampai dengan banyaknya memenuhi sebahagian besar gudang. Antaranya beras, tepung, minyak jagung, kacang panggang dan berbagai. Makanan ini akan  diserah kepada satu badan NGO tempatan yang akan menguruskan agihan kepada 34000 penduduk palestin yang miskin. Kami yakin makanan ini akan disempurnakan oleh badan NGO yang menguruskannya.
Kami juga dapat melihat sumbangan yang diberikan oleh Kanada, Qatar dan Turkey.
Kemudian kami pulang ke hotel kerana selepas solat magrib kami akan pergi kerumah suhada Ismail Khalid sekali lagi kerana peserta perempuan juga berminat sama Abu Salim telah menjanjikan makan malam untuk kami semua.Saya mengambil kesempatan ini untuk menemani Ustaz Khairozi yang tidak sihat dan mengemas kinikan catatan perjalan saya.
Isnin 7 Januari 2013
Kami di jadualkan bergerak dengan Abd Rahim jam 900 pagi. Pagi ini rebut sangat kuat. Malam tadi saya tidur lena dari petang. Ustaz demam semalaman. Pagi itu saya mencadangkan beliau tidak turun kemasjid. Kerana agin begitu kuat diluar. Saya mengambil keputusan untuk tidak solat dimasjid kerana tidak mahu mendedahkan badan saya kepada cuaca. Perjalanan saya masih ada beberapa hari dan skop saya masih belum menjadi.
Kami tidak dapat berhubung kerana internet putus. Jam 10 baru Abd Rahim datang dalam hujan yang lebat, beliau kelihatan tidak sihat, kami masih menungu. Hampir jam 11 pagi bila rebut telah reda baru kami bergerak. Dalam perjalanan saya dapat melihat ada 2 lori bomba dekat sebuah rumah yang terbakar akibat lintar pintas kerana ribut dan hujan yang lebat. Begitulah sukarnya hidup di Gaza bukan sahaja melawan Israel tetapi juga melawan cuaca yang teruk. Bayangkan bagaimana anak kecil dan orang miskin yang menguni semenanjung Gaza ini menghadapi nya. Allah sahaja yang dapat membantu.
Sekolah pertama adalah sekolah yang ditanggung pembaikannya oleh dana pungutan KPM sebayak 45 ribu USD untuk naik taraf dan surau. Sekolah ini memerlukan komputer sebagai keperluan segera.  Pelajar sedang menduduki peperiksaan jadi kami tidak mahu mengganggu sangat. Cuaca hujan dan kami perlu bgerak pantas dalam kesejukan.
Sekolah kedua adalah Madrasah Faizal Bin Fadh. Sekolah menengah atas perempuan yang mengajar Arab dan Inggeris. 681 orang murid 37 orang guru. Pengertuanya Ferial Muhamad Farah. Sekolah ini juga mempuyai sekolah Dirasat. Iaitu sekolah bagi orang diwasa yang hendak mengambil periksaan. Seramai 190 pelajar yang masuk ke kelas dari jam 1130 hingga 230 petang. Mereka ada program susulan hujung minggu. Kelas diwasa ini sangat penting sebagai  peluang kedua kepada pelajar yang keciciran dari arus perdana. Sekolah ini telah di taja oleh KPM sebanyak 32 ribu USD yang di salurkan.Tetapi mereka masih memerlukan sebuah generator.
Sekolah ketiga adalah sekolah Alnakab Primary School dengan  624 orang pelajar dan 30 orang guru sesi kedua juga mempunyai murid yang sama banyaknya. Pengetuanya Ahmad Mustafarik.

Sekolah keempat adalah sekolah Alraie sekolah rendah dengan 630 orang murid pagi 292 orang  guru dan 570 orang lagi murid sesi petang dengan 22 orang guru juga. Sekolah ini ditengah Gabaliah. Mereka perlukan komputer dan bantuan KPM kepada sekolah ini sebanyak 25 ribu USD. Pengetuanya Abdullah bin Riduan. Saya tertarik melihat guru berjamaah dihadapan kelas dicelah laluan tangga pelajar. Sungguh hebat mereka.



Kami dibawa bertemu dengan pegawai pelajaran daerah bernama Mathat Mahmud Kasim. Pejabat pelajaran daerah kawasan utara yang meunyai unit peperiksaan naziran, pengurusan, akademik dan pembangunan. Bertanggungjawab menjaga 76 sekolah,  41000 orang  41 bangunan sekolah 1800 orang guru, ada kelas tadika, 7 buah sekolah persendirian dan 40 sekolah antarabangsa.
Kami dibawa makan tengahari, restoran nasi ayam panggang semalam. Makan ketika benar-benar lapar, Jam 3 petang. Hari masih hujan dan angin masih kuat. Cadangan untuk melakukan skipe tidak dapat dilakukan walapun semuanya sedang bersedia kerana hujan menyebabkan semua sistem kacau bilau.
Dalam perjalanan pulang saya sempat singgah disupermarket untuk membeli sedikit kurma Palestin yang terrkenal, medjule. Kurma yang pertama adalah produk Israel saya dapat khurma mdjoule yang kedua produk tebing barat. Kami sampai ke hotel dalam keadaan kepenatan yang amat sangat. Walau pun baru jam 5 saya ambil kesempatan untuk tidur dan saya tidur sampai hari esoknya selepas solat Magrib dan Isyak berjamah dengan Ustaz Kahirozi kerana keletihan melawan cuaca. Pada mulanya saya bercadang untuk menyalin gambar gambar yang di ambil di bilik urusetia tetapi saya tidak dapat hubungi mereka kerana mereka keluar makan dan bersolat agaknya. Saya cuba beberapa kali menghubungi bilik 305 tetapi tidak ada yang mengangkat.

