Khamis, 15 Februari 2018

CRYPTIC FAKEH MUHARAM












                                         
CRYPTIC: Ia merupakan satu karangan bagi group whatsupp Tengku Teh.  Dialog ini antara seorang Atuk  ðŸ‘´   (Tok Fakeh Muharam) dengan cucunya   ðŸ‘¦ (Ahmad Rejab), dialog ini merungkai isu semasa blog secara sinis dan rujukan yang lengkap. 5 bulan pertama telah diangkat ke pancalusa.blogspot.com. dan group baru cryptic diwujudkan.

MUHARAM, HINGGA JAMADIL AWAL

                               ðŸ‘¦   MUHARRAM   ðŸ‘´

CRYPTIC 1:
1 MUHARAM, 21 SEPT 2017 9.12pm

  ðŸ‘´  Berbahagialah tokoh 1 Muharam hari ini. Antara jasanya.  Dia bersahur dan bersolat subuh. Dia dhuha dan berzikir Basmallah setiap lepas solat sebanyaknya.  berpuasa dan berbuka. Dia Magrib dan bersolat sunat 2 rakaat. Dia Isya' dan membaca Kahfi.

   ðŸ‘¦   Ooooh ruginya saya. 
  ðŸ‘´   Masih lagi ada untuk kamu tahajud malam ini dan pagi esok Yasin dan dan sedekah menunggu kamu di Jumaat pertama Muharam ini. Jangan lupa menyapa.

CRYPTIC 2:
2 MUHARAM 22 SEPT 2017 9.14pm

 ðŸ‘´ Tahukah kamu siapakah tokoh 2 muharam. Dia bertahajud dan berzikir. Dia membaca 12 kali Qursi sebelum subuh Jumaat. Dia menziarah qubur dan berdoa. Dia mandi bercukur dan memotong kuku, bepakai cantik dan wangi. Dia beriktikaf dan berselawat dengan banyak. Dia mendapat pahala 10 rakaat solatnya. Membaca muazatain 7 kali sebelum beralih duduknya Magrib tadi menitis airmatanya kerana berpisah dengan 2 hari yang baik.
👦   Oooooh ruginya saya. 
👴 Kamu masih ada peluang jika qiamulail sepertiga malam dan esoknya keluarlah dan berniaga dengan Allah sambil banyakkan zikir Basmallah kerana ini bulanNya.

  
CRYPTIC 3:
3 MUHARAM 23 SEPT 2017 10.05pm

👴  Tahukah kamu tokoh 3 muharam. Dia berqiamulail,  berdoa meminta ampun dosanya, memelihara dari seksa neraka. Memohon sabar dan menjadi benar dan taat. Menafkah hartanya kejalan Allah dan memohon Ampun (beristifar) diwaktu sahur  (sebelum subuh).
👴        Dia ziarah saudara yang sakit dan bersolat sunat mutlak 4 rakaat selepas duha. Dia mencukupi keperluan keluarganya dan mengukuh silaturahim. Dia memegang kepala anak yatim dan bersedekah.
👴 Malam ini dia aman dan gembira kerana telah berniaga dengan Allah dan terubat sakit dosanya dengan istifar yang banyak.
 ðŸ‘¦   Ooooh ruginya aku hari ini.
👴  (Apola bongap ekau ni, Berbueh den khabo, indak satupun ko buek. Eko tau ya bona, Tau yo ghughi, nyangpang cito kek orhang ya baghuieh jo. Ado ko ko buek   dikato. )
👦   SAH saya faham. Atok nak beritahu Atok orang negerikan??
 ðŸ‘´   (Omak kau, memang SAH bongap)

** ayat dalam kurungan tidak diterjemah takut lari maksud. ps heh heh

CRIPTIC 4:
6 Muharam, 26 sept 17 9.20 pm.

    ðŸ‘¦   Sudah 3 hari Faqih Muharam tidak menjengah. Tiga hari juga aku mengingati semula pesanannya. Bukan 3 tapi berpuluh puluh rupanya. Walaupun bersahaja banyak rahsianya.
   ðŸ‘¦  Sedikit sedikit aku bertasbih. Bertahmid, bertakbir, bertahlil dan beristfar. Sesekali merawat diriku dengan Duroot Assyariff.
    ðŸ‘¦   Dengan  Qabdlah yang zikirkan dapat membantu nuraniku disapa Faqih.

CRYPTIC 5:
Muharam 8, 28 Sept 2017 , 9.45pm


 ðŸ‘´          Ada kamu buat solat sunat malam jumaat tadi?
 ðŸ‘¦   Ada tok, puasa senin khamis pun saya buat. Tapi sekerat hari je.
  ðŸ‘´  Elok lah tu. Bulan ni bulan Tuhan. Puasa tu ibadah untuk Dia, engkau niat, bersahur tu pun Dia dah beri pahala. Masa muda buat sikit sikit dah tua tak larat nanti. Zikir, Tasbih, Tahlil, istifar itu pun untuk dia.
 ðŸ‘´   Pagi subuh nanti kalau baca ayat kursi jangan lupa guna 9 nafas. Bezakan diri kamu dengan yahudi dan nasara dengan Tasu'a atau hari sebelas. HR

 ðŸ‘¦  (Yo la bona topat tu tok. Eden ado gak donga nabi sughuh dari ustaz,  tapi dio tak sompek buat dah wafat, Hassan tu tok)
 ðŸ‘´  Itu apa hal pulak cakap negeri tuh, Atuk ni IC 01, fanatik JDT tahu. Nampak bengap engkau tu ada sikiiitt lagi.
 ðŸ‘¦    …………


Cryptic 6:
16 muharam, 6 Oct 2017 10:42 pm

 ðŸ‘´        Engkau solat Jumaat tadi.
 ðŸ‘¦  Solat tok tapi imam dah nak mula khutbah.
 ðŸ‘´  Rugilah engkau, Alghazali menulis dalam ihya', tiap hari jumaat ada malaikat dipintu setiap masjid. Kertasnya perak tintanya emas. Dia menulis nama orang ke masjid ikut aturan. Masa 1. Antara terbit matahari seperti qurban unta. Masa 2. Matahari tinggi seperti qurban sapi. Masa 3, bila bahang matahari memanaskan tempat berpijak. Seperti qurban kambing. Masa 4.  Seperti sedekah ayam. Masa 5 seperti sedekah telur. Masa 4/5 sampai tergelincir matahari itu amat sedikit faedahnya.
👴 Malaikat itu berhenti mencatat hingga imam ketempat solat untuk mendengar zikr/khutbah.
👴 Maka bidaah pertama dalam islam adalah meninggalkan berpagi2 ke masjid. Sedangkan yahudi dan nasara memuliakan setiap pagi Sabtu dan Ahad seperti kamu berpagipagi kepasar.
👴  Imam Abu Masud bersedih hati hanya kerana menjadi orang ke4 datang ke masjid pada satu Jumaat.
👦   Bila saya nak untung tok??
👴  Bila bengap engkau tu kurang. Buat jangan asyek bercakap.



CRYPTIC 7:
22 Muharam  12 oct 2017 9:48 pm

 ðŸ‘´    Engkau tidor siang tadi ?
 ðŸ‘¦  Tidor tok kejap je, tapi magrib tadi saya dah khatam wirid muharam, tapi khatam kecik je.
 ðŸ‘´  Engkau tahu tak, AlGhazali menulis 3 perkara dikutuk Allah ialah ketawa tanpa ada yang ganjil, makan tanpa lapar dan tidur siang tanpa berjaga malam.

👦                Selalu tak sedar tok, subuh pun lewat. 
👴Datangilah tempat tidurmu dengan muazatain yang disapu pada badan, kemudian baring dengan ayat qursi, sedang Saidina Ali ra berasa hairan bila seorang mukmin tidur tanpa membaca 2 ayat akhir surah baqarah.
👴  Jika kamu berniat bangun dan tertidur sampai subuh, maka ditulis apa yang diniatkan dan tidurnya adalah sedekah kepadanya dari Allah.
👦    Untungnya tuk,
👴   Buat jangat cakap yang banyak buat yang sedikit dulu.
 ðŸ‘¦ ……………..


CRYPTIC 8:  Muharam 
 ðŸ‘´    ???????
 ðŸ‘¦     ……..
SAFAR

Cryptic 9:
6 safar, 26 oct 2017 11:23 pm


👴  Dah mula zikir safar?
👦  Alah tok, muharam dulu dapat juga ikut solat. Ni salamun dapat ikut hari je.
       ðŸ‘´  Buatlah ikut mampu jangan paksa.Nak atok ajarkan 7 perkara baik dibuat sepertiga malam.
👦   Ngantuk la tok.
👴  Jika engkau terjaga ditengah malam bacalah:
1. Lailahaillallah wahdahu la sharikalah
2. Lahul mulku walahul hamdu
3. Wahua 'ala qulishai in qadir.
4. Alhamdulilah, Wasubhanallah , Wala ila haillallah allahuakbar.
5. Wala khaulawala quataila billah
6. Allahummaq firlii.
👦  6 aje tok?
👴 6 itu sudah cukup hebat untuk kamu tanpa perlu membuka mata pun. Yang ketujuh itu adalah yang lebih baik iaitu berdoa dan solat 2 rakaat yang di terima.
 ðŸ‘¦    .........

CRYPTIC 10:
10 safar 31oct 2017 3:45 am

             ðŸ‘´   Camana zikir kamu?   
  👦   Alhadulilah tok, ikut solat dah.
 ðŸ‘´  Engkau cuma perlu 6 jam bulan muharam dan 8 jam bulan safar untuk berzikir. Dari 720 jam setiap bulan. Dan 4 malam tahajud dari 30 malam engkau tidur.
 ðŸ‘¦  Ingat tok. Tok ada keluarga kita sakit tok.
👴  Doakan : Allahumasfii, antassafi, la shifaa a illashifaa uka shifaa an, la yughadhiru saqama. Itu doa tawasul kepada Allah.
👦  Terima kasih tok.


CRYPTIC 11:
13 SAFAR 2 Nov 2017, 9:52 pm


👴   Camana zikir ko?.
 ðŸ‘¦  Tinggal 10 hari lagi tok.   
👴  Wah advance tu. Dulu ko kata lambat. Ko tahu tak orang msia guna tel 168 minit sehari. Sebulan 70 jam lebih. Atok suruh hanya 6-7 jam je sebulan beribadah.
 ðŸ‘¦   Dah faham tok. Tima kaseh.
 ðŸ‘´ ada riwayat mengatakan setan itu ada obat.
Jika dituangkan sa'uth (seperti ubat hidung) nescaya buruklah kelakuannya.
Jika diletakkan la'uq (benda yg diambil dengan senduk) maka lancarlah lidahnya dengan kejahatan. 
Jika dia menghamburkan dzarur (semacam ubat yang disembur pada mata) maka tidurlah dia sepanjang malam sampai datangnya subuh.
👦    patutlah rakan saya selalu sebut senduk kalau ada budak jahat. 
👴   yang senduk tu budak yang mengata tu.
Sabdanya lagi, kalaulah  tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu (solat malam) atas mereka (yang lebih baik baginya dari dunia dan isinya).
 ðŸ‘¦    yang pertama tu saheh tok yang kedua tu mursal.   
👴   hah camtu baru teror cakap, pastu buat.
 ðŸ‘¦   he...

