Isnin, 18 Mei 2015

Jamaluddin/Maheran

 



 Assalamualaikum, wbkt.

8 Generasi Jamaludin dan Maheran

Sejarah Keluarga Jamalaudin 1840 Lebih 220 tahun dahulu, Ikut cerita mak keluarga kami berasal dari Kg Limau Nipis Pulau Bengkalis, susur Galur dari Kg Asahan Batu Bara Kanan (Wahab). Di Pulau Bengkalis apabila bapa Jamaludin Dato Tiangsa 1810-1991 yang di lantik Belanda pada 1887 (Dokumen Belanda) mati dan perebutan kuasa berlaku dengan Bapa saudaranya. Mulai tarikh itu mereka anak beranak berhijrah ke kampong Jeram, Selangor sekitar 1892. Ketika British membuka Block 6. Mereka berpindah dan berkeluarga di PASIR IPOH Mukim Pudu Batu 6 Segamat sekitar 1907 (Hamzah). Majid Ahmad 1926 mengatakan dia berpindah ke Pasir ipoh ketika berumur 3 bulan. Kemudian berpindah dari blok 6 tahun 1960. Disanalah mereka berkampung dikawasan tepian sungai yang sangat indah. 

Tanah tersebut bermula dari tanah Wak Alang (nasir Salbiah), Tanah Utun, Tanah Tok Hashim, Tanah Wak Mahalil, (Mesera) tanah Busu Ali dan tanah Wak Pulau. Rumah yang ada adalah Hj Jamil (Sulung, munah, Banun), Wak Anjang, Wak Ali (Sulung, Pipah, Mak Ulung) Siyom (Majid, Jeliah) Suhaimi (Baharum dll) Wak Mahalil, Ahmad (Utun, Hamzah) Tok Hashim (Md Noh dll) Wak Alang (Kak Salbiah, Bang Nasir), Wak Ngah, Pak Andak Johar, Ibrahim, Mak Uda Tijah (Salleh) Mak Ngah Timah (Mat Klentong). Apabila Jepun menjajah dan kominis memerentah mereka mula berpecah ke Damansara, Batu 6 Estate, Batu 7, Batu 8, Paya lang, Linggi dan sebahagian besar di Kampung Kenangan.
Inilah tanah Perkuburan Islam Belakang masjid lama Simpang Empat Jeram Selangor Tempat asal Jamaludin dan Maheran berkampung. Mereka di fahamkan bermakam disini. Tetapi oleh kerana nisan riau ini tiada bernama dan ada yang telah tercabut tidaklah diketahui dimana kuburnya. Difahmakan juga kubur ini pun akan di alihkankan bagi tujuan pembangunan. Perhatikan bentuk nisan Riau yang digunakan. Anak-anak cucu hendaklah faham bentuk nisan yang digunakan jika hendak megekalkan tradisi Riau. Atau batu Acheh.

Kubur Pasir Ipoh banyak di huni oleh keluarga Jamaludin sebelum generasi kemudian berkumpul di Kubur Batu 8. Mak Putih misalnya mati di Paya lang tetapi di bawa ke Pasir  Ipoh untuk di kebumikan. Tok Hashim meninggal di rumah Sidek dan di kebumikan di Pasir Ipoh., Tok Misai, Wak Alang juga dikebumikan di Pasir Ipoh.. Pasir Ipoh tinggal Kenangan dan di warisi cucu cicit.
 


Tarikh Tarikh Penting:
1840 Jamaludin dilahirkan di Kampung Asahan Batu Bara.
1870 Keluarga berpindah ke Kg Limau Nipis Pulau Bengkalis.
1900 Keluarga berpindah ke Jeram Selangor Tok Jamaludin, Long Kubu
  1907 Keluarga berpindah ke Pasir Ipoh, mukim Pudu. Segamat Johor. Tok Misai, Tok Hashim, Wak Ngah, Pak andah Johor.
    1943 Keluarga berpecah ke Kampung Kenangan, Batu 8. Damansara, linggi,
  1940an Generasi ke 3 ramai yang berjuang sebagai anggota keselamatan, Special cinstable dan Home gard, Md Noh, Drerani, Yahya, Nasir, Omar, Sani, Suhaimi.
    1950an Generasi ke 3 sebagai penyokong tegar Dato Onn Jaafar sehinggalah memimpin  Parti Negara tempatan.Dan membuka penempatan baru dipanggil Kg Kenangan.Md Noh, Hamzah, Haron.
    1960an Generasi ke 4 sebagai penggerak Badan belia Kelana Desa dan Kesatuan sekerja hingga terkenal hingga keperingkat Negeri. Bakar Sayarif, Budin, Yaakob, Zarah, Hamzah, Haron.
   1980an Generasi ke 4 jugalah menjadi penyokong tegar Dr Mahathir (Tun) dan UMNO baru hingga tertubuhnya UMNO Kg Kenangan dalam masa Pemimpin UMNO sedang berkrisis 1987.Haron, Kasim, Abdullah. Abu Bakar, Faridah.
    Perjuangan dan penglibatan Keluarga Jamaludin dalam susah senang masyarakat tempatan amat besar maknanya dan kekal dalam ungatan. 

Difahamkan juga Tok Maheran membeli tanah di Jeram dan diberi nama pada menantunya Sulung suami Sidah, apabila Sidah meninggal Sulung telah menjual tanah tersebut dan pulang ke Riau. Maheran dan Jmaludin di ke bumikan di Jeram.