Selasa, 8 Jan 2013
Saya bangun dan terus bersiap untuk membuat liputan kesekolah hari kedua selepas solat subuh. Kami janji pukul 645 dengan Abd Rahim. Kami terus ke sekolah tanpa sempat minum pagi yang disediakan jam  0800. Sekolah yang kami lawati adalah sekolah semalam yang dijanjikan sebuah kouter. Kami berpakat dan kumpul duit, saya dan Khairozi telah memberikan duit kepada Abd Rahim semalam untuk membeli sebuah laptop dan sebuah Gen set untuk sekolah perempuan. Laptop itu dihantar kerumah Abd Rahim ketika beliau telah tidor malam lewat malam tadi. Kami serahkan lap top dan buat sidang video. Hanya dua sekolah yang dapat dihubungi kami menemukan guru besar guru dan pelajar dengan pelajar di Malaysia dengan menggunakan skype.
Malangnya skipe tidak dapat dilakukan dengan ipad saya dan Ustaz Khairozi gunakan skipe beliau lama juga kami usahakan akhirnya saya dapat menghubungi sekolah pertama Cikgun Zainal dan muridnya telah sabar menunggu dan dapat berinteraksi sekejap dengan mereka malangnya Hjh Norizan baru sahaja beredar maka beliau terlepas sejarah ini.  Kemudiaan sekolah Sains Muzafar di Melaka. Cikgu Hasan Topit pengetua dan pelajar dan gurunya sedang menunggu dengan sabar dan saya dapat lihat Hj Hasan pakai tali leher merah hari itu dan menjadi sejarah yang membahagiakan penduduk Gaza. kami dapat berbual beberapa minit. Malangnya kerana ribut bekalan eletrik kawasan sekolah terputus. Dan hubungan kami juga terputus. Walau bagaimana pun kami berpuas hati dengan program ini dan sekolah Usama bin Ziad, saya salah sebut Osama bin Ladin. 430 orang murid dan 22 guru.Mata pelajaran sekolah ini adalah syariah dan human sains.
Kami tidak sempat untuk untuk menyaksikan penyerahan gen set di sekolah yang satu lagi kerana duit yang kami bagi semalam sudah tengah malam dan kedai di tutup. Kami percaya Abd Rahim sebagai wakil kami akan menguruskan kemudian.
Kami pulang ke hotel. Kerana Abd Rahim akan membawa rombongan ke satu lokasi lain di selatan Gaza. Dan Menteri Kebajikan Sosial Ahmad H Elkurd (elkurd200@hotmail.com) akan membawa kami ke sebuah sekolah anak yatim ditengah Gaza. Kami di fahamkan bahawa sekolah ini pada asalnya di khaskan untuk anak yatim suhada seluruh Gaza getapi sekarang di buka kepada pelajar lain untuk memberi peluang anak suhada ini berinteraksi. Sebahagian dana adalah dari kilang roti yang di sumbangkan oleh dari Negara Islam. Kilang roti Barakah ini mengeluarkan 50000 keping roti sehari untuk di beri makan kepasa anak yatim dan keuntungan kilang juga di salurkan kepada sekolah anak yatim Dir Balah ini. Sekolah ini di panggil sekolah lelaki Alsalah Benevolent school (alsalahscl@gmail.com) dan sekolah perempuannya di panggil Umi Khadijah. Sekolah ini menempatkan 401 orang pelajar lelaki dan 395 orang pelajar perempuman satu sidang. Dewan tayangannya adalah sumbangan aman Palestine dari Malaysia. Anak yatim ini di berikan makan percuma dan dua helai pakaian sekolah. Mereka diangkut dengan 18 buah bas dari seluruh Gaza. Memerlukan perbelanjaan lebih kurang 1000 usd sebulan.
Pihak selolah memberikan taklimat kebetulan kami bertembung dengan pelawat dari Tunisia. Saya sempat berintraksi dengan dan berkenalan dengan berapa orang Tunisia dan menerima satu pin kolar dari Ben Meddeb abdullatif. Ketua rombongan mereka Dr Mohamed Nejib Karoui (nejib.karoui@gmail.com)  adalah pengerusi Atta’aaouen Charity Association. Saya berbincang dengan pentadbir sekolah dan cikgu bahasa inggeris bagaimana kami hendak membantu anak yatim di sini dengan perbelanjaan anggaran 50 USD  seorang sebulan. Saya cadangkan mereka utuk meberikan kepada saya senarai 10 lelaki dan 10 perempuan untuk permulaan dijadikan anak angkat kepada sekolah sekolah di Malaysia. Cikgu Walaa Ibrahim dan Aimat Shahid yang pernah buat masters di UUM akan membantu  saya dalam projek ini.
Setelah didendangkan dengan sebuah nashid anak yatim dan puisi Gaza oleh pelajar sekolah ini. Kami di berikan minum pagi yang pertama hari ini kami makan roti dan daging yang sangat sedap.  Jam 11 pagi baru saya dapat menjamah makanan mengisi perut. Kami bergerak ke sekolah perempuan madrasah Saidatina Khadijah yang di ketuai oleh pengetuamya Ummu Faizah Abu Samah. Kami di tunjukkkan bahan pameran yang di buat oleh pelajar dan di jual kepada pelancong. Malangnya kami tidak berminat kerana barangannya besar dan sukar dibawa dalam perjalanan. kami juga melawat bilik komputer dan berharap dapat berkomunikasi kemudian. Sekolah ini tiga aliran, iaitu Rendah, menengah rendah dan menengah atas.Dalam perjalanan cuaca sejuk mula menikam tulang dan kami dimaklumkan bahawa musim sejuk ini selama 3 bulan dan paling teruk adalah 50 hari selepas krismas. Antara hari ke 40 dan 50.
Kami di bawa balik oleh menteri ke hotel dan mengucapkan selamat tinggal dan jumpa lagi. Kemudian kami di bawa untuk makan tengahari di rumah seorang ikwan. Abu Munaim Khalil Al Mudah brumur 40 tahun 7 orang anak beliau baru sahaja balik dari Malaysia mengajar tahfiz di Sekolah Muslih di Bangi Selangor pada bulan Disember lepas. Bapanya adalah seorang pemegang amanah JIM disana yang berurusan dengan kami. Beliau menceritakan progrram tahfiz yang dimanafaatkan oleh pelajar Gaza semasa cuti sekolah musim panas. Pelajar di syaratkan telah menghafaz sekurangkurangnya lima juzuk dan program tiga bulan ini akan menjadikan mereka hafaz seluruh alquran yang paling lemah pun tinggal tidak kurang dari sepuluh juzuk. Mereka mempunyi kepercayaan bahawa pelajar tahfiz ini adalah peluru utama menyerang musuh islam, beliau merujuk sejarah di zaman Rasul bahawa dalam menyusun barisan tentera. Rasul kita akan memanggil siapakah yang menghafal surah Albaqarah maju kehadapan. Kemudian surah surah lain dan begitulah seterusnya. Para hufaz itu di letakkan dibarisan hadapan dalam menentang tentera musuh.
Saya tertarik demgan dengan pendapat beliau dan beliau berharap  di Malaysia juga akan berlaku begitu. Kemudian kami sempat menziarah masjid Omari iaitu masjid tua yang di bina oleh Saidina Omar dari bekas istana dipanggil Queen Helena Palace kerajaan rom. Masjidnya besar. Kemudian kami melawat sebentar ke sebuah  gereja lama.Yang masih ada peninggalan kerajaan rom. Masjid itu bersebelahan dengan sekolah. Dan sekolah itu sekarang bukan di khaskan kepada anak anak kristian sahaja malah anak anak muslim juga ada belajar di situ. Dianggarkan hanya 1800 sahaja penduduk palestin yang masih menganut kristian. Pengawalnya seorang mislim. Kami tidak di benarkan masuk dan beliau beberapa kali meminta maaf. Dia hanya membukakan pintu untuk untuk sebahgian kami mengambil gambar.
Menariknya dia yang tidak tahu berbahasa Inggeris saya datangi dengan mengajukan satu soalan cepu emas. Dia tidak menjawab soalan itu sebaliknya terus menarik tangan saya sehingga ketengah dataran padang sekolah itu. Peserta rombongan kehairanan kenapa hanya saya seorang ditarik masuk kerana kami tidak tau berkomunikasi antara satu dengan lain. Beberapa orang dari rombongan kami masih teragak agak untuk masuk. Hanya saya seorang yang di jemput. Apakah soalan saya. Itu rahsia. Malangnya saya tidak membawa kamera untuk mengambil gambar apa yang dia tunjukkan kepada saya.
Kemudian kami ke pelabohan untuk mengambil bberapa gambar tugu Marvi Mcmara. Kemudian kami ke kedai cenderamata. Perjalanan kami diteruskan ke Univsity Gaza jumpa semula dengan Dr Ahmad . Kemudian kami balik ke hotel.  Azan magrib sudah berkumandang dan ribut mula melanda dengan kuatnya. Saya bimbang malam ini tidak ada internet jadi saya kemaskini face book saya dengam cepat untuk maklumkan kepada anak saya sedikit maklumat hari ini. Memang benar selepas beberapa saat hotel terputus bekalan eletrik beberapa kali walaupun hotel ini mempunyai gen setnya sendiri. Angin masih kuat di luar dari jam lima hingga lah tengah malam. Saya tidak turun ke mesyuarat malam ini kerana hendak berihat. Hari ini saya sangat berpuashati dengan misi saya. Walaupun ada masalah saya dapat atasi dengan pertolongan Allah. Memberi sumbangan kepada Gaza amat besar maknanya walaupun hanya merujuk kepada pada beberapa masalah yang kecil. Malang tidak ramai yang brsikap begitu saya teringat kepada kata kata PM Gaza. Darah kami murah untuk Gaza. Cukuplah sekadar simpati itu sudah besar bagi kami disini.