CRYPTIC 12:
3 NOV 2017 3:51 AM, (A)

  👴 Berkata Yusuf bin Mahran. Sampai berita kepadaku dibawah arasy ada malaikat seperti ayam. Apabila sampai sepertiga malam ia memukul kepaknya seraya berteriak, "Bangunlah orang yang ingin bangun."
  ðŸ‘´   Selepas separuh malam dia memukul kepaknya seraya berteriak, "bangunlah orang yang hendak bertahajud."
 ðŸ‘´   Apabila dua pertiga malam ia memukul kepaknya dan berteriak, "bangunlah orang yang hendak solat."
 ðŸ‘´   Apabila terbit fajar ia memukul kepaknya dan berteriak. "Bangunlah orang yang lalai, atas tanggunganmulah segala dosamu." (Al Ihya' Ulumiddin 2:292)
 ðŸ‘¦    *  Apakah benar,  pekikannya disahut oleh ayam jantan dibumi??
        * Apakah benar, orang yang berniat mendengar suaranya??
        * Apakah benar kisah ini?? 
👴    wallahualam.


CRYPTIC 13:
20 safar 9 Nov 2017 9:45 PM (12) 

 ðŸ‘´   Dah sampai mana zikir ko?.
  ðŸ‘¦  Dah khatam Tok.Tapi ngantuklah tok nak habiskan.
 ðŸ‘´   Ngantuk-ngantuk, tidor aje la. Ko tahu tak :
      Ibnu Hibban dari ibnu Umar " Apabila hamba itu tidur dalam suci ( wudhu' ) dan mengingati ( zikir ) ditulis sebagai orang solat sampai ia bangun dan malaikat masuk dalam selimutnya. Jika ia bergerak dan berzikir nescaya malaikat berdoa baginya dan meminta ampun kepada Allah dosanya." 

 ðŸ‘¦    untungnya tok.
 ðŸ‘´   Dan lagi " Tidurnya orang berilmu (alim) itu ibadah dan nafasnya itu tasbih, itu dirawi oleh Abu Naim dari Abu Mas'ud, marfu' rawinya.
Mereka itu diberi kasyaf terbuka segala sirr dalam tidurnya. Jika ia terbangun dan tidak bersalat maka hendaklah duduk mengadap kiblat, berzikir atau berdoa atau bertafakur akan segala nikmat Allah dan Qudratnya, ini sama dengan bangun malam beribadah.
👦          Bagusnya tok. Camana nak dapat tok?
👴   lakukan 10 adab adab tidur.

👦   cita lagi tok cana tu??
👴  Ko bacalah sendiri kitab Alghazali, atok nak tido dulu.....

CRYPTIC 14
22 SAFAR, 11 NOV 2017, 3:48AM (B)

👴    Kamu terbangun,  lakukan zikir malam, kerana Alif laam miim itu tidak dikira satu. Tetapi alif satu, lam satu dan mim itu satu.
      Begitulah besarnya rahmat tuhan pada umatnya pada malam hari.
 ðŸ‘¦……………

CRYPTIC 15
23 SAFAR, 12 NOV 2017, 3:46 am (C)


  ðŸ‘´   Seperti Asar 202 minit selepas tengah malam dimana perubahan bayu laut dan bayu darat, keadaan malam yang tenang, dan bintang tidak bekedip itulah masa yang baik untuk bersujud,   berzikir dan berfikir. Masa bagi Wirid malam keempat.
  ðŸ‘¦……..

CRYPTIC 16
 28 SAFAR,17 NOV 2017,3:03 AM, (D)

 ðŸ‘´   Bacalah 12 kali ayat qursi apabila kamu terjaga, bersuci dan bersolat. Adakah setaip hari. Mereka bertanya. Tidak, cukuplah pada setiap hari Jumaat.
 ðŸ‘´    Waktu imsak adalah akhirnya malam berakhirnya 5 zikir malam dan bermulalah 7 zikir siang.
👴   Jika membaca ayat qursi mulalah dengan 9 nafas. Mulakan dengan bismillah dan wailahukum dan ayat selepasnya 2:163, 2:164 kemudian ayat qursi dan 2 ayat selepasnya 2:255, 2: 256, 2:257.
 ðŸ‘¦     ……..


CRYPTIC 17:
30 SAFAR 19 NOV 2017 11:28 PM (13)

👴   Camana zikir ko?
👦Allhadullillah Tok. Berkat tok singgah semangat sikit. Dah masuk 6 hari zikir ke 4. Tapi tok kenapa tok selalu tanya zikir saja??
👴   Oh..zikir tu istilah tok aje. Kalau Alghazali dia guna WIRID. Dari Waktu IMSAK hingga magrib dia sebut 7 wirid siang. Dari Magrib sampai waktu Imsak dia sebut 5 wirid malam.
Wirid tu termasuk solat fardhu dan sunat, takbir, tahmid, tahlil dan tamjid, membaca quran dan belajar malah berfikir dan tidur juga dikira wirid. Kerana dapat pahala membuatnya.
Bagi permulaan ibadah biarlah kita bercerita tentang zikir yang mudah. Kerana setiap kalimat zikir yang tertentu itu ada dayanya yang tertentu juga, ia dapat mengubat hati dan ketenangan serta kekuatan kita beribadah.

👦    Patutlah muharam tu nak habiskan satu zikir beratnya bukan main. Tak habispun,  Tapi safar,    habis zikir dua dan tiga, dah masuk 6 hari zikir 4.
👴  Baguslah camtu. Tapi jangan paksa diri. Buat yang termampu cuma iklas dan bertawasul, bilangan itu cuma untuk kelancaran lidah. Masa itu hanya untuk mengingatkan kita jangan terlalai. Khatam itu hanya satu kepuasan.

👦      terimakasih atas ingatan. Bulan depan maulud ke tok jangan lupa selawat....
👴  aik dia pulak ingatkan kita, apalah cucuni.......

RABIUL AWAL

CRYPTIC 18
1 RABIULAWAL, 20 NOV 2017, 5:11 AM, (E)

       ðŸ‘´Permulaan hari itu apabila terbit sinar pagi (waktu imsak) surah at takwir ayat 18. Demi waktu subuh apabila ia telah terang. Ayat Al Furqan ayat 46. Kemudian kami tarik dia (bayang bayang) kepada kami sedikit demi sedikit.

   Menarik bayang dan membentangkan cahaya matahari. Maka bertasbihlah.


CRYPTIC 19
3 RABIUL AWAL,  22 NOV 2017, 4:13 AM, (F)

👴Bangun pada waktu malam beribadah dan tidur semula itu menjadikan tidur itu penyebab terbukanya almukashafah dan mushadah dari balik hijab yang ghaib,  bagi orang orang yang mempunyai arbabi'l-qulub. Kitab IHYA' 2:301


CRYPTIC 20
4 RABIUL AWAL, 23 NOV 2017, 10:02 PM. (G)

   ðŸ‘´Nampaknya ramai ibu bapak yang anaknya konvo bulannih, meh kita tengok methematik kejap:
Jika kamu buat simpanan tetap 150 sebulan mulai umur 15 tahun. Kamu akan lihat angka ini pada umur:

20 tahun 9,000
30 tahun 27,000
40 tahun 45,000
50 tahun 63,000
60 tahun 81,000
70 tahun 99,000

 ðŸ‘´    Jika kamu tidak dapat melihat angka ini, kamu benar benar miskin dan tergolong pada orang yang berhutang.
 ðŸ‘´  Kerana berdasar nombor inilah Allah akan menuntut bilangan solat yang wajib engkau lakukan dalam hidup mu (30 hari X 5 waktu = 150)dan 15 tahun itu dikira waktu baligh.

  👦  ADUSSSS TOK  MACAM RASA PAPA JE...
 ðŸ‘´ Mulalah menyimpan Ali Imran 2:185 hingga akhir surah dalam hati, kamu akan menangis mengingatinya.
  ðŸ‘¦      Mana   cari banyak tu yek???


CRYPTIC 21
5 RABIUL AWAL, 24 NOV 2017, 3:26 AM, (H)

      ðŸ‘´Bangun ditengah malam 2 kali dan tidur 2 kali adalah penanggunan yang malam, amalan terberat dan paling utama. Dan ini adalah pekerti Rasullullah. HR Abu Daud dan Attarmidzi dari Ummu Sallamah
Inilah jalan Ibnu Umar, para sahabat, Tabiin dan Ulama (termasuk Alghazali dan Abd Kadir).
Rasullullah bangun melihat langit membaca 5 doa AliImran (mulai Rabbana..3:190 hingga akhir ayat 3:194) masuk bersuci dan bersolat dan tidur semula hingga 2 kali ulang. (Kitab Ihya' 2:303)
 ðŸ‘´   jika sukar bersuci, bangunlah lalu duduk menghadap kiblat, berzikir dalam sesaat dan berdoa dan berfikir kemudian tidur semula.


CRYTIC 22,
19 Rabiul Awal. 8 DEC 2017, 12:05PM (14)
 

👦Sudah 19 hari Faqeh Muharam Tidak menjengah. Maulud sudah ke penghujung. Walaupun rasa berat sudah 2 hari aku tamat darood assyariff. Aku masih cuba mengingat selokanya (cryptic 8)

Jika ko ajak cari  pahala itu ko pandai
Jika ko ajak apa yang baik ko buat itu dakwah.
Jika ko tidak buat tapi ajak orang lain buat itu bingai,
Jika ko ajak buat apa yang ko tak pasti itu parah.
Jika ko iklan perbuatan baik itu barakah,
Jika iklan ko buat panjang itu bengap.
Jika kau bersyarah guna video itu advance,
Jika ko ceramah guna tex panjang itu sengap.
Jika ko search, cik google ajar berbagai teladan,
Jika ko foward tex yang panjang itu ko lemau sikit.
Jika ko foward tex yang tak ko amalkan itu dah tahab gaban,
Jika ko  pandai, pandai pandailah jadi pandai.
Jangan memandai mandai, Pandai pandai koranglah....yergk..
 ðŸ‘¦    Aku rasa macam nak jadi otoman lak...