Versi ini adalah versi Ke 4 setelah versi ke 3 hilang dimakan virus setelah saya update nama cucu 2013. Saya terpaksa membuat sembahyang hajat dan tahlil arwah kerana sangat risau atas kehilangan salahsilah ini. Banyak respon yang saya dapat kebanyakan menyokong usaha ini. Hanya sebahagian kecil pendapat yang boleh dicerakinkan kebanyakan samar dan mengelirukan. Terutama mengenai masa dan tarikh kejadian. Terima kasih Pada Bang Hamzah Ahmad, Abang Haron Johar, Abang Majid Ahmad yang banyak membantu melengkapkan versi 4 ini. 

Saya muat naik kedalam blog saya sebagai hadiah kepada keluarga Jamaludin agar ianya tidak putus di telan zaman. Usaha mengumpul lebih 1300 nama dan mencari gambar-gambar lama bukan kerja yang mudah tanpa pertolongan dari semua. Kepada anak anak buah dan cucu-cucu jengahlah saudara yang masih ada buat cacatan dan carilah gambar atau carilah kubur waris kita kerana jika ada yang mati nanti maka tiadalah rujukan lagi. Sesiapa yang mempunyai apa saja maklumat bolehlah diemailkan kepada Pak Usu untuk memperbaiki catatan ini. Maaf jika ada nama yang tersalah eja. Terima Kasih dan doa kepada yang telah tiada. Alfatihah.


Gambar ini di Rakamkan pada 23 Mei 1953 di Rumah Tuan Paya Lang Estet.Tamat SC mereka dikurniakan tahah di Kampung Kenangan. Mereka adalah pejuang.

Berdiri dari Kiri: 1. Derani Johor, 2.Yahya Johor, 4. K. Kutan 6 Ibrahim, 7 Mat Rahim, 8, Md Noh Hashim, 9. Ahmad 10. Kentol.
Duduk dari Kiri: 2. Daud Arip, 4. Ibrahim Embam, 5. Mrs McLenon. 6. Tuan McLenon, 7. Sarjan Idrus 8. Bujang, 9 Omar/Salbiah.
Pancalusa.blogspot.com

Susur Galur:

Pandek Siket 1790-1868 - Batu Bara, Anak Pertama Dato Tiangsa 1841-1891 menerima watikah Belanda di Bengkalis pada 1887 Jamaludin Bin Dato Tiangsa 1840-1909 (Emaknya bernama Alang Antik Antik) Isterinya  Maheran (1845-1919 Bengkalis)  Keduanya bermakam di Jeram Kuala selangor.  mendapat anak  1. Asiah 1865/Pulau keduanya bermakam di Pasir Ipoh, 2. Ngah 1863/Madinah keduanya bermakam di Pasir Ipoh, 3. Hashim 1870/Pura keduanya bermakam di Pasir Ipoh, 4.Mesera 1867 bermakam di pasir ipoh (Husin bermakam di Buluh Kasap, 5. Sidah 1875 bermakam di Jeram/ Sulung balik ke Bengkalis. anak Beranak Jamaludin  berpindah ke pasir Ipoh 1905 dan 1943 berpindah ke Kampung Kenangan.

Generasi Ke 04 bergelar Grand Moyang – anak, cucu, cicit, piut contoh generasi 04 dengan ke 8 keluarga Wak Achat (Keluarga ke 14) Wak adalah panggilan anak sulung ketua keluarga.
Generasi Ke 05 bergelar Tok/Nek Yang (Moyang) – anak cucu cicit ke bawah
Generasi ke 06 bergelar Datuk/Nenek – anak cucu  kebawah
Generasi ke 07 bergelar Bapa anak ke bawah ,Generasi ke 08 bergelar anak.

Kandungan 20 keluarga:


Muka
Keluarga
Rujukan
AHLI
1
Sejarah Keluarga


4
Carta Keluarga


6
11 Saomah/Sulung Hj Jamil
K01 Zulkifli/Yahani 017 7843221 Gemas
93
8
12 Rahman,
K02 Ishak Salleh 019 7184718 BKasap
23
9
13 Anjang
K03 Ani Suden Seremban 016 717457
175
11
14 Acat
K04 Masalmah/Sitom Tmn Yayasan 09-9317264
45
13
15 Siyom,16  Ali
K05 Shuib Majid 012 6826538 Damansara
61
14
21 Taha, 
K06 Rosmen 0117507705 kg Kenangan
56
15
22 Alang
K07 Sharil Omar Linggi 013 3337477 Linggi Maheran/Nasir 012 3497407 Muar
Azizah Ahmad 09 3551975 Raub
Hawa Lebar 019 4977338 Selekoh
172
18
23 Yuda
K8
15
19
24 Hapipah,
K09 Haron Johar 019 7673240 Kg Kenangan
154

25 Nanda
K10
1
20
31 Mahalil,32 Aminah,
K11Abu Bakar Md Noh 017 7098545 Kota Tinggi
78
23
33 Md Noh
K12 Md Kasim Md Noah 012 7098702 Putrajaya
264
28
34 Temah,
K13 Ramli/Esah 019 7869798 Kg Kenangan
57
29
35  Sidek
K14
9
30
36 Ismail
K15 Mai Ismail 019 6157036 Kg Kenangan
76
31
41Putih, 42 Md Jan
K16 Daud Md jan 019 7008595 Buluh Kasap
41
33
43 Suhaimi, 44 Maimunah,
K17 Hamid Baharom 017 3900090 JB Zali 014 2657098 Klanang
154
35
45 Mahmud
K18
5
36
46 Yatim 47 Abdul
K19 Yusof Yatim 012 7696797 Pontian
45
37
51 Aishah
K20 Hamzah Ahmad 019 7928545 Paya lang
22



Isnin, 30 Mac 2015

Penunggu rumah lama

Fiksyen Paranormal 5: Memahami situasi

Tahun 1981. Saya mempunyai seorang rakan yang selalu menceritakan masalah yang mengganggu keluarganya, ceritanya mengkisahkan berkenaan adik perempuannya yang selalu diganggu oleh makhluk halus. Sering menjerit yang bukan-bukan seperti orang histeria. Saya juga mendapat maklumat bahawa rumah yang diduduki oleh keluarga beliau merupakan rumah lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Keluarganya percaya bahawa rumah itu dihuni oleh makhluk halus yang mengganggu mereka sekeluarga.