Rabu 9 Januari 2013.
Kami bersiap awal dan bersarapan. Saya menghadiahkan kain dan pakaian saya untuk di berikan pada orang miskin melalui perantara kami. Bila melihat perbuatan saya ramai juga peserta wanita yang membuka semula beg dan memberikan lebihan makanan dan pakaian yang berat seperti jubbah untuk di agihkan kepada Gaza. Ini adalah petua yang baik, bawa pakaian kemudian hadiahkan kada mereka yang memerlukan. Ini biasa saya lakukan bila menyertai misi kemanusiaan. Saya teringat Hj Ahmad Osman yang hanya pulang dengan selipar dan beg kosong semasa meninggalkan Gharisha dalam misi Somalia tahun 2011.
Kami bertolak dengan bas yang dipandu oleh Abu Islam. Dia berbangga kerana telah berbakti dengan Gaza walau pun sumbangan kami kepada bumi suhada ini adalah kecil, tapi saya percaya bahawa ingatan rakyat Malaysia untuk membebaskan Gaza adalah lebih besar dari segala galanya.
Sangat sayu untuk meninggalkan Gaza kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan sampai. ABD Rahim Alshebab tidak menghantar kami kerana beliau sangat tidak sihat. Kami berhenti di house of wisdom melihat pameran. Ada kata kata yang baik. the plastenian institute for the study of conflik resolution and governance. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar. Dan berbual dengan Dr Mahmud M Athirthani (mhirthani@gmail.com) pengerusi pusat. Kemudian kami terus ke pintu Gaza. Alhamdullilah kami dapat melepasi dengan mudah saya berbangga kerana di passport saya sekarang telah dicopkan keluar masuk Gaza. Berbanding demgan isu pelajar Phd kita dari UK yang sangat takut kerana banyak soalan akan berlaku di pintu masuk UK nanti. Dunia terlalu cemburu dengan Palestin dan hakikat islam. Itulah nasib orang islam yang tidak bersatu.
Melepasi sempadan Gaza tidak banyak masalah tetapi untuk masuk semula ke Mesir kita ada masalah yang besar. Terlalu banyak kerenah. Akhir sekali kami melepasi saringan intelegen dan kami dapat masuk ke Mesir di sambut oleh azan Asar.
Perjalanan 500 kilometer dalam hujan dan ribut yang besar. Bermula jam 3 kami berhenti makan di Sinai. Kemudian meneruskan perjalan dari Sinai ke Paraoh Egyptian hotel di Giza. Sepanjang persalanan saya mengambil kesempatan untuk menyalin gambar gambar Gaza. Untuk dimasukkan dalam artikel ini. Kami sampai di hotel jam 1100 malam dan ambil kesempatan untuk berihat. Di Mesir agak kurang sejuk di bandingkan dengan Gaza. Mungkin kerana banyak bnagunan dan agak jauh dari angin pantai. Saya tidur lena malam itu kerana bilik ada pemanas.

Pagi khamis 10 Januari 2013
Saya bangun  agak lewat mandi dan solat subuh kerana telah diberitahu bahawa sarapan jam 7 dan bertolak jam 8. Tapi waktu arab tahu sahajalah saya sentiasa awal. Saya jangkakan paling cepat bas ini akan bertolak jam 9. Masalah masa adalah kebiasaan bagi arab.  Ada kita yang biasa dengan arab juga akan terikut dengan masa mereka. Tetapi berbeza dengan pengalaman saya dengan orang Korea dan Jepun yang sangat mementingkan masa hingga kepada mengira minit.
Hari ini pun mereka sedang merangka beberapa perjalanan dan pertemuan. Saya menasihatkan urusetia bahawa penerbangan antarabangsa  adalah 4 jam dilapangan terbang. Jangan lewat kerana banyak masalah di lapangan terbang nanti. Saya mendengarbanyak cerita tentang program malam. Flight lami jam 11, ini bermakna kita tidak boleh lewat dari jam 7 malam. Maksudnya perjalanan lebih awal. Saya berharap tidak banyak masalah nanti yang penting saya hendak bungkus beg dan daftar masuk awal. Kami telah berpisah dengan dua orang pelajar Mesir yang tinggal dan Ustaz khairozi yang meneruskan perjalanan ke Jordan.  Hanya tiga orang sahaja yang masih mengikuti program hari ini. Saya berharap melihat sesuatu yang sempurna tetapi perancangan ini banyak kekurangan.Mungkin kerana yang mengurusnya adalah pelajar pelajar yang kurang pengalaman. Ia amat berbeza dengan misi misi saya sebelum ini yang diuruskan oleh pegawai JPN yang berpengalaman atau biasanya saya bergerak dalam kumpulan yang kecil untuk tinjauan. Sayang saya tidak dapat menghantar maklumat sekarang  kerana internet dihotel ini berbayar dan terlalu perlahan. Banyak maklumat tidak tepat dalam perspektif yang berbeza.