CRYPTIC 23:
25 Rabiul awal.14 DEC 2017,  11:43 PM (15)
    👦
 
Allahummas'alli 'ala Muhammad...
👴   Senang hati nampak?
   ðŸ‘¦  Eh Atuk, Dah lama tak jengah? Sajalah tuk, baru khatam zikir kena malam jumaat lak, happy la...
   ðŸ‘´  Bagusla camtu, ada juga tok singgah tapi selalu ko tido.
   ðŸ‘¦   Kata sunah tido 2 kali jaga 2 kali, tapi kita lelap terus tok, he...
  ðŸ‘´   Ada niat baik tu pun barakah, tambah zikir kamu ringanlah yang lain. Ko tahu dalam solat tu pun banyak zikir.
Setahun ko solat Basmallah je 9,855. Syahadah 3294, Durod Assyarif 3294, Takbir 33945, tasbih 55845 dan lain. Lepas solat istifar 5475, Tamjid 5475, Qursi 5475 tu kalau tiga kali je.
  👦    wah, campur zikir nak tido, nak makan, nak berjalan kan tok, banyak angka tu...
  👴  tu pun kalau solat ko penuh dan amalkan zikir yang mudah tapi besar nilainya.
  👦     he he he..... tak penuh tok....


Rabiul akhir
CRYPTIC 24:
4 Rabiul Akhir. 21 DEC 2017, 10:34 AM (15B)

👴 monyot je cucu atuk, isyak tadi dah khatam kan perrgh kena malam jumaat tuh..
👦  entahlah tuk, minggu lepas happy pasal 6 zikir 3 bulan, ni quran 3 bulan tu pun sambung yang tertinggal dulu.
👴            Tak apalah sikit sikit asal buat kitakan mutaalim, berkadar lah tuh.
Kalau abid dan para sahabat sehari semalam wiridnya 12 ribu - 30 ribu, Ada solatnya 300 - 600 rakaat, paling sikit 100 rakaat. Ada sahabat khatam sehari semalam, ada yang menghabiskan sehari senalam berfikir dan bertafakkur pada satu ayat berulang ulang kali,
👴  Karaz bin Wabhah bertawaf 70 kali, berkhatam 2 kali, bersolat sunat 280 kali sehari semalam (IHYA' 2:273)
👦    hmmm.... susah nak masuk syurga ye tuk...
👴    tu sebab EHSAN sajalah yang kita harap..

CRYPTIC 25:
11 Rabiul Akhir. 28 dec 2017,10:41pm (16)

👴         Berubah zikir tak apa, sifat manusia itu jemu, setiap zikir ada kekuatan dan ubat diri.
👦   Camana orang dulu ngaji tok.?
👴   Zaman Alhajaj Quran dibagi 30 juzu' dan tiap juz 8 titik merah, walaupun banyak abid tidak suka tapi ia memudahkan al hafiz. Secara tilawah satu titik 8 minit, Yasin itu 18 minit lebih sikit 2 titik. Boleh Khatam 32 jam.

👦   Camana nak cepat khatam tok.
👴   Jika 2 Titik pada 4 waktu zikir atau tilawah satu jam 8 titik ko khatam sebulan.
Kalau ko baca hufaz 4 minit satu titik ko khatam 16 jam,  2 jam pada 8 waktu zikir sehari semalam.
Tapi abid suka khatam seminggu atau 10 hari mula jumaat habis khamis atau isnin berikutnya.
Eloknya baca tertib sebulan, kalau ko amal tiap malam ko jumpa macam macam. Terutama kahfi.

👦     kita pun pernah rasa masa baca Al mulk tok. 
👴   Ye, hujung surah Imran (185-195) banyak imam nangis, Waqiah (41-56,) pun camtu. Itu bagi orang yang dilembutkan hatinya.
👦  ......

CRYPTIC 26:
21 RABIUL AKHIR. 8 JAN 2017 , 10:34 pm (17)

👴   Rabiul Akhir dah nak hujung,
👦   Alhamdulillah Tok, dah nak habis tahap nam zikir bulan ni, esok lusa masuklah   tahap akhir.
👴  Bagustu, cuma jangan terlalu mengejar waktu, dalam zikir haq quran hendaklah dijaga. Aishah mencela orang begitu.

    ðŸ‘¦     Sikit sikit saya baiki tok.
👴 Ko kena baiki sebutan lidah, ko tahu wajibul qhunnah, itu hendaklah disebut dengan suara paling merdu, itu cantiknya Qalam. Ada tanda palang dibaca panjang, walaupun pada Alif Laam Miim atau Ya Sin. Walupun pada doa dan zikir pendek.
👦   Tang tu lalai sikit tok. He he..
👴 Begitu juga nafas, kalau berhenti ulang, kalau sambung hidupkan. Atuk lihat ko langgar semacam je.

👦   Ni baru nak belajar nafaslah tok. Tapi tok jarang jengah mengingatkan kita, bila nak pandai.
 ðŸ‘´   Yang sikit tu la buat dulu, selalu ingat kita bukan abid, sujud minta ampun kesalahan begitu.
👦   Sayang Atuk....


CRYPTIC 27:
30 RABIUL AKHIR. 17 JAN 2018, 10:30pm (18)


 ðŸ‘´   Alhamdulillah , ko pun dah khatam elok bulan ni. Apa yang ko dapat 4 bulan ni.
 ðŸ‘¦    ni kira pereksa ke tok. Hehe. Tapi saya nak tanya sapa yang paling dikasihi Tuhan tok?
 ðŸ‘´  Ikut kata Ghazali, tuhan mengasihi dan menurunkan rahmatnya kepada 4 orang. Pertama orang yang bertanya (pelajar) Orang yang menjawab soalanya (guru) Orang yang mendengar (murid yang lain) ke empat orang yang suka kepada mereka.

 ðŸ‘¦   Hah tu la yang saya dapat. Kira saya masuk sekolah semula la ni. Pertama saya tetapkan sejam sehari dari magrib sampai isyak belajar. Pas  tu setengah jam tengah malam atau subuh saya kira buat homework sikit. Baiki bacaan, susun nafas dan tertib.
 ðŸ‘´  Itulah bagusnya kalau ko berguru. Guru itu mengajar adab. Adab Quran, Adab Solat dan adab hidup berkeluarga.
 ðŸ‘¦   Adab masyarakat tok.
 ðŸ‘´   Itu luas sangat.

JAMADIL AWAL
CRYPTIC 28:
 7 Jamadil awal. 24 JAN 2017, 10:47PM (19)

👴Bangga tok kau tekun belajar, dah seminggu bulan 5 ni zikir jangan kurang.
 ðŸ‘¦   Ok tok maintain he he..
 ðŸ‘´  Belajar tu ada adab, mutakalim dan alim mengejar, abid dan zahib lari.
 ðŸ‘¦    Tak faham tok.
 ðŸ‘´  Abid dan Zahib itu lari  dari dunia, tidak sibuk dengan manusia, dielak diri dikenal ramai. Mutakalim dan alim mengejar ilmu.

 ðŸ‘¦  camtu.
 ðŸ‘´   Tengok budak U lepas dengar syarah, terus ke lab mengkaji, masuk pustaka rujuk kitab, bincang dan tanya lagi dalam tutorial. Tak sibuk dia kepasar bercerita atau mengajar. Jika kau jumpa 100 syarah yang baik, kau cam semut pada kertas, jika diberi akal dia iktikad tulisan itu perbuatan mata pena, dia tidak melihat jari yang mengerakkan pena, atau tangan atau penulis, atau yang menjadikan penulis itu berkemampuan. Sabarlah dan kaji nanti 100 syarah itupun kau lupakan.
  👦  sabar ye tok. 
 ðŸ‘´   ye la sabar, tidak cela ilmu pada ilmu tapi cela pada hak manusia. Professor tidak ajar budak sekolah ilmu bedah, kuliah dia ada ushul dan rufu', ada tahap bertingkat. Itulah adab.
 ðŸ‘¦ faham tok, seperti bermacam kueh yang sedap itu mudarat pada bayi yang masih menyusu ye tok.
  👴   Wah......falsafah tu heh heh...


CRYPTIC 29 Viral hokum menjurus pada ilmu.
30 Jan 2018

👴   Tok dah tegur dah jangan foward benda yang ko tak pasti. Manalah ko dapat ni agaknya. Mai Tok terangkan kesilapan untuk semua tahu.

Contoh: cuba ko lihat sama tak 5 sunat muakad macam dalam teks engkau.

1. Sunat rawatib 10 rakaat. 2 sebelum subuh, 2 sebelum zuhur,  2 selepas zuhur, 2 lepas magrib, 2 lepas isyak. HR Bukhari dan Muslim.
2. Dhuha 2 rakaat, HR Bukhari Muslim
3. Witir 1 rakaat, HR Abu Daud & Tarmizi.
4. Tahajud 2 rakaat, Isra':79
5. Taubat 2 rakaat. HR Tarmizi.

👴Tentang awabin:
1.  Bermakna orang yang bertaubat.
2. Ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan solat dhuha,  ada yang mengatakan fajar, ada  taubat. Syafiee mengatakan 6 atau 12 rakaat antara magrib dan isyak. Selepas fardhu dan sunat magrib.
3. Terdapat hadith gharib riwayat Tharmizi,

 ðŸ‘´  Dulu KAMU fowardkan 7 mahkota dengan ayat quran yang sangat menyimpang dari maksudnya walaupun dikarang oleh ustaz yang mencari glamer. Sekarang 5 angka dalam islam. catik pulak tu ambik 7 bulan 7 tahun 17, ayat 17 mukminun 7 jalan. Hati hati.

Apakah tujuan orang mengarang ANGKA ANGKA BEGINI?
Apakah tujuan dia minta di sharekan pun kita tak tahu?
Siapa yang asal mengarang  pun kita tak kenal.

 ðŸ‘´    Maafkan tok  jika terpaksa menegur lagi walaupun dalam kalimah yang panjang.
Tok takut tersilap faham anak buah walaupun orang guna ayat quran.


CRYPTIC 30. Viral Sifat Allah menyentuh akidah
Feb 2 2018

 ðŸ‘´  Tok dah baca viral ko, Sangat baik penjelasan bagi bagi mengambarkan interaksi tuhan ketika engkau melakukan solat. Tapi belum lagi pernah tok terbaca hadith seperti ini. (mungkin ada Wallahualam)

 ðŸ‘´   Apa yang tok risaukan ialah gambaran itu menjadikan orang yang lemah ilmunya menganggap tuhan itu bersifat saperti sifat manusia. Ia sangat bahaya kepada akidah. Pendakwah baru terutama dari Negara luar banyak mengambil mudah perkara begini dan bertentang dengan kebiasaan kita di Malaysia. Seperti lagu lirik lagu yang menyebut ana Haq, Aku yang Ujud, Hancur aku, Sang Rasul. Perkara ini akan mengelirukan anak anak sekolah. Ilmu itu tidak cela. Tetapi cela ilmu pada manusia. Kueh mueh yang enak jadi mudharat pada bayi yang baru menyusu.

 ðŸ‘´ Berhati hati vairal sesuatu yang melibatkan soal akidah.