Diceritakan juga bagaimana banyak pawang dan bomoh yang dibawa oleh ayahnya untuk membantu mengatasi masalah diusir dengan berbagai cara oleh penunggu rumah itu. Saya amat tertarik dengan kisah beliau dan bercadang untuk membuat pengesanan awal apakah yang terdapat dirumah itu.

 Pada satu hari cuti saya bercadang untuk menumpang tidur dirumah beliau. Saya sampai selepas isyak. Dan berkesempatan berbual dengan ayah beliau. Kesempatan itu juga saya gunakan mencari maklumat sambil berbual. Sebenarnya ayah beliau adalah seorang yang mempunyai perjalanan hidup yang luas, bekas pegawai kerajaan. Beliau mempunyai berbagai alat pelik dirumah itu. Ada kayu hujan panas, kayu tas, dan bermacam lagi barang yang kononnya boleh menghalau dan menakuti hantu syaitan. Saya juga berasa pelik bagaimana rumah yang dipagar baik itu masih boleh diganggu oleh makluk halus.


Seletah minum kopi dan berasa mengantuk saya bercadang untuk tidur ditingkat atas rumah. Kononnya tingkat ataslah yang paling keras tiada siapa berani tidur ditingkat atas rumah itu. Selepas menunaikan solat kawan saya telah menyediakan tempat tidur di ruang tamu tingkat bawah. Dalam pukul 11 malam saya bercadang untuk naik dan menunggu hantu itu di tingkat atas. Saya berwuduk dan bersolat sunat, tidur arah kiblat dan berzikir. Saya berdoa agar diberikan petunjuk dan menghadiahkan fatihah kepada makluk ghaib. Saya sengaja membentangkan sejadah berhampiran dengan tempat perbaringan saya. 

Pada tengah malam saya terkejut mendengar bunyi orang menaiki tangga dan mengalihkan sejadah di sebelah saya. Dia membentang sejadah yang baru dan mengangkat takbir. Saya ingatkan Man kawan saya, rupa-rupanya seorang lelaki yang tinggi. Sedang bersolat. Dia memakai pakaian melayu lengkap dan berserban bewarna hijau. Saya tidak dapat melihat rupanyanya. Kerana saya berada di belakang beliau. Makluk itu bezikir selepas solat saya masih menunggu dan melihat gerakannya. Saya tidak berasa takut kerana percaya makhluk yang bersolat itu tentunya baik dan tidak merosakkan. Selepas berzikir dan berdoa. Dia memberi salam. Saya menjawab salam. Tanpa menoleh dia terus berkomunikasi dengan saya. Kemudian makhluk itu bangun dan menghilang arah tangga.


Saya terpisat dan tergamam. Peristiwa malam itu berlalu terlalu pantas. Esoknya saya berbincang lagi dengan bapa Man, saya tidak menceritakan pertemuan saya dengan makhluk berbaju hijau malam tadi tetapi hanya memberitahu firasat saya. Yang peliknya bapa Man macam menyetujui semua kenyataan saya macam dia juga tahu keadaan rumahnya. Saya mencadangkan bahawa pada malam Jumaat yang akan datang saya akan membawa bapa angkat saya seorang kiyai untuk datang kerumah itu membantu mana yang boleh. Beliau bersetuju.







Seperti yang dijanjikan pada petang khamis kami berkumpul dirumah Man, orang lelaki dirumah itu hanya empat orang, saya, Man, bapa Man dan Pak Kiyai, sementara yang perempuan adalah emak Man dan dua adik perempuannya. Seorang yang sakit itu.

Pak Kiyai meminta sebiji telur, Man kedapur dengan emaknya mengambil sebiji telur. Dengan telur itu setelah ditangkal, Pak Kiyai memegang telur itu dengan tangan kanannya. Sambil berdiri dia bergerak kearah adik Man yang sedang mengilai.
“Engkau ikut telur ini.” katanya.


Adik Man macam dipukau mengesot dan memuncungkan mukanya kearah telur ditangan Pak Kiyai. Pak Kiyai bergerak ke arah pintu yang jaraknya 15 langkah dan adik Man terus berinsut dan bergerak kepintu. Kami semua memerhati. Pintu yang terbuka itu dihembusi oleh angin yang sekejap keras sekejap berhenti.

Beberapa langkah dari pintu tiba-tiba adik Man menjerit dengan kuat dan jatuh terlepak. Pak Kiayai yang masih memegang telur itu mengarahkan Man mengangkat adiknya berbaring ditengah-tengah ruang tamu tempat mula-mula upacara itu. Pak Kiyai terus keluar pintu dan meninggalkan telur itu di halaman rumah. Saya mengikut Pak Kiyai, beliau berpesan nanti  ambil balik telur ini.

Kami masuk balik kerumah dan menutup pintu. Pak kiyai memulihkan adik Man dan nampak dia segar semula. Sebaik sahaja adik Man  tersedar bunyi mengilai dari dapor tadi berpindah keruang laman tempat dimana telur itu diletakkan. Hantu itu terus berbunyi sehinggalah adik Man pulih sepenuhnya dan disuapkan makanan dan air oleh emak Man.