Melihat perancangan perjalanan yang tidak begitu baik saya tidak mengharapkan keterujaan yang lebih besar di Mesir. Kami menziarah Pyramid dan Spink, makam Imam Shafie, makam pemimpin ikwan yang dibunuh pada umur 45 tahun. Ibu pejabat ikwan muslimin. Dan makam Saidina Husin. Saya sempat memebeli sedikit cenderamata untuk keluarga bersama Sam. Bertolak kelapangan terbang. Seperti yang saya jangkakan. Kerenah lapangan terbang  Mesir yang begitu menyakitkan. Beg saya di suruh buka hanya kerana pegawai itu hendakkan beberapa rantai kunci yang saya beli untuk cenderamata. Jadi ada yang tidak dapatlah. Hinggalah masalah membungkus bagasi, dan daftar masuk. Kami terbang ke KLIA melalui Bangkok Di Bangkok saya menguhungi Piyapa rakan APCEIU saya dan menyetakan saya dalam perjalanan ke KL. Perjalanan yang baik dan saya bersyukur dalam umur yang begini saya dapat melakukan khidmat kecil kepada Gaza, bumi suhada. Saya selamat sampai di KLIA disambut oleh anak menantu dan cucu saya pada 11 Januari 2013. 
Sekian.

Sabtu, 3 Mei 2014

KEMBARA MISTRI KE DAIK/LINGGA KEPULAUAN RIAU

Kembara mistri ke Daik/Lingga Kepulauan Riau
“Bonda Tanah Melayu ini aku datang”- Kasim Noah


Jumaat 29 November 2013

Saya bagun awal pagi, mandi jam 0530 ke Cental Putrajaya, dihantar isteri. Pagi yang hening isteriku macam pelik, nampak berat untuk meninggalkan saya kembara sendiri ke Pulau yang sangat mistri dipanggil Tanah Bunda Melayu. Pulau Lingga di Kepulauan Riau. Kenapa Kota Daik jadi distinasi, saya sendiri tidak tahu. Mungkin juga isteri saya terkilan kerana semalam isteri  Jafni berhajat menghantar kami sampai ke Tanjumg Pinang. Kalau Siti beritahu awal sempat untuk Ana, PA saya menempah tiket kapal terbang ke Senai. Mungkin juga kami tidak bersalaman seperti biasa kerana saya berwuduk. Saya melambai dia hingga ke kaunter tiket. Terima kasih kata hatiku menambah kesanyangan saya pada dia, isteri solehah yang terlalu patuh pada suami.

Naik ERL terus ke KLIA daftar masuk dan solat subuh. Saya masuk awal dan terus naik ke pesawat. Sampai ke Senai Haji Misti telah sampai menunggu saya diluar lapangan terbang. Cantik Airport baru ini lepas dua tahun saya tidak turun ke JB dengan kapal terbang.

Kami cari roti canai di Uda. Saya telefon Zali, beritahu saya akan berangkat ke Tanjung Pinang minta dia aturkan perjalanan dan hotel. Sepatutnya saya pergi dengan Haji Zali dan Haji Misti tetapi kerana mereka ada urusan lain saya mempelawa Jafni. Anak buah saya ini sudah setahun tidak menghubungi saya banyak kali juga saya hubungi tapi tidak berbalas. Saya juga pelik tiba-tiba dia terus bersetuju bila saya menyatakan hasrat ke Daik. Haji Misti pesan 2 keping roti bom untuk saya, wah banyaknya tapi roti canai remaja ini boleh dikata sedap juga dan saya sebenarnya lapar. Makan dengan rendang daging dan teh tarik, 2 keping roti cepat saya habiskan.

Terus ke Jeti dan kami meninggu Jafni. Berbual dengan Misti dan berangkat ke Tanjung Pinang empat orang, saya, Jafni, Siti dan kawan siti Ina seorang pengurus bank. Dua jam setengah ke Tanjung Pinang kami sangat lapar tiada makanan hanya biskut yang diberikan Malindo Air berkongsi 4 orang biasanya dalam feri ada menjual makanan dan air tapi kali ini mee segera pun tinggal satu. Sampai ke Tanjung Pinang, Ishak telah sedia menanti di luar jeti kami makan nasi padang dan daftar masuk hotel Melia. Hari sudah mula petang dan kami berbelanja sidikit disekitar Pasar Baru sebelum malam.

Pak Helmi Kawan Jafni datang dan kami dibawa kerumahnya. Pengetua sekolah pencen kawan Jaf. Pak Helmi berasal dari Dabok pulau Singkep dan Daik/lingga adalah kawasan permainannya kerana dia pernah mengajar sebagai guru dibeberapa sekolah disana. Isterinya juga seorang guru. Pak Helmi mengatakan di Daik ada satu kawasan yang orangnya putih-putih dan anak dara akan mengintai orang asing dari celah dinding rumah. Kata-kata Pak Pelmi menjadikan Siti risaukan Jafni. Saya kata tidak apa kerana saya ada. Pak Helmi juga memberikan daun kering yang pahit untuk ubat darah tinggi dan kecerahan mata, daun sambung nyawa  katanya. Saya ragu kerana semasa menjadi Pengetua sekolah saya tanam untuk ulam dan bukan dikeringkan. Saya ingin melihat pokok sebenarnya. Pak Helmi membawa saya ke dapor rumanya dan pokok ini ditanam di dalam pasu. Oh ini ketum cina kata saya dan ada sepokok di rumah saya di Putrajaya yang pangkalnya sudah sebesar peha. Hampir magrib kami pulang ke hotel, solat dan berihat.

Jafni turun awal kerana Mak Siti kakak angkat isteri Jafni sudah menunggu di lobi dengan suaminya. Kedua suami steri ini pegawai kerajaan yang masih belum pulang ke rumah dengan uniform baju batiknya. Mak siti orang Daik keturunan darah raja katanya. Kemudian Ibu Aishah dari pejabat Keselamatan kawan sosek Malindo saya dan suaminya Pak Akhbar yang juga pegawai kerajaan datang. Saya berikan  old town coffee dan biskut famous emus sebagai buah tangan dari Malaysia. Ibu Aishahlah yang mengaturkan perjalanan saya ke Daik ini kerana suaminya orang Daik.