Cryptic 31.  Viral Hadith menjurus dosa.
Feb 8 2018

 ðŸ‘´   Ni tok nak tegur lagi kisah Nabi saw yang ko fowardkan manalah agaknya ko dapat. Ko tahu tak  hadis ini PALSU. Bila ada orang forward hadis tengok catatan perawinya dan sanadnya. Mari tok jelaskan sikit ilmu hadis.

 ðŸ‘´   Contoh hadith yang ko fowardkan cerita UKASYAH ingin mengqisas nabi itu PALSU kerana tidak disebut perawi dan sanadnya. Bila dirujuk tok dapat lihat mereka yang menolak ialah:
1.    Ibnu Al Jauzi (Al mudhu’at jilid 1 Hal 301) mengatakan hadis ini palsu yang mustahil. Moga Allah membalas kepada sesiapa sesiapa yang mereka rekanya (moga Allah) memburukkan orang yang  merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw tidak layak bagi sahabat, yang di tuduh (mendustakan hadith ini adalah Abdul Muin bin Idris.    
2.    Kata Al Sayuti (Al Laili al Masnuah jilid 1 hal 257) Hadith ini palsu dan penyakitnya (pereka hadith ini) ialah Abdul Mu’in bin Idris.
3.    Kata Al Hatimi (Majnu’ Al Zawalid jilid 8 hal 323 Hadith ini riwayat Al Thabarani Dan padanya terdapat Abdul Muin bin Idris beliau pendusta dan pereka hadis.

Petikan dari Rozaimiramle.blogspot.com 2014

Tulisan ini berlegar pada tahun 2014 dan banyak skolar yang telah menjelaskan dalam web mereka tentang perkara begini. Kemudian timbul semula tahun 2018 dengan tidak tercatat nama pengarangnya. Dari bentuk bahasa ianya dari bahasa Negara jiran yang terpakai seluruh dunia. Mungkin juga bukan orang islam yang mereka dan/atau meminta kita menyebarkan perkara begini terutama dikalangan anak muda yang kurang faham. Awaslah kalau nak berdakwah jangan sampai dapat dosa kering.

Kisah SAHIH bukanlah ukasyah tetapi Usaid bin Hudhair, Berkata kepada kami Amru bin Aun mengabarkan kami Khalid dari Husain dari Abd Rahman dari Usaid bin Hudhair, dia seorang lelaki dari kaum ansar.
Ketika dia sedang berbicara dengan kaumnya dan didalamnya ada gurauan yang membuat mereka ketawa maka  nabi menusuk pinggangnya dengan sebatang kayu. Maka dia (Usaid) berkata berilah saya kesempatan untuk Qishash (membalas setimpal) ……bermulalah kisah usaid menyentuh kulit Rasullullah saw, dan dicatat oleh . 

 1.    Imam abu daud, Sunan abi Daud Kitabul Adab bab Fi Qublatil Jasad No 5224.   
 2.    Imam Ath thabrani Al Mu’jam Al Kabir no 556     
3.    Imam Al Baihaqi Syuabul Iman, Bab Maa Jaafil Qublatil Jasad no 13586
 4.     Imam Al Baghawi Sharhus Sunnah Bab Al Qishash fil Athraf no 10/169 
  5. Imam Al Hakim Mustadrak Allash Shahihain no 3/288

Jelas rawi dan hujahnya. Dikuatkan lagi dengan kajian sanadnya:  

1.     Amru Aun adalah seorang Alhafidz dan Imam. Para ulama mengambil hadis darinya seperti Bukhari, Abu Daud, Abu Zur’ah, Abu Hatim, dll, Para Ulama menggelarnya Tsiqah seperti Abu Hatim, Abu Zur’ah. Al ‘Ijli (Siyar A’lamin Nubula 8/377)  
 2.    Khalid bin Abdulllah Al Wasithiy beliau adalah Tsiqah. Bagaimana dikatakan Abu Zur’ah, Abu Hatim, Abu Daud, Ath Tharmidzi, An Nasa’i. Ibnu Saad dll. Tahzibut Tahzib 3/100.  
3.  Husain bin Abdul Rahman Assalamiy, berselisih imam tentangnya, Imam Ahmad mengatakan seorang Tsiqah dan amanah. Al Ijli mengatakan Tsiqah dan kokoh, Abu Hatim bertanya Abu Zur’ah “dia Tsiqah” Apakah dia Hujjah? Abu Zur’ah menjawab “Ya demi Allah”, An Nasa’i mengatakan hafalannya berubah, Abu Hatim mengatakan Tsiqah tetapi hafalannya buruk diakhir hayatnya. Yazid bin Harun mengatakan yakhtalith (kepalanya kacau) Ali mengatakan Lan yakhtalith (tidak kacau. Mizanul I’tdal 1/552.  
4.      Abd Rahman bin Abi Laila. Beliau Tsiqah dan dipakai oleh penyusun 6 kitab Hadith,  seperti kata Sheikh abd Mukhsin Al Abbad Al Badr dalam Syarh Imam Abu Daud.  
5.     Usaid bin Hudhair seorang sahabat senior nabi saw ikut Baiah Aqabah, Ikut Perang Badr, dan semua sahabat nabi adalah Tsiqah dan Adil,  mengikut sunnah wal Jamaah.  

 ðŸ‘´  Kesimpulan: Semua perawi hadith tsiqah dan tsanadnya terputus Inqiha’ ia itu pada Abd Rahman bin AbiLaila dari Usaid bin Hudhair.   
1.   Alhafid ibnu Haqa mengatakan Abd Rahman bin Abila’ila tidak pernah mendengar hadith dari Usaid bin Hudair. Tahzib Al Tahzib 6/260  
2.    Imam Abu Abdillah Shiauddin al Maqdisi memasukkan hadith ini dalam kategori Isnadhu Munqathi – sanad terputus. Belaiu tidak tahu adakah benar Abd Rahman bin Abi La’ila mendengar hadith ini dari Usaid bin Hudhair.  Ataukah tidak. Alhadith al muktarad no 1471. Kita tahu sanad inqita’ adalah dhaif.  
3.    Hadith ini mempunyai SHAHID (penguat) Riwayat imam al Hakim dengan sanad…. Dari Abd Rahman dari Ayahnya dari Usaid bin Hudhair, dan imam Al Hakim mengatakan Sahih. (dalam at thalkhish) Imam Adz Dzahabi menyepakati kesahihan imam AlHatim (mustadrak 3/327)

Riwayat ini menunjukkan hadith Mansul (bersambung sanadnya)  

4.    Para Muhadiths menilai bahawa hadith ini sahih semusal, syaikh Syuaib Al Arnauth menyatakan sanadnya sahih sesuai syarat Shakhair Al Bukhari dan Muslim. Ta’liq Musnad Ahmad 17/329 haadith no 11229  
 5.    Juga Sheikh Al Bani MIshkah no 4675  
 6.    Sahih wa Dhaif sanad Abu Daud no 2554.    
Petikan dari anamuslim.org.>kisah-yang-shahih /Jan 2016

Begitulah telitinya para muhadiths menyusun dan menjaga kesucian hadith. Jadi janganlah kita dirosakkan oleh oang tidak bernama dialam maya yang minta kita fowardkan apa-apa hadith kecuali setelah kita rujuk yang berilmu. Kerana Dari Al mughirah ra dia berkata aku mendengar Rasulllullah saw bersabda:  Sesungguhnya berdusta atasku tidak berdusta seperti orang lain, barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka. HR Bukhari no 1229.


CRYPTIC 32


 ðŸ‘´  Jika kamu membaca kitab kitab yang menyatakan hadith Rasullullah saw, atau dari apa sahaja media cetakan dan eletronik atau ceramah pastikan dia ada menyatakan perawi, sanad dan rujukan yang betul. Kerana terdapat berbagai jenis hadis yang diperkatakan terutama di alam maya:  

1.  Hadis mutawatir: Hadith perkataan, perbuatan atau taqrir Nabi saw.  
2.  Hadith Mashur atau mustafidh: Dirawi oleh 3 orang atau lebih Kemudian bersambung pada 3 orang atau lebih, sekurang-kurangnya 3 sanad.  
3.  Hadis sahih: Sanad berhubung oleh orang adil dan Dabid (kuat ingatan) sejahtera dari keganjilan, sejahtera dari ‘illat. 
4. Hadis Hasan (baik) Isnad Hassan (bersambung baik)  
 5.   Hadis Hasan Sahih: Sahih dan baik   
 6.   Hadis Dhaif: Syarat sahih tetapi tiada syarat hasan kerana keraguan pada perawi. Inqita’ terputus sanadnya, Mudha’af lemah matan dan sanadnya.  
 7.   Hadith marfu’: Disandar kepada nabi.
 8.    Hadith Mauquf: Kata sahabat dan berhenti pada sahabat.  
9.  Hadith Mursal: kata tabiin sudah tentu lansung dari nabi tanpa perantara sahabat. 
10. Hadith mutfasil: berhubung sanad dan perawi mendengar lansung.  
11. Hadith Mahfudz: terpelihara, perawi dipercayai.  
12. Hadis Jayyid: Baik dan sahih  
13. Hadith mujawad dan thabit: sahih dan hasan.  
14. Hadis maudhu: Palsu atau diaadakan, perkataan sesaorang dikatakan haadis. Sanad Maudhu’.  
15. Hadis Hassan Tapi Gharib.  
16. Hadis Gharib dan munkar. Hadis munkar, Hadis mungkar Jiddan, Hadis batil, Hadis Bohong, Hadis disangsi.  
17.  Bagi Al Iraqi beliau mencatat pada banyak hadith sebagai perawi tidak dikenal, tidak terjumpa hadis tersebut, atau hadis tidak punya asal.

Petikan antar.com.my 2016, Muhdhazrie.wordpress.com 2012 yang lebih terperinci hi.netlog.com atau rujuk kepada institute hadis Negara. (maaf kalau ada typo)

Berhati hatihati cucucucuku pada alam maya. Terutama bagi penulis yang tidak diketahui asas usulnya. Tanya dulu incik google siapa orang itu. Atuk hanya orang biasa yang mengumpul rujukan sendiri untuk anak anak kemudian.

CRYPTIC 33: 29 Jamadil Awal.
13 feb 2018.

👴   Kalau bermusafir jangan jadi pelancong jadilah pengembara, kalau belajar janganlah jadi penghafal jadilah pemikir dan pengkaji.
 ðŸ‘¦  Alhamdulillah tok, setiap perkara baru yang saya jumpa akan saya kaji dan rujuk sampai puas, rasa seronok pulak bertanya sana sini mencari ilmu.
 ðŸ‘´ Tanda orang berakal ialah mengingati Allah sambil berdiri duduk dan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata(berdoa) Ya Tuhan kami tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia , Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran 3:190-191) …. Sambung lagi 4 ayat, ini adalah 5 doa Nabi setiap kali melihat ufuk sebelum solat malam.
👦    Tok ada orang sibuk dengan hadith palsu tok…….