Setelah selesai dan bunyi menangis diluar tidak kedegaran lagi. Kami dijamu oleh emak Man dengan sedikir minuman dan Pak Kiyai menceritakan bahawa penunggu itulah yang selalu menggangu rumah Man dan dia berlawan dengan penjaga dalam rumah. Seorang jin islam katanya. Tetapi penjaga rumah itu tidak lagi dijaga dan cuma datang sekali sekala kerumah itu.  Ini diakui oleh bapa Man yang juga mengetahui sedikit sebanyak akan cerita asal rumah itu. Hantu itu disimpan bomoh pemulih rumah sebelumnya, kerana dia sangat ganas dan tidak boleh di kawal. Oleh kerana adik Man jenis orang lemah semangat jadi dialah yang sering diganggu oleh makhluk jahat itu. Rumah itu telah beberapa kali berpindah tangan dan terbiar, sebelum di beli oleh bapa man.

Pak Kiyai mohon balik dan mengingatkan saya agar menjadi wakil beliau membuang telur itu kesungai yang mengalir. Saya menoleh sekeliling memang tidak ada orang lain yang boleh diharapkan. Setelah Pak Kiyai beredar dari rumah tersebut saya meminta Man menghidupkan kenderaan dan saya seperti syarat yang diminta oleh Pak Kiyai tadi mengambil semula telur ditengah laman dan memasuki kereta dan bergerak ke arah sungai berdekatan. Dalam kenderaaan saya amat takut dan tidak berkata sepatah pun. Saya terus berzikir dan tengkuk saya sentiada meremang dari rumah Man sampailah ke sungai yang tidak berapa jauh. 

Pada tempat yang difikirkan sesuai Man memberhentikan kenderaaan dan saya turun ketepi sungai dan melepaskan telur itu. Dengan tangan kiri saya. Amat aneh telur itu timbul seperti telur kosong dan mengikut arah air kelaut. saya terus menyuluh telur itu hanyut berpusing-pusing arah ketengah sungai. Tiba-tiba satu obak yang besar dari dasar sungai menyambar telur itu dan terus meluru kelaut dengan pantasnya macam disambar ikan besar. Tetapi saya tidak nampak apakah bendanya. Cuma bunyi seperti ikan besar.

Saya mengucapkan salam dan terus masuk kereta, Man terus memecut balik ke rumah. Sampai kerumah saya dapati semua orang telah tidur, tempat tidur saya dan Man telah disediakan diruang tamu tingkat atas. Saya berharap bahawa saya dapat berjumpa jin berbaju hijau itu sekali lagi. Malangnya sampai ke pagi saya tidak diganggu. Sekian.










Khamis, 22 Januari 2015

PUAKA JERAM

Fiksyen paranormal 6: PUAKA JERAM:

KALAU BERKHEMAH, CARI TEMPAT SESUAI

Bulan Mach 1991, saya diminta memberikan ceramah kepada perkemahan 90 ahli pasukan kadet daerah. Mereka berkhemah berhampiran jeram padang tembak. Kawasan itu memang cantik berhampiran kaki gunung.

“Tuan datang malam dan kami sediakan khemah untuk tuan bermalam bersama kami”. Itu pesan Cikgu Yus, jurulatih kadet daerah kepada saya. Saya membawa anak sulung saya yang baru berumur 5 tahun. Saya singgah magrib dirumah Pak Man sahabat berburu saya. Kebetulan Pak Man mempunyai kebun durian disekitar jeram itu. Kami pernah bersama Perhilitan mengikat gajah liar pada batang merbau betul-betul ditepi kebun durian Pak Man.

Selepas sembahyang isyak saya bertolak. Kami melepasi kawasan kampong 15 minit kemudian. Memasuki lorong kawasan padang tembak. Kami berhenti sebaik sahaja berada diatas landasan kapalterbang lama. Kawasan lapang dengan cahaya bulan penuh berlatar belakang gunung kelihatan amat cantik. Along gembira dalam kereta. Saya keluar dari kereta dengan Pak Man. Berehat sebentar dan memberi salam pada hutan yang akan kami tempuh. Jam baru melepasi pukul 8.30 malam. Masih awal. Itulah perangai saya. Berhenti di mana-mana sesuai untuk mendapat petunjuk ghaib sebelum memasuki kawasan  berburu atau hutan terutama waktu malam. Beri salam dan minta perlindungan keselamatan dari fitnah jin dan syaitan, lebih lebih lagi jika bawa anak kecil atau orang kurang semangat. Doa Almukminun biasa saya pakai.

Oleh kerana kawasan itu berpasir banyak lorong yang mengelirukan kami. Beberapa kali Pak Man memberhentikan kenderaaan dan mencari arah jalan. Kami tidak dapat mendengar apa-apa kecuali bunyi cengkerik yang meragukan. Akhirnya tidak berjumpa arah masuk yang tepat. Saya yakin saya telah sampai dikawasan yang dituju tetapi tidak mendapat petanda perkhemahan pelajar disitu. “Man kita diganggu, dia orang tak kasi masuk ni. Apa hal pulak budak-budak kat dalam tu.” Saya memulakan perbualan.

“Engkau tunggu kereta, jaga Along aku nak cari arah.”

Saya mengambil senapang isi 5 peluru penuh, saya selit Kundi Rancang di pinggang, capai lampu picit ubat 3, dan bergerak menyusur denai.