Kami bertolak dengan dua kenderaan ke tempat makan. Saya teringin hendak makan ketam dan gonggong. Jadi Mak Siti bawa ke Melayu Square. Banyak juga makanan yang kami pesan, kami tidak banyak makan nasi Cuma mak Siti dan Siti sahaja yang makan nasi, yang lain meratah ikan dan ketam yang kami tempah. Cukup mengenyangkan. Serlepas bergambar dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kami berpisah kerana Jafni mencadangkan kami berjalan kaki balik ke hotel menyusur pantai. Cantik tempat makan yang disediakan sepanjang pantai Tanjung Pinang. Ada Banyak Skrin LCD besar disediakan dan kerusi untuk berihat. Satu produk yang baik untuk Tanjung Pinang. Saya rasa lebih 10 tahun saya tidak ke Tanjung Pinang hanya bermain sekitar Batam. Kali terakhir sidang sosek di Batam 2010.


Saya balik awal ke hotel dan berihat Ina dan Jafni terus meronda pekan.



Sabtu 30 November 2013

Saya terjaga bila jam telefon saya berbunyi jam 0630 pagi. Belum sempat saya bangun telefon bilik berdering dan Ina mengajak saya bersarapan saya katakan kepadanya kenapa terlalu awal. Sudah 0730 haji jawabnya rengkas. Rupanya jam telefon saya telah diset secara automatik mengikut waktu Indonesia. sedangkan jam tangan saya masih waktu Malaysia. Parah, lena betul saya tidur.

Kami bersarapan dan meronda sekitar  hotel dan Pasar Baru. Banyak jualan dari telur penyu, ikan kering dan udang kering yang sangat segar hinggalah pada pakaian.  Saya berkenan dengan baju yang cantik tetapi tidak ada saiz, kalau kak lang dan angah yang pakai tentu cantik. Banyak barang boleh dibeli di Tanjung Pinang berbanding Batam. Pilihannya banyak dan cantik. Saya beli sehelai seluar dan sebuah beg untuk kak Cu wiwin. Saya harap dia suka kerana jarang saya beli barang untuk anak saya yang seorang ini kecuali rantai kunci barang koleksinya. Kebetulan masa itulah dia telefon saya katanya sudah sampai ke Gopeng untuk mendaki Bukit Larut. Seronok dia bila dengar saya belikan beg kuliahnya.

Siti dan Ina hantar saya sampai ke feri menuju Daik kami bertolak jam 1100 wib. Ina dan Siti dibawa oleh Icak belanja lagi di pekan dan akan balik ke Setulang jam 0300 petang wib.

Dari Tanjung Pinang singgah di Benan, Rejai, Tanjung Kelit, Pulun, Jagoh dan Buton. Hampir ke Jagoh saya naik ke atas kapal berkenalan dengan beberapa orang tempatan, Saya ditunjukkan Pulau Pandan, Pulau kecil di tengah laut yang kononnya adalah patahan puncak Gunung Daik. Pulau Lingga itu panjang dan kami terpasa berpusing ke Jagoh-Singkep dan masuk ke teluk Buton jeti Daik. Nampak jelas beberapa sisi Daik yang cantik. Kebanyakan masanya diselaput awan. Itulah pantun Melayu.

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi baik tidak di kenang juga.

Sampai ke Jaguh di Pulau Singkep yang bertentangan dengan Jambi. Ada lapangan terbang dari Dabok ke Jambi. Feri express dari Batam ke Dabok. Dari Dabok ke Jeti Jagoh naik motor selama 20 minit dengan bayaran Rp 100 ribu.

Sampai ke Jeti Buton yang sangat panjang saya disambut oleh Jasril dan Khairudin anak saudara Akhbar suami Ibu Aishah keduanya bekerja di pejabat perancang bandar. Banyak motor ojek disini sebagai pengangkutan rasmi. Dan rumah-rumah kebanyakan baik dan mereka bukanlah orang dhaif berbanding tempat lain yang saya kunjungi. Kami terus dibawa ke rumah makan di Daik. Makan rengkas sahaja kerana kami kepenatan.

Terus ke Chalet rp 100 semalam Mak Hajjah Nur ibu saudara Pak Akhbar. Selepas solat dan mandi saya keluar semula menaiki motor ke kawasaan  bangunan kerajaan. Tempat Jasril dan Khairuddin bertugas. Tapak ini dibina sangat baik, betul betul berlatarkan Gunung Daik dan kami rasa sangat teruja berada disitu sambil bergambar. Sepanjang perjalanan di Daik ini saya mendapat jawapan bahawa tiga puncak Daik ini adalah tidak simitri. Setiap sudut mempunyai pemandangan yang berbeza. Dan pada banyak masa sekelompok awan akan menutupi tiga puncak itu. Sekali-sekali ia terang. Kadang-kadang tidak sempat hendak buka kamera sudah tertutup balik, itu sebab terhasilnya pantun Pak Helmi semalam.



Gunung Daik bercabang tiga
Patah satu tinggal dua
Gadis Daik mengada-ngada
Macamlah kita hendakkan dia.


Sebagai tugasan penting kami di Daik saya minta Jafni untuk mendapatkan waktu waktu solat. Kami ke Mesjid Jamek Daik mendapatkan jadual waktu solat.

Zohor 1152, Asar 1517, Magrib 1757, Isyak 1910 dan subuh 0420, Syuruk 0644 begitu catatannya dalam WIB. Kami kebelakang masjid dan menziarah makam Marhum Masjid, Sultan Muhamad Shah (1761-1812) Sultan Kerajaan Lingga (Riau, Johor dan Pahang). Semasa Jafni merakam gambar saya membacakan fatihah bersama Jasril dan Khairuddin. Tiba tiba Jafni menegur sesuatu pengalaman mistri yang aneh. Saya mncari-cari memang kuat tandanya kepada kami berempat. Saya merapati makam Sultan masih kuat kesannya. Dan saya katakan ianya datang dari makan sultan. Kami terus bergambar disekitar makam. Dan sapaan itu hilang begitu saja. Dalam perjalanan ke luar dari makam saya dikesan sekali lagi fenomena tadi tetapi agak sedikit berbeza. Saya berpatah semula dengan dengan Jafni ke makam sultan untuk mengesan dengan lebih jelas apakah tanda itu tadi.

Hari semakin rembang walaupun masih cerah dan belum ada orang yang datang ke masjid. Tapi tanda tadi tidak ada di Makam sultan maka saya tahu ia adalah sesuatu yang ghaib. Saya membacakan beberapa ayat suci untuk orang disana dan bulu roma tangan saya menegak beberapa minit. Jafni hanya mengikut sahaja tanpa saya ketahui dia faham atau tidak bila saya tunjukkan bintat roma tangan saya padanya.