CRYPTIC ini terhenti bagi Group Tengku Teh disambung pada group CRYPTIC tujuan memberikan ruang orangramai yang ingin membacanya. Dan cryptic yang lepas boleh di dapati di pancalusa.blogspot.com





Isnin, 23 Oktober 2017

Politik Rimba


 Sidang Penguasa



Pertama siapakah raja dirimba ini. sang Harimau yang cantik diatas batu singgahsana hanya dikunjung tetamu-tetamu besar yang sangat terhormat. Wasiatnya jelas. Bila dia berundur dalam gua besar terindah dengan berbagai bunga, Sang Harimau telah menetapkan susur galur perundangan dan kanun belantara yang mesti dipatuhi oleh sekelian penghuni. 

Jangan ingkar kerana ada berbagai lagi raja diluar sana, raja yang diberi kuasa mengatur perentah hutan. Raja yang menguasai alur air dan hasil hutan. Raja ini tidak perlu lagi merujuk kepada Sang Harimau kerana dia merasakan terlalu besarnya kuasa yang telah diberikan kepadanya. Dia boleh membuat apa sahaja yang difikirkan baik bagi penghuni rimba dan begitulah hutan ini menjadi aman berkurun lamanya.

Hari ini si Dabuk berangan menjadi raja.Dari Gajah yang besar,  Seladang hinggalah Mengkarong dan Tekek yang kecil juga hendak menjadi raja. Masing-masing mengaku kehebatan berdasar puak dan keistimewaan yang ada pada diri mereka. Ular kata dia yang paling berbisa, malah Buaya yang sesekali naik kedarat itu pun mahu menjadi raja menguasai belantara.

Maka sang Harimau pun memanggil satu sidang bagi mendengar keluhan hati segala rakyat jelata.
“Ampun tuanku. patik ini berbadan besar terkuat di belantara ini. Patik tidak perlu pernghormatan sebagai raja kerana semua lorong hutan ini adalah dibawah kuasa patik. Walaupun patik tidak kisah sangat dalam semua politik pemilihan kepimpinan belantara tetapi mereka hormat  patik bagai raja segala.Tidak pernah sesiapa yang sanggup menyekat jalan hamba di belantara ini. Biarlah patik dengan anak-anak patik hidup seadanya. Tetapi jangan direngan kekuatan patik kerana sekali anak-anak patik naik minyak segala hutan ini boleh kami huru-harakan.” Gajah memulakan hujah sangat sopan dan penuh ugutan. Yang lain senyap seketika tatkala Gajah memulakan bicara.

“Memang patut kemahsyuran tuan sebagai rakyat terkuat belantara, dan kita semua menghormati tuan sebagai yang termulia.” Raja mula berbicara.

“Kumpulan tuan telah memberikan kegemilangan rimba ini. Kerana mahalnya gading tuan yang disuka oleh mereka diluar sana. Kalau tidak kerana amanah ini kita pun mahu hidup seperti puak tuan hamba, tak payah bersengkang mata, memecah kepala memikirkan masalah rimba dan mengekal kuasa.” Raja memuji lagi.

“Ampun tuanku, kami puak Dabuk mahu menguruskan hutan ini kerana kami ramai dan kumpulan kami besar. kumpulan kami banyak ilmu dan menguasai hasil rimba. Sekor rusa tumbang kaum kita dah sampai dulu. Kami akan meronda di denai-denai. Kami telah terlalu lama memakan lebihan bangkai tinggalan Sang  Harimau. Kadang-kadang kami bersama merebut makanan dengan sang Biawak.” Belum  habis si Dabuk berucap segala haiwan telah riuh rendah menandakan tidak selesanya mereka.

“Engkau kotor. Puak engkau tak layak jadi penguasa. Suka engkau melalak kesana kesini. Engkau tidak ada pakej imej penguasa. Cakap engkau bohong belaka. Sedarlah diri engkau Dabuk. Wajarlah engkau berkawan dengan biawak dan…” bising Hoooo hhaaa…. 

"Engkau kena ingat,  dulu engkau bangsa luar yang merempat, yang kami beri kebenaran menumpang dihujung negeri, kemudian engkau yang cepat biak, engkau seludup lagi sedara mara engkau dari segenap negeri menguasai hutan ini, kami makin lari kependalaman, itu pun sudah  bangsa engkau kuasai hasil makanan kami. "

Protes penghuni rimba.sedari awal rimba ini Dabuk memang tidak disuka kerana sikapnya yang angkuh dan sering mengganggu penghuni rimba. Dan kebelakangan ini sebok hendak jadi penguasa. Ramai yang membantah dalam diam tapi malas hendak bersuara biarlah raja mengurus laku si Dabuk dan pengikutnya yang gila kuasa.

"Biasalah bangsa si Dabuk kalau seekor menjilat punggung bila ramai, gajah pun nak di honggesnya" .


"Semua nak untung ke dia, seinci pun hak dia tidak hendak beralah, kami juga yang patuh perintah. Apa yang anak cucu kami dapat?? hanya tinggal seekor harimau tua yang hilang upaya mentadbir sebuah belantara." terdengar lagi suara yang tidak puas hati.

“Baiklah tolong bertenang kerana kami lahir dengan amanahkan menjaga bumi belantara kerana ini tanah air kita. Kami menjadi raja kerana begitu suratan, begitu ketentuan kami menguasai belantara bukanlah kehendak kami semata-mata, kami berterima kasih kepada penghuni rimba yang sentiasa meletak hormat kepada kami.” Titah raja. Yang lain terpaku hormat.

“Datuk nenek kita telah berjuang mempertabatkan belantara ini dengan  darah dan air mata. Sekali kita beraja biarlah kita terus berkuasa kerana tidak ada mudarat pun sistem yang kita ada. Kami akan menjaganya hingga hari kiamat. Itu wasiat kita. Kita akan menjaga penghuni belantara tidak kira dimana dan siapa mereka.” Yang lain tunduk hormat. Dabuk tetap merungut. Kerana baginya sidang inilah peluang terakhir dia menjadi penguasa.

“Ingatlah kalian akan pengorbanan datuk nenek kita mempertahan negara, Ingatkah kalian ketika kemarau dan banjir melanda malah kebakaran hutan beberapa ketika.  Bagaimana kita bersama mengatasi bencana. Bagaimana kita muafakat tolong menolong dan berlebih kurang sesama kita. Lupakah kita bagaimana suara burung yang kecil pun membantu kita bila kita mahu diserang manusia. Semuanya telah bersama menjaga keharmonian dan keselamatan belantara walau sekecil mana mereka. Biarlah kami mendengar pula apa kata sang Bedal yang juga menuntut menjadi penguasa.”

“Ampun tuanku. Kami ini Sang Bedal hanya tahu tingggal didalam alur air yang semakin sedikit. Kadang kadang jadi pekat dan kering kerana kemarau. Sedang di  atas bumi belantara sering bercakaran. Kami rasa telah sampai masanya kami jadi penguasa juga kerana setiap penghuni belantara akan bersujud kepada kami kerana meminta air. Kalau kami tidak beri bolehkah penduduk rimba meneruskan kehidupan.” hooarrrgh kedengaran ungas ungas mengeluh atas ancaman Sang Buaya.

“Walaupun kami jarang berada di belantara segala unggas akan datang ke kediaman kami untuk minum dan mandi. Kamilah yang amat mengenali mereka malahan bau badan mereka pun kami terasa. Sampai masa kami ingin membina peraturan rimba mengukut acuan kami. Puak belantara tidak pernah menghiraukan keberadaan kami di alur yang cetek itu. Atas dasar demokrasi kamilah yang patut mengusai belantara.Kamilah yang lebih arief akan kelakuan haiwan rimba. Kerana kami sentiasa memerhati ketika mereka ke sungai. Kamilah merekod segala keburukan mereka. Kamilah yang lebih kenal siapa yang baik dan siapa yang buruk perangai."

"Siapa yang tamak haloba. Siapa yang pengotor. Jika yang mulia hendak mengetahui rekod mereka kami boleh emailkan, kami boleh dedahkan. Kami juga boleh hantar  ke Wikeleak siap dengan video sekali. Tapi apalah gunanya kerana ia memalukan penghuni belantara yang dilihat aman dibawah perintah yang mulia tuanku.” jelas buaya penuh tanggungjawab.

“Kami sayangkan belantara ini dan sanggup mati mempertahankan tuanku. Cuma kami tidak sabar melihat kerakusan generasi baru penghuni rimba yang masing-masing mempertahankan hak asasi mereka. Masing-masing menegakkan fahaman demokrasi mereka. Mereka bangga dengan kebebasan mereka tetapi mereka lupa hak asasi orang lain. Mereka lupa air kencing mereka masuk ke alur sungai dan hamisnya terlekat pada badan anak-anak kami. Puak kami bukan sahaja bersama Jejulung malah Lelabi, Tuntung dan segala ikan dari sebesar tapah hingga ke Sengat Layar ramai  tuanku kalau di kira undi puak kamilah yang ramai. 

Cuma politik ni kami tidak berapa minat kerana kami jarang naik kedarat dan tidak dilihat. Kalau dulu seekor dua rusa atau anak seladang yang kami makan tidak pernah kami dihina oleh penghuni rimba. Kerana kami sekadar mengambil untuk makanan anak-anak kami sahaja. Si rusa tetap menjadi sahabat kami dan kami benarkan minum air sungai kami. Tapi hari ini seolah-olah kami tidak boleh makan lansung. Semua unggas memandang serong kepada kami.  Ampun tuanku.”

Yang lain cuba mendengar. Sang Dabuk terus berungut. Dia juga yang baik. Dia juga yang hebat dia juga hendak jadi penguasa.

“Ini bukan politik dalam air ini politik atas darat. Kami tidak mahu kamu terlibat. Kita tidak mahu puak dalam air terlibat sama dalam hal kepimpinan rimba.” Dabuk mula rasa terancam.

“Sebab itulah kita perlu ada raja sebagai pelindung. Sebab itulah kita perlu ada pemerentah dan penguasa. Kita tidak boleh melihat puak kita sahaja yang perlu hidup di belantara ini.” Sang Harimau meneruskan hujah.

 “Boleh beta dengar wakil yang burung-burung pula.”

“Ampun tuanku. Sang Monyet mencelah. Kami tidak pernah komplen pada sang burung atau sang tupai yang berkongsi makanan dengan kami. Bahkan ramai dari puak sang burung tidak pernah mengganggu kami sejak dulu lagi. Malah kami telah biasa berkongsi dengan burung hijrah dari luar Negara. Tapi kebelakangan ini kami kami diserang oleh puak Puling yang terlalu banyak. Mereka menguasai pokok pokok kami  bila tiba waktu senja dengan beratus malah beribu bilangannya. Bukan sahaja mereka membuat bising sepanjang malam tapi membuang najis di setiap dahan dan menjijikkan kami. 