“Engkau jangan bergerak dahulu bila aku beri isyarat engkau ikut dari belakang” pesan saya pada Pak Man. Pak Man menggangukkan kepala. Saya bergerak sambil menyuluh kekiri kekanan dalam jarak 50 meter dari kereta. Saya memadamkan lampu. Cuba menghayati malam. Cuba mencari tanda kenapa kami tersesat. Saya cuba membaca ayat Qursi beberapa kali dan memohon pertolongan Allah. Saya yakin saya tidak sesat tetapi yang paling saya yakin sesuatu ditempat itu telah melindung laluan kami. Dia tidak benarkan kami masuk, mungkin sebab saya bawa budak kecil, agaknya. Saya berdiri mengadap gunung, Baretta automatik laras bertimpa kejap ditangan kanan saya. Saya cuba berdialog.

“Aku minta izin lalu untuk berjumpa dengan anak-anak aku, yang aku telah berjanji pada mereka. Apa-apa urusan engkau beritahu aku malam ini, sebelum tengah malam. Aku tunggu engkau.” Angin berderu-deru, saya terdengar sayup-sayup lolongan dan tangisan arah pukul 3. bulu roma saya tegak, saya menoleh kiri dan kanan. Saya nampak cahaya merah besar belanga turun naik pada batang kempas arah ke Jeram agak jauh. Saya angkat senapang membidik kejap.

“Kalau engkau tidak beri laluan aku tembak.” Saya merungut sendiri, saya berselawat. Sambil melepaskan jurus Anfal, saya menunggu lembaga itu naik ke atas atau bergerak. Itu pesan ayah saya kalau hendak menembak jangan main hentam saja. Pastikan sasaran ada peluang untuk lari. Saya melepaskan kunci senapang, belum sempat saya menarik picu, makluk itu bergerak naik dan melayang kearah jeram, terus hilang disusul agin yang segar. Saya telah mendapat petunjuk.

Saya beri isyarat lampu pada Pak Man. “Ada benda tidak baik dekat dalam. Kawan kita tak kasi masuk. Engkau ikut lorong kiri. Nanti belok kanan arah jeram. Aku rasa mereka dekat situ.”

Kami meneruskan perjalanan akhirnya sampai dikawasan perkhemahan pelajar. Saya disambut dalam keadaan yang muram. Budak budak kadet masih belum bersedia dikawasan ceramah.

“Terima kasih tuan kerana datang, kami sedang menghadapi masalah.” Terang Cikgu Yus.

“Ada gangguan dari petang tadi 2 orang kadet kita dalam kemah truma jumpa hantu semasa mandi jeram senja tadi. Khemah tuan saya sudah siapkan. Tuan nak teruskan program kita ke?” sambung cikgu Yus.

“Kalau budak sudah makan, suruh yang sihat sahaja, yang tidak sihat beri pelepasan. Minta Sarjan Rosli ikut saya, saya hendak periksa parimeter.” Saya arahkan Pak Man bawa Along berehat dikhemah. Saya capai Baretta laras 2 dan bergerak kepintu masuk.

“Tuan kita tidak ada senjata malam ni. Masa solat isyak tadi senjata M16 kami semua load sendiri. Jadi semua senjata kami buka dan simpan takut meletup.” Sarjan Rosli memberi penerangan. Saya percaya dengan pengalaman sebagai askar dan banyak menyertai pertempuran di hutan, ingatan Sarjan Rosli saya rasa tepat. Dia mungkin risaukan Baretta saya, saya tidak memberi respon.

“Boleh Sarjan bantu saya tutup semua parimeter, tidak ada keluar masuk sampai subuh esok.”

“Baik tuan, saya pun bercadang begitu cuma tunggu tuan sampai sahaja.” Setelah menutup pintu masuk saya dan Sarjan Rosli bergerak ke arah kiri. Saya mulakan dengan selawat, 4 kali fatihah. Kami menyusur parimeter mengelilingi kawasan perkhemahan sehingga selesai. Setiap penjuru kami kunci dengan doa Fathah, Waqiah, Samsi dan A’ala. Di beberapa tempat angin sekejap kencang, sekejap perlahan. Hutan amat sunyi malam itu. Cengkerik pun tidak berbunyi. Saya berasa ragu, hati mula mengesyaki sesuatu akan berlaku.

“Awak dah cek pokok siang tadi Jan, takut ada dahan mati di atas khemah”.

“Sudah tuan kawasan perkhemahan ini telah disahkan selamat. Angota regular kami yang buat clearance.”

“Terima kasih Jan, angin tidak baik saya bimbang dahan mati timpa khemah pelajar.” Saya mengukuh hujah. 

Setiap kali membawa pelajar menjalankan aktiviti luar keselamatan pelajar adalah yang paling diutamakan. Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini. Lebih lebih lagi melibatkan pelajar dan guru. Bagi askar tetap, mereka memang terlatih menghadapi sebarang kemungkinan.

Saya dan Sarjan Rosli sampai dikawasan perhimpunan dan ramai pelajar dan guru telah berkumpul. “Petang tadi seorang pelajar kita mandi dekat jeram bawah sana. Beliau terjumpa seorang nenek perempuan bermata merah, memandang tepat kearahnya. Pelajar ini terkejut dan berlari balik ke kem. Mereka sedang berehat didalam khemah. Keadaan dia baik.” Sarjan Rosli melapor.

“Senja tadi semasa kita berjamaah magrib dan bertahlil, set radio yang saya ikat pada tiang khemah jatuh berderai. Kami tidak boleh berkomunikasi. Tapi saya sudah maklumkan pada ibu pejabat.” Kopral Amin menambah.