Kami pulang ke chalet, Jasril dan Khairudin berjanji akan jemput kami makam malam selepas waktu isyak. Kami bersiap magrib lebih awal dan saya membuat sedikit tazkirah awal dengan Jafni. Saya minta dia mengira waktu untuk qiamulail dan duha esok berpandukan waktu solat yang kami ambil dimasjid tadi. Terkial kial juga Jafni untuk memahami pengiraan secara falak ini. Masuk waktu magrib kami memulakan program solat 50 kami bermula magrib hingga ke asar esok hari.

Din dan Jas sampai kami berbual sebentar dengan tuan rumah yang minta maaf kerana esok beliau akan ke Tanjung Pinang. Tuan rumah ini akan bertanding Ahli majlis tidak lama lagi. Kami keluar minum teh tarik dan memesan sup ikan siakap tanpa nasi malam itu kerana kami masih kekenyangan. Balik ke penginapan saya menentukan jam saya agar saya dapat bangun untuk Qiamulail. Sempat juga saya menerangkan sebelum tidur beberapa doa yang terdapat didalam kitab yang memang saya bawa dua, satu saya hadiahkan kepada Jafni. Saya mengalih katil tidur arah kiblat agar kami dapat tidur dengan baik malam ini. Saya fadiahkan bacaan quran kepada rijalul ghaib kerana sejak peristiwa senja tadi 2 kali saya diziarahi oleh orang ghaib. Sekali jam lapan ketika kami hendak bersolat dan sekali jam 10 semasa kami hendak bersiap makan malam. Saya tunjukkan kepada Jafni tanda tandanya dan dia mula belajar. Saya pun tidak tahu siapa yang datang tapi saya percaya mereka adalah orang baik-baik. Malam itu saya mengigau kata Jafni cerita mimpi ini saya tidak boleh kongsikan kepada sesiapa. Jafni perasaan dua kali tetapi dia tidak kejutkan saya. Memang Daik ini banyak makluk halus. Semoga esok ada lagi yang lebih menarik.










Ahad I Disember 2013

Saya bangun malam kejutkan Jafni dan kami bersolat malam, baca quran dan berzikir. Saya kuatkan tenaga saya. Qiamulail saya bermula jam 0317 wib waktu tepat dikira Jafni. Subuh 0426 wib dari waktu di masjid semalam. Ayam Mak Hajah Nur berkokok jam 0424 wib. Jafni masih tidak tahu kaitan kokok ayam dan subuh. Saya kata sudah masuk subuh. Jam Jafni baru 0520 waktu Malaysia masjid belum azan. Mana satu yang betul. Ayam Kak Nur, Jam saya, Jam Jafni atau masjid. Pada mulanya kami hendak ke masjid tetapi kami tidak mendengar tahrim, tidak berani saya ke masjid takut sembahyang dengan orang lain. Kami solat subuh berjamaah. Semasa kami hendak memulakan solat barulah azan magrib. Bilal terlambat bangun kata saya.

Kami berbual di verandah lepas solat menunggu duha. Anak Kak Nur bawakan 2 gelas air masak untuk saya minum old town coffee dan biskut sebagai sarapan. Dalam kiraan Jafni waktu duha adalah 0616 wib tetapi saya ragu kerana semasa kami keluar ke jalan lepas subuh tadi, saya rasa matahari sudah tinggi. Jadi saya minta Jafni untuk kira semula. Jafni melihat gambar jadual solat di masjid rupanya waktu syuruk 0544 wib bukan 0644 seperti yang dicatat di masjid senja semalam kiraan Jafni lewat 1 jam. Jadi saya terus berwuduk dan membuat solat duha. Semasa solat Khairudin dan Jasril sudah sampai. Dan kami bersiap untuk makan pagi.

Kami singgah di warung Pak Mahmud dibulatan Daik. Saya makan nasi lemak dengan telur Jafni makan nasi dagang. Nasi dagang disini adalah nasi biasa dengan gulai tamban. Kami berjalan melihat dua buah meriam tembaga satu jantan dan satu betina yang diletakkan dihadapan pejabat kerajaan berhampiran. Sengaja saya tanya Jafni apa tanda yang dikatakan satu jantan dan satu betina itu. Maka keluarlah jawapan yang tidak boleh pakai dan melucukan. Walau bagaimana pun memang ada jantan dan betina daripada bentuk dan bunyi meriam itu secara saintifiknya.

Bertolak ke air terjun Risun perjalanan agak nyaman. Melepasi kampong Pahang saya sudah kesejukan, Jasril memberhentikan motor dan saya mengenakan jeket saya kerana tidak tahan dingin walaupun matahari sudah tinggi. Sepanjang perjalanan saya lihat banyak pokok getah merah yang menjadi pendapatan penduduk tepatan.

Kami melalui jalan becak kerana jalan sedang dibaiki. Beberapa kali juga Jasril mengelak dan menojang kaki kerana semalam hujan lebat. Sampai ke Desa Resun kami membelok ke jalan Air terjun. Subhanallah sangat cantik dan mempersonakan. Ambil masa berehat dan bergambar. Ada pondok pondok berkelah musalah dan 2 bilik tidur. Terfikir saya siapa yang sangup tidur di tempat begini.

Semasa kami keluar dari kawasan air terjun sebuah motor dinaiki  lima sekeluarga sampai untuk berkelah. Suami isteri dan 3 anaknya. Kami bersalamaan dan berkenalan. Itulah keluarga pertama yang datang berkelah di air terjun Resun pagi Ahad ini. Pulang melalui jalan yang sama kami di pelawa oleh penduduk makan manggis yang sedang dipetiknya di pintu gerbang air terjun kampong Resun tetapi kami hanya berterima kasih dan tidak berhenti kerana hujan panas mula turun tanda tidak begitu baik. Saya menikmati sisi puncak  Batu Gajah yang cantik dan sisi Daik yang indah. Cuma awan tetap ada menyelimuti tiga puncaknya. Kadang-kadang tidak sempat hendak keluarkan kamera. Macam malu untuk diambil gambarnya.



Perjalanan ke puncak Daik mengambil masa 7 jam naik dan 7 jam turun dan kena bermalam secara berkhemah. Kena ambil penunjuk arah dari kalangan penduduk tempatan dan mendaftar dengan keselamatan.