Banyak yang berlaku kami terpaksa bergerak dimalam hari untuk mencari tepat baru. Dan ini menjadikan kami rasa tidak selamat. Kalau dulu kami boleh lena dan aman sahaja tapi sekarang kami takut bila malam rumah kami akan diceroboh bila-bila masa. Ketenteraman kami diganggu. Bila kami merasa ehwal kami tidak dipeduli sampai masa kami pun nak jadi penguasa. Sebab itu kami juga menuntut menjadi penguasa belantara.”  

Si Dabuk lagi sekali merungut dengan hujah sang beruk. “Engkau turunlah kebawah monyet oii. Akan ku siat kulitmu.” hoohahhh, unggas lain masih tidak berpuas hati dengan sikap Dabuk.

“Beta masih tidak mendengar pandangan sang burung. Siapa tadi wakil yang hendak berbicara. Tolong beri laluan. Awak Dabok. Tolong jangan timbulkan provokasi pada binatang lain. Sidang ini kita sedang mendengar pendapat.”

“Apakah kerana kami ini Dabok tuanku tidak mendengar pandangan kami. Janganlah tuanku menjadi tidak adil. Nanti kami adukan pada bangsa-bangsa bersatu.” Dabuk tetap berkeras dan binatang lain menjadi resah akan perangai Dabuk yang terlalu berani dihadapan paduka sang Singa. Sekali lagi sang Sang Harimau mengaum dan semua haiwan tunduk. Sang Harimau mengibas-ngibas ekor dan kembali naik ke atas singahsana dan meneruskan bicara. “Siapa, Helang, Belibis, Walit silakan.”


“Ampun tuanku. Kami puak burung hanya hendak menyanyi dan mendapat sedikit makanan. Kami hendak bermain angin ketika petang. Kami menumpang bersarang dicelah-celah dahan. Kami sentiasa menjaga badan dan kesihatan agar sentiasa cantik. Kami hanya hendak perhatian dan menunjukkan persembahan tidak ada kena mengena dengan kepimpinan. Kalau ada perhatian tuanku tambahlah kurnian kepada kawan kawan patik agar kami sentiasa menjadi kesayangan rimba.” Kata Tiung mewakili kumpulannya. Sang Harimau tersenyum.

“Betul juga kalau kita asyik bertengkar, tidak sempat kita hendak mendengar Tiong menyanyi dan Merak menari. Lama juga kita tidak teruja berkumpul dalam keramaian begitu.” Sang Harimau mengerling permaisurinya.

“Permaisuri beta pun suka juga melihat warna-warni sang Nuri. Lama rasanya beta tidak ke konsert kalian. Terima kasih sang Tiung kerana sempat mengingatkan kami.” 

Si Dabuk terus merungut.

Hari semakin petang segala unggas masih mahu meneruskan hujahnya dihadapan penguasa rimba.

“Beta beri tiga hari bertenang. Sang Tikus pergilah menyelinap di semua celah batu dan kayu mati dapatkan segala maklumat tentang keresahan penguhi rimba. Sang Helang tolong perhatikan dan lapor pada beta  kawasan mana yang sesak.   Sang Dabuk hentikan menimbulkan provokasi. Ketahuilah penduduk rimba ini tidak suka pada cara dan perangai kamu. Bukan keturunan kamu yang dicela mereka. Bukan juga rupa kamu, tetapi banyak perkara baru yang kamu utarakan menimbulkan keresahan kepada yang lain. Dulu ketika kamu sedikit bersama kita tidak pernah haiwan lain merungut tentang kamu, Kadang-kadang kamu juga seperti musang dan serigala tidak pernah kami bezakan. 

Baiklah, tiga hari ini beta akan mengadakan mesyuarat dengan segala pembesar belantara mencari akal yang baik. Agar kita tidak menghancurkan tamadun belantara ini. Kita tidak boleh mendapat semua dan kita tidak boleh hilang semua. Tradisi belantara perlu kita kekalkan. Itulah keindahan kita. Itulah kekuatan kita. Beta boleh pecahkan belantara ini kepada kawasan-kawasan yang kecil mengikut kehendak puak-puak yang menuntut. Tetapi apakah kita akan menjadi kuat. Apakah kita akan menjadi lebih hebat.”

Malam itu dibawah rembang bulan penuh. Sang Harimau memanjat batu besar setinggi-tingginya. Dia berdiri gagah. Akulah raja akulah penguasa terhebat diseluruh belantara. Luasnya tanah kekuasanku telah ternama dan menjadi semakin kecil akibat perpercahan zaman dahulu kala. Antara kerabat pun saling bersengketa. Tiba-tiba sang raja ditiup angin pilu dan air matanya berlinangan. 

Tidak cukup bijaksanakah penguasaku menjalankan perintah raja. Sukar sangatkah menjadi satu bangsa. Kerana aku telah tua dan generasi lamaku yang bersaudara tanpa mengira puak dan kaum serta jenis hidup bersama di belantara ini. Apakah yang dihendaki oleh generasi mudaku. Sehingga pemerentah telah hilang kuasanya.

Dabuk hanya fenomena. Dulu masa dia duduk di pinggir hutan kita bawa sama kebelantara ini dengan bermuafakat. Bila mereka menjadi ramai. Mereka hendak berkuasa. Air mata berlinangan terus dimata raja. 3 hari sangat singkat untuk beta membuat keputusan. Menjaga tradisi belantara agar terus terbela. Bagaimana nasib si Rusa, Napoh dan segala penghuni yang lemah. Landak yang merayap bolehkah mereka meneruskan kehidupan kalau si Dabuk memerentah menjadi penguasa.

Apakah telah hilang kuasa aku sebagai penguasa. Apakah berkuasa puak yang tidak diberi kuasa belantara. Sampai bila mereka harus ditiup angin tidak selesa. Kalaulah penguasa beta melakukan tugas peraturan dengan adil dan bertimbangrasa apakah selesai masalah belantara begitu sahaja. Apakah dengan memberikan kuasa kepada semua orang kita semua dapat hidup dengan selesa. Apakah kalau kita tidak perlukan raja, bolehkah belantara ini segar seperti sediakala. Dulu kita selesa kerana makanan mudah kita dapat dan haiwan tidak ramai. 

Cuaca boleh diramal. Tetapi sekarang setiap puak telah ada persatuan mereka meminta itu ini. Mendesak itu ini. Tidak kira apa asalkan untung bagi mereka. Apakah masih ada lagi belantara kalau kita kita halau semua haiwan yang bukan puak kita. Apakah akal kita hendak hidup dalam belantara yang berbilang puak dan berbagai jenis perangai.


Kalau ada kacau bilau dalam belantara ini bangsa-bangsa bersatu pun tidak boleh buat apa-apa, Kalau orang luar membantu pun hanya mengira puak mana yang beri keuntungan kepada mereka, tidak ada keadilan atau peri kemanusiaan dalam peperangan. tidak ada belas kasihan dan betul salah, tidak ada erti persahabatan atau persaudaraan dalam berpolitik. 

Tidak cukupkah kanun rimba yang sedia ada. Sang Raja terus melenguh panjang dan subuh esok pasti menjelang. Tidak kira samaada belantara ini aman akan atau terus berperang. Tidak kira sama ada Buaya atau di Dabuk menjadi raja. Pilihanraya tetap diadakan, dalam politik kepimpinan. Kehormatan, keikhlasan dan budi pekerti telah hilang, dan yang ada hanya binatang-binatang yang mencari makan. Sang Raja mengeluh panjang. Sidang kali ini akan menghancurkan pengguni belantara selama-lamanya.

Sekian.

Rabu, 11 Oktober 2017

Keraguan Selawat Badawi Kubro

Keraguan Selawat Badawi Kubro: Sheikh Ahmad Badawi (SAB)

i) Keraguan Selawat dinamakan  SELAWAT Badawi Kubro atau SELAWAT Nuraniyyah atau SELAWAT Qabdlah atau SELAWAT Sajaroh atau SELAWAT  Ra'isssiyah karangan Saidina Alqutb Al Syeikh Ahmad Badawi Al Hussein ra  (SAB) Wafat  pada tahun 675H

ii) Sayyidi Syaikh Ahmad Al-Badawi sendiri adalah seorang imam sufi, wali kutub lahir pada 596H di Fes Moroko. Beliau wafat di Thanta pada hari selasa 12 Rabiul Awal 675 H / 24 August 1276 M, ketika berusia 79 tahun, beliau adalah keturunan Rasullullah saw. dan banyak melahirkan ulama selepasnya. Beliau adalah pelopor tariqat Badawiah atau Ahmadiah Mesir. Maqam beliau di Mesjid Badawi Tanta Mesir. Maulid beliau dihadiri oleh lebih 2 juta orang. pada bulan april dan Oktober.

iii) Nasab beliau diragukan oleh Imam Fakharuddin Ar Razi tetapi puak syiah membenarkan nasab beliau dengan menisbatkan kepada Ali bin Jaafar Az Zaki bukan Al Hassan bin Jaafar Az Zaki yang tiada keturunan (dari makhfudsaptadi.blogspot.my)

            اَللهُÙ…َصَÙ„ِّعَÙ„ًÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ     


1. MUKADIMAH KERAGUAN:

1.1. Bila saya RAGU saya ada. Bila saya ada saya akan berfikir, bertanya dan belajar, merujuk berbincang untuk mencari apa sahaja kebaikan dan manafaat. Meningkatkan kecerdasan akal (yang tak berapa cerdik) dan memberikan cabaran kepada orang lain untuk sama-sama berfikir dan memecah persoalan minda saya yang RAGU.

1.2. KERAGUAN ini timbul pada bulan Zulhijjah yang lepas apabila saya dan beberapa rakan mempersoalkan satu sebaran dilaman sosial mengenai satu petikan perihal 7 mahkota ibadah, beberapa kali masuk laman saya difowardkan oleh beberapa sahabat.

1.3. Saya RAGU dan membuat semakan, didapati tiada terjumpa hadis yang sahih tentang 7 mahkota ini kecuali hadis dhaif mengenai penghafal alquran. Jadi tiada istilah ganjaran mahkota disebut oleh orang yang terdahulu (mungkin ada- wallahualam)

1.4. Kemudian saya terjumpa petikan bible dari seorang padri dari negara jiran, web tahun  2013 mengenai 7 mahkota yang dipetik dari YAK 1:2, YOLI 1:12 dan WHY 2:10, Paderi ini lebih bertanggungjawab kerana meletakkan rujukan yang jelas walaupun menggunakan perkataan Allah dan syurga. Jika tidak ditulis rujukan tentunya orang ramai akan merujuk itu kepada kitab Agama kita. (Inilah bahaya internet bagi anak anak)

1.5. Kemudian web 2016 yang menyatakan ada 7 amalan sunat yang utama boleh boleh dianggap  mahkota amalan ada tercatat dalam kitab zikir AlHadad. Kemudian 5 naskah lain "cut&paste" tapi tiada apa-apa ayat Quran.