“Ada budak kadet tercium bau kemiyan sebelum magrib tadi.” Sambung seorang jurulatih. Masing-masing bercerita pengalaman yang menakutkan. Tiba-tiba seorang kadet menunjukkan sesuatu arah jeram, lembaga putih melintas katanya. Jurulatih serentak menyuluh kearah yang ditunjukkan oleh kadet tadi. Tiada apa kelihatan.
Jam melepasi 10 malam, biasanya waktu hantu keluar. Bunyi angin semakin kuat, ranting-ranting patah kedengaran diluar parimeter. Semua kadet senyap, bergerak duduk berhimpit-himpit. Mereka ketakutan. Cikgu Yus mengarahkan guru pengiring dan pegawai regular mengawasi pelajar, ada yang bergerak mendekati khemah yang ada pelajar tidak sihat tadi. Keselamatan pelajar diutamakan. Angin bersiul-siul, semua mata menumpu kearah jeram, bunyi air macam ada orang mandi, ada suara menjerit-jerit, sayup.

Tiba-tiba sehelai selindang putih panjang 2 depa terbang menuju parimeter. Ada kadet yang mula terkencing dalam seluar. Saya masih mencari arah tindakan.

“Awak semua takut kan? saya pun takut juga. Tapi percayalah hanya Allah yang memberi ketenangan didalam hati orang-orang mukmin. Dan Allah jua yang menambah keimanan kepada iman yang sedia ada.” Ayat 4 Surah Alfathir.

Ada pelajar yang menekup muka, ayat kursi mula dibaca beramai-ramai. Saya mencapai Baretta laras 2 dan bergerak mencari arah, itulah senjata yang masih ada, saya yakin senapang pusaka ini tidak pernah diganggu musuh. Saya terus bergerak menghampiri parimeter arah sungai, saya kekiri lembaga itu kekanan, saya kekanan dia kekiri. Sesekali berhenti dan bergoyang-goyang didahan kayu. Bentuk tidak jelas. Cikgu Yus setia dibelakang saya menyuluh lembaga itu. Saya dapat perhatikan bentuknya seperti asap tebal, bukan kain. Saya berselawat dan berzikir dan terus berdialog sambil menggengam kemas Baretta laras dua. Apa sahaja yang menyerang saya, saya tidak teragak-agak melepaskan tembakan. Itu semangat saya.

“Pergilah, kami cuma singgah, selesai urusan kami akan pergi.”

Lembaga itu sekejap hilang dikanan, sekejap timbul diperdu pokok. Saya terus mencari dengan muncung senapang. Tiba-tiba, bunyi jeritan kuat bergerak jauh kearah jeram padang tembak. Dan perlahan lahan kain putih itu naik ke atas pokok dan menghilang. Suasana kembali senyap. Saya bergerak kembali kepada kelompok pelajar. Saya memberi sedikit motivasi kepada pelajar, sebenarnya lebih kepada menguatkan semangat pelajar.

“Kita sebenarnya berada dikawasan keras. Ini pengalaman yang bagus. Awak semua memang berani mencari pengalaman baru, satu hari awak pasti bangga kerana berada disini. Perkhemahan kita telah mengganggu kawasan mereka. Mereka minta dihormati. Lain kali masuk rumah orang salam dulu minta izin.” Pelajar mula tenang dan faham.

“Makluk halus ini tidak berjasad. Kejadian mereka tanpa zarah. Walau pun awak nampak dia terbang menuju ke arah awak. Dia hanya boleh merempuh awak dan menembusi awak. Sekali lagi saya jelaskan, dia hanya bayang yang tidak merosakan fizikal kita. Dia tidak ada jirim. Ini awak kena yakin.” Pelajar nampak bersetuju.

“Awak perasan tak, apa yang berlaku tadi semuanya diluar parimeter yang dipasang oleh jurulatih kita, maksudnya awak selamat disini bersama cikgu awak. Tengok anak saya nyenyak tidor dalam khemah.” Saya cuba menambah keyakinan mereka. Saya terus memberi realiti, pelajar dan guru telah mendapat keyakinan. Selepas sebelas malam keadaan mula tenang kembali. Pelajar mula mentertawakan kawan kawan yang ketakutan, masing-masing cuba buktikan seluar mereka tidak basah. Yang kebasahan tersipu-sipu malu.

Guru-guru sudah menyediakan minum malam untuk pelajar. Jurulatih mengingatkan pelajar jangan suka sangat, pelajar yang selesai minum malam bergerak ke khemah masing-masing. Muka sudah mula merah. Jam hampir 12 malam keadaan khemah pelajar menjadi lebih tenang. (Saya bangga dengan jurulatih yang melayan budak sekolah kita macam anak sendiri, penuh kasih sayang dan pengorbanan. Masih ramaikah spiceis ini abad yang akan datang??, mereka orang biasa yang tidak mengharap penghargaan)

“Hantu tak keluar lepas jam 12 malam, tuan.” Sarjan Rosli buat lawak.

“Pandailah awak, yang awak buat khemah dalam kawasan hantu buat apa?” saya menemplak beliau.

“Silap radar tuan” Semua yang ada tergelak.

“Tak mengapalah kalau sudah silap itu, kita minta maaf sahaja, budak yang kena tu mintalah tangkal sikit jangan sampai melarat nanti” pesan saya.

Kerana malam itu saya sebagai tetamu, mereka menyediakan hidangan istimewa untuk saya. Dari dalam unggun api Kopral Amin mengeluarkan beberapa ketul ubi bakar yang disalut lumpur sungai. Bila dibuka kulitnya, keluarlah aroma wangi dan berasap segar, cecah sambal gedok yang dibekalkan oleh Pn Ruby isteri Cikgu Yus dari rumah. Goreng ikan masin cekik leher. Kena dengan air kopi panas.

“Hidangan khas untuk tuan” Umpphhh, sedapnya. Sekian.