Distinasi saya seterusnya adalah makam merah. Makam Yang dipertuan Riau ke X Raja Muhamad Yusof Al Mahdi. Saya singah sebentar dan terus ke Muzium disebelahnya. Saya tertarik dengan koleksi keris dan tulang gajah mena yang terdampar di pantai ada tahun 2005. Malangnya tulang ini tidak diawet dengan sebaiknya dan dibiar reput dipantai baru dipunggut dan dibawa ke muzium bagi saya ia sudah menjadi sampah. Mengikut pembantu kurator Fazli namanya, gajah mina ini berasal dari negeri sejuk dan belum dipastikan spesisnya. Katanya ada lagi seekor juga dikesan terdapar di pantai Daik. Tidak tahu kenapa gajah mena ini memilih Daik untuk mati kerana ia adalah haiwan khutub bertaring dua yang panjangnya tiap satu lebih 1 meter.

Fazli pembantu Kurator itu ramah orangnya dan banyak pengalaman, betul iktikadnya dan pegangannya. Bukan seperti orang muda sekarang. Saya tidak sempat bertemu dengan Pak Sulaiman penjaga makam Yang lebih lama kerana dia sibuk dengan motornya yang rosak. Pengalaman beliau menjaga makam merah banyak mengajar beliau tentang alam ghaib dan khurafat. Jafni mengantuk mendengar kami bercerita di pintu muzium. Keletihan agaknya.

Setelah mendaftar sebagai tetamu muzium saya dihadiahkan kaset lagu Daik. Saya berpisah dengan Fazli dan berbincang untuk pergi ke makam Bukit Cengkih lewat malam ini untuk melihat kejadian ghaib disana. Walaupun Fazli telah berkali-kali menyatakan dia sudah tidak melakukan kerana gurunya telah membawa ajaran yang tidak tepat. Tapi beliau rasa teringin untuk menikmati lagi pusara malam dan masyarakat bunian yang transparen, baik dan menyenangkan. Nyaman pak katanya. Jafni bersetuju cuma Khairudin macam tidak berani kerana malam tadi beliau  juga mengigau seperti saya. Terganggu katanya.

Kami terus kebeberapa tempat lawatan pelancung seperti lubuk papan, istana bilik 44. Dan akhir sekali ke makam Bukit Cengkih. Terdapat 3 makam raja disana raja pertama Sultan Abdurahman Shah (1812-1832) Raja Riau Lingga yang pertama dipanggil Marhum Bukit Cengkeh Putra kepada Sultan Mahmud III marhum masjid, kedua Sultan Muhamad Shah (1832-1841) dan ketiga Sultan Sulaiman Badrul Alam shah 11(1857-1883). Nisan yang cantik adalah raja pertama. Yang di buat bangunan adalah raja kedua. Diluarnya raja ketiga. Seperti biasa sebelum masuk ke makam saya baca doa dan sedekah ayat quran.

Jafni sempat membuka kain kuning penutup kepala raja pertama kerana saya ingin melihat bentuk nisannya. Kemudian selepas bergambar saya kemaskan kembali. Nisan achehnya cantik bentuk seperti makam Tun Habab di Kota Tinggi, setinggi dada saya. Tapi dalam banyak nisan saya lihat Nisan Permaisuri Sultan ketiga mirip nisan bonda saya, saya sangat bangga sekali. Ada satu nisan sebelah kiri makam yang saya sangat tertarik kalaulah saya dapat untuk pasangkan menggantikan nisan ayah saya alangkah baiknya. Saya yakin satu hari nanti saya akan dapat juga. Walaupun nisan acheh dibukit cina Melaka lebih halus buatannya. Tetapi disini reka bentuknya lebih kemas.

Saya masih belum mendapat sebarang tanda keistimewaan disini. Saya rasa kerana banyak yang menghalang. Jasril dan Khairudin berteduh di papan cerita. Jafni sibuk dengan telefonnya. Saya menanggalkan jam tangan dan telefon saya. Saya rasa terhalang oleh alatan penyerap tenaga. Masukkan dalam beg dan saya berikan pada Jafni.

Saya duduk menghadap kiblat atara dua makam berzikir dan berdoa. Saya bela nafas dan jantung saya, barulah saya dapati sesaorang menyapa saya dengan lebut dia seorang perempuan yang santun. Saya melambai kepada jafni suruh duduk dengan saya tetapi Jafni masih bertalifon dan tidak sensitif dia tidak dapat apa-apa. Selang beberapa minit  setelah saya puas berkomunikasi saya minta izin beredar. Saya katakan pada Khairudin dan Jasril. Khairudin berpatah balik ketempat yang sama dan merasai juga keadaan seperti semalam. Dan dia bersetuju dengan saya. Sayang hari ini saya dan Khairudin sahaja yang mendapat fenomena mistri tetapi Jafni agak kurang sensitif. Kompleks makam ini memang menyenangkan. Kerana waktu ini tengahari mungkin kalau malam lebih baik baik lagi. Itulah pengalaman-pengalaman di Daik yang amat berharga untuk saya.

Saya datang ke Daik ini untuk berehat dan saya fikir saya sudah mula menikmatinya. Dan saya cukup rasa seronok. Malangnya Jafni belum cukup halus untuk bersama saya. Tidak mengapalah kerana dia orang muda.

Makan tengahari kami makan gulai asam pedas kepala ikan siakap putih, kata tuan restoran itu hanya terdapat di Daik sahaja. Memang sedap sebab ada jeruk lobak dan nenas serta pedas yang menyengat. Kerana kepala ikan itu besar campur telurnya walau pun kami 4 orang yang kelaparan  tidak dapat habiskan, lebihan asam pedas kami  bungkus untuk Jasril bawa balik ke rumah. Sampai hari esok saya masih terasa keenakan gulai asam pedas orang Daik ditekak saya. Memang sedap.

Balik ke Chalet saya buat solat zuhur, tidur dan solat asar. Walau pun tidur siang saya masih terganggu dan mengigau lagi kata Jafni. Apa yang hendak diberitahu oleh orang Daik masih belum saya jumpa jawapannya.


Jafni telah tamat solatnya dan dia melaporkan kepada isterinya setiap pergerakannya. Malam tadi bila dia beritahu isterinya dia sudah 17 rakaat isterinya ketawa besar. Bila lepas duha tadi dia beritahu isterinya dia sudah 30 rakaat Siti jawab cepatnya. Sebenarnya apa yang saya tujukkan pada Jafni telah siap tertulis dalam garismasa saya yang saya berikan kepada Siti dalam perjalanan ke Tanjung Pinang, cuma saya berpesan jangan beritahu Jafni sehinggalah Jafni balik dari Daik. Alhamduliliah Jafni telah melalui apa yang sepatutnya dia lalui secara praktik dan Siti membaca secara tiorinya. Saya bergurau juga pada Siti agar nanti bila Jafni balik kena periksa satu persatu adakah Jafni telah lulus atau tidak. Kadang-kadang Jafni tertanya tanya gelagat saya dan respon isterinya yang dia anggap misteri. Itulah cara cikgu sains mengajar KBAT kata saya.