1.5. Lebih parah pada 7 julai 2017 seorang telah muat naik satu kenyataan tersebut dengan menambah ayat alquran surah Al Mukminun ayat 17 yang dibermakna 7 jalan. (nampak cantik 7 haribulan.7 tahun 17 ayat 17 mahkota 7) kemudian di cut&paste oleh 3 naskah lain.

1.6. Selepas beberapa hari seorang Ustaz cut&paste telah muat naik dalam semua media dan minta di share kan menjadi viral kepada orang yang tidak tahu, sehingga sampai kelaman saya. Atas rasa tanggung jawab saya menegur (walau pun mereka lebih percaya ustaz glamer). Ayat AlQuran 7 jalan itu merujuk langit, bermaksud 7 lapis langit yang menurunkan air yang menumbuhkan tumbuhan dan minuman kepada ternakan (dari ayat seterusnya) tiada kena mengena dengan 7 mahkota yang dibincangkan (saya pohon keampunanNya jika saya keliru) Berdoalah agar terlepas dari orang begini.

1.7. Kemudian keraguan saya melarat kepada Darood Assyariff, Selawat Shifa dan Selawat Badawi Kubro (yang saya perolehi ketika saya di Mesir lebih 10 tahun dahulu). Bila saya bacakan selawat ini teman saya menegur tatabacaan saya, dari sinilah RAGU itu timbul. 

1.8. Bila pulang saya membuat rujukan pada buku selawat, MP3, blog, dan bertanya dengan rakan dan guru yang mahir tentang AlQuran, Bahasa arab malah kepada yang pakar Nauhu Assaraf. Lebih 100 naskah (tepatnya 135) saya lihat dengar dan bincang. Tapi masih ada RAGU. (pembaca boleh mencuba melalui pengalaman saya)

             Ø§َللهُÙ…َصَÙ„ِّعَÙ„ًÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
2.0. ASAS-ASAS KERAGUAN:

2.1. Ada beberapa pendapat (sedikit sahaja) yang mempersoalkan  selawat ini sebagai bidaah, tidak ada hadith, tidak diamalkan oleh para sahabat, tidak ada landasan yang kukuh. Ia hanya karangan Sheikh Ahmad Badawi (SAB) ra. yang wafat pada 675 H terlepas zaman sahabat. HANYA Darood Assharif dan beberapa selawat sahaja yang diajar Nabi  saw yang lain ialah karangan orang tertentu kerana sifatnya atau keyakinaan pada dakwaan tertentu sebagai tanda kasih mereka kepada Nabi saw dan tawasulnya kepada Allah swt.

2.2. Kenyataan yang merujuk sebagai dakwaan Sheikh Ahmad Badawi menemui Rasullulah saw dalam keadaan jaga (Yaqazah) menyebabkan semua pendapatnya ditolak.

2.3. Kekaramahan yang dikaitkan dengan SAB amat luarbiasa (Jadi RAGU) sehingga melebihi sirah Nabi saw (atau nabi-nabi dan para sahabat??) selepas wafat.

2.4. Fadhilat selawat ini dicatat berlebihan sehingga saya RAGU pada siapa mereka meletak tawasul, sama ada kepada Allah swt, Nabi saw atau SAB ra.

2.5.Terdapat pendapat mengatakan bahawa berwasilah kepada SAB memberi keberkahan yang makbul kerana Allah sangat memuliakan walinya.

2.6. Terdapat Web yang menukar teks selawat setelah ditegur kemudian ubah lagi (secara cut&paste) yang RAGU, tanpa tanggungjawab mencatat kesilapan yang lalu. 

2.7. Naskah yang berbeda tentang selawat ini samaada dari buku, bacaaan, mp3, pendapat sesaorang dan naskah dalam web  (yang akan dibincangkan kemudian dalam para 5). Ada yang berbeza antara teks dan makna, ada beza antara Gambar, Teks arab, Teks Latin dan Makna, ada yang mengangkat hingga 5 teks yang berbeda (saya yakin dia juga RAGU tapi malu), perbezaan juga berlaku dari yang berasal dari rantau arab, hindi dan nusantara.

2.8. Walaupun teguran dibuat oleh pelawat web tiada respon walaupun lebih 3 tahun. 

2.9. Ada sebahagian kecil sahaja pemilik teks yang benar benar bertanggung jawab kebanyakan tanpa nama, tanpa rupa dan tidak tahu tujuan penulisan mereka.

              اَللهُÙ…َصَÙ„ِّعَÙ„ًÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

3.0. MENOLAK KERAGUAN:

3.1. SAB bukanlah orang sebarangan beliau adalah keturunan nabi yang zuhud yang mempunyai kekaramahan yang tersendiri. Kemungkinan beliau benar dianugerahkan oleh Allah Swt kelebihan tertentu (bukanlah kita untuk mempersoalkannya)

3.2. SAB tidak pernah menulis buku, catatan amalan beliau adalah catatan muridnya sahaja dan cerita mulut kemulut dalam tempoh yang panjang baru direkod dalam kitab lama. Kemungkinan tersalah catat, berlebihan dalam mengkaramahkan beliau berlaku. Dan kita terima seadanya (dan menolak kepada yang terlajak tanpa ada penghinaan atau ujub) Kitab paling lama ditulis oleh muridnya masih disimpan di Masjidnya di Tanta Mesir.

3.3. Selawat adalah pujian, syair atau, doa keatas Nabi saw yang amat kita sayangi, dia dikarang oleh orang tertentu atas rasa penghormatan yang tinggi tanpa berlebihan dan tidak menghilangkan tawasul kepada Alllah swt. (Selawat Badawi Qubro merupakan karangan SAB pun dengan tujuan yang sama bukan sebab faedah tertentu, dan kita memohon kepada Allah swt untuk Nabi saw bukan sebaliknya)

3.4. Kisah kisah pelik yang berlebihan yang di kaitkan dengan SAB boleh diterima seadanya kerana ia hanya disampaikan tanpa pengesahan kreadibiliti kenyataan secara ilmiah. (tak ada orang kisah pun)

3.5. Kebanyakan buku, naskah dari web atau video adalah kenyataan Cut & Paste (jika keterlaluan) tanpa ada kreadibiliti dan di persoalkan. Walaupun ada yang menulis mencatat kononnya dari buku dan kitab muktabar tetapi petikan dari rujukan sekunder yang mungkin tersalah cetak atau tersalah rujuk. (semoga tuhan melindungi dosa saya), begitu juga kitab dari Syeikh, Ulama besar, Kiyai, malah Web yang mempunyai berjuta pelawat (makin Ragu malah pelik) samada dari rantau arab, hindi dan nusantara.

3.6. Ada banyak juga guru yang menjual selawat ini dengan ijazah hingga bernilai beratus ratus ringgit tanpa menceritakan sanad yang jelas malah ada juga yang khilaf. (berhati -hati pada peniaga)

3.7. Saya berkeyakinan SAB tidak melakukan kesilapan dalam mengarang selawat ini (kerana sifatnya dan bersangka Baik) samada dari segi nahu bacaan, niat atau tawasul. Kesilapan mungkin berlaku kepada catatan yang kurang teliti orang kemudian. Atau perbezaan fahaman dari maksud SAB (termasuk saya yang jahil)

3.8. Naskah lama kebanyakan tidak mempunyai baris (saya jumpa beberapa naskah begitu) terpulang kepada cara bacaan (taranum- termasuk kaedah fatah condong atau sebagainya) atau loghat tempatan atau kesilapan orang yang membariskan teks asal. (mungkin mereka benar jika mereka faham baris yang berbeza tidak menukar makna ayat - (Jadi jangan cepat menyalahkan orang lain, saya mengingatkan diri saya)

3.9. Kajian selawat  ini menyeronokkan, ia mengalakkan pembaca yang berminat untuk terus mengkaji selawat ini dan berkongsi kebaikan dengan saya. (dan mungkin boleh dikembangkan kepada teks yang lain)

4.0. TEKS RAGU YANG DIBAIKI;

4.1. Dari Saidina Abu Hassan Asy Syadzily ra dari MIMPInya: Allah taala berselawat 10X kepada  orang yang berselawat kepadaku satu kali bagi mereka yang tidak khusu', Dan itu bersamaan segunung malaikat meminta ampun bagi yang berselawat kepadaku sekali, dan bagi yang berselawat kepadaku sekali dalam keadaan khusu' maka tidak ada yang tahu ganjarannya kecuali Allah Ta'ala. (Al Ustaz)

Tapi diingatkan bahawa kita berselawat untuk menghubungkan hati kita dengan Nabi, Bukan untuk berharap dapat fadhilat atau hadiah tertentu dari Allah Taala. Kerana kita kasih dengan sesorang kita memohon Allah mengurniakan kebaikan kepadanya.


4.2. TEKS





4.3. MAKNA


Makna 1017
(catatan pancalusa.blogspot.com):

` Ya Allah limpahkanlah shalawat dan salam dan segala keberkatan  pada junjungan dan pemimpin kami Nabi Muhammad (SAW), pohon asal Cahaya (nuraniah), Dan cahaya genggaman (kekuasaan Allah) yang pengasih (Rahman),  Dan tanda paling utama kejadian insan. Dan paling mulia gambaran jasmani (Jisim), dan sumber (ma’dan) rahasia ketuhanan (Rabbani), Dan khazanah ilmu ilmu pilihan, pemilik gengaman keaslian, dan keelokan yang luhur, dan kedudukan yang tinggi, (insan) darajat para nabi tergabung dibawah panjinya. Mereka darinya dan akan menuju padanya.


Dan limpahkan sholawat dan salam dan keberkatan padanya serta kepada keluarga dan para sahabatnya, sebanyak jumlah makhluk yang Engkau ciptakan, Engkau berikan rezeki, Engkau matikan dan Engkau hidupkan, sampai hari ketika Engkau bangkitkan mereka yang Engkau hancurkan sebelumnya. Dan Limpahkanlah salam kesejahteraan kepadanya sebanyak-banyaknya Hingga hari kemudian (Qiamat) Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian Alam.`



5.0.  ASAS KERAGUAN TEKS:

5.1. SAJARATI 'ASLINURANIAH: 
Ayat ini adalah asas kebanyakan kelompok menolak keseluruhan selawat. Saya mengambil Hadis Qudsi  "Jika tidak keranamu Muhamad tidak ku Jadikan Alam ini." (Jabir bin Abdullah)*

5.2. WAAF DHANIL HILKATIL INSANIAH: Gugur.
Walau pun sebutan ini dianggap lebih baik dari segi nahu, tapi saya melepaskan dari teks saya,  ini kerana tidak banyak naskah yang menyokong.