Sabtu, 27 Disember 2014

Selekoh maut

Fiksyen Paranormal 3:
(Tawakal kepada tuhan)

Tahun 1980, Saya bertugas sebagai sukarelawan rukun tetangga, mulai sembilan malam kami ditugas meronda taman perumahan dalam kumpulan, seronok juga dalam 2/3 bulan sekali kami dikehendaki bertugas dipondok Rukun Tetangga. Biasanya saya akan mengambil jadual 9 malam hingga 2 pagi, hari esok akan diberikan cuti tanpa rekod. Saya telah maklumkan kepada pejabat saya bahawa hari esok akan bercuti kerana tugas rukun tetangga. Setelah balik bertugas saya kembali kerumah sewa saya dan berfikir jika saya terus tidur tentulah hari esok saya kurang bernilai dan saya akan kembali juga ke pejabat. Itulah kebiasaaan saya bila tiada tugas penting dirumah.

Saya mengambil keputusan untuk balik kekampung saya yang jaraknya 33 batu dari rumah sewa saya. Saya meninggalkan resit cuti rukun tetangga kepada rakan sebilik saya dan terus mencapai beg galas saya untuk pulang kerumah emak. Saya melihat jam sudah pukul 3.15 pagi. Saya membaca doa perjalanan dan bergerak. Hati saya malam itu bercampur baur. Saya tidak berasa takut kerana saya tahu bahawa hantu tidak mengganggu lepas tengah malam. Jam 3 pagi ini biasanya urusan malaikat atau jin yang baik-baik. Begitu di ajar oleh guru saya. Cuma jin pun ada nakalnya itu saya maklum sangat.


Lepas separuh perjalanan tiada yang mengganggu saya, kereta pun tiada, lori pun jarang-jarang. Dari jalan utama saya akan membuat satu potongan jalan rentas ke kempung saya melalui kawasan jirat. Dan sebelum jirat itu ada kawasan paya yang sunyi dan jalannya ada beberapa selekoh yang merbahaya. Tapi sebagai penungggang motor seperti saya yang selalu berulang alik, selekoh itulah yang menarik dan mencabar. Terutama selekoh ‘S’ yang betul-betul ditengah paya itu. Jalannya bermula dari jalan yang  lurus dan ada selekoh ‘S’ sebelum sampai kejambatan . Mengikut cerita jambatan itu selalu orang jumpa hantu yang duduk diatas palang jambatan dan mengganggu orang yang pulang malam. Dalam hati saya hantu sudah tidur pada jam begini. Saya tersenyum memujuk hati.


Di jalan lurus sebelum selekoh saya nampak berbalam tanda selekoh di hadapan. Selekoh tersebut agak redup kerana dikiri kanan jalan selekoh itu ada pohon getah yang condong kearah jalan, ia seakan-akan memasuki terowong. Saya agak seram. Saya melihat sesuatu yang berwarna putih dihadapan. Macam ada benda besar bergayut pada dahan pokok getah itu dan berjuntai sampai kegarisan tengah jalan berwarna putih dan panjang. Ia bergerak pendulum kekiri dan kekanan. Saya berfikir dan menganggap dahan getah yang patah dan terjuntai berayun ditiup angin.  Bila saya meninggikan lampu motor saya lihat dia bergerak ketengah jalan memberi ruang antara dia dan batang getah, ruang hanya suku jalan ditepi. Bila saya turunkan lampu, dia bergerak semula ketepi. Saya naikkan lampu dia bergerak semula ketengah. Saya sudah semakin hampir.

Saya membuat keputusan untuk terus melanggar benda itu. Warna putih kian jelas macam kain. Ketika saya buat keputusan itu dia bergerak perlahan-lahan  cuba menutupi ruang jalan saya. Saya mengemaskan gengaman panduan saya. Menundukkan kepala kehadapan saya. Saya merancang gerakan celok yang baik kerana selekoh itu saya rasa saya tahu. Meninggikan lampu membunyikan hon motor dan melepaskan jurus Al-Anfal. Saya rempuh.

Ketika betul-betul berada ditempat makluk itu bergayut, dia berayun perlahan kearah badan saya. Saya melajukan kenderaaan untuk mendahului pergerakan hayunannya. Sekiranya saya lambat saya yang melanggar dia. Jika saya cepat dia yang akan merempuh saya, saya lebih selamat begitu fikir saya. Tetapi jika saya terlalu laju saya tidak akan dapat melepasi selekoh tajam dihadapan dan mungkin terbabas. Saya membaca zikir ayat empat kiayai Salleh dan mencabar makluk itu. Saya bermain dengan lampu. Betul kiraan saya dengan kelajuan yang menasabah dan ruang yang kecil saya melepasi bayangan itu. Makluk itu merempuh bahagian belakang dan saya rasa belakang saya macam disapu angin. Saya lepas makluk itu dan mengambil selekoh dengan selamat, satu selekoh kiri dan kemudian satu selekoh kanan. 


Seterusnya jalan lurus menaiki bonggol jambatan pula saya sudah mula ketakutan. Apa pula atas jambatan nanti. Kenderaan saya berasa berat dan perlahan. Saya menegakkan badan saya menarik nafas dan meraba beg saya. Saya harap saya ada membawa senjata pusaka arwah ayah bersama, sekiranya ada penunggu jambatan. Benda apa mengganggu saya tadi, saya cuma kata mungkin dahan pokok yang terjuntai. Ah pedulikanlah. Saya memujuk hati agar tidak terlalu takut. Terlepas satu bala.