Petang itu Khairudin dan Jasril membawa saya ke bukit Ceneng melihat pertahanan 19 meriam kerajaan Daik. Pada salah satu meriam itu tertulis 1783 dan 1797. Meriam terpanjang 2.8m dan 12 cm dipanggil Meriam Tupai Beradu diapit oleh dua meriam Mahkota Raja. Lebih 300 tahun tetapi kata Khairudin kompleks meriam itu baru sahaja dibina kerana sebelum ini meriam itu hanya diletak di tanah dan berkarat. Cantik pemandangannya dengan laut lepas dihadapan dan puncak Daik dibelakang.

Perjalanan balik Jasril menunjukkan rumah Pak Akbar, Rumah beliau dan Rumah Khairudin sepanjang jalan ke Pelabohan untuk melihat rembang matahari. Cantik pandangannya. Kami juga hampir bertembung dengan seekor anak napoh cuba menyeberang jalan. Berhampiran Jeti pulau itu ada Port lama pertahanan kedua kerajaan daik Pulau Morfor katanya. Dulu disitu tinggal orang pandai bernama Datuk Kaya Montel. Jasril menunjukkan pulau kecil yang dulunya tempat penduduk meminjam pinggan mangkuk kenduri dari orang bunian berhampiran jeti Daik. Kami  meninggalkan pelabohan sebelum waktu magrib.


Malam ini secara ringkas kami makan nasi goreng. Dan balik ke chalet kerana Pak Danak seorang guru sekolah rendah sudah menunggu untuk mengurut badan saya. Alhamdullillah selepas berurut dengan Pak Danak badan saya cukup segar untuk menghadapi malam terakhir saya di Daik, Jadikah kami ke makam bukit cengkih malam ini dengan Fadli, tidak pasti. Biarlah dia tinggal mistri. 


Isnin 2 disember 2013

Malam tidur saya diganggu nyamuk. Hujan lebat sampai ke pagi. Saya dapat mimpi yang baik malam ini dan cukup rehat. Saya hairan kenapa saya banyak bermimpi di Daik sedangkan kalau di rumah saya tidak pernah mengingat mimpi walau seminggu satu. Mungkin bila kita cukup rehat minda separa sedar kita banyak yang masuk ke minda separa sedar.

Bangun mandi dan solat subuh, air dingin dari gunung sejuk sampai ke jantung dan saya segar sungguh. Saya keluar ke varandah melihat ayam pak haji riuh rendah kesejukan barulah saya tahu kenapa pak haji biarkan pokok hutan dikeliling chalet rupanya ayam pak haji semuanya tidur diatas pokok.  Ojek sudah sampai untuk menjemput kami Khairudin belum kelihatan. Jasril akan bertolak ke Batam hari ini kerana ada kerja di Jokjakarta. Kami berjanji jumpa di Pelabohan sahaja. Sebaik hujan berhenti jam 0600 wib kami bertolak ke Jeti.

Feri penuh, tempat duduk saya 92/93 malangnya 94/95 adalah sekeluarga dengan dua anak telah duduk di kerusi kami. Jadi saya dan Jafni dapat letak beg sahaja. Mulanya saya duduk juga kerana hendak berihat tetapi  bila anaknya mula muntah saya juga terpaksa duduk dibelakang feri bersama Jafni. Sampai ke Jaguh masih ramai yang turun naik dan hampir 150 orang memenuhi kapal. Saya berpisah dengan Jasril, Ayu dan beberapa rakan pejabatnya yang akan naik feri lain dari Dabok ke Batam dan terus ke Jogjakarta. Terima kasih saya kepada dua orang itu yang sangat membantu perjalanan saya.

Melepasi Tanjung Dato laut bergelora lebih 2 meter. Lebih setengah jam orang tua, muda dan kanak-kanak termuntah. Dibanyak tempat keadaan feri tidak berjalan langsung. Lepas  Tanjung Dato barulah laut teduh semula. Saya berharap ada tempat duduk selepas jeti Pulun. Tapi ramai yang naik dari turun. Mungkin kerana hari Isnin. Jafni sampai ke Tanjung Pinang duduk di belakang feri kerana tiada tempat duduk saya bimbang dia keletihan saya bawakan makanan yang saya beli di Jeti Jagoh. nasi goring melayu macam rasa rumah saya. Sebenarnya kami belum bersarapan. Jafni makan biskut dan air mineral dan menghabiskan nasi goring ikan tamban lebihan saya.

Kami singgah diberapa buah jeti kecil lagi sebelum sampai ke Tanjung Pinang. Kerana laut bergelora saya sampai pada jarak 5 jam 40 minit. Sedangkan semasa pergi hanya 4 jam setengah sahaja. Jadi kami tidak ada masa yang panjang di Tanjung Pinang. Pada awalnya saya hendak tidur semalam lagi di Tanjung Pinang. Memandangkan banyak kerja yang menuggu dan saya perlu benar-benar rehat, saya putuskan balik dengan feri jam 0300 wib. Sempat juga saya beli kain potong untuk isteri. Sampai di Jeti Setulang Siti dan Ina telah menunggu dan terus ke Larkin. Dapat tiket bas dua tingkat Jam 7.30. Saya jangkakan saya sampai sebelum jam 12 malam di TBS. Malangnya. Bas yang dikatakan non stop itu injinnya sahaja yang non stop tapi hentiannya banyak di Skudai, Yong Peng, Seremban ditambah dengan hujan lebat hinggalah saya lena sampai ke TBS jam 1240. ERL sudah  tiada, hendak suruh anak jemput sudah lewat malam. Jadi saya ambil keputusan naik teksi. Boleh pemandu teksi Tanya penumpang hendak ikut jalan mana. Akhirnya saya sampai kerumah dengan bayaran 90 ringgit. Jauh lebih murah bas dari JB ke TBS RM35 dan Tiket kapalterbang Malindo Air ke Senai RM39 ringgit. Malaysia maju kata hati saya. Perjalanan ke Daik tamat di sini dan saya buat kesimpulan sepanjang 4 hari ini saya melalui pengalaman yang INDAH. Walau pun saya tidak berjumpa Kilan Cahaya dan Kilan Samsu di Puncak Daik. Tidak tahulah apa yang dirasa Jafni.

Tiada ketitir menari,
tiada helang menyambar,
hanya haruman pusara
dan ayam jaguh Kak Nur
yang terawal subuhnya.

Daik yang malu ditutup selimut zaman,
sukarnya mencari sisi ingatan dan
kemanusiaan terkaku menolak rakus masa,
Bunda Tanah Melayu ini terlalu sedikit meninggalkan
ceritera malam untuk seorang cucu yang rindu.

Daik/Lingga