53. JISMANIAH: (Jim kasrah)  Ø§Ù„جسمانيه
Dari perkataan Jism. Mengikut bahasa arab yang betul.  Bukan dibaca Jasmaniah  (Jim fatah)

(JIS sebanyak 44% dan JAS sebanyak 56%)

5.4.  MA'DANIl: (Dal fatah)  ÙˆÙ…عدن
Mengikut wazan af 'al bermakna ism makan, Bukan Ma'din (dal kasrah), bukan juga Ma'dinil, Ba'dinil, wa ba'dinil. Sedikit sangat naskah yang menggunakan ba'dinil atau waba'dinil. Ba'dan tidak kena wazan dan tak ada perkataan arab begitu.

(Danil sebanyak 35% sementara Dinil 65%, Ba'dinil 1%, dan Waba'dinil 1%)

5.5. WARUTBITIL 'ALI WAL 'ALIAH : Gugur 
Saya melepaskan teks ini kerana hanya sedikit pendapat dan tidak banyak teks lain menyokong.

5.6. MANIN: (kasrah pada nun ) Ù…Ù† اندرجة
Bagi Man In (Mati pada nun dan kasrah pada alif) Min In (kasrah pada min dan mati pada nun kasrah pada alif) saya melepaskan teks ini kerana tidak ramai menyokong. Ia hanya pada bacaan jika berhenti maka kasrah pada hamzah jika bacaan terus ia menjadi manin. Sepatutnya tak ada pada teks ia hanya pada bacaan.

(Manin sebanyak 92% Man In sebanyak  7% ) Min In sebanyak 1%.

5.7. DARAJATIN: (Fatah pada jim)  Ù…Ù† اندرجة
Berdasarkan perkataan daraja, Bukan darajitin (Kasrah pada jim)
(Jatin sebanyak 82% Jitin sebanyak 18%)

5.8. TA DITIADAKAN (BAGI DARAJATIN) Gugur Ù…Ù† اندرجة
Jika TA ditiadakan ia lebih tepat dari segi nauhu ayat. Saya melepaskan pendapat ini kerana sedikit teks yang menyokong.

5.9. Ayat Penuh Manin darajati hingga Aliah di tiadakan: Gugur
Saya melepaskan pendapat ini kerana tidak banyak teks yang menyokong.

5.10.. Tub 'asu: (Dhohmah pada TA) 
Tub, Yub atau Tab membawa maksud bangkit, Jika  Tub bermaksud Engkau bangkitkan (Allah) Jika Yub bermaksud Dia bangkitkan (bukan Allah bangkitkan ikut susunan ayat) Jika Tab bermaksud engkau bangkit, tapi engkau bangkit disebut Tab 'Usu dalam bahasa arab.

(Tub'asu sebanyak 25% dan Yub 'Asu sebanyak 14% menakala Tab'asu 61%)

5.11. Illayaumiddin:
Baik kalau ada bagi mengukuh ayat sebelum dan ritma bagi ayat selepas. Tidak salah meninggalkan kerana sebelumnya telah di sebut sebagai hingga hari kemudian. Banyak naskah melepaskan dari teks tetapi dimasukkan semula hari kemudian dalam makna (RAGU agaknya)

(Yang ada 24 % yang tiada 76 % yang masukkan semula dalam makna  12%)

5.12. Naskah edited ini mengurangkan keraguan saya kepada selawat ini kerana ia juga disokong oleh 3% naskah lain dan jika diambil kepada yang meninggalkan ayat yang tidak penting maka ia meningkat kepada 7%

5.13. Keraguan yang jelas timbul kerana banyak teks menggunakan set pasangan seperti JIS/DI 24% JA/TAB 45%, sementara yang menggunakan set penuh Jis/Di/Ji/Tab/tiada illayaumiddin sebanyak 8% ini kemungkinan asas naskah mengikut arab, hindi atau nusantara.

5.14. Peratus yang ditunjukkan merupakan nisbah penulis yang menggunakan perkataan itu bukan bererti betul atau salah cuma menunjukkan perbezaan, bilangan yang banyak berlaku kerana penulis  suka cut &paste dari web orang lain.

5.15. Walaupun ada yang mengatakan tidak ada palagiat dalam hal agama tetapi kalau menyalin dan menyebar yang ragu bukan dapat dosa palagiat tetapi dosa kurang cerdik.

Sebab bila yang kita sebarkan itu khilaf yang nampak tidak cantik itu muka kita orang asal lepas tangan. Kalau sepuluh orang copy & paste naskah yang silap (yang sebenarnya hanya satu sahaja naskah yang silap)  Sedarlah saudaraku kita mencari redho  bukan mencari nama yang glamer.(saya pun tidak terlepas dari keadaan ini.) Seperti meletakkan ayat 7 jalan kepada  mukadimah 7 mahkota?? - (semoga saya dilindungi Alllah dari perkara sebegini.) atau mengatakan setelah disemak naskah anda ianya sangat mantap sebenarnya dia ini menambah RAGU dan subahat.

6.0. HILANGNYA KERAGUAN:

6.1. Semoga kita lebih bertanggungjawab dalam mengamalkan sesuatu dengan rujukan dan guru yang betul malah seorang ulama juga boleh membuat kesilapan atau pendapat berbeza bila dia merujuk sumber kedua.(Janganlah menjadikan pendapat yang berbeza itu sebagai permusuhan, penghinaan dan cemuhan.) Ada kalanya guru yang saya rujuk juga memberikan pandangan yang berbeza mengikut ilmunya. Pendapat guru bahasa arab berbeza dengan ahli nauhu assaraf (lebih parah Guru yang ego dan tidak boleh dipersoalkan, kemudian mencemuh orang yang berbeda - saya tidak akan berguru dengan orang yang sombong), bacaan arab berbeda dengan nusantara, yang baik tidak serupa teks asal SAB.

6.2. Takutlah akan dosa jika mengamal, menyebar akan sesuatu yang ragu. Jadi berharaplah jika tidak mendapat pahala jangan sampai mendapat dosa.

6.3. Jika penjelasan diatas masih menimbulkan RAGU dan ada pandangan dan pendapat yang baik sila berikan ulasan agar saya baiki mana yang lebih jelas. Ilmu saya terbatas dan perlu lagi merujuk ilmuan lain untuk bercanda.

6.4. Inilah satu KERAGUAN dari Selawat Badawi Kubra yang saya harap tidak menjadi Fitnah dan memutuskan silaturahim (selawat ini telah menemukan saya dengan ramai kawan baru dan lama dalam bulan muharam tahun ini, itulah fadhilat yang saya terima -Alhamdulillah)

6.5. Sepatutnya perkara begini dapat diperjelaskan oleh pihak berautoriti kerana ia tersebar luas dan ragu. Ianya hampir tidak mungkin mempunyai kekuatan menyeragamkan bacaan dari berbagai rantau  (tapi apalah faedahnya)

6.6. Saya berdoa lebih banyak GURU menulis hal hal ugama bagi tujuan rujukan. Kerana diluar sana, ramai anak anak sekolah yang mengangkat naskah tertentu, tidak pernah ditapis oleh sesiapa pun, tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Tapi dirujuk, dibaca oleh seluruh dunia. Ada yang baik, Ada yang RAGU. Dan yang banyak merujuk pun anak anak muda yang RAGU kerana mereka malu untuk berguru.


6.0 PENUTUP KERAGUAN:

7.1. Jika saya berada disatu gunung pendapat mengenai satu naskah besar Selawat Badawi ini (tidak juga saya menyalahkan naskah yang saya rujuk)  saya hanya mengkaji satu naskah besar SAB yang saya suka tapi RAGU pada teksnya.

7.2. Jika ini naskah yang boleh diterima baik (tapi tak semestinya serupa dengan yang asal) janganlah jadikan ia naskah yang RAGU.Yang berbeda hanyalah bagi pengguna JAS/DA kemudian JIS/DI atau TAB/Tiada ILLAYAUMIDDIN (sekurang-kurangnya satu ragu)

7.3. Jika saya berada di satu gunung dan anda berada di gunung yang lain janganlah berteriakan sesama kita kerana orang dilapangan tidak tahu apa yang kita lihat. Malah tidak pernah mendaki gunung pun,  kalau pernah pun, mereka melalui jalan yang lain tidak menemui apa yang kita temui. 

7.4. Jika ada yang mahu mendaki sila teruskan perjalanan ini kerana saya tidak dapat melihat betapa tinggi lagi puncaknya. Semakin didaki semakin tinggi, tapi mengasyikkan melihat kebesaran dan ilmu Allah. Jika dipuncak nanti tuan melihat hanya batu yang tandus janganlah menyalahkan saya, bertanyalah terus kepada Allah kerana anda sebenarnya berada lebih tinggi dari saya dibawah ini. Jangan Ragu bila anda telah berada dipuncak.

7.5. Gunalah teks apa sahaja yang penting perbanyakkan selawat keatas Nabi saw dengan penuh khusuk dan keikhlasan agar mendapat baraqah.

7.6. Jika anda bersetuju dengan teks saya ini, dan ini boleh membantu anda menjadi lebih khusu' beribadah saya  IZIN dan IJAZAH kan untuk diamal dan disebarkan tetapi kalau untuk tujuan fitnah lepaskan sahaja (kerana saya hanya insan kerdil yang mencari ridho melalui kajian selawat ini. Munkin baik tapi tidak semestinya sama yang asal karangan SAB. Berdoalah agar saya tidak RAGU lagi.(terima kasih)

7.7. Jangan ada RAGU dalam ibadah. Jika RAGU pada teks carilah guru, berpegang kepada yang satu dan lupakan yang lain.

7.8. Terima kasih saya kepada Ustaz Mokhtar Alhafis, Ustaz Helmi Alhafis, Ustaz Syamsudin dan Ustaz Zul yang memberikan pendapat (juga kadang kadang berbeza) dalam mengukuhkan teks ini. Dan menunjukkan buku-buku untuk saya rujuk. Semoga Tuhan membalas dengan kebaikan yang banyak kepada anda semua.
              اَللهُÙ…َصَÙ„ِّعَÙ„ًÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Wallahualam. 11 Oct 17.


Ralat: 15/10/17

1. Tertinggal Wau fatah pada wa ahyayta,  Maafkan saya atas kesilapan dan kecuaian ini.

2. ( )* hadith Jabir bin Abdullah ini ada dua gunung pendapat mengenai kejadian nur muhamad, Yang menyokong boleh anda rujuk pasalislami.blogspot.my yang dilinkkan juga dengan salafytobat.wordpress.com. Sementara yang menentang dari akhwat.web.id.

3. Saya juga kehilangan edisi kedua dari blog saya yang saya telah baiki 24 selepas versi pertama,  selepas 100 jam ia dimuat naik. Tidak pernah berlaku pada saya keadaan begini sebelum ini dan saya meminta maaf kepada pembaca. Dalam versi ini saya menambah bilangan naskah yang saya kaji.kepada 135. kesannya peratusan keraguan semakin menurun.