Ada dua lagi halangan, jambatan dan jirat. Jarak kerumah emak masih ada lebih kurang 6 batu lagi. Tiba-tiba saya mendengar seperti  kain kanvas yang ditiup angin di belakang saya. Kuat bunyinya seperti kanvas lori yang terbuka talinya berdebus, debus. Saya menoleh cermin sisi kebelakang dan melihat jika ada lori dibelakang saya. Saya lihat 2 lampu merah mengekori saya, ah ada lori tapi tidak terdengar bunyi kerana bunyi menderam motor fikir saya. Saya memperlahankan kenderaan api itu makin hampir dan besar tapi tidak memintas motor saya, ah biarlah aku ada kawan juga.



Saya melepasi jambatan tiada apa-apa yang menakutkan. 50 meter dari situ saya membelok ke jalan pintas, kawasan sempang itu sunyi dan memasuki kawasan jirat, sebaik sahaja melepasi selekoh selepas sempang. Saya memperlahankan kelajuan, membelok masuk kejalan pintas, tiba-tiba saya melihat kabus yang amat tebal menghalang saya. Memenuhi jalan dan saya berada dalam kabus tidak tahu arah. Saya membuat pemberhentian kecemasan. Injin motor saya mati,  saya menungkat motor dengan kaki. Saya meraba beg sandang dan mencari senjata pusaka. Saya bersedia atas segala kemungkinan. Wah kasar juga permainan tempat ini fikir saya.


“Apa benda yang mengganggu aku malam ni”. Saya cuba menghidupkan injin dalam keadaan cemas, tidak boleh hidup, tapi lampu motor masih bernyala dan memberikan cahaya dan saya dapat melihat kabus dengan jelas. Saya bertenang. Dan Menunggu lori di belakang saya tadi. Cuba mendengar bunyi.

“Eh tiada bunyi lori. Tadi ada lori belakang aku. Mana dia pergi. Tengah malam macam ini takkan dia berhenti dekat jambatan.” Saya dihantui ketakutan. Saya percaya ganggguan ini cuma hendak menguji saya. Biarlah saya tidak akan mati atau dirosakkan. Fikir saya.
“Cheh Hantu rupanya” saya merungut dengan surah AnNas saya berludah kekiri.

”Walau apapun engkau aku berdiri dalam kalam Allah, engkau tidak akan dapat merosakkan aku walau sedikit pun. Engkau hanya boleh menakutkan aku dan aku sentiasa berlindung dari pada tuhan dari berasa takut kepada makluk ciptaannya,” saya mencabar makluk itu. Beristifar beberapa kali.

Saya menarik nafas, menghidupkan injin motor, sekali tendang sahaja motor hidup semula, saya memulas minyak berderum deram, menghilangkan rasa takut. Saya rasa saya kuat, perlahan lahan kabus yang disuluh lampu motor itu menipis dan saya melihat lorong jalan tar menghala kawasan jirata beristiqfar lagi dan bergerak perlahan lahan. Melepasi selekoh berkabus itu saya memasuki kawasan jirat, terang oleh beberapa lampu dan jelas kelihatan binaan kubur yang luas itu. Cantik malam n kenapa saya di ganggu.

Saya melepasi kawasan kubur dan semakin berani, saya sampai kerumah ibu dan tidur semula, jam baru melepasi jam 4.00 pagi.

Esok petangnya saya minta izin dari ibu untuk pulang awal kerana saya katakan saya akan singgah dibeberapa tempat sebelum balik. Ibu berpesan agar berhati hati memandu. Saya berhenti semula dikawasan kabus pagi tadi dan berhenti ditepi jalan. Saya lihat keliling dan berdiri betul betul ditengah jalan dimana saya berhenti malam tadi. Saya memandang keliling, ada gaung dikanan saya dan laluan kerbau disebelah kiri.

“Oh aku melintasi laluan kerbau malam tadi. Mungkin tempat ini sejuk dan memang ada kabus.” Fikir saya. Bahaya juga kalau terbabas malam tadi.

Saya meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi dikawasan selekoh tempat kain tergantungan malam tadi. Saya perhatikan disekitar tidak ada satu daun pun diatas jalan, tidak ada dahan yang patah. Memang ada dua dahan getah yang menganjur sampai ketengah jalan. Memang cantik kalau ada benda bergayut. Saya mula seram.

“Engkau ganggu aku malam tadi ye,” Saya berkata-kata. “ Dari pokok getah ini kecil aku dah lalu sini tidak ada apa yang mengganggu. Aku tidak ganggu engkau, engkau jangan ganggu aku. Aku ada urusan aku, engkau ada urusan engkau. Kalau engkau ganggu juga aku lawan” Itu serapah diajar arwah bapa saya.

Tiba tiba saya lihat kesan tayar kereta membrek cemas dan kesan tayar itu juga terdapat diatas rumput tepi jalan. “Ada kereta terbabas,” fikir saya. Saya tidak dapat cam sama ada berlaku pagi tadi atau sebelum saya melalui kawasan itu.

“Aku minta jangan engkau merosakkan manusia dengan cara engkau ini tiada faedahnya, ingatlah pengadilan tuhan.” Saya berdialog pada makluk disitu macam orang gila. Selepas menghadiahkan fatihah dan berdoa agar orang lain tidak terganggu di kawasan itu saya meneruskan perjalanan pulang kerumah sewa saya petang itu. Selepas peristiwa itu saya tidak diganggu lagi walau dalam waktu apa pun saya melalui kawasan itu.

Saya sampai kerumah sewa saya jam 5.30 petang dan berehat bersama kawan, hari itu rakan rumah saya goreng jemput tepung ikan bilis dengan teh panas. hebat juga hidangan petang orang bujang. Sekian.